Wednesday, December 17, 2014
SESUCI CINTA DIAN 31
Petang itu Dian menumpang Lina untuk pulang kerana suaminya ada mesyuarat di luar.Sebelum sampai di rumah,Lina telah mengajaknya makan bersama.
''Laki kau tak kisah ke kau tak masak kat rumah?''Soal Lina sewaktu mereka sedang menjamah makanan.
''Tak,dia dah kata nak makan kat luar.''Jawab Dian selamba.
''Untung ya dapat laki macam laki kau tu.''
''Tak ada la biasa aje,kadang-kadang meragam jugak,tambahan semenjak dua menjak ni.''
''Kenapa?''Soal Lina dengan muka berkerut.
''Entahlah sekarang bila cuti je nak suruh aku masak macam-macam.''
''Tak apalah masa cuti je dia mintak,masa kerja dia tak paksa kau masak,kan?''
''A'ah,selalu kalau balik kerja awal aku masak jugak tapi masak yang simple aje nasib baik dia tak kisah.''
''Bila dengar cerita kau ni teringin jugak aku nak kahwin.''
''Hai,hari tu aku nak kenenkan kau kata tak payah.''Sindir Dian dengan halus.
''Ish,kalau kawan laki kau tu memang aku tak mahu,mana aku nak letak bos aku tu,erkk...''Lina menutup mulutnya segera,tanpa sedar dia telah terlepas cakap di depan Dian.
''Ha!Apa kau cakap tadi?Aku tak salah dengar ke?''
''Err...er...aku...aku...tak kau salah dengar tu.''
Dalih Lina cuba menutup kesilapan sendiri.Perkara yang selama ini di lindunginya hampir terbongkar akibat mulutnya yang becok sangat tadi.
''Tak...tak,aku rasa aku tak salah dengar,tadi kau kata pasal bos kau,maknanya kau dengan Encik Malik tu ada apa-apa maknalah.''
Lina meraup muka dengan kesalan.Aduh!Parah aku macam ni,tangannya menggaru kepala yang tidak gatal.
''Lina lebih baik kau terus-terang dengan aku.Desak Dian.Lina kelihatan serba-salah.
''Baiklah kalau aku cakap kau jangan nak hebohkan satu pejabat pulak,janji dengan aku.''
''Aku janji.''Akui Dian dengan mengangkat tangannya seolah berikrar.
Lina akhirnya menceritakan kisah antara dia dengan Encik Malik yang telah menjalin hubungan selama setahun.Kerja Lina sebagai pembantu peribadi kepada Encik Malik menjadikan mereka agak rapat tambahan Encik Malik itu seorang duda yang telah lima tahun kematian isteri.
''Aku bangga dengan kau,sekurang-kurangnya kau dah ada seseorang untuk di harap dalam hidup.Jadi bila korang nak bersatu?''
''Erk,entahlah aku tak sedia lagi.''
''Lina kau sedar tak umur kau sekarang dah berapa?Takkan nak tunggu dah tua ganyut baru nak fikir pasal kahwin,lagi pun Encik Malik tu tak pernah ke cuba melamar kau?''
''Ish,mulut kau tu tak ada insuran ke,lagi pun bukan dia tak lamar aku cuma...''Kata-kata Lina terhenti seketika.
''Dia pernah lamar kau?''Terbuntang mata Dian bersama rasa tidak percaya.
''He...he...''Tersengih Lina tanpa dapat mengelak lagi.Dian cuma menggelengkan kepala dengan rasa tidak percaya.
Lina menghantar Dian pulang setelah selesai mereka menjamu selera.Hari hampir senja waktu Dian tiba di rumah.Selesai mandi Dian segera melaksanakan solat maghrib.Lama dia berteleku di sejadah berdoa dan seterusnya menghadiahkan surah yasin untuk kedua orangtuanya yang telah pergi menemui ILAHI.Setelah masuk waktu solat fardhu Isyak,Dian segera mengerjakannya.
Usai solat Dian bangkit dan membuka telekung lantas menyidaikannya di ampaian kecil.Badannya terasa sakit-sakit,dia merebahkan tubuh di tilam cuba mencari keselesaan.Tiba-tiba tekaknya terasa loya,Dian cuba menahan namun rasa yang datang itu tidak dapat di bendung lantas dia bangkit menuju ke bilik air.
Segala yang terisi petang tadi habis terhambur keluar dari celah kerongkongnya.Dian terasa pening,hampir saja dia tersungkur di tepi singki namun di kuatkan kudratnya untuk bangun.Setelah berkumur Dian keluar dari bilik air dan berjalan perlahan ke arah tilam.Mata cuba di pejamkan untuk menghilangkan rasa yang tidak selesa namun sia-sia terlalu degil pula matanya itu.
Kenapa dengan aku ni?takkan salah makan kot?Dian melangkah mendekati kalendar yang tergantung di dinding,cuba mengira kitaran haidnya.Dah seminggu lewat takkan...aku dah berisi kot?Tapi tanda-tanda tadi...macam mana kalau tekaanku betul?Dian mengusap perutnya sendiri.
Mungkinkah sudah ada satu nyawa di situ?Apa aku nak buat ni?Nak periksa dulu ke atau beritahu dia dulu?Dian menggigit jari sendiri.Langkahnya mundar mandir di dalam bilik itu.Perasaan cemas mula menguasai diri.
Setelah penat dia merebahkan tubuh ke atas tilam.Dian memandang ke siling bilik.Terasa kosong fikirannya di situ.Mata cuba di lelapkan semula.Mujur saja tekak yang loya itu sudah beransur lega.Tanpa sedar perlahan-lahan matanya tertutup sendiri.
Cupp!!Tanpa mengejutkan isterinya,Faizal telah menghadiahkan sebuah tanda kasih yang di pipi gebu isterinya itu.Lena betul tidur sampai tak sedar suaminya sudah pulang.Awal pulak tidur,dah kenapa dengan dia ni?Faizal mengusap wajah kesayangannya itu bersama senyuman panjang.Rindu betul dengan wajah itu,hampir setengah hari tidak berjumpa sebab sibuk dengan urusan
di luar sehingga isterinya itu terpaksa pulang bersama kawan sepejabat.Mujur saja Lina seorang yang tidak banyak cerewet.
Nampaknya abang kena paksa ayang ambil lesen kereta nanti,senang kalau ayang nak pergi ke mana-mana kalau abang sibuk.Hati Faizal berkata sendiri sambil langkahnya di atur menuju ke ampaian kecil,lalu tangannya mencapai tuala yang tergantung di situ.Faizal segera masuk ke bilik air namun baru saja kakinya memijak lantai bilik air itu,hidungnya telah terbau sesuatu.Kenapa bau hanyir ni?macam bau muntah.
Faizal pandang ke singki tiada apa-apa di situ.Di buka pula tandas duduk.La memang muntah.Cepat-cepat tangannya menekan pam tandas.Tangan kirinya pula menekap hidung.
Faizal merasa musykil,dia keluar semula mendapatkan Dian.Tangannya di lekap ke dahi Dian.Tak panas pulak.Bisik hati kecil Faizal.Lampu bilik di buka bagi memudahkan dia melihat wajah isterinya dengan jelas.Faizal mendekati Dian semula.Pucat sedikit wajah itu.Tubuh Dian di goncang perlahan.
''Ayang...ayang...bangun yang.''Panggil Faizal sambil memegang tangan Dian.
Kejadian pertama dulu terngiang-ngiang di mindanya.Takut kejadian seperti itu berlaku lagi.Bahaya mengejutkan Dian waktu sedang tidur.Dian berpaling perlahan.Matanya terbuka,sedikit kelat.
''Abang!''Saat terpandang wajah Faizal terus dia bangun dan memeluk tubuh suaminya itu.Faizal terkedu dengan tindakan isterinya itu.Perlahan dia membalas pelukan itu.
''Ayang kenapa,abang tengok muka ni pucat aje?Tu dalam bilik air pun ada muntah,ayang tak sihat ke?''
Dian tergamam.Baru dia teringat yang dia terlupa menekan pam tandas setelah muntah tadi.
''Err...yan muntah tadi,perut ni masuk angin agaknya.Maaf yan lupa nak pam.''Jelas Dian sambil melepaskan pelukan.
''Nak pergi klinik ke?''Tanya Faizal sambil mengelus rambut Dian yang jatuh menutup muka.
''Tak payahlah dah ok sikit perut ni.''
''Kalau macam tu ayang tidurlah ya,abang nak mandi ni.''
Setelah mengucup ubun-ubun Dian,Faizal kembali semula ke bilik air untuk melunaskan hajat yang tertangguh tadi.Pandangan Dian tersorot ke tubuh suaminya.Macam mana aku nak cakap kat dia ni?
Faizal keluar setelah selesai mandi.Wajah isteri di kerling dengan senyuman.
''Panjang betul menung,ingat apa tu?''Tegur Faizal sambil mendekati Dian.Tersentak dia seketika.
''Eh,abang dah siap mandi?''Dian bangkit mengambil baju dan seluar pendek suaminya dari dalam almari.
''Ayang ok ke ni,abang tengok lain macam aje.''
''Tak ada apalah bang.''Ujar Dian cuba menyakinkan suaminya yang sudah mula curiga.
''Yalah tu boleh percaya ke?''
''Betul yan ok,jangan risaulah.''
Dian merebahkan badan ke tilam.Comforter di tarik perlahan sehingga ke paras dada.Faizal turut masuk ke dalam comforter dan memeluk tubuh isterinya.
''Ayangg...''Panggil Faizal dengan berbisik.
''Emm...''Sahut Dian dengan mata terpejam.
''Ayang suka tak kalau kita ada anak?''Serta-merta mata Dian terbuka luas.Dah kenapa ni tiba-tiba cakap pasal anak pulak?
''Abang pulak macam mana?''Soal Dian kembali tanpa menjawab pertanyaan Faizal tadi.
''Dah tentu abang nak,ayang sudi tak mengandungkan anak abang?''Soal Faizal sambil mengusap perut isterinya.Dian terasa geli bila di perlaku begitu.Dalam samar lampu tidur Dian berkalih memandang suaminya.
''Kalau yan tak kandungkan anak abang,yan nak kandungkan anak siapa lagi?''Faizal tersenyum mendengar bicara si isteri.Pelukan di eratkan lagi.
''Terima kasih,abang bertuah dapat ayang sebagai isteri abang.''
''Kenapa abang tanya pasal ni?''
''Entahlah perasaan ni rasa sesuatu,teringin sangat nak ada anak sendiri,kita buat anak nak?''
''Apa melalut ni,tak penat ke?''Faizal sudah tersengih nakal.
''Kalau pasal yang ni abang tak pernah penat.''
