Monday, January 19, 2015

SESUCI CINTA DIAN 33




Sepanjang jalan Faizal asyik tersenyum sehingga Dian terasa pelik.
''Abang ni kenapa dari tadi asyik menyengih aje.''Tegur Dian saat mereka di dalam kereta menuju ke pejabat.
''Tak ada apalah ayang,hati ni riang sangat tak sabar nak jadi ayah.''
''Kita yang mengandung dia pulak yang terlebih riang.''
''Eh,mestilah abang yang buat ayang mengandung kan,kalau abang tak usaha kuat takkan jadi macam ni.''
Ujar Faizal sambil meletakkan tangannya ke perut isterinya itu.Tercuit hati Dian dengan gelagat Faizal itu.
''Apa abang ni tak malu ke cakap macam tu?''
''Nak malu apa kita berdua aje dalam kereta ni.Ayangg...lepas kerja ni kita pergi cari barang baby nak?''Faizal sudah mula membuat suara manjanya sambil tersengih panjang.Berkerut kening Dian mendengarnya.
''Ha!cepatnya kandungan yan baru tiga minggu bang,tak payahlah cepat sangat.''
''Tak apalah kita buat sikit-sikit,kita cari mana yang penting dulu.''
Naik bengang Dian dengan kehendak suaminya.Kalau dah begitu katanya,turutkan ajelah, kalau di tegah nanti jadi hal pulak.
''Baiklah kita pergi.''ujar Dian perlahan.Faizal tersengih suka bila Dian mengalah.
Petang itu mereka keluar ke pusat membeli-belah.Tiba di satu kedai barangan bayi mereka terus masuk ke situ.
''Ayang cantik tak?''Tanya Faizal menunjukkan sepasang stoking bayi.Dian tersenyum sambil mengangguk.
''Cantik jugak,abang nak beli ke?''
''Err...boleh ke?''Soal Faizal kepada isterinya semula.
''Entahlah suka hati abanglah.''balas Dian dengan perasaan serba-salah.Kalau dia kata tak payah,tentu suaminya itu terasa hati,silap-silap boleh merajuk.Faizal kelihatan menggaru kepala,kemudian mengurut-ngurut janggutnya yang sejemput itu.Fikirannya juga serba tak kena.Di pandang wajah isterinya itu dengan mesra.
''Apa kata abang belikan ni sebagai hadiah untuk ayang sebab dah mengandungkan anak abang?''
Cadangan suaminya itu terasa boleh di terima akal.Nampak begitu simbolik.Dian tersenyum lalu menganggukkan kepala tanda setuju.Penyudahnya mereka membuat keputusan untuk membeli stoking itu saja manakala barangan yang lain di biarkan dahulu.
Sewaktu melalui sebuah kedai pakaian,Dian terpandangkan sehelai baju untuk ibu mengandung.Terasa berkenan di hatinya melihat.
''Leka tengok baju tu,nak beli ke?''Tegur Faizal.
''Boleh ke?''
''Jom...''Faizal menarik tangan Dian masuk ke kedai itu.
Menonong Dian mengikut langkah suaminya.Faizal ikut memilihkan baju untuk Dian.Dia pula yang begitu teruja sekali.
Selesai membeli pakaian di situ,mereka bergerak menuju ke foodcourt untuk menjamu selera sebelum pulang.Dian duduk di meja sambil menanti suaminya membeli makanan.Tangannya membelek beg berisi pakaian itu.Tiba-tiba kerusi di depannya di tarik orang.Dian memanggungkan muka.
