Wednesday, October 23, 2013
SESUCI CINTA DIAN 11
Setelah puas berjalan di sekitar pantai itu mereka berkemas untuk pulang.Tanpa di sedari tingkah laku mereka telah di perhati seseorang.Setelah selesai berkemas mereka menuju ke kereta.
''Assalammualaikum..''Dian dan Faizal berpaling serentak.
''Waalaikummussalam..''Salam di jawab perlahan.
''Kau!Bbuat..aapa..kat sini?''Bergetar suara Dian saat wajah itu terpacul di depan mata.Wajah yang lama tidak di tatap.Wajah yang sedang cuba di elaknya.
''Sudah puas aku mencari kau baru kini kita berjumpa kembali.Yan!Sampai hati kau buat aku begini.Siapa lelaki ni?Sejak bila kau curang pada aku?Patutlah kau hilang macam tu saja rupanya kau...''
Fakrul tidak mampu meneruskan kata-kata lagi bila hati yang retak kini telah terbelah dua.
''Rul!Maafkan aku.Antara kita tiada apa-apa lagi,aku tak dapat teruskan hubungan kita lagi.''
''Semudah tu kau kata maaf,kau fikir hati aku ni apa?Kita kenal dah lama,yan.Tapi kau mudah putuskan semuanya dengan sekelip mata?Apa maksud semuanya ini?''
''Aku tahu hati kau sakit tapi ada sebab aku lakukan begini.Terimalah hakikatnya yang hubungan kita telah berakhir.Aku tak mahu kau terus-terusan mengharap pada aku lagi.''
Fakrul terasa sedih sekali bila gadis pujaannya yang begitu di cintai kini telah berpaling tadah.
Kalau di ikutkan rasa hatinya yang panas,mahu saja lelaki di samping Dian itu di berikan satu pengajaran namun dia berfikiran waras dan tanpa menunggu lama lagi Fakrul terus beredar dari situ.Tidak sanggup dia menyaksikan drama yang di mainkan oleh mereka berdua.
Dian pasrah.Lemah rasanya kaki untuk di tampung lantas dia terduduk di bahu jalan bersebelahan kereta Faizal.Airmatanya turun mencurah-curah tanpa dapat di bendung lagi.
Faizal membiarkan gadis itu melepaskan perasaan yang terpendam.Tisu di dalam kereta di capai dan segera di hulur kepada Dian.
''Dah lega?''Sapa Faizal bila di lihatnya gadis itu sudah berhenti menangis.
Dian cuba ukir senyum kemudian dia berdiri lantas masuk ke dalam kereta.Tingkah gadis itu di pandang dengan penuh simpati dan kemudian dia turut meloloskan diri ke dalam kereta.
Setelah menghidupkan enjin,punat radio pula di bukanya.kebetulan pula lagu yang berkumandang adalah lagu berirama sentimental.
Dian terbuai seketika mendengar lagu itu.
''Dian awak ok ke?''Tanya Faizal bila di lihatnya Dian tidak berkutik dari tadi.Pandangan Dian di arah keluar.Rasa malu pun ada kerana Faizal dengan terang-terang telah menyaksikan segalanya.
''Dian awak jangan diam saja saya risau tau tak?''
''Maaf!''
''Untuk apa maaf tu?Tanya Faizal keliru.
''Awak dah saksikan segalanya.Sekarang awak tahukan macam mana perasaan saya.
''Ya..saya faham apa yang awak rasa.Bersabar sajalah suatu hari nanti dia pasti akan faham kenapa awak buat macam tu.Awak jangan terlalu memikirkan semua ni.Saya akan bersama awak tak kira apa keadaan sekali pun.Awak boleh letakkan harapan pada saya.''
Faizal cuba menyuntikkan kata-kata semangat agar Dian tidak lagi susah hati.
''Terima kasih.''
''Sudahlah,lepas ni saya tak mahu awak bersedih lagi.''Terasa lega hati Dian setelah di pujuk oleh Faizal.Kereta yang di pandu Faizal segera meninggalkan kawasan pantai itu.
''Lepas ni apa rancangan awak?''
''Entahlah saya tengah buat simpanan untuk menyambung pelajaran saya.''
''Ya tak ya lah,awak kerja kat pejabat pun cuma sementara saja kan.Alamak macam mana saya boleh lupa pulak.''
''Kenapa awak gelabah semacam?''Dian hairan.
''Tak adalah kalau awak dah berhenti nanti macam mana dengan saya?''
''Yang awak risau sangat kenapa?''
''Saya rindu nanti kalau awak tak ada.''
''Jangan nak mengadalah.''
