Saturday, November 11, 2017
AKU bab 24
Hari ini aku turun ke side bertemu Faizal.Lama sudah rasanya aku tak ketemu dirinya.Selalunya pembantu dia saja yang aku jumpa.Kalau ikut perancangan ini adalah projek kami yang terakhir.Selepas ini kami akan tamatkan kerjasama.Aku tak tahulah akan ada lagi ke kerjasama antara kami lagi.Papa pun tak cakap apa-apa.Selepas selesai tugas di situ Faizal mengajak aku untuk makan tengahari bersama.Nak tolak rasa serba-salah jadi aku buat keputusan untuk menerima pelawaannya.
"Sedap betul makanan kat sini ya."puji Faizal sebaik kami memulakan suapan.
"A'ah,memang sedap,sebab tu aku selalu makan kat sini."ujar ku mengiakan saja.
"Nampaknya lepas habis projek ni payahlah kita nak jumpa lagi."
Aku lepaskan nafas panjang.Sudu ku letakkan ke pinggan perlahan.
"Kenapa?Kau suka ke kalau kita tak berurusan lagi lepas ni?"aku cuba menduga hatinya.Faizal senyum segaris.Mulutnya di kesat dengan tisu yang memang tersedia di atas meja itu.
"Sebenarnya aku suka kalau kita teruskan kerjasama tapi buat masa sekarang aku ada projek lain yang sedang sibuk aku uruskan."
"Maksud kau?"soalku ingin kepastian.
"Projek peribadi."Faizal tersengih panjang sebaik berkata begitu.Tak guna kalau aku soal lagi kalau dah begitu katanya.
"Kau pun aku dengar akan sibuk ke Sabah pulak lepas ni,kan?"
"A'ah,papa aku mintak uruskan projek baru ni sendiri.Tak tahulah aku mampu ke tidak."
"Aku tahu kau boleh lagi pun kau ada pembantu yang cekap.Aku sendiri pun makin sibuk dengan si kecik kat rumah tu maklumlah baru dapat berjalan.Asal petang aku balik dari kerja nak mintak bawak berjalan dulu kalau tak jangan harap aku dapat masuk rumah."ceria sungguh bunyi suara Faizal menceritakan telatah anak kecilnya.
"Siapa nama anak kau tu?"tiba-tiba teringin pula aku tahu namanya.
"Muhamad Adib."
"Kalau ada masa nanti aku bawak jumpa kau ya."
"Eh,tak payah susah-susah nanti marah pulak ibu dia."
"Kita buat senyap-senyaplah,aku teringin kau kenal dengan anak aku."pelik pulak dengan Faizal ni tiba-tiba nak suruh aku kenal dengan anaknya.
"Oklah."
Faizal menarik senyum.Lega agaknya bila aku bersetuju.
"Terima kasih Fakhrul aku harap kita akan terus berkawan sampai bila-bila.Aku tak mahu kehilangan kawan yang baik macam kau ni."
Aku tersenyum.Baik sangat ke aku ni kalau sampai saat ini masih belum dapat melupakan isteri kau?Persoalan itu berbolak balik di dalam minda ku sendiri.
Aku sendiri tidak tahu sampai bilakah aku dapat ikhlaskan hati berkawan dengan lelaki di depan aku ini.Sebenarnya dia terlalu baik untuk aku benci tapi jauh di lubuk hati aku masih menyimpan rasa terkilan itu.Dalam diam aku cuba juga untuk menerima persahabatan kami sejujur yang aku mampu.
Usai makan kami bergerak ke destinasi masing-masing.
Sampai di pejabat aku terus masuk ke surau untuk solat zohor.Usai solat aku terus masuk ke bilik kerjaku.Bunyi interkom mengejutkan aku yang sedang leka menelek kertas plan di tangan.Bergema suara setiausaha ku mengingatkan temujanji sebentar lagi.Aku meraup muka seketika.Nafas panjang aku lepaskan.Tiba-tiba ingatan terimbau akan kata-kata mama tempohari.
"Suatu hari nanti mama nak jumpa yan boleh?"
Alahai mama...mengapa itu yang mama pinta?
Aku tak rasa aku mampu untuk menunaikan permintaan mama itu dalam masa terdekat.
Mustahil!Aku sudah berjanji pada diri takkan mengganggu hidupnya lagi.Aku tak mahu mengganggu rumahtangganya.
YA ALLAH!Kuatkan iman ku untuk mengharungi dugaan MU ini.Aku bangun sambil mengambil fail biru yang terletak di tepi meja lantas keluar segera ke bilik mesyuarat.
Setelah hampir tiga minggu di Sabah aku pulang semula ke rumah.Badan sudah mula terasa sakit-sakit lalu aku membuat keputusan untuk keluar berjoging.Selepas mengelilingi taman itu dua pusingan aku berhenti seketika sambil membuat regangan badan.
Bunyi ketawa seorang kanak-kanak menarik perhatian ku.Aku berpusing ke kanan.Tika itu wajah Faizal tertera pada pandangan sedang berjalan ke arahku.Di sisinya pula ada seorang kanak-kanak lelaki.Anak dia ke?
"Assalamualaikum..."
"Waalaikummussalam...eh Faizal...macam mana kau boleh ada kat sini?"
"Aku bawak Adib joginglah,tak ada apa nak buat pagi minggu ni.Kau pulak macam mana boleh sesat kat sini?Biasanya aku datang tak pernah bertembung dengan kau pun."
"Memang aku dah jarang keluar joging tapi dah terlanjur baru balik dari Sabah ni aku keluarlah.Badan ni dah mula sakit-sakit maklum dah kurang keluar peluh.Rajin pulak anak kau ni bangun pagi-pagi,ya."
"A'ah,dia ni macam jam loceng pagi-pagi lagi dah pandai kejutkan orang."sepontan tawa kecilku meletus mendengar kata-kata Faizal.
"Adib,salam uncle Fakhrul ni."suruh Faizal pada anak kecilnya.Dengan tertib anak kecil itu mengambil tangan ku lalu menciumnya.Tersentuh hati ku dengan gelagat itu.Aku usap rambutnya yang lebat itu perlahan.
"Pandainya budaknya,anak siapa ni?"
"Anak ayahlah!"sampuk Faizal berseloroh.
Serentak itu ketawa kami bergema di situ bersama hilai tawa dari Adib yang comel.Sempat pulak dia bertepuk tangan.Macam faham aje apa yang di bualkan kami.Leka aku melayan kerenah si Adib sampai tak sedar hari sudah meninggi.
Entah mengapa aku rasa begitu terhibur dengan anak kecil itu.Hati ku terasa sayang sekali dengannya.Walau kami baru berjumpa pertama kali.Keletahnya yang comel amat mengusik hati kecil ku.
Terima kasih YA ALLAH,kerana mempertemukan aku dengan si kecil ini.Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan kehadirannya.Ruang kosong di hati ini bagai terisi dengan keletahnya.Tak sabar rasanya untuk berjumpa dengan si kecil itu lagi.
Friday, September 22, 2017
AKU bab 23
Badan ku rebahkan ke tilam.Aduh,penat sungguh hari ni.Seharian bermesyuarat membuatkan aku lelah yang teramat.Ini pun mujur dah mandi baru lega sikit rasa badan ni.
Apa khabar mama agaknya?Sudah beberapa hari aku tak berborak dengannya.Cuma sempat bertemu untuk berjabat salam saja kerana terlalu sibuk dengan tugas.
Aku bangkit dan keluar dari bilik untuk menuju ke bilik orangtua ku.Pintu bilik itu ku ketuk perlahan.
Terjengul wajah papa dari sebalik pintu itu.
"Ha...Rul baru balik ke?"
"A'ah pa,mama macam mana?"
"Tu tengoklah sendiri."ujar papa sambil menguakkan pintu lebih luas lagi.Wajah mama kelihatan di atas katil sedang tersenyum ke arah ku.Aku segera mendekati mama lalu menjabat tangannya.
"Mama ok ke hari ni?"
"Ok je,Rul macam mana?penat ke kerja?Dah makan ke belum ni?"
"Rul ok mama...cuma penat sikit je,perut pun tengah lapar ni."
