Setelah selesai perbincangan mereka terus pulang.Sewaktu di dalam kereta tiada seorang yang bersuara.Faizal naik hairan dengan sikap staff dia yang sorang ini.
''Dian..kenapa awak diam?Awak tak suka keluar dengan saya ke?''
Dian angkat muka memandang Faizal seketika.''Tak ada apa nak cakap baik saya diam.''
Faizal buntu sekejap.Tangannya dah mula menggaru dagunya yang di hiasi janggut yang sejemput.Ish..payah la perempuan ni.Sepatah aku tanya sepatah dia jawab.Faizal berfikir lagi untuk membuatkan Dian bersuara.
''Awak ni memang tak suka bercakap ye?''Dian tersenyum bila Faizal berkata begitu.Faizal terpana dengan senyuman gadis itu.Cepat-cepat dia mengawal diri agar pemanduannya tidak terganggu.
''Apa maksud Encik cakap macam tu?''
''Err..tak ada apa cuma saya hairan bila tengok perangai awak yang tak banyak cakap ni.''
''Dah memang perangai saya macam ni nak buat macam mana lagi?''Selamba Dian menjawab.
''Awak tak boleh amalkan sikap macam ni bila bekerja nanti orang tak hormat awak.Kita bekerja dalam satu kumpulan jadi kalau boleh awak kena selalu bergaul dengan kawan-kawan yang lain.''
Dian hanya mendengar kata-kata itu tanpa membantah.Dia sedar sikapnya yang satu ini memang sukar di ubah.Sememangnya dia seorang yang tak suka bercakap banyak.
''Err..cuti ni awak ada pergi ke mana?''Tiba-tiba Faizal mengalih topik.
''Kenapa Encik?''
''Boleh tak kalau awak jangan panggil saya Encik,kita sekarang bukan dalam waktu pejabat lagi.''
''Kalau tak panggil Encik saya nak panggil apa?''
''Panggil nama dah cukup.''
''Seganlah saya tak biasa.''
''Sebab tak biasa tu la kena biasa kan.''
''Saya bukan tak mahu cuma tak manis pulak sebab umur kita kan berbeza.''
''Kalau macam tu panggil saya abang la,boleh?''Gurau Faizal sambil tersengih.
Nak tercekik rasanya tekak Dian,dah macam nak panggil suami saja.
''Awak ada rancangan ke cuti ni?''Faizal masih mengajukan soalan yang sama.
Dian menggelengkan kepala.
''Boleh saya ajak awak keluar tak?''
''Erk..maaf la saya tak mau nanti orang tengok tak elok pulak,tak manis kalau kita keluar berdua.''Faizal mati akal sekejap.Payahnya perempuan ni.
''Saya bukan nak ajak awak ke tempat yang bukan-bukan cuma nak mintak awak teman saya beli barang je.''Faizal segera mencari alasan.
''Tak ada orang lain ke awak boleh ajak?''
''Sebab tak ada la saya ajak awak?''
''Awak tak ada mak we ke?''Eh,boleh pulak aku tanya macam ni,desis hati Dian.Faizal tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.
''Orang macam saya ni mana ada orang nak Dian,muka dah la tak hensem,kaya pun jauh sekali.''Dian terkedu,muka macam ni kata tak hensem,nampak sangat nak merendah diri.Boleh percaya ke lelaki ni?
''Boleh tak ni?''Faizal bertanya soalan yang sama lagi.
''Err..nanti saya fikirkan.''
''Jangan fikir lama-lama ye.''
Setelah kereta yang di pandu Faizal tiba di depan rumah sewa Dian,gadis itu segera mengucapkan terima kasih dan berlalu masuk.
Malam itu setelah mengerjakan solat isyak telefon Dian berbunyi nyaring.Dian melihat di skrin telefon terpapar nama Encik Faizal.Apa pulak dia nak lagi ni?Punat hijau segera di tekan.
''Assalammualaikum...''Suara Faizal kedengaran di hujung talian.
''Waalaikummussalam..''Jawab Dian.
''Awak buat apa tadi?''Tanya Faizal.
''Baru lepas solat,ada apa awak telefon ni?''
''Er..tak ada apa cuma nak ingatkan awak dokumen tadi jangan lupa bagi pada Maria ye?''
''Oo..pasal tu,jangan risau esok pagi saya bagi terus pada Maria,awak telefon ni semata-mata nak ingatkan saya pasal tu ke?''
