Wednesday, January 20, 2016
AKU bab 13
Pagi ini aku bangun dengan penuh kesyukuran.
Syukur kerana di berikan peluang lagi untuk hidup di muka bumi ciptaan ALLAH ini.Setelah membersihkan diri aku segera bersiap untuk ke pejabat seperti biasa.
Bunyi telefon mengejutkan aku yang sedang leka menelek pelan.Tangan ku pantas mencapai telefon itu lantas melihat skrin.Nama Siti Aisyah terpapar jelas di situ.Apa hal pulak minah ni telefon aku pagi-pagi ni?Aku segera menekan butang hijau lalu telefon ku lekap ke telinga.
"Hello...assalammualaikum..."
"Waalaikummussalam..."jawab Siti di hujung talian.
"Ada hal apa ni pagi-pagi dah telefon saya?"
"Maaf mengganggu awak pagi-pagi ni.Sebenarnya saya nak minta tolong sikit boleh tak?"
"Nak minta tolong apa?"
"Kereta saya buat hal pulak pagi-pagi ni,awak ada kawan kerja mekanik,kan?"
"Awak kat mana ni?"tanya ku sedikit gusar.
"Saya dah sampai sekolah tapi kereta ni tiba-tiba semput pulak.Tak tahulah kenapa."
Oh,nasib baik.
"Awak tak pernah hantar service ke kereta tu?"
"Erk...nak kena hantar ke?"soal Siti bernada bingung.Memang perempuan ni tak tahu apa-apa pasal kereta.
"Alahai,cik adik sayang,sekali sekala kereta tu kena jugak di hantar pergi service barulah tak semput.Jangan tahu pakai aje tapi tak tahu nak ambil berat keadaan kereta."
"Ish,awak ni pagi-pagi dah berleter,saya bukan nak dengar mulut awak tu membebellah,saya cuma nak nombor telefon mekanik aje,tak payahlah nak marah tak tentu pasal."
"He...he...saya gurau aje janganlah marah,ok lah kejap nanti saya mesej nombor kawan saya tu,awak tunggu eh."
Entah mengapa mendengar suara perempuan ni bagai aku mendapat aura baru.Seronok pulak bila dapat bergurau dengannya.
"Er...awak..."kata-kata Siti tersekat bagai ingin menyatakan sesuatu.Tak jadi aku nak akhiri perbualan kami.
"Ya,ada apa?awak ada nak cakap sesuatu dengan saya,ke?"
"Er...tak apalah,nanti-nantilah."Pelik minah ni.Selalu dia lah yang suka mengusik.
"Awak!awak masih kat sana ke?"panggil ku sedikit kuat.
"Ada ni,saya tengah cakap dengan kawan saya.Tak apalah saya tunggu awak sms nombor kawan awak tu,ya.Assalammualaikum..."
Ternyata aku silap dia tengah bercakap dengan kawannya patutlah senyap sekejap tadi.Setelah menjawab salamnya aku segera memutuskan talian dan segera ku taip nombor kawan ku Din,seorang mekanik.Lantas aku hantar sms kepadanya.
Tengahari itu aku makan di tempat biasa.Selepas makan aku segera kembali ke pejabat.Bunyi telefon bimbit ku tanda satu mesej sedang masuk mengganggu pemanduan.Aku ambil telefon di dashboard lantas ku buka mesej itu.Satu ucapan terima kasih terpapar di skrin.Tercuit hati ku seketika.
Dah tengahari baru nak ucap terima kasih.Memang dia lupalah tu.Tak apalah tak ada alasan untuk aku marah.Mungkin dia sibuk sangat agaknya.Telefon ku berbunyi lagi.Mesej dari dia.Siti mengajak aku bertemu selepas kerja.Aku berhentikan kereta di bahu jalan seketika.Bahaya pulak kalau aku melayan telefon sewaktu memandu ni.
Kejadian yang pernah menimpa kawan ku dahulu sering mengingatkan aku tentang itu.Gara-gara melayan telefon sewaktu memandu dia terbabas di tepi jalan.Hampir-hampir nyawanya di ragut kalau dia tidak segera keluar dari kereta kerana sebuah lori yang datang dari arah belakang telah menghentam keretanya selepas itu.
Aku pandang semula skrin telefon ku.Membaca semula mesej Siti tadi.Nak pergi ke tidak?Kalau tak pergi nanti minah tu kecil hati pulak.Ah!pergi sajalah mungkin minah tu ada hal nak bincang dengan aku.
Petang itu kami bertemu di tempat yang telah di janjikan.Hampir dua puluh minit menunggu baru kelibatnya muncul.Dia memberi salam sebaik sampai di depan ku dan melabuhkan punggungnya di bangku batu di situ.Salamnya aku jawab perlahan.Kunci kereta aku main-main dengan jari.Wajahnya yang kemerahan aku pandang seketika.Mungkin kepenatan tambahan dengan cuaca hari ini yang agak panas.
"Awak dah lama sampai ke?"soalnya sambil memandangku.
"Adalah sepuluh tahun."jawab ku selamba saja nak kenakan dia.
"Ish,awak ni saya tanya betul-betul awak main-main pulak."di tepuknya bahu aku dengan tas tangannya.Perempuan ni memang suka gunakan kekerasanlah.
"Awak ni nak gurau sikit pun tak boleh.Sentap sangat."
"Memanglah yang awak main-main kenapa?"
"Gurau ajelah.Tak manislah muka cik adik ni kalau tunjuk muncung macam tu."
"Awak jangan buat saya perasanlah nanti saya tambah jatuh cinta dengan awak tahu tak."aku terkedu dengan kata-kata dia tu.