''Aab...''Terkedu Dian bila wajah yang di depannya bukan wajah Faizal sebaliknya wajah lelaki yang telah cuba di elaknya.
''Kau!!''
''Ya...aku!!kenapa kau terkejut tengok aku?Kau nampak bahagia sekarang.''
Dada Dian terasa sebak.Perasaan cuba di kawal agar tidak terhambur sebarang kesedihan di situ.Wajah itu direnung seketika,cengkung dan sayu.
''Kau betul-betul bahagia,kan?''bergetar nada suara Fakrul saat menuturkan ayat itu.Dian menundukkan wajah,perlahan kepala di anggukkan.Maafkan aku Rul!bisik hati kecil Dian.
''Terima kasih kerana melukakan hati aku,lepas ni aku yakin aku akan jumpa perempuan yang lebih baik dari kau.''
Terasa sakit hati Dian mendengar bicara yang keluar dari bibir Fakrul itu namun hendak di apakan lagi,itulah jalan terbaik yang telah di pilihnya demi menjaga satu perhubungan.Aku pun doakan untuk kau begitu.Hati kecil Dian berbisik lagi.Fakrul bangkit saat itu juga.Bimbang andai berlama di situ akan bertembung dengan suami Dian.
''Selamat tinggal!''ucap Fakrul tegas.
Mata Dian menyoroti tubuh itu sehingga hilang dari pandangan.Dian terasa kelopak matanya kabur.Tisu di dalam tas tangan di capai,segera dia menyapu airmata itu.
Tanpa di sedari Dian,suaminya telah menyaksikan adegan sebabak tadi.Terusik hati Faizal.Mulanya dia ingin menerjah saja namun di sabarkan hatinya untuk melihat apa yang terjadi seterusnya.Mujur saja Fakrul tidak bertindak melampaui batasan.
Faizal terasa lega namun saat melihat airmata isterinya itu,jiwa lelakinya terasa tercabar.Dian masih belum mampu melupakan dia.Duhai hati,
bersabarlah,terlalu awal untuk dia melupakan segalanya.Berilah dia masa.Faizal meneruskan langkah menghampiri isterinya.Tangannya menatang talam berisi makanan.    
''Maaf yang lambat sikit,orang ramai tadi.''
''Tak apalah yan bukan lapar sangat pun.''ujar Dian cuba mengawal suaranya yang sedikit serak.
''Kalau tak lapar pun yang kat dalam tu kena ingat ayang kena makan untuk dua orang mulai sekarang.''
''Yalah...''
''Eh,ayang ni kenapa mata tu merah?''sengaja Faizal menegur ingin tahu reaksi si isteri.
''Tak ada apa,mata masuk habuk.''ujar Dian sambil mengambil pasta yang di hulur suaminya.Faizal tidak senang hati dengan tingkah si isteri.
''Ayang ada apa-apa nak cakap dengan abang ke?''
''Apa maksud abang?''
''Abang dah nampak tadi.''
''Erk...abang nampak?'soal Dian kembali.Faizal menganggukkan kepala.
''Yan tak tahu dia nak datang,tiba-tiba je muncul tadi.''
''Abang tahu...''ujar Faizal mendatar.
''Abang marah ke?''Tanya Dian untuk kepastian.Riak wajah suaminya di kerling  sekali imbas.Tidak tenang hatinya melihat.Faizal merenung wajah itu lantas sebuah senyuman di lepaskan.
''Tak ada apa yang abang nak marahkan,bukan ayang yang ajak dia datang.Sudahlah kita makan aje,lupakan perkara yang tak penting tu.''Ujar Faizal lantas membaca doa makan.Mereka menjamu selera tanpa membicarakan soal itu lagi.