Dian tidak dapat mengelak lagi.Persoalan yang bermain di fikirannya hilang begitu saja bersama layanan mesra si suami.Kehendak suami takkan dia mahu menidakkan pulak,nanti di katakan isteri derhaka.
Malam itu merangkak pergi meninggalkan seribu kemanisan untuk sepasang insan yang baru mengenali cinta.
Saturday, November 15, 2014
SESUCI CINTA DIAN 30
Dian memandang hadiah pemberian suaminya.Seutas rantai tangan mutiara yang cantik.Terusik hatinya melihat.
''Hari tu bagi bunga sekarang rantai tangan,esok apa pulak?Cukuplah bang jangan membazir untuk yan lagi.''
''Apa pulak yang membazirnya,abang beli untuk keperluan ayanglah,lagi pun abang tengok ayang ni tak banyak pun barang kemas.''Ujar Faizal yang sedang mengadap cermin sambil membetulkan tali lehernya.
''Memang yan tak ada semua tu sebab hidup yan tak memerlukan semua tu.Yan bukan orang senang nak beli barang kemas aje,banyak benda lain lagi yang yan nak fikirkan.''
Faizal yang mendengar bicara isterinya itu terasa terusik hati.Langkah kakinya mendekati Dian.
''Ayang di sebabkan semua tu lah abang nak manjakan ayang dengan benda ni,lagi pun ayang perlu jugak pakai benda ni bila nak temankan abang ke majlis makan malam,barulah isteri abang ni nampak berkeyakinan nanti.''
''Pakai barang kemas pun untuk keyakinan diri ke?''Jari telunjuk Faizal mengetuk dahi isterinya perlahan.
''Adush!''Dian menggosok dahinya perlahan.
''Tu lah lain kali belajar sikit tentang benda ni semua,jangan asyik mengelat aje.Abang rasa nak hantar ayang belajar dengan ibulah,biar ibu yang ajar ayang.''
''Ha!Kenapa pulak,yan bukan nak kena pakai selalu barang kemas ni.''
''Bukan sebab tu tapi keyakinan diri ayang ni agak rendah,ayang tak boleh majukan diri kalau terlalu ambik mudah tentang semua ni.''
''Tapii...''
''Tak ada tapi-tapi lagi,nanti abang cakap dengan ibu pasal hal ni,kalau ibu sanggup tolong ayang kena pergi belajar dengan dia,faham!''
Dian sudah tidak terkata apa lagi,ia kan sajalah kata si suami kalau di bantah nanti jadi hal pulak.
''Meh sini,abang pakaikan rantai ni.''
Faizal segera memakaikan rantai itu ke tangan isterinya.Dian memandang saja wajah suaminya yang cuma beberapa inci dari wajahnya.Kenapa hari ni dia nampak kacak sekali?Bisik hati kecil Dian.Hidungnya mancung,kumis yang tipis dan janggut yang sejemput itu tambah mematangkan lagi wajah itu.Tanpa sedar ada senyuman yang terukir di bibirnya.
''Dah puas tenung abang,hensemkan suami ayang ni?''
Usik Faizal sambil mencuit hidung isterinya.Tersentak Dian tika itu.Padan muka,jauh sangat mengelamun.
''Ish,perasan!''Gumam Dian perlahan seraya bangun dari bangku almari solek yang di dudukinya sejak tadi.
''Apa ayang cakap,abang perasan?''Secepat kilat pinggangnya di raih Faizal ke dalam dakapan.
''Apa abang ni lepaskan yanlah karang lambat kita masuk ofis.''
''Ah!Abang tak kira baik ayang ulang balik apa yang ayang cakap tadi.''Tegas Faizal tidak mahu mengalah.Dian menahan senyum.
''Mana ada yan cakap apa-apa?''
''Ada abang dengar tadi.''
''Kalau dah dengar buat apa nak ulang lagi.''
''Oo...sajalah tu nak buat abang bengang,dah malaslah abang nak layan ayang.''
Faizal merampas beg di tangan Dian,muncung di tarik panjang,sengaja buat-buat merajuk.Langkah di atur keluar dari bilik.Dian hanya mampu menggelengkan kepala.Saja buat perangai pagi-pagi macam ni.Hati Dian bersungut namun langkah kakinya masih mengikut si suami dari belakang.
Sampai di tepi singki Faizal cuba mencapai mug untuk membancuh kopi.Dian terlebih dahulu mengambil mug itu lantas membancuhkan kopi lalu di hulur kepada suaminya.Mujur saja Dian telah menjerang air panas awal-awal tadi.Dian cuba mengukir senyum.Faizal mengambil mug itu dan menghirupnya perlahan.Senyuman isterinya tidak di hiraukan.Kemudian dia duduk di meja makan dan mencapai roti yang sudah tersedia di situ.
Dian pantas mengambil roti di tangan Faizal itu dan menyapukan jem ke atasnya lalu di hulur semula kepada suaminya.Dengan muka selamba Faizal mengambil huluran isterinya lantas di kunyah perlahan.
''Abang marah ke?''Soal Dian perlahan.
Faizal tetap beku tanpa senyuman.Alahai betul-betul merajuk ke,fikir Dian.
''Abangg...''Suaranya sengaja di manjakan lagi cuba hendak memujuk.Lengan Faizal di usap perlahan.Dah macam tergedik-gedik pulak rasanya.
''Abangg...janganlah macam ni yan minta maaf kalau cakap-cakap yan tadi buat abang tersinggung.Yan bergurau aje.''
Faizal masih bersahaja menghadap sarapannya.Tiada reaksi langsung.Dian naik bosan di perlaku begitu.Saja nak dera hati aku la tu.Getus hati kecilnya.Dian cuba bangun hendak ke singki.Saat itu juga pergelangannya di sabit lantas dia terpaling semula.Tanpa amaran bibirnya di paut lembut.Terkedu Dian seketika.
''Baru puas hati abang,nak lagi?''
Dian yang masih terpinga-pinga menarik muka cemberut.Suka hati dia aje nak cium aku.Eii...geramnya.
''Apa lagi ni makan cepat karang lambat pulak masuk ofis.''
Faizal menyimpan senyum,sengaja ingin mendera perasaan si isteri.Dian yang masih bermasam muka akur dengan arahan si suami.Cepat-cepat dia menyudahkan sarapannya dan mengemaskan dapur.
''Ayang lupa sesuatu ke?''
Faizal melaung dari muka pintu bila di lihatnya Dian menonong berjalan menuju ke arah kereta tanpa menantinya.Lupa apa?Fikir Dian.Oh!Alamak,macam mana boleh lupa ni?Tu la nak marah aje tak tentu pasal.Dian mendekati si suami,tangan Faizal di capai lantas di kucup perlahan.
''Maaf,yan tak sengaja.''
''Abang maafkan,lain kali jangan buat lagi,baru gurau sikit nak marah,nak kata senggugut tak pulak.''Ujar Faizal sambil menjeling Dian.
''Sudahlah tak payah tarik muka macam tu,buruk rupanya,pagi-pagi macam ni patutnya senyum.''Tambah Faizal lagi sambil memeluk sisi tubuh Dian.Perlahan Dian cuba mengukir senyum.
''Macam ni kan elok.''Faizal turut tersengih sambil mencubit pipi gebu isterinya.Akhirnya ketawa mereka bergabung.Langkah di iring menuju ke kereta.
Monday, October 20, 2014
SESUCI CINTA DIAN 29
Hari ni Dian menumpang kereta Lina kerana Faizal telah di tugaskan ke utara.
''Yan,kau dengan Faizal dah ok ke?''
''Maksud kau?''
''Maaflah kalau kau rasa aku ni penyibuk sikit,dah lama aku nak tanya pasal benda ni.Kau dah boleh terima dia ke?''Dian mengangguk saja tanpa menjawab pertanyaan sahabatnya itu.Malu rasanya.
''Alhamdulillah,aku harap rumahtangga kau kekal sampai ke syurga.''Lega hati Lina dengan anggukan itu.
''Aminn...''Balas Dian sambil meraup muka dengan senyuman.
''Kau pulak bila lagi?''
''Aku lambat lagi.Lagi pun siapa yang sudi dengan orang macam aku ni?''
''Takkan tak ada siapa yang sudi kalau kau mahu aku boleh suruh Faizal kenenkan kawan dia pada kau.''
''Ish,tak usah mengada-ngada malu aku nanti.''
''Nak malu apa pulak kawan-kawan Faizal ada lagi yang tengah cari jodoh tau tak.''Begitu beria-ia Dian cuba mencucuk jarum pada sahabatnya itu.
''Dah la jangan kau cuba nak cakap apa-apa kat laki kau,jodoh aku biar aku yang cari sendiri.''Cepat-cepat Lina memangkas kata-kata Dian.
''Baiklah aku tak cakap apa lagi dah.''Dian segera mengalah kepada Lina.Terasa lega hati Lina kerana Dian tidak lagi memanjangkan isu tersebut.
Telefon bimbit Dian berbunyi nyaring ketika dia sedang membersihkan diri.Siapa pulak tu orang tengah mandi pun nak call,eh bukan dia tahu pun aku tengah mandi.Dian tersengih sendiri mengenangkan kesilapan diri.
Selesai mandi dan memakai pakaian Dian segera mengambil telefon yang berada di tepi katil.Skrin di lihat dan terpapar nama suaminya di situ.Dah agak dah memang dia.Dian segera mendail semula nombor Faizal.Setelah suara suaminya kedengaran di hujung sana Dian segera memberi salam.Faizal menjawab salamnya dengan suara yang mendatar.
''Kat mana tadi abang call tak angkat pun.''
''Yan mandilah macam mana nak jawab.''
''Apasal lambat mandi,lambat balik ke tadi?''
''Tak lah,tadi lepas balik yan penat sangat rehat dulu,kepala ni pun sakit sikit.''
''Macam mana boleh sakit pulak ayang buat apa,banyak sangat ke kerja kat ofis tu?''Suara Faizal sudah mula menunjukkan rasa cemas.
''Tak buat apa pun kerja pun bukan banyak sangat tapi badan ni entah kenapa sejak dua hari ni rasa penat sangat,kepala pun sengal aje.''
''Ayang jangan buat abang susah hati kang malam ni jugak abang balik.Ubat dah makan ke belum?''
''Belum.''
''La kenapa tak makan ayang tak masak ke?''
''Tak laratlah nak masak lagi pun makan sorang je,nanti yan makanlah roti kat dapur tu.''
''Hmm...ayang pergi isi perut tu cepat lepas tu makan ubat.Lepas tu rehat.Pintu semua dah kunci,kan?''
''Ya lah,kejap lagi yan isilah perut.Pintu pun semua dah kunci abang jangan risau pulak.''
