Saturday, May 28, 2016
AKU bab14
Hari ini sama juga seperti hari-hari yang lain.Rutin hidup ku tetap berjalan seperti biasa.Masih meneruskan kerja yang sama.Bahkan ku rasa aku semakin sibuk dengan syarikat yang bakal aku terajui suatu hari ini nanti.Harapan papa teramat tinggi pada ku.Susah juga bila menjadi anak tunggal ni.Semua tanggungjawab terbeban di bahu ku.Kenapa aku tak ada abang atau kakak yang boleh sama-sama membantu memajukan syarikat papa ni?Inilah takdir Tuhan,bukan boleh nak di pinda-pinda.Terima sajalah Fakhrul nikmat yang ALLAH dah bagi ni.Bersyukur jangan mengeluh.Muhasabah diri aku sendiri.
Bunyi ketukan di pintu mengejutkan lamunan ku yang seketika.
"Masuk!"jerit ku sedikit kuat.Terjengul wajah papa di muka pintu.Terkaku aku sekejap.
"Kamu sibuk ke?"
"Dah kenapa pulak papa yang datang,kalau nak jumpa Rul kenapa papa tak panggil Rul tadi."
"Papa pun nak keluar kejap lagi ni.Terlanjur tu papa singgahlah bilik kamu ni,nak bincang sesuatu."aku panggung muka pada papa.
Rasa berkerut kening ku.Apa agaknya yang papa nak bincang kan?Wajah papa nampak berseri-seri pulak.Senyum je.Aku segera mempersilakan papa duduk di sofa.
"Mama kamu kata dia dah jumpa seseorang untuk kamu betul,ke?"Hm...patutlah papa datang sini.
"Cepat betul berita tersebar ya?"ujar ku mendatar.Papa tersengih saja.
"Mama kamu dah tak sabar nak menerima menantu agaknya."aku menggelengkan kepala.Apa-apalah mama ni.
"Macam mana kamu dah buat keputusan ke?"tanya papa tiba-tiba.Aku mengurut tengkuk seketika.Terasa bingung pun ada.Boleh ke aku menjalinkan hubungan dengan gadis yang aku tak cinta?
"Mama yang suruh papa tanya Rul,ya?"senyum papa tu memberikan aku jawapannya.
"Kamu faham sajalah dengan mama kamu tu."
"Nantilah Rul fikirkan."
"Jangan lama-lama sangat,papa rasa kamu dah patut fikirkan masa depan kamu pulak."Papa ni dah sama macam mama pulak ke?Aku mengeluh.Wajah ku raup perlahan.
"Boleh tak kalau Rul tak kahwin?"tiba-tiba ayat tu muncul dari bibir ku.
"Kamu biar betul takkan kamu nak macam ni sampai ke tua?"
"Bukan tu maksud Rul,cuma Rul kan baru kerja jadi Rul nak tumpukan perhatian pada syarikat ni dulu."
"Papa rasa baik kamu pertimbangkan rancangan mama kamu tu mungkin inilah jalan yang terbaik buat kamu.Faham kan maksud papa?"sebaik berkata begitu papa terus bangun.Aku ikut bangun sama dan mengiringi langkah papa ke muka pintu.
"Jangan bimbang pasal syarikat ni papa pasti akan bimbing kamu perlahan-lahan.oklah papa nak gerak ni."aku salam tangan papa sambil mengiringinya ke muka pintu.
Setelah memberi salam papa terus keluar.Termangu aku di tepi pintu itu setelah salam papa itu ku jawab.Apa yang patut aku lakukan?
Fakhrul,cubalah kau ikut rancangan mama tu,mungkin ada baiknya untuk kau juga.Kata hati cuba memujuk diri sendiri.Langkah kaki mendekati meja kerja ku semula.Telefon di atasnya aku ambil lalu mencari nombor Damia.Hari tu mama sempat memasukkan nombor dia.Aku menaip mesej untuk mengajak dia berjumpa.
Beberapa saat menanti tiada balasan darinya.Aku letak telefon di sisi meja.Baik aku teruskan kerja yang tertangguh tadi,takkan aku nak tunggu dia jawab baru tangan ku nak bergerak kalau macam tu sampai ke petang kerjaku takkan siap.
Beberapa minit kemudian telefon ku berbunyi tanda satu mesej masuk.Aku ambil telefon itu lalu aku lihat skrin.Nama Damia terpapar di situ lalu aku buka folder mesej itu.
Dia bertanya bila dan di mana hendak berjumpa.Aku berfikir seketika.Ah!jumpa kat kafe hari tu ajelah.Aku hantar semula mesej kepada Damia dengan menyatakan tempat yang kami akan bertemu.
Sampai waktu yang di janjikan aku sampai awal dari waktunya.Sengaja datang awal supaya aku tidak menggelabah sangat.Sebenarnya dari pagi tadi memang perasaan ini lain macam.Tak tahu kenapa?Bagai inilah kali pertama aku mahu berjanji temu.Seram sejuk jantung hati aku ini.Macam tak pernah jumpa perempuan.Masa jumpa dekat kenduri di rumahnya hari tu tak pulak hati aku ni gelabah tapi kenapa sekarang jadi begini pula?Patutkah aku mengundurkan diri saja tanpa berjumpa Damia?Bolehkah?Kecewakah dia kalau tidak bertemu dengan ku hari ini?
