Setelah menghantar Dian di depan rumah Faizal segera memecut keretanya meninggalkan kawasan perumahan itu.Kereta di lencongkan ke sebuah kawasan bukit yang sering menjadi tempat dia melepaskan perasaan sekiranya hatinya berasa runsing.Turun dari kereta dia bertenggek di atas sebuah bongkah batu yang agak besar di situ.Termenung melayan perasaan sendiri.
Hampir setengah jam kemudian rintik-rintik hujan mula turun.Faizal membiarkan dirinya lencun.Tidak berganjak sedikit pun.Lama dia berteleku di situ sehingga diri terasa sejuk barulah dia masuk ke dalam kereta.Kenapa terlalu keras hati kau Dian?Apa yang harus aku lakukan lagi untuk memenangi hati yang satu itu.
Keesokkan hari Dian bekerja seperti biasa.Bila sampai di pejabat di lihatnya bilik Faizal gelap gelita dan tidak berpenghuni.Ke mana pulak dia pergi?Selalunya waktu macam ni dia dah masuk kerja.
Sejak dari semalam dia tidak senang hati di tambah pula pagi ini kelibat lelaki itu tidak kelihatan.Dian bertanya kepada Maria yang sedang sibuk menaip sesuatu di komputer.Namun jawapan yang di terima agak mengejutkan,Maria memberitahu yang Faizal demam dan telah memohon cuti sakit selama dua hari.Bukan semalam dia ok aje ke?Kenapa pulak boleh demam?Dian bingung.
Dian mencapai telefon bimbit di dalam tas tangan dan cuba mendail nombor Faizal.Beberapa minit menanti balasan namun hampa.Talian di sebelah sana tidak bersambut.Dian menyimpan semula telefon.Tumpuan cuba di berikan pada tugasan yang menanti.
Tengahari itu seperti biasa dia turun makan di restoran berdekatan dengan Lina.
''Kau tahu tak kenapa Encik Faizal tak datang kerja hari ni?''
Lina menjongketkan bahu tanda tidak tahu.
''Apa pasal pulak?''Lina bertanya sambil menghirup minumannya.
''Aku dapat tahu dari Maria dia demam.''
''Ha!Macam mana pulak dia boleh demam,bukan semalam dia sihat-sihat aje aku tengok.''Berkerut kening Lina memikirkan perkara itu.
''Semalam aku bertekak dengan dia.''
''Pasal apa?''
''Dia bawak aku jumpa nenek saudara dia.''Bulat mata Lina mendengarnya.
''La...ya ke?Kenapa dia buat macam tu?''
''Entahlah.Balik dari rumah nenek dia tu kami selisih faham sikit.Aku tak suka dia buat aku macam tu,Lagi pun orangtua tu dah mula syak yang aku dengan dia ada hubungan.''
''Dia terlalu menyayangi kau,apa kata kau bagi dia peluang mungkin korang berdua serasi bersama.''
''Aku nak sambung belajar balik.Aku tak mahu soal cinta ni mengganggu konsentrasi aku.''
''Dian..Dian..belajar sambil bercinta tak salah rasanya cuma kau kena pandai membahagikan masa.Lagi pun dah ada orang nak jaga kau,apa yang kau nak risau sangat.Aku tengok dia dah gila sangat kat kau takkan sampai hati kau lukakan perasaan dia.''
Begitu panjang lebar Lina cuba menasihati sahabatnya itu.Dian cuma mampu termenung.Nasi di dalam pinggan hanya di pandang saja.Sudah tak larat untuk di habiskan Tumpul seleranya.
''Aku takut terluka lagi.''
Nah!Itulah sebab sebenarnya mengapa dia menolak lamaran cinta dari Faizal.Dian takut untuk memulakan langkah baru.Wajah di raup perlahan.
''Tapi kau nampak gelisah bila tahu dia sakitkan.''
''Dia ketua kita tentu aku prihatin juga pada dia.''Lina tersenyum penuh makna.
''Cakap aje lah yang kau suka pada dia habis cerita,tak payah nak pening-peningkan kepala.Kesian aku tengok dia masih juga menunggu bagai menunggu buah yang tak gugur.''
''Biarlah dia menunggu sampai bila-bila pun,apa aku peduli.''
''Hei...jangan cakap macam tu,aku tahu kau tak sampai hati nak buat dia macam tu,jadi buatlah sesuatu agar dia tidak menaruh harapan lagi pada kau.''
Dian memandang temannya itu dengan wajah yang keliru.
