Sunday, December 29, 2013

SESUCI CINTA DIAN 16

                                                       

Pagi itu Dian bangun untuk mandi dan bersolat subuh.Selesai bersolat Dian mengambil surah yassin lantas membacanya.Selesai membaca,Dian termenung seketika.Dah lama aku tak balik kampung.Hati sudah mula terkenangkan arwah ibu yang telah pergi menemui ILAHI.
Ibu!Dian rindu dengan ibu.Aku nak balik kampunglah.Dah lama sangat rumah tu di tinggalkan.Dian bangun dan menyidai telekung serta sejadah yang di pakainya.Dia berjalan menuju ke dapur.Lina berada di situ sedang menyediakan sarapan pagi.
''Lina,aku rasa nak balik kampung la.''
''Kenapa?Kau rindu kampung ke?''Dian angguk.
''Kalau macam tu kita balik hujung minggu ni la.''
''Betul ke?''
''Ya,aku pun dah lama tak balik mak aku pun dah bising.''
''Terima kasih,ya''
''Ish..tak payah cakap macam tu,kita bukan orang asing pun.''
''Ehem..ehem..malam tadi ada orang tu bergayut dengan buah hati nampak.''Sindir Lina sambil tersengih.Dian membuntangkan mata.
''Eh!Kau ni sejak bila jadi spy?''Tanya Dian tidak puas hati.Lina tertawa sendiri.Tangannya menceduk nasi goreng dari dalam kuali di pindahkan ke mangkuk.
''Sejak kawan aku ni dah jatuh cinta.''
''Lina!!Terjerit Dian dengan ayat yang baru keluar dari mulut Lina itu.
''Hm..kiranya masalah korang dah selesai la ni.''
''Masalah apa pulak?''
''Maksud aku kau dah mula nak terima dia,kan?''Lina cuba menjerat.
''Pandai aje kau serkap jarang.''
''Aku kenal kau,la''
Dian melabuhkan punggung di kerusi dan meraup wajah sambil tersenyum kepada temannya itu.
''Mungkin kau betul aku patut bagi peluang untuk kami menyelami hati masing-masing dahulu.''Akui Dian.
''Ha,kalau macam ni kan senang tak payah kau orang susah susah nak fikirkan masalah lagi.''Mereka meneruskan sarapan pagi dengan berbual-bual kosong.
Hujung minggu itu Dian bersama Lina pulang ke kampung seperti yang di rancangkan.Mereka singgah keperkuburan di mana jenazah ibu Dian di semadikan.Surah yasin di baca untuk di hadiahkan buat ibu tercinta.Dian berdoa panjang mengharap kesejahteraan ibunya di sana.Selepas itu mereka singgah pula di rumah pusaka Dian.
Rumah yang lama tidak berpenghuni itu penuh berhabuk.Kalau di ikutkan rasa hatinya mahu saja dia tinggal di situ.Terlalu banyak kenangan indah yang tercipta antara mereka sekeluarga di rumah itu walau pun kehidupan mereka tidaklah semewah orang lain.
''Aku nak bersihkan rumah ni kalau kau nak balik dulu pergilah nanti kalau dah selesai aku pergi sana.''Ujar Dian kepada Lina.
''Eh!Takkan aku nak tinggalkan kau sorang-sorang kat sini kalau jadi apa-apa kang macam mana pulak.''Bangkang Lina.Dian tersenyum.
''Nak jadi apa pulak,aku bukan nak tidur sini,aku cuma nak bersihkan rumah ni aje.''
Lina masih memikirkan kata-kata Dian itu.Dia pulak yang terlebih risau.
''Baiklah kalau kau dah cakap macam tu aku ikutkan saja,kau jangan lama sangat kat sini,dah siap karang datang rumah aku cepat.''Dian angguk saja.
Setelah Lina pulang Dian segera membersihkan rumah itu.Hampir satu jam lebih dia mengerjakannya.Dian kepenatan namun dia puas kerana rumah itu sudah berseri semula.Tanpa sedar Dian terlelap di kusyen.Bunyi pintu depan di ketuk mengejutkan dirinya.Dian terpisat-pisat dan segera membukanya.
''La,kau buat apa lama sangat kat sini,aku risau tau tak.''Dah macam bunyi petir berdentum suara Lina menyapa ke telinga Dian.
''Maaf,aku terlelap tadi,penat sangat.''Lina tarik muka garang.Mak aaii...dah macam muka mak tiri.Dian tersengih saja.
''Dah la mari balik rumah aku,mak aku dah siap masak.''
Dian cepat-cepat mengikut langkah Lina setelah mengunci pintu rumah.Sementelah perutnya pun sudah mula berkeroncong.
Setelah pulang dari kampung Dian berkurung diri di dalam bilik.Kepenatan.Malam itu Faizal menelefon dirinya.Salam di beri dan dijawab perlahan oleh Dian dengan suara yang serak.
''Awak buat tadi?''
''Terlelap sekejap penat sangat.''
''Ha,kenapa pulak penat awak buat apa?''
''Saya baru balik dari kampung dengan Lina tadi.''
''La,kenapa tak beritahu saya awak nak balik?''
''Eh,kenapa pulak saya kena beritahu awak?''
''Ya la sekurang-kurangnya bagitahu la saya tak adalah saya tercari-cari awak.Dari siang tadi saya telefon tapi tak berjawab pun,rupanya orang tu balik kampung.''
''Eh,bila masa awak telefon saya,tak ada pun miss call dalam telefon ni.''Faizal gelak sendiri.Dian keliru.
''Awak main-mainkan saya ya.''Bertambah galak Faizal tergelak.
''Saya gurau aje la.''
''Awak kalau nak bergurau pun tengoklah waktu,ni saya tengah mamai awak nak buat macam tu.''
''Saya bukan nak buat awak cemas,maaf ya.Dian esok kita keluar nak?''
Dian mengeluh perlahan.
''Awak tak boring ke ajak saya keluar,macam tak ada kawan lain lagi awak ni?''
''Saya memang ada kawan lain tapi buat masa ni saya cuma suka keluar dengan awak saja.''
''Awak ajak saja kawan awak keluar nanti diorang marah pulak awak tak layan diorang lagi.''
''Kan saya kata saya cuma suka keluar dengan awak sorang aje buat masa ni jadi lantak diorang la kalau nak marah apa saya peduli.''Ish..lelaki ni saja nak buat aku bengang.Getus hati Dian.
''Kalau awak tak sudi tak apalah saya letak telefon sekarang.''
Merajuk la pulak.Macam budak-budak.Keluhan keras Dian lepaskan.
''Baiklah saya ikut,nak ke mana pulak kali ni?''
''Adalah,saya tak mahu beritahu sekarang.''
''Kalau tak nak bagi tahu saya tak mau ikut.''Tegas Dian.
''Janganlah macam tu,saya bukan nak bawak awak ke tempat yang tak elok.''
Dian berfikir sejenak.Lelaki ni pandai sangat memujuk.
''Ya lah,saya ikut.''
Seperti yang di janjikan mereka keluar juga keesokkan hari.Faizal membawa Dian ke tempat dia sering menghabiskan masa bersama teman-teman.
''Awak bawa saya ke sini?''
''Kenapa tak suka ke?''
''Bukan itu maksud saya.''Dian pandang keliling.Faizal turun dan menuju ke bonet kereta.Dia mengeluarkan sebuah beg.Dian ikut turun sama.
''Jom.''Langkah Faizal pantas,terkial-kial Dian mengikutnya masuk ke dalam dewan itu.
Rupanya Faizal membawa Dian ke gelanggang futsal.Terpinga-pinga gadis itu seketika.Agak ramai juga orang di dalam dewan itu.Faizal mengarahkan Dian duduk di sebuah bangku kemudian dia menghilang ke bilik persalinan.Untuk seketika Dian kaku di situ.Mana taknya dia tak kenal langsung sesiapa di situ.
Beberapa minit kemudian Faizal muncul di tepi gelanggang.Terkejut Dian dengan penampilan lelaki itu.Tidak di sangka bosnya yang hensem itu sudah bertukar watak menjadi pemain futsal pula.Nampak sempoi aje.Dian terasa senang dengan penampilan lelaki itu.Tanpa sedar ada senyuman tersungging di bibir mungil itu.
Permainan di mulakan dengan Faizal mengetuai pasukan lawan.Kebanyakan pemain adalah kawan baik Faizal sendiri semenjak di universiti lagi.Tidak sampai sejam permainan pun tamat.Pasukan yang menang adalah pasukan yang di ketuai oleh Faizal sendiri.Setelah berborak seketika dengan kawan-kawannya Faizal mendekati Dian.Kawan-kawannya ada yang mula mengusiknya.
''Macam mana permainan saya ok tak?''
''Ok...''Dian senyum.
''Ok aje,tak ada komen ke?
''Saya nak komen apa,saya pun bukan pandai kalau bab bola ni.''
''Tentu awak boring,kan.''
''Tak ada lah,sapa kata?''
''Saya yang kata.''Faizal tersengih.Mengusik.
''Saya cuma tak sangka awak pandai main futsal,sejak bila awak main?''
''Dah lama jugak sejak dalam U lagi.Awak nak tahu dari mana asal permainan futsal ni?''
Kening Dian bertaut.Err..nak cerita pasal sejarah ke ni?
''Tak payah nak berkerut sangat muka tu.''Tersengih Dian bila ditegur Faizal.
''Oo...ok..awak ceritalah dari mana asalnya.''
''Sebenarnya futsal ni asalnya di perkenalkan oleh seorang pemain bola sepak bernama Juan Carlos Ceriani dalam tahun 1930an,di kota Montevideo,Uruguay.Faktor hujan yang kerap turun membuatkan dia mencadangkan mereka bermain di sebuah tempat tertutup.Cadangannya itu di sambut baik oleh rakan sepasukannya.Bermula dari situlah sukan ni terbentuk sehingga merebak ke seluruh Amerika selatan terutama negara Brazil.''Terang Faizal dengan bersemangat.
''Oh,begitu..bagus juga saya ikut awak hari ni ya,dapat juga saya ilmu tentang sukan ni.''
Dian menjeling ke arah kawan-kawan Faizal di hujung gelanggang.
''Kawan awak tu kenapa asyik pandang kita aje?''
''Ah!Jangan di layan diorang tu,jom kita balik.''
Faizal cuba mengelak dari menjawab soalan Dian.Mana taknya seorang yang begitu dingin dengan perempuan sejak dari kampus,kini telah ada buah hati.Itulah sebab mereka mengusiknya.Hanya Faizal yang tahu mengapa mereka begitu.Dia tidak sanggup hendak memberitahu Dian tentang perkara itu.Malu!
Setelah masuk ke dalam kereta Faizal segera  menghidupkan pendingin hawa.Segar rasa badan kerana mendapat kedinginan itu.Segera Faizal membawa keretanya keluar dari situ.
''Awak ada nak pergi ke mana-mana lagi.''
Dian hanya menggelengkan kepala dengan pertanyaan dari Faizal itu.
Hari masih awal,Faizal belum puas bersama Dian.Dia berfikir sejenak.Tiba-tiba idea datang lantas dia melencongkan kereta dari laluan pulang.Dian terkejut.Nak ke mana pulak lelaki ni?
''Awak kita nak ke mana?Soal Dian keliru.
''Adalah,awak duduk diam-diam.''
Eh!Lelaki ni suka hati aje nak bawak aku ke mana.Hanya dalam hati saja bersuara.Tak berani menyoal lagi,takut kena tengking macam hari tu.Kereta Faizal sampai juga ke destinasi yang dulu.
''Kenapa tiba-tiba awak bawak saya ke sini?''Faizal tersengih.
''Saja,saya rasa masih awal lagi kalau kita nak balik.Saya tak puas lagi nak berborak dengan awak''
''Kita kan dah jumpa hari-hari,apa lagi yang nak di borakkan.''
''Kat pejabat tak sama,kita tak bebas nak berborak macam sekarang ni?''
Ada yang tersirat di balik ayat itu.Faizal merenung tajam wajah Dian.Gadis itu jadi tersipu malu.
''Jangan pandang saya macam tu boleh?''Faizal tersedar dari renungannya itu.
''Kenapa awak malu ke?''
Sengaja soalan yang menjerat itu di lemparkan Faizal sambil ketawa kecil.Mereka keluar dan berjalan menyelusuri pantai.
''Err..Dian..saya sayang awak.''
Tiba-tiba ayat keramat itu terkeluar dari bibir Faizal.Perlahan tetapi masih dapat di dengar oleh gadis itu.Dian berpaling.Tidak tahu hendak di larikan kaki ke mana lagi.Di tambah rasa malu yang menebal membuatkan Dian membisukan diri sambil merenung ke laut lepas.
Faizal berdiri di sisinya.''Awak tak mahu cakap apa-apa?''
''Awak nak saya cakap apa lagi,awak dah tahu jawapan saya,kan.''
Gagal lagi.Keras sangat hati awak Dian.Berbisik kesal di hati Faizal.
''Awak jangan menyesal kalau suatu hari nanti tiba-tiba awak tak jumpa saya lagi.''
Dian keliru terasa berdebar jantungnya mendengar pengucapan lelaki itu.
''Apa maksud awak?''
''Err...tak ada apa-apa.''Faizal mengelat.
Dingin bayu yang bertiup menerbangkan dedaun kering di hujung kaki mereka.Dian terus berjalan meniti ke gigi pantai,meninggalkan Faizal termangu sendiri.Kata-kata Faizal tadi membuatkan hatinya sedikit tersentuh.Patutkah aku memberikan dia peluang itu?Tapi bukankah aku juga yang mahu cuba membuka hatiku?Dian terus merenung ke laut lepas sambil cuba menyelami hatinya sendiri.
Faizal sedar bukan mudah untuk dia terus membuka pintu hati gadis itu namun sikap degil Dian kian menjadikan dirinya kian ligat ingin mendekati.Tiada erti putus asa di dalam hatinya demi cintanya yang satu ini.Langkah kaki di atur ke arah bertentangan meninggalkan gadis itu.
Tatkala Dian berpaling baru dia menyedari Faizal tiada lagi di situ.Ke mana pulak perginya dia ni sekejap tak ada macam biskut pulak.Mata Dian meliar ke sekeliling cuba mencari Faizal.Hendak menjerit terasa malu pulak nanti apa kata orang di situ.
Walau pun pantai itu tidak ramai orang namun masih ada yang leka bermain pasir dan berendam di tepi pantai itu.Merajuklah tu agaknya.Hatinya di sayat pilu memikirkan kemungkinan dirinya di tinggalkan di situ.Macam mana aku nak balik ni,aku bukan biasa dengan tempat ni.Di buatnya ada orang jahat cuba kacau,macam mana nak buat nanti.Ala..mana pulak perginya dia ni?Bersungut hati Dian ketika ini.
Tiba-tiba bahunya di cuit seseorang.Berderau darahnya sambil berpaling.Faizal terkekeh-kekeh ketawa.
''Awak!Mana awak pergi?''
Terjerit Dian sambil membuntangkan mata.Faizal menghulurkan aiskrim sambil cuba meredakan ketawanya.Dian tidak menyambutnya.
''Ambiklah,saya beli khas untuk awak.''
Dian menerima juga huluran Faizal.Mereka berjalan menuju ke sebuah bangku kayu.Faizal menjilat aiskrim yang berada di tangannya.
''Awak takut saya tinggalkan awak ke?''
''Ya lah,dah awak tak ada kat sini,saya ingat awak dah pergi.''
''Dian..Dian..saya tak mungkin tinggalkan awak,janganlah risau sangat.''Pujuk Faizal.
''Saya fikir tadi awak dah merajuk lagi.''
Ketawa Faizal kedengaran lagi.Wajah Dian di renung manja.
''Sayang juga awak pada saya,ya.'' Dian menjeling sekilas.Aiskrim di tangan di nikmati perlahan.
''Awak tahu tak kenapa saya suka awak?''
''Kenapa?''Soal Dian lurus.Faizal senyum.
''Saya suka dengan kelembutan wajah awak,sopan santun awak dan ketegasan awak.''
''Itu saja?''
''Ada lagi tapi untuk masa sekarang biarlah awak tahu setakat itu dulu.''Dian termangu sendiri.
Main aci aci pulak lelaki ni.Hmm...

