Lama kain berwarna merah jambu itu di renungnya.Tak sangka pulak lelaki itu telah memberikan dia hadiah yang agak mahal ini.Dian jadi keliru.Apakah muslihat Faizal memberikan dia kain ini?Mungkinkah Faizal cuba membeli jiwanya?Ah!mana mungkin aku telah menjadi perhatian dia?Aku ni siapa?Tapi dari tindak tanduknya macam ada sesuatu saja.Mungkinkah apa yang di katakan Lina benar belaka?Semudah itu kah perasaannya?
Kain itu Dian masukkan semula ke dalam plastik.Bila dah gaji nanti aku hantarlah pergi kedai jahit.Fikir Dian tak mahu nak serabutkan otak lagi memikirkan niat Faizal yang sebenar.Orang dah bagi takkan aku nak pulangkan semula nanti dia kecil hati pulak.Hmm..!
Pagi itu Dian dan Lina ke pejabat seperti biasa.Waktu hendak melangkah masuk ke pejabat mereka bertembung dengan Faizal.
''Assalammualaikum.. Encik Faizal!''
''Waalaikumsalam..''
''Awal datang hari ni?''Lina menegur.
''Oo..saja datang awal banyak kerja tak siap lagi.''Faizal membalas sambil matanya menjeling sekilas ke arah Dian.Gadis itu hanya menundukkan wajah.
''Kami masuk dulu Encik.''
''Baiklah.''Faizal hanya memerhatikan kelibat mereka berdua beredar ke tempat masing-masing.Lina berlainan jabatan tapi masih di dalam tingkat yang sama.Faizal segera bergerak menuju ke bilik kerjanya.Hari ini ada menyuarat yang harus di hadiri dan dia harus meneliti dokumen yang akan di bentangkan nanti.
Setelah selesai mesyuarat,Faizal segera masuk ke dalam biliknya.Jam di pergelangan di pandang seketika.Dah tengahari.Nak keluar makan rasa malas pulak.Ah!ke pantri ajelah.Faizal segera ke luar menuju ke pantri berniat untuk membuat minuman saja.Takkan nak harapkan setiausahanya pulak.Waktu macam ni tentu Maria tengah menjamu selera.Faizal meluru masuk tanpa sengaja terlanggar sekujur tubuh.
''Opss..maaf..maaf..eh Dian..awak tak keluar makan ke?''Gadis itu masih terpinga-pinga akibat di langgar.Pandangannya terpaku ke wajah Faizal.
''Err...saya malas nak keluar la.''
''Sama la kita ye saya pun malas pulak nak makan tengahari.''Faizal membalas sambil mendekati kabinet dan mula hendak membancuh minumannya.Dian yang melihat Faizal macam terkial-kial cuba menawarkan diri.
''Encik nak saya tolong buatkan air ke?''Faizal berpaling bila mendengar Dian berkata begitu.
''Ha!Boleh ke..tak menyusahkan awak?Dian tersenyum.
''Tak pe biar saya tolong Encik ye..Encik nak minum apa?''
''Nescafe.''Faizal terasa senang hati dengan tawaran yang di beri itu.Dia berganjak sedikit untuk memberi ruang kepada Dian.Faizal duduk di kerusi yang tersedia di pantri itu sambil memerhatikan gadis itu membancuh minumannya.Bagai pucuk di cita ulam mendatang la pulak.Berangan sekejap Faizal sambil tangannya menongkat dagu.
''Encik..ni airnya.''
Tangannya di gawangkan ke muka lelaki itu.Ish sempat pulak berangan bos aku ni.Getus hati Dian.
''Haa..err..terima kasih.''Terkulat-kulat Faizal seketika.Dian hanya tersengih melihat gelagat bosnya yang kalut itu.
''Eh awak nak ke mana pulak tu?''Tanya Faizal bila di lihatnya Dian mahu keluar dari situ.
''Saya nak ke meja saya,Encik.''
''Temankan saya,boring pulak minum sorang saje ni.''
''Haa..''Giliran Dian pulak kalut.Biar betul bos aku ni.Dah mintak berteman pulak.Faizal tersengih.
''Tak payah nak buat muka cute awak tu duduk aje la,saya bukan nak makan awak.''Faizal menarik kerusi sambil mengarahkan Dian duduk.
''Segan la saya Encik,kat sini kita berdua saja yang tinggal,kang ada yang kena tangkap kering pulak.''
''Tangkap kering ish..istilah apa yang awak pakai ni.Dian sekarang kita kat pejabat tak ada siapa yang akan tangkap kita tak tentu arah,lagi pun kita tak buat apa-apa kan.Dah la jangan banyak cakap duduk aje la.''
Dian duduk juga di situ tapi agak berjarak sedikit dari bosnya itu.Tak mahu orang pandang serong.Faizal ketawa kecil dengan gelagat Dian itu.
''Awak ada pergi mana-mana ke cuti hujung minggu ni?''Dian geleng kepala.
''Kalau saya ajak awak keluar nak tak?'
Erk..dah ke lain pulak lelaki ni,mesti ada agenda yang tersembunyi ni.Fikir Dian.
''Saya sibuk la cuti ni,nak kemas rumah,nak basuh baju dan macam-macam lagi.''Dian cuba berdalih.Faizal ketawa.
''Pandai cari alasan ye.Tolong Dian,saya nak bawak awak ke satu tempat.Mesti awak suka tempat tu.''
''Lain kali la Encik ye,saya betul-betul sibuk.''
Faizal sedikit kecewa.Tangannya mencapai biskut di depan mata dan mencecahnya ke dalam minumannya itu.Perlahan mulutnya mengunyah biskut itu sambil cuba meredakan kekecewaan yang baru bertandang.Dah macam budak kecil pulak muka tu merajuk.Dian melepaskan nafas panjang.
''Encik nak pergi mana?''Tanya Dian cuba bertoleransi.Faizal tersenyum sambil mengangkat muka memandang gadis itu.
''Kalau saya tak mahu bagi tau boleh tak tapi saya janji nanti awak takkan kecewa kalau pergi tempat tu.''
''Hmm..ok la tapi jangan buat benda yang saya tak suka ye.''Awal-awal lagi Dian sudah memberi amaran agar lelaki itu sedar bahawa dia bukan gadis yang sembarangan.Dia tidak mahu orang lain memandang serong dirinya walau dia hanya seorang anak yatim piatu.Faizal faham akan amaran gadis itu dan dia berjanji akan menjaga tingkah laku agar tidak menjadi kebencian gadis itu.Dia sedar Dian bukan gadis yang mudah untuk di dekati namun Faizal tetap ingin mencuba nasib sementelah hatinya yang sudah di timpa perasaan sayang kepada gadis itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...
No comments:
Post a Comment