Wednesday, July 31, 2013

SESUCI CINTA DIAN 2

                                                                                                                         
 Fakrul adalah lelaki yang suka bergurau dan kadang-kadang bersikap kebudak-budakkan.
''Boleh hantar aku balik?''pinta Dian.
''Ala..kenapa nak balik cepat sangat aku belum puas bercakap dengan kau lagi.''manja pulak suara lelaki itu.
''Apa lagi kau nak cakap?''
''Tentang kita tak habis lagi.''
''Suka hati kau lah nak buat macam mana,aku ikut saja.''
Dian mengalah juga dengan kehendak Fakrul kerana dia tak mahu lelaki itu terus-terusan mendesaknya.Fakrul pula tersenyum bangga mendengar kata-kata gadis idamannya itu.
 Malam itu Dian telah menerima panggilan dari ibu Fakrul.Tentu Fakrul telah memaklumkan tentang niat hatinya kepada orangtuanya itu.
Tanpa salam terus Dian di terjah dengan kata-kata yang menyakitkan hati.
''Mak cik bagi amaran pada kamu jangan pernah lagi berhubung dengan Fakrul.Putuskan saja hubungan kamu berdua.Mak cik tak mahu dan tak sudi menerima kamu sebagai menantu mak cik,kamu faham tak?''Nyaring suara itu memukul ke gegendang telinga nya.
Dian hanya mampu berjanji dan dia redha dengan ujian ini.Sudah sampai masanya untuk dia pergi meninggalkan Fakrul.
Pedih di hati hanya Tuhan yang tahu.Dian sedar antara mereka terlalu banyak yang berbeza.Dengan berat hati awal pagi itu Dian keluar dari rumah dan menuju ke bandar.Tujuannya hanya satu rumah sahabat lamanya yang kini telah bekerja.Mujur juga Fakrul tidak mengenali Lina maka Dian fikir biar saja dia tinggal bersama sahabatnya itu.Hanya Lina saja tempat Dian meletakkan harapan untuk meminta pertolongan.
   Teksi yang Dian naiki berhenti di depan sebuah rumah teres setingkat.Inilah alamat yang Lina beri semalam.Getus hati kecil Dian.Setelah membayar tambang Dian segera turun dan pemandu teksi itu turut membantu menurunkan beg pakaiannya.Dian segera memberi salam.Tidak lama kemudian muncul gadis yang berbadan genit membuka pintu rumah itu.Lina terjerit girang menyambut sahabatnya itu sambil membuka pintu pagar.
   Mereka berpelukan erat kerana telah lama tidak bersua muka.''Dah lama kita tak jumpa kan?Makin tembam aku tengok kau sekarang.''Dian mencubit pipi Lina yang agak berisi itu.
''Aku pun rindu sebab dah lama tak jumpa kau.Macam mana kau sekarang?Aku harap kau tabah ya.''ujar Lina sambil memegang tangan Dian.
Mereka masuk ke dalam rumah.Lina telah mendengar berita tentang kematian ibu Dian dari orangtuanya namun dia tidak dapat pulang kerana bertugas di utara tanahair.
''Aku ok je.Jangan risau aku akan tabah selagi kau ada dengan aku.''
Antara Dian dan Lina walau pun mereka berjauhan namun hubungan mereka tidak putus begitu saja.Talian telefon selalu menghubungkan mereka.
''Macam mana dengan Fakrul sekarang.Tentu dia risau kalau tengok kau tak ada kat rumah tu nanti.''
''Aku malas nak fikir lagi.Lebih baik kami putus macam ni saja.Aku takut nanti dia paksa aku lagi kalau aku tak lari sekarang.''
''Semudah tu?''
''Kau tak sayang ke dengan hubungan korang berdua.Dah bertahun korang bersama takkan mudah sangat kau putus asa.''
''Ada ruang lagi ke untuk aku dengan dia?Dah terang dan nyata yang orangtua dia tak suka pada aku jadi lebih baik aku undur diri.Aku tak mahu dia jadi anak derhaka kalau kami masih lagi bersama.''Jelas Dian dengan wajah yang sayu.
Kalau di ikutkan hatinya sudah tentu dia akan meneruskan hubungan terlarang ini namun apalah gunanya mereka bersama andai tiada restu dari orangtua Fakrul.Apa yang menjadi kebimbangan Dian sekarang apakah tindakan lelaki itu saat menyedari yang dia telah menghilangkan diri.
   Setelah mengemaskan barangnya Dian berehat seketika.Lina telah keluar setelah menolongnya tadi.Badan yang kepenatan di baringkan ke tilam.Wajah ibu kesayangan berlegar di ruang mata.Tanpa sedar airmata mengalir lagi untuk kesekian kalinya.Yan sayang ibu..moga ibu tenang di sana..yan akan tabah macam ibu..hati kecilnya berkata pilu.Dian berjanji kepada diri sendiri untuk belajar menjadi cekal.Hanya ALLAH S.W.T yang tahu bagaimana pedihnya untuk dia mengharungi hidup ini sendiri.
  Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring.Dian membiarkan saja tanpa menjawab panggilan itu.Dia tahu Fakrul sedang cuba menghubunginya.Sengaja dia mengeraskan hati untuk tidak menjawab.Untuk beberapa ketika telefon itu senyap.Namun sesaat kemudian telefon itu berbunyi lagi kali ini ada mesej yang masuk.Dian membukanya dan membaca mesej lelaki itu,Yan kau dmana..jwbla cll aku.knpa kau pergi mcm tu aje??Dian melepaskan nafas panjang,hatinya sebak.Kalau lah aku ada kekuatan untuk bersemuka dengan kau tentu aku dah lakukan tapi aku tak cukup kuat untuk lakukan begitu.Maafkan aku.Hati kecil Dian bagai meronta-ronta untuk menyatakan hal yang sebenar namun dia bimbang kalau hatinya akan berbalik semula seandainya lelaki itu memujuk rayunya nanti.                           
                                                                                         
                                                 

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...