''Betul saya serius,kalau boleh awak janganlah berhenti.Kan awak boleh buat kerja sambil belajar,nanti saya cakap dengan Encik Malik ya.''
''Tak payahlah susahkan diri awak kalau Encik Malik tak benarkan macam mana?''
''Saya akan usahakan sampai dia mahu.''
Dian menggelengkan kepala melihat kesungguhan lelaki itu.Dah macam budak kecik pulak aku tengok perangai lelaki ni.Fikir Dian.
''Kenapa awak diam?''
''Tak ada apa cuma saya hairan dengan sikap awak masih tak putus asa untuk memujuk saya.''
''Awak tahu kan hati saya.''
''Saya perlukan masa untuk semua tu.''
''Ya saya tahu awak perlukan masa untuk berfikir tapi saya tetap akan tunggu awak sampai awak dah bersedia.
''Saya tak mahu libatkan diri dengan masalah lagi.Jadi lebih baik awak jangan meletakkan harapan pada saya.''Faizal rasa terkilan dengan kata-kata Dian itu.
''Kalaulah awak nampak hati saya ni tentu awak takkan ragu-ragu untuk menerima cinta saya.''
''Tolong jangan desak saya.''Pinta Dian mengharap pengertian Faizal.
Selepas itu mereka membisukan diri sehingga kereta yang di pandu Faizal tiba di perkarangan rumah sewa Dian.
Faizal pantas memandu semula ke jalan besar setelah Dian turun dan mengucapkan terima kasih kepadanya.Dia hanya mendiamkan diri tanpa membalas ucapan Dian itu.
Marah ke dia pada aku?Fikir Dian.Ah!Kenapa susah sangat nak buat dia faham.Aku belum bersedia untuk sebarang hubungan lagi.
Sementara itu di dalam kereta Faizal cuba menenangkan perasaan.Sebentar tadi hatinya begitu kecewa bila kasih yang cuba di hulur di pandang sepi oleh gadis itu.Terlalu mendesak ke aku?Keluhan panjang di lepaskan Faizal.Bukankah aku sudah berjanji untuk memberikan dia waktu jadi apa yang aku lakukan ni?Nanti dia bertambah bingung kerana desakan aku.Ah!Tak sepatutnya aku menambahkan beban di fikirannya lagi.
Malam itu Faizal menghantar mesej kepada Dian dan memohon maaf atas sikapnya petang tadi.Hati Dian terubat juga saat membaca mesej Faizal itu.
Saturday, October 5, 2013
SESUCI CINTA DIAN 10
Seperti yang telah di janjikan Faizal telah membawa Dian ke tepi pantai,tempat yang menjadi kegemarannya.Dian agak terkejut kerana seperti merasakan ada sesuatu yang menjadi agenda lelaki itu membawa dia ke situ.Tambahan pula bila melihat Faizal telah mengeluarkan sebuah bakul yang penuh berisi dengan makanan dari dalam bonet keretanya.Hati Dian sedikit tersentuh dengan tingkah lelaki itu.Setelah membentangkan tikar mereka telah duduk di bawah sebatang pokok yang agak redup.Faizal segera mengeluarkan bekalan yang di bawanya tadi.
''Awak masak sendiri ke makanan ni?''Faizal memandang ke arah Dian sambil tersenyum.
''Kalau saya kata saya yang masak awak percaya ke?''Dian geleng kepala.
''Hm..dah agak dah.Awak jangan tengok saya sebelah mata saja,saya kalau bab masak ni dah lali dah.Tak jadi hal.Apa saja lauk saya boleh masak.''
''Amboi macam riak saja.''
''Bukan riak,saya nak awak tahu saja.Apa lagi makanlah takkan nak pandang saja makanan ni,penat saya masak tau.''
Dian tersenyum sambil mengambil roti yang telah di sapu jem.
''Hai,makan roti saja mee yang saya masak ni tak nak rasa ke?''
''Boleh saya makan yang ni dulu?''
''Oo..saya ingat tadi awak tak mahu rasa masakan saya,tak pe lah,awak makanlah dulu roti tu.''
Faizal sudah tergaru-garu kepala bagai orang yang di dalam kebingungan.Serba-salah pulak rasanya untuk berkata lagi.
Suasana di pantai itu agak mendamaikan.Deburan ombak bagai berlari-lari memukul ke gigi pantai.Dian terasa tenang dengan suasana itu.Terasa bagai di hambur pergi segala masalah yang sedang melanda diri.Faizal pelik dengan tingkah Dian yang membisu tiba-tiba itu.
''Apa yang awak fikirkan?''Dian kalih pandang.
''Tak ada apa.''Balasnya pendek. Wajah masih separuh mendung.
