Saturday, August 27, 2016

AKU bab 18



Suatu hari aku menghubungi juga Damia mengajak dia keluar.Dengan senang hati dia menerima pelawaan ku.Hujung minggu yang di janjikan kami keluar  ke panggung.
Mulanya aku fikir nak ajak tengok cerita aksi tapi dia nak tengok cerita cinta,tak sampai hati pula aku nak membangkang bila melihat wajah teruja dia.Dah lama sangat aku tak tengok wayang.Rasanya dalam panggung tadi puas aku menahan kantuk.Mujur aku tak tersenggut.Sebaik keluar dari panggung puas Damia gelakkan aku.Selepas itu dia mengajak aku menikmati aiskrim pula.
Percaya atau tidak sampai lima perisa dia makan.Katanya dia dah lama tak makan aiskrim.Terkejut aku tengok gelagatnya.
Memang dia ni tergolong sebagai anak manja.Baru kini terserlah sikapnya.Sedikit demi sedikit aku sudah mula memahami dirinya.Mungkin sebab dia anak bongsu agaknya.
"Awak tak sakit perut ke makan banyak aiskrim ni?"Damia tersengih mendengar teguran ku.
"Maaf sebenarnya saya dah lama sangat tak makan aiskrim ni,rindu sangat."
Tercuit hati ku dengan tingkahnya yang bagai anak kecil tu.Alahai,kenapa aku dapat anak manja ni?Agak-agak apa lagi perangainya yang aku kena layan nanti?Rul,bersabarlah jangan mudah buat andaian.
Sebaik kami selesai menikmati aiskrim Damia mengajak aku berjalan-jalan di sekitar Bandar.
Nak menikmati keindahan Bandar katanya.Aku ikutkan saja kehendaknya.
Katanya lagi sejak balik ke sini dia terus bekerja di firma papanya jadi dia tidak berkesempatan untuk bersiar-siar di sekitar Bandar setelah empat tahun belajar di London.Memang aku maklum perkara itu kerana kenduri kesyukuran tempohari adalah untuk meraikan kepulangannya yang baru tamat belajar.Setelah kepenatan aku menghantar Damia pulang dengan selamat.
Damia menyatakan pada ku yang dia gembira kerana dapat keluar bersama ku.Aku nampak kegembiraan itu pada raut wajahnya cuma aku tak pasti tentang hati ku sendiri.Mungkinkah aku telah bersedia untuk hubungan yang baru ini?Kenapa masih ada keraguan dalam hati ini?

