Saturday, December 5, 2015

AKU bab 10



Sebaik kami pulang dari surau aku lihat kereta mama sudah ada di garaj.Papa ke dapur untuk minum air manakala aku terus menuju ke tingkat atas.Baru saja kaki ku mencecah ke anak tangga ke tiga,suara mama sudah menegur ku dari arah atas. 
''Baru balik Rul?''mendatar saja suaranya.
''Ya ma!''aku meneruskan langkah.
''Kamu ke mana siang tadi?''tanya mama sebaik aku cuba melintasinya.
''Tak ke mana,jumpa Salim aje.''balasku perlahan.
''Jangan nak bohong mama,kamu jumpa Dian lagi,kan?''
Mana mama tahu hal ni?dia ada di shopping mall tadi ke?
''Rul terserempak saja dengan dia.''
''Tapi mama nampak kamu borak dengan dia.''mama ni intip aku ke?
''Mama salah faham tu,apa yang mama nampak tak sama dengan apa yang mama fikirkan.'' 
''Apa pun alasan kamu mama tak suka kamu ganggu hidup dia lagi.Dia isteri orang kamu tahu,kan.''sekali lagi suara mama tegas memukul gegendang telinga ku. 
''Memang Rul tak ganggu dia pun,Rul cuma ucap selamat tinggal pada dia saja.''jawab ku terus-terang.Lebih baik begitu dari menipu kalau terang-terang mama memang sudah melihat.
''Baguslah kalau macam tu.Lain kali mama tak mahu dengar atau lihat perkara macam ni lagi.''
''Ya Rul tahu...''meleret saja suara ku mengiakan arahan mama.
Nafas berat ku lepaskan.Langkah ku longlai menuju ke bilik.Sebaik masuk ke bilik,aku rebahkan tubuh ke katil.Argh...lemas betul aku rasa saat ini.Kenapalah mama boleh ternampak adegan siang tadi.
Siling bilik ku pandang kosong.Yan!mengapa begitu sukar untuk membuang ingatan ini?Patutkah aku mencari pengganti mu,yan?Tapi aku tak mahu,yan aku tak mahu melupakan kau sebenarnya!!Argh...memang aku dah gila agaknya.Masih berharap sesuatu yang mustahil.
Kalau di ikutkan perasaan semuanya bakal membuatkan kau lupa,Rul.Kau harus kuat mengharungi dugaan ini.
Kau kena melupakan juga kenangan itu.Jangan kalah dengan perasan sendiri,Rul.Berbolak-balik lagi hati ini berbicara.Kalaulah melupakan itu sesuatu yang mudah pasti aku mahu ingatan ini di hilangkan terus dari kepala ini.Tapi cakap saja tak sama dengan melaksanakannya.
Orang di luar sana tentu fikir yang aku ini begitu leka dengan perasaan yang bukan hak aku tapi siapakah yang mampu melupakan segala kenangan indah yang penuh dengan suka dan duka.


''Rul!nak ke mana tu?''suara mama mengejutkan aku yang baru hendak keluar.Dah hilang ke marah dia kat aku?Langkah ku terhenti di pintu rumah.
''Rul nak jumpa Salim kejap.''
''Bukan minggu lepas kamu baru jumpa dia kan?''
''Memanglah tapi kami dah janji nak jumpa balik sebab dia ada hal mustahak nak bincang dengan Rul.''ujarku sambil memakai kasut.
''Jangan balik lambat sangat mama nak kamu teman mama malam ni.''
''Ha!nak ke mana?''tanyaku dengan dahi berkerut.Pelik.
''Kenduri rumah kawan mama.''selamba mama berlalu meninggalkan aku.Ish,apa ke peliknya mama ni.Sejak bila pulak dia suka pergi kenduri?Dah berubah ke mama aku ni?
Alahai mama ku sayang,macam-macam kerenahnya yang aku kena layan.Entah apa agaknya agenda tersembunyi dia kali ni.
Fakhrul!hati tu jangan merungut tak tentu pasal.Kalau nak jadi anak yang baik kau kena ikut kata orang tua.Ingat tu!

KU TAKUT KEHILANGAN MU

              

         AKAN KU JAGA KISAH CINTA KITA

        JANGAN PERNAH ADA HATI YANG TERLUKA

        SUNGGUH KU TAKUT JIKA ENGKAU JAUH

        KERNA AKU TAKUT KAU BERPALING DARI KU

        KU TAKUT SUNGGUH TAKUT

        TAKUT KEHILANGAN MU...   

        JANGAN PERNAH KAU PERGI

        PERGI MENINGGALKAN KU...

        KU TAKUT SUNGGUH TAKUT

        TAKUT KEHILANGAN MU...

        JANGAN PERNAH KAU HILANG

       HILANG DARI CINTA KU... 

        JANGAN ADA DUSTA DI ANTARA KITA

        KERNA KU TAK SANGGUP

       HIDUP TANPA CINTA MU

       SAMPAI RAMBUT KU MEMUTIH

       SAMPAI NAFAS KU TERHENTI

       CINTA INI KAN TETAP ABADI...

Friday, November 27, 2015

AKU bab 9





Setelah berborak panjang dengan Salim kami berpisah dengan berjanji untuk bertemu lagi di lain hari.Nampaknya aku kena membantu kawanku yang sorang ni.Apa saja yang boleh aku lakukan agaknya sedang diriku sendiri kecundang di dalam bercinta.Buat saja apa yang kau mampu Rul.
Tak perlu menyusahkan fikiran dengan masalah orang lain.Nasihat saja yang baik-baik.Mudah-mudahan Salim akan mengakhiri zaman bujangnya seperti yang dia idamkan.
Hmm!aku juga yang melepas.Redha sajalah wahai hati,jangan terlalu melayan perasaan.Kakiku terus melangkah menuju ke tingkat bawah untuk keluar dari shopping mall itu.
Sebaik saja melintas di depan foodcourt,kaki ku terasa kaku di situ.Sepasang mataku terpandangkan seraut wajah yang begitu ku rindui.Jantung ku terasa seribu getaran.Tubuhku terasa menggigil saat ini.Tanpa sedar hati ku menyebut namanya.Yan!
Dia kelihatan berseorangan di situ.Ada riak ceria yang tergambar di wajahnya.Pasti saja dia sedang berbahagia saat ini.Aku cuba memerhatikan Faizal.Mataku tertangkap kelibatnya sedang beratur membeli makanan.Tanpa sedar kaki ku melangkah mendekati Dian.Bangku di depannya aku tarik selamba.
''Kau!!''kaget dia saat itu.Agak menggigil badannya aku lihat.Tentu dia tidak menyangka akan bertemu denganku di sini.Aku sendiri sedang cuba mengawal perasaan yang berbaur ini.
''Ya...aku...kenapa?kau terkejut?''soalku dengan selamba.Dia diam tidak menjawab soalanku.
''Kau betul-betul bahagia,kan?''soalku lagi.Sengaja mendera perasaannya.Airmukanya berubah sebaik aku berkata begitu.Dia menundukkan muka.Aku tahu dia terusik dengan bicaraku itu.
''Terima kasih sebab berjaya melukakan hati aku.Lepas ni aku yakin aku akan berjumpa dengan perempuan yang lebih baik dari kau.
Selamat tinggal!''
Sebaik berkata begitu aku terus bangkit.Tidak perlu berlama di situ kalau hanya menambahkan kelukaan hati ku.Terasa sakit sekali dada ku saat itu.
Bagaimana aku mampu berkata begitu padanya?Apakah kerana rasa sakit yang di tinggalkannya itu?Bagaimanakah aku mampu berhadapan dengannya lagi sedang hatiku sedang cuba melupakannya.
Memang sampai bila pun agaknya aku takkan mampu untuk berbuat begitu.
Yan!Sesungguhnya kau telah mengunci hatiku untuk selamanya.Berbahagialah sayang kalau itu mampu membuatkan hidup kau menjadi lebih sempurna.
YA ALLAH!Ampunilah aku yang khilaf ini.
Sesungguhnya aku hanya hamba MU yang terlalu kerdil dan tak mampu melawan perasaan sendiri.Bantulah aku YA ALLAH!

