Tuesday, May 6, 2014
SESUCI CINTA DIAN 22
Tengahari itu Dian dan Faizal bertemu di sebuah kafe.
''Assalammualaikum..dah lama ke tunggu?''Ucap Dian sambil duduk di bangku berhadapan Faizal.
''Waalaikummussalam..tak lama sangat,baru sepuluh minit,awak naik apa tadi?''Soal Faizal segera.
''Teksi.''Jawab Dian selamba.
''Kenapa awak naik teksi pulak Lina tak ada ke?''
''Dia dah keluar awal pagi tadi.''
''Kenapa awak tak telefon saya boleh saya jemput awak kat rumah.''
''Tak apalah saya tak mahu susahkan awak.''
''Dian,saya tak suka awak cakap macam tu,awak tu bakal isteri saya jadi tak ada alasan susah kalau untuk awak.Awak tu akan jadi tanggungjawab saya tak lama lagi.''Tegas suara Faizal.
Dian tunduk membisu,sedikit tersentak dengan teguran lelaki itu.Melihat wajah suram gadis itu,Faizal di himpit perasaan bersalah.
''Awak..awak ok ke?''Tegur Faizal.Dian mengangguk saja.
''Maaf,saya tak bermaksud nak marah pada awak.''Ucap Faizal cuba mengendurkan suaranya.
''Lain kali kalau awak perlukan apa-apa atau nak ke mana beritahu saja pada saya.''
Dian angguk lagi.
''Hai,dah tak mahu bersuara ke,asyik angguk saja dari tadi.''Tegur Faizal sinis.
Dian cuba ukir senyum,tidak tahu nak kata apa lagi.
''Awak nak order apa?''
Akhirnya Faizal mengalah dan segera mematikan bicara yang tidak bawa ke mana.
Dian gadis yang agak sukar di fahami.Adakala dia pendiam,adakalanya pula gadis itu mampu berceloteh panjang kalau kena dengan hal yang hendak di katakan.Setelah membuat pesanan makan tengahari,mereka segera berbincang isu utama tentang soal perkahwinan.
''Awak dah bincang dengan Lina,ke?''
''Dah,keluarga dia bersetuju untuk jadi wakil bagi pihak saya.''
Dian berkata perlahan wajahnya sengaja di tundukkan malu pula bila hendak berbicara soal itu.Faizal tersenyum lega.
''Saya pun dah berbincang dengan ibu dan ayah saya,awak setuju tak kalau minggu depan saya hantar rombongan meminang?''
''Ha,cepatnya!''Dian terkejut.Faizal senyum dengan reaksi gadis itu.
Sudah dapat di agak dengan reaksi sebegitu.Pasti Dian tidak sangka yang dia mahukan perkahwinan mereka di segerakan.Tidak sanggup hendak keluar lagi tanpa ikatan yang sah.Hukum agama tetap kena jaga.Lagi pun Faizal sendiri tidak sanggup kehilangan gadis itu.Gadis pertama yang di cintainya.Moga ALLAH SWT merestui niat sucinya.
''Awak,kalau ikutkan hati saya ni sekarang juga saya nak bawak awak menikah kat pejabat tok kadi.''Dian tersipu malu dengan gurau senda lelaki itu.
Begitu bersungguh-sungguh lelaki di depannya ini.Bagaimana kalau perkahwinan ini tidak berjaya?
''Awak begitu yakin tapi saya yang takut.Macam mana kalau saya tak mampu untuk menjadi isteri yang baik untuk awak?''
''Dian,saya akan menjadi suami awak jadi sayalah yang akan membimbing awak ke arah yang terbaik.Walau saya bukan yang terbaik tapi saya akan cuba untuk memimpin rumahtangga kita nanti.Saya tahu awak tak cinta kan saya tapi awak boleh cuba,kan?Perlahan-lahan kita akan bina cinta itu.''
Dian rasa terharu.Baik sungguh lelaki ini,bolehkah aku letakkan harapan itu?
Dian mengukir senyuman.Hati janganlah ragu lagi.Belajarlah menerima takdir ini.Selesai berbincang,Faizal mengajak Dian mencari cincin untuk merisik dan pertunangan.Senang hatinya bila benda yang di inginnya kini di dalam genggaman.
Faizal merenung seketika gadis di sebelah yang diam tidak berkutik dari tadi.Ketika itu mereka di dalam perjalanan pulang.
''Awak senyap aje,tak suka ke dengan cincin tadi?''Dian angguk saja.
