Monday, October 20, 2014

SESUCI CINTA DIAN 29



Hari ni Dian menumpang kereta Lina kerana Faizal telah di tugaskan ke utara.
''Yan,kau dengan Faizal dah ok ke?''
''Maksud kau?''
''Maaflah kalau kau rasa aku ni penyibuk sikit,dah lama aku nak tanya pasal benda ni.Kau dah boleh terima dia ke?''Dian mengangguk saja tanpa menjawab pertanyaan sahabatnya itu.Malu rasanya.
''Alhamdulillah,aku harap rumahtangga kau kekal sampai ke syurga.''Lega hati Lina dengan anggukan itu. 
''Aminn...''Balas Dian sambil meraup muka dengan senyuman.
''Kau pulak bila lagi?''
''Aku lambat lagi.Lagi pun siapa yang sudi dengan orang macam aku ni?''
''Takkan tak ada siapa yang sudi kalau kau mahu aku boleh suruh Faizal kenenkan kawan dia pada kau.''
''Ish,tak usah mengada-ngada malu aku nanti.''
''Nak malu apa pulak kawan-kawan Faizal ada lagi yang tengah cari jodoh tau tak.''Begitu beria-ia Dian cuba mencucuk jarum pada sahabatnya itu.
''Dah la jangan kau cuba nak cakap apa-apa kat laki kau,jodoh aku biar aku yang cari sendiri.''Cepat-cepat Lina memangkas kata-kata Dian.
''Baiklah aku tak cakap apa lagi dah.''Dian segera mengalah kepada Lina.Terasa lega hati Lina kerana Dian tidak lagi memanjangkan isu tersebut.


Telefon bimbit Dian berbunyi nyaring ketika dia sedang membersihkan diri.Siapa pulak tu orang tengah mandi pun nak call,eh bukan dia tahu pun aku tengah mandi.Dian tersengih sendiri mengenangkan kesilapan diri.
Selesai mandi dan memakai pakaian Dian segera mengambil telefon yang berada di tepi katil.Skrin di lihat dan terpapar nama suaminya di situ.Dah agak dah memang dia.Dian segera mendail semula nombor Faizal.Setelah suara suaminya kedengaran di hujung sana Dian segera memberi salam.Faizal menjawab salamnya dengan suara yang mendatar.
''Kat mana tadi abang call tak angkat pun.''
''Yan mandilah macam mana nak jawab.''
''Apasal lambat mandi,lambat balik ke tadi?''
''Tak lah,tadi lepas balik yan penat sangat rehat dulu,kepala ni pun sakit sikit.''
''Macam mana boleh sakit pulak ayang buat apa,banyak sangat ke kerja kat ofis tu?''Suara Faizal sudah mula menunjukkan rasa cemas.
''Tak buat apa pun kerja pun bukan banyak sangat tapi badan ni entah kenapa sejak dua hari ni rasa penat sangat,kepala pun sengal aje.''
''Ayang jangan buat abang susah hati kang malam ni jugak abang balik.Ubat dah makan ke belum?''
''Belum.''
''La kenapa tak makan ayang tak masak ke?''
''Tak laratlah nak masak lagi pun makan sorang je,nanti yan makanlah roti kat dapur tu.''
''Hmm...ayang pergi isi perut tu cepat lepas tu makan ubat.Lepas tu rehat.Pintu semua dah kunci,kan?''
''Ya lah,kejap lagi yan isilah perut.Pintu pun semua dah kunci abang jangan risau pulak.''
Setelah mereka berbalas salam Dian segera turun ke bawah untuk mengisi perut.Dua keping roti dan segelas susu menjadi santapan malamnya.Selepas itu Dian segera mengerjakan solat isyak dan usai solat dia segera melelapkan mata.Kepalanya tidak dapat menahan kesakitan yang hadir sejak petang tadi.
''Assalammualaikum,ayang...''
Faizal membisikkan salam di tepi telinga isterinya.Tersenyum dia melihat Dian yang masih lena itu.Tidur pun nampak comel kalau tak tidur lagi comel.Sekali lagi tangannya mengejutkan Dian.
''Assalammualaikum,ayang bangun dah subuh ni.''Di goncang lagi tubuh kecil itu.
''Waalaikummussalammm...''Dian menjawab perlahan sambil menggeliatkan badannya.Tanpa sedar satu penumbuk di lepaskan ke sisi.Dusshh...
''Aduh,ayang kenapa tumbuk abang ni??'' 
Faizal mengerang kesakitan.Padat betul penumbuk bini aku ni.Aduhh...tangannya menahan pipi yang kesakitan.