"Tak makan ke petang tadi?"soal mama dengan wajah berkerut.
"Rul ada mesyuarat petang ni mana sempat nak isi perut."Mama memandang papa seketika dengan muka tak puas hati.
"Papa nak dera anak mama ke?"
"Eh...apa pulak deranya bukan salah papa dia tak makan.Kan papa seharian teman mama kat hospital tadi."
"Sudahlah tu mama papa,Rul bukan tak makan langsung.Tengahari tadi dah makan banyak dengan Reza tu sebab Rul tak makan petang.Dalam meeting tadi pun bukan tak ada makanan cuma Rul yang tak lalu nak isi perut."
"Ha...awak dengar tu anak awak sendiri yang tak nak makan jadi jangan nak libatkan papa pulak,ya."
"Tapi kenapa papa suruh dia pergi meeting tu lama sangat sampai ke malam baru balik."
"Mama...papa sudahlah Rul nak pergi makan ni,tak payahlah mama nak risau lagi."pening aku dengan pertelingkahan kecil orangtua ni.
"Eloklah tu Rul baik kamu keluar cepat,kang ada pulak orang tu jadi singa kat sini."usik papa pula.Sengaja betul nak cari pasal dengan mama.
"Adui,mama...sakitlah tangan papa..."tak pasal-pasal papa dah kena cubit.Aku tersengih sambil menggelengkan kepala.
"Padan muka sapa suruh papa sakat mama?"jelingan maut mama beri pada papa.Aduh makin pening aku tengok orangtua ku ini.
"Ma...Rul turun makan dululah lapar dah ni.Mama janganlah marah papa lagi."
"Yalah...pergilah cepat kang sakit perut tu payah pulak."
Papa hanya tersenyum panjang sambil tangannya masih meneruskan mengurut kaki mama.Aku terus tersenyum mengingati gelagat mereka.
Sampai di dapur aku lihat Mak Lijah sedang terbongkok-bongkok di sebalik peti sejuk.Sibuk apa lagilah orangtua ni dah malam buta ni?Fikir ku.
"Assalammualaikum,Mak Lijah...buat apa tu?"
"Oo...waalaikummussalammm..."
"Ish...kamu ni Rul,terkejut Mak Lijahlah tiba-tiba je terpacul kat sini."terkekek-kekek aku gelak.Geli hati melihat aksi Mak Lijah.Dah macam nak bersilat rupanya tapi silat apa entah.
"Cantik silat Mak Lijah boleh Rul belajar."
"Sudahlah jangan nak menyakat lagi yang kamu ni turun nak makan ke?"
"A'ah,Mak Lijah laparlah perut ni makanan ada lagi ke?"
"Ada...nasi pun Mak Lijah nak panaskan kejap ya Mak Lijah ambik kan."
Aku bangkit mengambil air dari peti sejuk.Botol air kosong aku capai lalu menuangkan ke dalam gelas yang tersedia di atas meja.Nasi yang telah di hidang oleh Mak Lijah aku suap segera setelah membaca doa makan.Sempat aku menyapa Mak Lijah untuk makan bersama.Mak Lijah seperti biasa hanya mengiakan aje kata ku sambil meneruskan tugasnya tadi.
Setelah makan dan membasuh pinggan aku naik semula ke tingkat atas.Bilik orangtua ku tuju semula.Nak sambung berborak.Sebaik aku masuk papa sedang leka membaca dokumen di meja kerjanya.Mama pula sedang membaca buku.Senang hati ku melihat perubahan mama sekarang.Aku berbaring di sebelah mama sengaja nak bermanja.Mama menepuk-nepuk bahuku perlahan.Rasanya kejap lagi mahunya aku hanyut kat sini.Aduh,seronoknya...
"Yang kamu ni macam budak kecik apasal pulak ni?tak puas nak manja lagi ke?"suara papa tiba-tiba menegur ku.Terbuntang mata ku saat itu.
"Ala papa ni orang nak manja dengan mama sikit pun jeles."
"Kamu tu dah tua,tak sesuai nak manja-manja dengan mama lagi dah."
"Ala Rul bukan apa badan ni penat sangat ingat nak rehat sekejap kat sini boleh borak-borak ngan mama."
Mama tersenyum panjang.Senang agaknya dengan tingkah ku yang manja sikit malam ni.Papa mengeleng-gelengkan kepala saja dengan tingkah ku.
"Rul...papa nak cakap sikit ni."Aku terjaga dari anganan yang sekejap.
"Apa dia papa?"tanya ku sambil bangun dari baringan.
"Papa cadang nak bawak mama balik kampung untuk berurut,apa pendapat kamu?"
"Berurut?"
"A'ah,papa nak cuba urut kaki mama dengan mak Nab kat kampung kita tu,manalah tahu boleh bantu sikit-sikit untuk pemulihan kaki mama ni."Aku pandang papa dan mama silih berganti.
"Kenapa kamu tak suka ke?"tanya papa dengan reaksi mukanya kehairanan.
"Eh,taklah."
"Jadi kamu tak kisah kalau papa bawak mama balik kampung?"Aku senyum segaris.
"Rul tak kisah pun kalau demi kesihatan mama,papa buatlah apa yang baik.Rul ikut je."Mama tiba-tiba memeluk ku.
"Terima kasih sayang."Aku membalas pelukan mama bersama sebuah harapan.
Beberapa hari kemudian kedua orangtua ku berangkat ke kampung.
Hampir dua bulan berlalu setelah mama menjalani perubatan di kampung,aku lihat sudah mula ada perubahan pada kakinya.Gembira tidak terkira bila lihat mama sudah mampu menggunakan tongkat.Alhamdulillah,syukur pada Ilahi atas segala nikmat yang di beri.Moga mama akan segera sembuh dan mampu berjalan seperti biasa tidak lama lagi.Itulah doa ku dan papa pada setiap masa.
Hari ini rumah ku di kunjungi oleh Salim dan isteri.Dia memohon maaf kerana lewat mengunjungi kerana sewaktu kemalangan mama dulu mereka berada di luar negeri.Tak ada apa yang perlu aku maafkan mereka kerana aku sendiri tak mahu mama terganggu dengan lawatan dari sesiapa sebab mama waktu itu masih tidak mampu bergerak dan ingatannya juga hampir hilang seketika.
"Aku nak bagitahu kau ni Rul,tak lama lagi Siti nak berangkat ke Perlis nak sambung belajar."
"Oh ya ke?baguslah tu,tercapai juga cita-cita awak ya Siti."ucap ku sambil memandang ke arah Siti Aisyah.
"Terima kasih ini semua sebab abang Salim yang usahakan kalau tak tak tahu dapat tak saya nak sambung belajar."
"Eh,bukan ke awak dapat tawaran tu sebelum Salim meminang awak?"
"A'ah memanglah tapi sebenarnya dalam diam-diam rupanya dia yang cari kan tempat untuk saya kat sana."
"Oh,begitu tak sangka aku kau ya Salim,pandai kau rancang."Salim tersengih panjang.
"Eh tapi nanti macam mana pulak dengan korang berdua takkan sorang kat sini sorang kat sana?"
"Ha,yang tu awal-awal lagi aku dah rancang sebenarnya Siti bukan pergi sorang aje tapi suami dia ni pun ikut sekali."
"Eh,tak faham aku.Apa maksud kau ni?"ujar ku sedikit keliru.
"Maksudnya aku pun akan pindah kerja kat sanalah."
Pandai betul Salim merancang.Nampaknya aku akan kehilangan kawan baik.Sebak pulak rasa hati ku sekejap.Tentu sukar untuk kami bertemu bila dia semakin jauh ke utara.Tak mengapalah demi kebaikan mereka aku merelakan saja dan mendoakan moga rumahtangga yang baru terbina itu akan sentiasa di bawah rahmat dari ILAHI.Amin!!
Sunday, April 23, 2017
KAU BELAI HATI KU.....
