Friday, November 27, 2015

AKU bab 9





Setelah berborak panjang dengan Salim kami berpisah dengan berjanji untuk bertemu lagi di lain hari.Nampaknya aku kena membantu kawanku yang sorang ni.Apa saja yang boleh aku lakukan agaknya sedang diriku sendiri kecundang di dalam bercinta.Buat saja apa yang kau mampu Rul.
Tak perlu menyusahkan fikiran dengan masalah orang lain.Nasihat saja yang baik-baik.Mudah-mudahan Salim akan mengakhiri zaman bujangnya seperti yang dia idamkan.
Hmm!aku juga yang melepas.Redha sajalah wahai hati,jangan terlalu melayan perasaan.Kakiku terus melangkah menuju ke tingkat bawah untuk keluar dari shopping mall itu.
Sebaik saja melintas di depan foodcourt,kaki ku terasa kaku di situ.Sepasang mataku terpandangkan seraut wajah yang begitu ku rindui.Jantung ku terasa seribu getaran.Tubuhku terasa menggigil saat ini.Tanpa sedar hati ku menyebut namanya.Yan!
Dia kelihatan berseorangan di situ.Ada riak ceria yang tergambar di wajahnya.Pasti saja dia sedang berbahagia saat ini.Aku cuba memerhatikan Faizal.Mataku tertangkap kelibatnya sedang beratur membeli makanan.Tanpa sedar kaki ku melangkah mendekati Dian.Bangku di depannya aku tarik selamba.
''Kau!!''kaget dia saat itu.Agak menggigil badannya aku lihat.Tentu dia tidak menyangka akan bertemu denganku di sini.Aku sendiri sedang cuba mengawal perasaan yang berbaur ini.
''Ya...aku...kenapa?kau terkejut?''soalku dengan selamba.Dia diam tidak menjawab soalanku.
''Kau betul-betul bahagia,kan?''soalku lagi.Sengaja mendera perasaannya.Airmukanya berubah sebaik aku berkata begitu.Dia menundukkan muka.Aku tahu dia terusik dengan bicaraku itu.
''Terima kasih sebab berjaya melukakan hati aku.Lepas ni aku yakin aku akan berjumpa dengan perempuan yang lebih baik dari kau.
Selamat tinggal!''
Sebaik berkata begitu aku terus bangkit.Tidak perlu berlama di situ kalau hanya menambahkan kelukaan hati ku.Terasa sakit sekali dada ku saat itu.
Bagaimana aku mampu berkata begitu padanya?Apakah kerana rasa sakit yang di tinggalkannya itu?Bagaimanakah aku mampu berhadapan dengannya lagi sedang hatiku sedang cuba melupakannya.
Memang sampai bila pun agaknya aku takkan mampu untuk berbuat begitu.
Yan!Sesungguhnya kau telah mengunci hatiku untuk selamanya.Berbahagialah sayang kalau itu mampu membuatkan hidup kau menjadi lebih sempurna.
YA ALLAH!Ampunilah aku yang khilaf ini.
Sesungguhnya aku hanya hamba MU yang terlalu kerdil dan tak mampu melawan perasaan sendiri.Bantulah aku YA ALLAH!