''Ha!Abangg...kenapa?kenapa?''Dian yang terpinga-pinga bingkas mendapatkan suaminya.
''Adussh,ayang kenapa tumbuk abang?''
''Ha,mana yan sedar abang balik.Yang abang ni tiba-tiba dah ada kat sini kenapa?Bila abang balik?''
''Abang naik kapal terbanglah,risau tahu tak hati abang ni bila ayang cakap ayang tak sihat.''Dian membantu menggosok pipi suaminya yang sudah mulai lebam itu.
''Sakit ya.''
''Memanglah ingat apa,tangan ayang tu padat sangat tau tak.''
''Tu la yang abang balik tak bagi tahu dulu pasal apa dah tu pagi-pagi buta pulak tu,nasib baik yan tak bukak silat,kalau tidak malang betul nasib abang tu.''
''Ha,ayang pandai bersilat jugak ke?Kenapa dari awal dulu tak cakap kat abang?''
''Eh itu pun nak ambil tahu ke?''
''Eh,mestilah abang kan suami ayang.''Dian hanya menjeling sekilas suaminya lantas bangkit ingin keluar dari bilik.
''Nak ke mana tu?''
''Nak ambik aislah nak tuam muka abang tu.''Faizal yang masih kesakitan itu tersenyum melihat tingkah si isteri.
Sayang jugak yan kat abang,ya.Bisik hati kecilnya.Beberapa minit kemudian Dian muncul bersama mangkuk berisi ais di tangan.
''Kesian abang tak pasal-pasal kena penumbuk sulung dari yan.''Ujar Dian sambil tersenyum sinis.
''Oo..gelakkan abang,ya.''
''Taklah,yan tak gelak tapi tercuit hati tengok abang.Lain kali jangan suka buat kejutan dekat orang.Nilah padahnya kalau balik mengejut.Kerja abang dah habis ke?''
''Belum tapi dah tak banyak,abang dah serahkan dekat pembantu abang kat sana.Abang balik ni pun sebab risau kan ayang tahu tak,sampai tak tidur di buatnya.Dah la ayang tinggal sorang kat rumah ni.''
''La yang abang risau sangat kenapa,yan ok je la.''
''Abang risau takut ayang tu pitam ke pengsan ke sorang-sorang kat rumah ni macam mana?''Dian tersenyum senang hati.Baiknya laki aku ni. 
''Senyum pulak dia,kita tengah sakit dia boleh senyum.''Sergah Faizal,tangannya segera mencubit pipi gebu isterinya itu.
''Adush,abang ni kalau sehari tak buat macam tu tak boleh ke?Sakit tau tak.''
''Siapa suruh yan senyum macam tu,sengaja nak ejek abang,kan.''
''Mana ada yan ejek yan cuma terharu saja sebab abang sudi balik untuk yan.''
''Abang buat macam tu sebab abang sayang yan tau tak dan lagi satu sebab...rinduu''
Sebaik berkata begitu Faizal terus menerkam si isteri.Bekas ais tadi terlepas dari tangan Dian begitu saja bila dirinya di dalam pelukan si suami.
''Abang!!''Seru Dian perlahan.
''Hmm...''
''Dah subuh ni,yan nak pergi kerja.''
''Hm...yalah.''Faizal melepaskan pelukan perlahan.Usai mandi mereka bersolat bersama.
''Ayang hari ni abang cuti ya,lepas hantar ayang ni abang balik tidur.''Jelas Faizal saat mereka berada di dalam kereta menuju ke pejabat.
''Ok,terima kasih ya sebab ambil berat pada yan.''
''Kalau abang tak ambil berat pasal ayang,abang nak ambil berat pada siapa lagi?''
''Tapi kasihan,sampai tak tidur abang di buatnya.''
''Tak pe demi isteri abang ni apa saja abang sanggup buat.Ayang dah ok ke pagi ni?Kepala tu sakit lagi tak?''
''Dah kurang malam tadi kan yan tidur awal.''
''Kalau tak elok jugak nanti kita pergi klinik ya.''
''Yalah.''
Selepas menghantar Dian ke pejabat Faizal pulang semula ke rumah.Tanpa menunggu lebih lama dia terus merehatkan badan. 
Petang itu selepas habis kerja Lina mengajak Dian menemaninya membeli-belah.Dian cuba mendail nombor suaminya namun talian di sana tidak berjawab.Tidur lagi ke?Dah petang ni.Fikir Dian.Penyudahnya Dian menghantar mesej ke telefon suaminya.
''Kau ok ke ni,aku tengok moyok aje.''
''Ok,aku cuma risaukan Faizal dah petang ni takkan tak bangun lagi.Kang dia salah faham pulak kalau aku balik lambat.''