Malam itu mereka solat berjemaah.Usai solat Faizal terus menyiapkan kerja pejabatnya yang tertangguh siang tadi.
''Abang nak air ke?''Tanya Dian mendekati belakang tubuh si suami.Sejak pulang Dian perasan suaminya tidak banyak bicara.Selalunya Faizal paling gemar menyakat dirinya.Pertanyaan itu tidak di jawab oleh Faizal.Dian terasa hati dengan tingkah suaminya.Bahu suaminya di sentuh perlahan.
''Abang...yan tanya ni abang nak minum ke?''Faizal tersentak sedikit.Lari semua lamunannya sebentar tadi.
''Emm...ayang kata apa tadi?''
Haish...dia ni dari tadi aku tanya tak dengar ke?Dian terasa hati dengan perlakuan Faizal itu.Mungkinkah dia tidak senang hati melihat kejadian tadi?Getus hati kecil Dian.
''Yan tanya abang nak minum ke tidak?''ulang Dian lagi.
''Err...tak apalah kalau abang nak minum nanti abang ambik sendiri,ayang pergilah tidur dulu.''
''Tak apalah yan buatkan abang air dulu lepas tu baru yan tidur.''Ujar Dian seraya menapak meninggalkan bilik itu.Tidak sempat Faizal hendak menahan langkah isterinya.Faizal menggelengkan kepala melihat kelibat isterinya hilang di balik pintu.
Tugasan tadi di sambung semula,namun fikirannya tidak berpusat di situ.Kejadian petang tadi masih bermain-main di ruangan mata.Hatinya terasa resah.Faizal mengurut pangkal tengkuk yang terasa lenguh.
''Air bang!''terkejut Faizal bila mug itu di sua di depan matanya.Dadanya di urut perlahan.
''Cepatnya buat air.''ujar Faizal.Dian tersengih menampakkan barisan giginya yang putih.
''Tiga dalam satu memanglah cepat.''
''Tapi takkan sekelip mata ayang buat air,ayang berlari ke?''
''Emm...nak naik tadi yan jalan laju sikit takut abang tunggu lama.''Faizal menggelengkan kepala tidak puas hati.
''Ayang,awak tu tengah mengandung,tolong jaga sikit bila berjalan,tak payah nak gopoh gapah abang bukan haus sangat pun.''Tegur Faizal dengan muka tegas.Dian menundukkan kepala.Tahu diri sudah buat silap.
''Maaf,yan lupa sekejap,yan janji yan tak buat lagi.''
Faizal meneguk air nescafe yang di buat isterinya itu.Tiba-tiba fikirannya teringat saat pertama kali isterinya membuatkan air tersebut.Tanpa sedar senyuman terukir di bibirnya.
''Kenapa abang ni senyum sorang-sorang?''tegur Dian pelik.
''Tak ada apa,abang teringat kali pertama ayang buatkan abang air ni masa kat pantry dulu.''
''Kisah dulu tak payahlah nak ingat lagi,buat malu aje.''ujar Dian tersipu malu.Dia sendiri tak sangka akan menawarkan diri untuk membuatkan minuman untuk bosnya itu.Faizal tersengih mendengar ujaran isterinya itu.Mug di letakkan di atas meja.
''Jom kita tidur.''ajak Faizal tiba-tiba.Moodnya bertukar sudah,malas hendak meneruskan kerja pejabatnya lagi.
''Tapi kerja abang macam mana?''
''Ah,biarlah esok abang sambung,bukan nak cepat pun.Peluk isteri abang ni lagi best.''
''Macam-macamlah abang ni.''
Faizal mengekek ketawa sambil memeluk erat isteri kesayangannya itu.Perkara yang merungsingkan fikirannya tadi terbiar begitu saja.Sudah malas dia hendak memikirkan lagi.Biarlah semuanya hilang bersama waktu.