Suatu hari Damia mengajak aku ke majlis harijadi anak kawannya.Di situ aku di perkenalkan sebagai teman lelakinya.
Ok,yang tu satu kejutan untuk ku.Rasanya kami belum mengisytiharkan yang kami ni couple.
Aku cuba mengawal riak bimbang kalau dapat di kesan oleh Damia.Bimbang pula dia berkecil hati.Seorang demi seorang kawannya di perkenalkan pada ku.Ramai juga kawan dia ni.Aku sendiri pun tak ada kawan seramai ni.Agaknya dia memang suka berkawan.Satu lagi sikapnya yang aku pelajari.
Usai sesi perkenalan Damia mengajak aku mengambil makanan.Sewaktu kami sedang memilih tiba-tiba kami di sapa seseorang.Kami serentak berpaling.
"Kamal!"seru Damia dengan suara agak terketar.Dia nampak tidak berapa selesa dengan pertemuan ini.
"Hai,Mia..."amboi manjanya suara macam panggil mak we je.
Tersengih-sengih mamat ni memandang Damia.Matanya terpaku pada Damia saja macam aku ni kat sebelah tak wujud pulak.Badan boleh tahan mamat ni.Sado lagi.Damia ku lihat serba tak kena.Gelisah.
Aku tak tahu bagaimana airmuka ku sendiri.Nak kata aku jeles macam tak tapi kenapa aku rasa tak senang hati bila tengok mamat ni?
"Dah lama tak jumpa awak,ya?awak apa khabar?"Tanya Kamal bersama senyuman yang tak lekang dari bibir.Gembira nampak mamat ni.Siapa dia agaknya?Timbul pula pertanyaan di hati ku.
"Er...Rul,kenalkan ni kawan saya masa belajar kat sana."tanpa menjawab pertanyaan Kamal tadi,Damia terus memperkenalkan aku kepada Kamal.
Serta-merta muka Kamal bertukar kelat.Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan mamat muka hensem ni.Rasa tergugatlah pulak.Dia menyambut salam ku dengan genggaman sedikit kuat bagai ingin memberikan aku isyarat.Macam nak cari gaduh je.Pandangan ku terarah ke genggaman tangan kami.Aku cuba meleraikan,akhirnya Kamal melepaskan tangan ku.Sedikit berdenyut.Aku abaikan saja rasa itu.Takkan nak tunjuk yang aku ni lemah sangat.Tak macho lah macam tu.
Alahai,mamat ni mesti selalu masuk gim agaknya.Tu yang tangannya kekar semacam je.
Rul,kau bukan lawan dia,ingat tu.Peringatan diri.
Nampaknya dia tak berapa senang dengan aku dan nampak sangat yang dia suka kan Damia atau lebih jelas sayangkan Damia.Hm,nampaknya aku ada pesaing.
"Awak ok ke?dah lama tak dengar khabar?"pertanyaan Kamal itu membuat Damia bertambah gelisah.
"Er....saya ok je.Sibuk sangat sekarang sebab dah mula kerja kat ofis papa."
"Oh...macam tu atau...awak dah lupakan saya maklum dah jumpa teman baru jadi saya ni pun awak lupakanlah."ujar Kamal bersama kerlingan tajam untuk ku.Kalut Damia seketika.
"Apa awak cakap ni?saya bukan macam tulah."
"Memang betul kan awak dah jumpa 
pengganti saya,dulu sayalah yang awak cari kalau ada masalah tapi sekarang nampaknya awak dah lupakan saya."
"Kan kita kawan,kenapa pulak saya nak lupakan awak?"
"Ya kita kawan tapi saya tak faham kenapa sampai lupakan saya,berapa kali saya hantar e-mail satu pun awak tak balas.Macam ni ke yang awak katakan kawan?"Kamal sudah mula bertegas dengan suara.
Aku pula yang terkebil-kebil dengan drama sebabak diorang ni.Pening aku sekejap.Perlu ke aku masuk campur untuk meredakan ketegangan ini?Airmuka Damia pun aku lihat sudah mula muram.Rasanya elok aku mencelah.
"Saudara,boleh tolong jaga suara awak tu,dia kan perempuan tak elok awak berkeras macam ni."ha ambik kau lembut betul suara aku macam tak percaya pulak itu suara aku.Skema betul kau Rul.
"Kau siapa pulak nak bela dia?"tempelak Kamal pada ku.
"Dia teman lelaki saya!"tegas Damia tiba-tiba.
Aku pulak yang terkejut.Sekali lagi aku bagai tidak percaya.Dia ni memang dah anggap aku ni teman lelaki dia ke?Alahai,ni yang masalah ni.
Airmuka Kamal sudah berubah kelat.Tangannya di genggam erat.Jangan sampai dia lepaskan penumbuk ke muka aku sudah.Mahu huru-hara pulak majlis ni nanti.
"Nampaknya awak memang dah lupakan saya,tak apalah terima kasih banyak,saya pergi dulu."
Kamal terus menghilang di balik keramaian ini.Lega aku mujur tiada apa-apa yang buruk berlaku.Kenapa aku rasa keadaan ini bagai ulang tayang kisah aku yang dulu?Aku dapat rasakan yang Kamal menyimpan perasaan kepada Damia tapi nampaknya gadis di sebelah ku ini melayannya dingin.
Damia beredar ke meja yang berada di bawah khemah itu.Aku turut melangkah di belakangnya.Dia termenung setelah melabuhkan punggung di kerusi.
"Awak tak nak makan ke?"soal ku perlahan.
"Awak tak nak tanya siapa dia?"tanpa menjawab soalan ku tadi dia menyoal ku pula.Nasi di dalam pinggan di kuisnya perlahan.
"Perlu ke saya ambil tahu?"Tanya ku lurus.
"Kenapa tidak awak ni macam tak cemburu je."
"Kan dia kawan awak masa belajar kat sana jadi perlu ke saya jeles tak tentu hala?"balas ku pula.
Kenapa aku rasa dia bagai sedang menahan marah?Nampaknya aku sudah tersalah cakap.Damia memandang sepi makan di depannya.Senyap.Mukanya jelas tidak berpuas hati.Alahai,nak kena pujuklah nampaknya.
"Awak...makanlah tak elok di pandang aje makanan tu nanti perut awak tu masuk angin pulak."sehabis lembut aku cuba mengawal suara.
Damia mengerling aku sekilas.Perlahan dia mengambil sudu dan mula menyuap makanan.Terpujuk juga dia dengan ayat ku tadi.Lega rasa hati.
"Dia memang ada menyimpan perasaan pada saya tapi saya dah tolak dia."tiba-tiba Damia bersuara.
Memang benarlah seperti telahan ku tapi kenapa di dalam hati ku bagai tidak terusik?Kenapa aku tak ada rasa nak cemburu?Nampaknya aku kena kaji balik perasaan aku ni.
"Kenapa awak tak bagi dia peluang saya nampak dia bersungguh dengan awak."
"Kalau hati tak cinta macam mana nak di paksa."ujarnya selamba.
Tangannya sudah terhenti menyuap.Betullah tu kalau hati tak ada perasaan takkan nak paksa pulak.Gumam hati kecil ku.
"Awak tak cemburu ke tengok dia?"ha sudah ayat perangkap dia dah bagi aku.Tak puas hatilah tu.Aku diam tak mampu menjawab.Serba-salah pula rasanya.
"Saya rasa lebih baik kita berkawan saja,tak sanggup saya nak menipu diri sendiri lagi lebih-lebih awak,saya tak nak awak rasa terpaksa pulak."Damia tiba-tiba bersuara tegas.
"Apa maksud awak?"
"Awak tak mungkin dapat menyayangi saya,kan?saya tak nampak pun kesungguhan awak."soal Damia cuba mencari mata ku.
Pandai sangat dia membaca fikiran ku.Nafas berat aku lepaskan.
"Kita baru lagi berkawan takkan awak dah menyerah kalah."ujar ku cuba berdiplomasi.
"Saya tak boleh nampak perasaan tu dalam diri awak jadi tak guna kita teruskan hubungan yang tak membawa erti ni."
"Cepat sangat awak membuat keputusan. Kan kita dah janji nak bagi ruang untuk diri masing-masing."aku cuba memujuk dia lagi.
"Saya tak nampak akan ada ruang dalam hati awak untuk saya diami."
"Awak dah pasti dengan keputusan awak ni?awak takkan menyesal?"soal ku inginkan kepastian.
"Saya rela menyesal hari ni dari menyesal di kemudian hari kelak."
"Habis nak cakap apa dengan orangtua kita nanti?"
"Cakap aje yang betul."
"Awak tak kisah kena marah nanti?"
"Ibu saya tak kisah dia tak paksa saya dalam soal jodoh ni."
"Untuk awak mudahlah tapi bukan mudah untuk saya nanti."gumam ku perlahan.
Habislah aku kena ceramah dengan mama.Tadah sajalah telinga ni nanti.
"Kalau kita paksa diri pun tak guna juga,saya tahu awak terpaksa.Saya tak mahu begitu."
"Awak dah nekad dengan keputusan awak ni?"tanya ku lagi ingin kepastian.
Damia mengangguk.Ada satu rasa yang menyulam di dalam hati ku entah sesal atau terkilan.Aku meraup muka.Dada semakin rasa sesak.Aku terduga lagi.
YA ALLAH!berikan aku sedikit kekuatan.Pinggan di depan ku tolak ke tengah.Putus sudah selera ku.Malas aku nak bersoal jawab lagi dengan gadis di sebelah aku ni.Rasanya lebih baik kami keluar dari majlis ini.Akhirnya aku mengajak Damia pulang.Mujur dia mengikut tanpa banyak soal lagi.Setelah berjumpa tuan rumah kami segera meninggalkan kawasan perumahan itu.
Sekali lagi aku gagal nak sempurnakan hajat mama.Pasrah sajalah Rul.Tempuhi segala dengan rasa yakin.Biarlah dia jalani hidupnya dengan caranya kalau sudah itu jalan yang di pilih. 

