Saturday, May 24, 2014

SESUCI CINTA DIAN 24




Waktu yang di nanti telah tiba akhirnya.Segala persiapan telah lengkap.Beberapa hari sebelum majlis Faizal telah berpindah ke rumah bapa saudaranya.Manakala Dian pula telah berpindah ke rumah Faizal.
Jam menunjukkan hampir ke pukul sebelas pagi,rombongan pengantin lelaki telah sampai di perkarangan rumah.Ada debaran di dada Faizal namun dia tetap cuba mengawalnya sebaik mungkin.
Sekejap lagi dia akan bergelar suami orang,secara tak langsung tanggungjawab yang berat akan tersandang di bahunya.
Setelah berpelukan dengan ahli keluarga terutama ibu dan ayahnya,Faizal mengambil tempat di depan tok kadi.
Sementara itu di dalam bilik,Dian yang sudah lengkap berpakaian pengantin sedang menahan debaran yang amat kuat dari jantungnya.Lina sahabatnya sendiri tidak dapat menolong untuk menenangkan sahabatnya itu.
Betul ke apa yang aku lakukan ni,boleh ke aku menjadi seorang isteri yang baik?Boleh ke aku jatuh cinta dengannya?YA ALLAH,bantulah aku untuk menghilangkan segala keraguan ini.Beberapa minit kemudian Dian di minta turun ke bawah.
Sewaktu Dian turun,mata Faizal sempat menjeling dirinya.Terkedu Faizal seketika saat wajah itu di lihatnya.Manis sekali bakal isteriku ini.Tiba-tiba sikunya di tepuk seseorang.
''Woi,kok ya pun bersabarlah,tak lari ke mana isteri kau tu.''Bisik along yang menjadi pengapitnya pada majlis itu.Faizal tertunduk menahan malu.Kantoi!

