Friday, August 24, 2018
AKHIRNYA KAU MILIK KU 2
Dian membelek dokumen di tangan.Aduh...kenapalah aku pulak yang kena buat semua ni.Pak su ni langsung tak nak tolak ansur,aku dah kata nak bagi kat Hisham projek ni tapi dia tetap berkeras mintak aku yang buat.Hmm...alahai...macam mana aku nak larikan diri dari dia ni kalau hari-hari jumpa depan mata.Tangisan Adib mengejutkan lamunan Dian.Segera dia bangkit lalu menuju ke katil.Berbaring di sisi anak itu yang matanya sedang terpisat-pisat
"Adib...sayang ibu...kenapa ni...jangan nangis ya,tidur sayang."Pujuk Dian sambil menepuk-nepuk pungung anak kecilnya itu.
Anak bujangnya yang sorang ni bukan boleh terlebih bermain di waktu siang,pasti malamnya akan mudah mengigau.Di usap wajah mulus anak itu.Persis arwah suaminya.Dari mata,hidung sehingga ke bibirnya saling tak tumpah mirip Faizal.
Alangkah indah seandainya dia masih ada.Sebak mengundang di hati Dian.Tanpa sedar airmata mengalir lesu menuruni pipinya.Terasa sunyi hidupnya tanpa suami di sisi namun Dian sedar walau apa sekali pun yang pergi tetap pergi mana mungkin akan hidup kembali.
Tiba-tiba matanya tertancap ke arah dokumen kerjanya yang berada di atas meja.Ah!biarlah kat situ dulu.Esoklah aku sambung semula.Dian menarik comforter hingga ke paras dada sambil merebahkan badan di sisi Adib.Di peluk anaknya itu perlahan sambil mengalunkan kalimah suci.Beberapa minit kemudian Dian turut hanyut di buai lena.
Adui...kenapa lah masa ni pulak kau buat hal,aku dah lewat ni.Berkali Dian cuba memutar kunci keretanya namun enjinnya masih tidak mahu hidup.Tukk!tukk!Terkejut Dian lantas tersandar ke kerusi kereta.Dada di urut cuba mengawal pernafasan sambil kepala di pusingkan ke sisi kanannya.Fakhrul!
Macam mana pulak dia ada kat sini?Dian membuka pintu kereta lalu keluar.Fakhrul tersenyum simpul bersandar di tepi pintu kereta itu.
"Kau buat apa kat sini?"
"Hai,lupa ke kita ada mesyuarat kejap lagi ni kang bising pulak Mr Lee tu kat kita."
"Tapi macam mana kau boleh lalu tempat ni?Kau tinggal kat sini ke?"
"Taklah aku nampak kereta kau ni,tu sebab aku berhenti.Nampak macam ada masalah?kereta kau buat hal ke?"
"Aah,tiba-tiba tak boleh start,tak tahu lah kenapa?"Fakhrul melihat jam di tangan.
"Kita dah lambat ni,kau tak kisah kan naik kereta dengan aku?"
"Ha!habis kereta aku ni macam mana?Takkan nak biar kat sini?"
Fakhrul tersenyum nipis lalu menyeluk poket seluar sambil mengeluarkan telefonnya.Dian di jauhi seketika.
Setelah bercakap dengan seseorang Fakhrul menghampiri Dian semula.
"Aku dah telefon mekanik kejap lagi sampailah tu.Apakata kau duduk dulu dalam kereta aku,dah sampai kawan aku tu nanti kita geraklah."
"Erk...maaf susahkan kau aje,tak apalah biar aku tunggu sini je."tolak Dian perlahan tak mahu menyusahkan lelaki itu.
Fakhrul buat muka bengang.
"Kau memang sengaja nak aku marahkan.Tak boleh ke untuk sekali ni kau dengar cakap aku?Aku nak mudahkan kau je bukan nak susahkan.Dah jangan cakap banyak ambik kunci ni pergi duduk sana."
Dian gesa-gesa berlalu sambil mencapai kunci yang di hulur Fakhrul.Ish,dia ni kalau tak paksa orang tak boleh ke?
"Tak payah nak bebel dalam hati tu pergi aje sana."