Thursday, August 11, 2016

AKU bab 17



Petang itu aku berjumpa Siti Aisyah.Dua hari lepas aku sudah menelefon mengajak dia berjumpa.Demi Salim aku ikutkan juga permintaannya.Aku menunggu di taman sekitar tempat dia mengajar.
Di situlah tempat yang pernah dia melihat aku mengalirkan airmata dulu sewaktu aku tahu siapa penyebab perpisahan antara aku dengan Dian.Aku lepaskan nafas berat.
Bagaimana aku mampu menghadapi perangai mama tu.Sudahlah Rul dengan mama sendiri takkan nak bermusuh pulak.Nak jadi anak yang baik ikut saja kemahuannya.Yang penting perlu mendoakan untuk mama berubah menjadi seorang yang bertimbang rasa dan moga doa yang selalu ku titipkan akan termakbul jua suatu hari nanti.
Suara memberi salam mematikan lamunan ku yang tak seberapa.Aku mengangkat muka.
Wajah Siti Aisyah menyapa pandangan mata.Sekuntum senyuman terhias di wajah itu.Segera aku menjawab salam itu lantas mempersilakan dia duduk.
"Dah lama tak jumpa,ya."tegur Siti sambil meletakkan tas tangannya di atas meja.Aku menganggukkan kepala.
"A'ah,awak dah jadi tunang orang,takkan saya nak kacau pulak."ujar ku.Siti tergelak perlahan.
"Jadi sekarang awak apa khabar?"tambah ku lagi.
"Macam yang awak tengoklah."balas Siti selamba.
"Apa niat awak ajak saya jumpa ni?"
"Saya rasa awak dah tahu sebabnya,kan?"
"Pasal saya dengan abang Salim?"Entah mengapa sebaik aku mendengar Siti memanggil Salim begitu,hati ku di cuit rasa geli hati.
"Amboi...amboi...dah mula panggil abang nampak."usik ku.Siti tersenyum malu sambil menundukkan muka.
"Dah memang dia lagi tua dari saya kenalah panggil macam tu."
"Yalah tu,saya pun tua dari awak,kenapa awak tak panggil abang pun?"
"Awak tu lain,awak tu kawan saya.Saya segan nak panggil abang takut awak perasan pulak."ketawa kami lepas sebaik Siti  berseloroh.
"Pandai bagi alasan ya.Jadi sekarang bagaimana awak dah dapat terima dia,ke?"
Serta-merta wajah Siti berubah,menunduk sambil mencapai daun kering yang jatuh di atas meja itu.
"Saya sedang cuba nak menerima dia tapi sekarang saya keliru."nafas berat di lepaskan Siti sambil menebarkan pandangan ke serata taman yang tidak sunyi itu.
Beberapa keluarga sedang menikmati perkelahan di tepi tasik yang menghijau.
"Awak jangan salah faham dulu,apa yang awak nampak tak sama dengan apa yang awak fikir."
"Berpegang tangan tu tak salah ke?"bidas Siti pula.
Ish,parah ni hari tu Salim tak cakap pun bab pegang tangan ni.
"Jadi awak tak nak maafkan dialah."
"Bukan tak nak maafkan,saya keliru,saya takut kalau dia cuma nak mempermainkan saya."
Nampaknya aku kena menyakinkan gadis ini.Perasaan yang ada di dalam hatinya nampak rapuh dan aku bimbang kalau kawan aku jadi gila bayang nanti.
"Awak percaya pada saya tak?"Tanya ku pada Siti.
"Kenapa awak tanya macam tu?"
"Yalah,kalau awak percaya tentu awak sedar apa yang saya cakap pada awak tu benar belaka terutama perasaan dia pada awak.
Selama saya kenal dia tak pernah lagi dia serius dengan perempuan sampai begini sekali.Memang saya akui dulu dia seorang yang suka berkawan dengan ramai perempuan tapi sejak dia kenal awak semua perempuan tu dah tak ada dalam hidup dia.Dia dah buang semua tu dari hidup dia."
"Awak ni macam macam bela dia kawan awak je."
"Bukan macam tu saya cuma tak mahu awak menyesal aje kalau awak lepaskan dia."
"Awak tak berada di tempat saya."
"Sebab tu saya nak awak mengenali dia dengan lebih dekat awak kan tunang dia,awak bakal menjadi suri hidup dia.Nanti dah kahwin awak buatlah syarat yang ketat supaya dia tak terlepas dari tangan awak dan supaya dia tak mampu memandang perempuan lain lagi."
Ish,aku ni mengajar yang betul ke tak?macam nak ngajar perempuan ni jadi queen control pulak.He...he...kalau untuk kebahagian diorang apa salahnya,kan.Siti tertawa halus.
"Saya bukan tak percaya langsung pada dia tapi hati saya ni tengah marah,keliru dan cemburu pun ada."
Lega aku mendengar kata-kata Siti.Sekurangnya dia tak minta untuk memutuskan pertunangan.
"Jadi janganlah mendera dia lagi,maafkan saja dia,apa yang jadi hari tu cuma salah faham.Awak dengar penjelasan dia baik-baik.Lagi pun korang kan dah nak naik pelamin tak lama lagi.Saya tengok hari tu dia pun dah kusut sangat.Saya bimbang kalau lagi lama awak dera dia,nanti tak pasal-pasal dia jadi gila pulak."
"Ish,takkan sampai macam tu?"
"Betullah saya cakap Salim tu nampak je macam kuat tapi dia tak kuat pun nak layan perasaan kecewa.Saya dah lama kenal dia.Apa kata balik nanti awak hubungi dia ya,saya dah janji sebaik saya dapat memujuk awak ni,saya akan minta awak telefon dia segera.Tentu dia ternanti-nanti panggilan awak."
"Awak rasa awak dah mampu pujuk saya ke?"soal Siti seolah mencabar kewibawaan ku.
Aku lepaskan nafas panjang.
"Tolonglah jangan berdegil,saya tahu dalam hati awak tu tentu sudah ada rasa sayang pada dia kalau tidak takkan awak teruskan perhubungan ini,kan?"pujuk ku lagi sengaja melembutkan suara sedikit agar perempuan ini termakan kata-kata ku.
"Awak boleh kan janji dengan saya."tambah ku lagi.
"Em...tengoklah dulu kalau hati saya ni dah sejuk."
"Tolonglah jangan macam ni,benda yang kecil takkan nak besarkan,tak elok untuk rumahtangga nanti."
Ceh,macam aku ni dah berumahtangga nak bagi nasihat bagai.Siti mengeluh keras.
"Oklah,nanti saya call dia."balas Siti sambil menjeling ku.
Aku tahu dia tidak berpuas hati dengan pujukan ku tapi aku buat tak tahu sebab yakin dia pasti akan termakan juga dengan nasihat ku tadi.

Beberapa hari lepas aku mendapat khabar gembira dari Salim yang tunangnya sudah memaafkan dia.
Betapa aku pula yang rasa lega dengan perkhabaran itu.Haish,macam macam kisah orang bercinta ni.Kisah aku ni bagaimana pula ya?Apa yang patut aku lakukan sekarang?Patutkah aku hubungi Damia untuk mengeratkan hubungan kami?Aku termenung sambil pandangan tertera ke siling bilik.
Macam mana nak pujuk hati sendiri kalau luka lama belum sembuh sepenuhnya?Aku tak tahu apakah luka ini akan mampu untuk sembuh sendiri.