"Ha,kan dah kata baru saya cakap macam tu muka awak dah berubah.Hei,jangan risaulah saya tahu kat mana had saya.Awak tak payahlah buat muka tak semenggah tu,kelakarlah."ujar Siti tergelak perlahan.Macam di buat-buat saja gelaknya itu.
"Awak memang suka pada saya,ke?"mulut aku ni memang tak ada insuran.Boleh lagi aku tanya soalan maut tu.
Giliran Siti pula terkedu.Dia menundukkan muka.Jari jemarinya di ramas perlahan.Nampak ayu saja muka dia walau ada kemuraman di situ.
"Saya tak boleh paksa awak kalau awak tak dapat nak terima perasaan saya ni.Memang saya mengaku saya suka pada awak tapi awak tak perlulah nak paksa diri untuk terima saya."
Begitu lembut bicaranya sehingga menggigit tangkai hati ku.Apakah aku bakal mengecewakannya dengan sikap ku ini?Begitu dinginkah aku melayannya?Tersedar ku dari lamunan yang seketika aku terus bertanya sebab sebenar dia mahu berjumpa dengan ku.
"Awak ajak saya jumpa ni kenapa agaknya?"
"Tak ada apalah saja nak ucap terima kasih sebab dah tolong saya."
Alahai minah ni,tu aje dia nak cakap?
"Awak ajak saya jumpa cuma nak cakap tu aje?macam tak lojik aje,kan dalam telefon tadi awak dah ucap.ke ada sebab lain ni?"Siti tergelak perlahan,kemudian dia diam.
Airmukanya sudah berubah.Sedikit muram.Keluhan kasar di lepaskan seolah ada sesuatu yang sedang memberat di benaknya.Pandangannya di lepaskan ke arah kanak-kanak yang sedang bermain di taman itu.Makin keruh wajahnya ku lihat.Dah kenapa pulak dia ni.
"Saya tengah keliru ni tak tahu nak buat keputusan." "Kenapa pulak?"
"Ada lelaki nak lamar saya,dalam masa yang sama permohonan saya nak sambung belajar dah lulus.
Mana satu patut saya pilih?"
Aku tergamam.Dah ada lamaran untuk dia rupanya.Terusik pula rasa hati.Sedih ke terkejut ni?
"Macam mana pulak awak boleh dapat lamaran?awak dah kenal lama ke lelaki tu?"dia menggeleng.
"Tak berapa kenal tapi dia tu mendesak saya,dia kata dia dah jatuh cinta pandang pertama.Macam tak lojik aje,kan cakap dia tu?"aku senyum nipis.
"Baguslah,itu tandanya dia memang ikhlas pada awak."
"Awak tak kecewa ke dengar berita ni?"Siti bertanya seolah tidak berpuas hati.Aku pandang dia sekilas.
"Saya terkejut saja tapi saya minta maaf,kan saya dah ingatkan awak yang kita cuma boleh berkawan.Mungkin awak rasa cara saya ni kejam tapi saya buat ni demi kebaikan awak.Cubalah fikirkan lamaran tu,mungkin dia yang terbaik yang ALLAH sudah pilihkan untuk awak."aku cuba memujuknya dengan kata-kata ku.
Siti mengeluh keras.Aku dapat yang dia kecewa dengan penjelasan ku tapi aku harus bertegas dalam soal perasaan.Aku tak mahu melukakan hati sesiapa pun jadi sebelum terlambat biarlah dia kecewa hari ini dari dia kecewa di kemudian hari.
"Saya kagum dengan awak.Kerana cinta awak tetap setia walau dia sudah jadi milik orang."
"Ini bukan soal cinta tapi kita memang..."
belum sempat aku menghabiskan ayat suara seseorang memberi salam menyapa dari belakang kami.Serentak kami berpaling sambil menjawab salam itu.
"Salim!!"terkedu aku tika itu.
"Awak!"Siti turut sama terkejut.Salim memandang kami silih berganti dengan pandangan yang tajam.
"Jadi kaulah penyebabnya dia tak mahu terima lamaran aku?sejak bila korang kenal ni?"Salim mendekati bagai hendak menyerang aku.Jelas riak marah pada wajahnya.Penumbuknya sudah di genggam erat.
"Eh,kenapa tiba-tiba nak serang aku pulak?aku tak tahu apa-apa pun tentang korang."jelas ku.
"Kalau kau nak tahu perempuan yang aku cerita hari tu dialah."
"Ha!jadi kaulah yang dia kata tadi?kau dah lamar dia ke?"soal ku ingin kepastian.
"Ya aku memang dah lamar dia tapi dia kata nak fikir dulu."ujar Salim sambil memandang ke arah Siti.
Aku jadi keliru.Wajah dua orang di depan ku ini ku pandang silih berganti.
"Jadi yang kau maksudkan hari tu dialah?dialah yang kau nak lamar tu?"
Teringat pertemuan kali akhir antara aku dan Salim tempohari.Bersungguh-sungguh dia beritahu aku nak melamar gadis idaman dia.Hai,cepat betul buat kerja.Geli pulak rasa hati ku.Ketawa ku mula kedengaran.
"Woi,yang kau gelak ni kenapa pulak,aku tengah geram dengan kau ni!"
"Pasal apa kau nak marah pulak?"
"Dah berapa lama kau kenal dia?"soal Salim dengan muka tidak puas hati.
Aku pandang Siti dengan kening sengaja ku naikkan.Dia seakan keliru dengan isyarat yang ku berikan.Lembab pulak minah sorang ni.Spontan aku menepuk dahi.Ish,kenapalah perempuan ni.Aku ingat nak suruh dia jawab soalan Salim tu tapi dia pulak tak faham.