Jus oren di dalam gelas ku pandang kosong.Kenapa dengan aku ni?Kenapa nak memaksa diri kalau tidak boleh nak buat dengan ikhlas?Bunyi loceng membuatkan aku pandang ke arah pintu depan kafe.Kelibat Damia kelihatan mencari-cari diri ku.Aku melambai ke arahnya.Tika itu juga sebuah senyuman terukir di bibirnya.Terpanar seketika aku melihat senyuman itu.Ah!Tolong jangan mulakan lagi.Aku cuba mengawal rasa gugup ini jangan sampai ketara di pandangan gadis itu.Mahunya dia gelakkan aku nanti.Dulu waktu di sekolah akulah juara mengusik dirinya sehingga kadang kala dia naik menyampah dengan aku tapi sekarang keadaan kami berbeza.Dia nampak matang dan berkeyakinan sekali.
Dia segera memberi salam lantas ku jawab perlahan salamnya itu.Damia masih lagi tersenyum sambil melabuhkan punggung di kerusi depan ku.
"Mm...awak dah lama sampai ke?"
"Tak lama pun baru beberapa minit je."
Baru beberapa minit apa,dah setengah jam rasanya aku sampai.Pandai kau nak berbohong eh,Rul.Getus hati kecil ku.Semuanya sebab darah gemuruh aku lah ni.Mana pergi keyakinan diriku agaknya?
Seorang pelayan menghampiri kami untuk mengambil pesanan.Setelah Damia memesan minumannya kami terdiam seketika.Mati kutu pulak aku tak tahu nak memulakan.
"Ehem...jadi...sebab apa awak nak jumpa saya,ya?"tiba-tiba suara Damia memecahkan kesunyian kami.
"Ha!"aku sudah terkulat-kulat tak tahu nak kata apa.Macam mana nak cakap ni?Aku jeling dia sekilas.Dia hanya menunduk memandang jemari runcingnya.Kenapa aku pun rasa yang dia seperti ku malu-malu saat begini?
"Er...sebenarnya...err..."aduh kenapa dengan mulut aku ni?Virus apa yang melanda sampai terkaku mulut aku nak berkata-kata.
"Saya rasa saya tahu kenapa awak nak jumpa saya.Sebab orangtua kita,kan?Mereka tengah rancang sesuatu untuk kita?"dengan beraninya Damia bersuara memecahkan kebuntuan ku.
"Awak setuju,ke?"lurus saja soalan ku.
"Awak macam mana?"tanpa menjawab soalan ku Damia menyoal ku pula.
"Entahlah terpulang pada awak,kalau awak rasa kita patut teruskan kita teruskanlah."ujarku tulus malas nak bengkang bengkok.Pening kepala nak fikir lagi.
"Senangnya awak membuat keputusan.Inikan tentang masa depan kita.Awak macam nak berserah saja takkan tak ada bantahan langsung."
"Saya tak tahu nak kata apa."ujar ku seraya melepaskan nafas berat.
"Macam mana kalau kita teruskan tapi kita tak serasi awak nak putuskan hubungan kita?"haish,perempuan ni makin berani pulak.
Nampaknya dia cuba menduga aku.Apa niatnya yang sebenar?Nampaknya aku kena berkata sesuatu.
"Macam nilah apakata kita berkawan dulu manalah tahu kalau ada keserasian antara kita mungkin kita boleh teruskan dengan agenda seterusnya."putus ku.
Damia tergelak perlahan.Kelakar sangat ke apa yang aku cakap tadi?
"Agenda seterusnya..."dia mengulang semula kata-kata ku tadi dengan senyuman sinis.Bingung aku dengan tingkahnya.
"Fakhrul,kalau awak tak mahu jangan teruskan.Saya takkan paksa atau terdesak sangat untuk mencari pasangan."
"Tapi inikan impian keluarga kita."
"Memanglah tapi bukan kita tak ada pilihan lain.Takkan mereka nak paksa kalau kita tak setuju,kan?"bantahnya tangkas.Masih dengan nada mendatar tiada rasa di situ.Airmukanya nampak tenang.Perbualan kami terhenti bila pelayan datang menghantar minuman.
"Awak dah ada calon lain ke?"entah apa yang merasuk tiba-tiba mulut ku ini gatal pulak nak bertanya.
Dia diam tidak menjawab.Gelas di depannya di gosok perlahan.Mungkin sedang berfikir apa yang hendak di katakan atau mungkin dia sedang terkenangkan seseorang.
"Betulkan saya cakap awak sudah ada seseorang?"duga ku.
"Kalau saya cakap ada tapi tiada,awak percaya,ke?"ujar Damia seraya memandang aku sekilas.Kemudian dia memandang semula ke arah gelas minumannya.
"Ada tapi tiada?maksud awak?"soal ku keliru.Pening pula aku dengar ayat perempuan ni.
"Saya pernah suka seseorang tapi...dia tak tahu saya suka dia."alahai ini macam kes tepuk tangan sebelah je.
"Boleh saya tahu siapa?"sekali lagi mulut ku ini lantang menanya.
Memang tak makan samanlah mulut ni.Damia tergelak perlahan.Entah mengapa aku terasa senang dengan ketawanya itu.Tampak cantik bila lesung pipit di pipi kirinya turut terjengul tika itu.Nampak manis saja.
"Tak payahlah awak nak tahu saya segan nak sebut."
"Kenapa awak tak terus-terang yang awak suka pada dia,mungkin dia pun suka juga pada awak?Orang tu kerja sama dengan awak,ke?"ini dah melencong ke arah lain pula.Soalan yang tak berkaitan dengan kami pula yang terpacul keluar dari bibir ku.