Monday, August 8, 2016

BOS SINGA KU SAYANG



Jasmin!!jeritan dari singa lapar sudah mengaum dari corong intercom.
"Terkejut aku.Geram betul aku tengok singa lapar ni tau nak menjerit saja.Tak sakit ke tekak tu kalau satu hari tak menjerit pada aku."rengus Jasmin bersama cebikan di bibirnya.Di pegang dadanya yang terkejut tadi
Jasmin bangun juga dari kerusi yang di duduki.Buku nota di capai lalu segera langkah di atur menuju ke bilik bos nombor dua di syarikat itu.
Pintu di ketuk dan setelah bosnya yang bernama Amir Safwan menjerit dari dalam bilik menyuruh dia masuk barulah Jasmin berani membuka pintu.Pernah sewaktu dia baru bekerja di situ Amir memarahinya kerana dia membuka pintu sebelum di benarkan masuk.Sejak itu Jasmin tidak lagi mengulangi kesilapannya.Jasmin berdiri di depan Amir.Tika itu juga Amir yang sedang merenung dokumen di depannya segera mengangkat muka.
"Kopi saya mana?"sergah Amir.Bulat mata hitamnya memandang tajam ke arah Jasmin.
"Hai,bukan tadi saya dah buatkan kopi ke,bos?takkan tak cukup lagi?dan masa bila pulak bos mintak kopi lagi?"
selamba Jasmin menyoal kembali bosnya.
Muka Amir sudah menegang.Dia bangun lalu menghampiri Jasmin.
"Awak kalau tak soal saya balik boleh tak?dari tadi saya mintak kopi mana telinga awak letak atau dalam telinga dah banyak sangat taik telinga?"
Amir menunjal telinga Jasmin yang di sebalik tudung itu.Walau tunjalannya tidak sekuat mana tapi Jasmin terasa malu bila di perlakukan begitu.Kan mereka bukan mahram.
Alahai,bos ni kalau dah marah tak ingat apa yang sedang di buatnya.
"Bos,saya mintak maaf lain kali saya tak buat lagi.Tolonglah jangan tunjal telinga saya.Malu saya bos.Saya repot dengan bos besar nanti."rayu Jasmin cuba bergurau dengan harapan agar bosnya itu akan berhenti memperlakukannya begitu.Amir berhenti tika itu juga.
"Awak ingat saya takut dengan ugutan awak tu?"buntang lagi mata Amir yang sudah sedia membulat merenungnya.
Terteguk air liur Jasmin saat itu.Dia menundukkan muka.
"Maaflah,bos saya pergi buat kopi yang bos mintak tu,ya."mengalah juga Jasmin dengan kerenah bos singanya itu.Bergegas dia keluar dari bilik itu.
"Huh!dia ingat dia besar sangat nak ugut aku balik?"Amir menggumam sendiri sambil membetulkan tali lehernya.Dia tersenyum sendiri.Lega rasa hati dapat mengenakan gadis itu.
Gadis itu sebenarnya telah berjaya menyentuh hatinya saat pertama kali bersua muka di ruang legar bangunan itu.Gadis yang melanggarnya dengan tidak sengaja sewaktu mula-mula masuk kerja di situ.Gadis itu juga yang telah membuatkan dia kecewa saat dia mendapat tahu yang gadis itu telah pun bertunangan.Sengaja Amir mencipta jarak dan rasa benci itu agar dia tidak terikut-ikut dengan perasaannya sendiri.
Amir membawa diri ke jendela pejabat.Termenung seketika di situ.Bagaimana lagi aku nak cipta kebencian ini kalau kau sentiasa di depan mata.Hendak di berhentikan gadis itu terasa sayang pula.Gadis itu terlalu polos,terlalu jujur.Selalu menurut katanya tanpa banyak bicara.
"Tuk!tuk!" 
"Masuk!"jerit Amir.Pandangannya masih tidak berkalih dari jendela itu.
"Bos...ni kopi yang bos nak tadi.Maaf sekali lagi saya dah  buat silap tadi tak dengar bos panggil saya."Jasmin meletakkan mug itu di atas meja.
Amir mengisyaratkan tangannya agar Jasmin keluar dari situ.Jasmin yang faham dengan arahan tersebut terus saja keluar dari bilik itu dan menutup pintu kembali.Dia mengurut dadanya sebentar sambil menyandar di pintu bilik Amir itu.
"Fuh!nasib bos tak menjerit lagi."gumam Jasmin lalu  segera kembali ke tempat duduknya.
Dalam masa yang sama Amir yang masih berdiri di tepi jendela itu hanya melirik senyum bila terkenangkan tingkah setiausahanya yang comel itu.
Hm...macam mana aku tak terpikat,sikap kau tu buat aku makin gila bayang setiap saat.Kopi tu cuma alasan untuk aku melihat wajah kau Aliya Jasmin.Amir pegang dada yang rasa berdebar.Rasa itu tak surut sejak dari tadi.Hm...kenapalah kau dah bertunang,kalau kau solo lagi,sekarang jugak aku suruh ayah dan ibu masuk meminang.Nasib...nasib.Redha aje lah Amir,kalau dah bukan jodoh kau nak buat macam mana lagi.Wajah di raup perlahan.Amir kembali ke tempat duduknya.Di ambil mug yang masih berasap itu lalu di teguk perlahan.Mm...secukup rasa,tak manis tak pahit sangat.
Pandangan Amir di tebar keluar bilik.Tepat ke wajah setiausahanya.Jauh di sudut hatinya masih berharapkan agar sesuatu keajaiban berlaku.

Jam menunjukkan ke pukul enam petang,Jasmin segera menutup pc yang di gunakan setelah kerjanya selesai.Tas tangan di ambil dari dalam laci dan dia ingin segera pulang.Interkom di tekan untuk memaklumkan bosnya yang dia hendak pulang,Kalau tidak di beritahu nanti pasti bos singanya itu mengaum lagi.
Sewaktu kakinya sedang melangkah menuju ke lif,telefonnya berbunyi.Terkial-kial Jasmin membuka tas tangannya.Jasmin mengambil telefon itu lalu membukanya.Satu mms di terimanya.Bulat matanya memandang skrin  itu.Dadanya berdegup kencang,Jasmin rasa bagai nak rebah.
Pandangannya mulai kabur dan tanpa di sedari tubuhnya jatuh di depan lif itu.Seorang rakan sekerja yang sedang menuju ke situ segera menerpanya.
"Jasmin!awak kenapa ni?Jasmin!"kalut rakannya itu sekejap.
Tubuh Jasmin di pangku.Umairah segera memanggil rakannya yang lain.Sekelip mata beberapa rakan yang masih berada di pejabat itu berlari mengerumuni mereka.Amir yang sedang keluar dari biliknya terdengar jeritan itu turut menerpa ke situ.
"Eh,yang ramai-ramai berkumpul ni kenapa?"
"Encik Amir,Jasmin pengsan,Encik."
"Ha!Jasmin pengsan?"terjerit Amir saat itu lalu menerpa ke arah yang di maksudkan.
"Jasmin...bangun Jasmin...kenapa ni?"Amir menggoncang bahu Jasmin yang tidak sedarkan diri di pangkuan Umairah itu.
"Encik,saya rasa baik kita hantar dia ke hospital."
"Macam mana boleh jadi begini?"Tanya Amir gelabah.Hatinya tidak keruan bila melihat pujaan hatinya yang pengsan itu.
"Tak tahulah Encik,masa saya sampai tadi saya tengok dia tiba-tiba je rebah."
"Awak tolong bawakkan beg tangan dia,saya nak bawak dia ke hospital."
Amir segera mencempung Jasmin yang tidak sedarkan diri itu.Dia segera masuk ke dalam lif di ikuti oleh Umairah.
"Encik nak saya ikut sekali ke?"Tanya Umairah.
"Tak apalah awak baliklah dulu,biar saya yang uruskan dia."balas Amir sambil mengambil tas tangan Jasmin yang di hulur Umairah itu sebaik dia meletakkan Jasmin di kerusi sebelah pemandu.
Mujur dia telah meletakkan kereta tak jauh dari lif tersebut.
Amir segera memandu menuju ke hospital.Sampai di depan hospital dia telah meminta bantuan petugas unit kecemasan itu untuk membawa Jasmin masuk.Hampir setengah jam berada di dalam wad kecemasan barulah seorang doktor keluar dan memaklumkan keadaan gadis itu kepada Amir Safwan.Hanya masalah tekanan darah rendah dan stress terlampau yang di maklumkan oleh doktor tersebut.Amir kesal perkara itu berlaku.Mungkin kerana dirinya maka gadis itu jadi begitu.
Ah!apa yang kau buat ni Amir,bukan ke kau sayang dia tapi kenapa kau perlakukan dia begitu?Amir meraup muka dengan kesalan yang tak sudah.Aku berjanji mulai sekarang aku akan jaga hati dia,buat dia gembira dan takkan sakiti hatinya lagi.Tapi...hati aku ni bagaimana?Bukankah dia dah bertunang bahkan tak lama lagi nak berkahwin,aku jugak yang kecewa nanti.Ah!!berat sungguh beban perasaan ini.Kenapalah aku jatuh cinta dengan tunangan orang?
Bunyi telefon bimbit dari dalam tas tangan Jasmin mengejutkan Amir yang sedang bermonolog sendiri.Teragak-agak dia mahu membuka tas tangan itu tapi bunyi itu membuatkan dia tidak senang hati.Mungkin ada panggilan yang penting.Amir buka juga tas tangan itu lalu tangannya mengagau mencari telefon bimbit itu.Sebaik jumpa Amir terus membukanya.Mujur Jasmin tidak mengunci keypad telefonnya.Ada satu mesej yang masuk.Orang dah pakai telefon pintar mengapa dia masih pakai telefon ni lagi?Alahai,Jasmin ku sayang.Wajah Jasmin yang terpapar di skrin itu menarik perhatian Amir.Patutlah bila aku nak whassap dia kata tak boleh,inilah sebab rupanya.Tak apalah sayang nanti Mir belikan telefon baru untuk sayang ya.Tersengih sendiri dia sambil bercakap dengan gambar gadis pujaan hatinya itu.Mms itu di bukanya.Terbuntang matanya melihat gambar itu.Gambar seorang lelaki sedang berpelukan dengan seorang perempuan di atas katil.Beristighfar panjang Amir.
"Apa semuanya ni?siapa pulak yang hantar gambar macam ni?"gumam Amir sendiri.Terasa jijik hendak melihat gambar itu lagi lantas tangannya segera menutup folder mesej tersebut.
Tergerak pula hatinya ingin melihat gambar Jasmin lalu Amir membuka pula folder gambar.Sekeping demi sekeping gambar Jasmin menjadi santapan matanya.Sehingga tiba pada sekeping gambar tangan Amir terhenti.
"Eh,ni kan gambar lelaki tadi!"Gambar Jasmin sedang berbaju kurung merah jambu bersama seorang lelaki di dalam pakaian baju melayu rona yang sama memegunkan pandangannya.Ni gambar tunang dia ke tapi tadi gambar lelaki ni juga,kan?YA ALLAH!Apa yang lelaki ni dah buat?Mungkinkah Jasmin pengsan setelah melihat gambar tadi?Serta-merta hati Amir jadi geram.Panas hatinya setelah tahu penyebab sebenar kenapa Jasmin boleh pengsan.Kau memang nak mati kat tangan aku.Tunggu kau kalau aku jumpa memang nahas kau aku kerjakan.Penumbuknya di genggam erat.Amir bangkit menuju ke luar cuba meredakan ketegangan hatinya. 
  

