Sunday, December 29, 2013

SESUCI CINTA DIAN 16

                                                       

Pagi itu Dian bangun untuk mandi dan bersolat subuh.Selesai bersolat Dian mengambil surah yassin lantas membacanya.Selesai membaca,Dian termenung seketika.Dah lama aku tak balik kampung.Hati sudah mula terkenangkan arwah ibu yang telah pergi menemui ILAHI.
Ibu!Dian rindu dengan ibu.Aku nak balik kampunglah.Dah lama sangat rumah tu di tinggalkan.Dian bangun dan menyidai telekung serta sejadah yang di pakainya.Dia berjalan menuju ke dapur.Lina berada di situ sedang menyediakan sarapan pagi.
''Lina,aku rasa nak balik kampung la.''
''Kenapa?Kau rindu kampung ke?''Dian angguk.
''Kalau macam tu kita balik hujung minggu ni la.''
''Betul ke?''
''Ya,aku pun dah lama tak balik mak aku pun dah bising.''
''Terima kasih,ya''
''Ish..tak payah cakap macam tu,kita bukan orang asing pun.''
''Ehem..ehem..malam tadi ada orang tu bergayut dengan buah hati nampak.''Sindir Lina sambil tersengih.Dian membuntangkan mata.
''Eh!Kau ni sejak bila jadi spy?''Tanya Dian tidak puas hati.Lina tertawa sendiri.Tangannya menceduk nasi goreng dari dalam kuali di pindahkan ke mangkuk.
''Sejak kawan aku ni dah jatuh cinta.''
''Lina!!Terjerit Dian dengan ayat yang baru keluar dari mulut Lina itu.
''Hm..kiranya masalah korang dah selesai la ni.''
''Masalah apa pulak?''
''Maksud aku kau dah mula nak terima dia,kan?''Lina cuba menjerat.
''Pandai aje kau serkap jarang.''
''Aku kenal kau,la''
Dian melabuhkan punggung di kerusi dan meraup wajah sambil tersenyum kepada temannya itu.
''Mungkin kau betul aku patut bagi peluang untuk kami menyelami hati masing-masing dahulu.''Akui Dian.
''Ha,kalau macam ni kan senang tak payah kau orang susah susah nak fikirkan masalah lagi.''Mereka meneruskan sarapan pagi dengan berbual-bual kosong.
Hujung minggu itu Dian bersama Lina pulang ke kampung seperti yang di rancangkan.Mereka singgah keperkuburan di mana jenazah ibu Dian di semadikan.Surah yasin di baca untuk di hadiahkan buat ibu tercinta.Dian berdoa panjang mengharap kesejahteraan ibunya di sana.Selepas itu mereka singgah pula di rumah pusaka Dian.
Rumah yang lama tidak berpenghuni itu penuh berhabuk.Kalau di ikutkan rasa hatinya mahu saja dia tinggal di situ.Terlalu banyak kenangan indah yang tercipta antara mereka sekeluarga di rumah itu walau pun kehidupan mereka tidaklah semewah orang lain.
''Aku nak bersihkan rumah ni kalau kau nak balik dulu pergilah nanti kalau dah selesai aku pergi sana.''Ujar Dian kepada Lina.
''Eh!Takkan aku nak tinggalkan kau sorang-sorang kat sini kalau jadi apa-apa kang macam mana pulak.''Bangkang Lina.Dian tersenyum.
''Nak jadi apa pulak,aku bukan nak tidur sini,aku cuma nak bersihkan rumah ni aje.''
Lina masih memikirkan kata-kata Dian itu.Dia pulak yang terlebih risau.
''Baiklah kalau kau dah cakap macam tu aku ikutkan saja,kau jangan lama sangat kat sini,dah siap karang datang rumah aku cepat.''Dian angguk saja.
Setelah Lina pulang Dian segera membersihkan rumah itu.Hampir satu jam lebih dia mengerjakannya.Dian kepenatan namun dia puas kerana rumah itu sudah berseri semula.Tanpa sedar Dian terlelap di kusyen.Bunyi pintu depan di ketuk mengejutkan dirinya.Dian terpisat-pisat dan segera membukanya.
''La,kau buat apa lama sangat kat sini,aku risau tau tak.''Dah macam bunyi petir berdentum suara Lina menyapa ke telinga Dian.
''Maaf,aku terlelap tadi,penat sangat.''Lina tarik muka garang.Mak aaii...dah macam muka mak tiri.Dian tersengih saja.
''Dah la mari balik rumah aku,mak aku dah siap masak.''
Dian cepat-cepat mengikut langkah Lina setelah mengunci pintu rumah.Sementelah perutnya pun sudah mula berkeroncong.
Setelah pulang dari kampung Dian berkurung diri di dalam bilik.Kepenatan.Malam itu Faizal menelefon dirinya.Salam di beri dan dijawab perlahan oleh Dian dengan suara yang serak.
''Awak buat tadi?''
''Terlelap sekejap penat sangat.''
''Ha,kenapa pulak penat awak buat apa?''
''Saya baru balik dari kampung dengan Lina tadi.''
''La,kenapa tak beritahu saya awak nak balik?''
''Eh,kenapa pulak saya kena beritahu awak?''
''Ya la sekurang-kurangnya bagitahu la saya tak adalah saya tercari-cari awak.Dari siang tadi saya telefon tapi tak berjawab pun,rupanya orang tu balik kampung.''
''Eh,bila masa awak telefon saya,tak ada pun miss call dalam telefon ni.''Faizal gelak sendiri.Dian keliru.
''Awak main-mainkan saya ya.''Bertambah galak Faizal tergelak.
''Saya gurau aje la.''
''Awak kalau nak bergurau pun tengoklah waktu,ni saya tengah mamai awak nak buat macam tu.''
''Saya bukan nak buat awak cemas,maaf ya.Dian esok kita keluar nak?''
Dian mengeluh perlahan.
''Awak tak boring ke ajak saya keluar,macam tak ada kawan lain lagi awak ni?''
