Saturday, December 7, 2013
SESUCI CINTA DIAN 14
Fakrul turun ke bawah setelah selesai mandi dan bersolat maghrib.Punggung di labuhkan ke sofa berangkai tiga di ruang tamu itu.Setelah beberapa kali mengerjakan solat sunat akhirnya ketenangan dapat juga di capainya sedikit.Walau pun kekesalan masih bersarang di jiwanya.Tangannya segera mencapai remote yang berada di atas meja sofa.Skrin yang tadinya kosong kini telah terisi dengan wajah seorang ustaz yang sedang berceramah di rancangan Kalau Dah Jodoh.Fakrul leka dengan pengisian yang di berikan oleh ustaz itu.
Memang benar jodoh itu kerja Tuhan.Soal mati juga urusan Tuhan.Kita sebagai manusia ini tidak wajar mempersoalkannya.Apa yang penting bagi kita umatNYA adalah menghadapi segala dugaan yang di berikan dengan sabar dan tabah hati.
Fakrul terasa insaf dengan kata-kata dari ustaz itu.Betapa luas alam ciptaan Tuhan ini pasti ada seseorang yang akan menjadi jodohnya suatu hari nanti.Nafas panjang di lepaskan.Teringat akan dirinya sepotong ayat dari tafsir Al-Quran yang di bacanya beberapa hari yang lalu dari surah Al-Baqarah ayat 153,sesungguhnya ALLAH S.W.T bersama orang-orang yang sabar...
Fakrul terasa betapa dirinya telah hampir lupa akan kuasa Yang Satu itu.Mujur dia cepat tersedar akan kekhilafan diri.Selama ini bukan dia tidak solat namun ada ketikanya dia terlalai dengan kesibukan mengulangkaji pelajaran dan pelawaan kawan-kawan untuk berseronok di luar.Dian selalu mengingatkan dia tentang kewajipannya itu.Sikap sambil lewanya itu sudah selalu benar mendapat teguran dari gadis itu.Kini tiada lagi kata-kata nasihat atau dalam kata lain bebelan dari bibir mungil gadis itu yang akan di dengarinya lagi.
Dian!!Satu nama itu telah membuatkan hidup dia menjadi penasaran.Fakrul meraup wajah seketika.Hatinya hiba bila teringatkan Dian.Luka yang ada masih belum terubat sepenuhnya.Fakrul pegang dada.
YA ALLAH!Tenangkan hatiku ini.Sebutir mutiara jernih menitis ke pipi.Terlalu kuat pengaruh yang di tinggalkan Dian buat Fakrul,sehingga hidupnya kini terasa kosong.
YA ALLAH!Andai dia bukan jodohku kau hapuskanlah perasaan ini.
Makin lebat mutiara jernih itu merembas ke pipinya.Fakrul pasrah.Kekesalan sudah tiada ertinya lagi.Nafas panjang di lepaskan.Cuba menenangkan dirinya yang kian hanyut melayan perasaan.Bibirnya beristighfar panjang.
Fakrul sedar kalau dia cuba memaksa Dian memberi penjelasan belum tentu gadis itu akan berterus-terang.Maka dia cuba bertoleransi dengan perasaannya sendiri.Dia akan cuba untuk tidak mempersoalkan lagi tentang perkara itu.Apa yang penting kini adalah pelajarannya.Sudah beberapa kali dia gagal untuk menumpukan perhatian di dalam kelas.Teringatkan peringatan yang di beri oleh Puan Haliza beberapa hari yang lalu tentang sikapnya.Amaran keras dari pensyarahnya itu kini terngiang-ngiang di fikiran.
Dia tidak mahu gagal di dalam tahun akhir ni.Papanya tentu akan kecewa seandainya dia gagal.Harapan yang begitu tinggi dari papanya itu untuk meihat dia berjaya menjadikan Fakrul sedar akan tanggungjawab yang bakal di pikulnya.Sebagai anak tunggal dia tidak mempunyai pilihan lain.Sebaik habis belajar nanti dia akan menjalankan tugas baru di dalam syarikat kontraktor yang di miliki oleh papanya.
Papa!Maafkan Rul...Rul akan cuba menjadikan impian papa satu kenyataan.