Sudah aku kata tak tu tak naklah,kenapalah mamat sorang ni tak faham-faham jugak.Ish,aku rasa macam nak sekeh je kepala dia ni sekarang.Mata aku jengilkan lagi seluas-luasnya biar dia tahu yang aku tengah marah dan geram dengan dia ni.Suka sangat paksa orang.Apa dia ingat hati aku ni hati apa?Dia ingat aku ni boleh nak di paksa-paksa ke?Eh,tolong sikitlah tak kuasa aku nak layan.
"Awak...tolonglah setuju saya dah tak ada pilihan lain ni."mulut mamat ni masih merayu-rayu nak pujuk aku.
Mukanya tak payah cakap sedih bebenor.Naik menyampah pulak aku tengok.Dia ingat dia buat muka macam tu aku terharu ke.Eh,tolong sikit boh layanlah.
"Oo...sekarang tahu pulak awak nak mintak tolong saya,dulu awak tak ambil kisah pun tentang perasaan saya.Sekarang awak nak susahkan saya pulak.Ah!saya tak kira awak selesaikan sendiri masalah awak."
Aku terus bangkit dari kerusi yang di duduki tadi lalu bergegas ingin meninggalkan dirinya.
"Awak!!"
Serta-merta langkah ku terhenti.Aku berpaling ke belakang.
Alangkah terkejutnya aku bila lihat dia sedang melutut di sisi meja.
Ah!parah mamat ni nak buat drama pulak kat sini.Aku pandang sekeliling restoran.Orang tak ramai sangat tapi mata-mata mereka sudah mula memandang ke arah kami.Malunya ni mana aku nak letak muka ni.Dalam hati aku sudah menggelegak.Nak kena jugak mamat senget ni dengan aku.Grrr...
Aku hampiri dia.Tangannya ku tarik.Hampa.Langsung tak berganjak dia dari situ.Mana taknya badan dia dah lah lagi besar dari aku.
"Khai...bangunlah,malulah orang pandang kita ni..."
"Saya tak nak bangun selagi awak tak setuju."
Eii...tambah berang aku.Sesuka hati dia je cakap macam tu.Ingat aku ni apa?barang ke?Aku berhenti menarik tangannya.
"Hish,kau jangan ingat aku nak ikut cakap kau saja.Aku ni ada maruah jugak tahu tak.Dulu kau jugak yang kata tak suka dengan aku tapi bila dia dah tinggalkan kau tahu pulak kau cari aku balik.Kau ingat aku apa barang,ke?"ha ambik kau kan dah keluar bahasa berbisa aku.Aku main sebut je habis keluar semua perkataan.
"Nur...saya minta maaf,saya tahu saya dah lukakan hati awak tapi saya betul-betul dah insaf sekarang.Saya dah sedar siapa yang paling saya sayang sebenarnya."cet,nak pujuk aku lah tu.
"Saya takkan terpujuk dengan rayuan awak tu lebih baik awak bangun sekarang."
"Tak nak saya tak nak bangun selagi awak tak setuju."
"Eii...dia ni degil betullah.Baik,awak tunggulah kat sini,biar saya yang balik."selamba saja aku tinggalkan dia terkebil-kebil kat situ.Malas dah nak layan perangai budak kecil dia tu.
Sebaik sampai di motor aku terus seluk kunci di poket seluar lalu masukkan ke dalam tempat kunci.Tapi malang nasib ku bila dengan sepantas kilat kunci itu di cabut orang.Terus tak jadi aku nak tekan starter.Cet,mamat senget ni rupanya.
"Khai!!bagi balik kunci saya!!"ha naik dua tiga oktaf suaraku.Bergema rasanya tempat parkir ni.Aku terus turun dari motor lalu cuba merampas kembali kunci itu namun sepantas kilat Khai sorokkan dalam poket jeans dia.Geram betul aku.Naik balik baran aku.
"Kalau berani cubalah ambil."
"Awak ingat saya tak berani,ke?"
Khai sudah tersengih macam kerang busuk.Memang busuk pun.Maksud aku niat dia tu lah.Sengaja nak aku ikut kehendak dia saja.
Tiba-tiba aku terpandang kereta dia yang elok terparkir di sebelah motor aku.Idea gila sudah mari.Kalau aku buat sesuatu kat kereta dia ni mesti dia bengang gila ni.Ha!tahulah nasib kau kali ni.Aku pandang dia silih berganti dengan keretanya sambil mengangkat kening.Saja nak bagi isyarat kat dia.
"Erk...awak...awak jangan buat apa yang awak tengah fikir tu Nur."
"Apa...saya tak fikir apa pun."dalam pada bercakap aku hampiri juga kereta dia.
"Nur...awak jangan buat Nur..."
Tang tu jugak Khai mendekati keretanya.Nak cuba halang aku lah tu.Dalam pada itu aku terpandangkan batu kecil di tepi keretanya.Ha memang kena dengan apa yang aku sedang fikirkan sekarang.Kami bagai bermain galah panjang pulak bila Khai terbongkok-bongkok cuba menghadang aku.Aku ke kanan dia ke kanan bila aku ke kiri dia ke kiri.Dalam waktu yang sama benak ku sedang ligat berfikir macam mana nak mendekati kereta Khai ini.Tiba-tiba mentol di dalam kepalaku menyala.Ha...ha...mesti kejap lagi Khai akan bengang dengan aku.
"Wahh...lawanya mak we...pewiitt..."serta-merta Khai tegakkan kepala dan berpaling ke belakang.Kan dah tertipu.Padan muka.Sepantas itu juga aku capai batu kecil itu lalu dengan langkah yang panjang aku lekapkan ke badan kereta itu.Streettt...
"Nur...apa awak buat ni??aduhh...kereta aku..."
Khai terduduk sambil meramas rambutnya kasar.Sepantas kilat aku hampiri Khai lalu aku seluk poket seluarnya.Memang aku dah tak tahu malu lagi ni sebab hati dah geram sangat.Saat aku terpegang kunci itu tangan Khai sudah menggenggam tangan ku.
"Kau ingat kau boleh ambik kunci ni,kau silap Nur..."
Erk...aku dah kaku masa tu.Nak tahu sebab apa?Sebab dia dah peluk aku tu.Alahai,bengong betul mamat senget ni.
"Awak...lepaskan sayalah,haram awak peluk saya ni tahu tak!"
"Ah!saya tak kira lebih baik awak setuju cepat,kalau tak saya takkan lepaskan awak."
Sengaja dia mengacah-ngacah macam nak cium aku.Bengap betullah mamat ni.Aku sekeh kang.Eii...puas aku cuba leraikan pelukannya tapi hampeh langsung tak bergerak.Menyesal pulak buat tindakan bodoh tadi.
"Oklah,saya mengalah,saya setuju."akhirnya terpaksa juga aku mengikut katanya.Kalau tidak entah sampai bila dia nak peluk aku.Sudahlah tengah umum ni.Ya ampun,malunya rasa tak tahu mana tak letak muka aku ni.Baik aku menyorok dalam guni je.Dia pandang aku tajam.Tak percaya ke aku cakap?Muka dia pun dah tinggal seinci je dengan muka aku ni.Perasaan aku pun dah tak tentu arah ni.Jantung pulak bagai nak tercabut rasanya.Hailah hati kenapa begini??
"Betul awak setuju?"Khai tanya aku.Teruja pulak airmuka dia.Aku angguk sepantas kilat.Tak sanggup nak tipu lagi.
"Tolonglah lepaskan saya,tolong ehh..."alamak kenapa suara aku manja semacam ni.Perlahan dia melepaskan pelukan tapi dalam waktu yang sama pantas juga dia mengucup hidung aku.Cish,kurang asam punya mamat.
"Khaii!!"jerit aku geram.Rasa nak lepuk je budak ni tapi tak boleh sebab sepantas itu juga dia melarikan diri.
Dengan sekali lafaz aku kini telah sah menjadi milik Khairul Idlan.Benci betul dengan nama tu tapi nak buat macam mana lagi dia dah sah menjadi suami aku.Walau macam mana pun kenyataan tetap kenyataan.Memang tak boleh nak sangkal lagi dah.Aku tetap kena jalankan tanggungjawab seorang isteri.Ah...bencinya kenapa kau dera aku Khai...