Aku sampai di rumah agak lewat petang.Kereta mama tiada di garaj,cuma kereta papa saja yang terdampar di situ.Keluarlah agaknya mama tu.Bilalah agaknya mama aku tu nak duduk rumah.Patutnya cuti-cuti macam ni dia temankan papa tapi sibuk sangat dengan persatuannya itu.Aku rebahkan tubuh di sofa cuba melepaskan lelah.Cuba merehatkan minda dari kejadian yang baru berlaku tadi.Namun seraut wajah itu tetap memburu ingatan ku lagi.Ah!rindu betul dengan suaranya.
Tiba-tiba wajah sahabat ku Salim menerjah minda.Dah teruk nampaknya Salim sekarang kerana penangan cinta.Dulu aku pun pernah melalui keadaan seperti dia sewaktu aku mula-mula memikat Dian.Bukan mudah sebenarnya hendak menawan hati gadis ayu itu.Bermacam cara yang aku guna untuk memikat akhirnya dengan takdir ILAHI,dia menerima juga aku setelah kemalangan kecil itu.Mujur saja kemalangan itu berlaku kalau tidak tentu aku tidak dapat mendampingi dirinya.Sekarang Salim pula mengalami keadaan seperti aku,cuba memikat hati gadis yang tegar hatinya.Tentu gadis itu seorang yang tegas dan tidak mudah menerima cinta seorang lelaki.Terasa ingin pula aku menemui gadis itu yang di gilai oleh sahabatku itu.Cantik sangat agaknya gadis itu.
''Jauh betul menung anak papa ni.''tiba-tiba suara papa mengejutkan lamunanku.Bingkas aku bangkit smabil meraup muka.
''Aduh,papa ni terkejut Rul!''
''Hai,baru kena tegur macam tu dah terkejut,memang sah kamu ni berangan.''kata papa sambil melabuhkan punggung ke sofa tunggal di sebelah ku.Remote televisyen di tekannya lalu terpaparlah imej di skrin bersaiz 50 inci itu.
''Bukan beranganlah pa.''tingkahku cuba membetulkan sangkaannya.
''Kalau bukan berangan kenapa skrin kosong yang kamu tenung lepas tu senyum panjang pulak?''
''Mana ada Rul senyum.''bantahku.
''Tak senyum kamu kata.Hai anak papa ni dah kemaruk betul.Cukup-cukuplah tu Rul,yang pergi biarlah pergi dah jadi orang lain punya.Berdosa kalau berangankan milik orang.''
Eh papa ni boleh tahu apa yang aku fikirkan sekarang.Dia boleh baca fikiran orang ke?
''Papa nak jadi pak nujum ke?''
''Bukan nujum tapi kamu tu anak papa.Papa tahu apa yang kamu fikirkan sekarang.''
Payah pa nak lupakan dia.Kalau Rul mampu dah lama Rul buat tapi makin Rul cuba melupakan makin kuat ingatan ini padanya.Desis hati kecilku.
Ah!alangkah bagusnya kalau papa mampu memahami.
''Bukan senang nak lupakan orang yang kita sayang.Papa sendiri sayang sangat dekat mama kan,
tu sebab biar apa pun yang mama buat papa tetap setia pada mama,kan?''gumamku perlahan.
''Tu bukan sebab utamanya Rul.Papa ni dah buat janji dengan arwah atuk kamu dulu.Walau apa terjadi mama tetap akan papa jaga sampai akhir hayat papa.''
Aku tak terkejut dengan kenyataan papa tu sebab aku tahu.Dah banyak kali ayat itu keluar dari mulutnya.Papa memang seorang yang setia.Seorang yang berperibadi yang mulia.Selalu membantu orang di saat bantuannya di perlukan.Sebab itu papa membantu syarikat arwah atuk yang hampir muflis dulu dengan menyatukan syarikat mereka.Dan dengan terjalinnya kerjasama antara mereka lama kelamaan arwah atuk meminta agar papa mengahwini mama.Mungkin kerana jodoh mereka kuat,perkahwinan mereka tetap kukuh sehingga hari ini.
Mama walau seorang yang suka membuat hal sendiri namun aku dapat lihat rasa kasihnya tetap ada pada papa kerana sehingga ke hari ini dia jarang bersikap kasar dengan papa.Hai,memang pelik kisah cinta orangtua ku ini.Tapi aku tetap tabik pada papa kerana dia seorang penyabar.Moga ALLAH SWT akan memanjangkan jodoh antara mereka.
Satu tamparan pada lenganku mengejutkan aku lagi.
''Aduh,papa ni lama-lama tangan Rul ni lebamlah asyik kena tampar aje.''
''Yang kamu tu menung kenapa,dari tadi papa panggil tak menyahut pun.''
''Bila pulak papa panggil?''
''Ah!sudahlah tu pergi mandi cepat ikut papa pergi surau,kita maghrib kat sana.''
''Yalah,Rul nak mandilah ni papa tunggu Rul tahu.''
''Ya!!''

Saturday, November 14, 2015

AKU bab 8



Waktu sampai di rumah aku lihat papa dan mama sedang menikmati sarapan pagi.
''Rul!baru balik?mari kita sarapan sekali.''tegur papa padaku.
Mama aku lihat diam tidak berkutik.Marah lagilah tu dengan hal kelmarin.Aku terus duduk di kerusi berdepan  dengan mama.Roti di atas meja aku ambil lalu ku sapukan kaya di atasnya.Tak larat pula nak makan makanan berat walau di depan ku ada nasi goreng.
Papa memandang aku dan mama silih berganti.Mungkin hairan kenapa aku dan mama tidak bertegur sapa dari tadi.Mulutku ini juga entah mengapa begitu berat untuk di buka.Berdosakah aku?
Aku bukan benci pada mama.Tak mungkin perkataan itu wujud di dalam hati ku tapi sikap mama selalu mengecewakan ku.Segala kehendaknya harus aku turuti.Sampai bila akan jadi begini?
Tiba-tiba mama bangkit untuk beredar dari situ.
''Laila!awak nak ke mana?nasi tu tak habis lagi.''Papa menegur tingkah mama.
''Saya tak ada selera.''ujar mama lalu bergegas naik ke tingkat atas.
''Kamu bergaduh dengan mama ke?''
''Kami bertekak sikit hari tu.''jelasku.Tangan memegang cawan kopi lalu ku teguk perlahan.
''Hm...apa nak jadi mama kamu tu agaknya.''keluh papa sedikit kesal.
Aku tahu papa sudah naik pening dengan perangai mama.Segala kehendaknya harus di patuhi kalau tidak panjanglah muncungnya.
''Biarlah pa,satu hari nanti mama tentu akan berubah.''ujarku sambil merenung kopi yang masih berbaki di dalam cawan itu.
Selepas sarapan aku naik ke bilik untuk berehat.
Televisyen aku buka lalu tubuh ku rebahkan ke sofa.Bunyi telefon bimbit dari dalam poket mengejutkan ku.
Aku segera menarik keluar telefon itu.Satu mesej telah masuk.Aku buka folder mesej itu lalu terpapar satu mesej dari kawanku Salim.Dia mengajak aku keluar.Aku memikirkan pelawaannya ada baiknya juga aku keluar berjumpa dengannya,dapat juga menghilangkan boring aku ni.Aku segera membalas mesejnya dengan menyatakan persetujuan ku.Setelah menutup televisyen aku segera bangkit mencapai tuala di ampaian kecil lalu bergegas masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.
Ha!nampak hensem pulak aku ni.Erk...terpuji diri sendiri pulak.Jangan riak Rul!puji-pujian hanya untuk ALLAH.Aku membetulkan kolar baju shirt yang ku pakai.Setelah yakin dengan penampilan diri aku terus keluar menuju ke tingkat bawah.

Kereta aku parkirkan di ruang letak kereta di bawah bangunan shopping kompleks itu.Mujur saja ada ruang kosong yang berdekatan dengan lif.Setelah memastikan kereta ku berkunci dengan selamat aku segera masuk ke dalam lif yang telah sedia terbuka.
Sampai di tingkat satu aku terus berjalan menuju ke café yang aku janjikan untuk bertemu Salim.Apa agaknya perkara yang penting sangat tu sampai dia tak sabar-sabar hendak berjumpa?Aku masuk ke dalam café yang tidak berapa ramai orang itu.
Kelibat Salim sudah kelihatan di pandangan mata sedang leka menatap telefon bimbitnya siap tersengih lagi.Dah macam orang tak betul aje kawan aku sorang ni.Salam aku beri bila sudah sampai di depannya sehingga dia melompat sedikit akibat terkejut.Dalam pada itu sempat juga dia menjawab salam ku.Terkekek-kekek aku ketawa melihat gelagatnya.
''Wei...kau ni buat terkejut aku ajelah.''aku cuba menahan ketawa.
''Yang tersengih macam kerang busuk tu apasal sampai aku datang pun tak sedar.''
''Ish,sibuk aje kau ni,baru nak layan awek kau dah kacau.''
''Woi!kau yang sibuk telefon nak jumpa aku sekarang kau kata aku kacau kau pulak?macam ni baik aku balik aje lah.''sengaja aku mengacah ingin bangkit dari situ.
''Eh,janganlah balik dulu takkan aku gurau pun kau nak sentap tak macho la wei.''ha tahu pulak gelabah,baru aku acah aje tu.
Seorang pelayan menghampiri kami untuk mengambil pesanan.Aku cuma memesan segelas jus oren.Salim pulak masih sibuk dengan telefonnya.Nak aje aku rampas gajet yang jadi buah hatinya itu biar dia rasa tak tentu arah sikit.Dah suruh kita datang lepas tu buat dek aje,memang nak kena sound budak ni.
''Wei,kau kalau nak ngadap benda tu aje baik aku baliklah tak guna aku duduk macam tunggul kat sini.''
''Ala...janganlah wei,aku nak mintak tolong dengan kau ni,ok...ok..sekarang kita borak dulu,buah hati aku ni biar aku simpan dulu,ya.he...he...'' 
''Hai,dah teruk kau ni,awek dari mana pulak yang kau usha kali ni?''bukan aku tak tahu si Salim ni punya perangai mata keranjang sikit orangnya.Tak cukup dengan satu awek,pantang jumpa yang dahi licin habis di sebatnya.
''Wo...wo...kok ya pun nak ngata aku janganlah sampai sentap jantung hati aku ni.Walau aku ni mata keranjang pun tak pernah lagi nak rosakkan anak dara oranglah,semua tu nak buat suka-suka aje.''
''Ha ya la tu,yang kau sibuk sangat nak jumpa aku ni kenapa?dah dapat awek baru ke?''
Salim menggaru mukanya yang aku kira tak berapa nak gatal tu.Sengihan panjang pulak yang di beri padaku.
''Rul,kau rasa muka aku ni ada ke orang nak?kau rasa sesuai tak kalau nak jadi suami orang?''terkejut aku.Dah kenapa dengan ayat dia ni lain macam aje.
''Kau ni mengigau ke atau kena sampuk?''
"Entahlah aku rasa aku dah jatuh cintalah."
Ha ni memang ayat tak lojik.Salim dah jatuh cinta.Siapalah yang malang menjadi kekasih dia ni?
"Wei,yang kau termenung tu kenapa?aku tanya tadi kau tak jawab lagi."sergah Salim sambil cuba mengacah-ngacah nak ketuk kepala aku.
"Aku bukan menunglah,aku tengah fikir ni awek mana yang malang kalau dapat kau ni."
Salim terus menjengilkan matanya padaku.Aku apa lagi terus melambakkan tawa sepuas hatiku.Naik mengah perut aku ketawakan dia.Bengang betul muka Salim.
''Seriuslah bro,aku bukan main-main lagi.Hati aku ni dah rasa lain macam aje ni.Sejak aku jumpa dia,jantung aku ni bagai nak tercabut kau tahu.Malam-malam sekarang aku payah nak tidur,asyik teringatkan dia aje."
Memang dah parah kawan aku yang sorang ni.Ini mesti kes jatuh cinta pandang pertama.
''Mana kau jumpa dia?''
''Kat tadika anak buah aku.''
''Ha!kau jangan cakap yang kau dah jatuh cinta kat cikgu tadika pulak.''Salim menganggukkan kepala.
Pulak!ini dah kes serius,memang serius.Tak pernah aku tengok mamat sorang ni jadi begini di sebabkan cinta.Rasanya sepanjang aku kenal dia tak pernah lagi aku tengok dia kekal dengan mana-mana perempuan tapi sekarang dia kata dia sudah jatuh cinta?Oh Tuhan,dah dapat hidayah ke kawan aku ni?kalau betul begini akulah manusia yang paling bersyukur.Akhirnya kawan aku yang sorang ni mahu juga berubah.
"Rul!kau boleh tolong aku tak?''
"Nak tolong apa?"
"Tolong aku pikat dia."Nak tercekik rasa kerongkong ku mendengar ayat yang keluar dari mulutnya.
''Kau ni mengigau ya selama ni mana pernah kau mintak tolong aku.Apa skil memikat kau dah hilang ke?"Salim menundukkan kepala.
''Aku tak boleh pakai skil aku tu,semua tak jalan,tak laku pun dengan dia.''sayu aje ayat dia tu.Geli pulak hati aku mendengarnya.Aku cuba mempertimbangkan semula patutkah aku tolong kawan aku yang sorang ni.
"Kau betul-betul suka dengan dia ke?kau tak main-main?''soalku inginkan kepastian.
"Betul aku tak main-main,aku rasa aku dah jumpa teman sehidup dan semati aku."
Nampak gayanya kena juga aku menolong mamat romeo sorang ni.Kalau tidak sampai ke sudahlah dia akan merengek dekat aku.Bukan tak kenal dia ni.Selagi tak dapat apa yang dia mahukan dia pasti takkan mengalah.Seorang yang kuat berusaha.
Harapnya kali ni dia betul-betul dah berubah dan aku kena pastikan yang dia takkan mempermainkan perempuan itu.