Matanya di buka perlahan.Kabur namun lama kelamaan satu sinar terang mulai memancar ke matanya.Aku di mana ni?Fikir benaknya.Pandangan di tebar ke serata bilik.Macam kat hospital je.Fikirnya.Tiba-tiba pandangannya tertancap ke satu kelibat manusia yang sedang terbaring di sofa.
Encik Amir!Eh,macam mana pulak dia boleh ada kat sini?Apa yang berlaku sebenarnya?Mindanya cuba mencerna semula perkara yang terjadi sebelum ini.Tadi aku kat pejabat nak balik tapi tiba-tiba...
Fikirannya terhenti berfikir sejenak.Mms tu...gambar tu.Jasmin kaget.Dia cuba bangun tergesa-gesa namun salur cecair yang melekat di tangan menghalangnya.Mana telefon aku?Dia tercari-cari sesuatu.Beg aku mana?
Erk,takkan dia pulak yang pegang?Matanya terpandangkan Amir yang sedang lena.Nak kejutkan ke?
Aku tak mimpi,kan?Gambar tu memang betul,kan?
YA ALLAH!Apa yang berlaku sebenarnya?Hati Jasmin di rundung sebak.Kenapa dia curang di belakang aku?Bukankah kami akan berkahwin tak lama lagi?Apakah salah dan silap yang aku telah lakukan padanya sehingga dia sanggup perlakukan aku begini?Jasmin tidak dapat menahan sendu yang hadir dia menangis teresak-esak di situ.
Tanpa di sedari tangisannya itu mengejutkan Amir yang sedang lena.Dia bangun dalam keadaan terpisat-pisat.Kenapa dia menangis pulak ni?Takkan...ah...nampaknya aku pulak yang kena pujuk dia ni.Amir bangun juga menuju ke katil Jasmin.Dia duduk di kerusi yang tersedia di situ.
"Err...Jasmin...awak ok ke?"Amir teragak-agak hendak memujuk gadis yang sedang menangis sambil memeluk lutut itu.Tersedu-sedu di lihatnya gadis itu.Alahai,ni yang aku lemah ni,aku bukannya pandai dalam bab memujuk ni.Haish,nak buat macam mana ni.
"Jasmin,awak jangan macam ni,kumbang bukan seekor,kalau kumbang yang ada tu tak boleh di harap,awak cari saja kumbang yang lain."
Erk...apa yang aku merepek ni,nak bermadah pun tunggang langgang bunyinya.Amir tergaru-garu kepala sendiri.Tak sangka pula ayat itu yang terpacul dari bibirnya.Saat itu juga Jasmin memanggungkan kepala.
"Apa yang Encik Amir cakap ni?"soal Jasmin bersama kerutan di keningnya yang agak lebat.Airmukanya masih cemberut.
"Er...saya tak pandai nak pujuk orang.Er...sebenarnya saya dah tahu apa yang berlaku pada awak.Kalau dia curang tak guna pun awak menaruh harapan pada dia lagi.Lebih baik awak cari saja yang lebih baik dari dia."
"Tapi saya masih sayang pada dia.Dah lama kami bercinta takkan nak putus macam tu saja.Lagi pun saya tak pasti gambar tu gambar dia ke tidak.Saya kena jumpa dia dulu untuk pastikan semuanya."
Habislah peluang aku.Amir bangkit dari kerusi yang di dudukinya dengan wajah muram.Hatinya kecewa.
Langkahnya di bawa kembali ke sofa lalu dia merebahkan badan.
"Er...kenapa Encik nampak sedih?"Jasmin menegur bosnya.Saya kecewa dengan awak.Bisik hati kecil Amir.Dia cuba melelapkan mata kembali.
"Kalaulah hati saya ni mampu awak lihat,tentu awak tahu apa yang tersirat di hati kecil saya."Gumam Amir perlahan.
"Apa maksud Encik?"persoalan itu Amir biarkan tanpa di jawab.Dia terus melelapkan mata. 
Pagi itu Jasmin bangun dengan muka tercengang.Kenapa dia masih ada dekat sini.Dia tak balik ke semalam?Jasmin bingung dengan perlakuan bosnya yang garang macam singa itu.Bagaimana dalam sekelip mata dia boleh berubah laku dan nampak mengambil berat pada aku?Bunyi jururawat yang sedang memeriksa Jasmin mengejutkan Amir yang sedang lena.Dia segera bangkit untuk keluar dari situ.
Beberapa ketika selepas jururawat meninggalkan bilik itu Amir masuk semula.
"Encik tak balik ke semalam?"
"Tak,saya nak teman awak."
"Tak baik Encik buat macam tu lebih baik Encik balik.Saya pun dah nak keluar hari ni,tak payah Encik teman saya lagi."
"Eloklah macam tu boleh saya hantar awak balik."
"Erk...tak payahlah Encik saya boleh balik sendiri."ujar Jasmin cuba mengelak.
"Saya dah kata saya hantar awak balik jadi jangan banyak songeh boleh tak?"tiba-tiba Amir meninggikan suaranya.Haish,nasib tak gugur jantung aku.Tiba-tiba je nak marah.Bisik hati kecil Jasmin.
"Awak jangan menjawab cakap saya,ya."tegur Amir tegas.Airmukanya sengaja di seriuskan lagi.
"Eh,bila masa saya menjawab bukak mulut pun tak."balas Jasmin selamba cuba mengawal rasa takut yang hadir.Singa ni macam nujum la pulak.
"Awak ingat saya tak tahu apa kat dalam hati awak tu?"
Sudah,parah kalau macam ni aku cakap dalam hati pun dia tahu.Payah memang payah.Jasmin memalingkan muka tak sanggup memandang wajah bos singanya itu.Kalau macam ni susah aku nak ngumpat dia lagi.
"Ha,apa lagi tu yang tak puas hati tak payahlah pusing muka ke sana pulak!"
"Eii...bos ni,saya bukan cakap apa pun yang bos nak menengking tak tentu pasal ni kenapa ha!cakap aje lah kenapa?"Jasmin melepaskan juga perasaan geramnya.
"Sebab saya suka awak!!saya tak nak awak balik semula dengan tunang awak yang curang tu!faham tak!huh!"
Tanpa dapat di tahan Amir terlepas kata.Keduanya terkaku.