Wednesday, December 18, 2013

SESUCI CINTA DIAN 15

Setelah menghantar Dian di depan rumah Faizal segera memecut keretanya meninggalkan kawasan perumahan itu.Kereta di lencongkan ke sebuah kawasan bukit yang sering menjadi tempat dia melepaskan perasaan sekiranya hatinya berasa runsing.Turun dari kereta dia bertenggek di atas sebuah bongkah batu yang agak besar di situ.Termenung melayan perasaan sendiri.
Hampir setengah jam kemudian  rintik-rintik hujan mula turun.Faizal membiarkan dirinya lencun.Tidak berganjak sedikit pun.Lama dia berteleku di situ sehingga diri terasa sejuk barulah dia masuk ke dalam kereta.Kenapa terlalu keras hati kau Dian?Apa yang harus aku lakukan lagi untuk memenangi hati yang satu itu.
Keesokkan hari Dian bekerja seperti biasa.Bila sampai di pejabat di lihatnya bilik Faizal gelap gelita dan tidak berpenghuni.Ke mana pulak dia pergi?Selalunya waktu macam ni dia dah masuk kerja.
Sejak dari semalam dia tidak senang hati di tambah pula pagi ini kelibat lelaki itu tidak kelihatan.Dian bertanya kepada Maria yang sedang sibuk menaip sesuatu di komputer.Namun jawapan yang di terima agak mengejutkan,Maria memberitahu yang Faizal demam dan telah memohon cuti sakit selama dua hari.Bukan semalam dia ok aje ke?Kenapa pulak boleh demam?Dian bingung.
Dian mencapai telefon bimbit di dalam tas tangan dan cuba mendail nombor Faizal.Beberapa minit menanti balasan namun hampa.Talian di sebelah sana tidak bersambut.Dian menyimpan semula telefon.Tumpuan cuba di berikan pada tugasan yang menanti.
Tengahari itu seperti biasa dia turun makan di restoran berdekatan dengan Lina.
''Kau tahu tak kenapa Encik Faizal tak datang kerja hari ni?''
Lina menjongketkan bahu tanda tidak tahu.
''Apa pasal pulak?''Lina bertanya sambil menghirup minumannya.
''Aku dapat tahu dari Maria dia demam.''
''Ha!Macam mana pulak dia boleh demam,bukan semalam dia sihat-sihat aje aku tengok.''Berkerut kening Lina memikirkan perkara itu.
''Semalam aku bertekak dengan dia.''
''Pasal apa?''
''Dia bawak aku jumpa nenek saudara dia.''Bulat mata Lina mendengarnya.
''La...ya ke?Kenapa dia buat macam tu?''
''Entahlah.Balik dari rumah nenek dia tu kami selisih faham sikit.Aku tak suka dia buat aku macam tu,Lagi pun orangtua tu dah mula syak yang aku dengan dia ada hubungan.''
''Dia terlalu menyayangi kau,apa kata kau bagi dia peluang mungkin korang berdua serasi bersama.''
''Aku nak sambung belajar balik.Aku tak mahu soal cinta ni mengganggu konsentrasi aku.''
''Dian..Dian..belajar sambil bercinta tak salah rasanya cuma kau kena pandai membahagikan masa.Lagi pun dah ada orang nak jaga kau,apa yang kau nak risau sangat.Aku tengok dia dah gila sangat kat kau takkan sampai hati kau lukakan perasaan dia.''
Begitu panjang lebar Lina cuba menasihati sahabatnya itu.Dian cuma mampu termenung.Nasi di dalam pinggan hanya di pandang saja.Sudah tak larat untuk di habiskan Tumpul seleranya.
''Aku takut terluka lagi.''
Nah!Itulah sebab sebenarnya mengapa dia menolak lamaran cinta dari Faizal.Dian takut untuk memulakan langkah baru.Wajah di raup perlahan.
''Tapi kau nampak gelisah bila tahu dia sakitkan.''
''Dia ketua kita tentu aku prihatin juga pada dia.''Lina tersenyum penuh makna.
''Cakap aje lah yang kau suka pada dia habis cerita,tak payah nak pening-peningkan kepala.Kesian aku tengok dia masih juga menunggu bagai menunggu buah yang tak gugur.''
''Biarlah dia menunggu sampai bila-bila pun,apa aku peduli.''
''Hei...jangan cakap macam tu,aku tahu kau tak sampai hati nak buat dia macam tu,jadi buatlah sesuatu agar dia tidak menaruh harapan lagi pada kau.''
Dian memandang temannya itu dengan wajah yang keliru.
Setelah dua hari mengambil cuti sakit,Faizal kembali bekerja semula.Dengan wajah yang masih sugul,dia tetap meneruskan tugasnya.Dian rasa ragu-ragu untuk masuk ke dalam bilik lelaki itu walau pun di tangannya ada laporan yang memerlukan semakannya.Apa yang patut aku buat?Muka dia nampak macam marah lagi.Karang kalau aku masuk dia sembur aku tak ke naya?Tapi benda ni perlukan kelulusan dia.Ah!Masuk ajelah.Kalau dia nak marah pun aku redha aje la.
Pintu bilik Faizal di ketuk perlahan.
''Masuk!!''
Faizal tergamam seketika bila wajah itu menyapa pandangannya namun dia cuba mengawal perasaan dengan berlagak selamba.
''Maaf Encik Faizal saya ada dokumen yang perlukan semakan dan tanda tangan Encik.Dian cuba mengawal degupan di jantungnya saat itu.Dokumen yang di hulur gadis di ambil dan di telitinya sebelum menandatanganinya.Dian masih tegak mematung sedangkan Faizal sudah menghulurkan dokumen itu kembali.Fikirannya sarat dengan pertanyaan.
''Ada apa-apa lagi?''
''Err...awak sihat?''Meletus jua apa yang sarat di mindanya saat ini.
Faizal menyandar di kerusi sambil memandang kosong wajah itu.
''Perlu ke awak ambil berat pasal saya lagi,bukan ke antara kita tiada apa-apa yang memerlukan awak menyoal saya begitu.''
Pedas sungguh kata-kata itu.Dian terasa di sindir.Wajahnya tertunduk sayu.Terkilan.Dokumen di tangan di campak ke atas meja.Dengan tangan yang terketar-ketar Dian mengambil.Tidak mampu berkata apa-apa lagi dan terus keluar dari bilik itu.Dian terasa dengan kata-kata yang di lontarkan.Ternyata dia masih marah dengan aku.Salah aku juga tidak prihatin dengan perasaan dia.Ah!Kenapa aku terasa sayu bila dia kata macam tu?Apakah hatiku sudah mula menerima dirinya?Hai,hati kenapa jadi begini?
Sementara itu di dalam biliknya ,Faizal termenung panjang.Ada rasa bersalah yang menghimpit dada.Kalau di ikutkan perasaan,mahu saja dia meminta maaf kepada Dian di atas ketelanjuran bahasanya namun dia sengaja mengeraskan hati dan ego agar gadis itu sedar akan perasaannya.
Sementara itu Dian yang sedang dalam di lema, makin sukar untuk menumpukan perhatian terhadap tugasannya.Hatinya terasa terguris dengan kata-kata yang Faizal lemparkan tadi.Sehingga ke petang wajahnya tetap murung.
Sebuah mug di hulur di depan mata Dian.Lamunannya terhenti seketika.Mug itu di sambut perlahan.
''Terima kasih.''
''Jauhnya kau menung dah sampai ke mana?Sindiran halus keluar dari mulut Lina.
Punggung di labuhkan di sisi Dian sambil matanya terarah ke peti televisyen.Dian cuma mengeluh.Air di dalam mug itu di teguk perlahan.
''Jangan banyak berfikir,kalau kau sakit siapa yang susah,aku jugak.''Dian hanya tersenyum nipis.
''Kau dah berbaik dengan dia ke?''Dian geleng.
''Aku nak buat macam mana lagi kalau dia tak mahu maafkan aku.''
''Jadi dia memang betul-betul marah dengan kau lah ni?''Dian angguk perlahan.
''Hmm...sudahlah kau jangan sedih sangat,mungkin bila hati dia dah sejuk tentu dia akan maafkan kau.''
Terfikir juga Dian alangkah bagus kalau dia mampu menerima lelaki itu tanpa rasa ragu-ragu.Bolehkah aku dan dia menjadi pasangan yang bahagia?
Ah!!Bukankah aku dengan terang-terang sudah menolak dirinya.Untuk apa aku kalut memikirkan dia lagi?Ada pertanyaan yang makin mengelirukan menunjal-nunjal ke benaknya.Dian segera sedar dari lamunan dan meminta diri untuk tidur.Lina hanya memandang gelagat sahabatnya itu dengan keliru.

Malam itu begitu meresahkan memikirkan dirinya yang terlanjur menuturkan kata-kata kasar siang tadi.Perlukah aku meminta maaf kepadanya?Berbisik pertanyaan di hati.Ah!Biar saja dia begitu agar dia tahu hati aku bukan mudah untuk di pujuk.Tapi kalau dia terus menjauhkan diri aku jugak yang rugi.Ah!!Kenapa susah sangat dia mahu terima aku?
YA ALLAH!!Apa yang harus aku lakukan lagi?Faizal menjadi nanar dengan tingkah laku gadis idamannya yang semakin hari semakin dia sayangi.Mana mungkin marah yang di hati akan berlarutan kerana wajah itu sentiasa menjadi igauan tidurnya.Mengapa hati ini masih berdegil untuk mengharap kasihnya lagi sedang dia sudah terang-terang menolak kasih yang cuba di hulur.Faizal memandang ke langit yang gelap.Tiada bintang mahu pun bulan yang menerangi bagai mengerti hatinya yang gundah gulana.
Dian!!Hatinya berbisik sayu.Bagai terdengar-dengar seseorang memanggil dirinya.Dian tersedar dari lena yang seketika.Ada debaran yang maha hebat melanda jiwanya.
YA ALLAH!Kenapa dengan aku ni?Kenapa jantungku rasa berdebar-debar?Seketika telefon bimbitnya berbunyi tanda ada mesej yang baru masuk.Segera Dian membukanya dan terpapar satu mesej.
MAAF!!Bila di lihat nombor yang terpapar Dian sedikit terkejut.Ada senyuman terukir di wajahnya.Kemudian telefon itu berbunyi lagi.Kali ini panggilan pula yang di terimanya.Dengan segera Dian menekan butang hijau.
''Assammualaikum..''Lembut suara itu bergema di cuping telinganya.
''Waalaikummussalam..''
''Apa khabar?Err...awak..buat apa tu?''Suara di hujung talian berbunyi lagi.
''Baik,tak buat apa-apa,baru bangun tidur.''
''Awal awak tidur.''
''Terlelap sekejap,entah apa yang membangunkan saya,tiba-tiba macam terdengar suara seseorang memanggil.''
Faizal terkedu.Baru sebentar tadi dia menyeru nama gadis itu.Apakah itu tandanya yang mereka ada jodoh?Kalau tidak masakan gadis itu dapat merasakan getaran suaranya.
''Saya minta maaf pasal siang tadi,boleh awak maafkan saya tak?''Terdiam Dian seketika bila Faizal berkata begitu.
''Tak ada apa-apa yang saya nak maafkan awak,saya yang bersalah sebab tak prihatin dengan perasaan awak.''
Erk..kenapa aku cakap macam ni?dah macam cakap dengan kekasih aje,hmm...Mereka terdiam seketika tidak tahu hendak kata apa lagi.
''Masih nak jadi kawan saya lagi?''Mulut Dian tiba-tiba bertanya.
''Kenapa awak cakap macam tu,siapa kata saya tak mahu kawan dengan awak lagi?''
''Manalah tau kalau awak dah jemu nak kawan dengan saya.''
''Dian,awak tahu hati saya pada awak kan.Tak ada wanita lain yang bertakhta dalam jiwa raga saya melainkan awak sorang.Jadi mana mungkin saya jemu pada awak.Awak cakap macam ni,macam awak dah mula terima saya je.''
''Awak jangan merepek ya.''
Faizal tertawa riang serkap jarangnya mengena.Seketika mereka berbual lagi.
Setelah memutuskan talian,Faizal masih senyum sendiri.Hatinya berbunga riang bak bunga kembang mekar di taman.Eh!Dalam hatiku sudah ada taman la.Rajuknya ternyata tidak berpanjangan lantaran rasa bersalah lebih menghimpit perasaan.Senak fikirannya jika sehari tidak mendengar suara gadis itu.Memang sudah parah aku ni!Getus Faizal sendiri.Ish..kalau ibu nampak aku macam ni tentu kena perlilah jawabnya.Mau malu setahun aku.Aduhai hati...
Sementara itu di fikiran Dian pula ada kekeliruan yang bertandang.Apa yang aku buat ni?Bukankah aku tak mahu menerima dia tapi kenapa aku masih nak berkawan lagi dengan dia?Kelirunya.
Oh!Hati janganlah begini.Dian baring sambil pandang ke siling.Di fikirannya penuh dengan lelaki tu.Di sebelah hatinya bagai sudah bersedia untuk menerima kehadiran lelaki tu namun di sebelah lagi masih dalam keraguan.Mungkinkah aku patut bagi peluang kepada diriku sendiri untuk menerimanya?