''Habis kau nak aku hantar kau balik,ke?Kita dah sampai ni. ''
''Tak apalah nanti aku cakap dengan dia mungkin dia penat sangat tu.''
Mereka segera masuk ke dalam pusat membeli-belah itu.Kedai demi kedai mereka jelajahi namun barang yang ingin di cari oleh Lina masih tidak ke temu.Cerewet juga kawan aku ni.Fikir Dian.Tiba di sebuah kedai mata Dia terpandang cermin kedai itu dan terbias wajah orang yang di risaukannya.Apa dia buat kat sini?Bukan dia sedang berehat kat rumah ke?Perempuan mana pulak dengan dia tu?
Lina telah masuk ke dalam kedai itu namun Dian masih di luar.Perlahan Dian kalih kepala ke belakang.Ternyata orang yang di pandang tadi memang suaminya.Jantung Dian berdebar semacam.Terasa kakinya bagai tidak dapat menampung badannya saat itu.Dian kaku di situ.Juring matanya terasa panas.
Janganlah airmata ni gugur saat ini.Ada pertanyaan di mindanya.Takkan dia sudah menduakan aku??
''La...yan kenapa kau tak masuk penat aku bercakap sorang-sorang.''Suara Lina mengejutkan Dian.Segera matanya memandang ke arah sahabatnya itu.
''Ha!Err...aku saja aje tengok baju ni cantik sangat.''Dalih Dian sambil menunjukkan baju yang terpamer di dalam cermin di tepi pintu masuk kedai itu. 
''La... patutlah kau tak masuk,kalau kau suka beli aje la baju ni.''
''Tak apalah aku belum rasa nak beli lagi saja nak tengok dulu.''
''Hm...kau ni macam-macamlah.''
Lina meninggalkan Dian lantas masuk semula ke dalam kedai.Dia sudah mendapat barang yang di carinya.Manakala Dian di luar cuba memandang kembali kepada suaminya yang sedang berborak dengan perempuan itu.Siapa perempuan tu agaknya.Kekasih hati ke?Nampak mesra semacam.Dian memegang dadanya.Ada debaran yang maha hebat sedang memukul-mukul jantungnya tika itu.Ah,hati janganlah rasa ragu mungkin mereka cuma kawan saja.Dian cuba menenangkan hatinya sendiri.Dian memusingkan badan semula dan masuk ke dalam kedai itu.Malas dia hendak melayan perasaan yang sedang berkecamuk itu.
Setelah selesai membeli barang yang di perlukan Lina mengajak Dian pulang segera.Sesampai di rumah Dian terus masuk ke dapur untuk menyediakan makan malam.Selesai memasak Dian terus mandi dan mengerjakan solat maghrib.Lama dia berteleku di sejadah sehingga menjelang waktu isyak.Usai solat isyak Dian turun ke bawah untuk makan malam.Jam di dinding di pandang sekali lalu.Dah pukul sembilan kenapa tak balik lagi?Beberapa saat kemudian kedengaran bunyi kereta suaminya masuk keperkarangan rumah.Ha,baru ingat nak balik.Ingat tadi dah lupa jalan ke rumah.Dian membuka pintu untuk menyambut kepulangan suaminya.Walau di dalam hati terasa geram namun dia cuba memaniskan muka.
''Assalammualaikum ayang...''Salam di beri dengan senyuman manis sambil tangan kirinya di sorokkan ke belakang.Tangan kanannya pula di hulur buat isteri.
''Waalaikumussalam...''Jawab Dian sambil menyambut salam Faizal.
Senyuman Faizal di sambut dengan hambar.Masih terkenangkan adegan petang tadi.
''Abang dah makan ke?''Bibirnya pula lancar bertanya.
''Err...dah,makan dengan kawan.Maaf ya abang tak perasan ayang call,telefon tadi habis bateri abang lupa nak cas.Balik hantar ayang tadi abang terus tidur.Kawan abang call tadi pun pakai telefon rumah.Ayang marah,ke?'' 
''Taklah.''Elak Dian.Langkah di atur menuju ke dapur untuk mengisi perut.Faizal membuntuti dari belakang.
''Ayang,betul ni ayang tak marah abang?''Faizal masih menanyakan soalan yang sama.Risau bila melihat riak wajah isteri yang masam mencuka.
''Betul yan tak marah,yan cuma penat aje,dah la yan nak makan ni.''Faizal agak tersinggung mendengar kata-kata Dian itu.Muka dah masam macam tu takkan tak marah.Keluhan di lepaskan perlahan.
''Tak apalah abang tak kacau yan makan,abang naik mandi dulu.Ni untuk ayang.''Faizal meninggalkan bungkusan di atas meja.