Selepas beberapa saat Amir tersedar,dia segera memalingkan wajah lalu beredar ke tepi jendela bilik wad itu.Cuba meredakan perasaan sendiri.Di pegang dadanya yang laju berdebar.
Manakala Jasmin pula hanya menundukkan muka.Benar ke apa yang dia cakap tu?Monolog hati Jasmin.Jasmin pegang dadanya.Ada debaran yang singgah.Kenapa pulak saat macam ni dia tiba-tiba cakap tentang perasaannya?Takkan dia...oh tidak!
Beberapa minit berlalu tiba-tiba Jasmin teringatkan tas tangannya.Di jeling bosnya yang masih termenung di tepi jendela itu.
"En...Encik...beg saya mana?"
Jasmin beranikan diri membuka mulut.Amir berpaling kemudian mendekati katil Jasmin.Kabinet di sebelah Jasmin di buka lalu dia mengeluarkan tas tangan tersebut.Amir menghulurkan tas tangan itu kepada Jasmin tanpa memandang wajah gadis itu.Hatinya masih libang-libu dengan apa yang baru berlaku tadi.Jasmin segera mengucapkan terima kasih sebaik tas tangan itu di ambil.Amir hanya menjawab di dalam hati lalu beredar semula ke jendela.Telefon di dalam tas tangan itu di ambil lalu di keluarkannya.Folder mesej segera di buka.Terpapar lagi gambar itu.Gambar yang menyebabkan dia pengsan petang semalam.Ada satu lagi gambar yang baru di terima,mungkin gambar ini yang di lihat oleh bosnya itu.Hatinya di landa sebak kembali.
"Awak memang dah curang di belakang saya,sampai hati awak.Selama ini saya begitu setia pada awak tapi inikah balasan yang patut saya terima?"
Amir yang terdengar keluhan gadis itu berpaling dan hatinya terasa sebak saat melihat airmata gadis itu.Tolonglah jangan menangis saya tak sanggup tengok airmata awak.Bisik hati kecil Amir.
"Awak...boleh tak temankan saya jumpa tunang saya nanti?"
Tiba-tiba Jasmin bersuara dalam sebak.Terkedu Amir seketika.Teragak-agak dia ingin menjawab.
"Encik!boleh tak?"tanya Jasmin lagi bila Amir diam membisu.
Eh,tadi dia panggil aku awak sekarang Encik balik,apa kena dengan perempuan ni.Perlahan-lahan Amir menganggukkan kepala tanda setuju.
"Lepas awak keluar kita terus pergi jumpa dia,ya."ujar Amir seraya memandang wajah yang masih tergenang.Serasa ingin di sapu airmata itu dengan jemarinya namun dia sedar di tahap mana kemampuannya.