Dengan sekali lafaz,kini Dian telah sah menjadi seorang isteri.Faizal melepaskan nafas kelegaan,senyuman manis di hadiahkan kepada isterinya yang turut sama memandang ke arahnya.Dian rasa terharu saat itu,hampir menitis airmatanya.Setelah selesai mengaminkan doa,Faizal bangun untuk mengerjakan solat sunat.Sempat dia mengajak Dian untuk solat bersamanya.Dian mengikut saja arahan lelaki yang bergelar suaminya kini. 
Setelah selesai bersolat mereka keluar untuk menyempurnakan upacara menyarung cincin pernikahan.
Menitis airmata Dian saat Faizal menyarungkan cincin itu.
''Awak,kenapa menangis ni takkan saat macam ni nak nangis lagi?''Bisik Faizal.
Airmata isterinya di seka perlahan.Dian hanya memandang kosong wajah itu tanpa suara.
''Kak ngah,salam tangan angah tu.''
Suara adik iparnya Julia menegur kekakuan mereka.Dian segera melaksanakan apa yang sepatutnya di lakukan sebentar tadi.Faizal membalas dengan mengucup ubun-ubun isterinya.Setelah itu Dian di bawa bersalam dengan orangtuanya.Sayu lagi hati Dian saat itu.Tersayat bila mengenangkan tiada tangan ibu atau ayah yang dapat disalamnya.
Tiba-tiba tangannya di genggam Faizal.Mungkin saja suaminya itu cuba menyalurkan kekuatan yang hilang saat itu.Faizal tersenyum penuh makna dan Dian turut membalas senyuman itu.
Setelah itu mereka di arah ke pelamin untuk bersanding.Ramai sekali tetamu yang hadir menyaksikan persandingan itu.Hampir ke petang barulah acara majlis berakhir.Dian masuk ke bilik pengantin untuk membersihkan diri.Badan yang belengas harus segera di bersihkan.Suaminya pula masih di bawah melayan kawan-kawan.
Setelah mandi Dian segera mengerjakan solat Asar.Lama dia berteleku di sejadah berdoa untuk kesejahteraan diri dan berdoa untuk kedua ibubapa yang telah pergi menemui ILAHI.Tak lupa juga berdoa untuk rumahtangga yang baru di bina itu.
Usai Dian berdoa,pintu bilik di buka dari luar.Terjengul wajah suaminya di situ.
''Yan,dah selesai solat ke,kenapa tak tunggu abang?''Faizal mendekati isterinya dan duduk di depan Dian.
''Maaf,saya ingat awak lama lagi kat bawah.''Faizal tersenyum.Sejuk hati melihat isteri yang manis bertelekung.
''Tak apalah tapi maghrib nanti kita solat sama,ya?''
Dian membalas dengan menganggukkan kepala.Faizal menghulurkan tangan.Dian faham dan menyambut tangan itu lantas di kucup dengan sopan.Faizal mengucup ubun-ubun Dian sambil tersenyum lega.Lega dengan penerimaan gadis itu terhadapnya.
Wajah Dian di usap perlahan.Terpesona dengan kelembutan wajah si isteri yang baru berapa jam di nikahi.Dian pula tunduk tidak berkutik bila di lakukan sebegitu oleh si suami.Masih cuba menahan perasaan getar di hatinya.
''Abang mandi dulu ya,dah belengas badan ni.''
Faizal segera bangkit cuba mengawal perasaan yang mula hadir.Tuala di capai di ampaian kecil dan terus menghilang ke dalam bilik air.
Dian menanggalkan telekung dan menyidainya di ampaian tadi.Rambutnya yang basah di sikat perlahan.Bersyukur dirinya kerana di kurniakan rambut yang lurus dan panjang.Tidak pernah seumur hidupnya menghadapi masalah dengan rambutnya itu.
