Tuesday, September 17, 2013

SESUCI CINTA DIAN 9

Lama kain berwarna merah jambu itu di renungnya.Tak sangka pulak lelaki itu telah memberikan dia hadiah yang agak mahal ini.Dian jadi keliru.Apakah muslihat Faizal memberikan dia kain ini?Mungkinkah Faizal cuba membeli jiwanya?Ah!mana mungkin aku telah menjadi perhatian dia?Aku ni siapa?Tapi dari tindak tanduknya macam ada sesuatu saja.Mungkinkah apa yang di katakan Lina benar belaka?Semudah itu kah perasaannya?
Kain itu Dian masukkan semula ke dalam plastik.Bila dah gaji nanti aku hantarlah pergi kedai jahit.Fikir Dian tak mahu nak serabutkan otak lagi memikirkan niat Faizal yang sebenar.Orang dah bagi takkan aku nak pulangkan semula nanti dia kecil hati pulak.Hmm..!
Pagi itu Dian dan Lina ke pejabat seperti biasa.Waktu hendak melangkah masuk ke pejabat mereka bertembung dengan Faizal.
''Assalammualaikum.. Encik Faizal!''
''Waalaikumsalam..''
''Awal datang hari ni?''Lina menegur.
''Oo..saja datang awal banyak kerja tak siap lagi.''Faizal membalas sambil matanya menjeling sekilas ke arah Dian.Gadis itu hanya menundukkan wajah.
''Kami masuk dulu Encik.''
''Baiklah.''Faizal hanya memerhatikan kelibat mereka berdua beredar ke tempat masing-masing.Lina berlainan jabatan tapi masih di dalam tingkat yang sama.Faizal segera bergerak menuju ke bilik kerjanya.Hari ini ada menyuarat yang harus di hadiri dan dia harus meneliti dokumen yang akan di bentangkan nanti.
Setelah selesai mesyuarat,Faizal segera masuk ke dalam biliknya.Jam di pergelangan di pandang seketika.Dah tengahari.Nak keluar makan rasa malas pulak.Ah!ke pantri ajelah.Faizal segera ke luar menuju ke pantri berniat untuk membuat minuman saja.Takkan nak harapkan setiausahanya pulak.Waktu macam ni tentu Maria tengah menjamu selera.Faizal meluru masuk tanpa sengaja terlanggar sekujur tubuh.
''Opss..maaf..maaf..eh Dian..awak tak keluar makan ke?''Gadis itu masih terpinga-pinga akibat di langgar.Pandangannya terpaku ke wajah Faizal.
''Err...saya malas nak keluar la.''
''Sama la kita ye saya pun malas pulak nak makan tengahari.''Faizal membalas sambil mendekati kabinet dan mula hendak membancuh minumannya.Dian yang melihat Faizal macam terkial-kial cuba menawarkan diri.
''Encik nak saya tolong buatkan air ke?''Faizal berpaling bila mendengar Dian berkata begitu.
''Ha!Boleh ke..tak menyusahkan awak?Dian tersenyum.
''Tak pe biar saya tolong Encik ye..Encik nak minum apa?''
''Nescafe.''Faizal terasa senang hati dengan tawaran yang di beri itu.Dia berganjak sedikit untuk memberi ruang kepada Dian.Faizal duduk di kerusi yang tersedia di pantri itu sambil memerhatikan gadis itu membancuh minumannya.Bagai pucuk di cita ulam mendatang la pulak.Berangan sekejap Faizal sambil tangannya menongkat dagu.