''Saya memang ada kawan lain tapi buat masa ni saya cuma suka keluar dengan awak saja.''
''Awak ajak saja kawan awak keluar nanti diorang marah pulak awak tak layan diorang lagi.''
''Kan saya kata saya cuma suka keluar dengan awak sorang aje buat masa ni jadi lantak diorang la kalau nak marah apa saya peduli.''Ish..lelaki ni saja nak buat aku bengang.Getus hati Dian.
''Kalau awak tak sudi tak apalah saya letak telefon sekarang.''
Merajuk la pulak.Macam budak-budak.Keluhan keras Dian lepaskan.
''Baiklah saya ikut,nak ke mana pulak kali ni?''
''Adalah,saya tak mahu beritahu sekarang.''
''Kalau tak nak bagi tahu saya tak mau ikut.''Tegas Dian.
''Janganlah macam tu,saya bukan nak bawak awak ke tempat yang tak elok.''
Dian berfikir sejenak.Lelaki ni pandai sangat memujuk.
''Ya lah,saya ikut.''
Seperti yang di janjikan mereka keluar juga keesokkan hari.Faizal membawa Dian ke tempat dia sering menghabiskan masa bersama teman-teman.
''Awak bawa saya ke sini?''
''Kenapa tak suka ke?''
''Bukan itu maksud saya.''Dian pandang keliling.Faizal turun dan menuju ke bonet kereta.Dia mengeluarkan sebuah beg.Dian ikut turun sama.
''Jom.''Langkah Faizal pantas,terkial-kial Dian mengikutnya masuk ke dalam dewan itu.
Rupanya Faizal membawa Dian ke gelanggang futsal.Terpinga-pinga gadis itu seketika.Agak ramai juga orang di dalam dewan itu.Faizal mengarahkan Dian duduk di sebuah bangku kemudian dia menghilang ke bilik persalinan.Untuk seketika Dian kaku di situ.Mana taknya dia tak kenal langsung sesiapa di situ.
Beberapa minit kemudian Faizal muncul di tepi gelanggang.Terkejut Dian dengan penampilan lelaki itu.Tidak di sangka bosnya yang hensem itu sudah bertukar watak menjadi pemain futsal pula.Nampak sempoi aje.Dian terasa senang dengan penampilan lelaki itu.Tanpa sedar ada senyuman tersungging di bibir mungil itu.
Permainan di mulakan dengan Faizal mengetuai pasukan lawan.Kebanyakan pemain adalah kawan baik Faizal sendiri semenjak di universiti lagi.Tidak sampai sejam permainan pun tamat.Pasukan yang menang adalah pasukan yang di ketuai oleh Faizal sendiri.Setelah berborak seketika dengan kawan-kawannya Faizal mendekati Dian.Kawan-kawannya ada yang mula mengusiknya.
''Macam mana permainan saya ok tak?''
''Ok...''Dian senyum.
''Ok aje,tak ada komen ke?
''Saya nak komen apa,saya pun bukan pandai kalau bab bola ni.''
''Tentu awak boring,kan.''
''Tak ada lah,sapa kata?''
''Saya yang kata.''Faizal tersengih.Mengusik.
''Saya cuma tak sangka awak pandai main futsal,sejak bila awak main?''
''Dah lama jugak sejak dalam U lagi.Awak nak tahu dari mana asal permainan futsal ni?''
Kening Dian bertaut.Err..nak cerita pasal sejarah ke ni?
''Tak payah nak berkerut sangat muka tu.''Tersengih Dian bila ditegur Faizal.
''Oo...ok..awak ceritalah dari mana asalnya.''
''Sebenarnya futsal ni asalnya di perkenalkan oleh seorang pemain bola sepak bernama Juan Carlos Ceriani dalam tahun 1930an,di kota Montevideo,Uruguay.Faktor hujan yang kerap turun membuatkan dia mencadangkan mereka bermain di sebuah tempat tertutup.Cadangannya itu di sambut baik oleh rakan sepasukannya.Bermula dari situlah sukan ni terbentuk sehingga merebak ke seluruh Amerika selatan terutama negara Brazil.''Terang Faizal dengan bersemangat.
''Oh,begitu..bagus juga saya ikut awak hari ni ya,dapat juga saya ilmu tentang sukan ni.''
Dian menjeling ke arah kawan-kawan Faizal di hujung gelanggang.
''Kawan awak tu kenapa asyik pandang kita aje?''
''Ah!Jangan di layan diorang tu,jom kita balik.''
Faizal cuba mengelak dari menjawab soalan Dian.Mana taknya seorang yang begitu dingin dengan perempuan sejak dari kampus,kini telah ada buah hati.Itulah sebab mereka mengusiknya.Hanya Faizal yang tahu mengapa mereka begitu.Dia tidak sanggup hendak memberitahu Dian tentang perkara itu.Malu!
Setelah masuk ke dalam kereta Faizal segera  menghidupkan pendingin hawa.Segar rasa badan kerana mendapat kedinginan itu.Segera Faizal membawa keretanya keluar dari situ.
''Awak ada nak pergi ke mana-mana lagi.''
Dian hanya menggelengkan kepala dengan pertanyaan dari Faizal itu.
Hari masih awal,Faizal belum puas bersama Dian.Dia berfikir sejenak.Tiba-tiba idea datang lantas dia melencongkan kereta dari laluan pulang.Dian terkejut.Nak ke mana pulak lelaki ni?
''Awak kita nak ke mana?Soal Dian keliru.
''Adalah,awak duduk diam-diam.''
Eh!Lelaki ni suka hati aje nak bawak aku ke mana.Hanya dalam hati saja bersuara.Tak berani menyoal lagi,takut kena tengking macam hari tu.Kereta Faizal sampai juga ke destinasi yang dulu.
''Kenapa tiba-tiba awak bawak saya ke sini?''Faizal tersengih.