Saturday, December 7, 2013

SESUCI CINTA DIAN 14

                                                      


 Fakrul turun ke bawah setelah selesai mandi dan bersolat maghrib.Punggung di labuhkan ke sofa berangkai tiga di ruang tamu itu.Setelah beberapa kali mengerjakan solat sunat akhirnya ketenangan dapat juga di capainya sedikit.Walau pun kekesalan masih bersarang di jiwanya.Tangannya segera mencapai remote yang berada di atas meja sofa.Skrin yang tadinya kosong kini telah terisi dengan wajah seorang ustaz yang sedang berceramah di rancangan Kalau Dah Jodoh.Fakrul leka dengan pengisian yang di berikan oleh ustaz itu.
Memang benar jodoh itu kerja Tuhan.Soal mati juga urusan Tuhan.Kita sebagai manusia ini tidak wajar mempersoalkannya.Apa yang penting bagi kita umatNYA adalah menghadapi segala dugaan yang di berikan dengan sabar dan tabah hati.
Fakrul terasa insaf dengan kata-kata dari ustaz itu.Betapa luas alam ciptaan Tuhan ini pasti ada seseorang yang akan menjadi jodohnya suatu hari nanti.Nafas panjang di lepaskan.Teringat akan dirinya sepotong ayat dari tafsir Al-Quran yang di bacanya beberapa hari yang lalu dari surah Al-Baqarah ayat 153,sesungguhnya ALLAH S.W.T bersama orang-orang yang sabar...
Fakrul terasa betapa dirinya telah hampir lupa akan kuasa Yang Satu itu.Mujur dia cepat tersedar akan kekhilafan diri.Selama ini bukan dia tidak solat namun ada ketikanya dia terlalai dengan  kesibukan mengulangkaji pelajaran dan pelawaan kawan-kawan untuk berseronok di luar.Dian selalu mengingatkan dia tentang kewajipannya itu.Sikap sambil lewanya itu sudah selalu benar mendapat teguran dari gadis itu.Kini tiada lagi kata-kata nasihat atau dalam kata lain bebelan dari bibir mungil gadis itu yang akan di dengarinya lagi.
Dian!!Satu nama itu telah membuatkan hidup dia menjadi penasaran.Fakrul meraup wajah seketika.Hatinya hiba bila teringatkan Dian.Luka yang ada masih belum terubat sepenuhnya.Fakrul pegang dada.
YA ALLAH!Tenangkan hatiku ini.Sebutir mutiara jernih menitis ke pipi.Terlalu kuat pengaruh yang di tinggalkan Dian buat Fakrul,sehingga hidupnya kini terasa kosong.
YA ALLAH!Andai dia bukan jodohku kau hapuskanlah perasaan ini.
Makin lebat mutiara jernih itu merembas ke pipinya.Fakrul pasrah.Kekesalan sudah tiada ertinya lagi.Nafas panjang di lepaskan.Cuba menenangkan dirinya yang kian hanyut melayan perasaan.Bibirnya beristighfar panjang.
Fakrul sedar kalau dia cuba memaksa Dian memberi penjelasan belum tentu gadis itu akan berterus-terang.Maka dia cuba bertoleransi dengan perasaannya sendiri.Dia akan cuba untuk tidak mempersoalkan lagi tentang perkara itu.Apa yang penting kini adalah pelajarannya.Sudah beberapa kali dia gagal untuk menumpukan perhatian di dalam kelas.Teringatkan peringatan yang di beri oleh Puan Haliza beberapa hari yang lalu tentang sikapnya.Amaran keras dari pensyarahnya itu kini terngiang-ngiang di fikiran.
Dia tidak mahu gagal di dalam tahun akhir ni.Papanya tentu akan kecewa seandainya dia gagal.Harapan yang begitu tinggi dari papanya itu untuk meihat dia berjaya menjadikan Fakrul sedar akan tanggungjawab yang bakal di pikulnya.Sebagai anak tunggal dia tidak mempunyai pilihan lain.Sebaik habis belajar nanti dia akan menjalankan tugas baru di dalam syarikat kontraktor yang di miliki oleh papanya.
Papa!Maafkan Rul...Rul akan cuba menjadikan impian papa satu kenyataan.
Jam di dinding di pandang,sudah hampir masuk waktu isyak,Fakrul segera bangkit sambil memadamkan siaran televisyen lantas dia naik semula ke bilik.Papa dan mamanya tiada di rumah kerana menghadiri sebuah majlis di rumah kawan papa.Mama Fakrul ada mengajaknya pergi sekali namun Fakrul memberi alasan hendak mengulangkaji pelajaran.Mulanya mama mendesak namun dengan campur tangan dari papa Fakrul terlepas dari mengikut kehendak orangtua itu.Masam juga muka mamanya sewaktu dia menolak pelawaan itu.

Malam itu Dian menerima panggilan dari Faizal.
''Assalammualaikum..''
''Waalaikummussalam.. ''
''Buat apa tu?''Tanya Faizal.
''Tengah telefon.''Jawab Dian selamba.
Faizal hanya mampu ketawa.
''Nakal awak ya.''Dian menggigit jari.
''Saya tanya awak sebelum awak jawab panggilan saya ni,awak buat apa?''
''Maaf,saya gurau aje,baru nak tarik selimut nak tidur.Yang awak ni malam-malam dah tak ada kerja lain ke,mengacau anak dara orang.''
''Pasal dah tak ada kerjalah saya kacau awak,rindu nak borak dengan awak.''
''Awak ni dah angau.''
''Angaukan awak lah.''Geram Dian dengan Faizal yang sengaja hendak mencari pasal dengannya itu.
''Awak..saya nak tidurlah.''
''Eh!Nantilah dulu,saya belum puas nak borak dengan awak lagi.''
''Tapi saya dah mengantuk.''
''Jangan nak bagi alasan ya,baru pukul berapa dah mengantuk ni?Penat sangat ke?Rasanya saya tak bagi awak banyak kerja sangat hari ni.''
Terkial-kial Dian cuba mencari alasan lagi.Apalah nasib jumpa lelaki yang tak makan saman ni.Dah kata tak mahu pun masih nak cuba nasib lagi.Bengang Dian dengan sikap Faizal,ada saja kata-katanya yang hendak di pintasnya.
''Awak esok kita keluar,ya.''
Dian mengeluh.Memang degillah lelaki ni.
''Saya sibuk.''
''Saya tak kira,esok lepas kerja saya tunggu awak kat tempat parkir.Jangan nak cuba mengelak dari saya.''
Keputusan Faizal tegas,dia tidak mahu bertolak ansur langsung dengan Dian.Hendak tak hendak Dian terpaksa juga bersetuju. 

Seperti yang di janjikan petang itu,Faizal awal-awal lagi sudah menuggu Dian di tempat letak kereta.Setelah Dian masuk,Faizal segera memandu keretanya itu ke jalan besar.
''Kita nak ke mana?''Tanya Dian bila di lihatnya Faizal leka dengan pemanduannya.Hanya senyuman yang kelihatan di wajah lelaki itu.Dian keliru dengan Faizal yang tiba-tiba tidak mahu melawan katanya.
''Awak.. saya tanya awak ni,kita nak pergi ke mana?''Suaranya di keraskan sedikit.
''Kalau saya cakap tak ada pulak kejutannya.''Selamba Faizal berkata.
''Awak jangan buat benda yang saya tak suka ya,nanti saya terjun dari kereta ni baru awak tau.''
''Eh,awak ni jangan macam tu.Kenapa tiba-tiba nak marah ni?''
Dian cuba menenangkan dirinya.
''Maaf,saya bukan marahkan awak cuma hati saya tak sedap bila awak nak buat kejutan pada saya.''
''Saya tak terniat nak buat yang bukan-bukan pada awak,janganlah risau.''
Dian pandang sekilas lelaki itu.Faizal meneruskan pemanduan tanpa berkata apa-apa lagi.Setelah kereta yang di pandu Faizal tiba di depan sebuah rumah banglo tiga tingkat mereka segera turun.Dia menekan loceng di pintu pagar rumah itu.
''Rumah siapa ni?''Tanya Dian.Faizal hanya tersenyum dan kemudian pintu pagar itu terbuka.Faizal mengajak Dian masuk ke laman rumah itu.Tidak lama kemudian pintu rumah itu terbuka dan muncul seorang wanita yang berusia.
''Assalammualaikum..nek.''
''Waalaikummussalam..YA ALLAH!Kamu Faizal,mimpi apa datang petang-petang macam ni?''
''Mimpi apa pulak nenek ni,takkan Faizal datang pun tak boleh?''Mereka berpelukan mesra.
''Nek,ni Faizal kenalkan kawan sepejabat Faizal,Dian.''Dian bersalaman dengan perempuan tua yang di panggil nenek oleh Faizal itu.
''Kamu ni teman wanita Faizal ke?''Tanya orangtua itu sambil menyambut salam Dian.Dian kaget.Faizal di sebelah sudah tersenyum simpul.
''Kami kawan saja,nek.''Tersenyum orangtua itu sambil menarik Dian masuk ke dalam rumah.
''Mari masuk,kita minum-minum dulu.Rezeki kamu hari ni sebab mak cik Esah tengah buat sarapan petang.Ujar orangtua itu sambil menarik tangan Faizal juga.
Mereka duduk di sofa empuk berwarna coklat tua.Hiasan di ruang tamu itu membuatkan Dian terkagum sejenak.Bertuah sungguh hidup sebagai orang berada.Terasa betapa kerdil diri untuk berada di situ.Orangtua yang di panggil nenek tadi sudah menghilang ke dapur.
''Siapa tu?''
''Dia nenek saudara saya,ibu Encik Malik.''
''Kenapa awak bawak saya ke sini?''
''Saja nak kenalkan dengan dia.Lagi pun saya tak ada nenek kandung lagi.Kalau saya bawak awak balik rumah nanti awak marah pulak.Yalah..awak bukan mahu pun kalau saya kenalkan pada orangtua saya.Kita pun bukan ada hubungan yang rasmi.Awak sendiri susah nak buat keputusan untuk menerima diri saya.Jadi ini salah satu cara saya nak yakinkan awak yang keluarga saya bukan jenis yang pandang pangkat dan kedudukan.''Jelas Faizal dengan panjang lebar. 
Dian terdiam sambil meramas jari jemarinya yang runcing.Tidak beberapa lama kemudian muncul orangtua itu bersama seorang wanita yang separuh umur sambil menatang dulang yang berisi minuman dan kuih muih.
''Assalammualaikum.. makcik Esah,''Ucap Faizal sambil bersalam dengannya.Dian turut bangun untuk bersalam sama.
''Waalaikummussalam..lama kamu tak datang sini,Faizal.''Tanya Mak cik Esah.
''Sibuk sikit mak cik.Banyak kerja kat pejabat tu.''
''Siapa namanya kawan kamu ni Faizal,lupa pulak nenek.''
''Dian,nek.''
''Oh,Dian..kamu dah lama ke kenal?''
''Tak lama sangat,dia baru beberapa bulan kerja kat tempat Faizal.''
''Nama nenek ni Fatimah.jemputlah minum.''Ujar orangtua sambil menghulurkan minuman kepada Dian.
''Terima kasih,nek.''Ucap Dian sambil menyambut cawan itu.Faizal mengambil sendiri minuman yang terhidang.
''Kamu ni dari mana?''
''Dari pejabat nek.Saja bawak Dian ke sini,dah lama saya tak datang jenguk nenek.''
''Emm..kamu tu kalau tak ada hal,jangan haraplah nak muncul kat rumah ni.''Faizal hanya tersengih.
''Kamu ni tengah bercinta ke?''Selamba saja ayat yang keluar dari mulut nenek Fatimah.
Dian terkedu.Faizal sudah tergaru-garu kening.Tidak tahu bagaimana untuk menjawab.
''Erk..kami tak ada apa-apa cuma kawan sekerja saja,nek.''
''Kalau tak ada apa-apa kenapa kamu bawa dia ke mari?''
''Betul,nek kami cuma kawan lagi pun siapalah Faizal ni,mana layak nak berganding dengan dia.''
Saja Faizal menekankan ayat itu untuk membuatkan Dian terasa.Dian pula hanya mampu berdiam diri sambil meramas-ramas jari jemarinya.Dia tahu Faizal cuba membuatkan dia serba salah.
''Hai,kamu ni Faizal berani sungguh bawak anak dara orang ke sana sini,kalau orangtua dia marah macam mana?''Nenek Fatimah sudah mula hendak membebel.
''Orangtua Dian dah tak ada nek,mereka dah meninggal.''Cepat-cepat Faizal menerangkan situasi  sambil memandang sekilas ke arah Dian.Gadis itu hanya menundukkan wajah.
''Oh,macam tu..maafkan nenek ya,nenek tak tahu.''Ujar nenek Fatimah sambil memegang tangan Dian dan mengusapnya perlahan.
''Tak apalah nek,saya dah biasa.''Dian turut membalas usapan tangan orangtua itu.
''Ha,Faizal..ibu kamu macam mana,dah lama nenek tak dengar khabar,dah jarang dia nak ke mari.''
Segera nenek Fatimah mengalihkan topik perbualan mereka kerana tidak mahu hal yang agak sedih itu di bicarakan lagi.
''Biasalah nek,ibu tu kan sibuk dengan butik dan persatuan dia.''
''Kok ya pun takkan tak ada masa nak jenguk nenek kat sini,bukan jauh sangat pun.''
''Nantilah Faizal cakap dengan ibu,yang nenek dah rindu sangat dengan dia.''
Hampir sejam mereka menghabiskan masa berbual dengan nenek Fatimah dan akhirnya mereka meminta diri untuk pulang.
Setelah berada di dalam kereta,mereka hanya membisukan diri.Hanya alunan muzik dari corong radio yang menemani suasana.
''Kenapa senyap,dah tak ada modal nak cakap ke?''
''Tak ada apa nak cakapkan lebih baik diam.''Balas Dian sambil memandang sekilas wajah Faizal.Ada kerutan di situ.
''Awak marah dengan saya ke?''Soal Faizal.Dian menggelengkan kepala.
''Kalau tak marah kenapa awak senyap.Saya boring tau tak dengar suara awak.''
''Jangan nak mengada-ngadalah.''
''Ha..boleh pun bercakap ingat tadi dah bisu.''Sindir Faizal.
''Awak kalau tak sakitkan hati saya tak boleh ke?''
''Ala..saya bergurau je,takkan itu pun nak marah.''
''Boleh tak awak bawak kereta tu cepat sikit.''Pinta Dian.Faizal tersengih sambil mengusik Dian lagi.
''Saya takkan bawak laju kalau awak cakap macam tu.''
Kereta itu bertambah perlahan.Mujur saja keadaan jalan raya waktu itu tidak berapa sibuk.Dian menarik nafas panjang cuba bersabar dengan kerenah lelaki itu.
''Yang awak ni tiba-tiba nak marah kenapa?Awak tak suka saya bawak awak jumpa nenek saudara saya tu ke?''
''Lain kali kalau awak nak buat kejutan pun jangan sampai saya rasa serba salah.Awak ni suka mendesaklah.''
''Memang saya suka mendesak,selagi awak tak terima saya,selagi tu saya takkan putus asa.Awakkan tak ada hubungan dengan pak we awak tu,kenapa susah sangat awak nak terima saya?Tak boleh ke awak pertimbangkan saya untuk menjadi teman hidup awak.''
''Saya dah katakan pada awak kan yang saya nak sambung belajar lagi,jadi mana saya ada masa nak jalinkan hubungan dengan sesiapa ketika ini?''Tegas Dian mempertahankan pendiriannya.
Faizal terasa bengang mendengar Dian berkata begitu.Suasana hening seketika.
''Awak tahu tak saya takut kehilangan awak.Ini kali pertama saya jatuh cinta jadi saya tak mahu kehilangan cinta ini.Hati saya benar-benar ikhlas untuk awak.Saya tak boleh bayangkan kalau awak hilang dari saya.''
Akhirnya terhambur jua apa yang di pendamnya selama ini.Faizal sudah tidak malu mengakui perasaannya yang sebenar.Dian kaku membisu saat ayat itu bergema di gegendang telinganya.
''Saya tak percaya yang awak tak ada perasaan pada saya.Dari pandangan mata dan tingkah laku awak saya dapat rasakan yang awak juga ada menyimpan rasa yang sama.Apa salahnya kalau awak mengaku saja,tak perlu awak nak lindung atau tutup hati awak dari rasa itu.Dian kalaulah hati saya ni awak boleh nampak tentu awak takkan ragu-ragu untuk menerima saya.''Begitu panjang lebar Faizal meluahkan perasaannya.Berharap sangat agar gadis itu memahaminya.
Tiada apa yang mampu di balas oleh Dian,dia hanya mendiamkan diri sambil pandangan di lepaskan keluar.Faizal ikut mendiamkan diri.Sudah malas hendak berkata lagi,cukuplah apa yang terluah dek mulutnya tadi.Tumpuannya kini di hala ke jalanraya.Cuba melayan rasa kecewa dengan sikap degil gadis di sebelahnya itu.

