Wednesday, July 31, 2013
SESUCI CINTA DIAN 2
Fakrul adalah lelaki yang suka bergurau dan kadang-kadang bersikap kebudak-budakkan.
''Boleh hantar aku balik?''pinta Dian.
''Ala..kenapa nak balik cepat sangat aku belum puas bercakap dengan kau lagi.''manja pulak suara lelaki itu.
''Apa lagi kau nak cakap?''
''Tentang kita tak habis lagi.''
''Suka hati kau lah nak buat macam mana,aku ikut saja.''
Dian mengalah juga dengan kehendak Fakrul kerana dia tak mahu lelaki itu terus-terusan mendesaknya.Fakrul pula tersenyum bangga mendengar kata-kata gadis idamannya itu.
Malam itu Dian telah menerima panggilan dari ibu Fakrul.Tentu Fakrul telah memaklumkan tentang niat hatinya kepada orangtuanya itu.
Tanpa salam terus Dian di terjah dengan kata-kata yang menyakitkan hati.
''Mak cik bagi amaran pada kamu jangan pernah lagi berhubung dengan Fakrul.Putuskan saja hubungan kamu berdua.Mak cik tak mahu dan tak sudi menerima kamu sebagai menantu mak cik,kamu faham tak?''Nyaring suara itu memukul ke gegendang telinga nya.
Dian hanya mampu berjanji dan dia redha dengan ujian ini.Sudah sampai masanya untuk dia pergi meninggalkan Fakrul.
Pedih di hati hanya Tuhan yang tahu.Dian sedar antara mereka terlalu banyak yang berbeza.Dengan berat hati awal pagi itu Dian keluar dari rumah dan menuju ke bandar.Tujuannya hanya satu rumah sahabat lamanya yang kini telah bekerja.Mujur juga Fakrul tidak mengenali Lina maka Dian fikir biar saja dia tinggal bersama sahabatnya itu.Hanya Lina saja tempat Dian meletakkan harapan untuk meminta pertolongan.
Teksi yang Dian naiki berhenti di depan sebuah rumah teres setingkat.Inilah alamat yang Lina beri semalam.Getus hati kecil Dian.Setelah membayar tambang Dian segera turun dan pemandu teksi itu turut membantu menurunkan beg pakaiannya.Dian segera memberi salam.Tidak lama kemudian muncul gadis yang berbadan genit membuka pintu rumah itu.Lina terjerit girang menyambut sahabatnya itu sambil membuka pintu pagar.
Mereka berpelukan erat kerana telah lama tidak bersua muka.''Dah lama kita tak jumpa kan?Makin tembam aku tengok kau sekarang.''Dian mencubit pipi Lina yang agak berisi itu.
''Aku pun rindu sebab dah lama tak jumpa kau.Macam mana kau sekarang?Aku harap kau tabah ya.''ujar Lina sambil memegang tangan Dian.
Mereka masuk ke dalam rumah.Lina telah mendengar berita tentang kematian ibu Dian dari orangtuanya namun dia tidak dapat pulang kerana bertugas di utara tanahair.
''Aku ok je.Jangan risau aku akan tabah selagi kau ada dengan aku.''
Antara Dian dan Lina walau pun mereka berjauhan namun hubungan mereka tidak putus begitu saja.Talian telefon selalu menghubungkan mereka.
''Macam mana dengan Fakrul sekarang.Tentu dia risau kalau tengok kau tak ada kat rumah tu nanti.''
''Aku malas nak fikir lagi.Lebih baik kami putus macam ni saja.Aku takut nanti dia paksa aku lagi kalau aku tak lari sekarang.''
''Semudah tu?''
''Kau tak sayang ke dengan hubungan korang berdua.Dah bertahun korang bersama takkan mudah sangat kau putus asa.''
''Ada ruang lagi ke untuk aku dengan dia?Dah terang dan nyata yang orangtua dia tak suka pada aku jadi lebih baik aku undur diri.Aku tak mahu dia jadi anak derhaka kalau kami masih lagi bersama.''Jelas Dian dengan wajah yang sayu.
Kalau di ikutkan hatinya sudah tentu dia akan meneruskan hubungan terlarang ini namun apalah gunanya mereka bersama andai tiada restu dari orangtua Fakrul.Apa yang menjadi kebimbangan Dian sekarang apakah tindakan lelaki itu saat menyedari yang dia telah menghilangkan diri.