Eh,tau pulak dia aku membebel.Psikik ke dia ni?
Dian tetap melangkah ke kereta Fakhrul yang terletak di belakang keretanya.Alarm kereta di tekan lalu dia meloloskan diri ke dalamnya.Enjin kereta di hidupkan.Dian membuka radio dan penyaman udara.Tubuh dan wajahnya terasa nyaman seketika.Hmm...bau ni...
Tak pernah berubah sejak dulu.Haruman yang lembut dan menyegarkan.Yang berubah adalah aku.Aku yang tak setia dengan cinta kami.Maafkan aku Rul!Entah mengapa sebak terundang tanpa sengaja.
Abang...maafkan yan kalau kasih ini masih bersisa.Yan tak tahu kenapa jadi begini.Yan cuba melupainya tapii...kalahkah yan,abang?
Tanpa sedar Dian terlelap sambil menghayati lagu yang sedang berkumandang di dalam kereta itu.
Bunyi pintu kereta di tutup menyentak lenanya yang seketika.Allahu...
"Kau!Apa kau buat kat sini?"dada di urut meredakan rasa terkejut tadi.
"Eh,kereta aku takkan aku tak boleh masuk,kot?"
"Hm...panas betul kat luar tu."selamba Fakhrul menghalakan wajahnya ke arah penghawa dingin.
"Baru sekejap aku suruh duduk kat dalam ni dah lena,kau buat apa malam tadi tak tidur?"
Ish,bebel pulak lelaki ni.Dian melingas ke luar.
"Mana kereta aku?"soalnya spontan.
"Oh!Kereta kau aku dah suruh mekanik tarik,mungkin seminggu lagi baru siap."
"Apa!!kau ni kan sesuka hati je tarik kereta aku tanpa bagitahu aku dulu."
"Yan...boleh tak dengar dulu apa yang aku nak cakap jangan nak melenting saja.Kereta kau tu dah teruk rosaknya takkan nak biar tersadai kat tepi jalan ni."
Terdiam Dian di sergah Fakhrul.
"Macam mana aku nak pergi kerja kalau tak ada kereta?"bisik Dian perlahan seolah mengeluh namun masih mampu di dengari oleh Fakhrul.
"Biar aku ambil kau kat rumah.Kau tak perlu nak bersusah payah seminggu ni."Dian tunduk lesu.
"Biar aku ambik teksi je la,tak pun grab atau uber pun ada."
"Jangan nak mengada la ambik tu semua,aku tak izinkan,kau kena naik dengan aku,jangan berani nak bangkang cakap aku."tegas Fakhrul tiba-tiba
"Aku cuma tak mahu susahkan kau,jalan rumah kita bukan sehala pun."
"Sehala atau tidak bukan tu soalnya.Aku lebih risaukan keselamatan kau.Lagi pun...aku tak pernah rasa susah demi kau.Kau sendiri tahu tu,kan?"ayat yang di belakang itu agak perlahan di ucap Fakhrul namun masih mampu di dengari Dian.Terharu hatinya kerana lelaki itu tetap utuh dengan perasaannya.Tambah bersalah hati Dian saat itu.
"Sudahlah baik kau pandu sekarang kita dah lewat sangat ni nanti marah pulak Mr.Lee kat kita."
"Eh,bukan patut kau yang bawak ke,kan kereta kau."
"Ala...sesekali nak manja sikit takkan tak boleh kot,lagi pun kaki aku penat tadi tunggu mekanik tu sampai."
"Sapa suruh kau berdiri duduk ajelah dalam kereta tu."
"Memang aku dah duduk tapi panas sangat tu sebab aku keluar."
Dian menunjukkan muka bengang namun tetap menurutkan permintaan Fakhrul.Lantas stereng kereta di pusing ke arah jalanraya semula.
Untuk seketika mereka diam melayan perasaan masing-masing.Fakhrul cuba mencuri pandang wajah di sebelahnya.Masih tetap ayu macam dulu,cuma perubahan masa yang membuatkan dia matang.Bagaimana aku hendak tawan semula hatinya?Mampukah aku miliki sekeping hati miliknya semula?Kasihnya sudah tentu masih ada terhadap arwah.