Tangisan ku pecah lagi.Memang aku dah tak boleh nak berhenti menangis dari sejak mula pinangannya di terima oleh orangtua ku.Kenapalah nasib aku malang.YA ALLAH,mengapa aku di duga begini?
Bunyi kuakan pintu mengganggu lamunanku.Tahu dah siapa tu.Suami akulah tu siapa lagi.Dia menghampiri aku yang masih berteleku di tepi katil.Lutut aku peluk seerat mungkin.Tiba-tiba dia meletakkan tangannya ke bahu ku.Secepat itu aku tepis tangannya.
"Assalammuaalaikum..."perlahan suaranya memberi salam.
"Walaikummussalam..."keras suara ku menjawab salamnya.
"Awak marah lagi?"soalnya lagi.Sengaja dia menghimpit tubuh ku.Ish,ni yang nak marah lagi ni.Bila aku nak mengesot ke tepi dia memeluk ku pula.Terus tak jadi aku beralih sebab kat tepi aku ni ada almari.Dia ni memang sengajalah.Dengki.
"Cukuplah tu nak marah,dah banyak kali saya minta maaf takkan awak tak boleh langsung nak maafkan saya."
"Memang...saya takkan maafkan awak sampai bila-bila."
"Sampai hati awak cakap macam tu,takkan sampai saya mati pun awak tak nak maafkan."
Berdegup jantung ku.Terusik hati dengan ayat itu.Betul ke aku nak marahkan dia selamanya?Kalau dia mati nanti aku bagaimana pulak?Takkan aku nak jadi janda muda?Alahai,dia ni sengaja nak buat aku haru.Aku toleh kat sebelah.Muka kesian dia tunjuk kat aku.Cet,memang dia ni pandai memujuklah.Memaksa lagi pandai.
"Tak payahlah awak buat muka macam tu ingat saya kisah,ke?"
"Dah awak tak kesian kat saya terpaksalah saya buat muka macam ni."Aku tolak dia sekuat mungkin sampai dia rebah ke sebelah.Rimas kena peluk lama-lama ni.
"Eh,awak nak pergi mana?"
"Saya lapar nak makan."
"Habis saya macam mana?saya pun lapar jugak."
"Nak makan pergi cari sendiri."selamba aku jawab saja nak sakitkan hati dia lagi.
"Sampai hati awak cakap macam tu.Tak apalah awak pergilah makan sendiri."
Aku toleh ke belakang.Tengok dia dah elok landing atas katil.Nak merajuk pulak.Eh,bukan aku ke yang tengah merajuk ni?Eh,aku bukan merajuk tapi aku tengah marah.Ah!lantaklah dia nak merajuk dia punya pasallah.Malas aku nak layan.Yang penting aku kena isi perut dulu,kang tak pasal-pasal aku pulak yang pengsan kat sini.
Sampai kat dapur aku terus mencari makanan.
"Hai ,baru nak makan pengantin?"suara mama tiba-tiba menegurku.Terkejut beruk aku.Nasib tak jatuh pinggan yang di pegang.
"A'ah,orang lapar ni?"
"Itulah yang pergi mogok lapar tu kenapa,kan sendiri yang kebulur."Dush,kena aku sedas.
Mama ni kalau dah bercakap pedas betul ayat.Tahulah aku tengah mogok tapi tak kesian ke kat anak dia yang sorang ni?Dahlah kena kahwin paksa.Aku tahulah dia suka aku kahwin dengan menantu kesayangannya tu.
Ya,korang semua jangan tak tahu ini semua perancangan keluarga aku dan keluarga mamat senget tu.Sebab dah tak ada siapa lagi nak di kaut buat pengganti pengantin perempuan yang dah lari jadi akulah yang terpaksa jadi gantinya.Geram betul.
"Khai mana kenapa tak ajak dia makan sekali?"tanya mama sambil melabuhkan punggung di sebelah ku.
"Entah dia tidur."
"La...kamu biarkan dia tidur tanpa makan,sampainya hati kamu,Nur.Di buatnya dia kempunan nanti siapa yang menyesal,ha kamu jugak,tahu tak?"
"Cukuplah tu kalau nak marah pun,dia dah jadi suami kamu Nur,syurga kamu tu kat kaki dia tahu tak?ingat tu!Pergi kejutkan dia makan,dah pukul berapa ni tak makan lagi.Kang tak pasal-pasal esok masuk surat khabar,suami mati kebulur sebab isteri tak kasi makan,ha nak macam tu?"
Erk,tercekik aku rasa.Takkan sampai macam tu sekali?Tak jadi nak makan terus aku masuk ke bilik nak kejutkan Khai.Mama ni pandai betul ugut akulah.Sengaja nak buat aku tak senang hati.
Sebaik aku membuka pintu elok je aku tengok dia terlentang di atas katil.Siap nganga mulut lagi.Jatuh cicak masuk dalam mulut kang baru padan muka.Macam mana nak kejutkan dia ni?Aku teragak-agak.Kalau tak kejut karang mahunya aku kena bebel lagi dengan mama.Ah...susah betullah.
Aku gagahkan juga hati mendekatinya.Punggung aku labuhkan di tepi katil.Kang kalau dia mati kebulur aku juga yang menyesal tak sudah.Cet!apa punya hatilah aku ni.
Tahu pulak nak sentap bagai.Tahu pulak nak kesian kat mamat senget ni.Nur,tak baik mengata,tu suami kau tu.Ha,sudah hati aku pun nak belot dengan tuannya.Ke hati aku ni dah mula kurang rasa marah.Tambahan bila tengok muka dia tengah tidur ni.Nampak polos je.Nampak sayang je.Memang hati aku ni dah belot dengan tuannya sendiri,cet!
Aku pegang dada yang mula bergendang.Kenapa aku rasa degupan ni bagai degupan yang pernah aku lalui dulu?Kenapa aku rasa kasih ini bagai masih tersisa untuk lelaki ini?Aku masih merenung dirinya.Alahai,kacaknya suami aku ni tambah dengan kumis tipis di atas bibirnya itu.Nampak macho je.Erk,kenapa aku macam perempuan gatal je ni?
Tiba-tiba dia beralih tidur.Mukanya dah ke arah aku.Yang paling tak sangka tangan dia dah jatuh kat paha aku tu.Aduh macam mana ni?Nak tepis ke?kalau aku tepis kang terkejut pulak dia.Eh,bukan aku memang nak kejutkan dia ke?Ah,lantaklah.
"Er...awak...awak...bangunlah jom makan,dah lewat ni."amboi Nur,lembutnya suara.Cish,mulut yang tak makan saman.Derhaka kat tuan sendiri.Tak bergerak pun dia ni,tidur mati ke apa?
Eh janganlah mati dulu aku tak sempat pun nak minta maaf.Tak boleh jadi ni,dah goncang pun tak bangun lagi.Aku goncang lagi bahunya kuat sedikit.
"Awak...bangunlah..."eii...ni yang aku nak marah balik ni.Dah elok-elok aku cuba tolak ansur,kang ada pulak yang kena tibai ni,payah sangat nak kejut.Amboi Nur,dengan suami pun kau nak cakap kasar sampai macam tu.Hailah hati apasallah kau berbolak-balik ni??
"Awakk...bangunlah..."sekali lagi aku goncang bahunya kuat.Badan dahlah sado semacam je.
"Haa...apa...apa...eh...eh...apa awak ni kejut orang macam nak tanggal badan ni..."bangun jugak si Khai ni.Terpisat-pisat dia menggosok mata.
"Apa awak buat ni Nur,saya nak tidurlah,bising aje."dengus Khai bersama kerutan di mukanya.Eh aku pulak yang kena marah.Ni yang aku nak angin balik ni.Khai dah mula nak landing balik.
"Eh,awak...jangan tidurlah,makan dulu."sepantas kilat dia tegakkan badannya.
"Apa awak cakap?makan?eh saya tak makan lagi ke?"aku pulak di tanya balik.Tengah mamailah tu.
"Belum,kita tak makan lagi."
Terkebil-kebil Khai pandang aku.Dah kenapa pulak ni?Mukanya di dekatkan pada ku.Cuak pulak aku rasa.