Petang ini suaminya bermesyuarat lagi di luar sehingga Dian terpaksa menumpang Lina pulang.Bulan ini kerap benar suaminya hilang sebelum waktu kerja habis.Alasannya dia bermesyuarat di luar.Dian naik keliru,hendak di tanya kepada Maria bimbang di tuduh sebagai queen control.Dia tidak suka kalau orang mengata dirinya suka menyibuk.Seperti selalu,sebelum pulang Lina pasti mengajak dia singgah makan dahulu.
''Kau dah bagi tahu laki kau ke kita makan kat luar ni?''Tanya Lina sewaktu mereka baru mula menyuap makanan.
''Sudah,dia pun balik lambat katanya.''
''Sibuk betul laki kau sekarang ni ya?''
''Eh,kau pun perasan ke?''
''Macam mana tak perasan kalau setiap kali dia sibuk,kau tumpang aku balik.''
''Kau tak kisah kan kalau aku selalu tumpang kau?''Tanya Dian sedikit khuatir.
''La kenapa pulak kau cakap macam tu,aku tak kisah pun,kalau nak tumpang hari-hari pun tak pe.Laluan kita sehala,kan.''
Tika itu Dian mengangkat muka memandang sekeliling restoran.Sehingga di satu sudut restoran matanya terkaku.Kelibat seseorang yang sangat di kenalinya bahkan di sayanginya sedang duduk menikmati makanan bersama seorang perempuan.Tersentap hati Dian saat itu.Dikalihkan mukanya memandang makanan di depan mata.Sudu di tangan di genggam erat.Andai sudu itu plastik pasti sudah patah di kerjakannya.Siapakah perempuan itu?Patutkah aku pergi menegurnya?
''Yan...yan...kau kenapa ni?''tegur Lina bila di lihat kawannya itu tidak meneruskan suapan lagi.
''Ha!apa kau kata?''
''La...aku tanya kau berangan ke?''
''Err...tak...aku...aku rasa tak sedap perutlah,mari kita balik.''
''Tapi makanan kau tak habis lagi.''
''Aku tak selera,jom lah.''
Cepat-cepat Dian ingin berganjak dari situ.Tak sanggup dia menyaksikan drama sebabak itu.
Tadi kata ada mesyuarat,takkan mesyuarat dengan perempuan tu?dia bohong kat aku ke?abang apa erti semua ini?Dia melepas nafas berat.
''Yan...kau ok ke?''suara Lina mencantas lamunannya.Ketika itu mereka sudah di dalam perjalanan pulang.
''Er...aku ok.''ujar Dian lesu.
''Kau nak aku hantar kau pergi klinik ke?''
''Tak payah susah-susah kat rumah ada ubat.''
''Ok lah kalau kau dah cakap macam tu,tapi kalau ada apa-apa nanti kau telefon aku tau.''ujar Lina saat keretanya sudah menghampiri rumah Dian.
''Terima kasih ,Lina.''ucap Dian ketika turun dari kereta.
''Sama-sama,jaga diri tau.''balas Lina sambil mengingatkan temannya itu.
''Ok...''
Setelah Lina berlalu Dian segera masuk ke dalam rumah.Punggung di labuhkan ke sofa.Termenung dia seketika.YA ALLAH!Apakah aku sedang di duga?tabahkan hati ku ini YA ALLAH!Janganlah KAU duga aku dengan dugaan yang tidak mampu aku hadapi.Dian melepaskan nafas berat.Setelah lama termenung Dian bangun juga untuk masuk ke bilik.Tuala di ampaian segera di capai untuk membersihkan diri.
Hampir ke sepuluh malam barulah suaminya pulang ke rumah.Tika itu Dian sudah hampir melelapkan mata.