Tidak lama kemudian Faizal keluar dari bilik air hanya bertuala separas pinggang.Dian terkesima saat terpandang bentuk tubuh suaminya yang agak sasa itu.Cepat-cepat di larikan matanya ke arah lain.Faizal yang menyedari tingkah isterinya itu hanya bersikap selamba.
Dia sedar isterinya itu seorang pemalu.Namun hendak di apakan lagi,mereka kini telah sah sebagai suami isteri jadi Dian harus membiasakan diri dengan keadaan seperti itu.Tangannya mencapai kain pelekat di ampaian dan menukar tualanya dengan selamba di depan Dian.Setelah memakai berbaju melayu Faizal segera melaksanakan kewajipan yang satu itu.
Usai solat Faizal mendekati Dian yang sedang termenung di jendela kamar.
Menungan gadis itu amat jauh sehingga lupa pada suaminya yang berada di sebelah.Tangan Faizal membelai lembut rambut Dian yang panjang mengurai.Faizal terbuai dengan ke haruman rambut isterinya itu.Dian masih tidak menyedari perbuatan suaminya itu.Tangan Faizal mula merayap ke wajah Dian.Saat itu juga Dian terkejut dan berpaling serta-merta.
''Awak buat apa ni?''
Faizal tersengih,tangannya di tarik sepantas kilat.
''Mana ada buat apa?''
''Awak jangan buat benda yang saya tak suka,ya.''
''Eh..eh...cik adik,awak sedar tak awak kat mana ni?Saya ni siapa kat awak?''
Dian memejamkan mata sebentar.Jauh sudah dia mengelamun.Lupa sebentar dirinya kini adalah isteri orang.Wajahnya tertunduk muram.
''Yan,awak kenapa,menyesal ke kahwin dengan saya?''
Tika itu juga Dian panggung kepala.Menggeleng segera saat soalan itu bergema di telinganya.
''Dah tu kenapa awak sedih,awak teringat dekat Fakrul ke?''
''Jangan sebut nama tu boleh,tak?''
''Hai,sampai sebut nama pun tak boleh,ke?''Faizal tersengih suka hati.
Suka bila Dian tidak mahu nama kekasihnya di sebut lagi.Itu maknanya Dian benar-benar mahu melupakan kisah silamnya.
''Kalau semuanya bukan,kenapa pulak awak muram?''
''Saya teringat dekat arwah ibu dan ayah saya.''
Saat itu juga airmatanya  merembas dari kelopak mata.Oh,itu sebabnya.Hati Faizal berasa kasihan melihat wajah isterinya.Tangan Dian di genggam erat lantas di tarik mengikutnya ke arah katil. 
Mereka duduk di birai katil sambil tangan Faizal melingkar ke pinggang isterinya itu.Dian gementar bila di perlaku begitu namun tiada pula dia cuba menolak tangan suaminya.Faizal senyum segaris,tahu dengan kegelisahan si isteri.
''Kalau awak nak balik kampung nanti abang temankan,lagi pun cuti kita panjang lagi.''
''Betul,ke?''Soal Dian inginkan kepastian.
''Betul sayang takkan abang nak tipu.''
''Lepas ni saya boleh kerja lagi,ke?''
''Kenapa pulak tak,atau awak nak berhenti kerja nak jadi surirumah,kalau yang tu abang lagi suka.''
''Saya nak kerja,nanti boring pulak kalau duduk rumah.''
Cepat-cepat Dian menyatakan keinginannya.Faizal meletakkan dagunya ke bahu Dian.Cuba mencipta kemesraan.Tangan Dian masih di elus perlahan.Dian terpaksa merelakan perlakuan suaminya walau pun dihati tidak berapa selesa.
''Kenapa pulak nak bosan lagi pun lepas ni kita bukan nak duduk sini,abang dah sediakan rumah untuk kita.''
''Ibu dan ayah tak kisah,ke kalau kita pindah?''