Aku...mampukah aku membuatkan dia melupai kasihnya itu?Kau bertuah Faizal kerana mampu menakluki hati yang begitu tulus suci itu.Yang sanggup berkorban perasaan demi kebahagiaan orang lain.Walau pun tanpa dia sedari hatiku amat kecewa dengan perpisahan itu.
Terima kasih,Yan sebab mengajar aku lebih matang.Kerana perpisahan kita itulah,telah mengajar aku lebih dewasa dan lebih menyelami erti kasih sayang.Mama juga sudah mulai berubah sejak kemalangan itu.Mama makin kerap menanyakan kau,yan tapi aku tak mampu menunaikan hasratnya itu.Tanpa sedar Fakrul tersenyum sendiri.
"Rul!kita dah sampai."Fakrul masih leka melayan perasaan.
"Fakhrul!!sergah Dian sehingga suaranya ternaik seoktaf.
"A...apahal?"
"Kau berangan ke?"
"Erk...mana ada?"dalih Fakrul cuba mengelak.
"Cepat sikit kita dah sampai kang marah pulak Mr.Lee kat kita."
Arah Dian sambil membuka pintu lalu menonong keluar.
Kenapa ayat tu macam pernah aku dengar?
Cehh...dia perlilah tu.Eh...dia ni tak reti nak tunggu ke?Barang dia pun main tinggal je.
Fakhrul mencapai barang Dian dan dokumen miliknya sekali.Perempuan ni dah lupa agaknya.Saat Fakhrul sedang terkial-kial menutup pintu,Dian menghampiri semula.
"Ba..."
"Nah...lainkali jangan pelupa lagi."perli Fakhrul.
Dian tidak jadi meneruskan kata bila melihat barang miliknya berada di tangan Fakhrul.
"Benda yang penting macam ni pun kau boleh lupa."
Dian menyambut huluran itu dengan wajah muram sedar kekhilafan diri.Itulah akibatnya menahan marah.Sampai lupa semua.
"Terima kasih."
"Kasih kau di terima."Dian tergamam.
Serta-merta pandangannya tertera ke wajah Fakhrul.Senyuman manis menunggu di situ.
"Mengada-ngada pulak."
"Mengada pun pada yang sayang."balas Fakrul selamba berjalan mendahului Dian.
Tersentap Dian saat ayat itu bergema di tepi telinganya.
AKHIRNYA KAU MILIK KU 1
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan ke dalam tas tangan.Dia melangkah perlahan menuju ke kereta.Sampai di kereta Dian terus menekan penggera lalu meloloskan diri ke dalamnya.Enjin kereta segera di hidupkan.
Pendingin hawa di naikkan ke paras yang sederhana.Termenung seketika.
Abang...apa yang patut Yan buat sekarang?Telefon di dalam tas tangan di keluarkan.
Dian membuka folder yang mengandungi gambar-gambar di antara dia dan arwah suaminya.Indah sekali kenangan itu.Kalaulah dapat di putarkan waktu.Ingin saja di lempiaskan rasa rindu itu namun segalanya hanyalah khayalan saja.Semua itu takkan mungkin akan kembali lagi.
Telah hampir setahun arwah pergi meninggalkan dirinya dan anak mereka Muhamad Adib yang sudah berumur empat tahun.Dian pasrah dengan apa yang telah terjadi pada dirinya.
Kini Dian meneruskan tugas yang di tinggalkan arwah Faizal.Pada mulanya Dian tidak mahu menerima jawatannya sekarang namun Encik Malik beria-ia memujuk dengan alasan tiada orang lain yang lebih sesuai untuk menyandang jawatan arwah Faizal itu.
Akhirnya Dian kalah juga dengan pujukan itu.Mujur Encik Malik sudah menyediakan pembantu yang cekap untuk membantu Dian menjalankan tugas maka Dian tidak perlu terlalu risau.Namun kini Dian di landa kebimbangan kerana setelah hampir lima tahun tidak bersua muka Dian akhirnya di ketemukan kembali dengan wajah itu.Wajah yang pernah mendapat tempat di hatinya.