''Saja,saya rasa masih awal lagi kalau kita nak balik.Saya tak puas lagi nak berborak dengan awak''
''Kita kan dah jumpa hari-hari,apa lagi yang nak di borakkan.''
''Kat pejabat tak sama,kita tak bebas nak berborak macam sekarang ni?''
Ada yang tersirat di balik ayat itu.Faizal merenung tajam wajah Dian.Gadis itu jadi tersipu malu.
''Jangan pandang saya macam tu boleh?''Faizal tersedar dari renungannya itu.
''Kenapa awak malu ke?''
Sengaja soalan yang menjerat itu di lemparkan Faizal sambil ketawa kecil.Mereka keluar dan berjalan menyelusuri pantai.
''Err..Dian..saya sayang awak.''
Tiba-tiba ayat keramat itu terkeluar dari bibir Faizal.Perlahan tetapi masih dapat di dengar oleh gadis itu.Dian berpaling.Tidak tahu hendak di larikan kaki ke mana lagi.Di tambah rasa malu yang menebal membuatkan Dian membisukan diri sambil merenung ke laut lepas.
Faizal berdiri di sisinya.''Awak tak mahu cakap apa-apa?''
''Awak nak saya cakap apa lagi,awak dah tahu jawapan saya,kan.''
Gagal lagi.Keras sangat hati awak Dian.Berbisik kesal di hati Faizal.
''Awak jangan menyesal kalau suatu hari nanti tiba-tiba awak tak jumpa saya lagi.''
Dian keliru terasa berdebar jantungnya mendengar pengucapan lelaki itu.
''Apa maksud awak?''
''Err...tak ada apa-apa.''Faizal mengelat.
Dingin bayu yang bertiup menerbangkan dedaun kering di hujung kaki mereka.Dian terus berjalan meniti ke gigi pantai,meninggalkan Faizal termangu sendiri.Kata-kata Faizal tadi membuatkan hatinya sedikit tersentuh.Patutkah aku memberikan dia peluang itu?Tapi bukankah aku juga yang mahu cuba membuka hatiku?Dian terus merenung ke laut lepas sambil cuba menyelami hatinya sendiri.
Faizal sedar bukan mudah untuk dia terus membuka pintu hati gadis itu namun sikap degil Dian kian menjadikan dirinya kian ligat ingin mendekati.Tiada erti putus asa di dalam hatinya demi cintanya yang satu ini.Langkah kaki di atur ke arah bertentangan meninggalkan gadis itu.
Tatkala Dian berpaling baru dia menyedari Faizal tiada lagi di situ.Ke mana pulak perginya dia ni sekejap tak ada macam biskut pulak.Mata Dian meliar ke sekeliling cuba mencari Faizal.Hendak menjerit terasa malu pulak nanti apa kata orang di situ.
Walau pun pantai itu tidak ramai orang namun masih ada yang leka bermain pasir dan berendam di tepi pantai itu.Merajuklah tu agaknya.Hatinya di sayat pilu memikirkan kemungkinan dirinya di tinggalkan di situ.Macam mana aku nak balik ni,aku bukan biasa dengan tempat ni.Di buatnya ada orang jahat cuba kacau,macam mana nak buat nanti.Ala..mana pulak perginya dia ni?Bersungut hati Dian ketika ini.
Tiba-tiba bahunya di cuit seseorang.Berderau darahnya sambil berpaling.Faizal terkekeh-kekeh ketawa.
''Awak!Mana awak pergi?''
Terjerit Dian sambil membuntangkan mata.Faizal menghulurkan aiskrim sambil cuba meredakan ketawanya.Dian tidak menyambutnya.
''Ambiklah,saya beli khas untuk awak.''
Dian menerima juga huluran Faizal.Mereka berjalan menuju ke sebuah bangku kayu.Faizal menjilat aiskrim yang berada di tangannya.
''Awak takut saya tinggalkan awak ke?''
''Ya lah,dah awak tak ada kat sini,saya ingat awak dah pergi.''
''Dian..Dian..saya tak mungkin tinggalkan awak,janganlah risau sangat.''Pujuk Faizal.
''Saya fikir tadi awak dah merajuk lagi.''
Ketawa Faizal kedengaran lagi.Wajah Dian di renung manja.
''Sayang juga awak pada saya,ya.'' Dian menjeling sekilas.Aiskrim di tangan di nikmati perlahan.
''Awak tahu tak kenapa saya suka awak?''
''Kenapa?''Soal Dian lurus.Faizal senyum.
''Saya suka dengan kelembutan wajah awak,sopan santun awak dan ketegasan awak.''
''Itu saja?''
''Ada lagi tapi untuk masa sekarang biarlah awak tahu setakat itu dulu.''Dian termangu sendiri.
Main aci aci pulak lelaki ni.Hmm...

Wednesday, December 18, 2013

SESUCI CINTA DIAN 15

Setelah menghantar Dian di depan rumah Faizal segera memecut keretanya meninggalkan kawasan perumahan itu.Kereta di lencongkan ke sebuah kawasan bukit yang sering menjadi tempat dia melepaskan perasaan sekiranya hatinya berasa runsing.Turun dari kereta dia bertenggek di atas sebuah bongkah batu yang agak besar di situ.Termenung melayan perasaan sendiri.
Hampir setengah jam kemudian  rintik-rintik hujan mula turun.Faizal membiarkan dirinya lencun.Tidak berganjak sedikit pun.Lama dia berteleku di situ sehingga diri terasa sejuk barulah dia masuk ke dalam kereta.Kenapa terlalu keras hati kau Dian?Apa yang harus aku lakukan lagi untuk memenangi hati yang satu itu.
Keesokkan hari Dian bekerja seperti biasa.Bila sampai di pejabat di lihatnya bilik Faizal gelap gelita dan tidak berpenghuni.Ke mana pulak dia pergi?Selalunya waktu macam ni dia dah masuk kerja.