Aku sampai di rumah agak lewat petang.Kereta mama tiada di garaj,cuma kereta papa saja yang terdampar di situ.Keluarlah agaknya mama tu.Bilalah agaknya mama aku tu nak duduk rumah.Patutnya cuti-cuti macam ni dia temankan papa tapi sibuk sangat dengan persatuannya itu.Aku rebahkan tubuh di sofa cuba melepaskan lelah.Cuba merehatkan minda dari kejadian yang baru berlaku tadi.Namun seraut wajah itu tetap memburu ingatan ku lagi.Ah!rindu betul dengan suaranya.
Tiba-tiba wajah sahabat ku Salim menerjah minda.Dah teruk nampaknya Salim sekarang kerana penangan cinta.Dulu aku pun pernah melalui keadaan seperti dia sewaktu aku mula-mula memikat Dian.Bukan mudah sebenarnya hendak menawan hati gadis ayu itu.Bermacam cara yang aku guna untuk memikat akhirnya dengan takdir ILAHI,dia menerima juga aku setelah kemalangan kecil itu.Mujur saja kemalangan itu berlaku kalau tidak tentu aku tidak dapat mendampingi dirinya.Sekarang Salim pula mengalami keadaan seperti aku,cuba memikat hati gadis yang tegar hatinya.Tentu gadis itu seorang yang tegas dan tidak mudah menerima cinta seorang lelaki.Terasa ingin pula aku menemui gadis itu yang di gilai oleh sahabatku itu.Cantik sangat agaknya gadis itu.
''Jauh betul menung anak papa ni.''tiba-tiba suara papa mengejutkan lamunanku.Bingkas aku bangkit smabil meraup muka.
''Aduh,papa ni terkejut Rul!''
''Hai,baru kena tegur macam tu dah terkejut,memang sah kamu ni berangan.''kata papa sambil melabuhkan punggung ke sofa tunggal di sebelah ku.Remote televisyen di tekannya lalu terpaparlah imej di skrin bersaiz 50 inci itu.
''Bukan beranganlah pa.''tingkahku cuba membetulkan sangkaannya.
''Kalau bukan berangan kenapa skrin kosong yang kamu tenung lepas tu senyum panjang pulak?''
''Mana ada Rul senyum.''bantahku.
''Tak senyum kamu kata.Hai anak papa ni dah kemaruk betul.Cukup-cukuplah tu Rul,yang pergi biarlah pergi dah jadi orang lain punya.Berdosa kalau berangankan milik orang.''
Eh papa ni boleh tahu apa yang aku fikirkan sekarang.Dia boleh baca fikiran orang ke?
''Papa nak jadi pak nujum ke?''
''Bukan nujum tapi kamu tu anak papa.Papa tahu apa yang kamu fikirkan sekarang.''
Payah pa nak lupakan dia.Kalau Rul mampu dah lama Rul buat tapi makin Rul cuba melupakan makin kuat ingatan ini padanya.Desis hati kecilku.
Ah!alangkah bagusnya kalau papa mampu memahami.
''Bukan senang nak lupakan orang yang kita sayang.Papa sendiri sayang sangat dekat mama kan,
tu sebab biar apa pun yang mama buat papa tetap setia pada mama,kan?''gumamku perlahan.
''Tu bukan sebab utamanya Rul.Papa ni dah buat janji dengan arwah atuk kamu dulu.Walau apa terjadi mama tetap akan papa jaga sampai akhir hayat papa.''
Aku tak terkejut dengan kenyataan papa tu sebab aku tahu.Dah banyak kali ayat itu keluar dari mulutnya.Papa memang seorang yang setia.Seorang yang berperibadi yang mulia.Selalu membantu orang di saat bantuannya di perlukan.Sebab itu papa membantu syarikat arwah atuk yang hampir muflis dulu dengan menyatukan syarikat mereka.Dan dengan terjalinnya kerjasama antara mereka lama kelamaan arwah atuk meminta agar papa mengahwini mama.Mungkin kerana jodoh mereka kuat,perkahwinan mereka tetap kukuh sehingga hari ini.
Mama walau seorang yang suka membuat hal sendiri namun aku dapat lihat rasa kasihnya tetap ada pada papa kerana sehingga ke hari ini dia jarang bersikap kasar dengan papa.Hai,memang pelik kisah cinta orangtua ku ini.Tapi aku tetap tabik pada papa kerana dia seorang penyabar.Moga ALLAH SWT akan memanjangkan jodoh antara mereka.
Satu tamparan pada lenganku mengejutkan aku lagi.
''Aduh,papa ni lama-lama tangan Rul ni lebamlah asyik kena tampar aje.''
''Yang kamu tu menung kenapa,dari tadi papa panggil tak menyahut pun.''
''Bila pulak papa panggil?''
''Ah!sudahlah tu pergi mandi cepat ikut papa pergi surau,kita maghrib kat sana.''
''Yalah,Rul nak mandilah ni papa tunggu Rul tahu.''
''Ya!!''