"Rul,aku tanya ni dah berapa lama kau kenal dia?susah sangat ke nak jawab?"
"Haish,kau tak payahlah nak marah,kami baru kenal beberapa bulan je.Itu pun tak sengaja,kami terlanggar kat depan restoran.Masa tu aku tak ambil kisah pun tentang dia sehingga aku terlanggar dia sekali lagi masa nak turun tangga.Ha,masa tu baru kami kenal tapi kau tak payah risau aku tak taruh hati pun pada dia.Sabar ya kawan aku tak potong jalan kau."ujar ku dengan panjang lebar sambil mengurut dadanya.Salim merenung ku bagai nak terkam.Tak percayalah tu.Kemudian dia pandang Siti.
"Awak,betul ke cakap Fakhrul ni?"
Siti hanya mampu mengangguk.Bahkan dari tadi pun dia senyap tak bersuara.Terkejut dia tak habis lagi lah tu.
Aku tarik Salim mendekati Siti.
"Aku rasa korang selesaikanlah masalah korang sendiri,ya.Aku tak mahu jadi orang ketiga tau.Siti saya harap awak terimalah Salim ni,dia baik orangnya.Saya rasa awak akan bahagia hidup dengan dia nanti."
Aku tinggalkan mereka dengan harapan moga mereka akan berjaya untuk bersama.Sebaik masuk ke dalam kereta aku termenung seketika.Betul ke apa yang aku buat ni?
Rul,tak perlu ragu-ragu bila sudah membuat keputusan.Hidup kau sendiri mengelirukan.Tak payah susah-susah fikirkan masalah orang lain.Permintaan mama tempohari pun masih terbiar sepi.Ah,sudah-sudahlah tu tak guna kalau asyik berangan.Yang penting kalau mahukan sesuatu haruslah melaksanakannya dengan sungguh-sungguh.
Akhirnya kereta ku pandu perlahan keluar dari taman itu.
Seminggu selepas itu aku mendapat jemputan ke majlis pertunangan mereka.Aku menghadirinya dengan perasaan gembira dan berdoa moga jodoh mereka berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin.
Monday, January 18, 2016
AKU bab12
Pagi itu aku ada perbincangan dengan Faizal lagi.Hampir dua jam barulah kami selesai berbincang.Faizal mengajak aku keluar makan di kafe berdekatan maklum saja kami tidak sempat menjamah sarapan sejak tadi.
"Kau ok ke sekarang?"
"Apa maksud kau?"tanya ku tanpa menjawab soalannya tadi.
"Tak adalah,maksud aku antara kau dan mama kau ok ke?"
"Biasa je."
"Kenapa?kau ingat aku nak gaduh dengan mama aku?"tanya ku pula.
"Bukan tu yang aku mahu pun tapi sebagai anak elok kita mengalah,kan?"geram aku dengan ayat skema dia ni.Sengaja nak naikkan darah aku.
"Kau tau tak kalau ikutkan hati aku ni bagai nak bagi kau penumbuk aje."tiba-tiba terpacul ayat itu dari bibir ku.Faizal tergamam.Kemudian dia tersenyum.
"Ok aku faham.Kau masih marah dengan aku lagi,eh bukan,kau sebenarnya masih marah pada kami,kan?"
Suapan ku terhenti.Aku mengeluh berat.Sudu aku letakkan di tepi pinggan.
"Aku ni manusia bukannya robot."wajahnya ku renung tajam.Faizal turut terhenti makan.
"Aku faham situasi kau.Kalau boleh aku pun nak tolong kau tapi hati orang ni kita tak boleh paksa,kan?Kalau dia dah buat keputusan tu maknanya dia tahu natijahnya dan dia bersedia untuk segalanya."
"Itulah yang paling aku sesal,kan."gumam ku perlahan.
"Kau orang dah lama berkawan,kan tentu kau tahu hati dia macam mana?Aku harap kau jangan seksa perasaan kau sendiri.Terimalah takdir ini.Kalau boleh aku nak berkawan dengan kau.Aku tak mahu kita bermusuh."suasana antara kami sepi seketika.
"Dia ok ke?"tanpa amaran bibir ku tiba-tiba bertanyakan dia.
"Dia tengah melayan mabuk tapi tak teruk sangat macam aku hari tu.Ni pun aku suruh dia cuti dulu kasihan pulak tengok keadaan dia."jelas Faizal.
Sebak tiba-tiba mengundang hati ku.Patutnya aku yang rasa semua tu tapi dia juga yang bertuah.Nafas berat aku lepaskan.Pandangan ku tebarkan keluar kafe.
"Rul!"Aku paling kepala memandangnya.
"Maaf aku tak sepatutnya bercerita pada kau."
"Tak apalah jagalah dia macam kau jaga nyawa kau sendiri."
Tak sangka ayat itu yang keluar dari bibir ku sendiri.Bagaimana aku mampu berhadapan dengan lelaki yang telah merampas wanita kesayangan ku ini?Hanya ALLAH saja yang tahu apa yang aku rasakan saat ini.Selesai makan kami membawa haluan masing-masing.
Sampai di pejabat aku meneruskan tugas mengubahsuai pelan yang kami bincangkan tadi.Begitu leka aku membuat kerja sehingga tidak sedar waktu telah pun menjelang petang.Aku bangun menuju ke sofa lalu kurebahkan badan di situ.
Ah!leganya rasa.Malasnya rasa nak balik ke rumah.
Pandangan ku lepaskan ke siling bilik.Alangkah indahnya kalau saat ini ada yang membantu melepaskan lelah ku.Alangkah indah andai waktu ini dia berada di depan ku?Teringat lagi akan senyuman itu.Manis sekali.Kalaulah dia...