"Nur...awak tak marah kat saya lagi,ke?"
"Eh,siapa kata saya tak marah,saya marahlah."Khai mendengus sambil meraup mukanya.
"Nur,cukup-cukuplah tu nak marah kat saya,dah banyak kali saya minta maafkan."
"Sudahlah tu saya malas nak cakap banyak,jom makan."
"Saya tak nak makan."tiba-tiba Khai berpaling hendak merebahkan badan semula.Alahai,ni kenapa pulak nak buat perangai.Aku yang marah dia pulak yang merajuk.
"Awak jangan buat perangai boleh tak,kang mama marah saya pulak."aku cuba mengawal rasa amarah ini.
"Oo...mama marah tahu pulak takut tapi saya marah awak tak ambil kisah pun."terkedu pulak aku.Apa kes ni dia pulak yang marah kat aku.
Aku lepaskan nafas berat.Punggung ku labuhkan semula ke tilam.Aku cuba mengawal perasaan sendiri.Entah mengapa ada rasa sebak yang tiba-tiba hadir.Aku cuba menahan airmata dari keluar.Kenapa dia tak pernah fikir perasaan aku?Kenapa dia hanya pentingkan dirinya saja.Tak tahukah dia yang aku asyik makan hati dengan dia saja?Bukan sekarang saja bahkan dari dulu lagi semenjak dia menyatakan yang dia sudah punya kekasih hati.
Memang aku cukup terluka.Aku kira dia cukup faham perasaan aku ni tapi sedikit pun dia tak ambil peduli.Ah,mungkinkah salah aku juga?Aku kira yang kami saling memahami tapi tak ku sangka rupanya dia cuma menganggap aku sebagai kawan biasa saja.
Ya,memang salah aku sebab salah faham dengan keakraban kami.Mana taknya kami berkawan sejak dari sekolah menengah lagi,sejak dia mula berpindah ke sekolah kami.Akulah yang mula dia kenal waktu dia mencari bilik guru.Tambahan kami duduk di dalam kelas yang sama lepas tu,lagilah kami mudah jadi rapat.Khai memang seorang yang ramah.
Teringatkan kenangan itu membuatkan aku semakin sayu.Aku tak mahu lagi mengenangkan semua tu lagi sebolehnya.Tapi kenapa aku begini?kenapa aku sukar nak lupakan apa yang pernah dia buat pada ku dulu?Khayalan ku terganggu bila terasa ada sesuatu yang sedang menyentuh pinggang ku.Tangan Khai rupanya.Sesuka hati dia je nak peluk aku.Ingat aku ni tiang ke?
"Awak marah lagi ke?"soal Khai sambil mukanya di letakkan pada bahuku.Selambanya dia.
"Cukuplah tu mari kita makan."pujuk dia.Suaranya sengaja di lunakkan.Aku diam malas nak menjawab.Entah mengapa aku rasa bagai terpujuk.
Khai bangun lalu menarik tangan ku untuk keluar bilik.Aku ikut je.Mana taknya dah dia tarik tangan aku macam nak putus jadi sebelum betul-betul putus baik aku ikut je.Kang ada pulak yang jadi hal kat dalam bilik ni.Lagi pun perut aku sendiri dah lapar gila ni.
Kami makan dalam keadaan harmoni tanpa bersuara pun.Ceh,harmonilah sangat.Usai makan kami masuk semula ke dalam bilik.Aku masuk ke dalam bilik air untuk membersih muka dan menggosok gigi.Khai pula masuk setelah aku keluar.
Waktu aku sedang menyapu losyen di tangan tiba-tiba terasa tubuhku di peluk dari belakang.Entah apa lagi yang nak di buat oleh suami ku ini?Mulanya aku nak tolak dia tapi entah mengapa tak sampai hati pulak.Aku buat tak tahu saja dengan tingkahnya.Selesai menyapu losyen aku menghindarkan diri lalu duduk di tepi katil.Khai ikut duduk sama.
"Kenapa awak berpisah dengan Mia?"
Entah mengapa soalan itu pula yang keluar dari bibir aku.Sebenarnya dah lama aku nak tanya dia persoalan itu.Takkan tiba-tiba je Mia boleh lari tinggalkan dia sedangkan tarikh majlis mereka dah dekat.Inilah sebab mengapa dia beria benar nak aku jadi pengganti Mia sebagai pengantin dia hari ni.
"Abang ingat tak nak tanya."dia mendengus sambil merebahkan badan ke tilam.Aku salah dengar ke tadi atau dia salah cakap?Abang!
"Payah abang nak cakap tapi Nur sudi ke dengar kalau abang terus-terang?"aku berpaling memandang wajahnya.Eh,memang dia cakap abanglah.Pelik pulak aku dengar.
"Kenapa?"tanya Khai.
"Abang??"aku pulak yang soal dia.
"Ya,abang,awak tak salah dengar pun.Mulai hari ni saya nak awak panggil saya dengan panggilan tu."
Ah,jangan ingat dia boleh paksa aku.Sepantas kilat aku bagi dia jelingan dan sepantas kilat juga dia bangun dari baringannya tadi.
"Tak payah nak jeling-jeling,kalau Nur tak nak panggil abang macam tu abang tak nak jawab soalan Nur tadi."ha sudah dia pulak nak mogok.
"Tak nak cakap sudah."selamba aku balas balik.Ingat aku takut ugutan dia tu.
"Ok...ok...sorry...janganlah marah nanti abang cakaplah."
Dia menarik nafas panjang lalu badannya di rebahkan ke tilam semula.Dia mula bercerita mengenai hubungannya dengan Mia dan apa yang menyebabkan Mia memutuskan pertunangan mereka.Aku diam tak tahu nak jawab apa sebaik dia habis bercerita.Kasihan pulak bila dengar kisahnya itu.
Sampai hati Mia pergi tinggalkan dia dan mengikut lelaki lain.
Dah dapat gading bertuah tanduk pun tak berguna lagi.Tak guna betul perempuan tu.Kalau aku dapat dia memang kena dengan aku.
"Nur...kenapa ni macam nak tumbuk abang je?"
Tak sedar aku dah genggam penumbuk.Ingat tadi aku berangan je rupanya betul.Alahai aku dah takutkan suami sendiri.Cepat-cepat aku lepaskan penumbuk.Buat muka selamba je.
"Tak adalah.saya cuma geram je.Tak sangka Mia boleh bersikap macam tu."
"Sudahlah jangan cakap pasal dia lagi,abang pun salah jugak sebenarnya."Pelik aku dengar ayat akhir yang Khai cakap tu.Apa maksud dia agaknya?
"Nur dah maafkan abang ke?abang susah hatilah kalau Nur masih simpan marah tu."sambung Khai lagi.Aku pandang dia sekilas.Aku jongket bahu tanda malas nak menjawab.Khai bangun duduk di sisi ku.Rapat.
"Janganlah macam ni abang betul-betul sayang dengan Nur tau tak.Abang sanggup lepaskan semuanya demi Nur."Berkerut kening ku mendengar ayatnya itu.
"Apa maksud awak?Lepaskan semua?Takkan awak lepaskan Mia semata-mata sebab saya?"
Khai pandang aku sekilas lalu menundukkan muka.Kepalanya di anggukan sekali.Berdebar rasa dadaku.Sampai macam tu sekali dia sanggup buat?
"Bukan awak sayang sangat dengan Mia ke?Takkan dengan mudah awak lepaskan dia?"Helaan nafas berat Khai lepaskan.
"Kalau abang cakap itulah yang berlaku Nur percaya tak?"Tersentak aku sekali lagi.
"Kenapa?"tanya ku pendek.Khai diam tidak menjawab persoalan ku.Aik...takkan tak nak jawab soalan aku tadi.Ni yang buat aku bengang ni.Boleh dia buat dono je.Ok,tak nak jawab tak apa,aku pun boleh balas jugak.Aku bangun lalu aku angkat bantal dan selimut bawa turun ke bawah.
"Eh,nak ke mana tu?"serta-merta Khai bangun dari baringannya.
"Nak tidur kat bawahlah."
"Mana boleh tidur ajelah kat atas ni,takkan Nur nak biar abang tidur sorang,abang takutlah."