Saturday, November 14, 2015

AKU bab 8



Waktu sampai di rumah aku lihat papa dan mama sedang menikmati sarapan pagi.
''Rul!baru balik?mari kita sarapan sekali.''tegur papa padaku.
Mama aku lihat diam tidak berkutik.Marah lagilah tu dengan hal kelmarin.Aku terus duduk di kerusi berdepan  dengan mama.Roti di atas meja aku ambil lalu ku sapukan kaya di atasnya.Tak larat pula nak makan makanan berat walau di depan ku ada nasi goreng.
Papa memandang aku dan mama silih berganti.Mungkin hairan kenapa aku dan mama tidak bertegur sapa dari tadi.Mulutku ini juga entah mengapa begitu berat untuk di buka.Berdosakah aku?
Aku bukan benci pada mama.Tak mungkin perkataan itu wujud di dalam hati ku tapi sikap mama selalu mengecewakan ku.Segala kehendaknya harus aku turuti.Sampai bila akan jadi begini?
Tiba-tiba mama bangkit untuk beredar dari situ.
''Laila!awak nak ke mana?nasi tu tak habis lagi.''Papa menegur tingkah mama.
''Saya tak ada selera.''ujar mama lalu bergegas naik ke tingkat atas.
''Kamu bergaduh dengan mama ke?''
''Kami bertekak sikit hari tu.''jelasku.Tangan memegang cawan kopi lalu ku teguk perlahan.
''Hm...apa nak jadi mama kamu tu agaknya.''keluh papa sedikit kesal.
Aku tahu papa sudah naik pening dengan perangai mama.Segala kehendaknya harus di patuhi kalau tidak panjanglah muncungnya.
''Biarlah pa,satu hari nanti mama tentu akan berubah.''ujarku sambil merenung kopi yang masih berbaki di dalam cawan itu.
Selepas sarapan aku naik ke bilik untuk berehat.
Televisyen aku buka lalu tubuh ku rebahkan ke sofa.Bunyi telefon bimbit dari dalam poket mengejutkan ku.
Aku segera menarik keluar telefon itu.Satu mesej telah masuk.Aku buka folder mesej itu lalu terpapar satu mesej dari kawanku Salim.Dia mengajak aku keluar.Aku memikirkan pelawaannya ada baiknya juga aku keluar berjumpa dengannya,dapat juga menghilangkan boring aku ni.Aku segera membalas mesejnya dengan menyatakan persetujuan ku.Setelah menutup televisyen aku segera bangkit mencapai tuala di ampaian kecil lalu bergegas masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.
Ha!nampak hensem pulak aku ni.Erk...terpuji diri sendiri pulak.Jangan riak Rul!puji-pujian hanya untuk ALLAH.Aku membetulkan kolar baju shirt yang ku pakai.Setelah yakin dengan penampilan diri aku terus keluar menuju ke tingkat bawah.