Damia mengeluh keras.Dia bagai sedang menanggung beban yang amat berat di mindanya.
Masalah perasaan memanglah berat,kan.Yalah,bila kita suka seseorang tapi orang yang kita suka tu tak tahu atau tak ambil peduli dengan perasaan kita memanglah tak keruan hidup kita jadinya.
Sedangkan aku yang kena tinggal pun sudah separuh mati menanggung kecewa inikan pula kalau cinta tak berbalas.Aku memandang dia dengan rasa simpati.Mampukah aku untuk menyintai dirinya nanti?Dia hanya menundukkan muka.
"Awak...saya rasa nak balik dululah."tiba-tiba dia bersuara.
"Kenapa awak tak nak jawab soalan saya tadi?"desak ku tidak berpuas hati.Mana boleh dia nak balik kalau pertanyaan aku dia abaikan begitu saja.Aku rasa aku perlu tahu isi hatinya sebelum aku bertindak lebih lanjut.Damia memanggung kepalanya ke arah ku sekilas kemudian dia tunduk semula.
"Er...saya segan nak cakap takut dia menolak.Takkan saya nak terhegeh-hegeh pada dia pulak?"
"Kalau awak tak terus-terang mana awak nak tahu dia nak tolak awak.Mungkin dia juga memendam rasa yang sama."
Ini memang betul.Perbualan kami memang dah tersasar.Tadi sepatutnya kami berbincang tentang masa depan kami tapi sekarang masa depan dia pula yang menjadi bicara.
"Awak tak kisah kalau saya berterus-terang?"soal Damia pula.Aku anggukkan kepala.Macam tak ada perasaan pula aku ni.Aku tebarkan pandangan ke sekeliling kafe.Orang sudah semakin kurang.Entah mengapa aku terasa lega sedikit.
"Sebenarnya...saya dah lama suka kat awak!"
Gedegang!!kenapa aku rasa kepala ku macam kena pukul sesuatu?Bengap aku sekejap.Mataku terkebil-kebil memandang dia.Betul ke apa yang aku dengar ni?Dia suka aku?Tak...tak mungkin?
"Fakhrul...Fakhrul...awak ok ke?"ada tangan yang tergawang-gawang di depan ku tika ini.
Tangan Damialah siapa lagi.Tanpa sedar aku tertenung mukanya.Tiba-tiba dia menepuk tangan ku dengan telefon bimbitnya.Tersedar aku saat itu.
"Er...er...saya cakap apa tadi?"tergagap-gagap aku mencari punca.Damia menggelengkan kepala.
"Mana ada awak cakap apa-apa,awak dah macam patung saya tengok dari tadi.Awak terkejutkan?"
Aku mencapai gelas di depan mata lalu meneguk minuman ku perlahan.Dahaga pula rasanya tekak ni.Setelah habis minuman itu ku teguk aku letakkan semula gelas itu.Belakang tengkuk ku gosok perlahan.Angin gelabah ku dah datang balik.Apa yang patut aku katakan?
"Awak tak suka saya cakap ke?awak marah ke?saya ni terlalu terus-terang ke?"berapa banyak soalanlah.Mana satu aku nak jawab dulu?Hm bila di fikirkan balik rasa geli hati pulak.Tadi aku juga yang beria-ia menyuruh dia bercakap tapi bila dia dah cakap kenapa aku pula yang terkelu.
"Saya minta maaf sebenarnya dah lama sangat saya pendamkan perasaan saya ni,sejak kita di bangku sekolah lagi.Dulu saya tak pasti dengan perasaan saya tapi sejak awak berpindah saya rasa sunyi sekali dah tak ada siapa yang nak ganggu saya.Bila saya fikirkan balik saya rasa semua tu sebab saya dah suka pada awak.Terpulanglah pada awak nak fikir apa.Saya dah cakap apa yang terpendam di hati saya.Minta maaf saya rasa nak minta diri dulu."
Damia ingin segera bangkit sebaik habis berkata-kata.
"Tunggu!"tanpa sedar bibir ku terhambur pula perkataan tu.Aku sendiri pun tak sangka.
"Kenapa?"soal Damia tanpa sempat berdiri.Dia pun terkejut dengan jerkahan ku tadi.Aku pandang keliling rasanya tak kuat sangat suara ku tadi.Mujur orang yang berada di kafe itu hanya membuat hal masing-masing itu maknanya suara ku tadi tak sekuat manalah.Hm...lega rasa hati.Aku pandang semula Damia.
"Kita tak habis bincang lagi duduklah dulu."tidak sampai hati pula membiarkan dia pergi begitu saja.
"Awak tak payah paksa diri awak,saya cakap tadi bukan berniat mendesak.Cuma meluahkan apa yang saya rasa."
Aku cuba berfikir yang positif sekarang.Mungkin aku patut memberi peluang pada diri sendiri untuk menilai perasaan yang ada ini.Sampai bila aku harus berpegang pada kenangan itu?
"Saya rasa elok kita mendalami hati masing-masing.Kalau ada jodoh nanti manalah tahu kita boleh saja meneruskan rancangan keluarga kita.'ujar ku cuba menyakinkan diri sekali gus memujuk dirinya.Aku patut memberi ruang pada diri sendiri.Aku boleh cuba belajar menyayanginya.Terkesima Damia.Aku mengukir senyum padanya dan senyuman ku beralas dengan lirikan manjanya.Dia tertunduk malu.