Monday, November 9, 2015

AKU bab 7




Pagi minggu itu setelah solat subuh aku berjoging di taman berhampiran.Sudah agak lama aku tidak membuat aktiviti ini.Terasa lega perasaan bila dapat menyedut udara pagi yang nyaman sambil menikmati kehijauan taman.Sana sini kelihatan anak muda yang turut sama berjoging sepertiku,tak kurang juga kaum warga emas yang leka membuat aktiviti masing-masing.
Bila kaki sudah mulai penat aku berhenti di sebuah bangku.Tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi tanda satu mesej sedang masuk.Aku keluarkan telefonku lantas membuka folder mesej.
'Assalam...buat apa tu?'
Terkejut aku saat membacanya.Dari Aisyah rupanya mesej itu.Aku membalas mesej dia dengan menyatakan yang aku sedang berjoging.Selepas itu dia menulis lagi mesej.
'Ok'
Ha!dah kenapa perempuan ni pendek saja tulis.Takkan itu saja dia nak tanya aku?Selepas itu telefonku tidak berbunyi lagi.Pelik betul dia ni,dah hilang ke marah dia pada aku tempohari?Termenung aku sejenak.Teringat aku apa yang telah aku lakukan padanya tempohari,rasa kesal menimpa lagi di benakku tapi dek kerana kekerasan hati aku diamkan saja tanpa meminta maaf padanya.Kejamkah aku?Kalaulah dia ada di depanku sekarang mahu saja aku memohon kemaafan akan ketelanjuran sikap ku padanya tempohari.
Aku tahu tak sepatutnya aku melayan dia begitu kasar.Dia cuma berniat ingin membantu tidak sepatutnya aku tidak menghiraukannya.Hmm...
''Siti Aisyah!!''bisikku perlahan sambil pandangan ku
tala kan ke arah tasik yang menghijau.
Sedikit lelah nafasku.Entah mengapa sebaris nama itu sedikit menggoncang perasaanku.Apakah ertinya itu?Apakah aku sudah mula merinduinya?
''Ada apa?''tiba-tiba suara itu bergema di belakangku.
Spontan aku berdiri dan berpaling.Ini bukan khayalanku,kan?memang benar dia,kan?bisik hati kecilku.
''A...a...awak!''tergagap pulak bibirku saat itu.
''Ya!kenapa?terkejut?''soal dia dengan muka selamba.
Punggung di labuhkannya ke bangku.Sejak bila pula dia ada kat sini?bukan tadi dia baru hantar mesej dekat aku ke?dengan lurusnya ku pandang telefon dan aku pandang dia lagi.Dia seolah mengerti perlakuanku itu.
''Oh!tadi saya nak pastikan saya tak salah orang,saya memang dah ada kat sini.''
''A...awak buat apa kat sini?''
''Kalau hari cuti inilah kerja saya.Saja-saja nak lepaskan tension.''jelasnya.
''Awak pulak?''soalnya.
''Kadang-kadang aje saya datang sini kalau ada masa lapang.''balasku seraya melabuhkan punggung di bangku yang sama.
Suasana antara kami diam seketika.Dia ku jeling sekilas,sedang merenung ke tasik yang menghijau di depan kami.Tiba-tiba aku teringat kejadian kelmarin.
''Awak...saya minta maaf pasal hari tu,ya?''ucapku bersama sebuah harapan.
''Tak apalah,saya yang salah,dah tahu mood awak tak elok saya kacau juga.''
''Eh,bukan macam tu,sebenarnya saya tak anggap awak mengacau pun.Saya yang tak tahu menghargai kawan macam awak.'' 
Aku jeling dia sekilas bila tiada balasan darinya.Pandangannya masih tertera ke arah tasik di depan kami.Aku pandang dia lagi,cuba menelek wajahnya dari sisi.Ayu sekali wajah ini.Kenapa aku tak perasan pada kelembutan yang ada padanya ini?
''Dah puas tenung muka saya ni?''satu sergahan darinya mengejutkan ku.
Tersentak aku tika itu.Aduh,malunya mana aku nak letak muka ni?Itulah Rul asyik sangat merenung anak dara orang.Tak pasal-pasal kena tegur.Aku palingkan muka sambil menggaru kepala sendiri.Kemudian aku cuba menjeling dia sekilas.Ada senyuman meniti di bibirnya.
''Tak payahlah buat muka macam tu kelakar pulak saya tengok.''ujarnya yang masih dengan senyuman.
''Awak!''panggil dia.
''Emm...''sahut ku perlahan.
''Awak ni baru putus cinta ke?''soalannya itu mengejutkan aku.Patutkah aku menjawabnya?
''Maaflah saya ni penyibuk sangat tapi hati saya ni rasa tak  tenteram selagi tak tahu tentang kesedihan awak.''
''Awak memang tak kenal erti putus asa,kan?''
''Salahkah kalau saya nak tahu,mungkin saya boleh tolong redakan kesedihan awak.''
Aku tersenyum mendengar bicaranya.Mulia sungguh hati gadis ini.Mungkin benar katanya kalau aku meluahkan akan dapat membantu meringankan perasaan sedihku ini.
''Awak boleh berjanji sesuatu dengan saya sebelum saya berterus-terang?''
''Janji apa?''
''Tolong jangan beritahu orang lain.'' 
Dia membuat isyarat menutup mulutnya dengan jemarinya kemudian tangan di angkat seolah bersumpah.Aku masih teragak-agak untuk meluahkan.Nafas ku tarik agak panjang cuba meredakan perasaan.
''Awak,kalau berat sangat hati tu,tak apalah,saya takkan paksa awak lagi,kita lupakan saja semua ni.''pintasnya seraya bangkit ingin beredar dari situ.
''Memang benar saya sudah putus cinta.Bukan baru lagi tapi sudah berbulan saya begini.Dia tinggalkan saya tanpa sebab yang munasabah.Saya sendiri keliru dengan perpisahan kami.Apa yang saya tahu sampai sekarang saya masih tidak mampu untuk melupakan dia walau dia sudah pun berkahwin.''akhirnya aku lepaskan juga apa yang terpendam di dalam lubuk hati ku ini.
Tiada balasan darinya tika itu.Senyap seketika.
''Berat dugaan yang awak hadapi,ya patutlah awak nampak sedih sangat.''
''Berat macam mana pun saya kena juga hadapi kenyataan ini.''
''Memang betul tu tapi susah untuk awak hadapi semua ni,kan?''Aku anggukkan kepala.
''Tak pernah saya bayangkan yang saya akan kehilangan dia.Kami bersama sejak sekolah menengah lagi,dialah pendorong dan pembimbing diri saya sejak saya mula mengenali dia.''lelah rasanya untuk berkata begitu tapi aku harus kuat melawan perasaan ini.
Kami diam seketika melayan perasaan masing-masing.
''Awak pernah bercinta?''entah mengapa soalan itu pula yang tiba-tiba keluar dari mulutku.Hanya gelengan darinya yang menjawab pertanyaanku.
''Baguslah kalau macam tu.''
''Kenapa awak cakap macam tu?''soalnya pula.
''Tak ada apa,saya cuma tak mahu awak jadi macam saya.''
''Boleh saya tahu nama mak we awak tu?''tiba-tiba dia menyoal aku.
''Dian.''jawab ku pendek.
''Oh,Dian.Cantik nama tu.Orangnya tentu secantik namanya,kan?''
Aku tersenyum sambil mengangguk.Fikiran melayang mengingati wajah itu.Terasa sebak dadaku seketika.
''Pada saya dia cantik tak tahulah kalau orang lain.''bergetar suaraku bila menyebut tentangnya.Rindu pula rasa pada seraut wajah itu.
''Awak masih simpan gambar dia?''berkerut keningku bila dia bertanya.
''Kenapa awak tanya?''
''Saja,kalau saya nak tengok gambar dia boleh tak?''
Tak sangka aku yang dia akan bertanya begini.Untuk apa dia sibuk nak tengok gambar Dian?Serba-salah aku di buatnya.
Namun entah apa yang membuatkan aku mengikut permintaannya.Sedar-sedar saja aku telah membuka folder di dalam telefon bimbitku yang mengandungi gambar Dian lalu aku tunjukkan kepadanya.
''Mm...patutlah awak payah nak lupakan dia.'' 
''Kasihan awak,sabar ajelah.Kalau dia bukan untuk awak tentu suatu hari nanti akan ada seseorang untuk menjadi jodoh awak.''
''Saya tak tahu apakah saya mampu untuk jatuh cinta lagi.''
''Takkan awak nak tutup pintu hati awak untuk orang lain.''soal Siti Aisyah seolah tidak berpuas hati.
Aku tersenyum nipis.Kenapa aku rasa gadis di sebelah ku ini seolah sedang menyampaikan sesuatu?Apakah dia?Ah!perlukah aku ulang kisah yang sama?bagaimana nanti tangggapan mama pula?tak sanggup rasanya melibatkan dirinya di dalam hidupku.
''Awak!kenapa awak ni suka berangan?''tiba-tiba dia menepuk bangku itu.
''Haish!terkejut saya.Bila masa saya berangan?''
''Kalau bukan berangan kenapa saya tanya awak tak jawab?''berkerut keningku.Bila dia tanya?
''Er...bila masa awak tanya?''
''La memang betul awak ni kuat berangan.''ujarnya dengan nada geram.Muka aku di jelingnya sekilas.Pening aku dengan gelagat gadis ni.Betul ke dia ada tanya aku tadi?
''Saya tanya tadi awak betul-betul dah serik ke nak bercinta lagi.''dia ulang juga apa yang di soal padaku tadi.
Nafas panjang aku lepaskan.
''Saya takut kecewa lagi dan saya tak pasti kalau orangtua saya akan merestui pilihan saya.Orangtua saya tu terutama mama lebih suka kalau saya mengikut pilihannya.''
Siti diam tidak berkutik mungkin keliru dengan kata-kataku.
''Kenapa awak tanya saya macam tu?ada maksud tertentu ke?''aku pula menyoal dia kembali.Sengaja ingin mengujinya.
''Tak ada apa saja saya nak tahu.''selamba saja dia menjawab.Reaksi mukanya pun biasa saja.
''Awak betul-betul suka kat saya ke?''tanpa amaran bibirku telah memalukan tuannya.
Adush...kenapa mulut aku ni tak reti nak diam?Siti tersenyum simpul sambil menundukkan wajahnya.Tentu dia tengah menahan perasaan malu.Itulah Rul,mulut tu tak tahu nak cover.  
''Salah ke kalau saya berperasaan begitu?''soalnya perlahan.
''Tak memang tak salah cuma masa yang tak sesuai.Saya cuma tak nak nasib awak jadi macam Dian.Awak jangan salah faham maksud saya,ya.''
''Kenapa pulak?''soal dia tidak sabar.Serba-salah aku nak jawab.
''Entahlah,saya pun keliru sebenarnya.tak tahu kenapa mama tak suka dengan pilihan saya.''
''Dia ke yang pisahkan awak berdua?tentu awak kecewa dengan mama awak,kan?awak marah dengan mama awak,ke?''bertalu pula soalan yang keluar dari bibir mungil itu.
Aku hanya tersenyum nipis.Tak tahu bagaimana nak di jelaskan perasaanku ketika ini.Masihkah aku marah pada mama?Dia adalah orang yang aku sayang tiada tolok bandingnya dengan sesiapa pun.
''Kalau ikutkan hati saya memang marah pada dia tapi saya pendamkan saja,dah tak guna saya ungkit lagi,percintaan saya telah pergi untuk selamanya.Lagi pun dia kan mama saya.Berdosa kalau saya membencinya.Cuma saya harap suatu hari nanti dia akan berubah juga.''
''Mulia sungguh hati awak ni,bertuah mama awak ada anak macam awak tau.''
''Tak payah nak puji sayalah,awak tak kenal saya lagi,saya ni ada jugak barannya.Dulu pun saya agak kasar orangnya,suka buat orang menyampah dengan saya.Tu sebab papa saya hantar saya duduk dengan nenek dekat kampung.Nasib baik juga nenek saya tu penyabar orangnya.''
''Jadi awak berubah sebab nenek awak dan Dianlah,ya?''Aku menganggukkan kepala,
''Itulah pendorong saya.''ujar ku pendek.
''Dulu saya ni anak manja mama.Apa saja yang saya nak mama akan berikan.Sehingga saya jadi agak liar sikit mujur papa ambil tindakan cepat,kalau tak saya tak tahulah apa jadi dengan saya ni,belajar ke mana saya pun ke mana.Asyik bercampur dengan mat motor aje.''
''Jadi awak ni mat rempitlah dulu?''
''Baru nak belajar merempit tapi dah kena tangkap dengan papa saya.''
Teringat aku akan kejadian malam yang malang itu.Baru nak mula berlumba muka papa sudah terpacul di depan mata.Siap dia bawak bodyguard lagi.Itulah malam yang menjadi kenangan yang paling tak boleh lupakan.
Suasana antara kami diam seketika.Apa lagi yang nak aku bualkan dengan gadis ini.
''Awak dah lama ke jadi cikgu tadika?''
bibirku cuba memecahkan kebuntuan antara kami.Pelik pulak kalau duduk diam begini.Dia tunjukkan dua jari padaku sebagai isyarat menjawab.
''Maknanya dah dua tahun awak kerja?''Dia anggukkan kepala.
''Saya tengah tunggu permohonan untuk sambung belajar.''
''Kenapa lambat sangat nak sambung belajar?''
''Lepas dapat keputusan saya tolong ibu saya dulu tu sebab saya tak sambung belajar.''
Teringat pula aku kepada Dian,apakah dia dah sambung belajar semula?
''Macam mana yan sekarang?dia dah sambung belajar ke belum?''gumamku perlahan.
''Dia pun masih belajar lagi ke?''
''A...apa awak cakap?''Soal ku kembali tidak berapa dengar soalannya tadi akibat fikiran yang melayang sebentar.
''Saya tanya Dian tu belajar lagi ke?''ulang Siti semula.Aku anggukkan kepala saja.
''Dulu kami sama-sama belajar tapi sejak dia melarikan diri dari saya tak tak tahulah macam mana keadaan dia.Setahu saya dia bekerja selepas ibu dia meninggal dunia sebab tak ada siapa lagi dia nak bergantung hidup.
''Kasihan pulak bila dengar kisah dia,ya.''ujar Siti.
''A'ah,memang menyedihkan kisah hidup dia tapi dia seorang yang tabah.Dia tak ada sesiapa lagi kat dunia ni.Saya pernah suarakan untuk meminang dia.Saya teringin sangat nak jadikan dia suri dalam hidup saya tapi...segalanya punah begitu saja.''
Aku terus meraup muka bersama kesalan yang tak sudah.Sebak mendatang lagi di dalam hati ini.  
''Fakhrul...sudahlah tu jangan bersedih lagi.Awak masih boleh mencari pengganti dia.Kalau awak mahu saya sudi jadi kawan baik awak.''
Aku palingkan muka menghadap dia.Tak sangka dia akan berkata begitu.Ada senyuman meniti di bibirnya saat itu.Entah mengapa hati ku sedikit terubat tika itu.
''Awak ni memang baik hati terima kasih sebab sudi jadi kawan saya awak tak kisah,kan?.''ucapku padanya.
''Tak apa saya tak kisah,cukuplah kalau awak sudi terima saya sebagai kawan.''ujarnya mengerti.
Aku memandang dia sekilas.Apakah akan ada harapan buat kami nanti.Kami berpisah setelah dia meminta diri kerana harus membawa ibunya ke pasar.