Setelah mengemaskan barangnya Dian berehat seketika.Lina telah keluar setelah menolongnya tadi.Badan yang kepenatan di baringkan ke tilam.Wajah ibu kesayangan berlegar di ruang mata.Tanpa sedar airmata mengalir lagi untuk kesekian kalinya.Yan sayang ibu..moga ibu tenang di sana..yan akan tabah macam ibu..hati kecilnya berkata pilu.Dian berjanji kepada diri sendiri untuk belajar menjadi cekal.Hanya ALLAH S.W.T yang tahu bagaimana pedihnya untuk dia mengharungi hidup ini sendiri.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring.Dian membiarkan saja tanpa menjawab panggilan itu.Dia tahu Fakrul sedang cuba menghubunginya.Sengaja dia mengeraskan hati untuk tidak menjawab.Untuk beberapa ketika telefon itu senyap.Namun sesaat kemudian telefon itu berbunyi lagi kali ini ada mesej yang masuk.Dian membukanya dan membaca mesej lelaki itu,Yan kau dmana..jwbla cll aku.knpa kau pergi mcm tu aje??Dian melepaskan nafas panjang,hatinya sebak.Kalau lah aku ada kekuatan untuk bersemuka dengan kau tentu aku dah lakukan tapi aku tak cukup kuat untuk lakukan begitu.Maafkan aku.Hati kecil Dian bagai meronta-ronta untuk menyatakan hal yang sebenar namun dia bimbang kalau hatinya akan berbalik semula seandainya lelaki itu memujuk rayunya nanti.
Tuesday, July 30, 2013
RAMADAN
RAMADAN
Ia datang lagi
dengan penuh berkat
dengan penuh keikhlasan
hati menempuh segala dugaan
cuba di isi cuba di renungi
cuba baiki kekurangan hati
Ramadan ini
sayu terasa melewati diri
akan hadirkah lagi keberkatan ini
akan mampukah kita hadiri
demi sekeping hati
Ramadan ini
adakah yang terakhir kali...
Ia datang lagi
dengan penuh berkat
dengan penuh keikhlasan
hati menempuh segala dugaan
cuba di isi cuba di renungi
cuba baiki kekurangan hati
Ramadan ini
sayu terasa melewati diri
akan hadirkah lagi keberkatan ini
akan mampukah kita hadiri
demi sekeping hati
Ramadan ini
adakah yang terakhir kali...
Sunday, July 28, 2013
SAHABAT
SAHABAT
lewat waktu yang berlalu
kita makin kenal erti hidup
kita kian di himpit kenyataan
tentang duka dan ceria
di mana lagi kita kan ada untuk diri kita
sahabat
benarkah kita terlupa
tentang apa yang kita rasa
benarkah kita leka
tentang hidup di alam nyata
tentang sebuah tipu daya...
lewat waktu yang berlalu
kita makin kenal erti hidup
kita kian di himpit kenyataan
tentang duka dan ceria
di mana lagi kita kan ada untuk diri kita
sahabat
benarkah kita terlupa
tentang apa yang kita rasa
benarkah kita leka
tentang hidup di alam nyata
tentang sebuah tipu daya...
Saturday, July 27, 2013
SESUCI CINTA DIAN 1
SESUCI CINTA DIAN
Sesungguhnya bukan mudah untuk dia mengharungi semua dugaan ini namun dengan ketabahan yang masih ada di jiwa,dia harus meneruskan kehidupan walau kini dia keseorangan.Ibu tempat dia bergantung kasih telah lebih seminggu meninggalkan dirinya.Dian pasrah dengan nasib yang menimpa dirinya.Apa yang menjadi keresahannya kini bagaimana dia ingin meneruskan pengajiannya lagi.Dian terfikir untuk mencari pekerjaan secara sambilan.Dia ingin membincangkan perkara ini dengan temannya Fakrul.
Mereka telah berjanji untuk berjumpa di tepi pantai,tempat yang menjadi kebiasaan mereka untuk bertemu.Mulanya Fakrul agak terkejut dengan rancangan Dian itu.
''Kau dah habis fikir ke nak kerja ni?''Dian mengangguk.
''Tapi nanti macam mana dengan pelajaran kau tak terganggu ke?''
''Aku akan bahagikan masa sebaik mungkin.''
''Aku tak setuju kau bekerja nanti pelajaran kau akan terganggu.''Tegas Fakrul.
''Fakrul,aku akan tetap bekerja sambil belajar walau pun kau tak setuju lagi pun siapa yang nak tanggung hidup aku lagi.Ibu pun tak ada lagi.Aku harus berdikari untuk teruskan hidup aku ni.''
''Kau tak sayangkan aku ke?''Tiba-tiba Fakrul bertanya.Dian termangu sejenak.
''Apa kata kalau kita kahwin.''Ajak Fakrul.
''Jangan merepek boleh tak.''Tingkah Dian.
''Apa yang merepeknya pulak aku betul-betul nak kahwin dengan kau.Nanti aku suruh ibu aku datang pinang kau ye?''Ujar Fakrul bersungguh-sungguh.
''Fakrul ibu aku baru meninggal,tolonglah kasihankan aku.''
''Sebab tu lah aku nak tolong kau.Aku berjanji akan jaga kau.Kau tak payah susah payah nak bekerja.''
Fakrul masih berdegil untuk meneruskan niatnya.Sebenarnya dia telah lama menyimpan hasrat untuk memperisterikan Dian,namun niat itu hanya terpendam di lubuk hatinya saja.