Ah!aku khilaf lagi.YA ALLAH!hati ku rapuh lagi.Masih merindu lagi.Aku betul-betul sedang merinduinya.YA ALLAH!mengapa KAU tidak memberi dia untuk ku?mengapa KAU ambil dia dari ku?Juring mata ku tiba-tiba menjadi kabur.Perlu apa lagi airmata?Apakah ia takkan berakhir lagi?Aku buntu dengan diri ku.Sentiasa menjadi perindu.Sentiasa mengharap lagi.
Arggh!cukup-cukuplah wahai hati.Jangan mengharap lagi.Berputus asalah untuk sekian kali.Kalaulah hidup ini semudah yang di rancangkan.Wajah ku raup perlahan.Aku bangkit dari sofa lalu berjalan ke meja kerja ku.Mengemas apa yang patut lalu aku keluar dari situ.Tak guna aku terus-terusan melayan perasaan.Berhentilah mengharap Fakhrul!
Berhentilah.Aku perlu melupakan memori itu.Aku perlu mengadu kepada YANG MAHA ESA segala kegundahan ku.
Alhamdulillah!segala puji bagi ALLAH SWT.Hati kini tenang kembali.Kitab suci Al-quran aku letakkan kembali di atas almari.Kaki ku bawa melangkah ke katil dan terus terbaring.Sekelip mata juga lena ku datang.
Tuesday, January 5, 2016
AKU bab 11
Malam itu seperti yang di minta,aku menemani mama ke kenduri rumah kawannya.Kenapalah papa tak ada pulak hari ni?kalau tidak tentu papa boleh menemani mama saja ke mari.Waktu kami sampai bacaan doa baru saja selesai di baca.Kelihatan para jemputan sedang mula menikmati makan malam di bawah khemah.Agak ramai juga jemputan yang hadir malam ini.
Aku di perkenal kepada tuan rumah.Yang lelaki bernama Encik Zakaria dan yang perempuan bernama Puan Marlisa.Ramah juga kawan mama ni dan bertudung litup lagi.Selalunya kawan mama yang aku kenal bukan begini orangnya.Pelik pulak aku rasa.
Untuk seketika aku berborak dengan pak cik Zakaria.Dia seorang arkitek yang mempunyai firmanya sendiri.Sedang kami rancak berborak tentang bisnes masing-masing,pak cik Zakaria di sapa oleh seseorang.Dia meminta diri untuk melayan tetamunya itu.
Kini tinggal aku seorang terkulat-kulat di situ.Mama tadi dah masuk ke dalam bersama mak cik Marlisa.Ah!mati kutu rasanya bila berseorangan di sini.Aku mana kenal orang yang ada ni.Langkah ku atur menuju ke meja yang menempatkan makanan.Lagi pun perut ku sudah mula berkeroncong baik aku isi saja perut ni.Dari tadi pun pak cik Zakaria sudah mengajak aku untuk menjamu selera tapi aku tangguhkan dulu kerana mahu berborak dengan dia.
Setelah selesai mengambil makanan,aku cuba mencari tempat untuk duduk.Dalam pada mencari aku di tegur seseorang.
"Assalammualaikum..."tersentak aku bila suara yang lunak itu menyapa cuping telinga ini.Segera aku berpaling.Wajah seorang gadis yang agak manis berbaju kurung merah jambu menyapa pandangan ku.Kepalanya di tutup dengan tudung warna senada.
"Err...waalaikummussalam..."
"Awak nak cari tempat duduk ke?"soal gadis itu pada ku.Aku anggukkan kepala saja.
"Marilah ikut saya."
Tanpa berlengah aku mengikut saja langkahnya.Dia membawa aku ke ruang bahagian tepi rumah itu.Terdapat sebuah taman bunga dan sebuah air pancut di situ.Lampu berwarna-warni menyerlahkan lagi keindahan taman ini.Aku di bawa ke sebuah bangku batu.Gadis ini mengarahkan aku duduk di situ.Pelik pula aku tengok dia ni.Dia tuan rumah ke?
"Makanlah apa tunggu lagi?"tegurnya bila aku masih tidak menjamah nasi tomato yang ku ambil tadi.
"Er...awak tak makan sekali,ke?"
"Tuan rumah makan kemudian pun tak pe."Oh,tuan rumah rupanya memang tepatlah tekaan ku tadi.
"Maksudnya awak ni anak mak cik Marlisalah ye?"
"Awak dah jumpa ibu saya?"aku anggukkan kepala.Nasi di dalam pinggan aku kuis perlahan.Malu pulak rasa nak makan depan dia.
"Tak payah di kuis nasi tu makan sajalah."
Hendak tak hendak terpaksa juga ku tolak ke tepi rasa yang tidak selesa itu.Nasi itu aku suap perlahan setelah membaca doa makan.
"Awak tak ingat saya,ke?"tiba-tiba dia bertanya.
Terhenti suapan ku seketika saat di aju soalan begitu.Wajahnya ku renung tanpa sedar.
"Apa maksud awak?kita memang kenal ke sebelum ni?"tanya ku kembali tanpa menjawab soalannya.Dia tersengih pula.
"Awak memang betul-betul tak ingat saya,ye?"adeh,perempuan ni main teka-teki pulak.
"Er...saya memang tak ingatlah,awak cakap sajalah siapa awak."
"Saya Damia lah,awak tak ingat ke?masa tingkatan satu kan kita satu kelas.Awak selalu usik saya sampai saya menyampah tengok awak."
Damia...nama itu cuba ku ingati.Satu persatu minda ku berputar.Damia...ha baru aku ingat!
"Damia Huda!a...awak Damia Huda,kan?"
"A'ah,saya lah ni."
"Haish,macam manalah saya boleh lupakan awak."