DIRI

                                   
                                 DIRI


             PERASAAN INI HADIR LAGI

             TANPA NOKTAH TANPA SEMPADAN

             HATI INI TAK MAMPU MELUPUSKAN

             SEBUAH KENYATAAN...

             MESKI KEBENARAN TERAMAT MEMERITKAN

             MENGAPA TERLALU SUKAR

             UNTUK MENGHAPUSKAN INGATAN INI

             MENGAPA TERLALUU PAYAH

             UNTUK MENGHINDARKAN...
            
             DIRI...

             BERPEGANGLAH PADA JANJI
 
             DIA BUKAN UNTUK HATI
 
             DIA BUKAN UNTUK DI INGATI
          
             DIRI... 

             TERIMALAH KENYATAAN INI

             DIA TAKKAN DI MILIKI...

Sunday, October 25, 2015

AKU bab 6



Pagi itu waktu aku turun untuk bersarapan kelibat mama menyapa pandanganku.Papa tetap setia di tempatnya,di kepala meja.Salam aku hulurkan perlahan namun hanya papa yang menjawabnya.
Mama pula hanya tekun menghadap sarapannya.Apakah papa sudah bertanya tentang hal semalam kepada mama?Wajah mama pula ku lihat selamba saja macam tiada apa-apa yang berlaku.
''Yang kamu pandang mama semacam ni kenapa?''suara mama tiba-tiba mencantas
lamunanku.
''Er...tak ada apa-apa mama.''
Aku memandang papa sekilas.Dia hanya mengelengkan kepala seolah ingin memberitahu aku sesuatu.
''Saya dah lewat ni pagi ni ada mesyuarat,saya pergi dulu lah.''ujar papa sambil bangkit menuju ke ruang tamu.
Mataku menyorot langkah mama yang mengikut langkah papa.Alangkah bagusnya kalau aku mampu berterus-terang.Roti bakar yang berada di dalam piring ku pandang sepi bagai tidak lalu untuk menjamahnya.
Aku bangun lalu menuju keluar.Sampai di ruang tamu aku bertembung muka dengan mama.Tangannya aku gapai lalu menyalamnya seperti selalu.
''Kamu ni muram kenapa?''aku panggung muka menatap wajah mama seketika.
''Er...Rul tak ada-apa,ma.''
''Kamu tak puas hati dengan mama,kan?''
Terpaku aku di situ.Nampaknya papa telah bertanya mama tentang perkara itu.
''Apa maksud mama?''  
''Pasal bekas kekasih kamu tu lah.''tegas mama menaikkan seoktaf nada suaranya.Aku melepaskan nafas berat.
''Cukuplah ma,Rul malas nak cerita pasal dia lagi.''
''Kamu marahlah pada mama sekarang setelah tahu perkara sebenar?''
''Suka hati mamalah nak fikir apa,Rul tak nak bergaduh pasal perkara ni,Rul pergi dulu.''
''Kamu tak berada di tempat mama jadi kamu tak tahu apa yang mama fikir.Kalau kamu jadi mama tentu kamu akan buat seperti yang mama buat.''
Langkah ku terhenti.Aku meraup muka kasar.Betapa sakitnya hati aku rasa dengan kenyataan mama itu.Selama ini aku cuba untuk menjadi seorang anak yang baik pada mama tapi ternyata mama hanya mementingkan diri sendiri.Perasaan aku sebagai anak dia lupa mahu bertanya.
''Cukuplah mama,Rul tak mahu kita bergaduh pasal ni,yang dah lepas tu biarlah lepas.Yan pun dah jadi isteri orang sekarang.''
aku segera menapak keluar bimbang sekiranya aku terlajak kata padanya.Oh Tuhan!jangan sampai aku jadi anak derhaka.
''Kamu ni memang degil tak boleh ke untuk sekali ni kamu dengar cakap mama?''
''Mama nak Rul buat apa lagi?''
''Kamu tahu apa yang mama mahu,kan.''aku mendengus geram.
Kemarahan sudah mula bertapak di dalam hati.Sabar Rul,bertenang jangan di layan amarah yang datang.
''Maaf mama,Rul tak boleh ikut kehendak mama.''terus aku berlalu keluar sebaik berkata begitu. 
Aku tahu mama kecewa dengan tindakan ku tapi aku takkan berdiam diri bila soal masa depanku menjadi taruhan di sini.Cukuplah apa yang telah terjadi.