''Kenapa pulak nak kisah,lagi pun abang dah cakap dengan diorang awal-awal.Diorang pun faham dengan keadaan kita.Kan kita pengantin baru tentu mahu kan privacy,kan.''
''Terima kasih aa...''
''Abang!Susah sangat ke nak sebut?''Tegas Faizal.
Dian tertunduk malu.Dia sedar sepatutnya dia memanggil lelaki itu dengan panggilan yang bersesuaian kerana mereka kini telah bergelar suami dan isteri.Faizal mengucup tangan isterinya.
''Nanti jangan lupa kemas baju kita nak pergi honeymoon.''
''Honeymoon,kalau tak pergi tak boleh,ke?''  
''Tak boleh,mesti pergi rugi kalau tak pergi,ni kan hadiah dari pak su.Ayang tak suka ke dengan hadiah,ni?''
Dah tukar pulak panggilan dia kat aku.Getus hati Dian.Geli geleman pulak bila dia panggil macam tu.
''Boleh tak jangan panggil macam tu?''
''Panggil apa?'' 
''Ayang!''Ajuk Dian bersama mimik muka.
''La,tak boleh,ke?Kan sedap panggil macam tu.Ah,abang tak kira mulai hari abang akan panggil macam tu,ayaangg...''
Sengaja di manjakan suaranya di pendengaran Dian.Sebal rasa hati Dian dengan perangai Faizal.Dian segera bangkit hendak keluar dari situ.
''Eh,nak ke mana pulak tu?''
''Tak elok lama sangat kita kat dalam ni,keluarga awak kat luar tu tentu sedang mengemas rumah.''
''Ayang,jangan risau pasal tu kat rumah ni ada orang gaji lagi pun untuk kenduri ni ibu dah upah orang untuk kemaskan semua tu jadi tak payah nak susah-susahkan diri ayang tu.Meh,duduk sini dengan abang kita tak habis borak lagi.''
''Nak borak pasal apa lagi?''Keluh Dian perlahan.
''Banyak yang kita boleh borak lagi pun abang masih nak kenal isteri abang ni dengan lebih mendalam.''
Dian sudah tidak berasa selesa.Bimbang si suami meminta haknya.Perlahan langkahnya mendekati Faizal yang masih duduk di birai katil.
''Kenapa dengan ayang ni?''Tanya Faizal sambil tangan Dian di elus perlahan.Dian masih mendiamkan diri,terfikirkan sesuatu.
''Kalau dah pindah rumah nanti kita kena tinggal sebilik,ke?''Soal Dian tiba-tiba.
Faizal terkesima.Kenapa persoalan itu yang di tanya?Hatinya rasa terusik.Tangan Dian serta-merta di lepaskan.
Faizal bangkit menuju ke jendela.Dian dapat merasakan yang Faizal sedang merajuk hati dengannya.Adush,kenapa aku tanya soalan macam tu tadi?
Faizal merenung ke luar jendela.Biliknya yang mengadap ke lembah menyebabkan dia suka dengan pemandangan di luar.
Mujur saja ayahnya telah membina banglo di tepi bukit,suasana itu membuatkan dia sering menghabiskan masa merenung ke lembah jika hatinya berasa gundah.Melihat pokok-pokok yang menghijau sering membuatkan hatinya terasa tenang.
''Awak maafkan saya kalau soalan saya tadi membuatkan awak terasa hati.''
Faizal menjeling sekilas ke arah isterinya.Dia sedar Dian masih belum dapat menerima dirinya sepenuh hati jadi mana mungkin dia sanggup untuk mendesak gadis itu untuk mengikut kehendaknya.Dayuslah dia andai hati itu terluka dengan perangainya.Keluhan di lepaskan berat.
''Suka hati awaklah nak sebilik dengan saya atau tidak,saya takkan paksa awak.Ambillah berapa lama pun masa yang awak perlukan.''
Usai berkata begitu,Faizal terus keluar dari bilik.Dian hanya mampu melihat kelibat suaminya hilang di balik pintu.Alahai,merajuklah tu.Hmm....  