Sejak dari semalam dia tidak senang hati di tambah pula pagi ini kelibat lelaki itu tidak kelihatan.Dian bertanya kepada Maria yang sedang sibuk menaip sesuatu di komputer.Namun jawapan yang di terima agak mengejutkan,Maria memberitahu yang Faizal demam dan telah memohon cuti sakit selama dua hari.Bukan semalam dia ok aje ke?Kenapa pulak boleh demam?Dian bingung.
Dian mencapai telefon bimbit di dalam tas tangan dan cuba mendail nombor Faizal.Beberapa minit menanti balasan namun hampa.Talian di sebelah sana tidak bersambut.Dian menyimpan semula telefon.Tumpuan cuba di berikan pada tugasan yang menanti.
Tengahari itu seperti biasa dia turun makan di restoran berdekatan dengan Lina.
''Kau tahu tak kenapa Encik Faizal tak datang kerja hari ni?''
Lina menjongketkan bahu tanda tidak tahu.
''Apa pasal pulak?''Lina bertanya sambil menghirup minumannya.
''Aku dapat tahu dari Maria dia demam.''
''Ha!Macam mana pulak dia boleh demam,bukan semalam dia sihat-sihat aje aku tengok.''Berkerut kening Lina memikirkan perkara itu.
''Semalam aku bertekak dengan dia.''
''Pasal apa?''
''Dia bawak aku jumpa nenek saudara dia.''Bulat mata Lina mendengarnya.
''La...ya ke?Kenapa dia buat macam tu?''
''Entahlah.Balik dari rumah nenek dia tu kami selisih faham sikit.Aku tak suka dia buat aku macam tu,Lagi pun orangtua tu dah mula syak yang aku dengan dia ada hubungan.''
''Dia terlalu menyayangi kau,apa kata kau bagi dia peluang mungkin korang berdua serasi bersama.''
''Aku nak sambung belajar balik.Aku tak mahu soal cinta ni mengganggu konsentrasi aku.''
''Dian..Dian..belajar sambil bercinta tak salah rasanya cuma kau kena pandai membahagikan masa.Lagi pun dah ada orang nak jaga kau,apa yang kau nak risau sangat.Aku tengok dia dah gila sangat kat kau takkan sampai hati kau lukakan perasaan dia.''
Begitu panjang lebar Lina cuba menasihati sahabatnya itu.Dian cuma mampu termenung.Nasi di dalam pinggan hanya di pandang saja.Sudah tak larat untuk di habiskan Tumpul seleranya.
''Aku takut terluka lagi.''
Nah!Itulah sebab sebenarnya mengapa dia menolak lamaran cinta dari Faizal.Dian takut untuk memulakan langkah baru.Wajah di raup perlahan.
''Tapi kau nampak gelisah bila tahu dia sakitkan.''
''Dia ketua kita tentu aku prihatin juga pada dia.''Lina tersenyum penuh makna.
''Cakap aje lah yang kau suka pada dia habis cerita,tak payah nak pening-peningkan kepala.Kesian aku tengok dia masih juga menunggu bagai menunggu buah yang tak gugur.''
''Biarlah dia menunggu sampai bila-bila pun,apa aku peduli.''
''Hei...jangan cakap macam tu,aku tahu kau tak sampai hati nak buat dia macam tu,jadi buatlah sesuatu agar dia tidak menaruh harapan lagi pada kau.''
Dian memandang temannya itu dengan wajah yang keliru.
Setelah dua hari mengambil cuti sakit,Faizal kembali bekerja semula.Dengan wajah yang masih sugul,dia tetap meneruskan tugasnya.Dian rasa ragu-ragu untuk masuk ke dalam bilik lelaki itu walau pun di tangannya ada laporan yang memerlukan semakannya.Apa yang patut aku buat?Muka dia nampak macam marah lagi.Karang kalau aku masuk dia sembur aku tak ke naya?Tapi benda ni perlukan kelulusan dia.Ah!Masuk ajelah.Kalau dia nak marah pun aku redha aje la.
Pintu bilik Faizal di ketuk perlahan.
''Masuk!!''
Faizal tergamam seketika bila wajah itu menyapa pandangannya namun dia cuba mengawal perasaan dengan berlagak selamba.
''Maaf Encik Faizal saya ada dokumen yang perlukan semakan dan tanda tangan Encik.Dian cuba mengawal degupan di jantungnya saat itu.Dokumen yang di hulur gadis di ambil dan di telitinya sebelum menandatanganinya.Dian masih tegak mematung sedangkan Faizal sudah menghulurkan dokumen itu kembali.Fikirannya sarat dengan pertanyaan.
''Ada apa-apa lagi?''
''Err...awak sihat?''Meletus jua apa yang sarat di mindanya saat ini.
Faizal menyandar di kerusi sambil memandang kosong wajah itu.
''Perlu ke awak ambil berat pasal saya lagi,bukan ke antara kita tiada apa-apa yang memerlukan awak menyoal saya begitu.''
Pedas sungguh kata-kata itu.Dian terasa di sindir.Wajahnya tertunduk sayu.Terkilan.Dokumen di tangan di campak ke atas meja.Dengan tangan yang terketar-ketar Dian mengambil.Tidak mampu berkata apa-apa lagi dan terus keluar dari bilik itu.Dian terasa dengan kata-kata yang di lontarkan.Ternyata dia masih marah dengan aku.Salah aku juga tidak prihatin dengan perasaan dia.Ah!Kenapa aku terasa sayu bila dia kata macam tu?Apakah hatiku sudah mula menerima dirinya?Hai,hati kenapa jadi begini?
Sementara itu di dalam biliknya ,Faizal termenung panjang.Ada rasa bersalah yang menghimpit dada.Kalau di ikutkan perasaan,mahu saja dia meminta maaf kepada Dian di atas ketelanjuran bahasanya namun dia sengaja mengeraskan hati dan ego agar gadis itu sedar akan perasaannya.