''Encik..ni airnya.''
Tangannya di gawangkan ke muka lelaki itu.Ish sempat pulak berangan bos aku ni.Getus hati Dian.
''Haa..err..terima kasih.''Terkulat-kulat Faizal seketika.Dian hanya tersengih melihat gelagat bosnya yang kalut itu.
''Eh awak nak ke mana pulak tu?''Tanya Faizal bila di lihatnya Dian mahu keluar dari situ.
''Saya nak ke meja saya,Encik.''
''Temankan saya,boring pulak minum sorang saje ni.''
''Haa..''Giliran Dian pulak kalut.Biar betul bos aku ni.Dah mintak berteman pulak.Faizal tersengih.
''Tak payah nak buat muka cute awak tu duduk aje la,saya bukan nak makan awak.''Faizal menarik kerusi sambil mengarahkan Dian duduk.
''Segan la saya Encik,kat sini kita berdua saja yang tinggal,kang ada yang kena tangkap kering pulak.''
''Tangkap kering ish..istilah apa yang awak pakai ni.Dian sekarang kita kat pejabat tak ada siapa yang akan  tangkap kita tak tentu arah,lagi pun kita tak buat apa-apa kan.Dah la jangan banyak cakap duduk aje la.''
Dian duduk juga di situ tapi agak berjarak sedikit dari bosnya itu.Tak mahu orang pandang serong.Faizal ketawa kecil dengan gelagat Dian itu.
''Awak ada pergi mana-mana ke cuti hujung minggu ni?''Dian geleng kepala.
''Kalau saya ajak awak keluar nak tak?'
 Erk..dah ke lain pulak lelaki ni,mesti ada agenda yang tersembunyi ni.Fikir Dian.
''Saya sibuk la cuti ni,nak kemas rumah,nak basuh baju dan macam-macam lagi.''Dian cuba berdalih.Faizal ketawa.
''Pandai cari alasan ye.Tolong Dian,saya nak bawak awak ke satu tempat.Mesti awak suka tempat tu.''
''Lain kali la Encik ye,saya betul-betul sibuk.''
Faizal sedikit kecewa.Tangannya mencapai biskut di depan mata dan mencecahnya ke dalam minumannya itu.Perlahan mulutnya mengunyah biskut itu sambil cuba meredakan kekecewaan yang baru bertandang.Dah macam  budak kecil pulak muka tu merajuk.Dian melepaskan nafas panjang.
''Encik nak pergi mana?''Tanya Dian cuba bertoleransi.Faizal tersenyum sambil mengangkat muka memandang gadis itu.
''Kalau saya tak mahu bagi tau boleh tak tapi saya janji nanti awak takkan kecewa kalau pergi tempat tu.''
''Hmm..ok la tapi jangan buat benda yang saya tak suka ye.''Awal-awal lagi Dian sudah memberi amaran agar lelaki itu sedar bahawa dia bukan gadis yang sembarangan.Dia tidak mahu orang lain memandang serong dirinya walau dia hanya seorang anak yatim piatu.Faizal faham akan amaran gadis itu dan dia berjanji akan menjaga tingkah laku agar tidak menjadi kebencian gadis itu.Dia sedar Dian bukan gadis yang mudah untuk di dekati namun Faizal tetap ingin mencuba nasib sementelah hatinya yang sudah di timpa perasaan sayang kepada gadis itu.