''Erk..ye..ye..saya takut awak lupa pulak nak bagi Maria esok.''
''Insha-Allah..saya tak lupa,awak jangan bimbang.Ada apa lagi ke?''Dian segera menyoal Faizal kerana dia dapat merasakan yang lelaki itu ada agenda yang lain.
''Err..pasal hal siang tadi awak dah fikirkan ke?''Dian tersenyum melirik.Dah dapat dia mengagak yang Faizal akan menanyakan soalan itu.
''Maaf saya belum fikirkan lagi,boleh tak esok saja saya bagi jawapan?''
Faizal sedikit terkilan dengan jawapan dari bibir mungil gadis itu.
''Baiklah saya bagi awak masa sampai esok tapi kalau boleh jangan hampakan saya ye.''Dian serba salah dengan kata-kata itu.Setelah berbual seketika Faizal meminta diri dan talian segera di matikan.
Dian bingung dengan sikap majikannya itu.Nampaknya lelaki itu sedang cuba memikat dirinya.Ah!Masalah baru pulak yang datang sedang dirinya baru hendak melupakan kisah cinta yang tak kesampaian.
Saturday, August 24, 2013
Wednesday, August 21, 2013
SESUCI CINTA DIAN 5
Malam itu Faizal duduk termenung di balkoni biliknya setelah mengerjakan solat isyak.Ada sesuatu yang sedang meresahkan jiwanya.Kenapa dengan aku ni?Sejak dia hadir terasa hati bagai terisi dengan sesuatu.Fikiran ni asyik nak ingat dia aje.Apakah aku sudah jatuh cinta?Macam mana aku hendak berterus terang?Mahukah dia kalau aku cuba melamar dirinya?Umur aku pun bukan muda lagi.Ibu pun sudah banyak kali suruh aku kahwin.Mungkinkah ini waktu yang tepat untuk aku akhiri zaman bujangku?Ah!Susahnya kalau dah jatuh cinta.Selama dia terlalu sukar hendak percaya kepada cinta bukan cuba melawan takdir Tuhan namun dari pengalaman teman-teman rapat yang pernah kecewa akibat cinta menjadikan dirinya begitu takut untuk melaluinya.Sekarang dia yakin hatinya telah benar-benar terbuka kepada cinta.Cuma yang menjadi soal adalah bagaimana dia hendak berterus-terang kepada Dian.
Pagi itu sewaktu sampai di tempat kerja Faizal di maklumkan yang setiusahanya mengambil cuti kecemasan.Faizal buntu untuk seketika waktu kemudian bila terpandangkan Dian yang sedang membuat kerja.Faizal keluar dan menuju ke meja Dian.
''Assalammualaikum..''
''Waalaikummmussalam..''Dian menjawab perlahan salam Faizal.
''Err..Encik Faizal ada apa yang saya boleh tolong?''
''Memang saya nak mintak tolong awak.Tolong ganti kan Maria hari ni.''
''Ha..saya nak kena gantikan Maria,tapi Encik saya tak pandai dengan kerja Maria tu.''
''Ala saya mintak tolong sangat ni kalau ada yang awak tak faham nanti saya ajar.Dian tolonglah untuk hari ni aje.''Faizal sengaja menunjukkan muka kasihan.
Dian serba salah namun akhirnya menganggukkan juga kepala tanda setuju.Dian bangun mengikut Faizal menuju ke meja Maria.Beberapa penerangan telah Faizal beri untuk memudahkan Dian membuat kerja.Setelah yakin yang Dian mampu barulah Faizal masuk semula ke biliknya.
Petang itu Faizal ada pertemuan dengan pelanggan dari Jepun jadi Dian terpaksa mengikut Faizal tempat yang telah di janjikan.Dian cuba juga untuk menolak pada mulanya namun Faizal pandai menggunakan kuasanya.Hendak tak hendak Dian mengikut juga ketuanya itu.

HIDUP INI
HIDUP INI
Sesekali terasa sepi sesekali terasa iri
Apakah makna hidup ini
Bila hati kuat di uji
Sesekali hati terasa benci
Bila ujian mendatangi diri..
