Tuesday, November 12, 2013
SESUCI CINTA DIAN 13
Petang itu Dian pulang dengan menaiki teksi.Lina telah keluar awal kerana mengikut Encik Malik bermesyuarat di luar.Setelah mengunci pintu Dian segera masuk ke bilik dan mandi.Selesai mandi dan menyarung pakaian Dian segera ke ruang tamu dan menonton televisyen.Nasib baik juga solat Asar telah di laksanakannya di pejabat tadi jadi dia tidak perlu tergesa-gesa untuk bersolat.Terasa bosan pula bila tinggal seorang diri.Siaran di televisyen tiada pula yang menarik minatnya.
Telefon di atas meja tiba-tiba berbunyi.Dian mengambilnya dan memandang skrin,terpapar nama Faizal di situ.Segera butang hijau di tekan.
''Assalammualaikum...''Ucap lelaki itu dengan suara serak-serak basah.
''Waalaikummussalam...''
''Kenapa suara awak lain macam aje,awak tak sihat ke?''Terus Dian menyoal bila telinganya mendengar suara Faizal yang agak berlainan.
''Saya selsema sikit,semalam kena hujan.''Jelas Faizal.
''Dah pergi klinik ke?''Tanya Dian sedikit gusar.
''Dah,sekarang saya dah nak balik ni.Dah nak sampai rumah pun.Dian,boleh tak saya nak ajak awak keluar petang esok lepas kerja.''
Dalam sakit-sakit pun sibuk nak ajak aku keluar lagi?Hmm...
''Encik,saya rasa elok Encik berehat di rumah saja sebab Encik tentu penatkan balik dari jauh lagi pun sekarang Encik kan tak sihat.''
''Tapi saya nak jumpa awak.''Manja la pulak suara Faizal.
''Kalau Encik nak jumpa saya Encik kena sihat dulu.''Suara Dian cuba memujuk.
''Dian terima kasih sebab ambil berat pasal saya.''Dian tersenyum simpul.
Tak sedar kata-katanya tadi telah membuatkan lelaki itu terusik hati.Awak janji dengan saya ya,bila saya dah sihat nanti kita keluar.''
Dian serba salah namun bila memikirkan keadaan lelaki itu terpaksa juga dia bersetuju.
Dua hari selepas itu Dian menerima mesej dari Faizal.Lelaki itu tidak sabar-sabar ingin mengajak Dian keluar.Mereka telah bersetuju untuk bertemu setelah habis waktu kerja.
Dian sedikit gelisah bila sampai waktu itu kerana Faizal masih tidak keluar dari bilik Encik Malik.Jadi ke tidak lelaki ni nak ajak aku keluar?Tertanya-tanya benak Dian sambil tangannya pantas mengemaskan meja.
Selesai mengemas Dian segera turun ke bawah.Nampaknya aku terpaksa naik teksi petang ni.Lina awal-awal tadi sudah pulang kerana Dian mengatakan akan keluar dengan Faizal.Sewaktu kakinya hendak melangkah turun,suara itu menyapanya
''Awak nak ke mana tu?''Dian terkejut.Serta-merta langkahnya terhenti.Dia berpaling dan terpandang raur wajah yang kacak itu sedang merenungnya dengan pandangan yang tajam.
''Err...saya nak balik.''
''Awak dah lupa janji kita?''
''Tak,saya ingat tadi awak yang lupa.Lama sangat awak dalam bilik Encik Malik.''
''Banyak sangat hal kami bincang tadi.Maaf ya,saya terlewat sikit.''
Ujar Faizal sambil tersengih.Dian senyum sambil menundukkan wajah.Tak sanggup rasanya hendak memandang lama-lama wajah tampan itu.
''Awak masih nak keluar dengan saya kan?''Dian mengangkat muka dan menganggukkan kepalanya.
Mereka berjalan beriringan menuju ke tempat Faizal meletakkan kereta.
Petang itu Faizal membawa Dian ke sebuah restoranSetelah memesan minuman Faizal merenung gadis di depannya itu dengan penuh kerinduan.Awak tahu tak kenapa saya lama dalam bilik Encik Malik tadi?''Berkerut kening Dian memandang Faizal.
''Kenapa pulak?''
''Mulanya memang kami berbincang tentang kerja tapi kemudian kami berbincang pula tentang awak.''
''Pasal saya,kenapa?''
''Pasal kerja awak ni saya dah bincangkan dengan dia untuk tukarkan tugas awak ni sebagai pekerja separuh masa jadi awak tak payah berhenti kerja lepas ni dan awak boleh menyambung pelajaran awak tanpa sebarang masalah lagi.''Terkejut Dian seketika.
''Awak tak patut buat macam tu.Nanti apa apa kata Encik Malik pula,saya tak mahu dia fikir yang bukan-bukan tentang kita.''Faizal mengulum senyuman.
''Awak takut ya?''
''Takut apa pulak?''
''Jangan risau dia faham dengan keadaan awak.Lagi pun dia bukan orang lain dengan saya,dia bapa saudara saya.''
''Saya tak tahu nak kata apa tapi saya ucapkan terima kasih sebab awak dah bersusah payah untuk saya. Tak tahu macam mana saya nak balas budi awak.''
''Awak nak balas budi saya?Ada caranya kalau awak nak balas.''Faizal sudah tersengih macam kerang busuk.Dah ke lain pulak lelaki ni.Fikir Dian.
''Awak jangan nak mulakan ya.''
''Mulakan apa?''
''Saya tahu apa yang awak fikirkan.''Sengihan Faizal makin panjang.
''Kalau awak tahu bila nak bagi saya jawapan?''
''Saya tak ada jawapan sekarang ini.''Tegas Dian meluahkan isi hatinya.
Pandangan di lepaskan keluar restoran.Entah kenapa perasaannya jadi hiba seketika.Tidak sanggup mulutnya untuk menolak terang-terang kehadiran lelaki itu namun untuk menerimanya juga dia tidak mampu.Faizal kecewa dengan jawapan itu.
''Awak ni keras kepala,ya.''
''Cinta tak boleh di paksa.''Pintas Dian dengan perlahan.Wajah di tundukkan memandang jari-jemari runcing miliknya.
Minuman yang mereka pesan akhirnya sampai.Faizal meminumnya dengan agak rakus.Geram hatinya dengan kedegilan gadis itu.Di antara mereka tiada yang bersuara saat itu.Masing-masing leka melayan perasaan sendiri.
Faizal bangun dan menuju ke kaunter pembayaran.Setelah selesai membuat pembayaran dia kembali ke meja.
''Kalau dah habis air awak tu mari kita balik.''Ujar Faizal sambil merenung telefon bimbit di tangannya.Dian bangun terkocoh-kocoh mengikut langkah lelaki itu.Dian sedar kata-katanya tadi membuatkan Faizal sedikit terguris hati.Tapi bukankah dia juga yang telah memberikan aku masa jadi kenapa dia tak sudah-sudah menanyakan hal yang sama?
Di dalam kereta masing-masing diam tidak berkutik.
''Awak marah dengan saya ke?''Suara Dian memecah kesunyian.
Faizal menjeling sekilas dan menggelengkan kepala.Tangan kirinya meraup wajah seketika.Mulutnya pula beristighfar cuba melawan perasaan sendiri.
''Maaf saya lupa janji saya pada awak hari tu.''
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...
No comments:
Post a Comment