Setelah mereka berbalas salam Dian segera turun ke bawah untuk mengisi perut.Dua keping roti dan segelas susu menjadi santapan malamnya.Selepas itu Dian segera mengerjakan solat isyak dan usai solat dia segera melelapkan mata.Kepalanya tidak dapat menahan kesakitan yang hadir sejak petang tadi.
''Assalammualaikum,ayang...''
Faizal membisikkan salam di tepi telinga isterinya.Tersenyum dia melihat Dian yang masih lena itu.Tidur pun nampak comel kalau tak tidur lagi comel.Sekali lagi tangannya mengejutkan Dian.
''Assalammualaikum,ayang bangun dah subuh ni.''Di goncang lagi tubuh kecil itu.
''Waalaikummussalammm...''Dian menjawab perlahan sambil menggeliatkan badannya.Tanpa sedar satu penumbuk di lepaskan ke sisi.Dusshh...
''Aduh,ayang kenapa tumbuk abang ni??''
Faizal mengerang kesakitan.Padat betul penumbuk bini aku ni.Aduhh...tangannya menahan pipi yang kesakitan.
''Ha!Abangg...kenapa?kenapa?''Dian yang terpinga-pinga bingkas mendapatkan suaminya.
''Adussh,ayang kenapa tumbuk abang?''
''Ha,mana yan sedar abang balik.Yang abang ni tiba-tiba dah ada kat sini kenapa?Bila abang balik?''
''Abang naik kapal terbanglah,risau tahu tak hati abang ni bila ayang cakap ayang tak sihat.''Dian membantu menggosok pipi suaminya yang sudah mulai lebam itu.
''Sakit ya.''
''Memanglah ingat apa,tangan ayang tu padat sangat tau tak.''
''Tu la yang abang balik tak bagi tahu dulu pasal apa dah tu pagi-pagi buta pulak tu,nasib baik yan tak bukak silat,kalau tidak malang betul nasib abang tu.''
''Ha,ayang pandai bersilat jugak ke?Kenapa dari awal dulu tak cakap kat abang?''
''Eh itu pun nak ambil tahu ke?''
''Eh,mestilah abang kan suami ayang.''Dian hanya menjeling sekilas suaminya lantas bangkit ingin keluar dari bilik.
''Nak ke mana tu?''
''Nak ambik aislah nak tuam muka abang tu.''Faizal yang masih kesakitan itu tersenyum melihat tingkah si isteri.
Sayang jugak yan kat abang,ya.Bisik hati kecilnya.Beberapa minit kemudian Dian muncul bersama mangkuk berisi ais di tangan.
''Kesian abang tak pasal-pasal kena penumbuk sulung dari yan.''Ujar Dian sambil tersenyum sinis.
''Oo..gelakkan abang,ya.''
''Taklah,yan tak gelak tapi tercuit hati tengok abang.Lain kali jangan suka buat kejutan dekat orang.Nilah padahnya kalau balik mengejut.Kerja abang dah habis ke?''
''Belum tapi dah tak banyak,abang dah serahkan dekat pembantu abang kat sana.Abang balik ni pun sebab risau kan ayang tahu tak,sampai tak tidur di buatnya.Dah la ayang tinggal sorang kat rumah ni.''
''La yang abang risau sangat kenapa,yan ok je la.''
''Abang risau takut ayang tu pitam ke pengsan ke sorang-sorang kat rumah ni macam mana?''Dian tersenyum senang hati.Baiknya laki aku ni.
''Senyum pulak dia,kita tengah sakit dia boleh senyum.''Sergah Faizal,tangannya segera mencubit pipi gebu isterinya itu.
''Adush,abang ni kalau sehari tak buat macam tu tak boleh ke?Sakit tau tak.''
''Siapa suruh yan senyum macam tu,sengaja nak ejek abang,kan.''
''Mana ada yan ejek yan cuma terharu saja sebab abang sudi balik untuk yan.''
''Abang buat macam tu sebab abang sayang yan tau tak dan lagi satu sebab...rinduu''
Sebaik berkata begitu Faizal terus menerkam si isteri.Bekas ais tadi terlepas dari tangan Dian begitu saja bila dirinya di dalam pelukan si suami.
''Abang!!''Seru Dian perlahan.
''Hmm...''
''Dah subuh ni,yan nak pergi kerja.''
''Hm...yalah.''Faizal melepaskan pelukan perlahan.Usai mandi mereka bersolat bersama.
''Ayang hari ni abang cuti ya,lepas hantar ayang ni abang balik tidur.''Jelas Faizal saat mereka berada di dalam kereta menuju ke pejabat.
''Ok,terima kasih ya sebab ambil berat pada yan.''
''Kalau abang tak ambil berat pasal ayang,abang nak ambil berat pada siapa lagi?''
''Tapi kasihan,sampai tak tidur abang di buatnya.''
''Tak pe demi isteri abang ni apa saja abang sanggup buat.Ayang dah ok ke pagi ni?Kepala tu sakit lagi tak?''
''Dah kurang malam tadi kan yan tidur awal.''
''Kalau tak elok jugak nanti kita pergi klinik ya.''
''Yalah.''
Selepas menghantar Dian ke pejabat Faizal pulang semula ke rumah.Tanpa menunggu lebih lama dia terus merehatkan badan.
Petang itu selepas habis kerja Lina mengajak Dian menemaninya membeli-belah.Dian cuba mendail nombor suaminya namun talian di sana tidak berjawab.Tidur lagi ke?Dah petang ni.Fikir Dian.Penyudahnya Dian menghantar mesej ke telefon suaminya.
''Kau ok ke ni,aku tengok moyok aje.''
''Ok,aku cuma risaukan Faizal dah petang ni takkan tak bangun lagi.Kang dia salah faham pulak kalau aku balik lambat.''
''Habis kau nak aku hantar kau balik,ke?Kita dah sampai ni. ''
''Tak apalah nanti aku cakap dengan dia mungkin dia penat sangat tu.''
Mereka segera masuk ke dalam pusat membeli-belah itu.Kedai demi kedai mereka jelajahi namun barang yang ingin di cari oleh Lina masih tidak ke temu.Cerewet juga kawan aku ni.Fikir Dian.Tiba di sebuah kedai mata Dia terpandang cermin kedai itu dan terbias wajah orang yang di risaukannya.Apa dia buat kat sini?Bukan dia sedang berehat kat rumah ke?Perempuan mana pulak dengan dia tu?
Lina telah masuk ke dalam kedai itu namun Dian masih di luar.Perlahan Dian kalih kepala ke belakang.Ternyata orang yang di pandang tadi memang suaminya.Jantung Dian berdebar semacam.Terasa kakinya bagai tidak dapat menampung badannya saat itu.Dian kaku di situ.Juring matanya terasa panas.
Janganlah airmata ni gugur saat ini.Ada pertanyaan di mindanya.Takkan dia sudah menduakan aku??
''La...yan kenapa kau tak masuk penat aku bercakap sorang-sorang.''Suara Lina mengejutkan Dian.Segera matanya memandang ke arah sahabatnya itu.
''Ha!Err...aku saja aje tengok baju ni cantik sangat.''Dalih Dian sambil menunjukkan baju yang terpamer di dalam cermin di tepi pintu masuk kedai itu.
''La... patutlah kau tak masuk,kalau kau suka beli aje la baju ni.''
''Tak apalah aku belum rasa nak beli lagi saja nak tengok dulu.''
''Hm...kau ni macam-macamlah.''
Lina meninggalkan Dian lantas masuk semula ke dalam kedai.Dia sudah mendapat barang yang di carinya.Manakala Dian di luar cuba memandang kembali kepada suaminya yang sedang berborak dengan perempuan itu.Siapa perempuan tu agaknya.Kekasih hati ke?Nampak mesra semacam.Dian memegang dadanya.Ada debaran yang maha hebat sedang memukul-mukul jantungnya tika itu.Ah,hati janganlah rasa ragu mungkin mereka cuma kawan saja.Dian cuba menenangkan hatinya sendiri.Dian memusingkan badan semula dan masuk ke dalam kedai itu.Malas dia hendak melayan perasaan yang sedang berkecamuk itu.
Setelah selesai membeli barang yang di perlukan Lina mengajak Dian pulang segera.Sesampai di rumah Dian terus masuk ke dapur untuk menyediakan makan malam.Selesai memasak Dian terus mandi dan mengerjakan solat maghrib.Lama dia berteleku di sejadah sehingga menjelang waktu isyak.Usai solat isyak Dian turun ke bawah untuk makan malam.Jam di dinding di pandang sekali lalu.Dah pukul sembilan kenapa tak balik lagi?Beberapa saat kemudian kedengaran bunyi kereta suaminya masuk keperkarangan rumah.Ha,baru ingat nak balik.Ingat tadi dah lupa jalan ke rumah.Dian membuka pintu untuk menyambut kepulangan suaminya.Walau di dalam hati terasa geram namun dia cuba memaniskan muka.
''Assalammualaikum ayang...''Salam di beri dengan senyuman manis sambil tangan kirinya di sorokkan ke belakang.Tangan kanannya pula di hulur buat isteri.
''Waalaikumussalam...''Jawab Dian sambil menyambut salam Faizal.
Senyuman Faizal di sambut dengan hambar.Masih terkenangkan adegan petang tadi.
''Abang dah makan ke?''Bibirnya pula lancar bertanya.
''Err...dah,makan dengan kawan.Maaf ya abang tak perasan ayang call,telefon tadi habis bateri abang lupa nak cas.Balik hantar ayang tadi abang terus tidur.Kawan abang call tadi pun pakai telefon rumah.Ayang marah,ke?''
''Taklah.''Elak Dian.Langkah di atur menuju ke dapur untuk mengisi perut.Faizal membuntuti dari belakang.
''Ayang,betul ni ayang tak marah abang?''Faizal masih menanyakan soalan yang sama.Risau bila melihat riak wajah isteri yang masam mencuka.
''Betul yan tak marah,yan cuma penat aje,dah la yan nak makan ni.''Faizal agak tersinggung mendengar kata-kata Dian itu.Muka dah masam macam tu takkan tak marah.Keluhan di lepaskan perlahan.
''Tak apalah abang tak kacau yan makan,abang naik mandi dulu.Ni untuk ayang.''Faizal meninggalkan bungkusan di atas meja.
Dian memandang hambar bungkusan itu.Dah pergi dating masih sempat beli barang untuk aku.Hmm...
Dian meneruskan makan malam tiada minat untuk melihat bungkusan yang di tinggal Faizal tadi.Usai makan malam Dian menonton televisyen di ruang tamu.
Beberapa minit kemudian Faizal turun dari tingkat atas.Santai dengan seluar pendek paras lututnya.Begitulah rutinnya bila di rumah.