Cupp!sebuah kucupan di lepaskan ke pipi isterinya.Terasa rindu dengan wajah itu.Dian masih mendiamkan diri walau pun dia sedar dengan tingkah si suami.Sengaja tidak melayan kerana hatinya masih tersayat dengan kejadian petang tadi.Faizal segera membuka pakaiannya dan bertuala masuk ke bilik air.Badan yang belengas harus segera di bersihkan.Usai mandi dan berpakaian semula Faizal segera masuk ke dalam comforter dan memeluk isterinya erat.Badannya memang sudah kepenatan dengan sendirinya matanya begitu mudah terlelap.
Dian masih mendiamkan diri.Fikiran tetap tidak mampu melupakan hal itu.Petang dengan perempuan lain,dah malam pandai pulak nak peluk aku.Hm...dah kenapa dengan dia ni?Apa sebenarnya yang telah berlaku.Apakah dalam keadaan aku berbadan dua ini dia nak cuba curang di belakang aku?Pelukan tangan suaminya di biarkan saja tanpa menolaknya,bimbang andai dia menolak pasti suaminya sedar yang dia belum tidur lagi.Dalam pada berfikir itu matanya terlelap sendiri.Dian tersedar apabila terdengar bunyi dari bilik air.
''Apa lagi tu,muntah lagi ke?''Dian terdengar suaminya terbelahak di dalam bilik air.Segera dia bangkit mendapatkan Faizal.
''Abang...abang ok ke?''Tanya Dian sambil mengurut belakang badan suaminya.Faizal mengangguk saja tanpa menjawab.
''Nak pergi klinik ke?''Faizal panggung kepala memandang isterinya.
''Sakit macam ni mana ada ubat yang.''
Ya tak ya jugak.Fikir Dian sambil menggaru kepala.Apa ke bengapnya kau ni Dian.Dian memapah suaminya keluar lantas tubuh suaminya di baringkan ke tilam.
''Abang nak apa-apa ke?''
''Bagi abang air suam.''
''Tunggu sini kejap,yan turun ambik air.''
Faizal menyandarkan tubuh yang lesu akibat muntah tadi.Orang lain yang mengandung aku pulak yang teruk muntah.Hm...tu lah nak sangat anak.Rasakanlah sendiri.Sekarang rasakan macam mana peritnya seorang perempuan mengandung.Terima kasih YA ALLAH,atas kurnia ini.Tentu inilah yang ibu rasakan sewaktu mengandung kan aku dulu.
Teringat suara riang ibunya sewaktu berita tentang kehamilan Dian di khabarkan padanya.Tidak sabar ibunya ingin melihat bakal cucunya lahir ke dunia ini.Cucu sulunglah kata kan.Dian masuk semula ke dalam bilik dengan membawa  segelas air suam.Air yang di hulur isterinya itu di teguk perlahan.
''Kesian abang,yan yang mengandung,abang pulak yang teruk kena alahan.''Faizal tersenyum nipis.
''Tak apalah sekurang-kurangnya abang dapat rasa perasaan ibu mengandung.Kalau boleh saat yan sakit nak bersalin nanti,biarlah abang yang tanggung rasa sakit tu.''
Dian rasa terharu bila mendengar luahan perasaan suaminya.Terlupa seketika tentang hal yang terjadi sebelum itu.Dian mengambil tangan suaminya lalu di kucup mesra.
''Terima kasih sebab jadikan yan seorang ibu.''Faizal tersenyum senang hati.
''Abang akan lakukan apa saja untuk ayang.''Wajah Dian di usap perlahan lantas tubuh itu di tarik ke dalam pelukannya.Dian turut membalas pelukan itu.
''Ayang!''
''Emm...''
''Ayang suka anak lelaki ke perempuan?''
''Tak kisahlah yan terima apa saja yang ALLAH beri pada kita.''
''Samalah,abang pun tak kisah jantina anak kita yang penting sihat.''
''Abang larat ke nak pergi kerja ni?''
''Larat lagi yang,abang kan kuat.''
''Eleh,berlagak pulak tadi yang teruk muntah tu apa?''
''Dah nak muntah nak buat macam mana,redha aje lah.''
Ketawa mereka bergabung pada pagi dinihari itu. 