Seperti yang di rancang mereka pergi berjumpa tunang Jasmin.Memang benar apa yang di sangka oleh Jasmin.
Syukri betul-betul sudah berubah dan dia mengaku mempunyai hubungan dengan perempuan di dalam gambar tersebut.Hancur luluh hati Jasmin bila segala yang di impikan musnah dalam sekelip mata.Airmatanya tidak berhenti menitis sehingga Amir naik risau.Alahai,perempuan ni macam mana aku nak pujuk ni?Bukannya aku pandai bab bab begini.Amir serba-salah akhirnya dia memberhentikan kereta di tepi jalan.
"Jasmin,awak janganlah macam ni,tak guna awak menangis airmata darah sekali pun,dia takkan balik ke pangkuan awak lagi.Sudahlah tu,awak jangan sedih lagi,saya ni bukan pandai pun nak pujuk awak."
Saat itu juga Jasmin berhenti menangis.Dia memandang tajam kepada Amir.
"Saya tak suruh awak pujuk saya pun."sedikit meninggi suara Jasmin.Bengang dengan kata-kata lelaki di sebelahnya itu.
"Yang awak marah saya kenapa?bukan saya yang buat salah dengan awak."Amir turut meninggikan suaranya.
Jasmin tertunduk.Tersedar akan ketelanjuran suaranya tadi.Untuk seketika mereka diam tidak berkutik.
"Maaf saya tak sengaja.Saya bingung sekarang,majlis kami dah tak lama lagi.Saya terpaksa batalkan semuanya.Apa saya nak beritahu pada abah saya kat kampung.Tentu dia akan salahkan saya nanti."
"Cakap saja yang benar."balas Amir pendek.
"Encik tak faham dengan abah saya,dia pasti akan salahkan saya.Dia takkan percaya dengan kata-kata saya nanti sebab dia sayangkan sangat bakal menantu dia tu."
"Awak nak saya bantu ke?"ujar Amir Safwan cuba membantu.
"Eh,jangan Encik masalah saya takkan saya nak bebankan Encik pulak."bantah Jasmin segera sambil menyapu airmatanya.
"Saya ikhlas nak bantu,kalau awak nak saya jadi pengganti pun saya sanggup."ujar Amir sambil menayang sengihannya.
Melopong mulut Jasmin bagai tidak percaya ayat yang keluar dari bibir berkumis tipis itu.Amir memandang tepat ke mata gadis itu.
"Jasmin...sebenarnya saya dah jatuh cinta dengan awak."
lurus saja ayat itu meluncur dari bibir Amir Safwan.Terkebil-kebil Jasmin saat itu.
"Tutup mulut awak tu nanti masuk lalat pulak."tegur Amir selamba dengan sengihan panjang.
Jasmin terus menutup mulut seperti yang di suruh Amir.Tercuit Amir dengan tingkah Jasmin itu.Polos.Jasmin diam menunduk tak sanggup memandang panahan mata bos singanya itu.Tajam sangat.Bukan dia tak sedar betapa kacaknya lelaki itu dan bukannya hatinya tidak tersentak dengan perilaku Amir tapi Jasmin sengaja membutakan matanya selama ini.Dia sedar yang dia adalah tunangan orang jadi mana mungkin dia akan berlaku curang.Sekarang dia sedar dia telah tersalah meletakkan kepercayaan.Syukri bukan lelaki yang sepatutnya menjadi khalifah di dalam hidupnya.Patutlah sejak akhir-akhir ni berbagai alasan lelaki itu berikan bila di ajak berjumpa.Rupanya di dalam diam aku di khianati.
"Jasmin kenapa awak diam ni,awak tak nak bagi saya jawapan,ke?"teguran Amir mematikan lamunannya.
Er...bila dia tanya aku soalan?bisik hati kecil Jasmin.
"Jawapan apa saya nak bagi kalau Encik tak bagi soalan?"
"Oo...ye ke?maaf saya silap.Sepatutnya saya tanya awak soalan baru mintak jawapan,kan?ok...ok...saya tanya jangan awak tak jawab pulak,ya?"dengan wajah polos Jasmin menganggukkan saja kepala.
"Ehem...ehem...Jasmin,kalau saya mintak awak jadi isteri saya mahu,ke?"
Bagai di hempap batu besar rasanya kepala Jasmin dengan soalan Amir itu.Jasmin terasa tangannya semakin sejuk dan badannya menggeletar.Peluh dingin sudah mula memercik dari belakang badannya.Habislah pasti lencun baju ni,aku bukan boleh kalau orang tanya aku soalan macam ni.
"Jasmin awak ni kenapa?"
Pelik Amir melihat Jasmin yang gelabah semacam.Hai,aku baru tanya soalan macam tu,dia dah tak tentu arah ke?ni belum aku buat tut...tut...ish tak patut aku fikir macam tu dia belum halal untuk aku pun.Amir pandang lagi orang di sebelahnya.Kasihan pula tengok muka dia.
"Awak...awak ok ke ni?"tanya Amir separuh cemas.
"Jasmin awak ok tak?jangan buat saya cemas boleh tak?"
"Sa...sa...saya ni ada penyakit mudah gelabah,tambahan kalau soalan macam tu keluar lagi saya takut."lurus Jasmin menjawab soalan Amir Safwan.
Amir ketawa perlahan.Terasa lucu dengan kata-kata Jasmin itu.Jujur betul tak reti nak bengkang-bengkok.Amir semakin di lamun cinta dengan gadis itu.
"Saya betul-betul ikhlas nak ambil awak jadi isteri saya.Ini bukan main-main atau gurau senda.Awak cuma cakap ya saja saya akan rombongan secepat mungkin."
"Tapi Encik,kita bukan bercinta pun macam mana nak kahwin?"
"Lepas kahwin nanti kan boleh bercinta."
Jasmin berfikir sejenak.Boleh ke macam tu?Tapi dia ni garang macam singa.Aku takut nak letakkan harapan.
"Tapi Encik ni garang,saya tak pasti yang saya boleh terima Encik."
Hish,dia ni dari tadi tapi tapi,teruk sangat ke aku ni?"
"Sebenarnya saya bukan sengaja nak garang dengan awak tapi saya nak cuba lupakan perasaan sayang saya ni sebab saya tahu awak tu tunangan orang."sayu pula ayat yang di belakang itu.
"Tapi Encik pertunangan saya belum putus secara rasmi,mana boleh Encik nak hantar rombongan pulak."Amir berfikir sejenak.Dia ni cakap macam dah terima aku je.
"Er...adakah ini bermakna awak sudi terima saya?"soal Amir inginkan kepastian.
Jasmin mengangkat mukanya lalu mengangguk perlahan bersama sebuah senyuman.Tidak terhingga girang hati Amir sehingga tanpa sedar dia terpegang tangan Jasmin.
"Ops...sori...tak sengaja...terima kasih awak.Awak tahu tak betapa bermaknanya semua ni pada saya?Selama ni saya hanya memendamkan saja perasaan saya sebab saya tahu tak ada tempat untuk saya lagi di sisi awak.Tapi sekarang cita-cita saya dah semakin tercapai,doa saya dah termakbul,saya tak sabar nak jadikan awak milik saya."
Jasmin rasa terharu mendengar bicara lelaki itu.Tak sangka selama ini lelaki itu telah menanggung beban perasaan yang amat hebat.Jasmin terasa inilah lelaki yang telah di takdirkan untuknya.

Amat sukar pada mulanya untuk Jasmin hendak memberi penjelasan kepada abahnya tentang apa yang berlaku pada pertunangannya tambahan bila Amir Safwan turut berada di sisi.Lelaki itu berkeras hendak mengikut dia pulang dan membantu menyelesaikan masalahnya.
"Abah tak rasa yang Syukri sanggup berlaku curang di belakang kau,jangan-jangan kau sendiri yang nak mintak putus tak?Ni budak lelaki ni siapa pulak?Kekasih baru kau,ke?"Jasmin bingung dengan kata-kata abahnya itu.Manakala Amir pula tidak senang hati bila dirinya di perkatakan.
"Pak cik,kan tadi saya dah kata yang saya ni majikan Jasmin,takkan pak cik tak percaya?"
"Aku bukan tak percaya kau ni majikan dia tapi aku tak percaya yang kau tak ada perasaan pada anak aku ni."ujar Pak Majid tegas.Amir terkedu.Tahu pulak orangtua ni yang aku suka dengan anak dia.
"Betul tak cakap aku ni?"Amir menganggukkan kepala.
"Memang saya ada hati dengan anak pakcik,kalau boleh saya nak ambil Jasmin untuk jadi isteri saya.Itu pun kalau pak cik izinkan"akui Amir perlahan.
Dalam berani ada juga rasa takutnya bila melihat riak muka orangtua itu yang agak bengis.
"Kau fikir senang ke aku nak percaya dengan kata-kata korang ni?Selama yang aku kenal si Syukri tu tak pernah aku tengok perangai dia yang tak senonoh."ujar Pak Majid cuba membela anak kenalan rapatnya yang telah di kenali sejak kecil.
"Saya bukan nak memburukkan Syukri depan pak cik tapi dia sendiri sudah mengaku dengan kami yang dia sudah ada perempuan lain."tegas Amir.
"Jasmin saya rasa elok awak bagi abah awak tengok gambar tu."
Jasmin segera membuka telefon bimbitnya lalu menunjukkan gambar yang di terima seminggu lepas.Terduduk orangtua itu setelah melihat gambar yang tak berapa senonoh itu.Dia mengurut dadanya yang terasa sesak tiba-tiba.
"Abah...abah tak apa-apa ke?"Jasmin cemas lantas segera mendekati Pak Majid.Di urut dada abahnya perlahan.
"Kenapa budak tu buat semua ni,dah hilang akal ke dia?kenapa dia buat kamu macam tu?dia dah tak sayangkan kamu ke?apa abah nak cakap dengan ayah dia nanti?"
"Abah mari kita pergi klinik,abah tak sihat ni.Jangan fikir pasal dia dulu kita rawat sakit abah dulu."Jasmin memberi isyarat kepada Amir agar membantu dia memujuk abahnya.
"Betul tu pak cik,mari kita pergi klinik dulu pak cik tak sihat ni."bimbang juga Amir melihat keadaan Pak Majid itu.
"Tak payahlah abah tak apa-apa,bawak abah masuk bilik je,abah nak rehat kejap."
Jasmin memapah abahnya dengan di bantu Amir.Setelah memastikan orangtua itu sudah tidur mereka keluar semula ke ruang tamu.Jasmin melabuhkan punggung di sofa berangkai satu.Nafas berat di lepaskannya.Selama ini Pak Majid tiada menghadapi sebarang masalah kesihatan sebab itu Jasmin terasa risau.Mulanya memang Jasmin tidak mahu menunjukkan gambar itu kepada abahnya namun bila di fikirkan semula hanya jalan itu saja yang dapat menyakinkan orangtua itu untuk percaya dengan kata-katanya.
"Saya fikir elok kita tangguhkan dulu apa yang di rancang,saya tak mahu abah saya susah hati."
"Apa maksud awak?"
Encik jangan hantar rombongan peminangan tu dulu ya,biar keadaan reda dulu lagi pun saya kena selesaikan masalah dengan pihak sebelah sana."
"Tapi awak janji jangan hampakan saya ya,saya betul-betul nak jadikan awak isteri saya."