"Itulah dah lama sangat tak jumpa tu sebab awak tak ingat agaknya.Lagi pun sejak pindah sekolah awak langsung tak hubungi kawan-kawan kita."aku tersengih mengakui kesilapan diri.
"Bukan sengaja nak lupa tapi saya sibuk belajar lagi pun..."kata-kataku terhenti di situ.Tak tahu hendak berkata apa lagi.Takkan aku nak beritahu yang tika itu aku sedang sibuk mengurat Dian.
"Awak makanlah dulu dah sejuk nasi tu tak sedap pulak."aku akur dengan pelawaannya.Kami terus bersembang tentang kisah di bangku sekolah dulu.
"Amboi...amboi rancak sembang nampak?"suara mama tiba-tiba mencantas perbualan kami.Di sisinya adalah ibu Damia.Tersenyum-senyum mereka melihat kami.
"Yalah bukan main mesra anak ibu ni berborak macam dah lama kenal."mak cik Marlisa membelai kepala anaknya lembut.Jelas sekali kemesraan mereka dua beranak itu.
"Memang kami dah lama kenal pun,ibu.Fakhrul ni kawan Mia masa tingkatan satu dulu,kan masa tu abah baru pindah kerja sini."
"Oo...betul ke?tak sangka pulak kamu berdua dah lama kenal.Nampaknya senanglah kerja kami nanti,ya?"ujar ibu Damia sambil matanya melirik ke arah mama.
"A'ah,la Mar bagus jugak diorang ni dah kenal,tak payah kita susah payah nak kenalkan lagi,ya?"sampuk mama pula.
Aii...ni macam ada sesuatu yang terancang aje.Apakah benda yang aku sedang fikirkan sekarang sama dengan benda yang di dalam fikiran mereka?dan Damia pun terlibat sama,ke?Wajah mereka ku pandang silih berganti.
"Apa maksud mama?"tanpa amaran bibir ku terus saja bertanya.Mama kelihatan serba-salah.Dia berpandangan dengan mak cik Marlisa.
"Kamu jangan salah faham pula,kami ni cuma nak korang berkenal-kenalan saja dulu."
Haha...kenal-kenal.Rasanya aku faham apa yang di maksudkan oleh mak cik Marlisa ni.Diorang ni nak jodohkan aku dengan Damialah tu.Hm...tak habis-habis agenda mama kesayangan ku ini.Nasi tomato yang masih berbaki di dalam pinggan ku pandang kosong.Selera ku sudah hilang tak larat nak makan lagi.Apa yang harus aku lakukan sekarang?Patutkah aku meminta diri saja?Malas pula aku nak duduk di situ lagi dan mendengar agenda mereka.Rasanya mama pun sudah menyedari muka ku yang sudah kelat.
Akhirnya aku membiarkan saja mereka bersembang sehingga mama sendiri yang meminta diri untuk pulang.Dia tahu aku sudah tidak betah untuk berlama di situ kerana sepanjang perbualan mereka tadi aku langsung tidak mencelah.
Suasana di dalam kereta sunyi.Aku masih tidak bersuara.Namun lama kemudian mama mula menegur ku.
"Kamu marah mama ke?"
"Tak!"balas ku mendatar.Seboleh mungkin aku cuba mengawal rasa yang ada ini.
"Mama tahu kamu marah tapi mama buat semua ni sebab mama nak kamu mulakan hidup baru."aku kerling mama sekilas.
"Tak ada ibu yang mahu hidup anaknya terumbang-ambing jadi mama cuba perbaiki kesilapan mama tempohari."
Aku bingung.Betul ke yang bercakap ni mama aku?
"Ya mama tahu mama dah buat salah sebab dah pisahkan kamu dengan Dian tapi mama nak perbaiki kesilapan mama tu jadi kamu janganlah menolak permintaan mak cik Marlisa tu,ya?"
Aku diam.Tidak tahu mahu membalas apa.Patutkah aku mengikut saja permintaan mereka itu?Patutkah aku memulakan hubungan yang baru?
"Rul!kamu dengar tak apa yang mama cakap tadi?"
"Dengar..."jawab ku perlahan.
"Jadi macam mana?"
Nafas berat aku lepaskan.Bagaimana hendak ku jawab pertanyaan mama tu?
"Nantilah Rul fikirkan."Itu saja yang mampu aku ungkapkan untuk menjawab pertanyaan mama.
Mama juga sudah tidak bersuara lagi selepas itu.Mungkin ingin memberikan ruang untuk aku.
Sunday, January 3, 2016
YANG TERJADI TETAP TERJADI
Airmata di seka perlahan.Sudah berulang kali dia cuba mengingatkan diri.Tak guna di tangisi tak guna di sesali.Nasi sudah pun menjadi bubur.Perlukah dia mengundurkan diri?Atau perlukah dia memutuskan saja ikatan yang mengikat dirinya ini?
Kasih melepaskan nafas berat.Semuanya begitu menyesakkan dada.Mengapa setelah terjalin ikatan ini baru kebenaran tersingkap?Kenapa perlu dia yang menanggung kesakitan ini?Teringatkan si dia yang telah di tinggalkan pergi.Ah!Perlu apakah dia mengenangkan lelaki itu?Lelaki yang telah merobek perasaannya.Menyiat-nyiat tangkai hatinya.Mengapa dia tidak berterus-terang sebelum pernikahan itu terjadi?Mengapa perlu dia mengikat perasaan ini kalau hanya untuk menyakiti?Kalau orang lain pastinya saat begini sedang menikmati bulan madu tapi Kasih pula melarikan diri dari suami.Kasih sedar tindakannya adalah satu dosa tapi kerana hati yang sakit menyebabkan dia tegar melakukan juga.