Tuesday, November 12, 2013

SESUCI CINTA DIAN 13


Petang itu Dian pulang dengan menaiki teksi.Lina telah keluar awal kerana mengikut Encik Malik bermesyuarat di luar.Setelah mengunci pintu Dian segera masuk ke bilik dan mandi.Selesai mandi dan menyarung pakaian Dian segera ke ruang tamu dan menonton televisyen.Nasib baik juga solat Asar telah di laksanakannya di pejabat tadi jadi dia tidak perlu tergesa-gesa untuk bersolat.Terasa bosan pula bila tinggal seorang diri.Siaran di televisyen tiada pula yang menarik minatnya.
Telefon di atas meja tiba-tiba berbunyi.Dian mengambilnya dan memandang skrin,terpapar nama Faizal di situ.Segera butang hijau di tekan.
''Assalammualaikum...''Ucap lelaki itu dengan suara serak-serak basah.
''Waalaikummussalam...''
''Kenapa suara awak lain macam aje,awak tak sihat ke?''Terus Dian menyoal bila telinganya mendengar suara Faizal yang agak berlainan.
''Saya selsema sikit,semalam kena hujan.''Jelas Faizal.
''Dah pergi klinik ke?''Tanya Dian sedikit gusar.
''Dah,sekarang saya dah nak balik ni.Dah nak sampai rumah pun.Dian,boleh tak saya nak ajak awak keluar petang esok lepas kerja.''
Dalam sakit-sakit pun sibuk nak ajak aku keluar lagi?Hmm...
''Encik,saya rasa elok Encik berehat di rumah saja sebab Encik tentu penatkan balik dari jauh lagi pun sekarang Encik kan tak sihat.''
''Tapi saya nak jumpa awak.''Manja la pulak suara Faizal.
''Kalau Encik nak jumpa saya Encik kena sihat dulu.''Suara Dian cuba memujuk.
''Dian terima kasih sebab ambil berat pasal saya.''Dian tersenyum simpul.
Tak sedar kata-katanya tadi telah membuatkan lelaki itu terusik hati.Awak janji dengan saya ya,bila saya dah sihat nanti kita keluar.''
Dian serba salah namun bila memikirkan keadaan lelaki itu terpaksa juga dia bersetuju.
Dua hari selepas itu Dian menerima mesej dari Faizal.Lelaki itu tidak sabar-sabar ingin mengajak Dian keluar.Mereka telah bersetuju untuk bertemu setelah habis waktu kerja.

Dian sedikit gelisah bila sampai waktu itu kerana Faizal masih tidak keluar dari bilik Encik Malik.Jadi ke tidak lelaki ni nak ajak aku keluar?Tertanya-tanya benak Dian sambil tangannya pantas mengemaskan meja.
Selesai mengemas Dian segera turun ke bawah.Nampaknya aku terpaksa naik teksi petang ni.Lina awal-awal tadi sudah pulang kerana Dian mengatakan akan keluar dengan Faizal.Sewaktu kakinya hendak melangkah turun,suara itu menyapanya
''Awak nak ke mana tu?''Dian terkejut.Serta-merta langkahnya terhenti.Dia berpaling dan terpandang raur wajah yang kacak itu sedang merenungnya dengan pandangan yang tajam.
''Err...saya nak balik.''
''Awak dah lupa janji kita?''
''Tak,saya ingat tadi awak yang lupa.Lama sangat awak dalam bilik Encik Malik.''
''Banyak sangat hal kami bincang tadi.Maaf ya,saya terlewat sikit.''
Ujar Faizal sambil tersengih.Dian senyum sambil menundukkan wajah.Tak sanggup rasanya hendak memandang lama-lama wajah tampan itu.
''Awak masih nak keluar dengan saya kan?''Dian mengangkat muka dan menganggukkan kepalanya.
Mereka berjalan beriringan menuju ke tempat Faizal meletakkan kereta.
Petang itu Faizal membawa Dian ke sebuah restoranSetelah memesan minuman Faizal merenung gadis di depannya itu dengan penuh kerinduan.Awak tahu tak kenapa saya lama dalam bilik Encik Malik tadi?''Berkerut kening Dian memandang Faizal.
''Kenapa pulak?''
''Mulanya memang kami berbincang tentang kerja tapi kemudian kami berbincang pula tentang awak.''
''Pasal saya,kenapa?''
''Pasal kerja awak ni saya dah bincangkan dengan dia untuk tukarkan tugas awak ni sebagai pekerja separuh masa jadi awak tak payah berhenti kerja lepas ni dan awak boleh menyambung pelajaran awak tanpa sebarang masalah lagi.''Terkejut Dian seketika.
''Awak tak patut buat macam tu.Nanti apa apa kata Encik Malik pula,saya tak mahu dia fikir yang bukan-bukan tentang kita.''Faizal mengulum senyuman.
''Awak takut ya?''
''Takut apa pulak?''
''Jangan risau dia faham dengan keadaan awak.Lagi pun dia bukan orang lain dengan saya,dia bapa saudara saya.''
''Saya tak tahu nak kata apa tapi saya ucapkan terima kasih sebab awak dah bersusah payah untuk saya. Tak tahu macam mana saya nak balas budi awak.''
''Awak nak balas budi saya?Ada caranya kalau awak nak balas.''Faizal sudah tersengih macam kerang busuk.Dah ke lain pulak lelaki ni.Fikir Dian.
''Awak jangan nak mulakan ya.''
''Mulakan apa?''
''Saya tahu apa yang awak fikirkan.''Sengihan Faizal makin panjang.
''Kalau awak tahu bila nak bagi saya jawapan?''
''Saya tak ada jawapan sekarang ini.''Tegas Dian meluahkan isi hatinya.
Pandangan di lepaskan keluar restoran.Entah kenapa perasaannya jadi hiba seketika.Tidak sanggup mulutnya untuk menolak terang-terang kehadiran lelaki itu namun untuk menerimanya juga dia tidak mampu.Faizal kecewa dengan jawapan itu.
''Awak ni keras kepala,ya.''
''Cinta tak boleh di paksa.''Pintas Dian dengan perlahan.Wajah di tundukkan memandang jari-jemari runcing miliknya.
Minuman yang mereka pesan akhirnya sampai.Faizal meminumnya dengan agak rakus.Geram hatinya dengan kedegilan gadis itu.Di antara mereka tiada yang bersuara saat itu.Masing-masing leka melayan perasaan sendiri.
Faizal bangun dan menuju ke kaunter pembayaran.Setelah selesai membuat pembayaran dia kembali ke meja.
''Kalau dah habis air awak tu mari kita balik.''Ujar Faizal sambil merenung telefon bimbit di tangannya.Dian bangun terkocoh-kocoh mengikut langkah lelaki itu.Dian sedar kata-katanya tadi membuatkan Faizal sedikit terguris hati.Tapi bukankah dia juga yang telah memberikan aku masa jadi kenapa dia tak sudah-sudah menanyakan hal yang sama?
Di dalam kereta masing-masing diam tidak berkutik.
''Awak marah dengan saya ke?''Suara Dian memecah kesunyian.
Faizal menjeling sekilas dan menggelengkan kepala.Tangan kirinya meraup wajah seketika.Mulutnya pula beristighfar cuba melawan perasaan sendiri.
''Maaf saya lupa janji saya pada awak hari tu.''

Monday, November 4, 2013

SESUCI CINTA DIAN 12

Dian menceritakan apa yang terjadi di pantai siang tadi.Lina sekadar mampu menenangkan sahabatnya itu.
''Kau nak buat apa lepas ni?''
''Entahlah,aku pun pening ni.Nak aje aku lari jauh dari sini.Aku takut kalau dia dapat cari rumah ni pulak?Dia tu kalau dah nekad dia akan buat apa saja.''Ujar Dian lantas melepaskan nafas panjang.
''Kau jangan cakap macam tu pulak,kalau kau berhenti nanti mana kau nak cari kerja lagi?''
''Aku cakap aje belum tentu aku buat la.''
''Ish,kau ni buat aku cemas la ingat tadi kau betul-betul nak berhenti kerja,risau aku.''Dian tersenyum kelat.Pandangan di tala ke peti televisyen yang menayang sebuah drama melayu.Hanya matanya saja disitu tapi pemikirannya melayang jauh.
''Yan,kau jangan risau sangat pasal Fakrul tu,aku kan ada nanti aku akan pastikan kau selamat di rumah ni.''Dian pandang Lina lama.
''Kau memang kawan yang baik,terima kasih.''Tangan Dian mendarat ke tangan Lina lantas di genggamnya.
''Kalau bukan aku siapa lagi?''Lina tersenyum sambil cuba menyakinkan sahabatnya itu.Mereka terus berborak sambil meneruskan tontonan.Lina sedaya upaya menghiburkan hati sahabat yang di landa gundah gulana itu.

Sejak pertemuan di pantai itu jiwanya di landa badai yang semakin hebat.Perasaan marah ternyata gagal untuk di bendung lagi bahkan telah menjadi api yang membakar seluruh benaknya.Siapa lelaki di samping Dian itu?Kenapa mereka nampak mesra?Cepat betul Dian berubah.Apakah cintanya kepadaku hanya satu permainan?Sampai hati Dian menduakan aku.Argghh...
Kau kejam,yan!Kau kejam!Bergema suaranya di dalam bilik itu Nafasnya turun naik menahan amarah.Bilik itu telah menjadi tunggang langgang akibat menerima amukan darinya sebentar tadi.Mujur juga orangtuanya tiada di rumah saat itu,kalau tidak pasti mereka terkejut bila melihat apa yang berlaku sekarang.
Aku takkan lepaskan kau yan,kau hutang penjelasan denganku.
Fakrul tetap tidak berpuashati dengan apa yang telah berlaku.Dia nekad untuk mencari punca mengapa Dian memutuskan hubungan.
Tubuhnya terkulai layu di tepi dinding.Mutiara jernih terbit dari tubir matanya.Fakrul kesal apa yang menjadi impiannya selama ini kini hanya tinggal impian semata.Rambutnya di tarik kasar.Fakrul benci dengan apa yang terjadi pada dirinya kini.