''Awak ada masalah ke?
''Kenapa awak tanya macam tu?''
''Tak ada la,saya tengok awak ni macam sembunyikan sesuatu,awak tak mahu kongsi masalah dengan saya?''
''Saya ok je tak ada apa yang saya nak kongsi dengan awak.''
''Mulut awak boleh berkata tidak tapi wajah awak tak macam tu.''Faizal merenung tajam ke wajah Dian membuatkan gadis itu jadi tidak keruan.
Hai..apa saja lelaki ni hendak lagi.Aku dah kata tak maknanya tak lah kenapa masih nak desak aku?Rungut hati Dian.
''Boleh tak saya nak makan mi yang awak masak tu?''Dian memecahkan kegundahan yang melanda hatinya bila lelaki tu begitu asyik merenung dirinya.Faizal tersengih sambil menghulurkan mi tersebut.
''Awak ni kenapa? Sakit ke?''
''Sakit jiwa..''Balas Faizal.Geram Dian dengan jawapan selamba lelaki itu.
''Dian..Dian..awak ni kan kadang-kadang ada degilnya ye.Kenapa awak tak mahu kongsi masalah dengan saya?''
Gadis itu mendengus keras.
Faizal bangun dan berjalan menyelusuri pantai.Terpinga-pinga Dian dengan tingkah lelaki itu.Dian serba-salah.Pinggan di letakkan ke bawah.Kecil hati ke dia?Fikir Dian.Matanya masih menyoroti kelibat lelaki itu.
Tiba-tiba Faizal berpusing dan berjalan semula ke arah Dian.Punggung di labuhkan dan tangannya segera mencapai pinggan yang berisi mee goreng lantas terus di suapkan ke mulut.
Terpinga-pinga Dian melihat gelagat lelaki itu.
''Awak..tu pinggan saya.''
Ha!Erk..''Terpempan Faizal seketika matanya memandang pinggan di tangan.
''Kenapa dengan awak ni?''
''Err..maaf, saya lapar.''Jelas Faizal,mukanya sudah kalut semacam.
''Kalau ye pun lapar ambil saja yang dalam mangkuk tu.Kenapa awak ambil saya punya?''
Faizal mengeluh keras.Pinggan tadi di letakkan kembali.Selama ini dia tak pernah melakukan perkara seperti tadi tapi entah apa yang merasuknya sehingga terlepas melakukan perkara sebegitu.Mungkinkah perasaan yang terpendam ini yang mendorong dia bertindak begitu?
''Maaf!Dian.. saya tak sengaja tadi,saya janji tak buat lagi.''
Faizal mengangkat tangannya sambil menunjukkan wajah.Terusik hati Dian dengan gelagat Faizal itu.
''Dah la awak habiskan saja mee tu,saya dah kenyang.''
Dian bangkit dan berjalan menyelusuri pantai.
Faizal hanya melihat gadis itu berlalu.Merajuk la tu.Getus hati kecilnya.
Hmm...yang aku ni pun satu kenapa buat perangai macam ni pulak.Adehh.Faizal menggaru kepalanya.Buntu.Nak kena pujuk ke?
Pandangan Faizal di arah ke tubuh gadis itu yang sedang berjalan sendiri.Makin jauh pula langkah yang di atur.Faizal segera bangkit mengikut langkah Dian.
Dian terleka melayan perasaan sendiri tanpa sedar Faizal mengekorinya dari belakang.
''Hmm..hmm..''
''Awak!Kenapa buat saya macam ni terkejut saya tau.''Faizal tersengih.Buat muka tak bersalah.
''Dian..saya ada sesuatu nak cakap pada awak.''Dian panggung kepala memandang Faizal.
''Sayaa...''
Erk..macam mana nak cakap ni.Faizal garu kepala.
''Sayaa..sayaa..dah jatuh cinta pada awak.''Fuhh..lega.
Dian terpaku.Tidak percaya pun ada dengan ayat yang baru terlepas dari mulut lelaki di depannya ini.
''Kenapa?Tak percaya?''
''Awak sedar ke apa yang awak cakapkan ni?''Soal Dian.
Faizal angguk kepala.
''Saya sedar sebab tu saya bawak awak ke sini.Saya dah tak mahu pendam perasaan yang ada ni.''Dian menundukkan wajah sambil mematahkan jari jemari.
Langkah di atur tanpa memandang lelaki itu lagi.
''Dian!Dian!Faizal terjerit memanggil namun Dian tidak menyahut panggilan itu.
''Hmm..''Faizal mengeluh keras.Aku salah cakap ke?Tak kena waktu ke aku luah perasaan ni?