Mengapa dia tidak terus saja menipu diri ku supaya aku tidak membenci dirinya.Benci!Apakah itu yang sedang dia rasakan?Marah!Memang dia sedang marah kerana lelaki itu tidak sepatutnya mempermainkan perasaannya.
Kasih bangun dari katil.Sudah puas dia menangis dan sekarang dia perlu membersihkan diri.Sejak tiba tadi dia langsung tidak berbuat apa-apa.Hanya termenung saja.Tambahan pula waktu asar sudah pun masuk lebih baik dia mengadu kepada ILAHI agar hatinya tenang sedikit.Tuala di dalam beg bajunya di keluarkan.
Sebaik kaki ingin melangkah ke bilik air,telefon bimbitnya berbunyi nyaring.Kasih menoleh ke arah katil.Skrin yang menyala di pandang sepi.Tiada rasa ingin melihatnya.Pasti saja Nazri sedang berusaha menghubunginya.Kasih terus masuk ke bilik air.
Usai membersihkan diri dan bersolat Kasih merebahkan tubuh ke katil semula.Telefon di ambil lantas di buka.Ada sepuluh panggilan yang tidak berjawab dan berbelas mesej yang telah masuk.Kasih buka mesej yang paling akhir di terima.
SAYANG...MAAFKN SY,TOLONGLH PULANG KITA PERLU BRBINCANG SY TAHU SY SLAH.HUKUMLH SY KLAU ITU BLH MEREDAKN KEMARAHN SAYANG...SY BETUL-BETUL SAYANGKN AWAK...
Sayang!betul ke sayang dia tu atau itu cuma ayat karangannya untuk memujuk aku?Kasih teringatkan pernikahan antara dirinya dengan Nazri.Ianya bukan seperti pasangan yang lain.Dia tidak berkesempatan mengenali lelaki itu dengan lebih mendalam kerana pernikahan mereka terlalu pantas.Hanya setelah dua bulan bertunang mereka telah di ijabkabulkan.
Semuanya di atas permintaan lelaki itu sendiri.
Kerana desakan dari bapak yang menginginkan anak perempuannya kembali hidup berdua juga salah satu sebab yang menjayakan pernikahan itu.
Kasih terhimpit antara permintaan seorang bapa yang begitu risaukan dirinya.Kalau di ikutkan hatinya sendiri dia tidak mahukan pernikahan itu kerana dia sendiri masih tidak mampu untuk melupakan arwah suami.
Telah tiga tahun arwah suaminya pergi meninggalkan dirinya kerana terlibat di dalam satu kemalangan.Kini dia telah tahu sebab sebenar kemalangan itu terjadi.Semuanya kerana kelalaian lelaki itu.Kasih terasa di tipu.Hatinya begitu sakit sekarang.Mengapa baru sekarang dia berterus-terang.Kenapa dari awal dia tidak munculkan diri?
Takut dan malu,itulah alasan yang Nazri luahkan malam itu.Dia mahu membenci lelaki itu sekarang tetapi di sebelah hatinya melarang.Patutkah aku memaafkan dirinya saja?Patutkah aku biarkan saja semua yang terjadi itu?
Kasih teringat lagi sewaktu Nazri berterus-terang tentang kemalangan yang terjadi.Dia terlelap sewaktu memandu dan kereta yang di pandunya telah terbabas sehingga melanggar tembok.Suami kasih yang merupakan rakan sekerjanya yang baru di kenali tidak sampai sebulan itu berada di tempat duduk sebelah pemandu dan telah mengalami kecederaan teruk.Nazri pula cuma cedera ringan.Mengapa dia tidak langsung mengecam lelaki yang telah menyebabkan suaminya kemalangan?Mungkin kerana selepas kemalangan itu Kasih begitu leka menjaga suaminya yang koma sehingga apa yang terjadi di sekelilingnya tidak di ambil kisah.
Setelah sebulan suaminya koma akhirya dia pergi menyahut panggilan ILAHI.Kasih buntu apakah dia perlu menyalahkan lelaki itu sedang Nazri sendiri pun mengalami kecederaan?
Kasih renung ke siling bilik.Tiba-tiba dia terasa ngilu di perut.Baru teringat sewaktu sampai tadi dia tidak menjamah apa-apa makanan pun.Hendak tak hendak dia terpaksa keluar mengisi perut.Tudung di tepi katil dicapai dan segera di sarung ke kepala.Mujur saja itu tudung ekspres.
Nazri mundar-mandir di sekeliling bilik kerjanya.Telefon di tangan di tekan lagi.Masih tiada sahutan dari pihak sana.Mahu saja rasanya telefon itu di hempas ke dinding namun akal yang masih waras itu menidakkan apa yang di fikirkannya.Nazri terduduk di sofa.Muka di raup kasar.Macam mana nak pujuk dia lagi?
Bunyi telefon bimbit mengejutkan lamunannya yang seketika itu.Segera butang hijau di tekan.Nazri tersenyum saat panggilan di matikan.Panggilan yang menandakan satu kejayaan menjejak kehilangan isteri tersayang.Jauh macam mana pun sayang pergi saya tetap akan cari awak.Tunggulah di sana sekarang juga saya akan pergi cari awak.
Nazri segera meninggalkan pesanan kepada setiausahanya yang dia tidak akan pulang ke pejabat petang itu.Kereta di pandu ke tempat yang di katakan oleh penyiasatnya.
Hampir sejam lebih memandu dia sampai di tempat tersebut.Mujur saja Kasih pergi tidak terlalu jauh.