Sementara itu Dian yang sedang dalam di lema, makin sukar untuk menumpukan perhatian terhadap tugasannya.Hatinya terasa terguris dengan kata-kata yang Faizal lemparkan tadi.Sehingga ke petang wajahnya tetap murung.
Sebuah mug di hulur di depan mata Dian.Lamunannya terhenti seketika.Mug itu di sambut perlahan.
''Terima kasih.''
''Jauhnya kau menung dah sampai ke mana?Sindiran halus keluar dari mulut Lina.
Punggung di labuhkan di sisi Dian sambil matanya terarah ke peti televisyen.Dian cuma mengeluh.Air di dalam mug itu di teguk perlahan.
''Jangan banyak berfikir,kalau kau sakit siapa yang susah,aku jugak.''Dian hanya tersenyum nipis.
''Kau dah berbaik dengan dia ke?''Dian geleng.
''Aku nak buat macam mana lagi kalau dia tak mahu maafkan aku.''
''Jadi dia memang betul-betul marah dengan kau lah ni?''Dian angguk perlahan.
''Hmm...sudahlah kau jangan sedih sangat,mungkin bila hati dia dah sejuk tentu dia akan maafkan kau.''
Terfikir juga Dian alangkah bagus kalau dia mampu menerima lelaki itu tanpa rasa ragu-ragu.Bolehkah aku dan dia menjadi pasangan yang bahagia?
Ah!!Bukankah aku dengan terang-terang sudah menolak dirinya.Untuk apa aku kalut memikirkan dia lagi?Ada pertanyaan yang makin mengelirukan menunjal-nunjal ke benaknya.Dian segera sedar dari lamunan dan meminta diri untuk tidur.Lina hanya memandang gelagat sahabatnya itu dengan keliru.

Malam itu begitu meresahkan memikirkan dirinya yang terlanjur menuturkan kata-kata kasar siang tadi.Perlukah aku meminta maaf kepadanya?Berbisik pertanyaan di hati.Ah!Biar saja dia begitu agar dia tahu hati aku bukan mudah untuk di pujuk.Tapi kalau dia terus menjauhkan diri aku jugak yang rugi.Ah!!Kenapa susah sangat dia mahu terima aku?
YA ALLAH!!Apa yang harus aku lakukan lagi?Faizal menjadi nanar dengan tingkah laku gadis idamannya yang semakin hari semakin dia sayangi.Mana mungkin marah yang di hati akan berlarutan kerana wajah itu sentiasa menjadi igauan tidurnya.Mengapa hati ini masih berdegil untuk mengharap kasihnya lagi sedang dia sudah terang-terang menolak kasih yang cuba di hulur.Faizal memandang ke langit yang gelap.Tiada bintang mahu pun bulan yang menerangi bagai mengerti hatinya yang gundah gulana.
Dian!!Hatinya berbisik sayu.Bagai terdengar-dengar seseorang memanggil dirinya.Dian tersedar dari lena yang seketika.Ada debaran yang maha hebat melanda jiwanya.
YA ALLAH!Kenapa dengan aku ni?Kenapa jantungku rasa berdebar-debar?Seketika telefon bimbitnya berbunyi tanda ada mesej yang baru masuk.Segera Dian membukanya dan terpapar satu mesej.
MAAF!!Bila di lihat nombor yang terpapar Dian sedikit terkejut.Ada senyuman terukir di wajahnya.Kemudian telefon itu berbunyi lagi.Kali ini panggilan pula yang di terimanya.Dengan segera Dian menekan butang hijau.
''Assammualaikum..''Lembut suara itu bergema di cuping telinganya.
''Waalaikummussalam..''
''Apa khabar?Err...awak..buat apa tu?''Suara di hujung talian berbunyi lagi.
''Baik,tak buat apa-apa,baru bangun tidur.''
''Awal awak tidur.''
''Terlelap sekejap,entah apa yang membangunkan saya,tiba-tiba macam terdengar suara seseorang memanggil.''
Faizal terkedu.Baru sebentar tadi dia menyeru nama gadis itu.Apakah itu tandanya yang mereka ada jodoh?Kalau tidak masakan gadis itu dapat merasakan getaran suaranya.
''Saya minta maaf pasal siang tadi,boleh awak maafkan saya tak?''Terdiam Dian seketika bila Faizal berkata begitu.
''Tak ada apa-apa yang saya nak maafkan awak,saya yang bersalah sebab tak prihatin dengan perasaan awak.''
Erk..kenapa aku cakap macam ni?dah macam cakap dengan kekasih aje,hmm...Mereka terdiam seketika tidak tahu hendak kata apa lagi.
''Masih nak jadi kawan saya lagi?''Mulut Dian tiba-tiba bertanya.
''Kenapa awak cakap macam tu,siapa kata saya tak mahu kawan dengan awak lagi?''
''Manalah tau kalau awak dah jemu nak kawan dengan saya.''
''Dian,awak tahu hati saya pada awak kan.Tak ada wanita lain yang bertakhta dalam jiwa raga saya melainkan awak sorang.Jadi mana mungkin saya jemu pada awak.Awak cakap macam ni,macam awak dah mula terima saya je.''
''Awak jangan merepek ya.''
Faizal tertawa riang serkap jarangnya mengena.Seketika mereka berbual lagi.
Setelah memutuskan talian,Faizal masih senyum sendiri.Hatinya berbunga riang bak bunga kembang mekar di taman.Eh!Dalam hatiku sudah ada taman la.Rajuknya ternyata tidak berpanjangan lantaran rasa bersalah lebih menghimpit perasaan.Senak fikirannya jika sehari tidak mendengar suara gadis itu.Memang sudah parah aku ni!Getus Faizal sendiri.Ish..kalau ibu nampak aku macam ni tentu kena perlilah jawabnya.Mau malu setahun aku.Aduhai hati...
Sementara itu di fikiran Dian pula ada kekeliruan yang bertandang.Apa yang aku buat ni?Bukankah aku tak mahu menerima dia tapi kenapa aku masih nak berkawan lagi dengan dia?Kelirunya.