Faizal terasa hati dengan tingkah gadis itu.Dia sedar gadis itu bukan sepenuh hati dapat menerima dirinya.
''Awak,kalau rasa saya ni terlalu mendesak,rasanya lebih baik kita tidak teruskan rancangan kita.Jangan paksa diri kalau hati awak langsung tak ada untuk saya.''Dian panggung kepala.
''Apa yang awak cakap ni,bila masa saya fikir macam tu?''Bantah Dian.
''Dah tu kenapa awak diam dari tadi?''Tanya Faizal tidak puas hati.
''Sebenarnya saya tengah fikir harga cincin ni kenapa awak beli mahal sangat?Beli yang biasa sudahlah.''
Faizal terkedu seketika kemudian ketawanya bergema di dalam kereta itu.
''La,saya ingatkan awak nak reject saya tadi,rupanya pasal harga cincin ni yang buat awak risau sangat.''Dian angguk perlahan sambil mengukir senyum.
''Dian...Dian...awak ni buat terkejut saya aje,tak payahlah nak fikir lagi,kita dah beli pun cincin ni.''Faizal menggeleng-gelengkan kepala dengan perangai Dian.
''Barang untuk hantaran nak kena beli jugak,ke?''
Tiba-tiba Dian bertanya.Faizal anggukkan saja kepala dengan senyuman panjang.Adush,masak macam ni mana nak cekau duit,aku ni mana ada banyak simpanan.
Airmuka Dian yang kerisauan itu membuatkan Faizal kehairanan.
''Apa lagi ni?Dian boleh tak jangan buat muka macam tu soal barang hantaran serah saja pada saya,semuanya saya akan uruskan.Awak cuma perlu siapkan diri saja.''
''Tapii...''
''Dah jangan banyak fikir lagi,saya tak mahu muka bakal isteri saya ni tua sebelum usia,hilang seri pengantin nanti.''Faizal berkata sambil menyakat Dian.Gadis itu menarik muka sambil menjeling sekilas.Berdebar rasa jantung Faizal terkena panahan jelingan itu.
''Awak jangan buat macam tu boleh tak kang saya berhenti kereta kat sini.''
''Buat apa pulak?''
''Tu nak goda saya la tu.''Tersipu-sipu Faizal menahan senyum.
''Eh,mana ada,memandai aje awak ni.''Satu jelingan lagi Dian berikan tanpa sedar.
''Ha,yang jeling-jeling tu bukan nak goda,ke?''
''Eii...awak ni sampai hati cakap saya macam tu,dah lah malas nak layan awak.''
Dian berkalih mukanya mengadap ke tepi cermin.Faizal melepaskan ketawanya yang cuba di tahan dari tadi.
''Merajuk la tu,alolo..comel betul awak buat muka macam tu,rasa nak cium-cium aje,nasib baik kita ni belum sah kalau tak saya dah..''
''Eii...apa awak ni cakap tak senonoh betul,tak boleh ke cakap benda yang elok sikit.''
''Ala,nak gurau sikit pun tak boleh,ke?''
''Tu bukan gurau namanya tapi gatal.''
''La,kan kita tak lama lagi nak jadi suami isteri,bila lagi nak praktis cakap macam tu.''
''Eii..awak ni..mulut tu reti nak tutup tak,kalau tak saya terjun dari kereta ni karang.''
''Eh...eh...janganlah macam tu sekali saya gurau aje,tu pun nak marah,ke?Kenapa ni senggugut ke?''
Dian hanya mendiamkan diri tanpa mahu membalas kata-kata Faizal lagi.
Alahai,dah merajuk pulak.Faizal terasa bengang.Tangannya sudah mula
menggaru kepala.
''Dian...maafkan saya,ya saya gurau aje tadi,tak maksud apa-apa pun.Janganlah marah.''
Dian tetap tidak berkutik.Marah benar dengan kata-kata Faizal yang main lepas aje tu.
''Dian..maafkan saya,ya tolonglah jangan marah lagi,tolonglah... saya betul-betul mintak maaf ni.''
Merayu-rayu Faizal dengan muka kasihannya.Hati Dian rasa terusik dengan bicara lelaki itu.Dian pandang wajah Faizal.Pandai sangat buat muka kasihan.Baru padan muka,tau pulak takut kalau aku merajuk.
Dian tersenyum sinis.
''Dah lah tak payah buat muka macam tu,buruk betul rupa.''
Faizal terasa lega.Senyuman mula terukir semula di wajahnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...
No comments:
Post a Comment