Nazri segera memarkir keretanya.Dia keluar dan bertanya ke kaunter pendaftaran.Memang isterinya menginap di situ.Nazri segera mencari bilik yang di huni oleh Kasih setelah kerani kaunter itu memberikan nombor bilik.
Kakinya terhenti di depan bilik bernombor 114.Ada debaran yang melanda hebat di dadanya.Tadi beria sangat nak cari tapi bila dah jumpa kenapa aku berdebar pulak ni?Di pegang dadanya seketika.Nazri teragak-agak hendak mengetuk pintu.Tolonglah jangan sampai kena halau pula.Doa di baca di dalam hati.
Tangannya mula mengetuk pintu bilik itu.Tiada tindakan dari dalam.Tak ada orang ke?Sekali lagi di ketuk.Masih tiada jawapan.Mungkin dia keluar kot?Tapi aku tak perasan pulak kereta dia.Nazri berpusing ingin ke tempat letak kereta.
Saat itu pandangannya bertembung dengan wajah yang begitu di rinduinya.Sekali lagi jantungnya berdebar bagai mahu gugur.Wajah ayu lagi polos itu di renung tanpa sedar.
Kasih juga tidak mampu berbuat apa saat mata bening itu menikam ke sanubarinya.Rasa marah yang bermukim di hati kini bertukar menjadi keliru.Kasih tidak pasti apa yang di rasakannya sekarang.Kakinya juga kaku di situ.
Nazri berjalan perlahan mendekati isterinya.Ingin rasanya dia memeluk tubuh itu namun dia sedar Kasih tidak suka dirinya di perlaku begitu di khalayak ramai.
"Sayang..."serunya perlahan seakan berbisik.
Pandangannya masih menikam anak mata Kasih,cuba melempiaskan rasa rindu yang sarat.Jarak usia yang jauh tidak sedikit pun membuatkan hati Nazri berubah.Dia telah bertekad sejak kejadian itu untuk melindungi wanita itu sehingga perasaan yang mulanya sekadar simpati telah bertukar menjadi sayang.
Kasih terasa seram mendengar bisikan itu.Kalau boleh dia ingin lari saja kala itu tapi dia sedar tiada gunanya dia berbuat begitu Nazri pasti takkan melepaskan dia begitu saja.Pantas saja lelaki itu mengesannya.Maklum saja peguam tentu ada sumber untuk menyiasat.Kasih berlagak selamba.Dia cuba melintasi suaminya namun tangannya sempat di pegang.
"Kasih..."seru Nazri lagi.
"Awak nak apa?tolong lepaskan saya."Kasih cuba menarik tangannya.
Nazri menurut kehendak isterinya.Perlahan tangan itu di lepaskan.Kasih segera membuka pintu bilik dan menutupnya sepantas mungkin namun tangan sasa itu berjaya menahannya.
"Janganlah buat saya macam ni,awak pergilah balik saya tak mahu di ganggu."
"Awak marah pada saya lagi ke?"soal Nazri.
Kasih sengaja membiarkan soalan itu tidak berjawab.Nazri mengambil kesempatan meloloskan dirinya ke dalam bilik itu.Kasih tidak mampu menghalangnya.Wajah isteri yang baru duduk di tepi katil di pandang dengan penuh kerinduan.Kalaulah awak tahu apa yang ada di dalam hati ini?
Nazri melabuhkan punggung di sofa berdekatan jendela.Suasana sepi menyelubungi mereka.Tiada yang mahu bersuara.Nazri tahu isterinya masih tidak mampu memaafkan dirinya.Sekilas wajah itu di pandang lagi.Baru tiga hari mereka tidak berjumpa wajah itu sudah kelihatan cengkung tidak bermaya.Keluhan berat Nazri lepaskan.Semua tu kerana dia.
"Awak memang tak mahu memaafkan saya,ke?"akhirnya dia bersuara juga.Canggung rasanya bila duduk berdua tanpa suara.Kasih tidak menjawab.Nazri tidak berpuas hati.Kesabarannya hampir tercabar.
"Kasih!kalau awak diam begini macam mana masalah kita nak selesai.Awak jawab saja apa yang saya tanya tadi susah sangat ke?"dia sudah mula mengeraskan suaranya.
''Apa yang awak nak saya jawab?"balas Kasih selamba,masih dengan kekerasan hatinya.
"Kata saja apa yang ada di dalam hati awak tu,saya nak tahu."
"Memang saya marah pada awak malah nak maafkan awak pun belum tentu saya mampu."
"Kejadian tu dah lama Kasih,saya pun dah cuba menebus semua kesilapan saya.Tak boleh ke awak lupakan saja."
"Nak lupa macam mana kalau nyawa orang yang saya sayang dah kena ragut oleh awak?awak nak suruh saya maafkan awak?tak mungkin semudah tu.Hati saya ni sakit tahu tak?sakit!Jangan awak fikir kerana kejadian ni dah lama,awak boleh dengan senang-senangnya nak saya lupakannya saja."
Dada Nazri bagai di hentak dengan belati tajam.Sakitnya menusuk sehingga ke sudut hati yang paling dalam.Wajahnya di raup bersama rasa kesal yang tidak tertanggung.Matanya sudah mula berkaca.Perlahan dia bangun dan mendekati Kasih.Dia melutut di sisi isterinya yang masih duduk bersandar di kepala katil.Biarlah egonya di rendahkan,demi sebuah kemaafan Nazri rela.Kasih termangu.Kurang senang dengan gelagat si suami.
"Maafkan saya...ampunkan saya...saya tahu awak takkan mudah nak maafkan saya tapi saya tak sanggup kehilangan awak.Saya cintakan awak sepenuh hati saya.Saya tak boleh hidup kalau awak tak ada.Hati saya betul-betul perlukan awak.Tolonglah jangan tinggalkan saya."Nazri betul-betul pasrah kali ini.Hatinya sudah tidak mampu bertahan lagi.Sudah terlalu lama perasaannya tersimpan untuk wanita itu.