Oh!Hati janganlah begini.Dian baring sambil pandang ke siling.Di fikirannya penuh dengan lelaki tu.Di sebelah hatinya bagai sudah bersedia untuk menerima kehadiran lelaki tu namun di sebelah lagi masih dalam keraguan.Mungkinkah aku patut bagi peluang kepada diriku sendiri untuk menerimanya?

Saturday, December 7, 2013

SESUCI CINTA DIAN 14

                                                      


 Fakrul turun ke bawah setelah selesai mandi dan bersolat maghrib.Punggung di labuhkan ke sofa berangkai tiga di ruang tamu itu.Setelah beberapa kali mengerjakan solat sunat akhirnya ketenangan dapat juga di capainya sedikit.Walau pun kekesalan masih bersarang di jiwanya.Tangannya segera mencapai remote yang berada di atas meja sofa.Skrin yang tadinya kosong kini telah terisi dengan wajah seorang ustaz yang sedang berceramah di rancangan Kalau Dah Jodoh.Fakrul leka dengan pengisian yang di berikan oleh ustaz itu.
Memang benar jodoh itu kerja Tuhan.Soal mati juga urusan Tuhan.Kita sebagai manusia ini tidak wajar mempersoalkannya.Apa yang penting bagi kita umatNYA adalah menghadapi segala dugaan yang di berikan dengan sabar dan tabah hati.
Fakrul terasa insaf dengan kata-kata dari ustaz itu.Betapa luas alam ciptaan Tuhan ini pasti ada seseorang yang akan menjadi jodohnya suatu hari nanti.Nafas panjang di lepaskan.Teringat akan dirinya sepotong ayat dari tafsir Al-Quran yang di bacanya beberapa hari yang lalu dari surah Al-Baqarah ayat 153,sesungguhnya ALLAH S.W.T bersama orang-orang yang sabar...
Fakrul terasa betapa dirinya telah hampir lupa akan kuasa Yang Satu itu.Mujur dia cepat tersedar akan kekhilafan diri.Selama ini bukan dia tidak solat namun ada ketikanya dia terlalai dengan  kesibukan mengulangkaji pelajaran dan pelawaan kawan-kawan untuk berseronok di luar.Dian selalu mengingatkan dia tentang kewajipannya itu.Sikap sambil lewanya itu sudah selalu benar mendapat teguran dari gadis itu.Kini tiada lagi kata-kata nasihat atau dalam kata lain bebelan dari bibir mungil gadis itu yang akan di dengarinya lagi.
Dian!!Satu nama itu telah membuatkan hidup dia menjadi penasaran.Fakrul meraup wajah seketika.Hatinya hiba bila teringatkan Dian.Luka yang ada masih belum terubat sepenuhnya.Fakrul pegang dada.
YA ALLAH!Tenangkan hatiku ini.Sebutir mutiara jernih menitis ke pipi.Terlalu kuat pengaruh yang di tinggalkan Dian buat Fakrul,sehingga hidupnya kini terasa kosong.
YA ALLAH!Andai dia bukan jodohku kau hapuskanlah perasaan ini.
Makin lebat mutiara jernih itu merembas ke pipinya.Fakrul pasrah.Kekesalan sudah tiada ertinya lagi.Nafas panjang di lepaskan.Cuba menenangkan dirinya yang kian hanyut melayan perasaan.Bibirnya beristighfar panjang.
Fakrul sedar kalau dia cuba memaksa Dian memberi penjelasan belum tentu gadis itu akan berterus-terang.Maka dia cuba bertoleransi dengan perasaannya sendiri.Dia akan cuba untuk tidak mempersoalkan lagi tentang perkara itu.Apa yang penting kini adalah pelajarannya.Sudah beberapa kali dia gagal untuk menumpukan perhatian di dalam kelas.Teringatkan peringatan yang di beri oleh Puan Haliza beberapa hari yang lalu tentang sikapnya.Amaran keras dari pensyarahnya itu kini terngiang-ngiang di fikiran.
Dia tidak mahu gagal di dalam tahun akhir ni.Papanya tentu akan kecewa seandainya dia gagal.Harapan yang begitu tinggi dari papanya itu untuk meihat dia berjaya menjadikan Fakrul sedar akan tanggungjawab yang bakal di pikulnya.Sebagai anak tunggal dia tidak mempunyai pilihan lain.Sebaik habis belajar nanti dia akan menjalankan tugas baru di dalam syarikat kontraktor yang di miliki oleh papanya.
Papa!Maafkan Rul...Rul akan cuba menjadikan impian papa satu kenyataan.
Jam di dinding di pandang,sudah hampir masuk waktu isyak,Fakrul segera bangkit sambil memadamkan siaran televisyen lantas dia naik semula ke bilik.Papa dan mamanya tiada di rumah kerana menghadiri sebuah majlis di rumah kawan papa.Mama Fakrul ada mengajaknya pergi sekali namun Fakrul memberi alasan hendak mengulangkaji pelajaran.Mulanya mama mendesak namun dengan campur tangan dari papa Fakrul terlepas dari mengikut kehendak orangtua itu.Masam juga muka mamanya sewaktu dia menolak pelawaan itu.

Malam itu Dian menerima panggilan dari Faizal.
''Assalammualaikum..''
''Waalaikummussalam.. ''
''Buat apa tu?''Tanya Faizal.
''Tengah telefon.''Jawab Dian selamba.
Faizal hanya mampu ketawa.
''Nakal awak ya.''Dian menggigit jari.
''Saya tanya awak sebelum awak jawab panggilan saya ni,awak buat apa?''
''Maaf,saya gurau aje,baru nak tarik selimut nak tidur.Yang awak ni malam-malam dah tak ada kerja lain ke,mengacau anak dara orang.''
''Pasal dah tak ada kerjalah saya kacau awak,rindu nak borak dengan awak.''
''Awak ni dah angau.''