"Awak takkan rasa terpaksa?"soal Damia sambil kembali memandang ku.Aku menarik nafas panjang.Elok aku berterus-terang saja.
"Saya akan jujur pada awak kalau hubungan kita tak mampu pergi lebih jauh.Itu lebih baik dari saya memberi harapan yang palsu,kan?"
Damia nampak tenang menerima kata-kata ku.Mungkin dia juga takut untuk meletakkan harapan yang tinggi pada hubungan kami nanti.
Petang itu kami akhiri pertemuan dengan berjalan-jalan di sekitar shopping mall itu.Nak ajak dia ke mana pun aku tak tahu.Nak ajak tengok wayang,aku pun dah tak berapa gemar aktiviti itu.Dulu masa sekolah memanglah itu yang aku tunggu kalau hujung minggu tapi sejak meningkat dewasa dan bekerja masa ku banyak di habiskan di pejabat dan di rumah.Malas mahu melepak dengan membuang masa begitu lagi tambahan aku tak ramai kawan macam dulu.
Saturday, May 7, 2016
SUAMI AKU KE??
Dengan sekali lafaz Nurjannah binti Aziz telah sah menjadi isteri kepada Muhamad Ikmal bin Harun.Nafas berat di lepaskannya.Entah perasaan lega atau perasaan terdera.Perkahwinan yang di atur oleh kedua orangtua mereka membuatkan mereka terikat antara satu dengan lain.Apakah ikatan ini akan berkekalan atau hanya untuk sementara?Setelah mengaminkan doa dan acara pernikahan selesai Ikmal segera masuk ke dalam bilik untuk mengerjakan solat sunat.
Nurjannah mengeluh lagi.Sejak tadi dia hanya menundukkan muka.Tiada niat hendak memandang jejaka yang telah sah menjadi suaminya itu.Macam manalah mama boleh kahwinkan aku dengannya?Nurjannah hanya mengenali suaminya berbekalkan sekeping gambar yang di berikan mamanya sebelum pertunangannya dua bulan yang lepas.
Mereka tidak pernah bersua muka pun sepanjang tempoh pertunangan yang berjalan dua bulan itu.Jannah sendiri yang tidak mahu bertemu jejaka itu.
Jannah terkejut bila tiba-tiba sikunya di sigung oleh pengapit merangkap kawan baiknya,Siti.
"Kau ni kenapa mengeluh dari tadi?"bisik Siti di tepi telinga Jannah.Hanya gelengan dari Jannah untuk menjawab pertanyaan itu.
"Ha,siap sedia tu laki kau nak sarungkan cincin."teguran Siti sekali lagi membuatkan Jannah bertambah gelabah.
Peluh dingin sudah mula membasahi di celah jemarinya.Tenang Jannah,tenang tu manusia je bukan beruang.Perlahan Ikmal bersimpuh di depan isterinya.
"Assalammualaikum..."suara yang lembut tapi macho itu menyentakkan tangkai jantung Jannah.
"Waalaikummussalam..."jawab Jannah.
Serentak itu tangannya di capai perlahan.Sejuk tangan yang bersentuhan membuatkan keduanya menahan debaran di dada masing-masing.Mak aii,sejuknya tangan minah ni.Basah.Ikmal memandang sekilas isterinya.
Alahai,isteriku yang comel kenapa begini jadinya.Takut sangat ke?Ikmal masih cuba mengawal rasa yang bertandang di dadanya.Jannah yang masih kaku di sigung lagi oleh Siti.Terkejut gadis itu seraya memandang kawan baiknya sekilas.
"Salam suami kau tu."bisik Siti.
Jannah teragak-agak mencapai tangan suaminya.
Ikmal yang sedari tadi menanti terus menghulurkan tangannya.Ada senyuman yang tersungging di dalam hatinya.Kalut betul minah ni.
Setelah Jannah bersalam dan mengucup tangan Ikmal sepantas itu jejaka itu membalas dengan mengucup ubun-ubunnya.Jannah cuba mengawal rasa gugup yang hadir.Terpaku saat kucupan itu singgah di ubun-ubunnya.
"Tak nak pandang muka saya ke?"tegur Ikmal berbisik sebagai tanda tidak berpuas hati bila sepanjang masa wajah itu hanya menunduk saja.
Jannah yang mendengar serba-salah namun dia cuba mengawal riak.Perlahan wajahnya diangkat untuk menatap wajah suaminya.Terkedu Jannah melihat wajah di depannya itu.Membuntang matanya.Rentak jantungnya yang sedari tadi sudah berdebaran semakin laju lariannya.Betul ke ni suami ku?Ke orang lain yang menyamar?Kenapa dia lain sangat?Tak macam dalam gambar pun.Ikmal melemparkan senyuman semanis gulanya.Ah!hensemnya.
Saat itu Jannah sudah mula rasa lain macam.Badannya terasa melayang.Dunianya sudah mula berputar.Pandangannya terus gelap dan dia rebah di pangkuan Ikmal.Terkedu jejaka itu seketika.Alahai,kenapa dia ni?Takkan tengok aku sampai pengsan.Muka aku ni macam hantu ke?
Orang ramai yang melihat kejadian itu mula tertanya-tanya.Terjenguk-jenguk kepala masing-masing cuba menjengah pengantin perempuan yang pengsan tiba-tiba.Orangtua kedua mempelai apa lagi gelabah bercampur bingung.Mama Nurjannah segera menerjah anak gadisnya itu yang sudah tidak sedarkan diri.