Setelah dua hari mengambil cuti sakit,Faizal kembali bekerja semula.Dengan wajah yang masih sugul,dia tetap meneruskan tugasnya.Dian rasa ragu-ragu untuk masuk ke dalam bilik lelaki itu walau pun di tangannya ada laporan yang memerlukan semakannya.Apa yang patut aku buat?Muka dia nampak macam marah lagi.Karang kalau aku masuk dia sembur aku tak ke naya?Tapi benda ni perlukan kelulusan dia.Ah!Masuk ajelah.Kalau dia nak marah pun aku redha aje la.
Pintu bilik Faizal di ketuk perlahan.
''Masuk!!''
Faizal tergamam seketika bila wajah itu menyapa pandangannya namun dia cuba mengawal perasaan dengan berlagak selamba.
''Maaf Encik Faizal saya ada dokumen yang perlukan semakan dan tanda tangan Encik.Dian cuba mengawal degupan di jantungnya saat itu.Dokumen yang di hulur gadis di ambil dan di telitinya sebelum menandatanganinya.Dian masih tegak mematung sedangkan Faizal sudah menghulurkan dokumen itu kembali.Fikirannya sarat dengan pertanyaan.
''Ada apa-apa lagi?''
''Err...awak sihat?''Meletus jua apa yang sarat di mindanya saat ini.
Faizal menyandar di kerusi sambil memandang kosong wajah itu.
''Perlu ke awak ambil berat pasal saya lagi,bukan ke antara kita tiada apa-apa yang memerlukan awak menyoal saya begitu.''
Pedas sungguh kata-kata itu.Dian terasa di sindir.Wajahnya tertunduk sayu.Terkilan.Dokumen di tangan di campak ke atas meja.Dengan tangan yang terketar-ketar Dian mengambil.Tidak mampu berkata apa-apa lagi dan terus keluar dari bilik itu.Dian terasa dengan kata-kata yang di lontarkan.Ternyata dia masih marah dengan aku.Salah aku juga tidak prihatin dengan perasaan dia.Ah!Kenapa aku terasa sayu bila dia kata macam tu?Apakah hatiku sudah mula menerima dirinya?Hai,hati kenapa jadi begini?
Sementara itu di dalam biliknya ,Faizal termenung panjang.Ada rasa bersalah yang menghimpit dada.Kalau di ikutkan perasaan,mahu saja dia meminta maaf kepada Dian di atas ketelanjuran bahasanya namun dia sengaja mengeraskan hati dan ego agar gadis itu sedar akan perasaannya.
Sementara itu Dian yang sedang dalam di lema, makin sukar untuk menumpukan perhatian terhadap tugasannya.Hatinya terasa terguris dengan kata-kata yang Faizal lemparkan tadi.Sehingga ke petang wajahnya tetap murung.
Sebuah mug di hulur di depan mata Dian.Lamunannya terhenti seketika.Mug itu di sambut perlahan.
''Terima kasih.''
''Jauhnya kau menung dah sampai ke mana?Sindiran halus keluar dari mulut Lina.
Punggung di labuhkan di sisi Dian sambil matanya terarah ke peti televisyen.Dian cuma mengeluh.Air di dalam mug itu di teguk perlahan.
''Jangan banyak berfikir,kalau kau sakit siapa yang susah,aku jugak.''Dian hanya tersenyum nipis.
''Kau dah berbaik dengan dia ke?''Dian geleng.
''Aku nak buat macam mana lagi kalau dia tak mahu maafkan aku.''
''Jadi dia memang betul-betul marah dengan kau lah ni?''Dian angguk perlahan.
''Hmm...sudahlah kau jangan sedih sangat,mungkin bila hati dia dah sejuk tentu dia akan maafkan kau.''
Terfikir juga Dian alangkah bagus kalau dia mampu menerima lelaki itu tanpa rasa ragu-ragu.Bolehkah aku dan dia menjadi pasangan yang bahagia?
Ah!!Bukankah aku dengan terang-terang sudah menolak dirinya.Untuk apa aku kalut memikirkan dia lagi?Ada pertanyaan yang makin mengelirukan menunjal-nunjal ke benaknya.Dian segera sedar dari lamunan dan meminta diri untuk tidur.Lina hanya memandang gelagat sahabatnya itu dengan keliru.
Malam itu begitu meresahkan memikirkan dirinya yang terlanjur menuturkan kata-kata kasar siang tadi.Perlukah aku meminta maaf kepadanya?Berbisik pertanyaan di hati.Ah!Biar saja dia begitu agar dia tahu hati aku bukan mudah untuk di pujuk.Tapi kalau dia terus menjauhkan diri aku jugak yang rugi.Ah!!Kenapa susah sangat dia mahu terima aku?