Pagi itu sewaktu hendak menghantar laporan,Dian telah di beritahu yang Faizal tiada di pejabat.
Maria,setiausaha Faizal telah memberitahu yang majikan mereka telah di tugaskan ke utara untuk menyelesaikan satu projek yang bermasalah.Semalam dia tak beritahu apa-apa pun.Desis hati kecil Dian.
''Woi!Berangan ke apa?''Tiba-tiba mejanya di tepuk Lina.
''Ish,kau ni terkejut aku.Nak apa?''
''Ha,tau pun terkejut tadi aku panggil kau buat tak dengar je.Kau nak pergi makan tak ni?''Dian pandang jam di tangan.Dia capai tas tangan dan bingkas bangun.
''Jom.''Menonong dia berjalan meninggalkan Lina terkulat-kulat memandang.Lina pelik dengan sikap Dian.Kenapa perempuan ni?
''Apa pasal hari ni aku tengok kau lain macam aje.''Tanya Lina sewaktu mereka sedang mereka sedang menjamah hidangan tengahari.
''Maksud kau?''
''Tak ada la aku tengok kau macam tak ada mood aje nak kerja,kau teringatkan seseorang ke?''Usik Lina serkap jarang.
''Mana ada aku biasa je.''
''Ala,kalau rindu mengaku aje la.''Lina tersengih memandang Dian.
''Kau tak merepek boleh tak?''
''Aku bukan nak cakap apa cuma aku tengok korang berdua ni macam sesuai je.Kau ada apa-apa ke dengan Encik Faizal tu?''
''Entahlah aku malas nak fikir pasal ni.''Dian teringat semula bicara lelaki itu semalam yang meluahkan perasaan kepadanya.
''Yan,kau suka dia ke?''
Dian terpana dengan soalan bersahaja sahabatnya itu.Apa yang harus aku jelaskan?Perasaan ini bukan mudah bertukar arah.Serik rasanya untuk berkasih lagi bila perasaan yang bertahun di semai punah begitu saja.Rasanya baik aku begini sampai bila-bila.Lina terpinga-pinga dengan sikap Dian namun dia tidak mahu terus mendesak Dian untuk memberikan jawapan.
Selesai makan mereka terus berjalan menuju ke pejabat semula.Mereka meneruskan tugasan bila sudah memasuki ruang pejabat.Setiba Dian di meja telefon bimbitnya berbunyi.
''Assalammualaikum..''Suara lelaki itu kedengaran,
''Waalaikummussalam..''Jawab Dia perlahan.
''Ya, Encik Faizal apa khabar?''Dian terus bertanya membuatkan lelaki itu ketawa perlahan.
''Baik,awak pulak macam mana?''
''Saya baik-baik saja.Ada hal apa Encik telefon ni?''
''Hai,saya nak telefon pun tak boleh ke?Awak tak terkejut ke saya tak ada kat pejabat hari ni?''
Dian tersenyum sendiri.Dalam sibuk-sibuk pun masih sempat nak telefon aku.Bisik hati kecil Dian.
''Terkejut jugak tapi Maria dah maklum kan pada saya pagi tadi.''
''Jadi awak dah tahulah saya kat mana.Ingat tadi nak bagi tahu awak tapi awak dah tahu sendiri tak apalah.Mereka terdiam seketika tidak tahu hendak berkata apa lagi.
''Dian!Saya...''kelu lidah Faizal hendak meneruskan kata-kata.
''Kerja awak tu dah selesai ke?''Dian mencelah.
''Belum lagi,sekarang waktu rehat jadi saya saja telefon awak.Mana tahu awak tercari-cari saya pulak.Dian,saya...rindu awak.''Terluah juga apa yang membuku di jiwa Faizal.
''Awak tak rindu saya ke?Saja Faizal hendak menduga Dian.Gadis itu membisu.Tidak tahu hendak berkata apa.
''Kalau berat sangat mulut awak nak cakap tak apalah,saya cuma meluahkan apa yang memberat di hati saya ni.''
''Err..Encik saya minta diri dulu nak sambung kerja.''
''Baiklah.''Itu saja yang mampu Faizal balas.Hatinya sedikit kecewa dengan perlakuan Dian.Gadis itu cuba mengendahkan perasaan yang cuba di semainya.Setelah memberi salam talian mereka terus terputus.
Kalaulah hidup ini seindah yang di impikan.Dari balkoni bilik hotelnya Faizal merenung ke langit malam.Walau pun di hiasi bintang berkerlipan namun hiasan itu tidak dapat menghiburkan hatinya yang di landa keresahan.Kenapa terlalu sukar hendak menjinakkan gadis itu.Tidak cukup baikkah aku ni?Wajahku rasanya tidaklah buruk sangat walau pun tidak sekacak mana.Faizal berjalan ke arah katil dan baring memandang siling.Terkebil-kebil dia cuba melelapkan mata namun mata itu terlalu degil untuk di lelapkan.
Faizal bangun dan menuju ke bilik air untuk berwuduk.Solat sunat di kerjakan demi menghilangkan keresahan di hati.Bermohon kepada YANG MAHA ESA agar urusannya berjalan lancar termasuk perasaannya yang satu itu.Perasaan yang sukar untuk di bendung lagi.Faizal berdoa moga segalanya mendapat keredhaanNYA.

Wednesday, October 23, 2013

SESUCI CINTA DIAN 11


Setelah puas berjalan di sekitar pantai itu mereka berkemas untuk pulang.Tanpa di sedari tingkah laku mereka telah di perhati seseorang.Setelah selesai berkemas mereka menuju ke kereta.
''Assalammualaikum..''Dian dan Faizal berpaling serentak.
''Waalaikummussalam..''Salam di jawab perlahan.
''Kau!Bbuat..aapa..kat sini?''Bergetar suara Dian saat wajah itu terpacul di depan mata.Wajah yang lama tidak di tatap.Wajah yang sedang cuba di elaknya.
''Sudah puas aku mencari kau baru kini kita berjumpa kembali.Yan!Sampai hati kau buat aku begini.Siapa lelaki ni?Sejak bila kau curang pada aku?Patutlah kau hilang macam tu saja rupanya kau...''
Fakrul tidak mampu meneruskan kata-kata lagi bila hati yang retak kini telah terbelah dua.
''Rul!Maafkan aku.Antara kita tiada apa-apa lagi,aku tak dapat teruskan hubungan kita lagi.''
''Semudah tu kau kata maaf,kau fikir hati aku ni apa?Kita kenal dah lama,yan.Tapi kau mudah putuskan semuanya dengan sekelip mata?Apa maksud semuanya ini?''
''Aku tahu hati kau sakit tapi ada sebab aku lakukan begini.Terimalah hakikatnya yang hubungan kita telah berakhir.Aku tak mahu kau terus-terusan mengharap pada aku lagi.''
Fakrul terasa sedih sekali bila gadis pujaannya yang begitu di cintai kini telah berpaling tadah.
Kalau di ikutkan rasa hatinya yang panas,mahu saja lelaki di samping Dian itu di berikan satu pengajaran namun dia berfikiran waras dan tanpa menunggu lama lagi Fakrul terus beredar dari situ.Tidak sanggup dia menyaksikan drama yang di mainkan oleh mereka berdua.
Dian pasrah.Lemah rasanya kaki untuk di tampung lantas dia terduduk di bahu jalan bersebelahan kereta Faizal.Airmatanya turun mencurah-curah tanpa dapat di bendung lagi.
Faizal membiarkan gadis itu melepaskan perasaan yang terpendam.Tisu di dalam kereta di capai dan segera di hulur kepada Dian.
''Dah lega?''Sapa Faizal bila di lihatnya gadis itu sudah berhenti menangis.
Dian cuba ukir senyum kemudian dia berdiri lantas masuk ke dalam kereta.Tingkah gadis itu di pandang dengan penuh simpati dan kemudian dia turut meloloskan diri ke dalam kereta.
Setelah menghidupkan enjin,punat radio pula di bukanya.kebetulan pula lagu yang berkumandang adalah lagu berirama sentimental.
Dian terbuai seketika mendengar lagu itu.
''Dian awak ok ke?''Tanya Faizal bila di lihatnya Dian tidak berkutik dari tadi.Pandangan Dian di arah keluar.Rasa malu pun ada kerana Faizal dengan terang-terang telah menyaksikan segalanya.
''Dian awak jangan diam saja saya risau tau tak?''
''Maaf!''
''Untuk apa maaf tu?Tanya Faizal keliru.
''Awak dah saksikan segalanya.Sekarang awak tahukan macam mana perasaan saya.
''Ya..saya faham apa yang awak rasa.Bersabar sajalah suatu hari nanti dia pasti akan faham kenapa awak buat macam tu.Awak jangan terlalu memikirkan semua ni.Saya akan bersama awak tak kira apa keadaan sekali pun.Awak boleh letakkan harapan pada saya.''
Faizal cuba menyuntikkan kata-kata semangat agar Dian tidak lagi susah hati.
''Terima kasih.''
''Sudahlah,lepas ni saya tak mahu awak bersedih lagi.''Terasa lega hati Dian setelah di pujuk oleh Faizal.Kereta yang di pandu Faizal segera meninggalkan kawasan pantai itu.
''Lepas ni apa rancangan awak?''
''Entahlah saya tengah buat simpanan untuk menyambung pelajaran saya.''
''Ya tak ya lah,awak kerja kat pejabat pun cuma sementara saja kan.Alamak macam mana saya boleh lupa pulak.''
''Kenapa awak gelabah semacam?''Dian hairan.
''Tak adalah kalau awak dah berhenti nanti macam mana dengan saya?''
''Yang awak risau sangat kenapa?''
''Saya rindu nanti kalau awak tak ada.''
''Jangan nak mengadalah.''
''Betul saya serius,kalau boleh awak janganlah berhenti.Kan awak boleh buat kerja sambil belajar,nanti saya cakap dengan Encik Malik ya.''
''Tak payahlah susahkan diri awak kalau Encik Malik tak benarkan macam mana?''
''Saya akan usahakan sampai dia mahu.''
Dian menggelengkan kepala melihat kesungguhan lelaki itu.Dah macam budak kecik pulak aku tengok perangai lelaki ni.Fikir Dian.
''Kenapa awak diam?''
''Tak ada apa cuma saya hairan dengan sikap awak masih tak putus asa untuk memujuk saya.''
''Awak tahu kan hati saya.''
''Saya perlukan masa untuk semua tu.''
''Ya saya tahu awak perlukan masa untuk berfikir tapi saya tetap akan tunggu awak sampai awak dah bersedia.
''Saya tak mahu libatkan diri dengan masalah lagi.Jadi lebih baik awak jangan meletakkan harapan pada saya.''Faizal rasa terkilan dengan kata-kata Dian itu.
''Kalaulah awak nampak hati saya ni tentu awak takkan ragu-ragu untuk menerima cinta saya.''
''Tolong jangan desak saya.''Pinta Dian mengharap pengertian Faizal.
Selepas itu mereka membisukan diri sehingga kereta yang di pandu Faizal tiba di perkarangan rumah sewa Dian.
Faizal pantas memandu semula ke jalan besar setelah Dian turun dan mengucapkan terima kasih kepadanya.Dia hanya mendiamkan diri tanpa membalas ucapan Dian itu.
Marah ke dia pada aku?Fikir Dian.Ah!Kenapa susah sangat nak buat dia faham.Aku belum bersedia untuk sebarang hubungan lagi.
Sementara itu di dalam kereta Faizal cuba menenangkan perasaan.Sebentar tadi hatinya begitu kecewa bila kasih yang cuba di hulur di pandang sepi oleh gadis itu.Terlalu mendesak ke aku?Keluhan panjang di lepaskan Faizal.Bukankah aku sudah berjanji untuk memberikan dia waktu jadi apa yang aku lakukan ni?Nanti dia bertambah bingung kerana desakan aku.Ah!Tak sepatutnya aku menambahkan beban di fikirannya lagi.
Malam itu Faizal menghantar mesej kepada Dian dan memohon maaf atas sikapnya petang tadi.Hati Dian terubat juga saat membaca mesej Faizal itu.