Friday, May 9, 2014

SESUCI CINTA DIAN 23




Pada minggu yang berikutnya rombongan peminangan telah bertandang ke rumah orangtua Lina yang mewakili pihak Dian.Setelah berbincang mereka sepakat untuk mengadakan majlis pernikahan dan persandingan di rumah Faizal.Dian mengikut saja permintaan dari pihak lelaki.Majlis mereka di tetapkan akan berlangsung dalam masa sebulan.
Mulanya Dian ingin membantah keputusan itu namun saat melihat keterujaan Faizal,Dian memendamkan saja niat hatinya itu.Lambat atau cepat majlis itu tetap akan berlangsung seperti yang di rancang.Lagi pun dia sendiri sudah membuat keputusan untuk menerima Faizal di dalam hidupnya.Dian harus merelakan segala.
Apa yang bermain di mindanya kini hanyalah tentang arwah ibunya.Alangkah bagus kalau ibu masih hidup.Fikiran Dian melayang ke memori yang lepas.Setitis air jernih menitis ke pipinya.Tiada tangan ibu yang akan di salam untuk meminta restu dan tiada tubuh ibu yang dapat di dakap untuk memberikan dia ketenangan.Segalanya akan di hadapi sendiri.Dian pasrah dengan takdir yang tersurat di dalam hidupnya.Aku harus tabah dan kuat.YA ALLAH,berikan aku kekuatan itu,berikan aku kasih sayangMU.    
Dian teringat pula kepada Fakrul.Mengapa aku tidak kuat untuk mempertahankan cinta itu?Tentu dia sengsara,maafkan aku demi masa depan kau,aku terpaksa mengorbankan kasih sayang kita.Mungkin kita tidak di takdirkan untuk satu sama lain.Carilah gadis yang selayaknya untukmu.Aku kan berdoa untuk itu. 
Ada bebayang yang sedang mengganggu pandangannya.Ish,apa ni?Dian cuba mengelak.
''Ha,berangan ya,saya panggil banyak kali pun buat tak dengar,je.''Wajah Faizal menjelma di depannya.
''Eh,awak bila sampai?''
''Semalam.''
Selamba Faizal menjawab sambil melabuhkan punggung di depan Dian.Wajah Faizal di jeling dengan geram.
''Jaga-jaga sikit mata tu,jangan nak jeling-jeling saya,ingat sikit saya ni bakal suami awak jadi awak kena belajar hormat saya.''
Dian menundukkan wajah,terasa dengan kata-kata dari bibir lelaki itu.Faizal menahan senyum,sengaja ingin mendera hati gadis itu.Wajah Dian agak mendung,kelat tanpa senyuman.Ada kesan airmata pada wajah itu namun Faizal tidak mahu menegur,tahu yang gadis itu pasti sedang berperang dengan perasaan sendiri.Hanya jemari yang runcing itu di pandang simpati.Terasa ingin di belai jemari yang lembut itu.
Faizal menahan perasaan yang mendatang.Sabarlah hati dah tak lama lagi.Faizal beristighfar di dalam hati.Sedar kekhilafan diri.Tak sepatutnya dia menyimpan perasaan begitu kepada yang belum sah menjadi miliknya.Pandangan di hala ke kiri,menghijau pandangan mata bila melihat tasik yang terbentang luas itu. 
''Lina bagitahu awak ke saya kat sini?''
Suara Dian menyapa lamunannya yang tak seberapa.Faizal mengangguk saja sambil tersengih.
Ish,tak senang langsung nak bersendirian.Ada saja nak kacau.
''Berapa lama awak nak duduk sini,tak nak balik,ke?''Tegur Faizal merenung wajah kesayangannya itu.Serentak itu Dian terus bangun.
''Eh..eh..nak ke mana tu?''
''Tadi suruh balik.''Jawab Dian lurus.
''He...he...saya acah aje,janganlah balik dulu siapa nak layan saya borak?''Sengih Faizal.
''Awak boraklah sorang.''Balas Dian selamba.
''Eh,sedapnya cakap macam tu,nak kena cium ke mulut tu?''
Dian segera menutup mulutnya.Langkah di undur setapak.
''Apa awak ni,tak senonoh la.''Faizal tersengih menyakat.
''Saya gurau aje la,itu pun nak takut.''Ujar Faizal sambil merenung wajah ayu kesayangannya itu.
Tiba-tiba Dian memegang perutnya sambil menyeringai.
''Kenapa dengan awak ni?''Soal Faizal agak cemas.
''Sayaa...lapar.''
''Fuh,terkejut saya,ingat apa tadi.''Ujar Faizal sambil mengurut dadanya.Ha,baru tahu rasa terkena,selalu nak pekena aku je.Getus hati Dian.
''Dah jom pergi makan,dah pukul berapa ni tak makan lagi,awak ni kan suka sangat kosongkan perut.Kalau gastrik nanti macam mana?''
Bebel Faizal sambil berjalan menuju ke kereta.Dian tiba-tiba berhenti mengejut hampir-hampir tubuh mereka bersentuhan.
''Kalau tak berleter tak boleh ke?''
''Eh...eh...tak betul ke apa yang saya cakap tu?''Bangkang Faizal.Dian tarik muncung.
''Alolo,dah keluar dah muncung itik tu,alahai awak kalau buat macam tu nampak comel aje,nak kena cium ke?''
Gulp..ketika itu juga Dian menarik semula muncungnya.Ish,suka sangat menyakat aku.grr... 
''Ha,tau takut.''Faizal ketawa mengekek.
''Dah la malas layan awak ni.''
Faizal tetap mengikut dari belakang sambil menahan perutnya yang sudah geli tahap tak ingat. 