Saturday, October 17, 2015

AKU bab 5




Malam itu papa memanggilku ke dalam bilik bacaannya.Sebaik aku masuk,papa kelihatan sedang membaca.Aku terus duduk di depannya.
''Ada hal apa papa panggil Rul ni?''Tanya ku perlahan.
Papa panggung kepala.Buku yang sedang di bacanya,di tutup segera.
''Apa yang jadi siang tadi,tiba-tiba kamu pergi begitu saja.''
Aku menggosok belakang tengkuk.Serba-salah rasanya sama ada hendak berterus-terang atau tidak?Apa yang harus aku jawab ni?
''Fakhrul,papa tanya ni kenapa diam?''
''Er...tak ada apa-apa pa,Rul tak sihat sikit tadi.''
ujarku cuba berdalih.
''Tapi pagi tadi papa tengok kamu ok je,apa hal sebenarnya ni,cuba cerita pada papa.''papa masih tidak puas hati dengan jawapan ku.Aku jadi tidak tentu arah dengan desakannya.
''Kamu bergaduh dengan Faizal ke tadi?''
''Mana ada pa.''
''Habis kenapa kamu lari macam tu saja lepas borak dengan dia?ada sesuatu yang papa tak tahu tentang kamu berdua ke?''tambah papa lagi.
Aku meraup muka perlahan.Hati masih terasa berbelah bahagi.
''Rul!papa tunggu jawapan kamu ni.''
''Er...sebenarnya Faizal adalah suami Dian.''akhirnya aku luahkan apa yang papa mahu dengar.Terpempan papa seketika.
''Maksud kamu,diakah lelaki yang mama kamu cerita dulu?''tanya papa lagi inginkan kepastian.
Aku anggukkan saja kepala.Satu keluhan berat di lepaskan.Papa bangkit menuju ke sofa berdekatan.Aku ikut bangkit sama lalu duduk di depannya.
''Jadi sekarang bagaimana?papa kalau boleh mahu kamu bekerjasama dengan dia untuk projek kita yang baru ni.''
''Rul masih baru dalam bidang ni,boleh ke Rul uruskan semua ni nanti?papa yakin ke dengan Rul?''aku cuba menyoal keyakinan yang papa ada padaku.
''Yakin atau tidak papa kena juga percaya pada kebolehan kamu lagi pun kamu sorang aje anak papa,siapa lagi yang boleh papa harapkan?''
''Kita kena pandai bezakan urusan peribadi dengan urusan kerja kalau mahu majukan diri,kamu faham maksud papa ni?''tambah papa lagi.Aku anggukkan kepala.
''Kalau dah begitu kehendak papa,Rul ikut saja.''
''Kamu masih marahkan dia?''soal papa.
''Bohonglah pa,kalau Rul kata Rul tak marah pada dia.''jawabku.
Lebih baik aku berterus-terang tentang perasaanku dari menyembunyikannya sebab papa seorang yang pandai mengorek rahsia.Selagi dia tidak puas hati dia akan terus menyoal aku.
''Papa harap kamu maafkan saja dia,tak guna kalau kamu berdendam pun,segalanya sudah di takdirkan.Dah memang bukan jodoh kamu dengan Dian.Kamu harus terima hakikat tu.''pedih rasa hati mendengar bicara papa tapi aku tahu dia cuma berniat untuk menyedarkan diriku.
''Rul tahu pa cuma Rul terkilan bila dia cakap sesuatu siang tadi.''
''Pasal apa?''
''Tentang mama.''
''Mama kamu kenapa pulak?''
''Faizal kata mama yang menyebabkan Dian meninggalkan Rul dulu.''
''Betul ke dia cakap macam tu?''papa melepaskan nafas berat.Aku mengangguk saja.
''Untuk apa mama kamu lakukan begitu?apa faedahnya?''
''Mama sengaja tak mahu Rul dan Dian bersama,pa dia tak suka sebab yan anak yatim.''jelasku.Papa beristighfar panjang.
''Kamu yakin ke dengan apa yang Faizal kata kan tu?''
''Entahlah pa,sekali fikir ada logiknya jugak tapi Rul...entahlah Rul sendiri tak tahu nak percaya atau tidak dengan kata-kata dia tu.''Aku lepaskan nafas berat.
''Tak apalah biar papa tanya mama tentang perkara ni cuma papa harap kamu janganlah simpan dendam dengan mama kamu.Apa-apa pun kamu kena terima semua ni sebagai satu takdir.Dian memang bukan untuk kamu dan kamu jangan menyalahkan Faizal pulak.''
Sekali lagi papa cuba menerapkan kata-kata nasihat padaku.Aku diam tidak menjawab apa-apa.Kalaulah aku mampu memutarkan waktu ingin saja aku membetulkan apa yang terjadi namun apa dayaku,sudah tiada gunanya aku berharap pada yang bukan milikku lagi.Betul kata papa aku harus menerima semua ni sebagai satu takdir.
Fakhrul,berubahlah demi masa depan kau sendiri.Jangan bergantung pada kenangan lagi.Aku meninggalkan bilik bacaan itu setelah meminta diri dari papa.
Lewat malam itu aku melakukan lagi solat sunat.Memohon kepada YANG MAHA ESA agar di berikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. 

Wednesday, September 30, 2015

AKU bab 4




Entah berapa lama aku berada di situ,bila sedar aku rasakan bagai ada seseorang yang sedang duduk di sebelah kananku.Saat ku palingkan kepala,wajah itu segera menerpa di depan mataku.
Siti Aisyah!apa yang di buatnya di sini?Dia mengangkat tangan melambai ke arah ku dengan selamba sambil menyeringai.Terkejut aku saat itu.
''Awak buat apa kat sini?''soal dia.
''Err...tak ada,saja nak ambil angin,awak pulak buat apa kat sini?''balasku kemudian menyoal dia kembali.
Dia menunjukkan arah di belakang ku.Aku ikut berpaling mengikut telunjuknya.Tadika?Apakah dia mengajar di situ?fikirku.Aku memandang dia semula bersama kerutan panjang.Dia menganggukkan kepala seolah tahu apa yang aku fikirkan.
''Macam mana awak boleh sesat kat sini?''dia menyoal lagi.
''Entahlah saya pun tak tahu macam mana saya boleh sampai sini.Mungkin takdir yang membawa saya ke sini?''balasku perlahan.
Bila di fikiran sudah kusut apa yang di buat pun aku tak tahu.Kaki melangkah mengikut perasaan sendiri.
''Awak susah hati,ya?''teka dia.
Eh,perempuan ni macam tuk nujum pula tahu saja apa yang aku tengah fikir.Aku menggelengkan kepala demi menjawab soalannya itu.
''Kalau tak susah hati kenapa menangis?''soalnya lagi.
Mana dia tahu aku menangis?Pandangan tidak puas hati aku lontarkan padanya.Dia pula tetap dengan muka selambanya.Tangannya di gerakkan ke pipi tanda satu isyarat.Aku mengusik pipiku sendiri.
YA ALLAH!malunya aku,mana aku nak letak muka ni?terang-terang dia sudah menyaksikan kelemahanku.Aku palingkan muka sambil mengesat airmata.
''Tak payah nak malu dengan saya,kalau awak nak share masalah awak dengan saya,ceritalah telinga saya sedia mendengar.''
''Tak ada apa yang saya nak kongsikan dengan awak.''aku cuba berdalih.
Tiba-tiba Aisyah beralih tempat dia duduk betul-betul mengadap aku.Eh,berani betul perempuan ni,ke dia ni jenis tak reti bahasa?
''Awak ni degil sangat kenapa?saya ni kan kawan awak,tak boleh ke saya nak kongsi masalah awak?apa guna kita jadi kawan kalau tidak boleh bantu membantu antara satu dengan lain?''mencerlung matanya memandangku.
Tergamam aku bila dia menyergah tiba-tiba.Garang pula perempuan ni.Kenapa dia nak ambil kisah pasal aku pula?dia siapa dengan aku?Muka ku palingkan ke kanan malas melayan kata-katanya lagi.Tiba-tiba lenganku di pukul dengan tas tangannya.
''Aduhh!!sakitnyaa...''aku mengerang kesakitan.
''Woi!dah kenapa dengan kau ni ha!tak pasal-pasal pukul aku?''
ha ambik kau aura baranku sudah keluar.Semuanya spontan saja keluar dari mulutku,maklumlah orang tengah bengang beginilah kalau kena usik.  
''Macam mana saya tak pukul,awak tu kedekut sangat,orang nak kongsi masalah pun jual mahal.''balas Aisyah dengan muka garang.
Mak aii,cikgu tadika memang garang macam ni ke?
''Eh,suka hati akulah,yang kau sibuk pasal aku kenapa pulak?''
''Awak tanya kenapa pulak?apa ke bengap sangat awak ni,orang dah suka kat awak pun awak buat tak reti aje,bodohlah awak ni,huh!!''sebaik berkata begitu dia terus berlalu tergesa-gesa dari situ.
Terpinga-pinga aku saat ini.Aku tak salah dengar ke tadi?erk,dia kata dia suka aku ke?Aku pandang langkahnya yang semakin menjauh.Perlukah aku mengejarnya?tapi kaki ku terasa berat untuk melangkah.Aku pegang dada yang rasa bergetar.Aku sudah membuatkan dia berkecil hatikah?Ahh...mengapa saat-saat begini dia mencurah perasaan pula?
YA ALLAH!Inikah tandanya dia telah kau pilih untukku?Perlukah aku memulakan langkah baru?tapi hati ku masih pada Dian.Aku masih sayangkan dia.Ahh...mengapa begini sukar jalan hidupku?
Rul!berpijaklah di bumi yang nyata.Dian bukan milik kau dan takkan mungkin menjadi milik kau.Dia sudah bahagia di samping Faizal.Lelaki itu telah ALLAH pilih untuknya.Menyerah saja dengan hakikat ini.Kau cuma mampu menyintai bayangannya.Sudah berkali-kali kata-kata itu bergema di dalam minda.Peringatan untuk diri sendiri namun aku mengaku yang aku gagal,gagal untuk menerima kenyataan ini.Lama aku termenung di situ.
Akhirnya aku tinggalkan taman itu bersama keperitan yang tidak tertanggung.Lelah hati untuk menerima hakikat ini namun aku perlu kuat,aku perlu tabah,bantulah aku YA ALLAH! 