Kereta aku parkirkan di ruang letak kereta di bawah bangunan shopping kompleks itu.Mujur saja ada ruang kosong yang berdekatan dengan lif.Setelah memastikan kereta ku berkunci dengan selamat aku segera masuk ke dalam lif yang telah sedia terbuka.
Sampai di tingkat satu aku terus berjalan menuju ke café yang aku janjikan untuk bertemu Salim.Apa agaknya perkara yang penting sangat tu sampai dia tak sabar-sabar hendak berjumpa?Aku masuk ke dalam café yang tidak berapa ramai orang itu.
Kelibat Salim sudah kelihatan di pandangan mata sedang leka menatap telefon bimbitnya siap tersengih lagi.Dah macam orang tak betul aje kawan aku sorang ni.Salam aku beri bila sudah sampai di depannya sehingga dia melompat sedikit akibat terkejut.Dalam pada itu sempat juga dia menjawab salam ku.Terkekek-kekek aku ketawa melihat gelagatnya.
''Wei...kau ni buat terkejut aku ajelah.''aku cuba menahan ketawa.
''Yang tersengih macam kerang busuk tu apasal sampai aku datang pun tak sedar.''
''Ish,sibuk aje kau ni,baru nak layan awek kau dah kacau.''
''Woi!kau yang sibuk telefon nak jumpa aku sekarang kau kata aku kacau kau pulak?macam ni baik aku balik aje lah.''sengaja aku mengacah ingin bangkit dari situ.
''Eh,janganlah balik dulu takkan aku gurau pun kau nak sentap tak macho la wei.''ha tahu pulak gelabah,baru aku acah aje tu.
Seorang pelayan menghampiri kami untuk mengambil pesanan.Aku cuma memesan segelas jus oren.Salim pulak masih sibuk dengan telefonnya.Nak aje aku rampas gajet yang jadi buah hatinya itu biar dia rasa tak tentu arah sikit.Dah suruh kita datang lepas tu buat dek aje,memang nak kena sound budak ni.
''Wei,kau kalau nak ngadap benda tu aje baik aku baliklah tak guna aku duduk macam tunggul kat sini.''
''Ala...janganlah wei,aku nak mintak tolong dengan kau ni,ok...ok..sekarang kita borak dulu,buah hati aku ni biar aku simpan dulu,ya.he...he...'' 
''Hai,dah teruk kau ni,awek dari mana pulak yang kau usha kali ni?''bukan aku tak tahu si Salim ni punya perangai mata keranjang sikit orangnya.Tak cukup dengan satu awek,pantang jumpa yang dahi licin habis di sebatnya.
''Wo...wo...kok ya pun nak ngata aku janganlah sampai sentap jantung hati aku ni.Walau aku ni mata keranjang pun tak pernah lagi nak rosakkan anak dara oranglah,semua tu nak buat suka-suka aje.''
''Ha ya la tu,yang kau sibuk sangat nak jumpa aku ni kenapa?dah dapat awek baru ke?''
Salim menggaru mukanya yang aku kira tak berapa nak gatal tu.Sengihan panjang pulak yang di beri padaku.
''Rul,kau rasa muka aku ni ada ke orang nak?kau rasa sesuai tak kalau nak jadi suami orang?''terkejut aku.Dah kenapa dengan ayat dia ni lain macam aje.
''Kau ni mengigau ke atau kena sampuk?''
"Entahlah aku rasa aku dah jatuh cintalah."
Ha ni memang ayat tak lojik.Salim dah jatuh cinta.Siapalah yang malang menjadi kekasih dia ni?
"Wei,yang kau termenung tu kenapa?aku tanya tadi kau tak jawab lagi."sergah Salim sambil cuba mengacah-ngacah nak ketuk kepala aku.
"Aku bukan menunglah,aku tengah fikir ni awek mana yang malang kalau dapat kau ni."
Salim terus menjengilkan matanya padaku.Aku apa lagi terus melambakkan tawa sepuas hatiku.Naik mengah perut aku ketawakan dia.Bengang betul muka Salim.
''Seriuslah bro,aku bukan main-main lagi.Hati aku ni dah rasa lain macam aje ni.Sejak aku jumpa dia,jantung aku ni bagai nak tercabut kau tahu.Malam-malam sekarang aku payah nak tidur,asyik teringatkan dia aje."
Memang dah parah kawan aku yang sorang ni.Ini mesti kes jatuh cinta pandang pertama.
''Mana kau jumpa dia?''
''Kat tadika anak buah aku.''
''Ha!kau jangan cakap yang kau dah jatuh cinta kat cikgu tadika pulak.''Salim menganggukkan kepala.
Pulak!ini dah kes serius,memang serius.Tak pernah aku tengok mamat sorang ni jadi begini di sebabkan cinta.Rasanya sepanjang aku kenal dia tak pernah lagi aku tengok dia kekal dengan mana-mana perempuan tapi sekarang dia kata dia sudah jatuh cinta?Oh Tuhan,dah dapat hidayah ke kawan aku ni?kalau betul begini akulah manusia yang paling bersyukur.Akhirnya kawan aku yang sorang ni mahu juga berubah.
"Rul!kau boleh tolong aku tak?''
"Nak tolong apa?"
"Tolong aku pikat dia."Nak tercekik rasa kerongkong ku mendengar ayat yang keluar dari mulutnya.
''Kau ni mengigau ya selama ni mana pernah kau mintak tolong aku.Apa skil memikat kau dah hilang ke?"Salim menundukkan kepala.
''Aku tak boleh pakai skil aku tu,semua tak jalan,tak laku pun dengan dia.''sayu aje ayat dia tu.Geli pulak hati aku mendengarnya.Aku cuba mempertimbangkan semula patutkah aku tolong kawan aku yang sorang ni.
"Kau betul-betul suka dengan dia ke?kau tak main-main?''soalku inginkan kepastian.
"Betul aku tak main-main,aku rasa aku dah jumpa teman sehidup dan semati aku."
Nampak gayanya kena juga aku menolong mamat romeo sorang ni.Kalau tidak sampai ke sudahlah dia akan merengek dekat aku.Bukan tak kenal dia ni.Selagi tak dapat apa yang dia mahukan dia pasti takkan mengalah.Seorang yang kuat berusaha.
Harapnya kali ni dia betul-betul dah berubah dan aku kena pastikan yang dia takkan mempermainkan perempuan itu.