''Angaukan awak lah.''Geram Dian dengan Faizal yang sengaja hendak mencari pasal dengannya itu.
''Awak..saya nak tidurlah.''
''Eh!Nantilah dulu,saya belum puas nak borak dengan awak lagi.''
''Tapi saya dah mengantuk.''
''Jangan nak bagi alasan ya,baru pukul berapa dah mengantuk ni?Penat sangat ke?Rasanya saya tak bagi awak banyak kerja sangat hari ni.''
Terkial-kial Dian cuba mencari alasan lagi.Apalah nasib jumpa lelaki yang tak makan saman ni.Dah kata tak mahu pun masih nak cuba nasib lagi.Bengang Dian dengan sikap Faizal,ada saja kata-katanya yang hendak di pintasnya.
''Awak esok kita keluar,ya.''
Dian mengeluh.Memang degillah lelaki ni.
''Saya sibuk.''
''Saya tak kira,esok lepas kerja saya tunggu awak kat tempat parkir.Jangan nak cuba mengelak dari saya.''
Keputusan Faizal tegas,dia tidak mahu bertolak ansur langsung dengan Dian.Hendak tak hendak Dian terpaksa juga bersetuju. 

Seperti yang di janjikan petang itu,Faizal awal-awal lagi sudah menuggu Dian di tempat letak kereta.Setelah Dian masuk,Faizal segera memandu keretanya itu ke jalan besar.
''Kita nak ke mana?''Tanya Dian bila di lihatnya Faizal leka dengan pemanduannya.Hanya senyuman yang kelihatan di wajah lelaki itu.Dian keliru dengan Faizal yang tiba-tiba tidak mahu melawan katanya.
''Awak.. saya tanya awak ni,kita nak pergi ke mana?''Suaranya di keraskan sedikit.
''Kalau saya cakap tak ada pulak kejutannya.''Selamba Faizal berkata.
''Awak jangan buat benda yang saya tak suka ya,nanti saya terjun dari kereta ni baru awak tau.''
''Eh,awak ni jangan macam tu.Kenapa tiba-tiba nak marah ni?''
Dian cuba menenangkan dirinya.
''Maaf,saya bukan marahkan awak cuma hati saya tak sedap bila awak nak buat kejutan pada saya.''
''Saya tak terniat nak buat yang bukan-bukan pada awak,janganlah risau.''
Dian pandang sekilas lelaki itu.Faizal meneruskan pemanduan tanpa berkata apa-apa lagi.Setelah kereta yang di pandu Faizal tiba di depan sebuah rumah banglo tiga tingkat mereka segera turun.Dia menekan loceng di pintu pagar rumah itu.
''Rumah siapa ni?''Tanya Dian.Faizal hanya tersenyum dan kemudian pintu pagar itu terbuka.Faizal mengajak Dian masuk ke laman rumah itu.Tidak lama kemudian pintu rumah itu terbuka dan muncul seorang wanita yang berusia.
''Assalammualaikum..nek.''
''Waalaikummussalam..YA ALLAH!Kamu Faizal,mimpi apa datang petang-petang macam ni?''
''Mimpi apa pulak nenek ni,takkan Faizal datang pun tak boleh?''Mereka berpelukan mesra.
''Nek,ni Faizal kenalkan kawan sepejabat Faizal,Dian.''Dian bersalaman dengan perempuan tua yang di panggil nenek oleh Faizal itu.
''Kamu ni teman wanita Faizal ke?''Tanya orangtua itu sambil menyambut salam Dian.Dian kaget.Faizal di sebelah sudah tersenyum simpul.
''Kami kawan saja,nek.''Tersenyum orangtua itu sambil menarik Dian masuk ke dalam rumah.
''Mari masuk,kita minum-minum dulu.Rezeki kamu hari ni sebab mak cik Esah tengah buat sarapan petang.Ujar orangtua itu sambil menarik tangan Faizal juga.
Mereka duduk di sofa empuk berwarna coklat tua.Hiasan di ruang tamu itu membuatkan Dian terkagum sejenak.Bertuah sungguh hidup sebagai orang berada.Terasa betapa kerdil diri untuk berada di situ.Orangtua yang di panggil nenek tadi sudah menghilang ke dapur.
''Siapa tu?''
''Dia nenek saudara saya,ibu Encik Malik.''
''Kenapa awak bawak saya ke sini?''
''Saja nak kenalkan dengan dia.Lagi pun saya tak ada nenek kandung lagi.Kalau saya bawak awak balik rumah nanti awak marah pulak.Yalah..awak bukan mahu pun kalau saya kenalkan pada orangtua saya.Kita pun bukan ada hubungan yang rasmi.Awak sendiri susah nak buat keputusan untuk menerima diri saya.Jadi ini salah satu cara saya nak yakinkan awak yang keluarga saya bukan jenis yang pandang pangkat dan kedudukan.''Jelas Faizal dengan panjang lebar. 
Dian terdiam sambil meramas jari jemarinya yang runcing.Tidak beberapa lama kemudian muncul orangtua itu bersama seorang wanita yang separuh umur sambil menatang dulang yang berisi minuman dan kuih muih.
''Assalammualaikum.. makcik Esah,''Ucap Faizal sambil bersalam dengannya.Dian turut bangun untuk bersalam sama.
''Waalaikummussalam..lama kamu tak datang sini,Faizal.''Tanya Mak cik Esah.
''Sibuk sikit mak cik.Banyak kerja kat pejabat tu.''
''Siapa namanya kawan kamu ni Faizal,lupa pulak nenek.''
''Dian,nek.''
''Oh,Dian..kamu dah lama ke kenal?''
''Tak lama sangat,dia baru beberapa bulan kerja kat tempat Faizal.''
''Nama nenek ni Fatimah.jemputlah minum.''Ujar orangtua sambil menghulurkan minuman kepada Dian.
''Terima kasih,nek.''Ucap Dian sambil menyambut cawan itu.Faizal mengambil sendiri minuman yang terhidang.
''Kamu ni dari mana?''