Sunday, July 12, 2015

AKU bab 3




Pagi ini aku akan menghadiri satu mesyuarat penting.Kata papa ada satu syarikat yang akan bekerjasama dengan syarikat kami untuk satu projek kami yang baru.
Sewaktu kaki ku melangkah ke bilik mesyuarat,aku tergamam.Wajah lelaki yang sedang bersalam dengan papa menyapa ingatanku kepada dia lagi.Mengapa pula dia ada di sini?Mungkinkah?Rasanya apa yang sedang ku fikirkan di dalam benak ini memang benar kerana aku lihat di dalam bilik ini cuma ada kami dan dua orang pembantunya.Papa segera memperkenalkan kami.Riak wajahnya selamba saja bagai tiada apa-apa.Macam orang tiada perasaan pula dia ni.Hatiku jadi kurang senang dengan kehadirannya tapi aku cuba mengawal diri dari di sedari oleh papa.Takkan pula kami hendak bergaduh di sini.Tentu di kata tidak professional nanti.
Mengapa aku rasakan ada aura jahat yang sedang mengganggu perasaan aku saat ini?Melihat senyuman yang terpamer pada wajah yang agak kacak itu bagai mengganggu ketenanganku.
Mungkinkah kerana kekacakannya itu membuatkan Dian beralih arah dari ku?Mungkinkah dengan keramahan yang terlahir dari bibir lelaki ini yang membuatkan Dian melupakan perasaannya padaku?Aku betul-betul terasa bengang saat ini.Terasa bagai hendak ku hadiahkan penumbuk saja pada muka yang kacak itu.
''Rul!kamu ni kenapa?lain macam aje papa tengok.''sergahan papa mengejutkan aku.
Hampir saja aku hilang pertimbangan tadi.
YA ALLAH!Apa yang aku buat ni?mengapa aku melayan sangat perasaan ni?Fakhrul,kau kena bangun,jangan lupa diri,jangan hanyut dengan perasaan sendiri.Aku mengelengkan kepala tanda menjawab pertanyaannya tadi.Lelaki itu sedang memandang aku dengan satu pandangan yang aku sendiri tidak pasti.Tiada segaris senyuman pada wajah itu.
Mesyuarat itu di teruskan tanpa berlengah lagi.Segala pelan perancangan yang telah kami rancangkan menjadi paparan di skrin putih di depan kami.Sesekali aku menjeling Faizal yang duduk di depan ku.Dia begitu menumpukan perhatian kepada penerangan papa.
Akhirnya kami sepakat untuk meneruskan kerjasama dengan syarikat Suria.Faizal sebagai pengurus operasi kanan syarikat itu nampak begitu gembira saat ini.
Aku mendekati lalu bersalam dengannya.Hanya satu senyuman mampu ku hulurkan.Selesai menandatangani kontrak kerjasama,papa mengajak mereka menjamu selera.Hanya satu jamuan ringkas syarikat kami sediakan.
Sewaktu aku sedang menjamah puding karamel,satu suara menyapa ku.
''Ehem...boleh duduk kat sini tak?''aku mendongak memandang wajah itu.
Faizal!Kepala ku anggukkan saja tanda mengiakan permintaannya.Sempat mataku meliar mencari kelibat papa.Mujur kedudukan papa agak jauh dari kami.Ada rasa yang kurang menyenangkan yang terbit dari hatiku ini.Kenapa dia menyapa ku?
''Kau ok ke?''sapanya pendek.
Kenapa mulut dia ni ramah sangat?Tak tahu ke aku memang tak suka dengan dia.Mustahil kan kalau aku suka dia,orang yang telah merampas kekasih hati ku?Aku menjeling dia sekilas kemudian meneruskan suapan.
''Maafkan aku!''
saat itu juga suapan ku terhenti.Aku pandang saja puding yang hampir tinggal separuh di dalam piring itu dengan pandangan yang kosong.Dia meminta maaf?Ha...baru sekarang dia nak minta maaf?Aku fikir dia tak tahu nak ucap perkataan itu.
''Kau tak ada apa-apa nak cakap?kalau kau nak marah aku pun aku terima.''
Aku lepaskan nafas berat.Wajahnya ku pandang tajam.
''Kau nak aku cakap apa lagi,kau dah dapat dia,kan?dia dah jadi milik kau,apa lagi yang kau tak puas hati?kau memang sengaja nak sakitkan hati aku, kan?Perampas!''
Akhirnya aku lepaskan jua apa yang dia mahu dengar.Mujur saja aku masih mampu mengawal nada suaraku.Faizal kelihatan menunduk.Tangannya menguis-nguis bihun di dalam piring.
''Kalau kau fikir aku ni perampas,aku betul-betul minta maaf,bukan niat aku untuk merampas dia dari kau tapi aku cuma ingin membela nasib dia yang tiada siapa ambil kisah.Selain tu aku mengaku aku memang sayangkan dia saat kali pertama aku jumpa dia.Itulah kali pertama aku jatuh cinta.''pengakuan berani dia menghancur leburkan lagi hati aku yang memang sudah pedih terluka.
''Siapa kata tiada orang yang ambil berat pasal dia?aku ni siapa?senang-senang kau cakap macam tu?''marah ku padanya.
Suara masih ku kawal agar mereka yang di dalam bilik ini tidak mendengar perbualan kami yang agak tegang ini.
''Ok,aku tahu kau kisah cuma dalam hal ni kau tak cukup prihatin dengan masalah dia.''
Aku naik berang bila dia berkata begitu.
''Apa hak kau cakap aku macam tu?kau kenal ke aku?''bengang aku bila di tuduh begitu tambahan oleh lelaki yang telah merampas Dian dari ku.
''Memang aku tak kenal kau tapi kau tak cukup ambil kisah kenapa dia lakukan begitu pada kau.''
''Dia yang curang!''tegasku bersungguh.
''Dia tak curang tapi dia terpaksa.''ujar Faizal menegaskan kata-katanya.Ada suatu maksud tersirat pada kata-katanya itu.
''Apa maksud kau?''
''Aku tahu sebenarnya aku tak payah nak ambil kisah tentang korang berdua lagi sebab Dian sudah menjadi isteri aku.Tambahan kita akan menjalankan kerjasama tidak lama lagi,aku rasa baik aku terus-terang pada kau.Hati aku tak senang tengok kau macam ni,muram aje.Lagi pun aku kasihan dengan kau.''berkerut kening ku mendengar bicara yang keluar dari mulut dia.
''Apa sebenarnya maksud kau ni?''aku bertanya lagi dengan rasa tidak sabar.
''Aku harap kau tenang dan jangan marah dengan mama kau.Aku bukan nak memburukkan mama kau tapi niat aku cuma nak membetulkan keadaan.''
''Mama aku?apa kena mengena dengan dia pulak?''soal aku tidak sabar.
''Sebenarnya dialah penyebab Dian meninggalkan kau.Dia yang meminta Dian menjauhi kau sebab dia tak mahu bermenantukan seorang anak yatim seperti Dian.''
Memang benarlah dugaan aku selama ni,mamalah penyebabnya aku dan Dian terpisah.
YA ALLAH!dugaan apakah ini?mengapa harus mama yang membuatkan hidup ku kucar-kacir?Selama ni aku cuba menjadi anak yang terbaik buat mama tapi mengapa mama juga yang membuatkan hati ku punah?
''Fakhrul,aku harap kau jangan marah pada mama kau.Dia buat semua ni sebab dia sayangkan kau dan dia nak yang terbaik buat kau.Tak ada seorang ibu yang sanggup melihat hidup anaknya musnah.Kau kena bersabar dan jangan menyalahkan dia seratus-peratus.''tambah Faizal lagi dengan panjang lebar.
Aku tersenyum sinis.
''Kau cakap macam kau kenal mama aku?''
''Memang aku tak kenal dia tapi aku faham tujuan dia memisahkan korang berdua.Kau anggap sajalah antara korang berdua bukan di takdirkan untuk hidup bersama.Aku harap kau lepaskanlah perasaan kau yang masih ada untuk dia.Mungkin di luar sana tu kau akan ketemu jodoh yang lebih baik lagi.Untuk pengetahuan kau isteri aku sudah berbadan dua sekarang jadi aku tak mahu kalau apa-apa yang terjadi pada dirinya.Aku sayangkan dia dan aku tak sanggup kehilangannya.''
Begitu panjang lebar dia berbicara sehingga mengguris kembali luka di dalam hati ini.
Betapa hancur luluhnya perasaan aku saat ini.Tidak sanggup aku berlama di situ.Aku angkat kaki lalu beredar dari situ.Aku sudah tidak mampu berfikir apa-apa lagi.Kaki melangkah menuju ke pejabatku lalu aku mencapai kunci kereta lantas aku terus keluar dari situ.Aku menghidupkan enjin kereta dan memandu ke jalan besar.Ke mana arah aku ingin tuju sekarang pun aku tidak tahu.Kosong fikiran ku sekarang.Sakit hati dengan kenyataan yang baru ku dengar tadi.Mengapa mama yang mesti menjadi halangan aku?Mengapa mama yang harus menyakiti hatiku ini?Tidakkah dia sedar yang anaknya ini begitu menderita sejak kehilangan Dian?Tidakkah dia tahu yang aku hanya perlukan Dian di dalam hidup ku?Aku tidak mahu yang lain hanya Dian saja!Kereta ku hentikan di sebuah taman.Aku melangkah keluar lantas duduk di sebuah bangku batu.Cuba melepaskan rasa yang menghimpit pemikiran ku saat ini.
Kau buta selama ni Rul!kau buta menilai perasaan kau sendiri.Selama ni kau tidak prihatin dengan perasaan Dian.Yang cuma kau tahu ialah menyayanginya tapi sengsara dia,kau tak pernah kisah.Kau tak tahu sakit yang di tanggungnya akibat cemuhan dari mama kau sendiri.Dia gadis yang berhati lembut,jadi dia mudah di gertak.Dia sebatang kara di dunia ni Rul,sepatutnya kau bela nasib dia tapi kau menyalahkan dia.Hati ku berbolak-balik,terus terusan menyalahkan diri sendiri.Tapi semua itu sudah tidak berguna lagi.
Yan!maafkan aku,kalaulah aku mampu membetulkan segalanya.   