Sesekali kita terlupa untuk mensyukuri
Nikmat dari ILAHI
Saat saat kita jatuh siapa yang mengingati kita
Saat saat kita perlu apa yang ada untuk kita
Tiada yang lain melain DIA

Saturday, August 17, 2013
SESUCI CINTA DIAN 4
Sudah dua minggu Dian bekerja di pejabat yang sama dengan Lina.Walau jawatan yang di sandangnya hanya untuk sementara namun dia tetap bersyukur dan akan tetap meneruskan tugasnya dengan sebaik mungkin.Soal pelajarannya pula dia telah menangguhkan buat sementara waktu.Pihak kolej juga telah di hubunginya tentang masalah yang di hadapinya sekarang.Dian bernasib baik kerana pihak kolej memahami keadaan dirinya.Kini yang penting dia harus meneruskan kehidupan dan mengumpulkan wang untuk menyambung kembali pelajarannya.
Petang itu Dian telah singgah ke kedai untuk membeli barang keperluannya sebelum pulang ke rumah.Sedang dia memikirkan barang apa lagi yang hendak di beli,ada suara menyapanya.
''Hai Dian..banyak beli barang.''
'''Eh!Encik Faizal terkejut saya.''
''Jauh mengelamun sampai saya lalu pun tak sedar.''
''Takde la saya tengah fikirkan nak beli apa lagi ni.''
''Ye la tu kalau saya tak tegur tadi dah sampai ke mana la tu.''Dian tersengih sambil menundukkan wajah.Malu.
''Banyak beli barang ye.''Tanya Faizal lagi sambil menjeling ke dalam troli di depan matanya.
''Aah..beli barang dapur sikit.''
''Awak tinggal dengan Lina kan?''
''Ye..tapi dia ada hal sikit tadi.''
''Oo..gitu..emm...saya pergi cari barang dulu ye.''Faizal meminta diri.Dian hanya mengangguk saja.
Setelah mendapat segala keperluan yang di ingininya Dian segera membuat pembayaran.
Dia segera keluar dari pasaraya itu dan menunggu di perhentian teksi.Beberapa detik menunggu masih tiada sebuah teksi yang muncul.
''Dian..awak nak balik kan mari saya hantar.''
Kus semangat..terkejut lagi Dian bila di sapa begitu.
''Err..tak apa la..Encik saya naik teksi saja.''
''Jangan macam tu saya ikhlas nak bantu awak lagi pun kat sini payah sikit nak dapat teksi.Nanti sampai malam awak duk tunggu kat sini.''Dian serba salah,masih memikirkan apakah wajar dia menerima pelawaan lelaki itu.
Akhirnya dia mengganggukkan saja tanda menerima pelawaan lelaki itu.Barang di tangan Dian di ambilnya lalu mereka beriringan jalan menuju ke arah kereta Faizal.
Dian terjeling-jeling orang di sebelahnya yang masih leka memandu.
''Kenapa awak asyik pandang-pandang saya ni?''
''Erk..tak ada apa-apa.''
''Kalau ada apa kemusykilan di hati baik awak cakap nanti kalau awak pendam lama-lama tak elok pulak.''
''Saya segan la nak tanya.''
Faizal ketawa.''Jangan bimbang saya tak marah kalau awak nak tanya.''
''Erk..saya naik kereta Encik ni tak ada orang nak marah ke?''
''Itu yang awak risaukan,Dian saya ni solo lagi la.''
Dian hairan kenapa lelaki itu begitu baik hati hendak menghantar dia pulang padahal dia cuma pekerja biasa saja di syarikat itu.Mesti lelaki itu ada agenda tersendiri.Seram sejuk pulak hati Dian bila memikirkan perkara itu.Tawakallah hati jangan sampai dia buat benda yang tak senonoh kat aku sudah.Dian berdoa di dalam hatinya moga tiada apa-apa yang akan terjadi pada dirinya.Yang aku pun kenapa mudah sangat mengikut orang yang aku belum berapa kenal ni?Minda Dian berkata-kata sendiri.
Encik Faizal sebenarnya adalah pengurus di bahagian pemasaran di syarikat Dian bekerja.Baru dua minggu mereka kenal namun Faizal agak ramah orangnya,walau pun tidak banyak cakap.
''Awak ada berapa adik beradik Dian?''Dian tersentak bila di sapa begitu.Hai..lelaki ni suka buat aku terkejutlah.
''Saya anak tunggal.''
''Oo..orangtua ada lagi ke?''Dian terasa sebak bila di soal begitu.
''Orangtua saya dah tak ada,ayah meninggal waktu saya kecil lagi dan ibu pulak baru beberapa minggu mengikut langkah ayah.Saya dah tak ada sesiapa kat dunia ni.''