Ceh,ayat.Mana lojik kalau dia yang badan sado ni takut pulak.Dah tentu tentu aku ada sekali kat dalam bilik ni.Aku bagi dia jelingan maut.
"Jeling...jeling abang cium kang baru tahu,cepat naik sini jangan sampai abang angkat Nur pulak."
Aku mengherot bibir ke kiri ke kanan tanda protes.Sesuka hati dia je nak cium kita.Ingat ni anak kucing ke?Tarik kumis yang sejemput tu kang baru tahu.Bebel aku di dalam hati.
"Cepatlah,Nur..."
Hendak tak hendak terpaksa juga aku bangun sambil mengangkat semula selimut dan bantal tadi naik ke atas tilam.Eii...geram betul hati aku.Nak kena dengar cakap dia je.
Khai sengih panjang sambil merebahkan badan di sebelah aku.Dengan selamba dia memeluk ku erat.Terkaku aku seketika.
"Abang sayang Nur tahu tak."ucap Khai berbisik di tepi telinga ku.Ni yang lemah ni.Aku bukan boleh bila masuk bab romantik ni.Mudah sangat nak layu.Tangannya sudah merayap ke tengkuk ku.Rambut ku pula di belainya.
"Kha...aw..."tergagap-gagap aku cuba menyebut namanya.
"Abang sayang...panggil abang..."lembut suaranya berbisik.Meremang rasa bulu roma aku.Ulat bulu dah naik daun ni.Aduh!mama tolong...
"Erk...aw...ab..."tiba-tiba aku rasa bibir ku sudah melekap dengan bibirnya.Terus aku terdiam.Bila dia melepaskan terus aku menyembamkan wajah ke dadanya.Malunya.Dia dah ambil ciuman pertama aku tu.
"Itu hukuman sebab engkar cakap suami."
"Abang jahat!"entah apa yang merasuk dengan selamba aku memanggilnya abang.Tersengih suami ku kesukaan.Tanpa sedar aku pukul dadanya berkali-kali.
"Aduh...sayang,janganlah pukul abang kang tak jadi malam pertama kita."
Serta-merta tangan ku berhenti memukul.Dia sebut malam pertama ke tadi?Erk,takkan dia nak mintak hak dia kot?Aku pandang dia terkebil-kebil.Dia sengaja tayang sengihan panjang.Aku beralih sambil menjeling dirinya.Jangan harap aku nak serah diri.
"Sayang...jangan jeling macam tu,tak takut berdosa ke?"ish,dia ni sengaja nak mainkan aku.
"Jangan haraplah saya nak menyerah dengan awak."
"Eh,abang tak cakap apa pun."
"Saya tahu dalam kepala awak tu nak benda tu kan?"Erk,dah kenapa pulak aku cakap macam ni?Tu dah tenu Khai fikir yang bukan-bukan.Otak kuning betul.Khai tersenyum simpul dengan muak nak mintak penumbuk.Boleh lagi dia tunjuk muka gatal tu.Tersengih-sengih.Menyampahlah.Tiba-tiba dia mendekati diriku.
"Awak nak buat apa ni?"soal aku dengan suara menggeletar.Takut pun ada ni.
"Abang nak sayanglah apa lagi."
"Eii...jangan nak mengada-ngadalah.Saya tak nak!"
Serta-merta Khai menarik muka lalu terbaring semula dengan wajah menghala ke siling.Eh!merajuk ke?Matanya tertutup rapat.Alahai,ni yang payah ni kalau dapat suami kuat merajuk.Macam budak kecil je.Ah!jangan harap aku nak pujuk merajuklah sorang-sorang.Aku menutup mata cuba untuk tidur.
"Sampai hati tak pujuk abang..."perlahan aku dengan suara Khai.Sayu betul bunyinya.Aduh,dah kenapa pulak dengan bapak budak ni sengaja nak buat aku serba-salah.
"Saya tahu saya salah sebab tinggalkan awak dulu tapi saya dah insaf.Sejak awak tinggalkan saya,baru saya sedar betapa pentingnya awak pada saya.Bertahun saya tunggu awak tapi beginikah balasan yang patut saya terima?Saya betul-betul sayangkan awak.Saya cintakan awak sepenuh hati saya.Dah tak ada dalam hati saya untuk orang lain.Semuanya saya dah penuhkan dengan nama awak.Uhuk...uhuk..."
Dia menangis?Aduh,entah mengapa hati ku jadi sebak dengan bisikannya itu.Apakah itu luahannya untuk aku tahu tentang perasaannya itu.Tapi mengapa sekarang baru dia luahkan?
Ah!Rasanya inilah masanya aku perlu tahu kebenaran.
Perlahan aku berpaling menghadap Khai.Dia masih di posisi yang sama.
"Kenapa lambat sangat awak nak cari saya balik?"
Tiba-tiba dia mengalihkan posisi tubuhnya.Dah lenguh agaknya tidur tegak macam patung tu.Matanya tajam merenung ku.Aku kaget.Kaku tak tahu nak buat apa.Takkan nak lari pulak.
Tapi renungannya itu perlahan-lahan bertukar redup malah tangannya sudah mula mengusap pipi ku.Aku diam tidak berkutik.Biarlah malas nak bertingkah.Tak guna nak lawan lagi dah tentu tentu dia suami aku.Selama mana aku nak tolak dia.Entah mengapa aku rasakan usapannya bagai membelai jiwa ku.Hati yang panas tadi terus jadi sejuk.
"Maafkan abang sebab lukakan hati Nur.Sebenarnya ada lagi yang abang tak cerita pada Nur."Khai menghela nafas panjang.
"Sejak Nur pergi baru abang sedar yang abang sebenarnya amat perlukan Nur dalam hidup abang.Abang kesal sebab terlambat sedar akan hal itu.Sejak Nur pergi abang macam orang sasau.Hidup abang tak keruan tapi abang malu nak akui perkara tu.Abang pendamkan seorang diri perasaan tu.Abang cuba bagi perhatian pada Mia tapi semakin abang cuba semakin perasaan bersalah itu datang mengganggu jiwa abang.Ternyata abang gagal nak lupakan Nur.Itulah sebabnya Mia curang belakang abang.Abang sendiri yang menyebabkan dia tinggalkan diri abang.Abang tak mampu untuk menyayanginya sepenuh hati abang.Maafkan abang ya,sayang."Aku kaku untuk membalas katanya.
Tanpa sedar wajahnya ku renung lama.Tanpa paksaan juga airmata ku mengalir laju.Sebak mengundang lagi.Khai menarik aku ke dalam dakapannya.Entah mengapa aku tak terdaya untuk memberontak lagi.Ternyata aku tewas juga dengan perasaan sendiri.Ternyata aku masih sayang dan cinta akan dirinya lagi.Ya...sesungguhnya aku terlalu menyintainya.Terlalu cinta.Tak dapat aku tafsirkan bagaimana perasaan ini yang terlalu padu untuknya.Aku lelah dengan kehilangannya dulu.
Ternyata antara kami berjodoh juga akhirnya.Aku sangkakan aku benar-benar akan kehilangannya untuk selamanya.Takdir Tuhan terlalu indah.Aku bersyukur kini yang impian ku telah menjadi kenyataan.Sesungguhnya kelukaan lalu biarlah menjadi pengajaran buat kami berdua.Aku tak mahu ia menjadi penghalang kasih sayang yang telah terikat indah ini.Dan malam ini aku tertewas juga dengan kasih sayang suami ku.
Aku berdoa moga bahtera yang kami bina ini akan belayar dengan penuh kebahagiaan dan kesetiaan antara kami.Aku tak mahu lagi mengenang kekhilafan yang lampau.Biarlah ia menjadi sejarah lalu.Moga YANG MAHA ESA akan merahmati bahtera yang terbina ini sehingga ke jannah.Moga bahagia sentiasa menemani jalan kami nanti.Aminn...
