Sunday, October 25, 2015

AKU bab 6



Pagi itu waktu aku turun untuk bersarapan kelibat mama menyapa pandanganku.Papa tetap setia di tempatnya,di kepala meja.Salam aku hulurkan perlahan namun hanya papa yang menjawabnya.
Mama pula hanya tekun menghadap sarapannya.Apakah papa sudah bertanya tentang hal semalam kepada mama?Wajah mama pula ku lihat selamba saja macam tiada apa-apa yang berlaku.
''Yang kamu pandang mama semacam ni kenapa?''suara mama tiba-tiba mencantas
lamunanku.
''Er...tak ada apa-apa mama.''
Aku memandang papa sekilas.Dia hanya mengelengkan kepala seolah ingin memberitahu aku sesuatu.
''Saya dah lewat ni pagi ni ada mesyuarat,saya pergi dulu lah.''ujar papa sambil bangkit menuju ke ruang tamu.
Mataku menyorot langkah mama yang mengikut langkah papa.Alangkah bagusnya kalau aku mampu berterus-terang.Roti bakar yang berada di dalam piring ku pandang sepi bagai tidak lalu untuk menjamahnya.
Aku bangun lalu menuju keluar.Sampai di ruang tamu aku bertembung muka dengan mama.Tangannya aku gapai lalu menyalamnya seperti selalu.
''Kamu ni muram kenapa?''aku panggung muka menatap wajah mama seketika.
''Er...Rul tak ada-apa,ma.''
''Kamu tak puas hati dengan mama,kan?''
Terpaku aku di situ.Nampaknya papa telah bertanya mama tentang perkara itu.
''Apa maksud mama?''  
''Pasal bekas kekasih kamu tu lah.''tegas mama menaikkan seoktaf nada suaranya.Aku melepaskan nafas berat.
''Cukuplah ma,Rul malas nak cerita pasal dia lagi.''
''Kamu marahlah pada mama sekarang setelah tahu perkara sebenar?''
''Suka hati mamalah nak fikir apa,Rul tak nak bergaduh pasal perkara ni,Rul pergi dulu.''
''Kamu tak berada di tempat mama jadi kamu tak tahu apa yang mama fikir.Kalau kamu jadi mama tentu kamu akan buat seperti yang mama buat.''
Langkah ku terhenti.Aku meraup muka kasar.Betapa sakitnya hati aku rasa dengan kenyataan mama itu.Selama ini aku cuba untuk menjadi seorang anak yang baik pada mama tapi ternyata mama hanya mementingkan diri sendiri.Perasaan aku sebagai anak dia lupa mahu bertanya.
''Cukuplah mama,Rul tak mahu kita bergaduh pasal ni,yang dah lepas tu biarlah lepas.Yan pun dah jadi isteri orang sekarang.''
aku segera menapak keluar bimbang sekiranya aku terlajak kata padanya.Oh Tuhan!jangan sampai aku jadi anak derhaka.
''Kamu ni memang degil tak boleh ke untuk sekali ni kamu dengar cakap mama?''
''Mama nak Rul buat apa lagi?''
''Kamu tahu apa yang mama mahu,kan.''aku mendengus geram.
Kemarahan sudah mula bertapak di dalam hati.Sabar Rul,bertenang jangan di layan amarah yang datang.
''Maaf mama,Rul tak boleh ikut kehendak mama.''terus aku berlalu keluar sebaik berkata begitu. 
Aku tahu mama kecewa dengan tindakan ku tapi aku takkan berdiam diri bila soal masa depanku menjadi taruhan di sini.Cukuplah apa yang telah terjadi.

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...