Sunday, September 8, 2013

SESUCI CINTA DIAN 8

Pagi itu Dian di panggil masuk ke pejabat Faizal.Setelah melabuhkan punggung di kerusi,Dian terus di soal.
''Awak dah ada jawapan ke?'Terpinga-pinga Dian dengan soalan itu.Faizal tersenyum nipis menyedari kesilapan diri yang tiba-tiba menyergah gadis itu.
''Saya tak faham maksud Encik?''
''Saya cuma nak tanya sudi tak awak keluar dengan saya,kan hari tu awak dah janji nak bagi jawapan.Sekarang dah lebih dua hari saya nak tuntut janji awak.''
Dian buntu,apa jawapan yang harus dia berikan?
''Saya bukan tak mahu keluar dengan Encik tapi..''
''Tapi.. awak segan?Faizal segera memintas bicara Dian.
''Tak elok orang tengok kalau kita keluar berdua.''Ujar Dian sambil menundukkan kepala.Takut pula nak memandang wajah tampan itu.Apatah lagi jantungnya sendiri sudah mula hilang rentaknya.
Jari-jemari Faizal mengetuk-ngetuk meja kerjanya.Satu keluhan  panjang di lepaskan.
''Tak mengapalah kalau awak dah cakap macam tu,saya faham.''Bergetar nada suaranya tanda kecewa.
''Err..kalau tak ada apa saya minta diri dulu Encik.''
Tak sanggup Dian terus menunggu di situ lagi bila wajah lelaki itu di lihatnya sudah mula keruh.Faizal hanya menganggukkan kepala.
Setelah gadis itu keluar,Faizal tersandar lesu di kerusi empuknya.Untuk pertama kali dia sudah tewas tanpa bertarung.Tewas dalam mengambil hati seorang gadis yang telah berjaya menyedarkan dirinya yang selama ini kaku dari cinta.Belum apa-apa lagi dah kena reject aduh apa la malang nasib.Bisik hati kecilnya yang walang.Nafas berat di lepaskan lagi.Termenung sambil memandang ke siling pejabat yang dingin.Keras betul hati kau Dian.Macam mana lagi aku harus lakukan untuk memujuk dia?
Faizal berpaling memandang ke luar bilik.Gulp..tiba-tiba mata mereka bertemu pandang.Tertangkap sudah.Ada debaran melanda di hati masing-masing.Tidak pula di sangka saat itu Dian juga sedang memandang ke arahnya.
Cepat-cepat Dian itu mengalihkan pandangan ke skrin pc di depannya.Ah!Payahlah kalau macam ni,kasihan pulak tengok muka dia tu.Dian cuba menjeling ke bilik Faizal semula.Dia pandang lagi la.Ish..macam mana ni?Erk..bukan ke hari tu dia kata nak cari barang?Penting sangat kot barang tu kalau tak takkan dia bersungguh-sungguh mengajak aku.Dian mencapai telefon bimbit di dalam laci mejanya.Berniat untuk menghantar mesej kepada lelaki itu.
Faizal terkejut saat telefonnya berbunyi tanda ada mesej di terima.Cepat-cepat dia membukanya.Ada senyuman terukir di wajah itu.Dengan segera dia membalas mesej itu.Matanya sempat menjeling ke luar.Sebuah senyuman manis meniti di bibir Dian.Faizal kembali meneruskan tugas.Semangat yang pudar tadi kini sudah menjadi cergas semula.Mana taknya si gadis sudah memberi jawapan yang menyenangkan hati.
Hari yang di janjikan sudah tiba.Faizal menjemput Dian di rumah dan terus menuju ke sebuah pusat membeli-belah.
''Awak nak beli barang apa?''Tanya Dian ketika mereka berjalan perlahan menyelusuri kedai-kedai berdekatan.