Monday, February 20, 2017
BAB 22
Kaki melangkah lesu menuju ke halaman.Aku labuhkan punggung ke gazebo lalu bersandar di tiang.Pandangan ku tebarkan ke kolam ikan.Ikan kap yang menjadi belaan papa ku renung kosong.Tak ada pun yang mampu memberi ketenangan kepada hati ku sekarang.Sampai bila harus aku melayan mimpi ini?Masih terngiang-ngiang kata-kata mama pada ku pagi tadi sebelum dia keluar rumah setelah berminggu dia bermasam muka dengan ku.
"Kamu betul-betul dah lukakan hati mama,Rul.Kamu nak jadi anak derhaka kan?"
YA ALLAH,derhakakah aku sekarang?Mengapa mama menghukum aku sampai begitu sekali?Mengapa mama tak mahu memahami perasaan aku?Maafkan Rul,ma.Bukan niat Rul nak sakiti hati mama.
Tolonglah faham kehendak hati Rul ni.Aku meraup muka perlahan.Keresahan ini sukar sekali untuk ku buang jauh-jauh.
Bunyi deringan telefon mengejutkan lamunan ku.
Segera aku seluk poket seluar.Nombor papa tertera di skrin.Kenapa pulak papa ni?
Hampir terlepas telefon di tangan bila papa kata mama kemalangan.Aku kaku seketika.
YA ALLAH...apa yang berlaku sebenarnya?Macam mana mama boleh kemalangan?YA ALLAH...aku belum sempat meminta maaf pada mama.Aku telah sakiti hatinya.Kelopak mata ku berkaca.Badan ku terasa menggigil.YA ALLAH!KAU selamatkanlah mama ku!!
Aku masuk ke dalam rumah untuk mengambil kunci kereta.Setelah memaklumkan pada Mak Lijah aku segera memandu menuju ke hospital.Tak sempat aku nak berkata panjang dengan Mak Lijah pasal mama sebab aku tak tahu keadaan sebenar.
Sesampai aku di wad kecemasan kelibat papa kelihatan sedang duduk di bangku.Aku mendekatinya.
"Pa...macam mana dengan mama?"
"Rul...papa pun tak tahulah,doktor masih tak bagitahu lagi."raut wajah papa menampakkan kerisauan.Ada kesan airmata di pipinya.Aku sendiri pun bimbang.Takut sangat dengan keadaan mama.
"Macam mana boleh kemalangan pa?"
Papa memandang ku sekilas lalu mengalihkan wajah semula ke wad di depan kami.
"Dengar kata polis mama nak potong kereta tapi tak lepas sebab ada kereta lain di depan.Mungkin mama tak perasan agaknya.ALLAH..."serta-merta papa memegang dadanya.Berat sungguh beban yang papa tanggung sekarang ini.Kebimbangan ku bertambah.Aku cuba kawal perasaan sendiri.
"Papa ok ke?"aku usap dada papa perlahan cuba menenangkan dirinya.
"Tak apa papa ok."
Walau hati ku sendiri risau namun aku harus kuat demi papa.Inilah saat kami diuji.Moga segalanya di permudahkan.Hampir satu jam lebih berlalu kami di hampiri seorang doktor dari wad itu.
"Ini ahli keluarga Puan Laila ke?"
"Saya suaminya dan ini anak saya."ujar papa perlahan.Aku masih setia di sisi papa.
"Ok...saya nak beritahu Encik yang Puan Laila dah melepas tahap kritikal tapi kami tetap kena pantau keadaan dia sebab dia ada masalah tekanan darah tinggi.Kalau Encik berdua nak tengok dia kenalah bersabar sikit,ya.Bila keadaan dia dah stabil baru kami benarkan Encik berdua masuk."
"Ok,doktor.terima kasih."ucapku pada doktor separuh umur itu.Papa diam tanpa suara.Mesti papa masih dalam kerisauan.
Setelah beberapa hari mama sudah di pindahkan ke wad biasa.Aku labuhkan punggung di kerusi yang tersedia di tepi jendela bilik itu.Wajah mama ku tatap seketika.Pucat.Tiada seri lagi seperti selalu.Mama selalu berhias diri tidak kira sewaktu di rumah atau di luar.Aku akui mama masih kelihatan muda walau sudah di makan usia.Dia memang pandai menjaga penampilan diri.Tapi kini tiada lagi semua itu.Mama sudah tidak mampu untuk menguruskan dirinya sendiri.Tambahan kakinya sudah tidak berfungsi seperti biasa lagi.Doktor menyatakan yang mama mungkin akan lumpuh sementara atau pun mungkin untuk selamanya.Terkejut juga aku dan papa saat berita itu di sampaikan doktor tapi kemudian kami reda.Ini semua ujian yang di beri oleh YANG MAHA KUASA.Kami harus menerimanya dengan hati yang terbuka.
Aku urut pelipis perlahan.Terasa lenguh pula.Sudah beberapa hari aku silih berganti dengan papa menjaga mama.Urusan di pejabat aku serahkan kepada pembantu ku.Mujur dua orang tu cekap menjalankan tugas.Jadi aku tak susah hati sangat nak lepaskan segala urusan pada diorang.Pandangan ku beralih ke bunyi pintu yang terkuak.Terjengul wajah Mak Lijah di situ bersama salam.Aku jawab salamnya perlahan.Ada sebuah bungkusan di tangannya.Aku tahu itu bekalan untukku yang di bawanya dari rumah.
"Rul,ni bekal untuk kamu pergilah makan."Aku ambil bungkusan dari tangan Mak Lijah itu lalu melangkah ke arah pintu.
"Mak Lijah dah makan ke belum?"
"Dah,Mak Lijah dah makan kat rumah tadi."
"Oklah saya makan dulu Mak Lijah tengokkan mama sekejap ya?"
"Ya,pergilah."
Pintu wad aku segera tutup lalu kaki melangkah ke luar ke arah taman yang tersedia di kawasan hospital itu.Setelah melabuhkan punggung di bangku batu aku membuka bekal yang di beri Mak Lijah tadi.Semerbak bau gulai udang bersama rebung menyapa deria bau ku.Inilah lauk kegemaran aku.
Aku mengangkat tangan berdoa lalu memulakan suapan.Baru separuh nasi ku makan aku terhenti mengunyah.Entah mengapa selera ku mati bila teringatkan keadaan mama.Bila agaknya mama akan sedar?ALLAH...moga KAU ampuni mama dan segera pulihkan mama untuk kami.Aku tak sanggup melihat mama di duga lagi YA ALLAH!
Hari berganti minggu,minggu berganti bulan namun keadaan mama masih tidak banyak berubah.Cuma mama kini sudah pulang ke rumah.Hari ini aku seorang menemani mama ke hospital.Papa tidak dapat ikut kerana terikat dengan mesyuarat.Setelah pulang dari hospital aku lihat mama termenung di tepi jendela biliknya.Aku rapati mama sambil berteleku.Bahunya ku sentuh.
"Mama ok ke?"
Mama berpaling dan mengangukkan kepala.
"Mama ok je..."ujarnya perlahan.
Sejak sakit mama lebih banyak mendiamkan diri.Hanya pada permulaan dulu sewaktu dia mula dapat tahu yang kakinya sudah tidak boleh berfungsi lagi mama mengamuk tapi setelah di tenangkan oleh kami mama sudah boleh menerima hakikat.Tapi sekarang dia lebih suka termenung.Mungkin risau dengan keadaan dirinya yang sudah tidak mampu bergerak sendiri.Bagaimana lagi agaknya aku mampu menolong mama?
"Kenapa mama pandang Rul macam tu?"
Tiba-tiba dia mengusap wajahku.Entah mengapa aku terasa bagai di manja semula.Aku bagai mendapat semula mama ku yang sudah lama menghilang.
Waktu kecil sehingga remaja dulu aku sering di manja mama tapi sejak papa menghantar aku ke kampung semua itu bagai hilang begitu saja.Tiada lagi kemanjaan yang pernah aku dapat dari mama.Tambahan mama waktu itu sudah mula sibuk dengan butik dan kegiatan persatuannya.
"Mama minta maaf."
"Kenapa pulak mama minta maaf?"