"Jannah!YA ALLAH anak aku!"
"Nak buat apa ni m...m...mama?"tanya Ikmal yang kebingungan.
"Bawak dia masuk bilik."arah papa Jannah yang berada di belakang Ikmal.Sedaya upaya Ikmal cuba mengangkat isterinya.Terkial-kial dia mengawal diri dari terjatuh.Walau pun ketinggiannya lima kaki lapan inci namun badannya tidaklah berapa nak sado sangat.Berat jugak perempuan ni nampak je kurus.Keluh hatinya.Kenapalah waktu macam ni dia pengsan.Sesampai di dalam bilik Ikmal menurunkan isterinya di atas tilam.
"Ha...tolong bagi laluan pada Lili ni biar dia periksa Jannah."ujar Encik Aziz di muka pintu bersama anak saudaranya.
Mujur saja Lili yang kebetulan seorang doktor berada di situ.Bersama stetoskop dan begnya dia menghampiri Jannah.Ibu mertua dan mama Jannah menganjak sedikit untuk memberi laluan.Selesai memeriksa sepupunya Lili bangkit dan menghampiri ibu dan bapa saudaranya.
"Pak long jangan bimbang Jannah tak apa-apa,dia mungkin terlalu letih agaknya.Tekanan darahnya ok dan tiada masalah lain yang saya kesan.Saya rasa elok kita biarkan dia berehat dulu."nafas lega di lepaskan oleh orangtua Jannah dan mereka yang berada disitu.
Akhirnya mereka membuat keputusan untuk keluar dari situ agar Jannah dapat berehat dengan tenang.
"Macam mana dia boleh pengsan,ya?Ikmal cakap apa dengan Jannah tadi?"tanya Puan Halijah kepada menantu barunya itu.Terkial-kial Ikmal ingin menjawab.Keningnya di garu perlahan.Adeh,nak cakap ke ni?
"Mal,mak mertua kamu tanya tu kenapa diam?"tegur Puan Najihah mami kepada Ikmal.Keningnya sengaja di naikkan tanda tidak puas hati dengan gelagat anak lelakinya itu.Airmukanya sudah mula bertukar tegas.Ikmal meneguk air liur kesat.
"Er...Mal cuma mintak dia pandang muka Mal sebab dia asyik tunduk aje masa Mal nak sarung cincin tadi."jawab Ikmal terkulat-kulat bagai anak kecil yang sedang di soal siasat.Mereka yang berada di ruang tamu itu tertawa dengan jawapan yang keluar dari mulut Ikmal.
"Dia terkejutlah tu tengok muka suami dia hensem sangat."sampuk Encik Aziz papa kepada Jannah sambil menepuk bahu menantu barunya itu.Tersenyum simpul Ikmal bila mendapat pujian dari mertuanya.Bangga sekejap hatinya.
"Sudahlah tu tak payah kita banyak soal lagi mari kita makan dulu tentu semua dah laparkan?"tambah mama Jannah.Semua yang ada di situ mengiakan saja pelawaannya itu.
@@@@@
Persandingan berjalan dengan lancar.Pasangan pengantin cuba memberikan kerjasama sebaik mungkin walau di hati masing-masing berbaur dengan perasaan.
Usai majlis Jannah segera membersihkan diri dan bersolat asar.Sewaktu hendak keluar dari bilik,dia bertembung dengan suaminya di muka pintu.Kaget seketika mereka.Tidak mampu hendak bersuara.Jannah menundukkan muka sambil berlalu keluar dan meninggalkan Ikmal terkedu di situ.Ikmal hanya mampu menggelengkan kepala.Hm...macam manalah aku nak harung hidup lepas ni dengan dia?Nak bukak mulut pun payah.
Setelah sampai di tepi dinding pemisah antara dapur dan ruang tamu,Jannah berhenti dan bersandar di situ.Dadanya yang berdebar hebat di pegang,
YA ALLAH!Kenapa dengan aku ni,dengan suami sendiri pun takut.Jannah beristighfar panjang.Cuba di tenangkan hati yang resah.
Setelah berasa tenang,Jannah melangkah ke dapur untuk membantu apa yang patut.Kelihatan mak ngah dan mak lang sedang membantu mama membungkus lauk.Saudara sebelah papanya yang lain sudah pun pulang sebentar tadi.
"Mama ada apa yang Jannah boleh tolong?"
"Tak payahlah kamu rehat je,Ikmal mana?"
"Ada dalam bilik nak mandi."ujar Jannah perlahan.
"Kamu pergilah temankan dia."
"Err...Jannah nak tolong mama kemas dapur ni bersepah sangat."seboleh mungkin Jannah cuba mencari alasan.Takut bila memikirkan untuk duduk sebilik dengan lelaki itu.
"Em...sukahati kamulah."Jannah menuju ke singki dan mula mencuci pinggan yang berada di dalamnya.
Ibu saudaranya yang berada di dapur itu tersenyum simpul mendengar bicara kedua beranak itu.Faham benar dengan sikap anak saudara mereka yang pemalu dan tidak banyak mulut itu.
Usai mencuci Jannah duduk di meja makan.
Termenung seketika sambil menghirup minuman yang di ambil dari dalam peti sejuk tadi.
"Kenapa mama tengok muka kamu ni kelat aje,ada yang tak kena ke?"tegur Puan Halijah seraya duduk di sebelah Jannah.