Dian masih leka dengan tontonannya.Tiba-tiba rancangan yang di tonton bertukar siaran.Dian naik bengang dengan kelakuan suaminya.Suka hati dia saja nak tukar siaran.Dian bangkit hendak berlalu dari situ namun pergelangan tangannya di sabit pantas suaminya itu.Saat itu juga tubuh Dian jatuh terduduk di riba suaminya.Pandangan mereka bertaut.Ada debaran yang maha kuat pada jantung masing-masing.Jemari Faizal menyelak rambut yang terjuntai di wajah isterinya itu.
''Kenapa?''Bisiknya perlahan.
''Kenapa?''Bibir Dian kembali menuturkan pertanyaan suaminya.Ada kekeliruan di situ.
''Kenapa buat abang macam ni?''
''Yan buat apa?''
''Muka ni kenapa masam dari tadi?''Pipi Dian di tarik lembut.Dian cuba bangkit dari ribaan suaminya.Namun Faizal mengejapkan lagi pelukannya.
''Abang takkan lepas yan kalau yan tak bagi tahu kenapa.''
Dian rasa rimas di perlaku begitu.
''Abang boleh tanya yan kenapa sedang kan abang tahu apa yang abang buat petang tadi?''Faizal senyum meleret.
''Oo...ayang cemburu la ni.Jadi tadi ayang pergi shopping kat TJ la ya,kenapa tak tegur abang pun,boleh abang kenalkan dengan kawan abang.Mungkin ayang nampak abang tengah borak dengan isteri dia sebab kawan abang tu ada pergi ke tandas masa kami tengah berborak tu.''
Terkedu Dian seketika.Alamak takkan aku tersalah sangka pulak.Dian menundukkan muka.Malu pula rasanya kerana salah faham.
''Betul ke ni?''Soalnya untuk kepastian.
''Ya ayang takkan abang nak bohong sayang abang ni.''Terkebil-kebil Dian seketika.
''Maaf yan salah.''Tangan suaminya segera di capai lantas di kucup mesra.
''Lain kali tanya betul-betul jangan nak cemburu tak tentu pasal pulak.Abang takkan menduakan sayang abang ni.Susah payah abang nak dapatkan ayang tahu tak.''Dian tunduk memandang hujung kakinya sendiri.
''Ayang,pandanglah abang yang ayang tengok kaki sendiri tu buat apa?Muka abang ni tak hensem lagi ke?''Perlahan Dian mengangkat mukanya.
''Abang tak marah yan lagi ke?''
''Kenapa pulak abang nak marah?''
''Sebab yan cemburu tak tentu pasal.''Faizal tersenyum sambil mengusap wajah isterinya itu.
''Ayang tahu tak abang suka betul bila ayang cemburu,itu tandanya ayang betul-betul sayang pada abang.''
''Jadi abang ingat yan tak sayang abanglah?''
''Bukan macam tu cuma dalam hati abang ni kadang-kadang risau takut ayang tak dapat terima diri abang sepenuh hati ayang.Abang sedar siapa abang ni,muka dah la tak hensem,harta pun tak ada.''
''Mengada-ngadalah abang ni ingat yan terima abang sebab harta atau paras rupa saja ke?''
''Ya,abang tahu,tu sebab lama sangat nak terima lamaran abang.''
''Ayang masih teringatkan dia ke?''
''Kalau yan kata yan ingat abang nak buat apa?''
''Kalau yan cakap macam tu,abang nak buat macam ni.''
Terus saja wajah Dian di cumbu.Rimas Dian dengan kelakuan suaminya yang lepas laku itu.
''Eii...abang ni tak malulah.''
''Nak malu apa pulak kan kita dah sah,kalau boleh abang nak buat lebih dari tu,jom ayang kita ehem...ehem.''
''Apa yang ehem?''
''Dah tahu tanya pulak.''
Terus saja tubuh isterinya itu di cempung dan di bawa naik ke atas.Dian cuba meronta namun pegangan suaminya yang kejap tidak mampu di leraikan.Penyudahnya Dian membiarkan saja tindakan suaminya.Usah di larang kalau sudah begitu kehendaknya.
SESUCI CINTA DIAN 28
''Terima kasih sayang kerana memberikan abang kebahagiaan ini.Petang ni lepas balik kerja kita kemas barang ayang masuk bilik abang,ya?''
Ujar Faizal setelah mengucup-ubun-ubun si isteri seusai mereka mengerjakan solat subuh berjemaah tadi.Dian hanya menganggukkan kepala.Hatinya rasa terharu dengan gelagat si suami.
''Abang boleh janji sesuatu dengan yan?''
''Janji apa sayang?''Soal Faizal dengan wajah sedikit keliru.Tangan mereka masih lagi bertaut erat.
''Walau apa pun terjadi abang takkan sia-siakan diri yan.''
Faizal tersenyum saat mendengar bicara Dian itu.
''Yanlah isteri abang dunia dan akhirat.'' Balas Faizal bersama senyuman bahagia.Tangannya mengusap pipi isterinya dengan penuh kelembutan.
Setelah siap berpakaian kerja,Dian segera menyiapkan sarapan pagi.Tiada yang istimewa cuma roti bersalut kaya.Itulah rutin suaminya kalau pagi-pagi,tak mahu sarapan yang berat-berat takut mengantuk di tempat kerja kalau terlebih kenyang.
Dian ikutkan saja rentak hidup si suami.Faizal berjalan perlahan mendekati Dian yang leka dengan tugasnya.Cupp!
''Abang!!''Teriak Dian terkejut dengan tingkah Faizal.
Merah padam mukanya saat itu.Suka sangat Faizal memperlakukan isterinya seperti itu.
''He...he...kenapa marah,ke?"Acah Faizal sambil keningnya di naikkan tinggi.
''Abang suka buat yan macam ni,kan?''
''Ala...abang tak boleh tahan tengok pipi ayang yang gebu ni,rasa nak cium selalu.''Ujar Faizal sambil menarik pipi isterinya.
''Aduh sakitlah!''Dian mengosok pipinya sambil membuat muka cemberut.
''Sakit sangat,ke?''
''Taklah sedapp!''Ujar Dian geram.
''Alolo...janganlah marah,abang gurau je,pagi-pagi macam ni tak baik masam muka tau,pendek rezeki nanti.''Faizal cuba memujuk Dian.
''Sudahlah,duduk cepat karang lambat pergi kerja.''
''Baik cik puan hamba menurut perintah.''Faizal mengangkat tangannya tanda tabik hormat,sengaja ingin bergurau.
Dian membiarkan saja perangai suami yang terlebih riang pagi-pagi begini.Gembira sangat agaknya.Doa makan segera di baca Faizal dan di aminkan Dian.Mereka menjamah sarapan pagi tanpa banyak bicara lagi.
Petang itu seperti yang di janjikan Dian telah memindahkan barangnya ke bilik utama yang di huni Faizal.Waktu hendak memasukkan bajunya ke dalam almari Dian terpandangkan sejambak bunga yang sudah layu.Tangannya mencapai bunga itu.Mana datangnya bunga ni?Rasanya masa aku masuk bilik ni hari tu tak ada pun bunga ni?Pintu bilik air terbuka perlahan.Terpacul wajah Faizal yang sedang bertuala dan mengelap rambutnya.
''Apa ni bang?''Soal Dian bersama kerutan di dahi.
''Oh,bunga ni.Hari tu abang fikir nak bagi dekat ayang tapi...''Kata-kata Faizal terhenti bersama pandangan yang penuh bererti.
''Bila masa pulak abang beli?''
''Hari pertama kita masuk rumah ni,masa tu patutnya abang ambil beg kat dalam kereta tapi hati abang ni terfikir nak hadiahkan sesuatu pada ayang jadi abang keluar kejap cari bunga ni tapi ayang pulak tak mahu duduk sebilik dengan abang tu sebab abang tak jadi nak bagi bunga ni.''
''Maafkan yan.''Dian tertunduk sayu hatinya terasa bersalah.
''Sudahlah tu tak payah nak sedih lagi,abang dah maafkan ayang pun.Kita buka lembaran baru,ya.Mulai hari ni kita mesti berjanji untuk setia antara satu sama lain,ok.''Ujar Faizal cuba memujuk isteri yang kesayuan.
Dian hanya mampu menganggukkan kepala tanda bersetuju.
Pagi minggu itu Faizal bersiap-siap hendak ke gelanggang futsal.Awal-awal lagi Dian sudah di beritahu tentang itu bahkan Faizal mengajak Dian untuk menemaninya namun Dian menolak dengan alasan ingin mengemas rumah.
''Betul ke ayang tak nak ikut abang hari ni?''
Wajah Dian di pandang untuk mendapatkan kepastian sambil tangan Faizal mencapai baju dari dalam almari.
''Betul!''
''Ala,kan elok kalau ayang ada,abang ada penyokong,baru semangat nak main.''
''Hai,bukan selama ni abang main jugak walau yan tak ada.''
''Memanglah tapi itu dulu sekarang lain,abang dah ada penyokong kuat jadi abang nak tunjuk kat kawan-kawan abang jugak.''
''Hmm...ada-ada saja abang ni.''
Mendatar suara Dian sambil menjeling suaminya manja.Tangannya sedang ligat mengemaskan katil.
''Kalau macam tu abang pergi dululah.Masak sedap-sedap ya tengahari ni.''
Sebuah kucupan hinggap di ubun-ubun Dian sebagai tanda sayang si suami.
Sempat pula pipinya di tarik Faizal sebelum dia berlari meninggalkan Dian di situ.
Dian cuma mampu membuntangkan mata dengan kerenah suaminya.
Hari-hari kena tarik pipi memang kembang jugak pipi aku ni nanti hmm...
Selesai dia mengemaskan rumah,Dian segera turun ke dapur untuk mula memasak hidangan tengahari.Berhempas pulas Dian menyediakan masakan demi memenuhi permintaan suaminya yang teringin makan rendang daging.Macam orang mengidam pulak laki aku ni.
Sudah hampir tengahari kedengaran bunyi kereta Faizal memasuki halaman rumah.
Setelah memarkir keretanya Faizal terus mengambil sesuatu di tempat duduk belakang.Dia segera menyorokkan benda itu di belakang badannya.Pintu besar rumah itu di buka dengan kuncinya sendiri sambil melaungkan salam.
Salamnya di jawab Dian dari dapur.Isterinya itu sedang leka mencuci pinggan.Cupp!Dian yang terkejut cuma mampu menarik nafas panjang.
''Ish...suka betul buat orang terkejutlah.''Sungut Dian tanpa memandang si suami.Tangannya masih ligat mencuci.Tiba-tiba pandangannya di tutup oleh sejambak bunga mawar merah.Serta-merta Dian berhenti mencuci.
''Apa ni?''Dian menyoal sambil memandang suaminya.