Monday, November 9, 2015

AKU bab 7




Pagi minggu itu setelah solat subuh aku berjoging di taman berhampiran.Sudah agak lama aku tidak membuat aktiviti ini.Terasa lega perasaan bila dapat menyedut udara pagi yang nyaman sambil menikmati kehijauan taman.Sana sini kelihatan anak muda yang turut sama berjoging sepertiku,tak kurang juga kaum warga emas yang leka membuat aktiviti masing-masing.
Bila kaki sudah mulai penat aku berhenti di sebuah bangku.Tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi tanda satu mesej sedang masuk.Aku keluarkan telefonku lantas membuka folder mesej.
'Assalam...buat apa tu?'
Terkejut aku saat membacanya.Dari Aisyah rupanya mesej itu.Aku membalas mesej dia dengan menyatakan yang aku sedang berjoging.Selepas itu dia menulis lagi mesej.
'Ok'
Ha!dah kenapa perempuan ni pendek saja tulis.Takkan itu saja dia nak tanya aku?Selepas itu telefonku tidak berbunyi lagi.Pelik betul dia ni,dah hilang ke marah dia pada aku tempohari?Termenung aku sejenak.Teringat aku apa yang telah aku lakukan padanya tempohari,rasa kesal menimpa lagi di benakku tapi dek kerana kekerasan hati aku diamkan saja tanpa meminta maaf padanya.Kejamkah aku?Kalaulah dia ada di depanku sekarang mahu saja aku memohon kemaafan akan ketelanjuran sikap ku padanya tempohari.
Aku tahu tak sepatutnya aku melayan dia begitu kasar.Dia cuma berniat ingin membantu tidak sepatutnya aku tidak menghiraukannya.Hmm...
''Siti Aisyah!!''bisikku perlahan sambil pandangan ku
tala kan ke arah tasik yang menghijau.
Sedikit lelah nafasku.Entah mengapa sebaris nama itu sedikit menggoncang perasaanku.Apakah ertinya itu?Apakah aku sudah mula merinduinya?
''Ada apa?''tiba-tiba suara itu bergema di belakangku.
Spontan aku berdiri dan berpaling.Ini bukan khayalanku,kan?memang benar dia,kan?bisik hati kecilku.
''A...a...awak!''tergagap pulak bibirku saat itu.
''Ya!kenapa?terkejut?''soal dia dengan muka selamba.
Punggung di labuhkannya ke bangku.Sejak bila pula dia ada kat sini?bukan tadi dia baru hantar mesej dekat aku ke?dengan lurusnya ku pandang telefon dan aku pandang dia lagi.Dia seolah mengerti perlakuanku itu.
''Oh!tadi saya nak pastikan saya tak salah orang,saya memang dah ada kat sini.''
''A...awak buat apa kat sini?''
''Kalau hari cuti inilah kerja saya.Saja-saja nak lepaskan tension.''jelasnya.
''Awak pulak?''soalnya.
''Kadang-kadang aje saya datang sini kalau ada masa lapang.''balasku seraya melabuhkan punggung di bangku yang sama.
Suasana antara kami diam seketika.Dia ku jeling sekilas,sedang merenung ke tasik yang menghijau di depan kami.Tiba-tiba aku teringat kejadian kelmarin.
''Awak...saya minta maaf pasal hari tu,ya?''ucapku bersama sebuah harapan.
''Tak apalah,saya yang salah,dah tahu mood awak tak elok saya kacau juga.''
''Eh,bukan macam tu,sebenarnya saya tak anggap awak mengacau pun.Saya yang tak tahu menghargai kawan macam awak.'' 
Aku jeling dia sekilas bila tiada balasan darinya.Pandangannya masih tertera ke arah tasik di depan kami.Aku pandang dia lagi,cuba menelek wajahnya dari sisi.Ayu sekali wajah ini.Kenapa aku tak perasan pada kelembutan yang ada padanya ini?
''Dah puas tenung muka saya ni?''satu sergahan darinya mengejutkan ku.
Tersentak aku tika itu.Aduh,malunya mana aku nak letak muka ni?Itulah Rul asyik sangat merenung anak dara orang.Tak pasal-pasal kena tegur.Aku palingkan muka sambil menggaru kepala sendiri.Kemudian aku cuba menjeling dia sekilas.Ada senyuman meniti di bibirnya.