Kasih terkedu melihat airmata itu.Hatinya tiba-tiba rasa tersentuh.Seorang lelaki telah menitiskan airmata demi sebuah kemaafan.Naluri wanitanya terusik jua.Perlukah dia mengalah dan memaafkan saja?Wajah yang putih kemerahan itu di pandang sayu.Dia akui hatinya sudah mula terusik dengan kehadiran lelaki itu namun dengan setelah kebenaran terbongkar dia tidak pasti dengan perasaannya kini.
"Saya tahu saya tak layak dapat kemaafan awak tapi saya betul-betul harap awak lembutkanlah hati awak tu?"rayu Nazri.
"Sudahlah lebih baik awak bangun tak guna awak melutut lama-lama kat situ."ujar Kasih.Dalam marah ada juga kasihannya.
"Saya takkan bangun selagi awak tak nak maafkan saya."
"Haish,suka hatilah,biarlah lutut awak tu kematu sampai sudah."ujar Kasih seraya bangun ingin keluar.Rasa lemas kalau berlama di situ.Entah apa lagi yang akan berlaku.
"Awak nak ke mana?"tanya Nazri tiba-tiba.
"Awak ingat saya nak berkampung dengan awak lama-lama kat sini,ke?"balas Kasih selamba.
"Kasih!!"teriak Nazri kuat.
Tersentak Kasih yang baru hendak memulas tombol pintu.Wajahnya di palingkan perlahan.Nazri menghulurkan tangan.Berkerut kening Kasih tidak mengerti.
"Kenapa?"tanya Kasih.
"Tolong saya...saya tak boleh bangun."
Ish,dia ni sengaja nak buat lawak pulak.Dengus hati kecil Kasih.
"Bangunlah sendiri."
"Awak nak tengok saya jadi patung kat sini,ke?awak tak kasihan kat saya ke?kaki saya dah la ada besi."
Kasih terkedu lagi?Apa maksudnya kaki dia ada besi?Ada lagi ke kisah yang aku tak tahu?
"Dah tahu kaki tu ada besi kenapa melutut jugak?"bebel Kasih.
Dalam marah dia membantu juga suaminya untuk bangun.Itulah diri Kasih yang sebenar,mudah berasa kasihan kepada orang.Nazri hampir hendak menjerit cuba menahan kesakitan di kakinya.Kasih memapah suaminya yang berbadan lebih besar dari dirinya itu menuju katil.
"Macam mana kaki awak boleh masuk besi pulak ni?"
"Saya kemalangan selepas balik dari pengebumian arwah Hisyam.Motor yang saya bawak melanggar tembok tu sebab kaki saya patah."
Terduduk Kasih mendengar bicara Nazri.
"Kenapa awak cuai sangat?"
"Memang saya cuai,saya dah sebabkan awak kehilangan Hisyam tu sebab saya rasa bersalah sangat sehingga fikiran saya melayang.Inilah yang saya dapat sebagai penebus kecuaian saya tu."ujar Nazri sambil mengurut kakinya yang terasa mengilu.Masih cuba menahan kesakitan itu.
Kasih diam tidak berkata apa.
Mengingat tentang arwah,Kasih sedar kemalangan itu bukan kesilapan Nazri seratus peratus.Mereka keletihan setelah pulang dari berkursus selama seminggu di Kuala Kangsar.Ini hanya satu sebab untuk sesuatu yang bukan di dalam perancangan manusia.Inilah yang di namakan takdir.Patutkah aku pasrah saja?Perlukah aku melepaskan kebencian yang ada?Tiba-tiba Kasih terasa tangannya di genggam.
"Maafkan saya..."ucap Nazri bersama sebuah harapan yang menggunung.Kasih diam tidak berkutik.Hatinya terasa bergetar saat tangan mereka bersentuhan begitu.
"Awak...jangan diam,saya takut kalau awak diam."tambah Nazri lagi dengan suara yang sengaja di lembutkan.Tiba-tiba Kasih tertawa.Biar pun perlahan namun cukup mencuit perasaan Nazri.
"Kenapa awak gelak?"tanya Nazri hairan.
"Saya tak sempat merajuk panjang awak dah datang pujuk,macam mana saya tak gelak."perlahan Nazri mula mengukir senyum.Fahamlah dia kini yang isterinya itu sudah mula berlembut hati dengannya.
"Awak dah maafkan saya,ke?"tanya Nazri inginkan kepastian.Kasih menggeleng perlahan.
"Saya perlukan masa untuk betul-betul maafkan awak."ujar Kasih sambil memandang wajah Nazri.
"Tak apalah kalau awak belum sepenuhnya memaafkan saya.Saya tak kisah yang penting awak jangan buang saya dari hati awak."balas Nazri sambil mengelus perlahan tangan Kasih.Kasih cuma membiarkan saja tingkah suaminya.
"Saya janji pada awak yang saya akan sayang dan jaga awak untuk selamanya.Hati saya cuma milik awak sorang aje."bersungguh-sungguh Nazri berikrar demi memujuk hati seorang isteri.
Perlahan pinggang Kasih mula di raih rapat padanya.Kepala di lentokkan ke bahu isterinya sengaja ingin bermanja.Ingin melempiaskan rasa yang bergema di dalam hati.
Kasih terusik hati.Rasa terpujuk dengan kata-kata itu.Ah!biarlah semuanya begitu saja.Janganlah di ingat lagi perkara yang telah lalu.Cubalah belajar untuk memaafkan.
Hati redhakanlah segalanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...