BICARA HATI


                                 BICARA HATI....
           
             HATI BERBICARALAH TENTANG RINDU 

             BERBICARALAH TENTANG CINTA

             DI SAAT TIADA INSAN YANG MENGAMBIL TAHU 

             DI SAAT TIADA CERIA YANG BERTAMU

             BILAKAH SEGALANYA MAMPU TERUCAP

             LALU MENJADI SEBUAH KENANGAN

             HATI MASIH MAMPUKAH UNTUK BERTAHAN

             MASIH MAMPUKAH MENAHAN UJIAN?

             BERSABARLAH DUHAI HATI.... 

Thursday, January 15, 2015

SESUCI CINTA DIAN 32

 


Bunyi kuat dari arah bilik air mengejutkan Dian.Di kerling suami di sebelah,tiada.Dian bingkas bangun menuju ke bilik air.Pintu di ketuk perlahan.
''Abang!abang buat apa tu?Tiada balasan dari dalam.Dian terdengar suaminya muntah-muntah.
''Abang bukak pintu ni.''Pintu terus di ketuk.Tidak lama kemudian pintu bilik air terbuka dan tersembul muka suaminya yang agak pucat.
''Abang!''Dian membantu memapah suaminya ke arah katil.
Setelah membaringkan suaminya,Dian segera mengambil tuala kecil dari dalam almari lantas di bawa ke bilik air dan di basahkan.Tuala itu di sapu ke muka suaminya.
''Abang ni kenapa?''Soal Dian bersama kerisauan yang teramat.
''Entahlah yang,tekak abang ni tiba-tiba meloya,peritnya yang.''Ujar Faizal sambil menggosok dadanya.
''Abang salah makan kot petang tadi?''Duga Dian.
''Mungkin agaknya.''Balas Faizal sambil cuba mengawal rasa tidak enak itu.
''Itulah makan tu tengok-tengak la sikit ni jangan main bedal aje.''
''Apa pulak abang makan biasa saja cuma nasi goreng paprik.''
''Abang tunggu sini,yan ambik kan air suam.''Faizal melelapkan mata seketika sementara menanti isterinya mengambil minuman.
''Abang,minum air ni.''Faizal membuka mata perlahan.
Air di tangan isterinya itu di ambil lantas di teguknya perlahan.Terasa lega kerongkongnya setelah di basahi air suam itu.Gelas di hulur kembali kepada Dian.
''Abang nak pergi klinik ke?''Soal Dian sambil mengusap wajah suaminya itu.
''Tak payahlah abang ok.''Ujar Faizal bersama gelengan.Tangan isterinya itu di genggam.Tubuh Dian di tarik ke sisi lantas di peluk perlahan.Terasa ingin bermanja dengan isterinya saat itu.
''Abang ni kenapa sebenarnya?''
''Entahlah yang,abang pun tak tahu.''
''Abang sakit perut tak?''
Hanya gelengan yang mampu Faizal berikan saat itu.
''Tekak abang ni rasa nak makan sesuatulah.''
''Apa dia?''
''Emm...abang nak makan aiskrimlah.''
''Ha!!abang ni biar betul,abang sedar tak dah pukul berapa sekarang ni?''Faizal selamba melihat jam di dinding.Pukul dua pagi.
''Ala,tekak abang teringin sangat nak makan,jom teman abang pergi cari aiskrim.''Faizal bangun sambil menarik tangan isterinya.
Bertambah pelik Dian dengan gelagat suaminya saat itu.Apa pasallah laki aku ni?Takkan pagi-pagi buta macam ni nak ajak makan aiskrim.Dah macam orang mengidam la pulak.Erk,takkan betul tekaan aku tu?
''Ayang ni kenapa,orang ajak dia teman dia berangan pulak,jomlah.''
''Abang larat ke nak bawak kereta?''
''Boleh lagi,bukan jauh sangat pun.''
''Oklah yan teman,nasib baik ada kedai dua puluh empat jam kat depan tu,kalau tidak abang tahanlah tekak tu sampai siang.'' 
Faizal tersengih suka.Mereka bangun untuk menukar pakaian dan segera keluar ke kedai yang di maksudkan.
Sebaik mendapat apa yang di ingininya,Faizal segera menjamah aiskrim tersebut.
''La,abang ni tak menyempat nak sampai rumah.''Tegur Dian kepada suaminya.
''Emm...sedapnya yang,lega rasa tekak abang ni,ayang nak tak?''Ujar Faizal sambil cuba menghulurkan aiskrim itu kepada isterinya.
''Tak nak lah,pagi-pagi dah makan aiskrim,macam orang mengidam aje.''
Tanpa sengaja Dian terlepas cakap.Saat itu juga kunyahan Faizal terhenti.Matanya bulat memandang isterinya.
''A...apa ayang cakap tadi?mengidam?''