''Tak payahlah buat muka macam tu kelakar pulak saya tengok.''ujarnya yang masih dengan senyuman.
''Awak!''panggil dia.
''Emm...''sahut ku perlahan.
''Awak ni baru putus cinta ke?''soalannya itu mengejutkan aku.Patutkah aku menjawabnya?
''Maaflah saya ni penyibuk sangat tapi hati saya ni rasa tak  tenteram selagi tak tahu tentang kesedihan awak.''
''Awak memang tak kenal erti putus asa,kan?''
''Salahkah kalau saya nak tahu,mungkin saya boleh tolong redakan kesedihan awak.''
Aku tersenyum mendengar bicaranya.Mulia sungguh hati gadis ini.Mungkin benar katanya kalau aku meluahkan akan dapat membantu meringankan perasaan sedihku ini.
''Awak boleh berjanji sesuatu dengan saya sebelum saya berterus-terang?''
''Janji apa?''
''Tolong jangan beritahu orang lain.'' 
Dia membuat isyarat menutup mulutnya dengan jemarinya kemudian tangan di angkat seolah bersumpah.Aku masih teragak-agak untuk meluahkan.Nafas ku tarik agak panjang cuba meredakan perasaan.
''Awak,kalau berat sangat hati tu,tak apalah,saya takkan paksa awak lagi,kita lupakan saja semua ni.''pintasnya seraya bangkit ingin beredar dari situ.
''Memang benar saya sudah putus cinta.Bukan baru lagi tapi sudah berbulan saya begini.Dia tinggalkan saya tanpa sebab yang munasabah.Saya sendiri keliru dengan perpisahan kami.Apa yang saya tahu sampai sekarang saya masih tidak mampu untuk melupakan dia walau dia sudah pun berkahwin.''akhirnya aku lepaskan juga apa yang terpendam di dalam lubuk hati ku ini.
Tiada balasan darinya tika itu.Senyap seketika.
''Berat dugaan yang awak hadapi,ya patutlah awak nampak sedih sangat.''
''Berat macam mana pun saya kena juga hadapi kenyataan ini.''
''Memang betul tu tapi susah untuk awak hadapi semua ni,kan?''Aku anggukkan kepala.
''Tak pernah saya bayangkan yang saya akan kehilangan dia.Kami bersama sejak sekolah menengah lagi,dialah pendorong dan pembimbing diri saya sejak saya mula mengenali dia.''lelah rasanya untuk berkata begitu tapi aku harus kuat melawan perasaan ini.
Kami diam seketika melayan perasaan masing-masing.
''Awak pernah bercinta?''entah mengapa soalan itu pula yang tiba-tiba keluar dari mulutku.Hanya gelengan darinya yang menjawab pertanyaanku.
''Baguslah kalau macam tu.''
''Kenapa awak cakap macam tu?''soalnya pula.
''Tak ada apa,saya cuma tak mahu awak jadi macam saya.''
''Boleh saya tahu nama mak we awak tu?''tiba-tiba dia menyoal aku.
''Dian.''jawab ku pendek.
''Oh,Dian.Cantik nama tu.Orangnya tentu secantik namanya,kan?''
Aku tersenyum sambil mengangguk.Fikiran melayang mengingati wajah itu.Terasa sebak dadaku seketika.
''Pada saya dia cantik tak tahulah kalau orang lain.''bergetar suaraku bila menyebut tentangnya.Rindu pula rasa pada seraut wajah itu.
''Awak masih simpan gambar dia?''berkerut keningku bila dia bertanya.
''Kenapa awak tanya?''
''Saja,kalau saya nak tengok gambar dia boleh tak?''
Tak sangka aku yang dia akan bertanya begini.Untuk apa dia sibuk nak tengok gambar Dian?Serba-salah aku di buatnya.
Namun entah apa yang membuatkan aku mengikut permintaannya.Sedar-sedar saja aku telah membuka folder di dalam telefon bimbitku yang mengandungi gambar Dian lalu aku tunjukkan kepadanya.
''Mm...patutlah awak payah nak lupakan dia.'' 