"Tak ada apa-apalah mama Jannah ok je."bibir terasa mahu bertanya namun agak berat untuk di buka.Kalau aku tanya nanti mama marah tak?fikirnya di dalam hati.
"Kamu tak pergi tengok suami kamu ke,mungkin dia perlu sesuatu ke?"
"Biarlah dia pandailah dia bawak diri."
"Ish,ada ke cakap suami macam tu,diakan baru masuk keluarga kita tentu dia kekok lagi."Jannah terdiam tidak terjawab kata-kata mamanya lagi.Jelingan dari mama sedikit mengecutkan hati.
"Ma,kalau Jannah tanya sikit boleh tak?"
"Kenapa?"
"Pasal suami Jannah."
"Ha...kenapa pulak dengan dia?"
"Er...kenapa muka dia tak sama macam dalam gambar yang mama bagi hari tu?"
"Maksud kamu?"
"Yang dalam gambar tu lain."ujar Jannah polos.Puan Halijah tersenyum simpul.
"Kamu tanyalah dia sendiri."ujar Puan Halijah seraya berlalu dari situ.
Jannah mengerutkan muka.Ala mama ni sengaja nak ngelatlah tu.Jannah bangkit lantas menuju ke ruang tamu.Ruang tamu yang berselerak di pandang dengan gelengan.Semak betullah.Pantas tangannya mengemas ruang yang menyemakkan matanya itu.
Malam itu sepatutnya menjadi malam yang amat bermakna buat Jannah dan Ikmal namun kedua mereka tidak mampu menjadi semesra seperti pasangan suami isteri yang lain.Maklum saja perkahwinan aturan keluarga.Tambahan keduanya agak ego dan kekok untuk beramah mesra.Entah bagaimana hendak memulakan segalanya.Beberapa hari selepas majlis perkahwinannya Ikmal membawa isterinya tinggal di rumah miliknya.
@@@@@@
Hari ini telah genap tiga minggu perkahwinan mereka.Ikmal masuk ke dalam rumah setelah pulang dari kerja.Keadaan sunyi sepi.Terasa macam balik ke rumah mayat aje.Itulah yang dia rasa setiap kali pulang ke rumah itu.Tiada keserian di situ.Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengubah keadaan mereka.Hambar saja perkahwinan ini.Tiada membawa erti apa-apa.Kereta isterinya ada di porch,itu tandanya isterinya ada di rumah.Dia sendiri pelik kenapa isterinya tidak mesra atau dalam kata lain seakan tidak mahu berbual-bual dengannya?Ikmal turun ke bawah setelah membersihkan diri dan mengerjakan solat fardhu isyak.
Sewaktu langkahnya sampai di dapur dia bertembung dengan isterinya yang sedang menghidangkan makan malam.Dengan selamba Ikmal duduk di meja makan.Jannah terkejut melihat kelibat suaminya di situ.Selalunya dia sudah menghidangkan makan malam seawal mungkin sewaktu suaminya sedang membersihkan diri tapi malam ini dia kelewatan gara-gara terlelap setelah mengerjakan solat fardhu isyak tadi.Cuba dia mengawal rasa gugup yang tiba-tiba muncul.Jannah ingin berlalu setelah kerja menghidang selesai tapi tiba-tiba tangannya di sauk Ikmal.
"Duduklah makan sekali."pelawanya sambil memandang isterinya.
"Er...saya tak lapar."Jannah membalas dengan wajah tertunduk.Takut dia hendak mengangkat muka.Ikmal terasa hati dengan jawapan isterinya.
"Kenapa awak tak pernah nak pandang saya?"tanya Ikmal tidak puas hati.Kerusi di tarik lalu di dorong tubuh isterinya untuk duduk.Jannah mengikut bagai pak turut.Soalan Ikmal tadi tidak mampu di jawabnya.Ikmal nekad malam ini dia akan membongkar rahsia hati isterinya.
"Saya ni buruk sangat ke sampai awak tak sanggup nak pandang muka saya?"
"Jannah,tolonglah jawab soalan saya,awak buat saya pening kepala tau tak.Dah tiga minggu kita macam ni,bukan ni yang saya harapkan sejak saya mula menjadi suami awak.Saya mahukan isteri dalam hakikat yang sebenar.Awak faham tak?awak tak mahu ke peluang untuk mengenali suami awak ni?"
"Saya...saya..."
"Saya apa!"ternaik seoktaf suara Ikmal kali ini.Terhenjut tubuh Jannah seketika.Bertambah takut bila di sergah begitu.Ikmal cuba beristighfar.Jangan melayan marah,Mal dia isteri kau.
"Maafkan saya,saya bukan nak marah awak."
Jannah terus bangun menuju ke biliknya tanpa sempat di tahan Ikmal.Merajuk ke?Aduh,Mal mulut kau ni takde insuranlah main lepas je cakap.Nak kena pujuk ke tu?Ikmal sudah mula tergaru-garu kepala.
Beberapa minit kemudian Jannah keluar semula mendekati suaminya yang sedang termenung di meja makan itu.Makanan di depan mata langsung tak di sentuh.Gambar di tangannya di letakkan di depan Ikmal.
"Ni siapa?"soal Jannah seraya duduk di kerusinya semula.Ikmal terkejut bila di sergah tiba-tiba.Gambar itu di ambil lalu di renung seketika.
Terbit senyuman di bibirnya yang merah tanda dia bukan seorang perokok.
"Sebab gambar ni ke awak tak sudi memandang muka saya?"