Saturday, October 5, 2013

SESUCI CINTA DIAN 10

Seperti yang telah di janjikan Faizal telah membawa Dian ke tepi pantai,tempat yang menjadi kegemarannya.Dian agak terkejut kerana seperti merasakan ada sesuatu yang menjadi agenda lelaki itu membawa dia ke situ.Tambahan pula bila melihat Faizal telah mengeluarkan sebuah bakul yang penuh berisi dengan makanan dari dalam bonet keretanya.Hati Dian sedikit tersentuh dengan tingkah lelaki itu.Setelah membentangkan tikar mereka telah duduk di bawah sebatang pokok yang agak redup.Faizal segera mengeluarkan bekalan yang di bawanya tadi.
''Awak masak sendiri ke makanan ni?''Faizal memandang ke arah Dian sambil tersenyum.
''Kalau saya kata saya yang masak awak percaya ke?''Dian geleng kepala.
''Hm..dah agak dah.Awak jangan tengok saya sebelah mata saja,saya kalau bab masak ni dah lali dah.Tak jadi hal.Apa saja lauk saya boleh masak.''
''Amboi macam riak saja.''
''Bukan riak,saya nak awak tahu saja.Apa lagi makanlah takkan nak pandang saja makanan ni,penat saya masak tau.''
Dian tersenyum sambil mengambil roti yang telah di sapu jem.
''Hai,makan roti saja mee yang saya masak ni tak nak rasa ke?''
''Boleh saya makan yang ni dulu?''
''Oo..saya ingat tadi awak tak mahu rasa masakan saya,tak pe lah,awak makanlah dulu roti tu.''
Faizal sudah tergaru-garu kepala bagai orang yang di dalam kebingungan.Serba-salah pulak rasanya untuk berkata lagi.
Suasana di pantai itu agak mendamaikan.Deburan ombak bagai berlari-lari memukul ke gigi pantai.Dian terasa tenang dengan suasana itu.Terasa bagai di hambur pergi segala masalah yang sedang melanda diri.Faizal pelik dengan tingkah Dian yang membisu tiba-tiba itu.
''Apa yang awak fikirkan?''Dian kalih pandang.
''Tak ada apa.''Balasnya pendek. Wajah masih separuh mendung.
''Awak ada masalah ke?
''Kenapa awak tanya macam tu?''
''Tak ada la,saya tengok awak ni macam sembunyikan sesuatu,awak tak mahu kongsi masalah dengan saya?''
''Saya ok je tak ada apa yang saya nak kongsi dengan awak.''
''Mulut awak boleh berkata tidak tapi wajah awak tak macam tu.''Faizal merenung tajam ke wajah Dian membuatkan gadis itu jadi tidak keruan.
Hai..apa saja lelaki ni hendak lagi.Aku dah kata tak maknanya tak lah kenapa masih nak desak aku?Rungut hati Dian.
''Boleh tak saya nak makan mi yang awak masak tu?''Dian memecahkan kegundahan yang melanda hatinya bila lelaki tu begitu asyik merenung dirinya.Faizal tersengih sambil menghulurkan mi tersebut.
''Awak ni kenapa? Sakit ke?''
''Sakit jiwa..''Balas Faizal.Geram Dian dengan jawapan selamba lelaki itu.
''Dian..Dian..awak ni kan kadang-kadang ada degilnya ye.Kenapa awak tak mahu kongsi masalah dengan saya?''
Gadis itu mendengus keras.
Faizal bangun dan berjalan menyelusuri pantai.Terpinga-pinga Dian dengan tingkah lelaki itu.Dian serba-salah.Pinggan di letakkan ke bawah.Kecil hati ke dia?Fikir Dian.Matanya masih menyoroti kelibat lelaki itu.
Tiba-tiba Faizal berpusing dan berjalan semula ke arah Dian.Punggung di labuhkan dan tangannya segera mencapai pinggan yang berisi mee goreng lantas terus di suapkan ke mulut.
Terpinga-pinga Dian melihat gelagat lelaki itu.
''Awak..tu pinggan saya.''
Ha!Erk..''Terpempan Faizal seketika matanya memandang pinggan di tangan.
''Kenapa dengan awak ni?''
''Err..maaf, saya lapar.''Jelas Faizal,mukanya sudah kalut semacam.
''Kalau ye pun lapar ambil saja yang dalam mangkuk tu.Kenapa awak ambil saya punya?''
Faizal mengeluh keras.Pinggan tadi di letakkan kembali.Selama ini dia tak pernah melakukan perkara seperti tadi tapi entah apa yang merasuknya sehingga terlepas melakukan perkara sebegitu.Mungkinkah perasaan yang terpendam ini yang mendorong dia bertindak begitu?
''Maaf!Dian.. saya tak sengaja tadi,saya janji tak buat lagi.''
Faizal mengangkat tangannya sambil menunjukkan wajah.Terusik hati Dian dengan gelagat Faizal itu.
''Dah la awak habiskan saja mee tu,saya dah kenyang.''
Dian bangkit dan berjalan menyelusuri pantai.
Faizal hanya melihat gadis itu berlalu.Merajuk la tu.Getus hati kecilnya.
Hmm...yang aku ni pun satu kenapa buat perangai macam ni pulak.Adehh.Faizal menggaru kepalanya.Buntu.Nak kena pujuk ke?
Pandangan Faizal di arah ke tubuh gadis itu yang sedang berjalan sendiri.Makin jauh pula langkah yang di atur.Faizal segera bangkit mengikut langkah Dian.
Dian terleka melayan perasaan sendiri tanpa sedar Faizal mengekorinya dari belakang.
''Hmm..hmm..''
''Awak!Kenapa buat saya macam ni terkejut saya tau.''Faizal tersengih.Buat muka tak bersalah.
''Dian..saya ada sesuatu nak cakap pada awak.''Dian panggung kepala memandang Faizal.
''Sayaa...''
Erk..macam mana nak cakap ni.Faizal garu kepala.
''Sayaa..sayaa..dah jatuh cinta pada awak.''Fuhh..lega.
Dian terpaku.Tidak percaya pun ada dengan ayat yang baru terlepas dari mulut lelaki di depannya ini.
''Kenapa?Tak percaya?''
''Awak sedar ke apa yang awak cakapkan ni?''Soal Dian.
Faizal angguk kepala.
''Saya sedar sebab tu saya bawak awak ke sini.Saya dah tak mahu pendam perasaan yang ada ni.''Dian menundukkan wajah sambil mematahkan jari jemari.
Langkah di atur tanpa memandang lelaki  itu lagi.
''Dian!Dian!Faizal terjerit memanggil namun Dian tidak menyahut panggilan itu.
''Hmm..''Faizal mengeluh keras.Aku salah cakap ke?Tak kena waktu ke aku luah perasaan ni?
Faizal cuba mengejar Dian yang makin jauh meninggalkan dirinya.
Langkah Dian terhenti di sebuah bongkah batu.Punggungnya di labuhkan di situ.Faizal hanya memandang gelagat gadis itu.Secara perlahan dia mendekati Dian.
''Dian!''Seru Faizal sambil duduk di sisi gadis itu walau agak berjarak sedikit.
''Maafkan saya.''Suaranya di tinggikan sedikit cuba berlawan dengan bunyi ombak.
''Tolong jangan diam macam ni,saya cuma meluahkan apa yang saya rasa dan saya takkan paksa awak untuk bagi jawapan segera.''
Dian pandang sekilas wajah Faizal.Rupanya inilah agenda lelaki ini membawa aku ke sini.Nak buat sesi meluah perasaan rupanya.Hmm...
''Maaf!Saya tak boleh terima awak.''
''Kenapa?''
''Tak ada apa saya cuma...''Terasa kelu lidah Dian hendak meneruskan kata-kata.
''Dian.. saya bukan nak masuk campur urusan awak tapi kalau boleh saya nak tolong awak.Mungkin dengan berterus-terang nanti hati awak akan terasa lega.''
Faizal cuba memujuk lagi agar Dian berlembut hati untuk berkata benar.
''Saya bukan tak mahu berterus-terang tapi kalau saya cakap nanti awak akan kecewa.''
''Maksud awak?''
Dian menarik nafas panjang.Hatinya berdebar-debar.Wajah Faizal di pandang seketika kemudian dia menundukkan kepala.
''Saya dah ada teman lelaki.''Terhurai juga apa yang terpendam di hati Dian,
Faizal terkaku di situ.Kepalanya terasa bagai di hempap batu besar.Ada debaran yang maha hebat memukul-mukul ke benaknya.Dunianya terhenti sendiri.Tanpa sedar dia terduduk di atas pasir yang memutih itu.
Dian meninggalkan lelaki itu sendiri dan kembali ke tempat mereka meletakkan barang berkelah tadi.Hati gadisnya juga terasa sendu.Pandangannya terarah kepada Faizal yang sedang termenung.
Seketika kemudian Faizal bangun dan mendekati Dian.Sebotol air mineral di capai lantas di teguknya dengan rakus.Mungkin dengan seteguk air itu dapat menghilangkan debaran di dadanya.Faizal menjauhkan diri.Hati Dian terasa dengan gelagat lelaki itu.
''Faizal awak ok ke?''Dian bertanya untuk kepastian.Faizal hanya memandang sepi ke arah Dian.Rasa bersalah menghimpit di jiwa Dian lantas lelaki itu di dekatinya.
''Maaf,saya tak patut menganggu awak.Kalau saya tahu awak sudah berpunya,saya takkan cuba-cuba untuk meluahkan perasaan pada awak.''Kesal bertandang di dalam dada.
''Tak ada apa yang nak dimaafkan,saya dan dia dah berpisah.''Faizal memandang Dian penuh hairan.
''Awak jangan main-main Dian.Baru kejap tadi awak cakap yang awak dah ada teman lelaki,sekarang awak kata yang awak dan dia dah berpisah.Eh!Jenaka apa yang awak mainkan ni?''
Dian memandang sayu ke wajah lelaki itu.
''Tak ada jenaka yang nak saya mainkan cuma saya berkata yang benar.Kami berpisah sebab orang tua dia tak suka pada saya sebab saya anak yatim.''
Faizal tergamam seketika.Benarkah apa yang aku dengar ni?Jadi selama ni dia memendam rasa rupanya.
''Dah lama awak berkawan dengan dia?''Tanya Faizal.
''Sejak kami tingkatan empat.''
''Awak masih sayangkan dia?''
''Entahlah,saya sedang cuba melupakan semuanya.Saya tak mahu di sakiti lagi.''
''Nampaknya saya tersilap menilai awak,maaf saya tak tahu awak sedang bersedih.''Faizal bersimpati akan nasib yang menimpa gadis itu.
''Tak mengapa,saya dah penat fikirkan semua ini.Awak masih mahu berkawan dengan saya lagi?''
''Saya tak pernah letakkan batas bila berkawan dengan seseorang apatah lagi dengan awak.''
Ujar Faizal sambil memandang mesra wajah Dian.
''Kalau boleh saya nak kita bukan sekadar berkawan.Tambahnya lagi.
Dian terkesima.Tidak tahu bagaimana untuk membuatkan lelaki itu mengerti.
Di hati Faizal tetap berharap dan berdoa agar suatu hari nanti gadis itu akan sedar kehadiran kasih yang di hulurkannya. 

Tuesday, September 17, 2013

SESUCI CINTA DIAN 9

Lama kain berwarna merah jambu itu di renungnya.Tak sangka pulak lelaki itu telah memberikan dia hadiah yang agak mahal ini.Dian jadi keliru.Apakah muslihat Faizal memberikan dia kain ini?Mungkinkah Faizal cuba membeli jiwanya?Ah!mana mungkin aku telah menjadi perhatian dia?Aku ni siapa?Tapi dari tindak tanduknya macam ada sesuatu saja.Mungkinkah apa yang di katakan Lina benar belaka?Semudah itu kah perasaannya?
Kain itu Dian masukkan semula ke dalam plastik.Bila dah gaji nanti aku hantarlah pergi kedai jahit.Fikir Dian tak mahu nak serabutkan otak lagi memikirkan niat Faizal yang sebenar.Orang dah bagi takkan aku nak pulangkan semula nanti dia kecil hati pulak.Hmm..!
Pagi itu Dian dan Lina ke pejabat seperti biasa.Waktu hendak melangkah masuk ke pejabat mereka bertembung dengan Faizal.
''Assalammualaikum.. Encik Faizal!''
''Waalaikumsalam..''
''Awal datang hari ni?''Lina menegur.
''Oo..saja datang awal banyak kerja tak siap lagi.''Faizal membalas sambil matanya menjeling sekilas ke arah Dian.Gadis itu hanya menundukkan wajah.
''Kami masuk dulu Encik.''
''Baiklah.''Faizal hanya memerhatikan kelibat mereka berdua beredar ke tempat masing-masing.Lina berlainan jabatan tapi masih di dalam tingkat yang sama.Faizal segera bergerak menuju ke bilik kerjanya.Hari ini ada menyuarat yang harus di hadiri dan dia harus meneliti dokumen yang akan di bentangkan nanti.
Setelah selesai mesyuarat,Faizal segera masuk ke dalam biliknya.Jam di pergelangan di pandang seketika.Dah tengahari.Nak keluar makan rasa malas pulak.Ah!ke pantri ajelah.Faizal segera ke luar menuju ke pantri berniat untuk membuat minuman saja.Takkan nak harapkan setiausahanya pulak.Waktu macam ni tentu Maria tengah menjamu selera.Faizal meluru masuk tanpa sengaja terlanggar sekujur tubuh.
''Opss..maaf..maaf..eh Dian..awak tak keluar makan ke?''Gadis itu masih terpinga-pinga akibat di langgar.Pandangannya terpaku ke wajah Faizal.
''Err...saya malas nak keluar la.''
''Sama la kita ye saya pun malas pulak nak makan tengahari.''Faizal membalas sambil mendekati kabinet dan mula hendak membancuh minumannya.Dian yang melihat Faizal macam terkial-kial cuba menawarkan diri.
''Encik nak saya tolong buatkan air ke?''Faizal berpaling bila mendengar Dian berkata begitu.
''Ha!Boleh ke..tak menyusahkan awak?Dian tersenyum.
''Tak pe biar saya tolong Encik ye..Encik nak minum apa?''
''Nescafe.''Faizal terasa senang hati dengan tawaran yang di beri itu.Dia berganjak sedikit untuk memberi ruang kepada Dian.Faizal duduk di kerusi yang tersedia di pantri itu sambil memerhatikan gadis itu membancuh minumannya.Bagai pucuk di cita ulam mendatang la pulak.Berangan sekejap Faizal sambil tangannya menongkat dagu.
''Encik..ni airnya.''
Tangannya di gawangkan ke muka lelaki itu.Ish sempat pulak berangan bos aku ni.Getus hati Dian.
''Haa..err..terima kasih.''Terkulat-kulat Faizal seketika.Dian hanya tersengih melihat gelagat bosnya yang kalut itu.
''Eh awak nak ke mana pulak tu?''Tanya Faizal bila di lihatnya Dian mahu keluar dari situ.
''Saya nak ke meja saya,Encik.''
''Temankan saya,boring pulak minum sorang saje ni.''
''Haa..''Giliran Dian pulak kalut.Biar betul bos aku ni.Dah mintak berteman pulak.Faizal tersengih.
''Tak payah nak buat muka cute awak tu duduk aje la,saya bukan nak makan awak.''Faizal menarik kerusi sambil mengarahkan Dian duduk.
''Segan la saya Encik,kat sini kita berdua saja yang tinggal,kang ada yang kena tangkap kering pulak.''
''Tangkap kering ish..istilah apa yang awak pakai ni.Dian sekarang kita kat pejabat tak ada siapa yang akan  tangkap kita tak tentu arah,lagi pun kita tak buat apa-apa kan.Dah la jangan banyak cakap duduk aje la.''
Dian duduk juga di situ tapi agak berjarak sedikit dari bosnya itu.Tak mahu orang pandang serong.Faizal ketawa kecil dengan gelagat Dian itu.
''Awak ada pergi mana-mana ke cuti hujung minggu ni?''Dian geleng kepala.
''Kalau saya ajak awak keluar nak tak?'
 Erk..dah ke lain pulak lelaki ni,mesti ada agenda yang tersembunyi ni.Fikir Dian.
''Saya sibuk la cuti ni,nak kemas rumah,nak basuh baju dan macam-macam lagi.''Dian cuba berdalih.Faizal ketawa.
''Pandai cari alasan ye.Tolong Dian,saya nak bawak awak ke satu tempat.Mesti awak suka tempat tu.''
''Lain kali la Encik ye,saya betul-betul sibuk.''
Faizal sedikit kecewa.Tangannya mencapai biskut di depan mata dan mencecahnya ke dalam minumannya itu.Perlahan mulutnya mengunyah biskut itu sambil cuba meredakan kekecewaan yang baru bertandang.Dah macam  budak kecil pulak muka tu merajuk.Dian melepaskan nafas panjang.
''Encik nak pergi mana?''Tanya Dian cuba bertoleransi.Faizal tersenyum sambil mengangkat muka memandang gadis itu.
''Kalau saya tak mahu bagi tau boleh tak tapi saya janji nanti awak takkan kecewa kalau pergi tempat tu.''
''Hmm..ok la tapi jangan buat benda yang saya tak suka ye.''Awal-awal lagi Dian sudah memberi amaran agar lelaki itu sedar bahawa dia bukan gadis yang sembarangan.Dia tidak mahu orang lain memandang serong dirinya walau dia hanya seorang anak yatim piatu.Faizal faham akan amaran gadis itu dan dia berjanji akan menjaga tingkah laku agar tidak menjadi kebencian gadis itu.Dia sedar Dian bukan gadis yang mudah untuk di dekati namun Faizal tetap ingin mencuba nasib sementelah hatinya yang sudah di timpa perasaan sayang kepada gadis itu.

