Saturday, November 11, 2017

AKU bab 24



Hari ini aku turun ke side bertemu Faizal.Lama sudah rasanya  aku tak ketemu dirinya.Selalunya pembantu dia saja yang aku jumpa.Kalau ikut perancangan ini adalah projek kami yang terakhir.Selepas ini kami akan tamatkan kerjasama.Aku tak tahulah akan ada lagi ke kerjasama antara kami lagi.Papa pun tak cakap apa-apa.Selepas selesai tugas di situ Faizal mengajak aku untuk makan tengahari bersama.Nak tolak rasa serba-salah jadi aku buat keputusan untuk menerima pelawaannya.

"Sedap betul makanan kat sini ya."puji Faizal sebaik kami memulakan suapan.
"A'ah,memang sedap,sebab tu aku selalu makan kat sini."ujar ku mengiakan saja.
"Nampaknya lepas habis projek ni payahlah kita nak jumpa lagi."
Aku lepaskan nafas panjang.Sudu ku letakkan ke pinggan perlahan.
"Kenapa?Kau suka ke kalau kita tak berurusan lagi lepas ni?"aku cuba menduga hatinya.Faizal senyum segaris.Mulutnya di kesat dengan tisu yang memang tersedia di atas meja itu.
"Sebenarnya aku suka kalau kita teruskan kerjasama tapi buat masa sekarang aku ada projek lain yang sedang sibuk aku uruskan."
"Maksud kau?"soalku ingin kepastian.
"Projek peribadi."Faizal tersengih panjang sebaik berkata begitu.Tak guna kalau aku soal lagi kalau dah begitu katanya.
"Kau pun aku dengar akan sibuk ke Sabah pulak lepas ni,kan?"
"A'ah,papa aku mintak uruskan projek baru ni sendiri.Tak tahulah aku mampu ke tidak."
"Aku tahu kau boleh lagi pun kau ada pembantu yang cekap.Aku sendiri pun makin sibuk dengan si kecik kat rumah tu maklumlah baru dapat berjalan.Asal petang aku balik dari kerja nak mintak bawak berjalan dulu kalau tak jangan harap aku dapat masuk rumah."ceria sungguh bunyi suara Faizal menceritakan telatah anak kecilnya.
"Siapa nama anak kau tu?"tiba-tiba teringin pula aku tahu namanya.
"Muhamad Adib."
"Kalau ada masa nanti aku bawak jumpa kau ya."
"Eh,tak payah susah-susah nanti marah pulak ibu dia."
"Kita buat senyap-senyaplah,aku teringin kau kenal dengan anak aku."pelik pulak dengan Faizal ni tiba-tiba nak suruh aku kenal dengan anaknya.
"Oklah."
Faizal menarik senyum.Lega agaknya bila aku bersetuju.
"Terima kasih Fakhrul aku harap kita akan terus berkawan sampai bila-bila.Aku tak mahu kehilangan kawan yang baik macam kau ni."

Aku tersenyum.Baik sangat ke aku ni kalau sampai saat ini masih belum dapat melupakan isteri kau?Persoalan itu berbolak balik di dalam minda ku sendiri.
Aku sendiri tidak tahu sampai bilakah aku dapat ikhlaskan hati berkawan dengan lelaki di depan aku ini.Sebenarnya dia terlalu baik untuk aku benci tapi jauh di lubuk hati aku masih menyimpan rasa terkilan itu.Dalam diam aku cuba juga untuk menerima persahabatan kami sejujur yang aku mampu.

Usai makan kami bergerak ke destinasi masing-masing.
Sampai di pejabat aku terus masuk  ke surau untuk solat zohor.Usai solat aku terus masuk ke bilik kerjaku.Bunyi interkom mengejutkan aku yang sedang leka menelek kertas plan di tangan.Bergema suara setiausaha ku mengingatkan temujanji sebentar lagi.Aku meraup muka seketika.Nafas panjang aku lepaskan.Tiba-tiba ingatan terimbau akan kata-kata mama tempohari.

"Suatu hari nanti mama nak jumpa yan boleh?"
Alahai mama...mengapa itu yang mama pinta?
Aku tak rasa aku mampu untuk menunaikan permintaan mama itu dalam masa terdekat.
Mustahil!Aku sudah berjanji pada diri takkan mengganggu hidupnya lagi.Aku tak mahu mengganggu rumahtangganya.
YA ALLAH!Kuatkan iman ku untuk mengharungi dugaan MU ini.Aku bangun sambil mengambil fail biru yang terletak di tepi meja lantas keluar segera ke bilik mesyuarat.  

Setelah hampir tiga minggu di Sabah aku pulang semula ke rumah.Badan sudah mula terasa sakit-sakit lalu aku membuat keputusan untuk keluar berjoging.Selepas mengelilingi taman itu dua pusingan aku berhenti seketika sambil membuat regangan badan.

Bunyi ketawa seorang kanak-kanak menarik perhatian ku.Aku berpusing ke kanan.Tika itu wajah Faizal tertera pada pandangan sedang berjalan ke arahku.Di sisinya pula ada seorang kanak-kanak lelaki.Anak dia ke?
"Assalamualaikum..."
"Waalaikummussalam...eh Faizal...macam mana kau boleh ada kat sini?"
"Aku bawak Adib joginglah,tak ada apa nak buat pagi minggu ni.Kau pulak macam mana boleh sesat kat sini?Biasanya aku datang tak pernah bertembung dengan kau pun." 
"Memang aku dah jarang keluar joging tapi dah terlanjur baru balik dari Sabah ni aku keluarlah.Badan ni dah mula sakit-sakit maklum dah kurang keluar peluh.Rajin pulak anak kau ni bangun pagi-pagi,ya."
"A'ah,dia ni macam jam loceng pagi-pagi lagi dah pandai kejutkan orang."sepontan tawa kecilku meletus mendengar kata-kata Faizal.
"Adib,salam uncle Fakhrul ni."suruh Faizal pada anak kecilnya.Dengan tertib anak kecil itu mengambil tangan ku lalu menciumnya.Tersentuh hati ku dengan gelagat itu.Aku usap rambutnya yang lebat itu perlahan.
"Pandainya budaknya,anak siapa ni?"
"Anak ayahlah!"sampuk Faizal berseloroh.

Serentak itu ketawa kami bergema di situ bersama hilai tawa dari Adib yang comel.Sempat pulak dia bertepuk tangan.Macam faham aje apa yang di bualkan kami.Leka aku melayan kerenah si Adib sampai tak sedar hari sudah meninggi.
Entah mengapa aku rasa begitu terhibur dengan anak kecil itu.Hati ku terasa sayang sekali dengannya.Walau kami baru berjumpa pertama kali.Keletahnya yang comel amat mengusik hati kecil ku.
Terima kasih YA ALLAH,kerana mempertemukan aku dengan si kecil ini.Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan kehadirannya.Ruang kosong di hati ini bagai terisi dengan keletahnya.Tak sabar rasanya untuk berjumpa dengan si kecil itu lagi. 

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...