''Kasihan awak,sabar ajelah.Kalau dia bukan untuk awak tentu suatu hari nanti akan ada seseorang untuk menjadi jodoh awak.''
''Saya tak tahu apakah saya mampu untuk jatuh cinta lagi.''
''Takkan awak nak tutup pintu hati awak untuk orang lain.''soal Siti Aisyah seolah tidak berpuas hati.
Aku tersenyum nipis.Kenapa aku rasa gadis di sebelah ku ini seolah sedang menyampaikan sesuatu?Apakah dia?Ah!perlukah aku ulang kisah yang sama?bagaimana nanti tangggapan mama pula?tak sanggup rasanya melibatkan dirinya di dalam hidupku.
''Awak!kenapa awak ni suka berangan?''tiba-tiba dia menepuk bangku itu.
''Haish!terkejut saya.Bila masa saya berangan?''
''Kalau bukan berangan kenapa saya tanya awak tak jawab?''berkerut keningku.Bila dia tanya?
''Er...bila masa awak tanya?''
''La memang betul awak ni kuat berangan.''ujarnya dengan nada geram.Muka aku di jelingnya sekilas.Pening aku dengan gelagat gadis ni.Betul ke dia ada tanya aku tadi?
''Saya tanya tadi awak betul-betul dah serik ke nak bercinta lagi.''dia ulang juga apa yang di soal padaku tadi.
Nafas panjang aku lepaskan.
''Saya takut kecewa lagi dan saya tak pasti kalau orangtua saya akan merestui pilihan saya.Orangtua saya tu terutama mama lebih suka kalau saya mengikut pilihannya.''
Siti diam tidak berkutik mungkin keliru dengan kata-kataku.
''Kenapa awak tanya saya macam tu?ada maksud tertentu ke?''aku pula menyoal dia kembali.Sengaja ingin mengujinya.
''Tak ada apa saja saya nak tahu.''selamba saja dia menjawab.Reaksi mukanya pun biasa saja.
''Awak betul-betul suka kat saya ke?''tanpa amaran bibirku telah memalukan tuannya.
Adush...kenapa mulut aku ni tak reti nak diam?Siti tersenyum simpul sambil menundukkan wajahnya.Tentu dia tengah menahan perasaan malu.Itulah Rul,mulut tu tak tahu nak cover.  
''Salah ke kalau saya berperasaan begitu?''soalnya perlahan.
''Tak memang tak salah cuma masa yang tak sesuai.Saya cuma tak nak nasib awak jadi macam Dian.Awak jangan salah faham maksud saya,ya.''
''Kenapa pulak?''soal dia tidak sabar.Serba-salah aku nak jawab.
''Entahlah,saya pun keliru sebenarnya.tak tahu kenapa mama tak suka dengan pilihan saya.''
''Dia ke yang pisahkan awak berdua?tentu awak kecewa dengan mama awak,kan?awak marah dengan mama awak,ke?''bertalu pula soalan yang keluar dari bibir mungil itu.
Aku hanya tersenyum nipis.Tak tahu bagaimana nak di jelaskan perasaanku ketika ini.Masihkah aku marah pada mama?Dia adalah orang yang aku sayang tiada tolok bandingnya dengan sesiapa pun.
''Kalau ikutkan hati saya memang marah pada dia tapi saya pendamkan saja,dah tak guna saya ungkit lagi,percintaan saya telah pergi untuk selamanya.Lagi pun dia kan mama saya.Berdosa kalau saya membencinya.Cuma saya harap suatu hari nanti dia akan berubah juga.''
''Mulia sungguh hati awak ni,bertuah mama awak ada anak macam awak tau.''
''Tak payah nak puji sayalah,awak tak kenal saya lagi,saya ni ada jugak barannya.Dulu pun saya agak kasar orangnya,suka buat orang menyampah dengan saya.Tu sebab papa saya hantar saya duduk dengan nenek dekat kampung.Nasib baik juga nenek saya tu penyabar orangnya.''
''Jadi awak berubah sebab nenek awak dan Dianlah,ya?''Aku menganggukkan kepala,
''Itulah pendorong saya.''ujar ku pendek.
''Dulu saya ni anak manja mama.Apa saja yang saya nak mama akan berikan.Sehingga saya jadi agak liar sikit mujur papa ambil tindakan cepat,kalau tak saya tak tahulah apa jadi dengan saya ni,belajar ke mana saya pun ke mana.Asyik bercampur dengan mat motor aje.''