''Entah la saya pun pening ni.Adik saya yang sorang ni bukan senang nak tahu citarasanya.''
''Hai..takkan adik sendiri pun awak tak faham?''
''Dia tu cerewet sikit.''
''Ooo...kalau dah tau dia cerewet kenapa tak ajak dia datang sendiri?''
''Macam mana saya nak buat kejutan kalau dia dah tahu apa yang saya nak belikan untuknya.''Betul jugak tu.Apasal soalan bodoh ni yang aku Tanya?Dian garu dagunya seketika.
''Awak nak beli untuk apa?''
Faizal tepuk dahi.''Aduh lupa pulak saya nak cakap kat awak saya nak beli hadiah untuk harijadi dia.''Dian tersenyum nipis sambil geleng kepala.Belum tua lagi dah pelupa.Ish..apa la bos aku ni.
''Err..Dian,saya ucapkan terima kasih sebab awak sudi juga keluar dengan saya.''
''Sama-sama.''balas Dian pendek.
''Kenapa awak tiba-tiba ubah fikiran?''Dian memintal-mintal hujung kain tudungnya sambil menundukkan wajah.
''Saya takut orang tu merajuk.''Terlepas ketawa Faizal mendengar kata-kata itu.
''Muka saya ada rupa orang merajuk ke?''
''Dah awak tarik muka semacam je tu bukan merajuk ke?''
''Emm..memang pun saya saja buat muka macam tu nak tengok reaksi awak.''
''Apa!Awak main-mainkan saya ye.''Faizal tersengih tayang giginya yang tersusun rapi.Dian gigit bibir menahan geram.
''Ala jangan marah ye saya gurau aje,bukan niat pun nak main-mainkan awak.Jom la kita masuk kedai ni,saya rasa nak beli kain aje untuk adik saya tu.''
Cepat-cepat Faizal mengalih perhatian Dian sebelum gadis itu  meluahkan perasaan geramnya.Dian menjeling melihat tingkah lelaki itu.Selamba aje muka dia macam tak bersalah pulak..eeiii.''Dalam geram-geram Dian mengikut jugak langkah Faizal masuk ke kedai kain itu.
Faizal menilik kain-kain yang bergantungan di situ namun dia buntu untuk membuat pilihan.
''Dian,awak rasa mana yang sesuai?''Dian memegang kain chiffon yang berwarna ungu lembut itu.
''Yang ni pun ok jugak.''
''Eh!Tak jarang ke?''Faizal bagai tidak puas hati melihat kain itu.
''Boleh pasang liningnya sekali jadi tak de la nampak jarang.''
''Ooo..saya ni kalau bab macam ni tak berapa pandai,nasib awak ada.''
''Jadi..awak nak beli ke tidak kain ni?''
''Emm..ok saya beli la.''Faizal memberi kata putus.Tidak mahu terlalu banyak fikir.Serabut pulak rasanya kalau banyak sangat buat pilihan.Faizal meminta pembantu kedai itu untuk memotong kain yang di pilihnya berserta liningnya sekali.
Sementara itu Dian leka memerhatikan kain yang berwarna-warni di situ.Matanya tertancap pada sepasang kain satin yang berwarna merah jambu.Cantik pulak kain ni tapi aku tak gaji lagi,tak pe la kalau dah gaji nanti aku belilah.Berbisik hati kecilnya.Tanpa di sedari tingkahnya itu di perhatikan Faizal dari jauh.Setelah Dian beredar ke tempat lain Faizal segera menyuruh pembantu kedai itu mengambil kain yang menjadi perhatian Dian tadi.Setelah membuat pembayaran Faizal segera mengajak gadis itu beredar.Mereka terus berjalan melewati kedai-kedai di situ.Faizal mengajak Dian singgah di sebuah kedai makan .