Jam di dinding di pandang,sudah hampir masuk waktu isyak,Fakrul segera bangkit sambil memadamkan siaran televisyen lantas dia naik semula ke bilik.Papa dan mamanya tiada di rumah kerana menghadiri sebuah majlis di rumah kawan papa.Mama Fakrul ada mengajaknya pergi sekali namun Fakrul memberi alasan hendak mengulangkaji pelajaran.Mulanya mama mendesak namun dengan campur tangan dari papa Fakrul terlepas dari mengikut kehendak orangtua itu.Masam juga muka mamanya sewaktu dia menolak pelawaan itu.
Malam itu Dian menerima panggilan dari Faizal.
''Assalammualaikum..''
''Waalaikummussalam.. ''
''Buat apa tu?''Tanya Faizal.
''Tengah telefon.''Jawab Dian selamba.
Faizal hanya mampu ketawa.
''Nakal awak ya.''Dian menggigit jari.
''Saya tanya awak sebelum awak jawab panggilan saya ni,awak buat apa?''
''Maaf,saya gurau aje,baru nak tarik selimut nak tidur.Yang awak ni malam-malam dah tak ada kerja lain ke,mengacau anak dara orang.''
''Pasal dah tak ada kerjalah saya kacau awak,rindu nak borak dengan awak.''
''Awak ni dah angau.''
''Angaukan awak lah.''Geram Dian dengan Faizal yang sengaja hendak mencari pasal dengannya itu.
''Awak..saya nak tidurlah.''
''Eh!Nantilah dulu,saya belum puas nak borak dengan awak lagi.''
''Tapi saya dah mengantuk.''
''Jangan nak bagi alasan ya,baru pukul berapa dah mengantuk ni?Penat sangat ke?Rasanya saya tak bagi awak banyak kerja sangat hari ni.''
Terkial-kial Dian cuba mencari alasan lagi.Apalah nasib jumpa lelaki yang tak makan saman ni.Dah kata tak mahu pun masih nak cuba nasib lagi.Bengang Dian dengan sikap Faizal,ada saja kata-katanya yang hendak di pintasnya.
''Awak esok kita keluar,ya.''
Dian mengeluh.Memang degillah lelaki ni.
''Saya sibuk.''
''Saya tak kira,esok lepas kerja saya tunggu awak kat tempat parkir.Jangan nak cuba mengelak dari saya.''
Keputusan Faizal tegas,dia tidak mahu bertolak ansur langsung dengan Dian.Hendak tak hendak Dian terpaksa juga bersetuju.
Seperti yang di janjikan petang itu,Faizal awal-awal lagi sudah menuggu Dian di tempat letak kereta.Setelah Dian masuk,Faizal segera memandu keretanya itu ke jalan besar.
''Kita nak ke mana?''Tanya Dian bila di lihatnya Faizal leka dengan pemanduannya.Hanya senyuman yang kelihatan di wajah lelaki itu.Dian keliru dengan Faizal yang tiba-tiba tidak mahu melawan katanya.
''Awak.. saya tanya awak ni,kita nak pergi ke mana?''Suaranya di keraskan sedikit.
''Kalau saya cakap tak ada pulak kejutannya.''Selamba Faizal berkata.
''Awak jangan buat benda yang saya tak suka ya,nanti saya terjun dari kereta ni baru awak tau.''
''Eh,awak ni jangan macam tu.Kenapa tiba-tiba nak marah ni?''
Dian cuba menenangkan dirinya.
''Maaf,saya bukan marahkan awak cuma hati saya tak sedap bila awak nak buat kejutan pada saya.''
''Saya tak terniat nak buat yang bukan-bukan pada awak,janganlah risau.''
Dian pandang sekilas lelaki itu.Faizal meneruskan pemanduan tanpa berkata apa-apa lagi.Setelah kereta yang di pandu Faizal tiba di depan sebuah rumah banglo tiga tingkat mereka segera turun.Dia menekan loceng di pintu pagar rumah itu.
''Rumah siapa ni?''Tanya Dian.Faizal hanya tersenyum dan kemudian pintu pagar itu terbuka.Faizal mengajak Dian masuk ke laman rumah itu.Tidak lama kemudian pintu rumah itu terbuka dan muncul seorang wanita yang berusia.
''Assalammualaikum..nek.''
''Waalaikummussalam..YA ALLAH!Kamu Faizal,mimpi apa datang petang-petang macam ni?''
''Mimpi apa pulak nenek ni,takkan Faizal datang pun tak boleh?''Mereka berpelukan mesra.