''Dari pejabat nek.Saja bawak Dian ke sini,dah lama saya tak datang jenguk nenek.''
''Emm..kamu tu kalau tak ada hal,jangan haraplah nak muncul kat rumah ni.''Faizal hanya tersengih.
''Kamu ni tengah bercinta ke?''Selamba saja ayat yang keluar dari mulut nenek Fatimah.
Dian terkedu.Faizal sudah tergaru-garu kening.Tidak tahu bagaimana untuk menjawab.
''Erk..kami tak ada apa-apa cuma kawan sekerja saja,nek.''
''Kalau tak ada apa-apa kenapa kamu bawa dia ke mari?''
''Betul,nek kami cuma kawan lagi pun siapalah Faizal ni,mana layak nak berganding dengan dia.''
Saja Faizal menekankan ayat itu untuk membuatkan Dian terasa.Dian pula hanya mampu berdiam diri sambil meramas-ramas jari jemarinya.Dia tahu Faizal cuba membuatkan dia serba salah.
''Hai,kamu ni Faizal berani sungguh bawak anak dara orang ke sana sini,kalau orangtua dia marah macam mana?''Nenek Fatimah sudah mula hendak membebel.
''Orangtua Dian dah tak ada nek,mereka dah meninggal.''Cepat-cepat Faizal menerangkan situasi  sambil memandang sekilas ke arah Dian.Gadis itu hanya menundukkan wajah.
''Oh,macam tu..maafkan nenek ya,nenek tak tahu.''Ujar nenek Fatimah sambil memegang tangan Dian dan mengusapnya perlahan.
''Tak apalah nek,saya dah biasa.''Dian turut membalas usapan tangan orangtua itu.
''Ha,Faizal..ibu kamu macam mana,dah lama nenek tak dengar khabar,dah jarang dia nak ke mari.''
Segera nenek Fatimah mengalihkan topik perbualan mereka kerana tidak mahu hal yang agak sedih itu di bicarakan lagi.
''Biasalah nek,ibu tu kan sibuk dengan butik dan persatuan dia.''
''Kok ya pun takkan tak ada masa nak jenguk nenek kat sini,bukan jauh sangat pun.''
''Nantilah Faizal cakap dengan ibu,yang nenek dah rindu sangat dengan dia.''
Hampir sejam mereka menghabiskan masa berbual dengan nenek Fatimah dan akhirnya mereka meminta diri untuk pulang.
Setelah berada di dalam kereta,mereka hanya membisukan diri.Hanya alunan muzik dari corong radio yang menemani suasana.
''Kenapa senyap,dah tak ada modal nak cakap ke?''
''Tak ada apa nak cakapkan lebih baik diam.''Balas Dian sambil memandang sekilas wajah Faizal.Ada kerutan di situ.
''Awak marah dengan saya ke?''Soal Faizal.Dian menggelengkan kepala.
''Kalau tak marah kenapa awak senyap.Saya boring tau tak dengar suara awak.''
''Jangan nak mengada-ngadalah.''
''Ha..boleh pun bercakap ingat tadi dah bisu.''Sindir Faizal.
''Awak kalau tak sakitkan hati saya tak boleh ke?''
''Ala..saya bergurau je,takkan itu pun nak marah.''
''Boleh tak awak bawak kereta tu cepat sikit.''Pinta Dian.Faizal tersengih sambil mengusik Dian lagi.
''Saya takkan bawak laju kalau awak cakap macam tu.''
Kereta itu bertambah perlahan.Mujur saja keadaan jalan raya waktu itu tidak berapa sibuk.Dian menarik nafas panjang cuba bersabar dengan kerenah lelaki itu.
''Yang awak ni tiba-tiba nak marah kenapa?Awak tak suka saya bawak awak jumpa nenek saudara saya tu ke?''
''Lain kali kalau awak nak buat kejutan pun jangan sampai saya rasa serba salah.Awak ni suka mendesaklah.''
''Memang saya suka mendesak,selagi awak tak terima saya,selagi tu saya takkan putus asa.Awakkan tak ada hubungan dengan pak we awak tu,kenapa susah sangat awak nak terima saya?Tak boleh ke awak pertimbangkan saya untuk menjadi teman hidup awak.''
''Saya dah katakan pada awak kan yang saya nak sambung belajar lagi,jadi mana saya ada masa nak jalinkan hubungan dengan sesiapa ketika ini?''Tegas Dian mempertahankan pendiriannya.
Faizal terasa bengang mendengar Dian berkata begitu.Suasana hening seketika.
''Awak tahu tak saya takut kehilangan awak.Ini kali pertama saya jatuh cinta jadi saya tak mahu kehilangan cinta ini.Hati saya benar-benar ikhlas untuk awak.Saya tak boleh bayangkan kalau awak hilang dari saya.''
Akhirnya terhambur jua apa yang di pendamnya selama ini.Faizal sudah tidak malu mengakui perasaannya yang sebenar.Dian kaku membisu saat ayat itu bergema di gegendang telinganya.
''Saya tak percaya yang awak tak ada perasaan pada saya.Dari pandangan mata dan tingkah laku awak saya dapat rasakan yang awak juga ada menyimpan rasa yang sama.Apa salahnya kalau awak mengaku saja,tak perlu awak nak lindung atau tutup hati awak dari rasa itu.Dian kalaulah hati saya ni awak boleh nampak tentu awak takkan ragu-ragu untuk menerima saya.''Begitu panjang lebar Faizal meluahkan perasaannya.Berharap sangat agar gadis itu memahaminya.
Tiada apa yang mampu di balas oleh Dian,dia hanya mendiamkan diri sambil pandangan di lepaskan keluar.Faizal ikut mendiamkan diri.Sudah malas hendak berkata lagi,cukuplah apa yang terluah dek mulutnya tadi.Tumpuannya kini di hala ke jalanraya.Cuba melayan rasa kecewa dengan sikap degil gadis di sebelahnya itu.

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...