''Hai,bunga pun tak kenal.Ambiklah untuk ayang ni.''Hulur Faizal bersama hati yang berharap.Dian mengambil bunga itu bersama senyuman.
''Terima kasih tapi kenapa abang bagi yan?''
''Saja je,nak gantikan yang tak jadi tu.Suka tak?''
''Suka tapii...''
''Tak payah tapi-tapi lagi abang tak suka ayang cakap macam tu.''
''Hm...yalah,yalah...cuma lainkali jangan nak membazir lagi kalau selalu sangat abang beli bunga rumah ni boleh buat kedai bunga pulak nanti.''
''Ayang,abang beli bunga ni sebagai tanda sayang abang pada ayang takkan tu pun nak kira membazir.''Tegas Faizal.Ada saja jawabnya kalau kita bercakap.Getus hati kecil Dian.
Bunga di letakkan di atas meja dan dia meneruskan tugas yang tergendala tadi.Faizal menjenguk ke dalam kuali yang berisi rendang.Seleranya bangkit serta-merta.Cepat tangannya mencapai seketul rendang itu.
''Emm...sedapnya.''
''Abang kalau ya pun lapar tunggulah yan hidang dulu.''
''Perut abang tak tahan bila tengok rendang ni.''
Dian segera menyedukkan lauk itu ke dalam mangkuk,kemudian dia mengambil nasi pula.
''Dah duduk sini cepat.Perangai macam budak kecik.''Sungut Dian perlahan.
''Ayang tak baik leterkan suami tau.''Dian tidak menjawab kata-kata suaminya.
Nasi di isi ke dalam pinggan.Faizal segera membaca doa makan dan memulakan suapan.Suapan demi suapan memenuhi rongga kerongkongnya sehingga Faizal tersandar kekenyangan.Mana tidaknya dua pinggan nasi telah di telannya.Dian hanya memandang gelagat Faizal yang khusyuk sangat makan sehingga dirinya di sebelah tidak di pandang lagi.
''Abang ni kenapa kuat sangat makan sejak dua tiga hari ni?''
''Entahlah ayang masak sedap sangat agaknya bertuah betul abang dapat isteri yang pandai memasak ni,nampaknya perut abang ni tak lama lagi ke depanlah jawabnya.
''Nasib baik yan tak masak setiap hari kalau tak badan abang tu macam badutlah jawabnya.''
''Ha!Apa ayang cakap,sampai hati ayang cakap suami ayang ni badut.''
''Yan kata kalau...''
''Yalah badut pun badutlah suami ayang jugak kan.''
Faizal bangun sambil mencubit pipi isterinya,lantas dia ke ruangtamu untuk menonton televisyen.Dian menyudahkan mengemas meja makan.Pinggan kotor di bawa ke sinki.
Selesai mengemaskan dapur Dian segera mengambil buah epal yang telah di potong dari dalam peti sejuk dan membawanya ke depan.Mangkuk berisi buah itu di letakkan di atas meja kopi lantas Dian duduk di sisi suaminya.Sepotong buah epal di hulur kepada Faizal.
''Suapkan abang.''Pinta Faizal sambil matanya masih terarah ke peti televisyen.
''Ish,dah tua bangka pun nak manja lagi.''
''Dengan sapa lagi abang nak manja kalau bukan ayang.''Dian menyuapkan juga buah itu ke mulut suaminya.Malas nak panjangkan cerita.
''Ayang petang ni kita pergi rumah ibu ya,tadi ibu telefon suruh kita balik.''
''Ok,tapi kenapa ibu suruh balik pulak ada hal penting,ke?''
''Entahlah abang pun tak tahu.''Ujar Faizal sambil terbaring di atas riba isterinya.Sengaja ingin bermanja.
''Abang,kepala abang ni berat tau tak.''
''Ala,bukan berat mana pun,ayang sengaja cakap macam tu kan?''
''Memang,dah bangunlah dah masuk waktu ni yan nak solat.''Ujar Dian sambil menolak kepala suaminya perlahan.
''Ok,kita solat sama jom.''Ajak Faizal sambil menarik tangan Dian.
Dian tersenyum sewaktu tangannya di tarik masuk ke bilik solat.Bertuah rasa diri kerana di kurniakan suami yang tidak melupakan ajaran ILAHI.Selalu juga suaminya mengajak dia bertadarus bersama seandainya ada masa lapang.
Petang itu juga mereka telah pulang ke rumah orangtua Faizal.Rupanya abang sulung Faizal telah mempunyai agenda untuk memperkenalkan bakal isterinya kepada keluarga jadi itu sebabnya mereka di suruh berkumpul di situ.Perbincangan telah di adakan untuk menghantar rombongan meminang.Dalam tempuh tiga bulan sebuah majlis perkahwinan bakal berlangsung di rumah itu lagi.
Thursday, August 7, 2014
SESUCI CINTA DIAN 27
Geli geleman rasa telinganya macam ada sesuatu yang masuk.Dian menepis dengan tangan.Berhenti sekejap rasa itu.Tapi tak lama rasa geli itu datang kembali.
"Eii...apa benda ni pergilah kacau orang tidur aje."
Tangannya menepis kuat benda yang mengganggu tidurnya.Matanya pula tetap tertutup rapat.Kedengaran ketawa yang cuba di tahan oleh sang pengacau.
Dian mula dapat menangkap bunyi itu dan cuba membuka matanya yang kelat.
''Apa pulak bunyi tu,takkan hantu kot,aku dah la duduk sorang dalam rumah ni.''Dian bersuara perlahan.
Risau memikirkan kemungkinan yang satu itu.Maklumlah rumah ni belum ada sesiapa yang duduk.Dengan kedudukan mengiring Dian mengalih posisi tidurnya.
''Waa...!!Wajah Faizal menyergah tiba-tiba.
''Aaa...!!Dian bingkas bangun dengan serta-merta namun dia terjatuh ke bawah katil.
''Aduh!!Sakitnya...''
Dian menggosok-gosok punggungnya yang kesakitan.Dah macam nangka busuk dia jatuh,semuanya gara-gara terkejut.
''Ayang...ayang...ok ke?''Suara Faizal yang cemas menyapa Dian yang sedang mengerang.
''Kenapa abang buat yan macam ni sakitlah.''
Dian tidak dapat menahan airmatanya kerana sakit yang teramat.
''Abang minta maaf bukan sengaja nak buat ayang jatuh,jangan marah,ya.''
Faizal membantu Dian bangun dan memapah Dian naik ke katil semula.
Tubuh Dian yang baring mengiring di dekati namun Dian menepis tangan suaminya.Merajuk.
''Kalau sakit sangat kita pergi klinik nak?''Pujuk Faizal perlahan.
Dian buat muka cemberut.Wajah suaminya pun tidak mahu di pandang.
''Ayang,janganlah macam ni abang minta maaf,abang janji lain kali abang tak buat lagi.''Faizal mengangkat tangan tanda berikrar.
Dian memejamkan mata,malas melayan suaminya yang beria-ia memujuk.Mati akal Faizal dengan perangai Dian yang berdiam diri.Marah sangatlah tu.Faizal menggaru-garu kepala.Bingung kerana gagal memujuk isterinya.Faizal turun dari katil dan keluar dari bilik itu.
Dian membuka mata perlahan.Hmm...baru tahu macam mana aku kalau marah.Adush...sakitnya punggung ni.Dian kembali menggosok-gosok punggungnya yang masih terasa sakit.
Faizal tercari-cari di dalam laci itu namun masih belum berjumpa.Mana pulak benda ni,bila aku nak tak ada pulak tapi kalau aku tak mahu ada saja.Naik bengis hati Faizal bila benda yang di cari masih tidak ketemu.Matanya terpandang laci yang paling atas.mungkin kat situ kot?
Faizal membuka laci tersebut.Ha,kat sini kau patut aku cari tak jumpa.Macam mana pulak boleh ada kat sini?Bila masa aku letak kat sini?Ah,biarlah baik aku bagi dia cepat karang melarat pulak sakit dia.
Faizal mengambil air suam dari dalam cerek eletrik.Kemudian ubat dan air itu di bawa masuk ke dalam bilik.Tanpa mengetuk pintu dahulu,Faizal terus masuk.
Hampir terjojol biji mata Faizal bila melihat pemandangan indah di depan matanya.Seksinya isteri aku ni.
Gelas yang di pegangnya hampir terlepas namun kemudian dia tersenyum nakal.Jiwa lelakinya sedikit bergelora namun dia cuba mengawalnya.
''Apa abang buat kat sini?''Soal Dian cuba mencapai selimut dan menutup kembali dadanya yang terdedah.
Dia terundur sedikit ke belakang dengan kaki yang sedikit terdengkit menahan punggung yang masih terasa sengal.
''Ayang baru lepas mandi,ke?''Soal Faizal walau dia sudah tahu jawapannya.
''Err...a'ah.''Jawab Dian bersahaja,masih cuba mengawal rasa terkejut tadi.Faizal senyum lagi.
''Abang nak apa?''
''Tak ada apa.''
Dengan selamba Faizal berjalan ke arah Dian dengan sengihan nakal.Dian menjadi takut dengan tingkah Faizal itu.Apa dia nak buat ni,takkan siang-siang ni dia nak mintak hak dia?
''Nah!''Gelas di hulur bersama ubat.
''Erk...tak payahlah sakit sikit aje.''Dian cuba menolak.Faizal mengeluh,
''Jangan macam ni,abang penat cari ubat ni tadi,karang kalau melarat sakit tu macam mana?''Ujar Faizal dengan nada sedikit kecewa.
Dian memandang gelas yang di hulur,teragak-agak hendak menyambutnya.
''Err...yan ada wuduk,letak kat situlah nanti lepas solat yan makan ubat tu.''
Tunjuk Dian ke arah almari solek.Faizal pandang jam di dinding dah masuk waktu zohor.
''Tunggu abanglah kita solat sama.''Ujar Faizal sambil meletakkan gelas dan ubat di atas almari itu.
''Tapi ayang boleh solat macam biasa ke,punggung tu sakit lagi,kan?''
''Tak apa yan solat perlahan-lahan.''
''Oo..ok...kalau macam tu tunggu abanglah,nak ambik wuduk kejap.''Ujar Faizal segera berlalu ke bilik air.
Dian angguk perlahan.Dia segera memakai baju saat suaminya berada di dalam bilik air.Telekung di dalam beg di keluarkan dan segera di pakai.Faizal keluar setelah siap berwuduk.
''Ala,kain abang kat bilik sebelah,kejaplah abang pergi ambik.''
Dian tersenyum saat melihat suaminya yang kalut sekejap.Belum tua dah pelupa tu la gelojoh sangat.