Tuesday, May 6, 2014

SESUCI CINTA DIAN 22




Tengahari itu Dian dan Faizal bertemu di sebuah kafe.
''Assalammualaikum..dah lama ke tunggu?''Ucap Dian sambil duduk di bangku berhadapan Faizal.
''Waalaikummussalam..tak lama sangat,baru sepuluh minit,awak naik apa tadi?''Soal Faizal segera.
''Teksi.''Jawab Dian selamba.
''Kenapa awak naik teksi pulak Lina tak ada ke?''
''Dia dah keluar awal pagi tadi.''
''Kenapa awak tak telefon saya boleh saya jemput awak kat rumah.''
''Tak apalah saya tak mahu susahkan awak.''
''Dian,saya tak suka awak cakap macam tu,awak tu bakal isteri saya jadi tak ada alasan susah kalau untuk awak.Awak tu akan jadi tanggungjawab saya tak lama lagi.''Tegas suara Faizal.
Dian tunduk membisu,sedikit tersentak dengan teguran lelaki itu.Melihat wajah suram gadis itu,Faizal di himpit perasaan bersalah.
''Awak..awak ok ke?''Tegur Faizal.Dian mengangguk saja.
''Maaf,saya tak bermaksud nak marah pada awak.''Ucap Faizal cuba mengendurkan suaranya.
''Lain kali kalau awak perlukan apa-apa atau nak ke mana beritahu saja pada saya.''
Dian angguk lagi.
''Hai,dah tak mahu bersuara ke,asyik angguk saja dari tadi.''Tegur Faizal sinis.
Dian cuba ukir senyum,tidak tahu nak kata apa lagi.
''Awak nak order apa?''
Akhirnya Faizal mengalah dan segera mematikan bicara yang tidak bawa ke mana. 
Dian gadis yang agak sukar di fahami.Adakala dia pendiam,adakalanya pula gadis itu mampu berceloteh panjang kalau kena dengan hal yang hendak di katakan.Setelah membuat pesanan makan tengahari,mereka segera berbincang isu utama tentang soal perkahwinan.
''Awak dah bincang dengan Lina,ke?''
''Dah,keluarga dia bersetuju untuk jadi wakil bagi pihak saya.''
Dian berkata perlahan wajahnya sengaja di tundukkan malu pula bila hendak berbicara soal itu.Faizal tersenyum lega.
''Saya pun dah berbincang dengan ibu dan ayah saya,awak setuju tak kalau minggu depan saya hantar rombongan meminang?''
''Ha,cepatnya!''Dian terkejut.Faizal senyum dengan reaksi gadis itu.
Sudah dapat di agak dengan reaksi sebegitu.Pasti Dian tidak sangka yang dia mahukan perkahwinan mereka di segerakan.Tidak sanggup hendak keluar lagi tanpa ikatan yang sah.Hukum agama tetap kena jaga.Lagi pun Faizal sendiri tidak sanggup kehilangan gadis itu.Gadis pertama yang di cintainya.Moga ALLAH SWT merestui niat sucinya. 
''Awak,kalau ikutkan hati saya ni sekarang juga saya nak bawak awak menikah kat pejabat tok kadi.''Dian tersipu malu dengan gurau senda lelaki itu.
Begitu bersungguh-sungguh lelaki di depannya ini.Bagaimana kalau perkahwinan ini tidak berjaya?
''Awak begitu yakin tapi saya yang takut.Macam mana kalau saya tak mampu untuk menjadi isteri yang baik untuk awak?''
''Dian,saya akan menjadi suami awak jadi sayalah yang akan membimbing awak ke arah yang terbaik.Walau saya bukan yang terbaik tapi saya akan cuba untuk memimpin rumahtangga kita nanti.Saya tahu awak tak cinta kan saya tapi awak boleh cuba,kan?Perlahan-lahan kita akan bina cinta itu.''
Dian rasa terharu.Baik sungguh lelaki ini,bolehkah aku letakkan harapan itu? 
Dian mengukir senyuman.Hati janganlah ragu lagi.Belajarlah menerima takdir ini.Selesai berbincang,Faizal mengajak Dian mencari cincin untuk merisik dan pertunangan.Senang hatinya bila benda yang di inginnya kini di dalam genggaman.
Faizal merenung seketika gadis di sebelah yang diam tidak berkutik dari tadi.Ketika itu mereka di dalam perjalanan pulang.
''Awak senyap aje,tak suka ke dengan cincin tadi?''Dian angguk saja.
Faizal terasa hati dengan tingkah gadis itu.Dia sedar gadis itu bukan sepenuh hati dapat menerima dirinya.
''Awak,kalau rasa saya ni terlalu mendesak,rasanya lebih baik kita tidak teruskan rancangan kita.Jangan paksa diri kalau hati awak langsung tak ada untuk saya.''Dian panggung kepala.
''Apa yang awak cakap ni,bila masa saya fikir macam tu?''Bantah Dian.