Sunday, June 14, 2015

AKU bab 2




Setelah seminggu berada di kampung,aku pulang semula ke rumah.Papa dan mama telah pulang lebih awal kerana jadual kerja yang padat.
Pagi itu aku memulakan kerja di syarikat papa.Rasa  berdebar untuk memulakannya.Boleh ke aku menjadi sekuat papa?Mampukah aku menggantikan papa nanti?Ah,segalanya ada kali pertama kalau tidak kita takkan tahu tahap kemampuan diri kita.Aku harus belajar untuk menjadi seperti papa.Ketabahan papa akan aku jadikan panduan.Apabila waktu kerja hampir tamat,aku menjengah ke bilik papa.Tekun betul dia membuat kerja.
''Papa tak nak balik lagi ke?''soalku sambil melabuhkan punggung di depannya.
''Tak,papa banyak kerja ni.Kalau kamu nak balik,baliklah dulu.''
''Kalau papa nak Rul tunggu,Rul tunggu lagi kat sini.''
''Ish,tak payah.Papa tak pasti nak balik pukul berapa,kalau siap cepat cepatlah papa balik,nanti bagi tahu mama yang papa lambat sikit hari ni.''
''Betul ke ni?''soalku inginkan kepastian.
''Ya pergilah balik dulu,hari pertama ni tak payah kamu nak paksa diri sangat.''
''Terima kasih papa.''
''Sama-sama.''sahut papa.Aku mencapai tangan papa lalu mengucupnya.
Nasib baik papa sporting.Ah,dah terbayang-bayang tilam empuk ku dekat rumah.Malam ni rasanya aku akan tidur yang paling lena,maklumlah seharian menatap dokumen dan cuba memahami perjalanan syarikat papa.Pinggangku pun rasa nak patah ni.
Aku berjalan agak laju menuju ke arah kereta yang terparkir di depan bangunan ini.Setelah memasukkan anak kunci segera tangan ku menghidupkan enjin kereta.Kereta ku undur untuk keluar namun tiba-tiba aku bunyi dentuman mengejutkan dari belakang.
Aduh,bonet keretaku kena langgar.Apa sudah jadi ni?Aku meraup muka perlahan.Cuba menenangkan diri.Habislah aku papa mesti marah ni.Aku segera turun dan terpandang oleh mataku sebuah kereta viva sedang elok mencium bonet keretaku.
Aku mendekati kereta itu.Nampak pemandunya macam seorang perempuan.Saat itu juga pintu kereta viva itu terbuka perlahan.Terpempan aku bila melihat wajah itu.Dia!Haish,macam mana pulak dia boleh muncul di sini?Suratan atau kebetulan ni?
Dia tersengih dengan muka takut-takut.
''Maaf,saya tak sengaja tadi,tak perasan awak nak keluar.''Aku menghela nafas cuba menenangkan diri seketika.Geram pula rasa di hati.
''Nasib baik awak ni saya kenal kalau tidak...''
tersekat pula ayat yang keluar dari bibirku.Aku tenung dia yang masih dengan muka takut-takutnya itu.Kasihan pula aku melihatnya.Haish,perempuan ni pandai sangat buat muka kasihan.
''Awak nak buat macam mana ni?''soalnya sambil menggigit jari.
Aku cuba menyorok senyum.Tercuit hatiku melihat gelagatnya itu.Tahu pula dia takut dengan aku,muka aku ni nampak garang ke?
''Tak apalah sikit aje ni nanti saya betulkan mentol yang pecah ni.''ujarku.
''Err...saya minta maaf sekali lagi ya,saya betul-betul tak perasan awak nak undur kereta tadi.Apa kata saya bayar untuk kerosakan ni.''ujar Siti sambil cuba mengambil sesuatu di dalam keretanya.
''Err...awak...tak payahlah,saya tak kisah pun pasal ni,awak jangan bimbanglah.Lagi pun kan kita kawan,nak buat apa besarkan pasal benda ni.''ujarku cuba bertolak ansur.
''Ha,kita kawan ke?''
Aku angguk saja kepala.
''Kalau kita kawan kenapa awak tak call saya hari tu?''
kata-katanya itu tiba-tiba membuat aku terkedu.Cuma sengihan aku lemparkan untuknya sambil menggosok belakang tengkuk ku.
''Erk...awak tunggu call saya ya?''
''Mestilah...er...''dia menggigit jari tersedar kata-katanya yang terlanjur.
Aku cuma tersenyum nipis.Berani betul dia ni.Tak macam Dian.Erk...dah kenapa aku nak samakan mereka berdua pula.Serba salah hati ku.Mataku menjeling ke arahnya sekilas.Akhirnya kami berbincang seketika dan sepakat untuk tidak memanjangkan perkara itu.
Aku terus memandu pulang setelah Siti Aisyah menghilang bersama keretanya.Tentang kerosakan kereta aku tu biarlah dulu,hari cuti nanti aku betulkan.Bila aku perhatikan semula cuma cover pada mentol yang pecah jadi aku tak perlu risau sangat.

Malam ini terasa sepi sekali.Langit gelap tiada berbintang.
Aku lepaskan lelah dengan menggeliat perlahan.Seperti selalu bila sepi begini fikiran mulalah melayan perasaan.Sampai bila aku harus begini?Mengapa terlalu sukar hendak melupakan?Mengapa terlalu payah hendak di buang satu nama itu?Mengapa ingatan sering mendera perasaan.Tidak ada ruang di dalam fikiran yang tidak menyebut namanya.
Tiba-tiba teringatkan kejadian petang tadi.Siti Aisyah!Agak berani juga orangnya.Tercuit hatiku melihat telatahnya.
Bolehkah agaknya kami berkawan?Cukupkah kalau kami sekadar berkawan?Bimbang juga kalau di dalam hati nanti timbul pula perasaan yang lain.Kalau bukan aku mungkin dia.Tidak bimbangkah dia kalau aku bakal mengecewakan dia nanti?Dari raut wajahnya aku yakin ada sesuatu yang tersembunyi jauh di sudut hatinya.Tambahan hati aku ini belum mampu untuk melupakan kisah itu.
Tapi rasanya kalau sekadar berkawan takkan menjadi salahnya untuk kami,kan?Monolog hati ku lagi.Hai la hati,kau serba salah lagi.Jangan banyak berfikir lagi wahai Fakhrul.