Sunday, September 8, 2013

SESUCI CINTA DIAN 8

Pagi itu Dian di panggil masuk ke pejabat Faizal.Setelah melabuhkan punggung di kerusi,Dian terus di soal.
''Awak dah ada jawapan ke?'Terpinga-pinga Dian dengan soalan itu.Faizal tersenyum nipis menyedari kesilapan diri yang tiba-tiba menyergah gadis itu.
''Saya tak faham maksud Encik?''
''Saya cuma nak tanya sudi tak awak keluar dengan saya,kan hari tu awak dah janji nak bagi jawapan.Sekarang dah lebih dua hari saya nak tuntut janji awak.''
Dian buntu,apa jawapan yang harus dia berikan?
''Saya bukan tak mahu keluar dengan Encik tapi..''
''Tapi.. awak segan?Faizal segera memintas bicara Dian.
''Tak elok orang tengok kalau kita keluar berdua.''Ujar Dian sambil menundukkan kepala.Takut pula nak memandang wajah tampan itu.Apatah lagi jantungnya sendiri sudah mula hilang rentaknya.
Jari-jemari Faizal mengetuk-ngetuk meja kerjanya.Satu keluhan  panjang di lepaskan.
''Tak mengapalah kalau awak dah cakap macam tu,saya faham.''Bergetar nada suaranya tanda kecewa.
''Err..kalau tak ada apa saya minta diri dulu Encik.''
Tak sanggup Dian terus menunggu di situ lagi bila wajah lelaki itu di lihatnya sudah mula keruh.Faizal hanya menganggukkan kepala.
Setelah gadis itu keluar,Faizal tersandar lesu di kerusi empuknya.Untuk pertama kali dia sudah tewas tanpa bertarung.Tewas dalam mengambil hati seorang gadis yang telah berjaya menyedarkan dirinya yang selama ini kaku dari cinta.Belum apa-apa lagi dah kena reject aduh apa la malang nasib.Bisik hati kecilnya yang walang.Nafas berat di lepaskan lagi.Termenung sambil memandang ke siling pejabat yang dingin.Keras betul hati kau Dian.Macam mana lagi aku harus lakukan untuk memujuk dia?
Faizal berpaling memandang ke luar bilik.Gulp..tiba-tiba mata mereka bertemu pandang.Tertangkap sudah.Ada debaran melanda di hati masing-masing.Tidak pula di sangka saat itu Dian juga sedang memandang ke arahnya.
Cepat-cepat Dian itu mengalihkan pandangan ke skrin pc di depannya.Ah!Payahlah kalau macam ni,kasihan pulak tengok muka dia tu.Dian cuba menjeling ke bilik Faizal semula.Dia pandang lagi la.Ish..macam mana ni?Erk..bukan ke hari tu dia kata nak cari barang?Penting sangat kot barang tu kalau tak takkan dia bersungguh-sungguh mengajak aku.Dian mencapai telefon bimbit di dalam laci mejanya.Berniat untuk menghantar mesej kepada lelaki itu.
Faizal terkejut saat telefonnya berbunyi tanda ada mesej di terima.Cepat-cepat dia membukanya.Ada senyuman terukir di wajah itu.Dengan segera dia membalas mesej itu.Matanya sempat menjeling ke luar.Sebuah senyuman manis meniti di bibir Dian.Faizal kembali meneruskan tugas.Semangat yang pudar tadi kini sudah menjadi cergas semula.Mana taknya si gadis sudah memberi jawapan yang menyenangkan hati.
Hari yang di janjikan sudah tiba.Faizal menjemput Dian di rumah dan terus menuju ke sebuah pusat membeli-belah.
''Awak nak beli barang apa?''Tanya Dian ketika mereka berjalan perlahan menyelusuri kedai-kedai berdekatan.
''Entah la saya pun pening ni.Adik saya yang sorang ni bukan senang nak tahu citarasanya.''
''Hai..takkan adik sendiri pun awak tak faham?''
''Dia tu cerewet sikit.''
''Ooo...kalau dah tau dia cerewet kenapa tak ajak dia datang sendiri?''
''Macam mana saya nak buat kejutan kalau dia dah tahu apa yang saya nak belikan untuknya.''Betul jugak tu.Apasal soalan bodoh ni yang aku Tanya?Dian garu dagunya seketika.
''Awak nak beli untuk apa?''
Faizal tepuk dahi.''Aduh lupa pulak saya nak cakap kat awak saya nak beli hadiah untuk harijadi dia.''Dian tersenyum nipis sambil geleng kepala.Belum tua lagi dah pelupa.Ish..apa la bos aku ni.
''Err..Dian,saya ucapkan terima kasih sebab awak sudi juga keluar dengan saya.''
''Sama-sama.''balas Dian pendek.
''Kenapa awak tiba-tiba ubah fikiran?''Dian memintal-mintal hujung kain tudungnya sambil menundukkan wajah.
''Saya takut orang tu merajuk.''Terlepas ketawa Faizal mendengar kata-kata itu.
''Muka saya ada rupa orang merajuk ke?''
''Dah awak tarik muka semacam je tu bukan merajuk ke?''
''Emm..memang pun saya saja buat muka macam tu nak tengok reaksi awak.''
''Apa!Awak main-mainkan saya ye.''Faizal tersengih tayang giginya yang tersusun rapi.Dian gigit bibir menahan geram.
''Ala jangan marah ye saya gurau aje,bukan niat pun nak main-mainkan awak.Jom la kita masuk kedai ni,saya rasa nak beli kain aje untuk adik saya tu.''
Cepat-cepat Faizal mengalih perhatian Dian sebelum gadis itu  meluahkan perasaan geramnya.Dian menjeling melihat tingkah lelaki itu.Selamba aje muka dia macam tak bersalah pulak..eeiii.''Dalam geram-geram Dian mengikut jugak langkah Faizal masuk ke kedai kain itu.
Faizal menilik kain-kain yang bergantungan di situ namun dia buntu untuk membuat pilihan.
''Dian,awak rasa mana yang sesuai?''Dian memegang kain chiffon yang berwarna ungu lembut itu.
''Yang ni pun ok jugak.''
''Eh!Tak jarang ke?''Faizal bagai tidak puas hati melihat kain itu.
''Boleh pasang liningnya sekali jadi tak de la nampak jarang.''
''Ooo..saya ni kalau bab macam ni tak berapa pandai,nasib awak ada.''
''Jadi..awak nak beli ke tidak kain ni?''
''Emm..ok saya beli la.''Faizal memberi kata putus.Tidak mahu terlalu banyak fikir.Serabut pulak rasanya kalau banyak sangat buat pilihan.Faizal meminta pembantu kedai itu untuk memotong kain yang di pilihnya berserta liningnya sekali.
Sementara itu Dian leka memerhatikan kain yang berwarna-warni di situ.Matanya tertancap pada sepasang kain satin yang berwarna merah jambu.Cantik pulak kain ni tapi aku tak gaji lagi,tak pe la kalau dah gaji nanti aku belilah.Berbisik hati kecilnya.Tanpa di sedari tingkahnya itu di perhatikan Faizal dari jauh.Setelah Dian beredar ke tempat lain Faizal segera menyuruh pembantu kedai itu mengambil kain yang menjadi perhatian Dian tadi.Setelah membuat pembayaran Faizal segera mengajak gadis itu beredar.Mereka terus berjalan melewati kedai-kedai di situ.Faizal mengajak Dian singgah di sebuah kedai makan .

Tuesday, September 3, 2013

SESUCI CINTA DIAN 7

Pagi itu sewaktu hendak masuk ke pejabat Dian terserempak dengan Faizal di pintu masuk.Senyuman manis yang terukir di bibir lelaki itu menjadikan Dian sedikit gelabah.Tak tahu nak di sorokkan muka ke mana bila Faizal asyik memandang dirinya.Dah sakit agaknya lelaki ni.Fikir Dian.
''Awak apa khabar pagi ni?''Faizal menyapa.
''Baik.''balas Dian sambil menundukkan wajah.tak sanggup bertentang mata dengan lelaki itu.
''Dah sarapan?''
Dian angguk kepala.
''Awak sorang aje?''Angguk lagi.
Ish dia ni main angguk kepala je.Dah tak boleh nak cakap ke?Getus hati Faizal.
Melihat Dian yang tak mahu bersuara itu Faizal ikut diam sama.Mati akal nak berborak.Namun matanya tetap menjeling wajah ayu yang telah mencuri hatinya.
Setelah lif berhenti di tingkat yang sepatutnya mereka beriringan masuk ke pejabat.Dian cepat-cepat melangkah menuju ke mejanya.Melihat tingkah gadis itu yang bagai sengaja ingin menghindarkan diri membuatkan Faizal mengeluh panjang.Kena usaha lebih la nampaknya aku ni.Kalau tak melepaslah jawabnya.
Tengahari itu Dian dan Lina menikmati makan tengahari bersama di restoran berdekatan pejabat  mereka.
''Aku tengok Encik Faizal tu macam nak pikat kau aje, yan.''
''Mulut kau ada insuran tak?Lina menggeleng sambil tersengih.
''Patut la,lain kali cakap tu pandang-pandang sikit,aku ni mana layak nak jadi mak we dia lagi pun aku datang sini nak bekerja bukan cari pak we.''
''Ala apa salahnya sambil menyelam minum air,lagi pun kau sekarang kan dah solo balik.''Lina naik kening nak menyakat.
''Sesedap rasa aje kau bercakap,aku dah tak mahu fikir soal ni lagi.''
''Yan..yan kalau dah di takdirkan kau berjumpa lelaki yang lebih baik takkan kau nak tolak jodoh.''
Dian tatap wajah Lina seketika.
Ada kenangan yang mengganggu jiwanya.Soal dia dan Fakrul juga masih tertangguh,mana mungkin dia akan mencari pengganti dalam waktu yang terdekat.Tanpa mereka sedari ada mata yang leka memandang dari kejauhan.
Kau masih ingatkan Fakrul ye?''Dian senyap saja tak mahu menjawab pertanyaan sahabatnya itu.Selepas makan mereka terus ke surau untuk solat.
Malam itu terasa panas pula walau pun biliknya itu sedia terpasang dengan penghawa dingin.Bukan panas akibat cuaca namun perasaannya yang sudah berminggu berkecamuk tak tentu hala.Semuanya akibat gadis itu.Dian.Ada kesedihan yang maha hebat di tanggungnya kini.Pelajarannya pun sedikit terganggu akibat mencari Dian.Puas sudah dia bertanya kepada kawan di kolej yang mengenali Dian namun semuanya menghampakan.Oh!Dian ke mana kau pergi?Kenapa kau buat aku macam ni?Fakrul mengambil telefon di atas meja kecil di tepi katil.Mesej di hantar lagi.Yan mana kau pergi,aku rindukan kau,maafkn aku sbb mndesak kau,pulanglh Yan aku jnji tkkn paksa kau lagi.
Dian yang baru hendak melelapkan mata terkejut dengan bunyi telefonnya yang nyaring.Lantas di ambil telefon bimbit yang terletak di tepi bantalnya.Dian membuka dan membaca mesej yang terpapar di skrin.Hatinya di sayat pilu bila ayat itu di baca.Dian tersandar di kepala katil dengan linangan airmata di pipi mulusnya.Maafkan aku,Rul.Bukan niat aku untuk melukakan hati kau tapi aku perlu tegas membuat keputusan demi masa depan kau juga.Aku tak mahu kau jadi anak yang derhaka.
YA ALLAH!Kenapa ujian ini yang harus aku tanggung?Ibu pun baru saja kau panggil,sekarang aku sendirian untuk meneruskan hidup.Kuatkan lah iman ku untuk menghadapi ujian MU ini.Perlahan Dian merebahkan badan ke tilam semula dan cuba untuk melelapkan mata kembali.
Fakrul yang berada di bilik masih ternanti-nanti jawapan dari Dian.Kenapa hati kau keras sangat tak mahukah kau membalas walau sekali mesej yang sudah aku kirim?Dian..apa sebenarnya yang berlaku pada kita?Aku bingung yan.Janganlah kau buat aku macam ni.Fakrul mendail nombor Dian namun tiada balasan dari gadis itu.
Akhirnya talian berhenti sendiri.Dian mematikan terus telefon itu,lantas menarik selimut menutup ke seluruh badannya.Dia ingin melupakan apa yang telah terjadi.Biarlah kisah antara dia dan Fakrul menjadi satu kenangan.Dian cuba mengeraskan hatinya agar segalanya dapat di lupakan.Malam akhirnya merangkak pergi bersama sebuah kisah pilu.

Saturday, August 24, 2013

SESUCI CINTA DIAN 6

Setelah selesai perbincangan mereka terus pulang.Sewaktu di dalam kereta tiada seorang yang bersuara.Faizal naik hairan dengan sikap staff dia yang sorang ini.
''Dian..kenapa awak diam?Awak tak suka keluar dengan saya ke?''
Dian angkat muka memandang Faizal seketika.''Tak ada apa nak cakap baik saya diam.''
Faizal buntu sekejap.Tangannya dah mula menggaru dagunya yang di hiasi janggut yang sejemput.Ish..payah la perempuan ni.Sepatah aku tanya sepatah dia jawab.Faizal berfikir lagi untuk membuatkan Dian bersuara.
''Awak ni memang tak suka bercakap ye?''Dian tersenyum bila Faizal berkata begitu.Faizal terpana dengan senyuman gadis itu.Cepat-cepat dia mengawal diri agar pemanduannya tidak terganggu.
''Apa maksud Encik cakap macam tu?''
''Err..tak ada apa cuma saya hairan bila tengok perangai awak yang tak banyak cakap ni.''
''Dah memang perangai saya macam ni nak buat macam mana lagi?''Selamba Dian menjawab.
''Awak tak boleh amalkan sikap macam ni bila bekerja nanti orang tak hormat awak.Kita bekerja dalam satu kumpulan jadi kalau boleh awak kena selalu bergaul dengan kawan-kawan yang lain.''
Dian hanya mendengar kata-kata itu tanpa membantah.Dia sedar sikapnya yang satu ini memang sukar di ubah.Sememangnya dia seorang yang tak suka bercakap banyak.
''Err..cuti ni awak ada pergi ke mana?''Tiba-tiba Faizal mengalih topik.
''Kenapa Encik?''
''Boleh tak kalau awak jangan panggil saya Encik,kita sekarang bukan dalam waktu pejabat lagi.''
''Kalau tak panggil Encik saya nak panggil apa?''
''Panggil nama dah cukup.''
''Seganlah saya tak biasa.''
''Sebab tak biasa tu la kena biasa kan.''
''Saya bukan tak mahu cuma tak manis pulak sebab umur kita kan berbeza.''
''Kalau macam tu panggil saya abang la,boleh?''Gurau Faizal sambil tersengih.
Nak tercekik rasanya tekak Dian,dah macam nak panggil suami saja.
''Awak ada rancangan ke cuti ni?''Faizal masih mengajukan soalan yang sama.
Dian menggelengkan kepala.
''Boleh saya ajak awak keluar tak?''
''Erk..maaf la saya tak mau nanti orang tengok tak elok pulak,tak manis kalau kita keluar berdua.''Faizal mati akal sekejap.Payahnya perempuan ni.
''Saya bukan nak ajak awak ke tempat yang bukan-bukan cuma nak mintak awak teman saya beli barang je.''Faizal segera mencari alasan.
''Tak ada orang lain ke awak boleh ajak?''
''Sebab tak ada la saya ajak awak?''
''Awak tak ada mak we ke?''Eh,boleh pulak aku tanya macam ni,desis hati Dian.Faizal tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.
''Orang macam saya ni mana ada orang nak Dian,muka dah la tak hensem,kaya pun jauh sekali.''Dian terkedu,muka macam ni kata tak hensem,nampak sangat nak merendah diri.Boleh percaya ke lelaki ni?
''Boleh tak ni?''Faizal bertanya soalan yang sama lagi.
''Err..nanti saya fikirkan.''
''Jangan fikir lama-lama ye.''
Setelah kereta yang di pandu Faizal tiba di depan rumah sewa Dian,gadis itu segera mengucapkan terima kasih dan berlalu masuk.
Malam itu setelah mengerjakan solat isyak telefon Dian berbunyi nyaring.Dian melihat di skrin telefon terpapar nama Encik Faizal.Apa pulak dia nak lagi ni?Punat hijau segera di tekan.
''Assalammualaikum...''Suara Faizal kedengaran di hujung talian.
''Waalaikummussalam..''Jawab Dian.
''Awak buat apa tadi?''Tanya Faizal.
''Baru lepas solat,ada apa awak telefon ni?''
''Er..tak ada apa cuma nak ingatkan awak dokumen tadi jangan lupa bagi pada Maria ye?''
''Oo..pasal tu,jangan risau esok pagi saya bagi terus pada Maria,awak telefon ni semata-mata nak ingatkan saya pasal tu ke?''
''Erk..ye..ye..saya takut awak lupa pulak nak bagi Maria esok.''
''Insha-Allah..saya tak lupa,awak jangan bimbang.Ada apa lagi ke?''Dian segera menyoal Faizal kerana dia dapat merasakan yang lelaki itu ada agenda yang lain.
''Err..pasal hal siang tadi awak dah fikirkan ke?''Dian tersenyum melirik.Dah dapat dia mengagak yang Faizal akan menanyakan soalan itu.
''Maaf saya belum fikirkan lagi,boleh tak esok saja saya bagi jawapan?''
Faizal sedikit terkilan dengan jawapan dari bibir mungil gadis itu.
''Baiklah saya bagi awak masa sampai esok tapi kalau boleh jangan hampakan saya ye.''Dian serba salah dengan kata-kata itu.Setelah berbual seketika Faizal meminta diri dan talian segera di matikan.
Dian bingung dengan sikap majikannya itu.Nampaknya lelaki itu sedang cuba memikat dirinya.Ah!Masalah baru pulak yang datang sedang dirinya baru hendak melupakan kisah cinta yang tak kesampaian.