''Nek,ni Faizal kenalkan kawan sepejabat Faizal,Dian.''Dian bersalaman dengan perempuan tua yang di panggil nenek oleh Faizal itu.
''Kamu ni teman wanita Faizal ke?''Tanya orangtua itu sambil menyambut salam Dian.Dian kaget.Faizal di sebelah sudah tersenyum simpul.
''Kami kawan saja,nek.''Tersenyum orangtua itu sambil menarik Dian masuk ke dalam rumah.
''Mari masuk,kita minum-minum dulu.Rezeki kamu hari ni sebab mak cik Esah tengah buat sarapan petang.Ujar orangtua itu sambil menarik tangan Faizal juga.
Mereka duduk di sofa empuk berwarna coklat tua.Hiasan di ruang tamu itu membuatkan Dian terkagum sejenak.Bertuah sungguh hidup sebagai orang berada.Terasa betapa kerdil diri untuk berada di situ.Orangtua yang di panggil nenek tadi sudah menghilang ke dapur.
''Siapa tu?''
''Dia nenek saudara saya,ibu Encik Malik.''
''Kenapa awak bawak saya ke sini?''
''Saja nak kenalkan dengan dia.Lagi pun saya tak ada nenek kandung lagi.Kalau saya bawak awak balik rumah nanti awak marah pulak.Yalah..awak bukan mahu pun kalau saya kenalkan pada orangtua saya.Kita pun bukan ada hubungan yang rasmi.Awak sendiri susah nak buat keputusan untuk menerima diri saya.Jadi ini salah satu cara saya nak yakinkan awak yang keluarga saya bukan jenis yang pandang pangkat dan kedudukan.''Jelas Faizal dengan panjang lebar.
Dian terdiam sambil meramas jari jemarinya yang runcing.Tidak beberapa lama kemudian muncul orangtua itu bersama seorang wanita yang separuh umur sambil menatang dulang yang berisi minuman dan kuih muih.
''Assalammualaikum.. makcik Esah,''Ucap Faizal sambil bersalam dengannya.Dian turut bangun untuk bersalam sama.
''Waalaikummussalam..lama kamu tak datang sini,Faizal.''Tanya Mak cik Esah.
''Sibuk sikit mak cik.Banyak kerja kat pejabat tu.''
''Siapa namanya kawan kamu ni Faizal,lupa pulak nenek.''
''Dian,nek.''
''Oh,Dian..kamu dah lama ke kenal?''
''Tak lama sangat,dia baru beberapa bulan kerja kat tempat Faizal.''
''Nama nenek ni Fatimah.jemputlah minum.''Ujar orangtua sambil menghulurkan minuman kepada Dian.
''Terima kasih,nek.''Ucap Dian sambil menyambut cawan itu.Faizal mengambil sendiri minuman yang terhidang.
''Kamu ni dari mana?''
''Dari pejabat nek.Saja bawak Dian ke sini,dah lama saya tak datang jenguk nenek.''
''Emm..kamu tu kalau tak ada hal,jangan haraplah nak muncul kat rumah ni.''Faizal hanya tersengih.
''Kamu ni tengah bercinta ke?''Selamba saja ayat yang keluar dari mulut nenek Fatimah.
Dian terkedu.Faizal sudah tergaru-garu kening.Tidak tahu bagaimana untuk menjawab.
''Erk..kami tak ada apa-apa cuma kawan sekerja saja,nek.''
''Kalau tak ada apa-apa kenapa kamu bawa dia ke mari?''
''Betul,nek kami cuma kawan lagi pun siapalah Faizal ni,mana layak nak berganding dengan dia.''
Saja Faizal menekankan ayat itu untuk membuatkan Dian terasa.Dian pula hanya mampu berdiam diri sambil meramas-ramas jari jemarinya.Dia tahu Faizal cuba membuatkan dia serba salah.
''Hai,kamu ni Faizal berani sungguh bawak anak dara orang ke sana sini,kalau orangtua dia marah macam mana?''Nenek Fatimah sudah mula hendak membebel.
''Orangtua Dian dah tak ada nek,mereka dah meninggal.''Cepat-cepat Faizal menerangkan situasi sambil memandang sekilas ke arah Dian.Gadis itu hanya menundukkan wajah.
''Oh,macam tu..maafkan nenek ya,nenek tak tahu.''Ujar nenek Fatimah sambil memegang tangan Dian dan mengusapnya perlahan.