"Sebab mama dah lukakan hati Rul,mama dah pisahkan Rul dengan Yan dulu."airmuka mama terus jadi sebak sebaik berkata begitu.Tak semena-mena airmatanya tumpah ke pipi.Tangan ku di genggamnya erat.Aku usap wajah mama perlahan.Cuba menyalurkan rasa sayang ku padanya.
"Rul tak salahkan mama pun,semua tu dah takdir Tuhan,Rul dah reda semuanya."
"Tapi mama salah...memang mama yang rancang semua tu.Mama memang berniat nak pisahkan Rul dengan Yan."
"Tak apalah ma,kalau bukan mama yang buat macam tu pun namun takdir Tuhan tak siapa boleh menolaknya."
Mama diam tidak membalas.Aku bangun lantas menolak kerusi roda mama ke arah katil.Mahu dia merehatkan badan.Bimbang andai emosinya terus terganggu.Tubuh mama aku angkat lalu dengan berhati-hati aku letakkan mama di atas tilam.
"Mama rehatlah ya,jangan banyak fikir.Rul nak ke bawah kejap."ujar ku sambil menarik selimut menutupi badan mama.
"Rul..."suara mama memangkah langkah ku di muka pintu.Aku berpaling memandang mama.
"Suatu hari nanti mama nak jumpa Yan,boleh?"aku terkedu.Kaku.Alahai mama kenapa itu yang mama minta?
Thursday, January 12, 2017
AKU BAB 21
Malam ini langit gelap tanpa sebutir bintang.Mungkin memahami perasaan ku yang di rundung kesedihan lagi.Aku hanya bersandar di tepi balkoni bilik ku.Sebak terundang lagi.Ku biarkan airmata ini mengalir tanpa di seka.Suasana mulai dingin kerana hujan mulai turun.Betul sangka ku pasti kegelapan ini akan di iringi dengan elusan dingin ini.Turunlah kau lebat-lebat agar hati ku yang pedih ini dapat terbasuh dengan elusan mu.
Sungguh berita yang aku terima petang tadi membuat hati ku di renggut kepiluan lagi.
Kegembiraan mu menyambut kehadiran orang baru ternyata hanya menambahkan luka di hati ku.Pasti saja korang berdua sedang bergembira saat ini.Aku fikir aku akan tabah menerima berita ini ternyata aku kalah juga dengan perasaan sendiri.
Yan!Aku benar-benar tidak mampu melupai mu,sayang.Kenapa dia yang kau pilih untuk menemani hari-hari depan mu?
Aku sakit,yan...aku sakit.Aku sakit kerana tak mampu melupai mu.Aku jadi benci dengan diri sendiri kerana tak mampu melupuskan kau dari ingatan ini.YA ALLAH...AMPUNILAH AKU!!
Setelah lama di situ aku bangkit menuju ke bilik air.Wuduk aku angkat untuk mengerjakan solat sunat.Hanya ini caranya aku dapat meredakan perasaan sendiri.Lama aku berteleku di sejadah berdoa memohon keampunan dari YANG MAHA ESA.Moga hari-hari depan ku akan mendapat pimpinan dariNYA.Aminn...
Hari ini aku mendapat khabar yang Damia sudah meninggalkan tanahair.Mulanya aku ragu juga tapi setelah mendapat pesanan ringkas darinya baru aku percaya.Mungkin dia begitu kecewa dengan ku.Maafkan aku Damia,sesungguhnya perasaan ini terlalu sukar untuk di ubah lagi.Biarlah aku hidup bertemankan kenangan yang ada ini walau itu bermakna aku membuat kerja yang sia-sia.Setabah yang mampu aku akan menghadapi dugaan ini.
Cuma yang merunsingkan aku adalah sikap mama.Dia sudah tidak mahu berbual dengan ku.Bila kami bertembung,dia selalu mengelakkan diri.Aku jadi serba salah.Aku tahu mama kecewa dengan sikap ku.Aku tahu yang aku adalah anak yang degil tapi sesungguhnya bukan itu pinta ku.Aku cuma mahu agar mama mengerti apa yang sedang ku lalui.Sesungguhnya bagi mereka yang tidak berada di tempat ku tentu berfikir yang aku terlalu taksub dengan perasaan sendiri.Kalau mampu untuk aku membuat mereka memahaminya.
Aku renung kad di tangan.Sedari tadi kad itu ku pegang.Kad undangan perkahwinan Salim kawan baik ku.Tak sangka yang dia mahu mempercepatkan majlisnya.Tempohari aku bertemu denganya.Katanya sudah tak sanggup untuk menunggu lebih lama,takut kalau buah hatinya di ambil orang.Aku ketawa lepas dengan selorohnya.Hm...seronoknya bila impian menjadi kenyataan.Aku juga yang menggigit jari.Nasib kaulah Rul,siapa suruh menolak jodoh.Memang padan dengan muka aku.
Aku letakkan kad itu di atas meja lalu bangkit menuju ke balkoni.Pandangan ku lepas ke langit malam.Bintang berkerlipan di atas sana.Andailah bintang mampu menyampaikan rasa yang terpendam ini.Kau cuma berharap pada yang mustahil,Rul.Aku ketawa sendiri di dalam hati.
Bodoh!Memang aku bodoh kerana memuja pada yang bukan hak aku.Aku tahu aku berdosa kerana menyimpan perasaan pada hak orang tapi aku tak mampu untuk menolak perasaan ini.Sesungguhnya ingatan ini selalu mendera perasaan.Memang aku takkan mampu untuk melupuskan segala kenangan kami.
Hati rasa terusik bila melihat pengantin yang sedang bersanding itu.Nampak cantik dan sepadan saja.Mulanya Salim meminta aku untuk menjadi pengapitnya namun aku berkeras menolak.Entah mengapa hati rasa bagai di sayat pilu.Aku tak mampu untuk menipu diri sendiri yang aku terasa sedih dan terkilan.Impian yang pernah aku cita-cita kan tak tergapai dek tangan.
Bila melihat rakan baik ku di singgahsana itu lagi rasa pedih hati ini.Inikan pula kalau aku turut sama di atas sana sekarang,rasanya aku tak mampu mengawal diri sendiri.Mujur Salim memahami lalu dia meminta sepupunya untuk menggantikan aku.Bahu ku terasa di cuit.
"Kau ni kenapa?"Soal Emir yang duduk di sebelah ku.
Begitu lazat dia menikmati makanan.Ali yang duduk di sebelah Emir selamba je makan tanpa memandang sekeliling.Yang sorang ni kalau bab makan memang bagi kat dialah,tu sebab badan dia dah macam gajah.Nasi di dalam pinggan ku masih berbaki separuh.Rasa bagai tak lalu nak meneruskan suapan.Aku gelengkan kepala.
"Rul,kau dah berhajat macam Salim tu ke?"tanya Emir lagi.Tak puas hatilah selagi aku tak jawab soalan dia.Aku ketawa perlahan.Cuba mengawal rasa ini.
"Tak adalah aku cuma gembira tengok dia je."Janganlah rasa ini terbias di fikiran budak berdua ni.Diorang ni boleh tahan perangai busybodynya.Mujur juga ada mereka tak adalah aku keseorangan di sini.Maklum saja kawan-kawan kami yang lain jauh susah nak berjumpa selalu.
"Kalau berhajat cepat-cepatlah cari kami pun teringin nak merasa nasi minyak kau pulak."eh bersuara juga budak sorang ni.Siapa lagi kalau bukan si Ali.Mulut tetap menyuap makanan.
"Kata orang pandai yang korang berdua ni bila pulak?"
"Tak jumpa yang sesuai nak buat macam mana."meledak ketawa kami bertiga sehingga orang di sekeliling pun naik hairan tapi kami tetap buat muka maintain.Tak ada hal lah semua tu.Biar je diorang nak pandang.
Selesai makan aku meminta diri pada Salim malas pula nak tunggu lebih lama.Aku ucapkan juga tahniah buat Siti Aisyah dan mendoakan kebahagiaan buat mereka.Wajah yang berseri-seri itu menunjukkan perasaannya.Fahamlah aku yang dia sudah mula menerima suaminya.Salim pula asyik nak berkepit aje dengan isterinya tak berenggang langsung.Yalah orang sayang isterilah katakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...