Teringat Dian pada mesyuarat yang di hadirinya minggu lepas.Wajah lelaki yang berada di bilik itu!
Hampir saja dia rebah akibat terkejut yang teramat.Syukur dia mampu juga melawan perasaan sendiri.Untuk apakah pertemuan ini lagi?Apakah semuanya ini sudah di rancang?Ya...Yan pasti semua memang telah di rencana sebaik mungkin.
"Kenapa Yan?kau terkejut tengok aku?"soal Fakhrul sambil meletakkan pelan di atas meja.Selamba saja tingkahnya.
"Ke...kenapa kau ada dekat sini?"tanya Dia bersama kerutan di dahi.
"Syarikat aku takkan aku tak boleh datang kot?"ujar Fakhrul cuba bermain kata.Delima Sari syarikat dia?kenapa selama ini aku tak tahu pun?
Fakhrul sedar Dian pasti sedang bingung bagaimana syarikat mereka boleh bekerjasama selama ini?Memang selama ini kerjasama mereka tidak di dalam pengetahuan Dian tambahan Dian tidak lagi bekerja setelah kelahiran Muhamad Adib.
"Kenapa aku tak tahu?"bisik Dian perlahan namun masih mampu di dengari oleh pendengaran Fakhrul.
Fakhrul tersenyum nipis.Di dalam hati sudah berbunga-bunga kerana dapat bertemu semula dengan wanita itu.Wanita yang sentiasa bertakhta di dalam sanubarinya paling dalam.
Sebenarnya sebelum masuk ke dalam bilik itu lagi Fakhrul sudah menahan getar rasa di dalam hatinya.Dia cuba berlagak selamba mungkin agar wanitu itu tidak nampak akan keterujaannya.Fakhrul jeling Dian sekilas.Wanita itu sedang bangun untuk keluar.
"Nak ke mana pulak tu?"tanya Fakhrul pantas.Risau pula kalau Dian cuba lari.Spontan juga Fakhrul bangun cuba menghampiri.
Dian mendengus.Matanya tajam memandang Fakhrul.Terpana Fakhrul dengan pandangan yang lembut walau menikam itu.
Fakhrul cuba mengawal rasa hati.Sabar Rul,dia bukan milik kau lagi.
"Kenapa selama ni aku tak tahu Faizal berurusan dengan kau?"
"Apa salahnya kalau dia berurusan dengan aku?kami profesional.Kami tahu membezakan hal peribadi dengan hal kerja?"
Fakhrul cuba bertoleransi dengan wanita di depannya itu sebaik mungkin.Bimbang juga kalau dia terlajak kata sehingga Dian tidak mahu berkerjasama lagi dengannya.
Dian tunduk,bungkam.Nafas berat di lepaskan.Tak mungkin semua ini berlaku.Tak mungkin?
"Semua ni tak betul...semua ni salah..."gumamnya perlahan.Dia masih kurang percaya apa yang sedang berlaku.Dia tak mahu bertemu lagi lelaki ini tapi nampaknya takdir tidak menyebelahi.Dirinya masih terus di belenggu dengan kisah lalu.
Dian serba tak kena saat itu.Sebak perasaannya mengenangkan semuanya.Dia bakal bekerjasama dengan lelaki itu.Bagaimana kalau keluarganya tahu nanti?Apakah aku bakal mendapat hinaan lagi sekali?Dian memegang dadanya.Terasa sakit di situ.
"Yan...kau ok ke?"Hati Fakhrul di landa bimbang melihat wanita kesayangannya bagai sedang menahan sakit.
"Apa kata kau duduk dulu biar aku ambilkan air untuk kau."ujar Fakhrul lalu menghampiri meja yang menempatkan minuman di tepi jendela.
Dian akur lalu duduk di kerusi cuba mengawal perasaannya.Segelas air mineral di hulur Fakhrul padanya.
"Minumlah."pelawa Fakhrul.Dian meneguk air itu perlahan.Lega rasanya bila air itu melalui rengkungnya.Suasana sepi seketika.
"Kau masih marah pada aku ke?"
Fakhrul pandang Dian sekilas kemudian dia menggelengkan kepala.