Setelah Faizal masuk semula berkain pelekat,mereka segera melaksanakan solat berjemaah.Usai solat Faizal merenung isterinya yang sedang melipat telekung.
''Ayang,kalau abang tanya sikit boleh tak?''
Dian mengangkat muka memandang suaminya.Rajuk yang sekejap tadi sudah di lupakan begitu saja.
''Tanya pasal apa?''Tanya Dian dengan dahi berkerut.
''Emm...''Teragak-agak Faizal hendak membuka mulut.
''Abang nak tanya pasal apa?''Sergah Dian bila suaminya hanya mendiamkan diri.
''Ayang nak duduk bilik ni,ke?''Terlepas juga soalan yang bermain di minda Faizal.
Dian kaget.Apa nak jawab ni?Dian kelu tidak tahu hendak berkata apa.
Faizal merenung isterinya.susah sangat nak jawab,mesti dia dah pilih nak duduk sini.
Hati!Redha aje la,kalau kuat jodoh kau dan dia pasti suatu hari nanti kami akan bersatu jua.Faizal cuba ukir senyum.Tubuh Dian di dekati,pipi itu di usap lembut lantas di hadiahkan kucupan di ubun-ubun isterinya itu.
''Kalau ayang dah buat keputusan nak duduk bilik ni,abang izinkan,ambiklah berapa lama masa yang ayang perlukan untuk berfikir,abang akan tunggu tak kira berapa lama pun.''
Ujar Faizal perlahan bersama sendu yang cuba di tahan.
Selepas itu dia mengundurkan diri dari bilik itu.Cuba di tahan kesayuan hatinya.
Dian hanya menundukkan muka,tidak tahu hendak berbuat apa-apa.Perasaannya berbelah bahagi.Selama mana dia akan bersikap begini,dia sendiri pun tidak pasti.Mengapa hatinya masih terlalu sukar untuk menyayangi lelaki itu?Betul ke aku tak ada perasaan langsung untuknya?Maafkan yan abang.berilah yan masa untuk yan kenali hati yan sendiri.
Setelah bercuti seminggu mereka kembali bekerja semula.Kawan-kawan
sepejabat ramai yang mengucapkan tahniah kepada mereka walau mereka sudah bertemu sewaktu di majlis perkahwinan tempohari.
Dian masih membuat tugasan yang sama seperti sebelum dia berkahwin walau Faizal pernah menawarkan dia jawatan lain.Baginya cukuplah tugasan yang sedia ada,Dian sudah bersyukur.
Petang itu Faizal bermesyuarat di luar jadi Dian terpaksa pulang bersama Lina.
Mujur saja jalan pulang mereka sehala.Setiba di rumah Dian terus ke dapur memasak makan malam untuk mereka berdua.
Selesai memasak Dian terus membersihkan diri dan berteleku di sejadah sehingga ke waktu Isyak.Usai solat Dian turun ke bawah untuk menyediakan makan malam.Matanya meliar melihat jam di dinding.Dah dekat pukul sembilan malam mana dia ni.Dian duduk menanti di meja makan.Nak makan dulu ke nak tunggu dia?Perut dah lapar ni.Beberapa saat Dian terdengar bunyi kereta memasuki perkarangan rumah.
Selepas itu pintu besar terbuka dan terpacul wajah Faizal di situ.Faizal memberi salam dan di jawab perlahan oleh Dian.Dian bangun dan berjalan mendekati suaminya.Beg di tangan Faizal di capai dan segera tangan suaminya itu di kucup.
''Lambat balik abang dah makan ke?''
''Dah,makan dengan klien tadi.''Selamba Faizal berkata sambil menonong masuk ke bilik.
Sampai hati dia makan kat luar,aku penat-penat masak.Dian melepas nafas panjang.Tak apalah salah aku jugak tak tanya dulu dia nak makan kat rumah ke tidak.Dian membawa beg kerja Faizal masuk ke bilik dan meletakkannya di sofa.
Faizal sudah meloloskan diri di dalam bilik air.Dian segera ke dapur semula untuk makan malam.Walau pun hati rasa terguris namun di keraskan juga takkan bersedih cuma kerana tidak dapat makan bersama suaminya.
Makan malam seorang diri,terasa kekurangan di situ.Aku dah pilih jalan ni jadi aku tak boleh salahkan dia kalau dia melayan aku dengan dingin.Aku sendiri sudah keraskan hati tak mahu terima dia dengan mudah.Entah kenapa jauh di sudut hatinya terasa sebak.
Dian cuba menahan rasa itu.Ah,jangan melayan sangat perasaan nanti perut aku juga yang kebulur.Bersyukurlah kerana ada tempat untuk menumpang teduh.Hati...janganlah kau mintak apa-apa lagi.
Faizal keluar dari bilik setelah membersihkan diri dan bersolat isyak.Hati rasa bersalah kerana tidak memaklumkan dahulu kepada isterinya yang dia makan di luar.Dia bersandar di tepi dinding yang memisahkan ruang tamu dan dapur.Kelibat isterinya di lihat sedang menyuap nasi dengan wajah yang murung.Sedih sangatlah tu.Hmm...sampai bila kita akan jadi macam ni?
Kau kan nak bagi dia ruang jadi janganlah mengeluh pulak.Jangan mendesak dia.Suara hati Faizal bergema mengingatkan diri.Faizal mendekati meja makan dan duduk di sebelah Dian.Dian masih tidak menyedari suaminya yang berada di situ.
''Assalammualaikum...''Ucap Faizal cuba menegur lamunan si isteri.
''Ha!!Waalaikummussalam...abang ni buat terkejut yan aje.''Jawab Dian sambil memegang dadanya.Terkejut dengan sapaan si suami.
''Jauh sangat menung fikirkan apa?''
''Mana ada fikir apa,yan kan tengah makan ni.''
Dalih Dian cuba mengelakkan tingkahnya dari dapat di kesan walau pun Faizal memang sudah menyedarinya sejak tadi.
''Ambikkan abang pinggan tiba-tiba lapar pulak perut tengok lauk ni.''Pinta Faizal sambil menggosok-gosokkan perutnya.
Seleranya datang kembali bila melihat lauk yang terpampang di depan mata.
''Ha...bukan abang dah makan,ke tadi?''
''Memanglah tapi dah lapar baliklah tengok lauk ni.Cepatlah ambikkan pinggan abang dah lapar ni''Rengek Faizal sengaja memanjakan suaranya.
Dah macam anak kecil pulak perangainya.Dian tercuit hati melihatnya namun dia akur dan bangun mengambil pinggan di tepi singki.
Setelah nasi terisi di pinggan,Faizal segera menyeduk lauk.Doa makan di baca dan segera dia mula menyuap makan.Dah macam orang sepuluh hari tak makan aje,tadi kata dah makan kat luar tapi boleh pulak masuk lagi perut tu.Kuat makan betul laki aku ni.Getus hati kecil Dian.
''Yang ayang ni pandang-pandang abang kenapa?''
''Betul ke abang dah makan kat luar?''Terkeluar juga pertanyaan yang sarat di mindanya tadi.
''He...he...sebenarnya abang makan pasta aje,tu pun makan sikit,tak selera maklumlah perut ni dah biasa makan nasi.''
Hmm...patutlah macam orang kebulur aje,perut melayu nak di ajar makan orang putih manalah sama.Dian tersenyum sambil meneruskan makan.
''Kenapa ayang senyum,perli abanglah tu?''
''Bila pulak yan perli abang?''
''Dah tu senyum-senyum tu kenapa?''
''Tak ada apalah,habiskanlah cepat nasi abang tu,yan nak basuh pinggan,ni.''
''La,bila masa pulak ayang habis ni.''
''Tu la sapa suruh abang berangan?''
''Mana ada abang berangan,ayang tu yang makan sikit sangat,tambahlah lagi.''
''Eh,tak naklah,yan dah kenyang.''
Faizal mengeluh perlahan.Walau pun Dian itu pendiam orangnya namun isterinya itu ada kedegilannya.Selesai menikmati makan malam,Faizal segera naik ke bilik untuk menyelesaikan kerja pejabatnya.Dian pula mencuci pinggan dan mengemaskan dapur.Selesai kerjanya di dapur Dian segera naik ke bilik.
Tengahari itu Dian makan bersama Lina di kedai berdekatan kerana Faizal bermesyuarat di luar.
''Makin sibuk laki kau sekarang lepas balik dari bercuti ni,ya?''Tegur Lina waktu mereka sedang menjamu selera.
''Entahlah,aku tak tahu apa yang dia sibukkan sangat,projek dengan syarikat MEGA tu dah nak siap dah,tak tahulah kalau dia ada projek baru.''
''Mungkin ada projek yang baru masuk kot cuma kau aje yang tak tahu lagi.''Ujar Lina.
''Mungkinlah agaknya.''Dian mengiakan saja kata-kata Lina itu.
''Cepatlah makan lepas ni kita naik aku punya laporan tak siap lagi ni.''Gesa Lina.
''Ok.''
Mereka segera membuat pembayaran dan naik semula ke pejabat.Dian segera ke surau manakala Lina yang bercuti terus saja masuk ke biliknya.Hari demi hari Dian merasakan keanehan dengan sikap suaminya yang kian sibuk bermesyuarat di luar.Pelik juga Dian entah apa projek yang di lakukan oleh suaminya di luar sana.
Malam itu Dian keseorangan lagi kerana Faizal masih belum pulang lagi.Ada beberapa kali Dian ingin menyatakan kegusaran hatinya namun desakan hati kecilnya membuatkan dia menangguhkan saja hasratnya itu.
Usai makan malam Dian menonton televisyen di ruangtamu.Hajat hati ingin menunggu kepulangan si suami.Hampir lewat malam baru Faizal sampai di rumah.Waktu itu Dian tertidur di sofa.
''Kenapa tidur kat sini?''Tanya Faizal saat mengejutkan Dian.
''Emm...tunggu abang baliklah.''Ujar Dian sambil menggeliat perlahan.
''La,kan abang dah cakap siang tadi abang balik lambat,ayang tak ingat ke?''
Dian ukir senyum segaris.
''Yan ingat saja yan nak tunggu jugak.''
Faizal melepaskan nafas berat.Ayang memang isteri yang baik cuma...
Wajah Dian di renung penuh kerinduan.Ada sesuatu yang kekurangan dengan kita.Wajah itu di usap lembut.Dian pelik dengan sikap suaminya itu.
''Abang ni kenapa?''Soal Dian keliru.
Mati lamunan Faizal yang tidak seberapa itu.
''Err...tak...ada apa-apa,mari kita naik.''
Dalih Faizal cuba tidak membuatkan Dian menyedari rasa gundah yang sedang berperang di jiwanya.Tangan Dian di pimpin untuk naik ke bilik.Setelah menghantar Dian di pintu bilik,Faizal segera masuk ke biliknya sendiri.