''Maaf kalau soalan saya tadi menyinggung hati awak.''Faizal terasa simpati melihat wajah yang tiba-tiba murung itu.Gadis itu di lihatnya sedang bermain jemarinya sendiri.Tentu perit hidup bila tiada orangtua di sisi.
Saat pertama kali mereka bersua dua minggu yang lalu,hati kecil Faizal telah terdetik satu perasaan aneh.Debaran yang melanda jantungnya tidak dapat hendak di sembunyikan lagi.
''Tak apa saya dah biasa.''
Kereta yang di pandu Faizal akhirnya sampai di depan rumah sewa Dian setelah gadis itu menunjukkan arah tempat tinggalnya.

Monday, August 5, 2013
SESUCI CINTA DIAN 3
Fakrul menghempaskan telefon ke atas tilam.Kenapa Dian tak jawab panggilan aku?Ke mana pulak dia pergi?Tiba-tiba saja dia hilang tanpa berita.Puas sudah Fakrul mencari di sekeliling kampung namun kelibat Dian tidak di temui.Takkan sebab aku nak melamar,dia larikan diri pulak?Hati Fakrul mulai panas bila Dian tidak menjawab panggilannya tadi.Mana kau pergi yan?Kenapa kau buat aku macam ni?Setelah pasti yang Dian tiada lagi di kampung itu Fakrul telah pulang semula ke bandar.
Sepatutnya mereka harus pulang semula ke kampus setelah cuti Dian habis.Tapi kini dia menghadapi masalah baru dengan ketiadaan Dian.Fakrul meramas rambutnya dan menghempaskan badan ke dinding biliknya.Aku tak sepatutnya mendesak dia untuk berkahwin.Semua ni silap aku jugak.
Ah!kenapa aku bodoh sangat dan tak sabar.Dia tengah sedih tapi aku dah tambahkan kesedihan dia lagi.Yan aku mintak maaf.Aku betul-betul mintak maaf.Fikiran Fakrul bercelaru saat ini.Bagaimana lagi dia hendak mencari Dian.Semua kawan yang di kenali telah dia bertanya namun seorang pun tiada yang tahu di mana Dian berada.Dia cuba mengawal panas baran yang melanda hatinya saat ini.Sikapnya yang satu inilah yang paling tidak di sukai oleh Dian.
Sepanjang mereka berkawan Dian telah banyak mengajarnya erti kesabaran kerana tingkah gadis itu yang lemah lembut maka Fakrul kian dapat mengawal emosinya.Dian juga banyak membantu dia di dalam pelajaran.Kini dia telah kehilangan satu-satunya gadis yang mampu bersabar dengan sikapnya itu.Kekesalan yang melanda tiada gunanya lagi.Dian telah pergi.YA ALLAH..apa yang patut aku lakukan lagi.Perlahan airmata menitis ke pipi.Fakrul terlalu kesal dengan sikapnya.
Puan Laila tersengih di dalam hati melihat anaknya yang macam cacing kepanasan semenjak kehilangan Dian.Girang sungguh hatinya bila Fakrul mengadu yang Dian telah menghilangkan diri dari kampung.
Di depan Fakrul sedaya upaya Puan Laila cuba mengawal perasaan bencinya kepada Dian.Pandai pula dia berlakon menunjukkan simpati kepada anak tunggalnya itu.Sebenarnya Puan Laila telah menyimpan hasrat untuk menjodohkan Fakrul dengan anak kawan baiknya yang masih belajar di luar negeri.Fakrul sendiri memang mengenali gadis itu kerana mereka pernah belajar disekolah yang sama sebelum Fakrul di hantar belajar dan tinggal di kampung.
Semua itu adalah keputusan suami Puan Laila sendiri keranan tidak tahan melihat kenakalan anak lelaki mereka.
Apa yang menjadi kerunsingan hati Puan Laila ialah hati Fakrul telah terpaut kepada Dian,gara-gara gadis itu pernah menyelamatkan Fakrul dari lemas semasa kem cuti sekolah suatu mereka di dalam tingkatan empat dahulu.
Setelah bertahun dia bersabar kini hasilnya dia sendiri telah berjaya memisahkan mereka.Selepas ini Puan Laila yakin yang Dian tidak akan menganggu kehidupan Fakrul lagi.Amaran keras yang di beri tempohari pasti telah menakutkan gadis itu.Dia tahu hati Dian begitu mudah lembut dan gadis itu juga seorang yang mendengar kata.

Subscribe to:
Posts (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-

Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...