''Dah tu kenapa awak diam dari tadi?''Tanya Faizal tidak puas hati.  
''Sebenarnya saya tengah fikir harga cincin ni kenapa awak beli mahal sangat?Beli yang biasa sudahlah.'' 
Faizal terkedu seketika kemudian ketawanya bergema di dalam kereta itu.
''La,saya ingatkan awak nak reject saya tadi,rupanya pasal harga cincin ni yang buat awak risau sangat.''Dian angguk perlahan sambil mengukir senyum.
''Dian...Dian...awak ni buat terkejut saya aje,tak payahlah nak fikir lagi,kita dah beli pun cincin ni.''Faizal menggeleng-gelengkan kepala dengan perangai Dian.
''Barang untuk hantaran nak kena beli jugak,ke?''
Tiba-tiba Dian bertanya.Faizal anggukkan saja kepala dengan senyuman panjang.Adush,masak macam ni mana nak cekau duit,aku ni mana ada banyak simpanan.
Airmuka Dian yang kerisauan itu membuatkan Faizal kehairanan.
''Apa lagi ni?Dian boleh tak jangan buat muka macam tu soal barang hantaran serah saja pada saya,semuanya saya akan uruskan.Awak cuma perlu siapkan diri saja.''
''Tapii...''
''Dah jangan banyak fikir lagi,saya tak mahu muka bakal isteri saya ni tua sebelum usia,hilang seri pengantin nanti.''Faizal berkata sambil menyakat Dian.Gadis itu menarik muka sambil menjeling sekilas.Berdebar rasa jantung Faizal terkena panahan jelingan itu.
''Awak jangan buat macam tu boleh tak kang saya berhenti kereta kat sini.''
''Buat apa pulak?''
''Tu nak goda saya la tu.''Tersipu-sipu Faizal menahan senyum.
''Eh,mana ada,memandai aje awak ni.''Satu jelingan lagi Dian berikan tanpa sedar.
''Ha,yang jeling-jeling tu bukan nak goda,ke?''
''Eii...awak ni sampai hati cakap saya macam tu,dah lah malas nak layan awak.''
Dian berkalih mukanya mengadap ke tepi cermin.Faizal melepaskan ketawanya yang cuba di tahan dari tadi.
''Merajuk la tu,alolo..comel betul awak buat muka macam tu,rasa nak cium-cium aje,nasib baik kita ni belum sah kalau tak saya dah..''
''Eii...apa awak ni cakap tak senonoh betul,tak boleh ke cakap benda yang elok sikit.''
''Ala,nak gurau sikit pun tak boleh,ke?''
''Tu bukan gurau namanya tapi gatal.''
''La,kan kita tak lama lagi nak jadi suami isteri,bila lagi nak praktis cakap macam tu.''
''Eii..awak ni..mulut tu reti nak tutup tak,kalau tak saya terjun dari kereta ni karang.''
''Eh...eh...janganlah macam tu sekali saya gurau aje,tu pun nak marah,ke?Kenapa ni senggugut ke?''
Dian hanya mendiamkan diri tanpa mahu membalas kata-kata Faizal lagi.
Alahai,dah merajuk pulak.Faizal terasa bengang.Tangannya sudah mula
menggaru kepala.
''Dian...maafkan saya,ya saya gurau aje tadi,tak maksud apa-apa pun.Janganlah marah.''
Dian tetap tidak berkutik.Marah benar dengan kata-kata Faizal yang main lepas aje tu.
''Dian..maafkan saya,ya tolonglah jangan marah lagi,tolonglah... saya betul-betul mintak maaf ni.''
Merayu-rayu Faizal dengan muka kasihannya.Hati Dian rasa terusik dengan bicara lelaki itu.Dian pandang wajah Faizal.Pandai sangat buat muka kasihan.Baru padan muka,tau pulak takut kalau aku merajuk.
Dian tersenyum sinis.
''Dah lah tak payah buat muka macam tu,buruk betul rupa.''
Faizal terasa lega.Senyuman mula terukir semula di wajahnya.

Friday, May 2, 2014

TERIMA KASIH

                        
                         
                        


                           TERIMA KASIH YA ALLAH
                          
                           KERANA MENGIZINKAN AKU

                           UNTUK HIDUP DI DUNIA INI

                           TERIMA KASIH YA ALLAH 

                           KERANA MENGINGATKAN AKU

                           TENTANG DOSA DAN PAHALA

                           TENTANG ERTI KEHIDUPAN

                           TERIMA KASIH YA ALLAH

                           DENGAN KASIH SAYANG MU

                           IZINKAN AKU TERUS MENYAYANGI MU

                           IZINKAN AKU TERUS MENGINGATI MU...

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...