Hari ini Faizal pulang awal dari biasa.Dia sedar sudah beberapa ketika dia asyik pulang lewat sehingga mengabaikan isterinya.Mujur saja mesyuarat dengan sahabatnya tadi di batalkan di saat-saat akhir.Dian terkejut melihat suaminya sudah berada di depan pintu utama menjelang waktu maghrib itu.
''Bukan abang ada mesyuarat ke hari ni?''Soal Dian dengan wajah keliru.
''Di batalkan.''Selamba Faizal menjawab sambil tersengih.Hati Dian rasa gembira dengan kepulangan suaminya itu.
''Senyum nampak,sukalah tu.''Sakat Faizal.
''Mana ada.''Dalih Dian walau di dalam hatinya memang berperasaan begitu.
''Maafkan abang sebab semenjak dua menjak ni abang asyik sibuk aje sampai tak ada masa untuk ayang.''Ujar Faizal sambil menarik tangan Dian menuju ke sofa.
''Tak apalah bang,yan tahu abang sibuk.''
Faizal merapatkan kepala ke bahu isterinya,sengaja ingin mencipta kemesraan.Dian membiarkan saja gelagat suaminya itu.
''Abang dah makan ke?''Tanya Dian namun di jawab dengan gelengan oleh Faizal.
''Pergilah mandi dulu lepas tu solat dah masuk waktu ni.''Ujar Dian sambil menolak kepala suaminya yang memberat di bahunya.
''Baiklah cik puan!Jom,teman abang mandi sekali.''Balas Faizal sambil menarik tangan Dian.
''Eh,yan dah mandilah.''
''Kalau macam tu kita jemaah sekalilah,dah lama kita tak solat sama,kan.''Dian angguk saja.
Kaki melangkah mengikut langkah suaminya.Usai solat mereka menikmati makan malam bersama.Sempat Faizal memuji masakan Dian sewaktu mereka menjamu selera.Selepas makan Faizal naik ke bilik untuk menyiapkan kerjanya.Dian masih di bawah mengemaskan dapur.Selesai kerjanya Dian menonton di ruangtamu.
Saluran demi saluran Dian buka namun tiada yang menarik minatnya.Terus dia menutup televisyen itu.Dian pandang sekeliling.Rumah itu terasa sepi sekali.Matanya terarah ke tingkat atas,ke bilik suaminya.Sibuk memanjang aje.Aku kat sini dah macam tunggul aje.Dian bangun ingin mengambil angin luar.Pintu utama di buka dan punggung di labuhkan di bangku yang terletak di tepi rumah.
Dingin malam ini membuatkan hati Dian terasa sesuatu.Alangkah bagusnya andai malam ini dapat di nikmati dengan seseorang yang di sayangi,namun dirinya bukan seperti itu.Siapakah yang dia sayang?Siapa yang mampu memberikan dia kasih sayang.Suaminyakah?
Bukankah dia sudah menunjukkan kasih sayangnya kepada kau cuma kau saja yang tidak mahu menerima dia.Kata hatinya berkata sendiri.
Aku takut,terlalu takut!Macam mana kalau dia tiba-tiba beralih arah?Kau terlalu mencurigai dia Dian.Buang perasaan itu kalau mahu rumahtangga yang kau bina ini bertahan lama.
Bolehkah aku lakukan begitu?Sudah tentu boleh.Dia suami kau,wajib kau taati dirinya kalau inginkan syurga.Kata hati masih berlegar-legar memukul-mukul benak fikiran.Dia terlalu baik untukku.Mampukah aku menyintainya sepenuh hati?Dian meraup wajah bersama keluhan panjang.
Tiba-tiba sebuah mug di sua di depan matanya.Dian mengurut dada kerana terkejut.
''Abang ni kenapa suka buat yan terkejut?''Mug di tangan Faizal di sambut sambil bersungut.
Faizal tersenyum sambil melabuhkan punggung di sisi Dian.Dekat sekali bagai hendak di peluk tubuh kecil itu.
''Kenapa ayang termenung kat sini?Tak sejuk,ke?''Dalam samar malam itu wajah Dian di renung.
''Mata tak ngantuk lagi.''Jawab Dian selamba.
''Esokkan nak kerja tak elok tidur lambat.''Tegur Faizal pula.Dian menghirup air di dalam mug itu.
''Pandai abang buat air.''
''Jangan nak lencong cerita ya,abang tanya lain ayang jawab lain.''Dian tersengih sengaja buat muka.
''Yang abang tu kenapa tak tidur lagi?''
''Abang siapkan kerja abang la sayang.''
Dian hanya mendiamkan diri bila suaminya berkata begitu.
''Jom,kita tidur.''Ajak Faizal tiba-tiba.Dian terkedu seketika.
''Erk,abang tidurlah dulu nanti yan naik.''
Faizal tersenyum sumbing tahu sangat alasan yang akan di beri oleh isterinya itu.
''Dah jangan nak ngelat lagi,kalau abang kata tidur tu jom aje la.''
Adush,dia ni nak ajak aku masuk bilik dia ke?Macam mana ni?Faizal menarik tangan Dian masuk ke dalam rumah.Dian pula hanya terpinga-pinga.
''Ambil mug ni pergi letak dalam singki,abang tunggu.''
Dian akur saja dengan arahan suaminya.Setelah membuat apa yang di suruh Dian kembali mendapatkan suaminya.Tangan Dian di genggam erat.Tangga di daki menuju ke bilik tidur.Pintu bilik Dian di buka dan debaran jantung Dian semakin hebat.
''A...abang nak buat apa ni?''
Faizal tidak menjawab tetapi menarik tangan Dian menuju ke katil.Tubuh Dian di baringkan.Selimut di tarik sehingga ke paras dada.
''Lain kali jangan suka berjaga malam,kalau ayang sakit nanti siapa yang susah abang jugak,kan?Tolong dengar cakap suami ayang ni,boleh?''Ubun-ubun Dian di kucup perlahan.
''Abang sayang ayang selamanya,ingat tu.''Tegas Faizal sambil mencuit hidung Dian lembut.
Kemudian Faizal bangun meninggalkan Dian keseorangan.Fuh,leganya dia tak buat yang bukan-bukan.Tapi kenapa hatiku rasa semacam?Berbolak balik hati Dian dengan apa yang di rasa.
Kau inginkan syurga,kan jadi taatilah suami mu.Bukankah redha suami maknanya redhalah ALLAH S.W.T kepada kau.Kata-kata itu bergema di dalam mindanya.Dian bangun menyandar di kepala katil.
''Abang sayang ayang selamanya,ingat tu.''Kata-kata Faizal itu bergema lagi.
Dian terasa sesak nafasnya.Sesak dengan rasa bersalah kerana menidakkan hak kepada yang berhak.
YA ALLAH,aku berdosa kepada suamiku.Ampunilah aku YA ALLAH!Abang,yan berdosa pada abang.Jiwanya terasa sebak.Dian terasa gelisah.Andai saja perasaan ini mampu untuk di luah.Dian bangun menuju ke balkoni.Tanpa sedar kelibat suaminya turut berada di balkoni sebelah.Mutiara jernih yang bertakung di pelupuk mata kini jatuh membasahi ke pipi.Dian cuba menahan sebak namun hatinya kian di himpit sayu.
Mengapa ada perasaan seperti ini?Mengapa malam ini perasaannya lain benar?Sepi benar rasa jiwanya.Bagaimana hendak di luah perasaan yang kian berkecamuk ini?Makin lebat airmatanya luruh sehingga terhinjut-hinjut tubuh kecilnya.Dian tidak mampu lagi menahan beban perasaannya itu sehingga dia terduduk di tepi balkoni sambil memegang lutut.Ampunkan aku YA ALLAH!Aku berdosa YA ALLAH!Faizal yang melihat gelagat isterinya itu bergegas keluar dari bilik menuju ke bilik yang di huni Dian.
''Ayang!Kenapa ni?Menangis teruk sangat ni pasal apa?''
Soal Faizal dalam gelabah.Dian panggung wajah memandang suaminya.
''Maafkan,yan...yan salah pada abang,yan cuba menidakkan hak abang.Ampunkan yan.''
Tangan Faizal di kucup bertalu-talu.Tiada lagi perasaan malu,segalanya menjadi jelas di bibirnya.Dian terus memeluk suaminya.Faizal terkedu seketika namun kemudian dia turut membalas pelukan isterinya itu.Untuk seketika mereka hanyut dengan perasaan masing-masing.Setelah itu Faizal menarik isterinya menuju ke katil.Dian tidak menolak bahkan bagai pak turut mengikut saja langkah suaminya.
''Kenapa ayang macam ni?Ayang dah fikir masak-masak,ke?Sekelip mata boleh berubah?''
''Yan tahu yan salah,yan cuma nak baiki kesilapan yan,yan tak nak jadi isteri derhaka.maafkan,yan.''
Tangan suaminya di kucup lagi.Airmata isterinya di kesat dengan hujung jari.
Faizal terharu dengan apa yang di luah oleh Dian.Wajah ayu itu di renung mesra.
''Abang maafkan yan,yan tahu tak inilah saat yang abang tunggu-tunggu,mungkin ALLAH sudah makbulkan doa abang.Terima kasih sayang sebab sudi terima abang.''Sebaik berkata begitu Faizal mengucup wajah kesayangannya itu.
Pelukan mereka semakin erat.Dian merelakan segalanya.Tiada lagi syak wasangka yang membelenggu perasaannya.Malam itu akhirnya menyaksikan dua hati menjadi satu.Malam itu akhirnya melengkapkan sebuah kasih dan sayang.Untuk pertama kalinya Dian berserah kepada ILAHI,moga kasih yang baru terjalin ini akan di rahmati sehingga ke hujung nyawa.
Tuesday, June 10, 2014
SESUCI CINTA DIAN 26
Perjalanan mereka sudah melewati satu jam,sebentar lagi kereta yang di pandu Faizal akan tiba di tempat yang sepatutnya.Setelah pulang dari kampung Dian,Faizal telah berhasrat ingin membuat kejutan untuk isterinya itu.Dian di sebelah di kerling bersama sebuah senyuman.Dian tidak bersuara sejak masuk ke dalam kereta.Fikirannya sarat dengan agenda yang di buat oleh suaminya di sebelah.Dia bukan hendak jadi isteri derhaka dan tidak sanggup juga untuk berserah bulat-bulat.
''Ayang malam tadi tidur berdengkur,ya sampai abang nak usik pun tak sanggup tapi pastikan malam ni ayang jangan tidur dulu tau,kita nak berbulan madu ni.''