Pagi itu selepas bersarapan bersama papa dan mama aku bergerak ke pejabat.Kesibukan meneliti dokumen syarikat membuat aku lupa hendak mengisi perut.Mujur juga papa yang mengingatkan.Aku mengikut papa makan di tempat kegemarannya.Restoran mamak!Ha ambik kau,kalau mama tahu kami makan di sini mahunya dia berleter tiga hari tiga malam dengan kami.
Aku tahu kegemaran papa yang satu ini,kari kepala ikan.Memang takkan tinggal lauk kegemarannya ini.Kalau di rumah pun pembantu rumah kami Mak Lijah selalu memasak kari kepala ikan bila papa meminta.
Kalau ada mama pasti tempat ini takkan di jejaki papa kerana mama tidak suka ke mari.Malu katanya.Alahai mama ku,begini agaknya kalau lahir dari keluarga berada.Tapi aku yakin bukan semua perempuan macam mamaku.Ramai lagi perempuan yang tak malu untuk makan di tempat begini.Kadang kala aku pun hairan bagaimana papa boleh bersabar dengan perangai mama dan bilakah mama akan berubah sikap agaknya?Moga suatu hari mama akan menjadi mama yang terbaik.Itulah doa ku setiap hari.
Perbualan kami begitu rancak berkisar tentang perjalanan syarikat.Tiba-tiba papa bertanyakan aku tentang keadaan keretaku yang kemek di bahagian belakang.Aku berterus- terang saja tentang kejadian petang semalam.Mujur papa tidak marah.Aku berjanji dengan papa untuk membawa kereta itu ke bengkel waktu cuti nanti.
Bila memikirkan tentang kejadian itu,membuatkan ingatanku kembali kepadanya dia.Gadis manis yang mula mendapat perhatianku.Bagaimanakah tanggapannya pada diriku?mampukah aku untuk menjadi kawannya?Ah,biarlah masa saja yang menentukan segala.Aku dan papa menyudahkan makan tengahari kami dengan segera kerana papa ada temujanji selepas Zohor nanti.Papa mengajak aku mengikutnya.Aku setuju saja demi untuk menimba pengalaman baru.Bila lagi aku akan belajar segalanya tentang syarikat kalau bukan sekarang?Suatu masa nanti aku juga yang akan menggantikan papa. 
Petang itu kami selesai bermesyuarat agak lewat.Papa mengajak aku bersolat maghrib di masjid berdekatan.Usai solat kami bergerak pulang.Waktu sampai di rumah aku lihat mama sedang menonton televisyen.Aku segera menyalam mama dan mengucup tangannya seperti selalu.Papa pula sudah masuk ke bilik.
''Kamu ikut papa,ke?''
''A'ah ma.''
''Patut mama call tak dapat.''
''Bila?Rul tak dengar pun bunyi telefon.''
''Naik lenguh mama mendail kamu boleh kata tak dengar.''
Aku seluk poket seluar kemudian aku tepuk dahi sendiri.
''Maaf ma,tadi Rul silent kan telefon ni.''
Mama menjeling diriku dengan ekor matanya.Aku segera meminta diri untuk naik ke bilik.Usai mengerjakan solat Isyak,terdengar ketukan di pintu bilikku.Aku segera membuka pintu.Terjengul wajah mama di situ.
''Mama!buat apa kat sini?''tanyaku keliru.
''Saja nak tengok bilik anak mama ni bersepah ke tidak.''selamba mama berkata sambil matanya meliar ke sekeliling bilik aku.
Aku gelengkan kepala.Satu lagi perangai mama.Cerewet!Kalau cerita pasal kebersihan bagilah kat mama.Dia cukup tidak suka kalau rumah bersepah apatah lagi bilik aku.Dari kecil aku telah di didik untuk menjaga kebersihan bilik sendiri.Tapi aku tak rasa kedatangan mama ini ada kena mengena dengan keadaan bilik aku.Mesti ada agenda yang lain.Aku bersandar di tepi pintu sambil memeluk tubuh.
''Mama ni saja nak tengok bilik Rul atau ada hal lain?''
Mama tersengih bila aku kata begitu.Punggungnya di labuhkan ke katil ku.
''Kamu sibuk tak esok?''
''Kan esok Rul kerja.''      
''Ala minta cuti satu hari dengan papa takkan tak boleh?''
''Ada hal apa sebenarnya ni?''
''Sebenarnya mama nak minta Rul jemput seseorang kat KLIA esok.''
''Siapa?''tanya ku pendek.
''Anak aunty Khaty baru balik dari US.''ujar mama bersama senyuman.
Ha kan dah kata mama ada agenda tersembunyi.Mesti dia nak rapatkan aku dengan anak aunty Khaty tu.Aduhai mama...sekali lagi dia buat aku begini.Hal yang hari tu pun aku tak ikut,sekarang dia buat hal lagi.Sengaja nak cari jodoh untuk aku.
''Tak ada orang ke yang boleh ambik dia?''
''Pasal tak adalah mama nak minta tolong kamu.''
''Bila nak ambik?''
''Dalam pukul sebelas esok dia sampai.''
Aku melepaskan nafas berat sambil meraup muka perlahan.
''Mama tanyalah papa dulu kalau Rul boleh dapat pelepasan.''penyudahnya itu yang mampu aku kata kan.
Malas nak panjangkan cerita.
''Yalah nanti mama tanya papa.''ujar mama seraya bangkit ingin keluar.
Setelah mama keluar aku rebahkan badan ke tilam.
Mama...mama...hai sampai bila dia akan perlakukan aku macam anak kecil?Semua nak kena ikut cakap dia.Sampai jodoh aku pun dia nak aturkan.Bagaimana harus aku hentikan segala perbuatan mama ini?Aku tidak mahu di katakan anak derhaka kalau terlalu membangkang cakapnya tapi dalam masa yang sama aku tidak mahu mengikut saja kata-katanya.Aku pun ada kehidupan aku sendiri.Sudahlah jodoh ku yang lepas tu pergi begitu saja.Kadang kala ada juga aku terfikir yang semua kejadian antara aku dan Dian adalah angkara mama namun sebelah hatiku cuba menidakkannya.
Teringat aku suatu waktu dulu,Dian pernah menasihatiku agar jangan sesekali membangkang kata-kata orangtua kita.Biarlah kita beralah tapi jangan sesekali kita sakiti hati mereka.Dulu dialah yang sering menasihati diriku.Waktu itu aku baru berpindah ke kampung dan tinggal dengan nenek.Masih lagi menjadi budak nakal.Lama juga nasihat itu hendak masuk ke dalam mindaku.
Ah,lagi-lagi Dian.Memang nama itu tidak mampu aku hapuskan sampai bila-bila pun.
Seorang gadis yang lemah lembut dan ayu.Yang sentiasa menjaga tingkah laku.Cuma aku saja yang sering menjadi budak yang suka mengganggu dia.Bukan apa,semua itu aku lakukan kerana hati telah terpikat dengannya.Betapa rindunya aku dengan suaranya...
Ah!aku khilaf lagi.Wajah ku raup perlahan.Bibirku beristighfar panjang.Aku lalai lagi,YA ALLAH!!
Pagi itu aku buat perangai tidak mahu mengikut kehendak mama.Biarlah anak kawan dia tu balik naik teksi saja.Bukan tak ada teksi kat KLIA tu.Petang itu sebaik balik dari kerja aku di jerkah mama.Bukan main berang dia denganku.Nasib aku baik kerana papa menyokong ku.Papa mengatakan yang aku harus hadiri mesyuarat penting di pejabat klien syarikat.Mama tidak terkata apa bila papa sudah masuk campur.Bengang betul muka dia.Kasihan pula aku melihatnya.Kalaulah aku mampu membuatkan mama memahami kehendak anak bujangnya ini.Aku mendekati mama yang sedang berehat di luar rumah setelah kami menikmati makan malam tadi.
''Ma,maafkan Rul ya pasal siang tadi,bukan Rul tak mahu mengikut kehendak mama tapi Rul faham tujuan mama tu.Rul tak nak soal jodoh Rul pun mama yang tentu kan,biarlah Rul yang cari jodoh sendiri.''
Mama memandang aku sekilas kemudian pandangannya tertebar ke arah jalanraya semula.
''Rul tu kan anak mama sorang saja,kenapa Rul tak nak faham tujuan mama ni?Mama buat semuanya untuk Rul juga.Takkan Rul masih nak ingat dekat perempuan yang sudah curang tu?''
''Yan tak curang,ma!''pantas aku menepis kata-kata mama.Sedikit meninggi suaraku.
''Kalau tak curang macam mana dia boleh kahwin dengan anak kawan mama tu?selama ni dia cuma gunakan Rul untuk kepentingan dia sendiri.''
''Kalau mama tahu dia akan kahwin dengan anak kawan mama tu kenapa dari awal lagi mama tak beritahu Rul?''
''Erk...''terkedu mama seketika.
''Mama tahu pun dah terlewat,kawan mama tu terlupa nak hantar kad awal-awal,lagi pun kami bukan rapat sangat dalam persatuan.''ujarnya cuba memberi alasan.Kenapa aku rasa alasan tu macam tak lojik saja?
''Kalau mama dah tahu,kenapa mama masih nak ajak Rul ke sana?mama memang nak sakitkan hati Rul,kan?''
terasa ada sebak dalam nada suaraku itu.Hatiku terasa sakit kembali.Keluhan berat aku lepaskan.
''Mama cuma nak Rul sedar tentang kecurangannya.''ujar mama dengan suara seolah ingin memujuk hati ku.
''Dian tak curang,ma!''sekali lagi kau tegaskan.
Mama masih tetap dengan pendiriannya namun aku masih tidak mahu menerima hakikat itu.Tak sanggup rasanya untuk aku menerima kenyataan itu.Selama aku mengenali Dian,dia bukan seseorang yang suka menerima bantuan,walau pun hidupnya tidak sesenang orang lain.
Dian lebih rela menanggung kesusahan sendiri sehingga membuatkan aku membantunya secara diam-diam kerana pastinya dia akan menolak setiap bantuan yang cuba aku hulurkan.Hanya melalui arwah ibunya aku salurkan bantuan bila mereka perlukan.Mujur saja waktu itu ibunya mahu juga menerima bantuanku.Kalau tidak aku pun tidak sanggup menyaksikan kesusahan yang di alami mereka.   
''Suka hati kamulah,bela sangatlah budak tak guna tu,huh!''ujar mama dengan keluhan keras.
''Ma!maafkan Rul,Rul bukan sangaja nak tinggi suara pada mama.''
Tangan mama aku capai lantas menyalaminya.Mama hanya diam lantas berlalu dari situ.Wajah aku raup perlahan untuk meredakan perasaan sendiri.Kalaulah aku tidak mengenali Dian tentu perasaan ini tidak jadi begini.Tapi takdir penentu segala.Kerana Dian aku telah berubah menjadi anak yang mendengar kata dan kerana Dian juga aku telah berjaya di dalam pelajaran.Dialah pendorong untuk aku berjaya sekarang.
Aku naik ke bilik setelah beberapa ketika di situ.Tiada gunanya aku mengenang perkara yang telah lalu.Aku telah berjanji untuk melupakan segala jadi biarlah ia begitu.Aku cuba melelapkan mata namun terlalu sukar untuk aku melupakan kejadian sebentar tadi.Aku bangun lantas mengambil sesuatu di dalam laci meja tulis.Sebuah album gambar aku keluarkan.Tersenyum aku sendiri bila melihat gambar-gambar lama sewaktu di bangku sekolah menengah dulu.Tiba pada sekeping gambar,hati ku terasa di sayat sembilu.Rindunya aku pada wajah itu.Wajah yang telah bersemadi di lubuk jiwaku sejak sekian lama.Bagaimana lagi aku dapat melupakannya andai hati ku sendiri tidak mahu lakukan begitu.Mana mungkin aku melupainya.YA ALLAH!KAU ambillah perasaan ini,KAU hapuskanlah ingatan ini.Aku terlalu sukar melupainya... 

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...