"Benda dah lama tak payahlah kita ungkit lagi,aku dah dapat terima kenyataan tu."
Mereka diam lagi.Masing-masing melayan perasaan sendiri.Fakhrul mencuri pandang sisi wajah Dian.Tetap manis macam dulu tapi sudah terserlah kematangannya.Fakhrul tersenyum lega.Akhirnya dapat juga dia menatap wajah yang sudah sekian lama di rinduinya itu.
"Kita nak macam ni sampai petang ke?"suara Dian memecahkan suasana sepi itu.Fakhrul tersengih.
"Hmm...maaf...lupa pulak aku.Yan...kau selalu buat aku leka."ujar Fakhrul bersama senyuman panjang lalu melangkah ke arah kertas pelan yang di bawanya tadi.
Dian kaku.Ada-ada saja dia ni.Tak boleh ke cakap benda yang lojik sikit?Fakhrul membentangkan kertas itu di atas meja lalu bermulalah tugas mereka.Tiada lagi kata-kata kosong yang mengisi masa mereka lagi.
Bip...bip...Lamunan Dian tercantas saat telefon bimbitnya berbunyi.Ada mesej yang masuk.Ah!jauh sekali fikiran aku melayang.Hmm...ini semua gara-gara kau,Rul!Macam mana aku nak elakkan diri dari kau?Aku tak mahu sejarah lama berulang lagi Rul!Dian membaca mesej yang tertera di skrin pintar itu.Adib sudah kembali dari sekolah.Pembantu rumah yang menghantar mesej itu.Sejak Faizal tiada lagi Dian telah mengupah seorang pembantu rumah untuk menjaga anaknya.Ah!rindu pulak dengan si Adib ni.Dian meneruskan pemanduan menuju ke rumah.
Fakhrul cuma memandang kereta Dian berlalu dari kawasan perkuburan itu.Dia hampir berputus asa untuk memujuk Dian untuk meneruskan kerjasama mereka.Kalaulah Dian tahu ini semua adalah amanah dari Faizal tentu dia takkan cuba mengelak.Fakhrul terkenang semula perbualan antaranya dengan arwah Faizal di suatu hari sebelum kemalangan itu terjadi.
"Rul...kalau aku minta sesuatu pada kau bolehkah kau lakukan untuk aku?
"Apa dia?"Fakhrul yang sedang leka menelek dokumen mengangkat kepalanya kepada Faizal.
"Hmm...bolehkah...kau jagakan Yan untuk aku?"terkejut Fakrul saat mendengar ayat yang baru keluar dari bibir Faizal itu.
"Kau gila ke apa?"ujar Fakhrul bersama mata yang membuntang.Terkejut.Faizal tersengih panjang.
"Aku belum gila lagi."
"Dah tu yang tiba-tiba kau nak suruh aku jaga dia kenapa?"Faizal mengelengkan kepala.
"Aku cuma minta tolong kau andai suatu masa nanti aku dah tak ada kat dunia ni lagi.Aku yakin kau mampu tambahan..."
"Jangan nak merepek yang bukan-bukanlah aku belum gila lagi nak rampas Yan dari kau."
"Aku tak suruh kau rampas pun,aku cuma cakap kalau aku dah tak ada lagi kat dunia ni,boleh kan kau tolong aku?"
Berdebar-debar jantung Fakhrul.Kenyataan yang baru terkeluar dari bibir lelaki itu bukan sebarangan.Sesuatu yang mustahil untuk dia lakukan kecuali...Ah!tak mungkin dia...Fakhrul cuba mencantas apa yang sedang terlintas di fikirannya.Faizal yang masih tersenyum itu di tenung seketika.
"Aku yakin kau mampu..."suara itu hilang bersama bunyi hon yang entah datang dari mana.Lamunan Fakhrul lenyap bersama angin lalu.Fakhrul meraup mukanya perlahan.
Hmm...Yan...moga satu hari nanti aku dapat miliki kau.Fakhrul meneruskan pemanduan ke jalanraya.
Di dalam hati dia tetap bertekad untuk terus berusaha lebih agar wanita itu menerima dirinya kelak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...