Dian memandang hambar bungkusan itu.Dah pergi dating masih sempat beli barang untuk aku.Hmm...
Dian meneruskan makan malam tiada minat untuk melihat bungkusan yang di tinggal Faizal tadi.Usai makan malam Dian menonton televisyen di ruang tamu.
Beberapa minit kemudian Faizal turun dari tingkat atas.Santai dengan seluar pendek paras lututnya.Begitulah rutinnya bila di rumah.
Dian masih leka dengan tontonannya.Tiba-tiba rancangan yang di tonton bertukar siaran.Dian naik bengang dengan kelakuan suaminya.Suka hati dia saja nak tukar siaran.Dian bangkit hendak berlalu dari situ namun pergelangan tangannya di sabit pantas suaminya itu.Saat itu juga tubuh Dian jatuh terduduk di riba suaminya.Pandangan mereka bertaut.Ada debaran yang maha kuat pada jantung masing-masing.Jemari Faizal menyelak rambut yang terjuntai di wajah isterinya itu.
''Kenapa?''Bisiknya perlahan.
''Kenapa?''Bibir Dian kembali menuturkan pertanyaan suaminya.Ada kekeliruan di situ. 
''Kenapa buat abang macam ni?''
''Yan buat apa?''
''Muka ni kenapa masam dari tadi?''Pipi Dian di tarik lembut.Dian cuba bangkit dari ribaan suaminya.Namun Faizal mengejapkan lagi pelukannya.
''Abang takkan lepas yan kalau yan tak bagi tahu kenapa.''
Dian rasa rimas di perlaku begitu.
''Abang boleh tanya yan kenapa sedang kan abang tahu apa yang abang buat petang tadi?''Faizal senyum meleret.
''Oo...ayang cemburu la ni.Jadi tadi ayang pergi shopping kat TJ la ya,kenapa tak tegur abang pun,boleh abang kenalkan dengan kawan abang.Mungkin ayang nampak abang tengah borak dengan isteri dia sebab kawan abang tu ada pergi ke tandas masa kami tengah berborak tu.''
Terkedu Dian seketika.Alamak takkan aku tersalah sangka pulak.Dian menundukkan muka.Malu pula rasanya kerana salah faham.
''Betul ke ni?''Soalnya untuk kepastian.
''Ya ayang takkan abang nak bohong sayang abang ni.''Terkebil-kebil Dian seketika.
''Maaf yan salah.''Tangan suaminya segera di capai lantas di kucup mesra.
''Lain kali tanya betul-betul jangan nak cemburu tak tentu pasal pulak.Abang takkan menduakan sayang abang ni.Susah payah abang nak dapatkan ayang tahu tak.''Dian tunduk memandang hujung kakinya sendiri.
''Ayang,pandanglah abang yang ayang tengok kaki sendiri tu buat apa?Muka abang ni tak hensem lagi ke?''Perlahan Dian mengangkat mukanya.
''Abang tak marah yan lagi ke?''
''Kenapa pulak abang nak marah?''
''Sebab yan cemburu tak tentu pasal.''Faizal tersenyum sambil mengusap wajah isterinya itu.
''Ayang tahu tak abang suka betul bila ayang cemburu,itu tandanya ayang betul-betul sayang pada abang.''
''Jadi abang ingat yan tak sayang abanglah?''
''Bukan macam tu cuma dalam hati abang ni kadang-kadang risau takut ayang tak dapat terima diri abang sepenuh hati ayang.Abang sedar siapa abang ni,muka dah la tak hensem,harta pun tak ada.''
''Mengada-ngadalah abang ni ingat yan terima abang sebab harta atau paras rupa saja ke?''
''Ya,abang tahu,tu sebab lama sangat nak terima lamaran abang.''
''Ayang masih teringatkan dia ke?''
''Kalau yan kata yan ingat abang nak buat apa?''
''Kalau yan cakap macam tu,abang nak buat macam ni.''
Terus saja wajah Dian di cumbu.Rimas Dian dengan kelakuan suaminya yang lepas laku itu.
''Eii...abang ni tak malulah.''
''Nak malu apa pulak kan kita dah sah,kalau boleh abang nak buat lebih dari tu,jom ayang kita ehem...ehem.''
''Apa yang ehem?''
''Dah tahu tanya pulak.''
Terus saja tubuh isterinya itu di cempung dan di bawa naik ke atas.Dian cuba meronta namun pegangan suaminya yang kejap tidak mampu di leraikan.Penyudahnya Dian membiarkan saja tindakan suaminya.Usah di larang kalau sudah begitu kehendaknya.

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...