Dian bermuka selamba,bagai tiada berperasaan.Faizal berfikir sejenak.Malam tadi dia muntah-muntah,pagi ni pulak aku yang kena,erk...takkan...
''Ayang...cuba cakap dengan abang,ayang ni mengandung ke?'' 
Dian sudah menunjukkan sengihannya.
''Ayang betul dah mengandung,ke?''Soal Faizal dengan begitu teruja.Dian menggelengkan kepala kemudian mengangguk pula.
''Yan tak tahu,yan tak pergi check pun lagi.''
''Tapi bulan ni ayang tak datang bulan lagi,kan?''
''Apa abang ni soalan macam tu pulak yang di tanya.''Dian terasa malu bila di soal begitu.
''Kenapa pulak,abang ni kan suami ayang wajib abang tahu semua tu.''
''Betul kan ayang tak datang bulan lagi,abang tengok solat pun ayang tak pernah tinggal lagi.''
''Mungkin kot,yan rasa pun macam tu jugak.''Faizal bertambah teruja saat mendengar bicara isterinya.
''YA ALLAH,sukanya hati abang nampaknya usaha kita sudah berhasil,tak payah kita nak tunggu lama-lama.Terima kasih ayang,terima kasih banyak-banyak.''
Kerana girang yang teramat,Faizal memeluk isterinya dengan erat.
''Ish,apa ni peluk yan teruk sangat,kita belum pasti lagi pasal benda ni,janganlah gembira sangat.Kalau tak jadi nanti macam mana?''Dian menolak badan suaminya,terasa rimas di perlaku begitu.
''Ah,abang yakin sangat ayang tengah mengandung sekarang ni,abang tak kira esok pagi-pagi kita pergi buat check-up.Tak sabar nak tahu keputusan nanti.''Dian menggelengkan kepala melihat telatah si suami.Belum apa-apa sudah gelabah semacam. 
Pagi itu seperti di rancang,Faizal telah membawa Dian ke klinik dahulu sebelum mereka ke pejabat.Kepada setiausahanya di maklumkan yang dia akan masuk lambat.Faizal gelisah menanti keputusan dari doktor.
''Boleh tak abang jangan gelabah macam ni,siapa yang mengandung ni,abang ke yan?''Soal Dian tatkala melihat suaminya yang kegelisahan.
''Sorry la yang,abang tak sabar ni.''Ujar Faizal sambil tersengih panjang.Tidak lama kemudian doktor yang memeriksa Dian tadi masuk semula ke bilik itu.
''Kami dah periksa contoh air kencing Puan dan hasilnya...''
Doktor itu memandang mereka silih berganti.Faizal menggenggam tangan Dian dengan erat sambil pandangannya terus fokus kepada doktor itu.
''Positif!!''Lebar sengihan dari doktor itu.
Dian meraup muka tanda bersyukur dengan anugerah yang ALLAH S.W.T telah berikan itu.Dia memandang ke sebelah,kelihatan suaminya terkebil-kebil di situ.
''Abang...abang ok ke?''Dian menggoncang badan suaminya.
Faizal mengalih pandangan ke wajah isterinya.Saat itu juga airmatanya gugur tanpa dapat di tahan lagi.Perasaannya terharu bercampur gembira bila kata-kata doktor itu singgah ke telinganya.
''Ayang dah mengandung!''Dian mengangguk kepalanya bersama senyuman penuh erti.Tanpa segan silu Faizal terus memeluk isterinya di depan doktor yang bernama Munirah itu.
''Terima kasih sayang!''

Monday, January 5, 2015

TERIMA KASIH YA ALLAH...

                                       
                                                       
                                 
                        
        DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG 
      
        TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA MENGHIDUPKAN KAMI  
       
        TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA MEMINJAMKAN KAMI JASAD INI

        TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA MENDUGA HATI KAMI

        TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA MENYEDARKAN KAMI

        TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA MENYUCIKAN HATI KAMI

        TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA KEINDAHAN YANG KAMI NIKMATI

        YA ALLAH!!PERTEGUHKANLAH KEIMANAN KAMI INI...

       

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...