Setelah seminggu berlalu Jasmin telah menyelesaikan masalah pertunangannya.Hampir-hampir saja bapa Syukri hendak bergaduh dengan bapa Jasmin akibat salah faham namun setelah di akui sendiri oleh Syukri barulah orangtua Syukri percaya dan bersetuju memutuskan pertunangan mereka.

Hari ini setelah sebulan berlalu,Jasmin telah selamat menjadi isteri Amir Safwan.Terasa lega hati Amir bila si pujaan hati telah sah menjadi miliknya.
"Amboi,sejuknya tangan Iya ni,kenapa?takut dengan abang ke?"tanya Amir pada malam itu sewaktu mereka di kamar pengantin.
Jasmin yang kaku duduk di sebelah Amir sejak tadi hanya menundukkan muka kerana berasa segan.Er...Iya?Apa pelik sangat bunyinya tu?Tak pernah orang panggil aku dengan panggilan begitu.
"Erk...kenapa awak panggil saya Iya?"tanya Jasmin polos.
"Nama sayangkan Aliya Jasmin,abang suka nama yang depan tu tapi kalau abang panggil penuh tak manja bunyinya jadi abang pendekkan jadi Iya.Ha...kan manja sikit bunyinya tu,betul tak?"Jasmin tersenyum sambil menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan si suami.
"Terangguk-angguk,cuba bukak mulut tu sikit."Sakat Amir.Jasmin melepaskan jelingan manja.
"Apa-apalah bos,janji ada nama asal jangan panggil saya hoi sudahlah."
Amir membuntangkan mata.Tidak percaya apa yang baru keluar dari bibir mungil isterinya itu.
"Apa sayang kata,bos?cakap sekali lagi abang nak dengar."
"Erk...saya salah cakap ke?"
"Memanglah salah,sayang kan dah jadi isteri abang,
panggilan apa yang sepatutnya sayang kena panggil abang,cakap!"sedikit keras kata-kata Amir Safwan.
Aura singanya sudah keluar semula.Jasmin meneguk air liur kesat.Kenapalah aku setuju jadi isteri dia ni.Amir bertambah menjengilkan matanya.
"Aa...a...abang,"saat itu juga Amir tersenyum lega.
Dia bukan marah sangat pun sengaja nak gertak isteri kesayangannya agar membiasakan diri dengan panggilan seperti itu.Barulah sedap telinganya mendengar.Ubun-ubun Jasmin terus di kucup lembut.
"Terima kasih,sayang.Mulia hari ni jangan panggil abang bos lagi tau.Geli pulak abang mendengarnya."
"Tapi kat ofis nanti kena juga panggil macam tu,kan?"
"Ofis lain,rumah lain.Sudahlah sayang jom tidur,abang dah penat ni."tubuh terus Amir rebahkan.
Terasa lega bila dapat terbaring.Jasmin terkulat-kulat di situ.Sejak tadi perasaannya bercampur baur.Takut ada,malu pun ada,bimbang pun ada.Maklum saja ini adalah malam pertama mereka.Di pegang dadanya yang masih berdebar sejak masuk ke bilik tadi.
"Iya ni kenapa?tak ngantuk ke?cepatlah baring."ajak Amir lagi bila di lihatnya Jasmin masih di posisi duduknya.
Perlahan Jasmin mula merebahkan tubuh di sisi suaminya.
Badannya terasa menggigil tika itu.Peluh dingin sudah mulai merembas.Amir segera memeluk tubuh itu.Keharuman tubuh si isteri semakin menarik keinginannya untuk menakluki.Mana tahan kalau ikan sudah di depan mata,si kucing pasti tak sabar-sabar ingin menerkam.
"Dah sedia nak jadi isteri abang ke?"usik Amir nakal.
Jasmin terus menutup mukanya.Tak sanggup melihat wajah suami yang kurang seinci dari wajahnya.Amir melepaskan tawanya saat itu juga.Terasa terhibur dengan keletah si isteri.
Sedar dengan ketakutan yang di alami Jasmin.Geram hati Jasmin bila mendengar gelak yang agak kuat dari suaminya itu.
"Apa abang ni gelakkan Iya pulak."ujar Jasmin sambil memuncungkan bibirnya.
"Mulut tu nak kena cium,ke?"usik Amir lagi bersama tawanya yang mulai reda.Cepat-cepat Jasmin menutup mulutnya dan berpaling ke arah dinding.
"Ha...buat macam tu,berdosa tau tidur membelakangkan suami."
"Ish...itu salah...ini salah,habis nak Iya buat apa lagi?"
"Nak dapat pahala tidurlah mengadap suami sayang tapi kalau nak lebih lagi kenalah tolong abang laksanakan tanggungjawab yang satu tu.Boleh kita meramaikan lagi umat Nabi Muhammad."pujuk Amir bersama sengihan nakalnya.
"Erk..."Jasmin sudah buat muka tercengang.
Tak tahu nak membalas kata lagi biar pun itulah yang di gusarkan dari tadi.Alahai,Iya kau kena redha je.Jangan derhaka pada suami.
Perlahan-lahan senyuman di ukir lantas Jasmin menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan keinginan si suami.Akhirnya dua hati kini bersatu di dalam kasih sayang yang di restui Ilahi.Moga kasih yang mereka bina akan kekal sehingga ke jannah.Amin... 

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...