''Jadi awak ni mat rempitlah dulu?''
''Baru nak belajar merempit tapi dah kena tangkap dengan papa saya.''
Teringat aku akan kejadian malam yang malang itu.Baru nak mula berlumba muka papa sudah terpacul di depan mata.Siap dia bawak bodyguard lagi.Itulah malam yang menjadi kenangan yang paling tak boleh lupakan.
Suasana antara kami diam seketika.Apa lagi yang nak aku bualkan dengan gadis ini.
''Awak dah lama ke jadi cikgu tadika?''
bibirku cuba memecahkan kebuntuan antara kami.Pelik pulak kalau duduk diam begini.Dia tunjukkan dua jari padaku sebagai isyarat menjawab.
''Maknanya dah dua tahun awak kerja?''Dia anggukkan kepala.
''Saya tengah tunggu permohonan untuk sambung belajar.''
''Kenapa lambat sangat nak sambung belajar?''
''Lepas dapat keputusan saya tolong ibu saya dulu tu sebab saya tak sambung belajar.''
Teringat pula aku kepada Dian,apakah dia dah sambung belajar semula?
''Macam mana yan sekarang?dia dah sambung belajar ke belum?''gumamku perlahan.
''Dia pun masih belajar lagi ke?''
''A...apa awak cakap?''Soal ku kembali tidak berapa dengar soalannya tadi akibat fikiran yang melayang sebentar.
''Saya tanya Dian tu belajar lagi ke?''ulang Siti semula.Aku anggukkan kepala saja.
''Dulu kami sama-sama belajar tapi sejak dia melarikan diri dari saya tak tak tahulah macam mana keadaan dia.Setahu saya dia bekerja selepas ibu dia meninggal dunia sebab tak ada siapa lagi dia nak bergantung hidup.
''Kasihan pulak bila dengar kisah dia,ya.''ujar Siti.
''A'ah,memang menyedihkan kisah hidup dia tapi dia seorang yang tabah.Dia tak ada sesiapa lagi kat dunia ni.Saya pernah suarakan untuk meminang dia.Saya teringin sangat nak jadikan dia suri dalam hidup saya tapi...segalanya punah begitu saja.''
Aku terus meraup muka bersama kesalan yang tak sudah.Sebak mendatang lagi di dalam hati ini.  
''Fakhrul...sudahlah tu jangan bersedih lagi.Awak masih boleh mencari pengganti dia.Kalau awak mahu saya sudi jadi kawan baik awak.''
Aku palingkan muka menghadap dia.Tak sangka dia akan berkata begitu.Ada senyuman meniti di bibirnya saat itu.Entah mengapa hati ku sedikit terubat tika itu.
''Awak ni memang baik hati terima kasih sebab sudi jadi kawan saya awak tak kisah,kan?.''ucapku padanya.
''Tak apa saya tak kisah,cukuplah kalau awak sudi terima saya sebagai kawan.''ujarnya mengerti.
Aku memandang dia sekilas.Apakah akan ada harapan buat kami nanti.Kami berpisah setelah dia meminta diri kerana harus membawa ibunya ke pasar.

DIRI

                                   
                                 DIRI


             PERASAAN INI HADIR LAGI

             TANPA NOKTAH TANPA SEMPADAN

             HATI INI TAK MAMPU MELUPUSKAN

             SEBUAH KENYATAAN...

             MESKI KEBENARAN TERAMAT MEMERITKAN

             MENGAPA TERLALU SUKAR

             UNTUK MENGHAPUSKAN INGATAN INI

             MENGAPA TERLALUU PAYAH

             UNTUK MENGHINDARKAN...
            
             DIRI...

             BERPEGANGLAH PADA JANJI
 
             DIA BUKAN UNTUK HATI
 
             DIA BUKAN UNTUK DI INGATI
          
             DIRI... 

             TERIMALAH KENYATAAN INI

             DIA TAKKAN DI MILIKI...

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...