''Tak apalah nek,saya dah biasa.''Dian turut membalas usapan tangan orangtua itu.
''Ha,Faizal..ibu kamu macam mana,dah lama nenek tak dengar khabar,dah jarang dia nak ke mari.''
Segera nenek Fatimah mengalihkan topik perbualan mereka kerana tidak mahu hal yang agak sedih itu di bicarakan lagi.
''Biasalah nek,ibu tu kan sibuk dengan butik dan persatuan dia.''
''Kok ya pun takkan tak ada masa nak jenguk nenek kat sini,bukan jauh sangat pun.''
''Nantilah Faizal cakap dengan ibu,yang nenek dah rindu sangat dengan dia.''
Hampir sejam mereka menghabiskan masa berbual dengan nenek Fatimah dan akhirnya mereka meminta diri untuk pulang.
Setelah berada di dalam kereta,mereka hanya membisukan diri.Hanya alunan muzik dari corong radio yang menemani suasana.
''Kenapa senyap,dah tak ada modal nak cakap ke?''
''Tak ada apa nak cakapkan lebih baik diam.''Balas Dian sambil memandang sekilas wajah Faizal.Ada kerutan di situ.
''Awak marah dengan saya ke?''Soal Faizal.Dian menggelengkan kepala.
''Kalau tak marah kenapa awak senyap.Saya boring tau tak dengar suara awak.''
''Jangan nak mengada-ngadalah.''
''Ha..boleh pun bercakap ingat tadi dah bisu.''Sindir Faizal.
''Awak kalau tak sakitkan hati saya tak boleh ke?''
''Ala..saya bergurau je,takkan itu pun nak marah.''
''Boleh tak awak bawak kereta tu cepat sikit.''Pinta Dian.Faizal tersengih sambil mengusik Dian lagi.
''Saya takkan bawak laju kalau awak cakap macam tu.''
Kereta itu bertambah perlahan.Mujur saja keadaan jalan raya waktu itu tidak berapa sibuk.Dian menarik nafas panjang cuba bersabar dengan kerenah lelaki itu.
''Yang awak ni tiba-tiba nak marah kenapa?Awak tak suka saya bawak awak jumpa nenek saudara saya tu ke?''
''Lain kali kalau awak nak buat kejutan pun jangan sampai saya rasa serba salah.Awak ni suka mendesaklah.''
''Memang saya suka mendesak,selagi awak tak terima saya,selagi tu saya takkan putus asa.Awakkan tak ada hubungan dengan pak we awak tu,kenapa susah sangat awak nak terima saya?Tak boleh ke awak pertimbangkan saya untuk menjadi teman hidup awak.''
''Saya dah katakan pada awak kan yang saya nak sambung belajar lagi,jadi mana saya ada masa nak jalinkan hubungan dengan sesiapa ketika ini?''Tegas Dian mempertahankan pendiriannya.
Faizal terasa bengang mendengar Dian berkata begitu.Suasana hening seketika.
''Awak tahu tak saya takut kehilangan awak.Ini kali pertama saya jatuh cinta jadi saya tak mahu kehilangan cinta ini.Hati saya benar-benar ikhlas untuk awak.Saya tak boleh bayangkan kalau awak hilang dari saya.''
Akhirnya terhambur jua apa yang di pendamnya selama ini.Faizal sudah tidak malu mengakui perasaannya yang sebenar.Dian kaku membisu saat ayat itu bergema di gegendang telinganya.
''Saya tak percaya yang awak tak ada perasaan pada saya.Dari pandangan mata dan tingkah laku awak saya dapat rasakan yang awak juga ada menyimpan rasa yang sama.Apa salahnya kalau awak mengaku saja,tak perlu awak nak lindung atau tutup hati awak dari rasa itu.Dian kalaulah hati saya ni awak boleh nampak tentu awak takkan ragu-ragu untuk menerima saya.''Begitu panjang lebar Faizal meluahkan perasaannya.Berharap sangat agar gadis itu memahaminya.
Tiada apa yang mampu di balas oleh Dian,dia hanya mendiamkan diri sambil pandangan di lepaskan keluar.Faizal ikut mendiamkan diri.Sudah malas hendak berkata lagi,cukuplah apa yang terluah dek mulutnya tadi.Tumpuannya kini di hala ke jalanraya.Cuba melayan rasa kecewa dengan sikap degil gadis di sebelahnya itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...
No comments:
Post a Comment