Wednesday, August 21, 2013

SESUCI CINTA DIAN 5

Malam itu Faizal duduk termenung di balkoni biliknya setelah mengerjakan solat isyak.Ada sesuatu yang sedang meresahkan jiwanya.Kenapa dengan aku ni?Sejak dia hadir terasa hati bagai terisi dengan sesuatu.Fikiran ni asyik nak ingat dia aje.Apakah aku sudah jatuh cinta?Macam mana aku hendak berterus terang?Mahukah dia kalau aku cuba melamar dirinya?Umur aku pun bukan muda lagi.Ibu pun sudah banyak kali suruh aku kahwin.Mungkinkah ini waktu yang tepat untuk aku akhiri zaman bujangku?Ah!Susahnya kalau dah jatuh cinta.Selama dia terlalu sukar hendak percaya kepada cinta bukan cuba melawan takdir Tuhan namun dari pengalaman teman-teman rapat yang pernah kecewa akibat cinta menjadikan dirinya begitu takut untuk melaluinya.Sekarang dia yakin hatinya telah benar-benar terbuka kepada cinta.Cuma yang menjadi soal adalah bagaimana dia hendak berterus-terang kepada Dian.
Pagi itu sewaktu sampai di tempat kerja Faizal di maklumkan yang setiusahanya mengambil cuti kecemasan.Faizal buntu untuk seketika waktu kemudian bila terpandangkan Dian yang sedang membuat kerja.Faizal keluar dan menuju ke meja Dian.
''Assalammualaikum..''
''Waalaikummmussalam..''Dian menjawab perlahan salam Faizal.
''Err..Encik Faizal ada apa yang saya boleh tolong?''
''Memang saya nak mintak tolong awak.Tolong ganti kan Maria hari ni.''
''Ha..saya nak kena gantikan Maria,tapi Encik saya tak pandai dengan kerja Maria tu.''
''Ala saya mintak tolong sangat ni kalau ada yang awak tak faham nanti saya ajar.Dian tolonglah untuk hari ni aje.''Faizal sengaja menunjukkan muka kasihan.
Dian serba salah namun akhirnya menganggukkan juga kepala tanda setuju.Dian bangun mengikut Faizal menuju ke meja Maria.Beberapa penerangan telah Faizal beri untuk memudahkan Dian membuat kerja.Setelah yakin yang Dian mampu barulah Faizal masuk semula ke biliknya.
Petang itu Faizal ada pertemuan dengan pelanggan dari Jepun jadi Dian terpaksa mengikut Faizal tempat yang telah di janjikan.Dian cuba juga untuk menolak pada mulanya namun Faizal pandai menggunakan kuasanya.Hendak tak hendak Dian mengikut juga ketuanya itu.

HIDUP INI

                                                                            HIDUP INI
                                                           Sesekali terasa sepi sesekali terasa iri
                                                           Apakah makna hidup ini
                                                           Bila hati kuat di uji
                                                           Sesekali hati terasa benci
                                                           Bila ujian mendatangi diri..
                                                           Sesekali kita terlupa untuk mensyukuri
                                                           Nikmat dari ILAHI
                                                           Saat saat kita jatuh siapa yang mengingati kita
                                                           Saat saat kita perlu apa yang ada untuk kita
                                                           Tiada yang lain melain DIA

Saturday, August 17, 2013

SESUCI CINTA DIAN 4

Sudah dua minggu Dian bekerja di pejabat yang sama dengan Lina.Walau jawatan yang di sandangnya hanya untuk sementara namun dia tetap bersyukur dan akan tetap meneruskan tugasnya dengan sebaik mungkin.Soal pelajarannya pula dia telah menangguhkan buat sementara waktu.Pihak kolej juga telah di hubunginya tentang masalah yang di hadapinya sekarang.Dian bernasib baik kerana pihak kolej memahami keadaan dirinya.Kini yang penting dia harus meneruskan kehidupan dan mengumpulkan wang untuk menyambung kembali pelajarannya.
Petang itu Dian telah singgah ke kedai untuk membeli barang keperluannya sebelum pulang ke rumah.Sedang dia memikirkan barang apa lagi yang hendak di beli,ada suara menyapanya.
''Hai Dian..banyak beli barang.''
'''Eh!Encik Faizal terkejut saya.''
''Jauh mengelamun sampai saya lalu pun tak sedar.''
''Takde la saya tengah fikirkan nak beli apa lagi ni.''
''Ye la tu kalau saya tak tegur tadi dah sampai ke mana la tu.''Dian tersengih sambil menundukkan wajah.Malu.
''Banyak beli barang ye.''Tanya Faizal lagi sambil menjeling ke dalam troli di depan matanya.
''Aah..beli barang dapur sikit.''
''Awak tinggal dengan Lina kan?''
''Ye..tapi dia ada hal sikit tadi.''
''Oo..gitu..emm...saya pergi cari barang dulu ye.''Faizal meminta diri.Dian hanya mengangguk saja.
Setelah mendapat segala keperluan yang di ingininya Dian segera membuat pembayaran.
Dia segera keluar dari pasaraya itu dan menunggu di perhentian teksi.Beberapa detik menunggu masih tiada sebuah teksi yang muncul.
''Dian..awak nak balik kan mari saya hantar.''
Kus semangat..terkejut lagi Dian bila di sapa begitu.
''Err..tak apa la..Encik saya naik teksi saja.''
''Jangan macam tu saya ikhlas nak bantu awak lagi pun kat sini payah sikit nak dapat teksi.Nanti sampai malam awak duk tunggu kat sini.''Dian serba salah,masih memikirkan apakah wajar dia menerima pelawaan lelaki itu.
Akhirnya dia mengganggukkan saja tanda menerima pelawaan lelaki itu.Barang di tangan Dian di ambilnya lalu mereka beriringan jalan menuju ke arah kereta Faizal.
Dian terjeling-jeling orang di sebelahnya yang masih leka memandu.
''Kenapa awak asyik pandang-pandang saya ni?''
''Erk..tak ada apa-apa.''
''Kalau ada apa kemusykilan di hati baik awak cakap nanti kalau awak pendam lama-lama tak elok pulak.''
''Saya segan la nak tanya.''
Faizal ketawa.''Jangan bimbang saya tak marah kalau awak nak tanya.''
''Erk..saya naik kereta Encik ni tak ada orang nak marah ke?''
''Itu yang awak risaukan,Dian saya ni solo lagi la.''
Dian hairan kenapa lelaki itu begitu baik hati hendak menghantar dia pulang padahal dia cuma pekerja biasa saja di syarikat itu.Mesti lelaki itu ada agenda tersendiri.Seram sejuk pulak hati Dian bila memikirkan perkara itu.Tawakallah hati jangan sampai dia buat benda yang tak senonoh kat aku sudah.Dian berdoa di dalam hatinya moga  tiada apa-apa yang akan terjadi pada dirinya.Yang aku pun kenapa mudah sangat mengikut orang yang aku belum berapa kenal ni?Minda Dian berkata-kata sendiri.
Encik Faizal sebenarnya adalah pengurus di bahagian pemasaran di syarikat Dian bekerja.Baru dua minggu mereka kenal namun Faizal agak ramah orangnya,walau pun tidak banyak cakap.
''Awak ada berapa adik beradik Dian?''Dian tersentak bila di sapa begitu.Hai..lelaki ni suka buat aku terkejutlah.
''Saya anak tunggal.''
''Oo..orangtua ada lagi ke?''Dian terasa sebak bila di soal begitu.
''Orangtua saya dah tak ada,ayah meninggal waktu saya kecil lagi dan ibu pulak baru beberapa minggu mengikut langkah ayah.Saya dah tak ada sesiapa kat dunia ni.''
''Maaf kalau soalan saya tadi menyinggung hati awak.''Faizal terasa simpati melihat wajah yang tiba-tiba murung itu.Gadis itu di lihatnya sedang bermain jemarinya sendiri.Tentu perit hidup bila tiada orangtua di sisi.
Saat pertama kali mereka bersua dua minggu yang lalu,hati kecil Faizal telah terdetik satu perasaan aneh.Debaran yang melanda jantungnya tidak dapat hendak di sembunyikan lagi.
''Tak apa saya dah biasa.''
Kereta yang di pandu Faizal akhirnya sampai di depan rumah sewa Dian setelah gadis itu menunjukkan arah tempat tinggalnya.

Monday, August 5, 2013

SESUCI CINTA DIAN 3

   Fakrul menghempaskan telefon ke atas tilam.Kenapa Dian tak jawab panggilan aku?Ke mana pulak dia pergi?Tiba-tiba saja dia hilang tanpa berita.Puas sudah Fakrul mencari di sekeliling kampung namun kelibat Dian tidak di temui.Takkan sebab aku nak melamar,dia larikan diri pulak?Hati Fakrul mulai panas bila Dian tidak menjawab panggilannya tadi.Mana kau pergi yan?Kenapa kau buat aku macam ni?Setelah pasti yang Dian tiada lagi di kampung itu Fakrul telah pulang semula ke bandar.
Sepatutnya mereka harus pulang semula ke kampus setelah cuti Dian habis.Tapi kini dia menghadapi masalah baru dengan ketiadaan Dian.Fakrul meramas rambutnya dan menghempaskan badan ke dinding biliknya.Aku tak sepatutnya mendesak dia untuk berkahwin.Semua ni silap aku jugak.
   Ah!kenapa aku bodoh sangat dan tak sabar.Dia tengah sedih tapi aku dah tambahkan kesedihan dia lagi.Yan aku mintak maaf.Aku betul-betul mintak maaf.Fikiran Fakrul bercelaru saat ini.Bagaimana lagi dia hendak mencari Dian.Semua kawan yang di kenali telah dia bertanya namun seorang pun tiada yang tahu di mana Dian berada.Dia cuba mengawal panas baran yang melanda hatinya saat ini.Sikapnya yang satu inilah yang paling tidak di sukai oleh Dian.
Sepanjang mereka berkawan Dian telah banyak mengajarnya erti kesabaran kerana tingkah gadis itu yang lemah lembut maka Fakrul kian dapat mengawal emosinya.Dian juga banyak membantu dia di dalam pelajaran.Kini dia telah kehilangan satu-satunya gadis yang mampu bersabar dengan sikapnya itu.Kekesalan yang melanda tiada gunanya lagi.Dian telah pergi.YA ALLAH..apa yang patut aku lakukan lagi.Perlahan airmata menitis ke pipi.Fakrul terlalu kesal dengan sikapnya.
   Puan Laila tersengih di dalam hati melihat anaknya yang macam cacing kepanasan semenjak kehilangan Dian.Girang sungguh hatinya bila Fakrul mengadu yang Dian telah menghilangkan diri dari kampung.
Di depan Fakrul sedaya upaya Puan Laila cuba mengawal perasaan bencinya kepada Dian.Pandai pula dia berlakon menunjukkan simpati kepada anak tunggalnya itu.Sebenarnya Puan Laila telah menyimpan hasrat untuk menjodohkan Fakrul dengan anak kawan baiknya yang masih belajar di luar negeri.Fakrul sendiri memang mengenali gadis itu kerana mereka pernah belajar disekolah yang sama sebelum Fakrul di hantar belajar dan tinggal di kampung.
Semua itu adalah keputusan suami Puan Laila sendiri keranan tidak tahan melihat kenakalan anak lelaki mereka.
Apa yang menjadi kerunsingan hati Puan Laila ialah hati Fakrul telah terpaut kepada Dian,gara-gara gadis itu pernah menyelamatkan Fakrul dari lemas semasa kem cuti sekolah suatu mereka di dalam tingkatan empat dahulu.
    Setelah bertahun dia bersabar kini hasilnya dia sendiri telah berjaya memisahkan mereka.Selepas ini Puan Laila yakin yang Dian tidak akan menganggu kehidupan Fakrul lagi.Amaran keras yang di beri tempohari pasti telah menakutkan gadis itu.Dia tahu hati Dian begitu mudah lembut dan gadis itu juga seorang yang mendengar kata.

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...