Gerun sungguh gerun dengan ayat menyakat yang di bisikkan si suami sebelum mereka keluar tadi.Ish,ada ke patut dia kata aku berdengkur.Tapi betul ke aku tidur macam tu?
Fikiran Dian tidak dapat mengelak dari memikirkan perkara yang satu itu.
Kereta yang di pandu Faizal kini telah sampai di depan sebuah rumah dua tingkat.
Dian terkeliru seketika.Kata nak berbulan madu tapi kenapa kat kawasan perumahan pulak dia bawak aku ni,bukan chalet atau hotel?Faizal segera menekan remote control lalu pintu pagar itu terbuka perlahan.Dian memandang suaminya.
''Kenapa pandang abang macam tu?''
''Err...kata nak pergi berbulan madu.''
''Ni nak berbulan madulah ni,he...he...sebenarnya abang dah pulangkan tiket yang pak su bagi.''
Dian terkedu seketika.
''Kalau macam tu,pak su tahulah tentang kita?''
''Jangan risau,dia faham situasi kita.''
''Maksud abang?''Soal Dian inginkan kepastian.
''Maaf,abang terpaksa bercerita tentang kita tapi nasib baik dia boleh terima.''
Dian serba-salah.Jari jemarinya di ramas perlahan.Faizal mengerling wajah kesayangannya itu.Ada kesayuan yang mengusik minda namun cuba di singkirkan dari menyerang perasaan.
''Sudahlah jangan banyak fikir pulak,abang kan dah janji nak beri ayang masa jadi abang takkan paksa kalau ayang belum sepenuh hati dapat terima abang.''
Kereta di parkir di garaj yang telah tersedia di tepi rumah itu.Faizal segera turun.Dia menarik nafas panjang cuba meredakan perasaan sendiri.Seboleh mungkin dia akan mengawal perasaan bila di depan isterinya.Pintu di sebelah kiri di buka segera.
''Jom!''Tangan Dian di tarik perlahan.Dian yang masih terpinga-pinga mengikut saja rentak kaki suaminya.Segugus kunci di keluarkan dan di letakkan di tapak tangan Dian.
''Ayang bukakan pintu,ya.''Pinta Faizal sambil tersenyum.Dian mengambil kunci itu dan membuka pintu perlahan.Sebaik pintu depan itu terbuka.
''Home sweet home!!''
Ketika itu juga Faizal mencempung isterinya dan membawanya masuk.Terkejut Dian saat itu.Alahai,romantiknya suamiku.
''Macam mana,suka tak?''
''Rumah abang,ke?''Soal Dian terpinga-pinga.
''Pembetulan,rumah kita!''Tegas Faizal dengan senyuman penuh bermakna.
Mata Dian meliar ke seluruh ruang tamu itu.Rumah itu walau pun tidak sebesar rumah mertuanya namun susun atur yang kemas dengan hiasan ayat-ayat suci penuh di dinding membuatkan hatinya rasa begitu tertarik.Terasa tenang bila melihat keadaan ini.Ada senyuman terukir di bibirnya.Tiba-tiba tangannya di tarik Faizal menuju ke dapur.
''Ayang pandai masak.tak?''Soal Faizal sambil memeluk dirinya.
''Err...sikit-sikit boleh lah.''Ujar Dian
''Oo...tak pelah.''Baru nak suruh dia masak tapi tak sampai hati pulak.Getus hati kecil Faizal..
''Ha,macam mana dapur ni?Ok tak?''Faizal mengalih topik tiba-tiba.
Cuba meredakan suasana yang seakan kaku.Dian tidak menjawab pertanyaan Faizal sebaliknya mata di arahkan ke sekeliling dapur manakala fikirannya ligat memikirkan pertanyaan Faizal tentang kepandaian dia memasak.Nampaknya selepas ini dia harus menjalankan tugasnya sebagai seorang surirumah.
Dian membuka peti sejuk.Ha!Kosong?La macam mana nak masak?
''Tak ada apa kat dalam ni macam mana nak masak?''Soal Dian kepada suaminya.
''Erk...abang tak isi apa-apa lagi kat dalam tu,kan kita baru sampai.''Faizal tergaru-garu kepala yang tak gatal.
''Kalau macam tu marilah kita pergi kedai.''Ajak Dian selamba.Faizal terpinga-pinga.Tak sangka isterinya berkata begitu.Dian menonong keluar.
''Er...nak pergi sekarang,ke?''
''Dah tu nak pergi bila lagi,kat dalam peti sejuk tu tak ada apa pun yang nak di masak.''Faizal tersenyum gembira tak sangka Dian sanggup memasak untuknya.
''Cepatlah yang duk senyum-senyum tu kenapa?''Sergah Dian.
''Yalah,ayang.''
Balas Faizal sambil bergegas mengikut langkah Dian.Menonong jalan macam dia pulak yang nak bawak kereta.Bebel hati Faizal dengan senyuman gembira.
Setelah membeli keperluan dapur,mereka memulakan aktiviti memasak hidangan tengahari.Menu mereka ikan siakap masak masam manis,sayur campur dan sambal belacan.Macam menu kat restoran pula.
Faizal bangga,tak sangka isterinya pandai memasak.Pantas sekali Dian membuat kerja.Faizal cuma membantu apa yang patut.Bukan dia tidak tahu memasak namun dia hanya ingin melihat kepandaian isterinya itu.
''Emm...pandai ayang abang ni memasak ya,tadi kata macam tak pandai.''
Puji Faizal saat kerongkongnya menerima suapan pertama hasil tangan isterinya itu.Dian tersipu-sipu bila di puji suaminya.
''Mana ada,yan cakap sikit-sikit aje,bukan tak pandai langsung.''
Faizal senyum sambil menjeling manja isterinya itu membuatkan Dian menjadi tidak keruan.Tidak tahu mana hendak di sorokkan muka kerana malu.
Pandangan suaminya itu membuatkan dia lemas.Sering saja Dian terasa terperangkap dengan pandangan itu.Jantungnya pula tidak bergetar dengan normal.Tiba-tiba Faizal menggenggam tangannya.Terus di kucup perlahan jemari yang runcing itu.
''Terima kasih,ayang sebab sudi masak untuk abang.''Gemersik suara Faizal bila berkata begitu.
Dian terasa tangannya yang masih di genggaman suaminya itu makin sejuk dan kuat getarannya.Seram sejuk perasaan Dian bila suaminya melayan dia begitu.Dian makin tidak selesa dengan keadaan mereka.Tiba-tiba Dian teringatkan sesuatu.
''Erk...abang,makanlah cepat beg dalam kereta tak bawak masuk lagi.''
Adush,baru nak bermesra dah kantoi.Macam mana boleh lupa nak bawak masuk beg tadi?Faizal menepuk dahinya.
''He...he...abang lupalah ayang,nanti abang ambik beg dalam kereta tu,ya.''Dian tersenyum dengan keterlupaan si suami.
''Belum tua dah pelupa.''Bisik Dian perlahan.
''Amboi,sedapnya bercakap,nak kena cium ke mulut tu?''
Sergah Faizal pura-pura marah.Dian menutup mulutnya spontan.Alamak,dia dengarlah.
Selesai makan Dian cepat-cepat membawa pinggan ke singki.Waktu tangannya sedang mencuci span,di tangannya tiba-tiba di rampas Faizal.
''Apa abang ni,yan nak basuh pingganlah.''
''Tak apa,tadi ayang dah masak,sekarang biar abang yang cuci pinggan,adil kan?''
La ingatkan apa tadi,buat cemas aku aje.Hish,suami siapa ni?Dian berdiri di sisi Faizal sambil memerhatikan suaminya membuat kerja.
Cupp!!Dian terkejut dengan tindakan suaminya yang tiba-tiba itu.Merah mukanya menahan malu.Dian menggosok pipinya yang baru kena cium itu.
''Apa abang ni?''
Faizal tersengih suka.
''Nak lagi?''
''Eeiii...''Dian pantas beredar ke meja untuk di kemas.Geram dengan tingkah suami yang lepas laku.
Cupp!!Sekali lagi pipinya di cium tanpa di sedari.Faizal pantas saja beredar dari ruang dapur selepas menyakat isterinya itu.
''Abang!!''
Bertambah geram Dian kepada Faizal.Suka-suka dia aje nak cium aku.Grrr...
Kan itu tandanya dia sayangkan kau,takkan nak marah kot?Lagi pun kau kan dapat pahala kalau menyenangkan hati suami?Suara hati pula berbisik.
Dian tersenyum saat mengenangkan kejadian tadi.Ish,macam-macamlah perangai dia.Macam manalah aku tak jatuh hati?Erk...aku dah jatuh hati ke?Dian terdengar bunyi kereta suaminya beredar dari halaman rumah mereka.
''Eh,nak ke mana pulak tu?''Dian cuba mengintai dari jendela.
Memang benar kereta suaminya sedang bergerak keluar.Eh,takkan dia nak tinggalkan aku kat sini sorang-sorang?
Alahai,macam mana ni?Dian pantas membuka pintu utama namun kereta suaminya tiada lagi.Adush,macam mana ni,dia dah pergi,kenapa dia tinggalkan aku kat sini?Dian terduduk di sofa berangkai tiga.Hatinya di rundung kepiluan.
Tiba-tiba matanya tertancap pada anak tangga yang menuju ke tingkat atas.Dia belum berpeluang naik ke situ tadi.Dian bangkit dan melangkah perlahan meniti anak tangga.
Sampai di tingkat atas Dian lihat ada ruang tamu lagi di situ.Satu set home teater dan set sofa yang sama bentuknya seperti di bawah cuma warna yang berlainan terpampang di depan matanya.Dian berjalan ke arah bilik yang mengadap ruang tamu itu.Tiada apa yang menarik di dalamnya cuma set bilik tidur saja di situ.Dian menutup bilik itu dan menuju ke bilik sebelah.
Terpana matanya dengan dekorasi bilik itu.Set bilik tidur yang bertiang besi amat indah berlangsir putih gading.Dengan cadar satin berwarna merah jambu tambah menaikkan seri bilik itu.Macam bilik pengantin.
Dian masuk dan matanya meliar ke sekeliling bilik.Tanpa sedar ada senyuman terbit di bibirnya.
Mungkin ini bilik dia kot?Kalau bilik dia maknanya bilik aku juga tu.
Erk...boleh ke aku duduk sini nanti tak pasal-pasal dia buat perangai pulak.Eeii...gerun aku.Alahai...
Dian segera keluar dari situ dan menuju ke bilik yang terakhir.
Ha,bilik ni ok jugak.Nampaknya semua bilik dah siap dengan set bilik tidur.Dian melabuhkan punggung di katil itu.Aduh,penat pulak.Nak rehat kejaplah.Tanpa sedar Dian terlelap di situ.
Subscribe to:
Posts (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...