Pandangan Dian masih terarah ke lautan yang luas itu.Buntu fikirannya dengan permintaan dari lelaki itu.
''Rasanya aku tak dapat mengikut kehendak kau itu.Belum masanya untuk kita memikirkan semua ini.Lagi pun keluarga kau tentu takkan setuju.''
''Apa kena megena dengan keluarga aku pulak yang nak nikah kita,bukan diorang.Tingkah Fakrul.
''Tapi kita kena minta restu diorang jugak.''
''Memang betul tapi aku nak buat hidup kau senang takkan kau tak mahu.''Dian mengeluh dengan kedegilan Fakrul itu.
Bukan dia tak mahu mengikut kehendak Fakrul namun dia yakin orangtua Fakrul terutama ibunya takkan bersetuju dengan niat Fakrul itu.Dian tahu Puan Laila tidak sukakan dirinya.Pernah suatu hari Dian di bawa oleh Fakrul ke rumah namun layanan yang di terima tidak begitu baik.Puan Laila pula pandai menyembunyikan sikap di depan anak lelaki kesayangannya itu.
Pernah juga Dian memikirkan apakah penghujung hubungan mereka nanti.Dian sedar perbezaan antara mereka bagai langit dengan bumi. Mana mungkin mereka mampu untuk bersama kalau halangannya terlalu kuat.
''Aku akan suruh ibu aku datang meminang kau nanti.''Lamunan Dian terhenti dengan suara itu.Degil betul lelaki ni.Desis hati kecil Dian.
''Aku perlu masa untuk fikirkan semua ini.''Dian cuba bertoleransi dengan Fakrul.Lelaki itu cuma tersenyum.
''Kau tak payah fikir panjang sangat,aku yakin orangtua aku akan merestui kita.''Ujar Fakrul sambil tersenyum yakin.
Dian pula melemparkan senyuman paksa sambil tangannya pula menguis-nguis pasir di tepi kaki.Fakrul cuba memegang tangan Dian,cepat-cepat pula gadis itu menepis.
''Yan..kau sayangkan aku kan?''Dian hanya mengangguk lemah.Fakrul menggelengkan kepala dengan kerenah gadis impian hatinya itu.
Thursday, July 18, 2013
PERJALANAN
Perjalanan
perjalanan ini terasa amat payah
tanpa sabar tanpa hidayah
tanpa ketaqwaan tanpa keimanan
meski jejak jejak semalam
kian pudar dek rembatan wajah silam
terkaku diri menginsafi hati
demi belajar mengenal hidup sendiri
perjalanan teramat payah untuk di teruskan
meski ranting ranting keimanan
kian menjadi pepohon perteduhan..
perjalanan ini terasa amat payah
tanpa sabar tanpa hidayah
tanpa ketaqwaan tanpa keimanan
meski jejak jejak semalam
kian pudar dek rembatan wajah silam
terkaku diri menginsafi hati
demi belajar mengenal hidup sendiri
perjalanan teramat payah untuk di teruskan
meski ranting ranting keimanan
kian menjadi pepohon perteduhan..
Tuesday, July 16, 2013
KITA BUKAN YANG DULU
KITA BUKAN YANG DULU
Lewat waktu itu kita di ketemukan lagi
Walau bukan bersua wajah
Namun cukup di alam maya
Dari nada ceria kita
Aku tahu kita merindu
Walau bukan rindu kekasih
Namun maknanya hanya kita yang tahu
Tapi kini kita terpisah lagi
Kali ini mungkin untuk selamanya
Kerana kita bukan yang dulu
Dulu kita boleh berkongsi suka dan duka
Namun semuanya tiada lagi
Kini kau dan aku telah ada tujuan sendiri
Walau hatiku terkilan
Namun ku pasrah jua
Semua ini takdir dari YANG MAHA ESA
Lewat waktu itu kita di ketemukan lagi
Walau bukan bersua wajah
Namun cukup di alam maya
Dari nada ceria kita
Aku tahu kita merindu
Walau bukan rindu kekasih
Namun maknanya hanya kita yang tahu
Tapi kini kita terpisah lagi
Kali ini mungkin untuk selamanya
Kerana kita bukan yang dulu
Dulu kita boleh berkongsi suka dan duka
Namun semuanya tiada lagi
Kini kau dan aku telah ada tujuan sendiri
Walau hatiku terkilan
Namun ku pasrah jua
Semua ini takdir dari YANG MAHA ESA
DIA
DIA
Hadir di depan mata
Tanpa suara tanpa bicara membikin jiwa terasa rasa
Mendung bagai berlalu
Membawa pergi episod sepi
Dia..
Walau hadir tanpa bicara
Cukup menjadikan hati bergetar rasa..
Hadir di depan mata
Tanpa suara tanpa bicara membikin jiwa terasa rasa
Mendung bagai berlalu
Membawa pergi episod sepi
Dia..
Walau hadir tanpa bicara
Cukup menjadikan hati bergetar rasa..
Subscribe to:
Posts (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...

.jpg)

.jpg)