"Bukan tak sudi tapi keliru.Gambar tu bukan awak,kan?"tanya Jannah lagi inginkan sangat kepastiannya.Ikmal ukir senyuman menggoda.Matanya melirik ke wajah isterinya.Timbul idea untuk menyakat.Tidak di sangka yang isterinya begitu polos.Hanya kerana sekeping gambar dirinya di hindari sejak mereka mula berumahtangga.Haish,kenapalah dia tak tanya dari awal lagi?
"Awak rasa macam mana?"soal Ikmal bersama kening yang sengaja di angkat-angkat.Nakal.Jannah dapat meneka dirinya sedang di permainkan.
"Jawab ajelah susah sangat ke?"
"Saya boleh jawab tapi perut saya ni lapar sangat apakata kita makan dulu."
Jannah terpaksa makan hati dengan sikap suaminya.Di ikutkan saja kehendak suaminya itu walau di hatinya sudah ada rasa yang mendongkol.Geram.Jannah bangun mengambil nasi di hujung meja.Sewaktu tangannya sudah mencapai mangkuk itu suaminya menahan.
"Tak apalah biar abang yang sendukkan."bersama senyuman yang tetap terukir di bibirnya Ikmal menyendukkan nasi ke pinggan isterinya.
Jannah terkedu dengan tindakan suaminya itu.Rasa bahagia bagai sedang melambai dirinya saat itu.Betul ke dia panggil dirinya abang?Doa makan segera di baca Ikmal setelah dia menyendukkan nasi ke pinggannya sendiri.Jannah hanya mengaminkan saja.Sengaja Ikmal menggelar dirinya dengan panggilan itu untuk memulakan satu perhubungan yang baru.
"Tolong hulurkan kuah gulai rebung tuu..."sedikit meleret suara Ikmal di pendengaran Jannah.Alahai,macam nak cair ni?Tangan Jannah tetap menghulurkan apa yang di pinta suaminya.
"Sayang tahu tak ni lauk kegemaran abang?"
Kuah gulai rebung bersama udang agak menggiurkan tekak Ikmal.Setakat ni apa saja yang di masak isterinya menepati seleranya.Itulah yang mengharukan hati Ikmal.Walau isterinya itu tidak mahu sebilik dengannya makan minumnya tetap juga di jaga sebaik mungkin.
Manakala Jannah pula masih terkedu dengan panggilan sayang yang di sebut Ikmal tadi.
Aduh,bagai nak gugur jantungnya mendengar panggilan itu.
Mereka meneruskan suapan tanpa bicara lagi.Sesekali mata nakal Ikmal menjeling ke wajah isterinya.Polos tapi tetap memikat hati.Dia sedar hakikat itu sejak mereka mula di ijabkabulkan.
Namun memandangkan reaksi yang agak dingin dari Jannah membuatkan Ikmal memendam rasanya sehingga kini.Bimbang juga hendak memulakan takut si isteri menolaknya mentah-mentah.
Seusai makan Ikmal membantu isterinya mencuci pinggan.Mulanya di larang juga oleh Jannah namun larangannya di pandang sepi sang suami.Akhirnya Jannah membiarkan suaminya di singki sementara dia membersihkan meja makan.
Usai segalanya Ikmal menarik tangan Jannah menuju ke biliknya.
"K...kenapa tarik tangan saya?a...awak nak buat apa?"Jannah cuba mematungkan diri di pintu bilik Ikmal.
Sejak mereka berpindah Jannah sendiri yang meminta untuk duduk di bilik yang berasingan.Dia tidak bersedia untuk tanggungjawab yang satu itu.Sementelah hatinya di penuhi keraguan tentang diri suaminya.
"Abang tak buat apa pun sayang,abang cuma nak tunjuk sesuatu saja,marilah..."pujuk Ikmal lembut.
Jannah di dudukkan di birai katil lalu Ikmal menuju ke almari solek lantas menarik laci yang paling atas sekali.Sebuah album gambar di keluarkan lalu Ikmal membawanya berdekatan Jannah.Di hulurkan album itu kepada Jannah.Terpinga-pinga Jannah hendak mengambilnya.
"Bukalah."suruh Ikmal sambil duduk di sisi isterinya.Jannah terasa debaran jantungnya semakin kuat saat mereka duduk berdekatan.Ish,dia ni memang sengajalah.Perlahan jemari Jannah membuka album itu.Berkerut keningnya.
"Apa semua ni?"soal Jannah perlahan.
Gambar demi gambar di selak membuatkan Jannah semakin pelik.Kenapa semuanya gambar berbalut muka?
"Siapa ni?"
"Itulah diri abang empat tahun yang lalu."kening Jannah semakin berkerut.Tidak faham apa yang di cakapkan oleh Ikmal.
"Sebenarnya sewaktu abang belajar di London dulu abang pernah kemalangan.Abang dan sorang kawan sedang dalam perjalanan untuk bercuti.Kereta yang di pandu kawan abang telah bertembung dengan sebuah lori."Ikmal menarik nafas berat.
Hatinya di landa sayu bila teringatkan arwah kawannya yang telah meninggalkan dunia itu.
"Kawan abang tu meninggal dunia masa tu juga tapi abang tercampak keluar dari kereta.Kaki abang ni patah dan manakala muka abang ni pula di penuhi luka.Doktor terpaksa membuat pembedahan untuk memulihkan kembali muka abang ni."
Ikmal terpaksa berhenti sejenak untuk mengawal rasa sebak.Hati Jannah turut sebak saat mendengar bicara itu.