YA ALLAH!!Apa yang harus aku lakukan lagi?Faizal menjadi nanar dengan tingkah laku gadis idamannya yang semakin hari semakin dia sayangi.Mana mungkin marah yang di hati akan berlarutan kerana wajah itu sentiasa menjadi igauan tidurnya.Mengapa hati ini masih berdegil untuk mengharap kasihnya lagi sedang dia sudah terang-terang menolak kasih yang cuba di hulur.Faizal memandang ke langit yang gelap.Tiada bintang mahu pun bulan yang menerangi bagai mengerti hatinya yang gundah gulana.
Dian!!Hatinya berbisik sayu.Bagai terdengar-dengar seseorang memanggil dirinya.Dian tersedar dari lena yang seketika.Ada debaran yang maha hebat melanda jiwanya.
YA ALLAH!Kenapa dengan aku ni?Kenapa jantungku rasa berdebar-debar?Seketika telefon bimbitnya berbunyi tanda ada mesej yang baru masuk.Segera Dian membukanya dan terpapar satu mesej.
MAAF!!Bila di lihat nombor yang terpapar Dian sedikit terkejut.Ada senyuman terukir di wajahnya.Kemudian telefon itu berbunyi lagi.Kali ini panggilan pula yang di terimanya.Dengan segera Dian menekan butang hijau.
''Assammualaikum..''Lembut suara itu bergema di cuping telinganya.
''Waalaikummussalam..''
''Apa khabar?Err...awak..buat apa tu?''Suara di hujung talian berbunyi lagi.
''Baik,tak buat apa-apa,baru bangun tidur.''
''Awal awak tidur.''
''Terlelap sekejap,entah apa yang membangunkan saya,tiba-tiba macam terdengar suara seseorang memanggil.''
Faizal terkedu.Baru sebentar tadi dia menyeru nama gadis itu.Apakah itu tandanya yang mereka ada jodoh?Kalau tidak masakan gadis itu dapat merasakan getaran suaranya.
''Saya minta maaf pasal siang tadi,boleh awak maafkan saya tak?''Terdiam Dian seketika bila Faizal berkata begitu.
''Tak ada apa-apa yang saya nak maafkan awak,saya yang bersalah sebab tak prihatin dengan perasaan awak.''
Erk..kenapa aku cakap macam ni?dah macam cakap dengan kekasih aje,hmm...Mereka terdiam seketika tidak tahu hendak kata apa lagi.
''Masih nak jadi kawan saya lagi?''Mulut Dian tiba-tiba bertanya.
''Kenapa awak cakap macam tu,siapa kata saya tak mahu kawan dengan awak lagi?''
''Manalah tau kalau awak dah jemu nak kawan dengan saya.''
''Dian,awak tahu hati saya pada awak kan.Tak ada wanita lain yang bertakhta dalam jiwa raga saya melainkan awak sorang.Jadi mana mungkin saya jemu pada awak.Awak cakap macam ni,macam awak dah mula terima saya je.''
''Awak jangan merepek ya.''
Faizal tertawa riang serkap jarangnya mengena.Seketika mereka berbual lagi.
Setelah memutuskan talian,Faizal masih senyum sendiri.Hatinya berbunga riang bak bunga kembang mekar di taman.Eh!Dalam hatiku sudah ada taman la.Rajuknya ternyata tidak berpanjangan lantaran rasa bersalah lebih menghimpit perasaan.Senak fikirannya jika sehari tidak mendengar suara gadis itu.Memang sudah parah aku ni!Getus Faizal sendiri.Ish..kalau ibu nampak aku macam ni tentu kena perlilah jawabnya.Mau malu setahun aku.Aduhai hati...
Sementara itu di fikiran Dian pula ada kekeliruan yang bertandang.Apa yang aku buat ni?Bukankah aku tak mahu menerima dia tapi kenapa aku masih nak berkawan lagi dengan dia?Kelirunya.
Oh!Hati janganlah begini.Dian baring sambil pandang ke siling.Di fikirannya penuh dengan lelaki tu.Di sebelah hatinya bagai sudah bersedia untuk menerima kehadiran lelaki tu namun di sebelah lagi masih dalam keraguan.Mungkinkah aku patut bagi peluang kepada diriku sendiri untuk menerimanya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...
No comments:
Post a Comment