Faizal cuba mengejar Dian yang makin jauh meninggalkan dirinya.
Langkah Dian terhenti di sebuah bongkah batu.Punggungnya di labuhkan di situ.Faizal hanya memandang gelagat gadis itu.Secara perlahan dia mendekati Dian.
''Dian!''Seru Faizal sambil duduk di sisi gadis itu walau agak berjarak sedikit.
''Maafkan saya.''Suaranya di tinggikan sedikit cuba berlawan dengan bunyi ombak.
''Tolong jangan diam macam ni,saya cuma meluahkan apa yang saya rasa dan saya takkan paksa awak untuk bagi jawapan segera.''
Dian pandang sekilas wajah Faizal.Rupanya inilah agenda lelaki ini membawa aku ke sini.Nak buat sesi meluah perasaan rupanya.Hmm...
''Maaf!Saya tak boleh terima awak.''
''Kenapa?''
''Tak ada apa saya cuma...''Terasa kelu lidah Dian hendak meneruskan kata-kata.
''Dian.. saya bukan nak masuk campur urusan awak tapi kalau boleh saya nak tolong awak.Mungkin dengan berterus-terang nanti hati awak akan terasa lega.''
Faizal cuba memujuk lagi agar Dian berlembut hati untuk berkata benar.
''Saya bukan tak mahu berterus-terang tapi kalau saya cakap nanti awak akan kecewa.''
''Maksud awak?''
Dian menarik nafas panjang.Hatinya berdebar-debar.Wajah Faizal di pandang seketika kemudian dia menundukkan kepala.
''Saya dah ada teman lelaki.''Terhurai juga apa yang terpendam di hati Dian,
Faizal terkaku di situ.Kepalanya terasa bagai di hempap batu besar.Ada debaran yang maha hebat memukul-mukul ke benaknya.Dunianya terhenti sendiri.Tanpa sedar dia terduduk di atas pasir yang memutih itu.
Dian meninggalkan lelaki itu sendiri dan kembali ke tempat mereka meletakkan barang berkelah tadi.Hati gadisnya juga terasa sendu.Pandangannya terarah kepada Faizal yang sedang termenung.
Seketika kemudian Faizal bangun dan mendekati Dian.Sebotol air mineral di capai lantas di teguknya dengan rakus.Mungkin dengan seteguk air itu dapat menghilangkan debaran di dadanya.Faizal menjauhkan diri.Hati Dian terasa dengan gelagat lelaki itu.
''Faizal awak ok ke?''Dian bertanya untuk kepastian.Faizal hanya memandang sepi ke arah Dian.Rasa bersalah menghimpit di jiwa Dian lantas lelaki itu di dekatinya.
''Maaf,saya tak patut menganggu awak.Kalau saya tahu awak sudah berpunya,saya takkan cuba-cuba untuk meluahkan perasaan pada awak.''Kesal bertandang di dalam dada.
''Tak ada apa yang nak dimaafkan,saya dan dia dah berpisah.''Faizal memandang Dian penuh hairan.
''Awak jangan main-main Dian.Baru kejap tadi awak cakap yang awak dah ada teman lelaki,sekarang awak kata yang awak dan dia dah berpisah.Eh!Jenaka apa yang awak mainkan ni?''
Dian memandang sayu ke wajah lelaki itu.
''Tak ada jenaka yang nak saya mainkan cuma saya berkata yang benar.Kami berpisah sebab orang tua dia tak suka pada saya sebab saya anak yatim.''
Faizal tergamam seketika.Benarkah apa yang aku dengar ni?Jadi selama ni dia memendam rasa rupanya.
''Dah lama awak berkawan dengan dia?''Tanya Faizal.
''Sejak kami tingkatan empat.''
''Awak masih sayangkan dia?''
''Entahlah,saya sedang cuba melupakan semuanya.Saya tak mahu di sakiti lagi.''
''Nampaknya saya tersilap menilai awak,maaf saya tak tahu awak sedang bersedih.''Faizal bersimpati akan nasib yang menimpa gadis itu.
''Tak mengapa,saya dah penat fikirkan semua ini.Awak masih mahu berkawan dengan saya lagi?''
''Saya tak pernah letakkan batas bila berkawan dengan seseorang apatah lagi dengan awak.''
Ujar Faizal sambil memandang mesra wajah Dian.
''Kalau boleh saya nak kita bukan sekadar berkawan.Tambahnya lagi.
Dian terkesima.Tidak tahu bagaimana untuk membuatkan lelaki itu mengerti.
Di hati Faizal tetap berharap dan berdoa agar suatu hari nanti gadis itu akan sedar kehadiran kasih yang di hulurkannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-

Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...