Tuesday, September 3, 2013

SESUCI CINTA DIAN 7

Pagi itu sewaktu hendak masuk ke pejabat Dian terserempak dengan Faizal di pintu masuk.Senyuman manis yang terukir di bibir lelaki itu menjadikan Dian sedikit gelabah.Tak tahu nak di sorokkan muka ke mana bila Faizal asyik memandang dirinya.Dah sakit agaknya lelaki ni.Fikir Dian.
''Awak apa khabar pagi ni?''Faizal menyapa.
''Baik.''balas Dian sambil menundukkan wajah.tak sanggup bertentang mata dengan lelaki itu.
''Dah sarapan?''
Dian angguk kepala.
''Awak sorang aje?''Angguk lagi.
Ish dia ni main angguk kepala je.Dah tak boleh nak cakap ke?Getus hati Faizal.
Melihat Dian yang tak mahu bersuara itu Faizal ikut diam sama.Mati akal nak berborak.Namun matanya tetap menjeling wajah ayu yang telah mencuri hatinya.
Setelah lif berhenti di tingkat yang sepatutnya mereka beriringan masuk ke pejabat.Dian cepat-cepat melangkah menuju ke mejanya.Melihat tingkah gadis itu yang bagai sengaja ingin menghindarkan diri membuatkan Faizal mengeluh panjang.Kena usaha lebih la nampaknya aku ni.Kalau tak melepaslah jawabnya.
Tengahari itu Dian dan Lina menikmati makan tengahari bersama di restoran berdekatan pejabat  mereka.
''Aku tengok Encik Faizal tu macam nak pikat kau aje, yan.''
''Mulut kau ada insuran tak?Lina menggeleng sambil tersengih.
''Patut la,lain kali cakap tu pandang-pandang sikit,aku ni mana layak nak jadi mak we dia lagi pun aku datang sini nak bekerja bukan cari pak we.''
''Ala apa salahnya sambil menyelam minum air,lagi pun kau sekarang kan dah solo balik.''Lina naik kening nak menyakat.
''Sesedap rasa aje kau bercakap,aku dah tak mahu fikir soal ni lagi.''
''Yan..yan kalau dah di takdirkan kau berjumpa lelaki yang lebih baik takkan kau nak tolak jodoh.''
Dian tatap wajah Lina seketika.
Ada kenangan yang mengganggu jiwanya.Soal dia dan Fakrul juga masih tertangguh,mana mungkin dia akan mencari pengganti dalam waktu yang terdekat.Tanpa mereka sedari ada mata yang leka memandang dari kejauhan.
Kau masih ingatkan Fakrul ye?''Dian senyap saja tak mahu menjawab pertanyaan sahabatnya itu.Selepas makan mereka terus ke surau untuk solat.
Malam itu terasa panas pula walau pun biliknya itu sedia terpasang dengan penghawa dingin.Bukan panas akibat cuaca namun perasaannya yang sudah berminggu berkecamuk tak tentu hala.Semuanya akibat gadis itu.Dian.Ada kesedihan yang maha hebat di tanggungnya kini.Pelajarannya pun sedikit terganggu akibat mencari Dian.Puas sudah dia bertanya kepada kawan di kolej yang mengenali Dian namun semuanya menghampakan.Oh!Dian ke mana kau pergi?Kenapa kau buat aku macam ni?Fakrul mengambil telefon di atas meja kecil di tepi katil.Mesej di hantar lagi.Yan mana kau pergi,aku rindukan kau,maafkn aku sbb mndesak kau,pulanglh Yan aku jnji tkkn paksa kau lagi.
Dian yang baru hendak melelapkan mata terkejut dengan bunyi telefonnya yang nyaring.Lantas di ambil telefon bimbit yang terletak di tepi bantalnya.Dian membuka dan membaca mesej yang terpapar di skrin.Hatinya di sayat pilu bila ayat itu di baca.Dian tersandar di kepala katil dengan linangan airmata di pipi mulusnya.Maafkan aku,Rul.Bukan niat aku untuk melukakan hati kau tapi aku perlu tegas membuat keputusan demi masa depan kau juga.Aku tak mahu kau jadi anak yang derhaka.
YA ALLAH!Kenapa ujian ini yang harus aku tanggung?Ibu pun baru saja kau panggil,sekarang aku sendirian untuk meneruskan hidup.Kuatkan lah iman ku untuk menghadapi ujian MU ini.Perlahan Dian merebahkan badan ke tilam semula dan cuba untuk melelapkan mata kembali.
Fakrul yang berada di bilik masih ternanti-nanti jawapan dari Dian.Kenapa hati kau keras sangat tak mahukah kau membalas walau sekali mesej yang sudah aku kirim?Dian..apa sebenarnya yang berlaku pada kita?Aku bingung yan.Janganlah kau buat aku macam ni.Fakrul mendail nombor Dian namun tiada balasan dari gadis itu.
Akhirnya talian berhenti sendiri.Dian mematikan terus telefon itu,lantas menarik selimut menutup ke seluruh badannya.Dia ingin melupakan apa yang telah terjadi.Biarlah kisah antara dia dan Fakrul menjadi satu kenangan.Dian cuba mengeraskan hatinya agar segalanya dapat di lupakan.Malam akhirnya merangkak pergi bersama sebuah kisah pilu.

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...