"Lama abang kena tinggal dalam wad dulu sehingga mami dan papa benar-benar puas hati dengan kesihatan abang.Mereka dah berkorban banyak masa dan tenaga untuk menjaga abang dan abang tak tahu apakah abang akan dapat membalas jasa mereka.Inilah sebab kenapa Jannah tak kenal abang kerana muka abang dah lain akibat dari pembedahan itu.Sekarang Jannah percaya tak yang abang ni suami Jannah sendiri?"panjang lebar Ikmal berbicara.Wajah isterinya itu di renung dari sisi.Ayu wajah itu semakin menyesakkan dada.Perlahan Jannah menganggukkan kepala sambil mengerling Ikmal di sisi.
"Kenapa awak bagi saya tengok gambar lama tu?"soal Jannah tidak berpuas hati.Terlepas ketawa Ikmal tika itu juga.
"Benda tu tak sengaja,abang pun tak tahu yang mami bagi gambar lama tu?buruk sangat ke muka abang tu?"
"Mm...maafkan Jannah bukan masalah buruk atau tak tapi bila Jannah tengok gambar tu hati Jannah rasa macam Jannah kahwin dengan orang lain tapi Jannah sedang cuba sedaya upaya untuk menerima abang sebaik mungkin."Ikmal tersenyum.Suka rasa hati bila Jannah mula memanggil dirinya abang.
"Mungkin mami sengaja kot nak tengok reaksi Jannah tu sebab dia bagi gambar tu?Maafkan abang juga sebab tak prihatin dengan perasaan Jannah,patutnya dari awal lagi abang dah ceritakan hal yang sebenar kalau tak keadaan kita tentu tak jadi begini,kan?"Jannah menganggukkan kepala tanda setuju dengan bicara suaminya itu.
"Jadi sekarang abang dah makin hensem Jannah dah boleh terima abang,ke?"terpempan Jannah.Soalan beginilah yang cuba di elakkan.Tapi sampai bila dia mahu mengelak?
"Boleh tak Jannah pindah ke bilik ni?abang tak sanggup kita tinggal berasingan bilik lagi.Abang kalau boleh nak kita bersatu dalam erti kata yang sebenar.Abang dah tak sanggup melihat sayang tinggal kat bawah tu."
"Tapii..."kata-kata Jannah terhenti bila Ikmal segera meletakkan jemari ke bibirnya.Pandangannya menikam ke anak mata Jannah.
"Abang benar-benar maksudkan kata-kata abang ni.Abang rasa dan abang yakin yang hati abang ni dah mula sayang pada Jannah.Jannah tak mahu ke mencari pahala?Dari awal lagi kita tak patut tinggal berasingan,semua tu kerja merepek.Memang kita tak kenal antara satu sama lain tapi abang cuba menerima diri Jannah dengan seikhlas mungkin.
Mula-mula dulu abang pun nak tolak perkahwinan ini tapi bila di fikirkan semula mungkin ada baiknya segala perancangan ini untuk diri dan masa depan kita.Takdir ALLAH itu indah sayang,jadi macam mana boleh tak Jannah terima abang?"
Begitu panjang lebar Ikmal melepaskan perasaannya.Tidak sanggup lagi dia menahan perasaan yang semakin melepaskan dirinya itu.Dia perlukan isterinya itu.Dia mahukan perkahwinan yang suci dan bererti.Perlahan jemari Jannah di genggam bila tiada reaksi dari isterinya itu.Jannah masih menundukkan kepala.Perasaannya terharu.Dia terasa bagai di awang-awangan.Sentuhan dari suaminya bagai meresap ke jiwanya.Hatinya menjadi lemah.Kelopak matanya berkaca.Kini dia bagai mendapat kekuatan yang baru.
"Kenapa dari dulu lagi sayang tak tanya abang tentang muka abang?"
"Entahlah Jannah keliru dan takut.Takut kalau abang berkecil hati?"
"Mungkin betul tu kalau Jannah tanya abang masa tu abang akan berkecil hati tapi sekarang abang tak salahkan Jannah.Entahlah abang tak terfikir langsung yang wajah ni akan membuat sayang terkeliru.
Lagi pun abang tak tahu pun yang mami bagi gambar lama tu.Kalau abang tahu dari awal lagi abang dah jelaskan pada sayang."
"Jannah bukan mencari yang sempurna tapi kalau boleh Jannah nak seseorang yang ikhlas menyayangi Jannah."
"Maafkan Jannah ya bang?"Ikmal tersenyum.Pipi isterinya di elus lembut.
"Abang maafkan.Lain kali kalau ada yang tak puas hati jangan pendamkan.Kita dah jadi suami isteri jadi kita kena bertanggungjawab antara satu sama lain.Abang harap lepas ni kita akan saling menyayangi dan saling menjaga antara kita,boleh kan?"
Rambut isterinya yang panjang terurai itu di mainkan dengan jemarinya.Sengaja ingin membelai mahkota yang indah milik si puteri hatinya.Jannah hanya mampu merelakan perlakuan si jejaka yang semakin mendapat tempat di lubuk jiwanya sambil mengganggukkan kepala.
Perlahan-lahan suasana bilik yang dingin itu bertukar menjadi hangat.Dua insan yang asing kini telah mula belajar untuk saling memerlukan.Moga rahmat ILAHI akan merestui rumahtangga mereka.Aminn...
Subscribe to:
Posts (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...