Monday, November 4, 2013

SESUCI CINTA DIAN 12

Dian menceritakan apa yang terjadi di pantai siang tadi.Lina sekadar mampu menenangkan sahabatnya itu.
''Kau nak buat apa lepas ni?''
''Entahlah,aku pun pening ni.Nak aje aku lari jauh dari sini.Aku takut kalau dia dapat cari rumah ni pulak?Dia tu kalau dah nekad dia akan buat apa saja.''Ujar Dian lantas melepaskan nafas panjang.
''Kau jangan cakap macam tu pulak,kalau kau berhenti nanti mana kau nak cari kerja lagi?''
''Aku cakap aje belum tentu aku buat la.''
''Ish,kau ni buat aku cemas la ingat tadi kau betul-betul nak berhenti kerja,risau aku.''Dian tersenyum kelat.Pandangan di tala ke peti televisyen yang menayang sebuah drama melayu.Hanya matanya saja disitu tapi pemikirannya melayang jauh.
''Yan,kau jangan risau sangat pasal Fakrul tu,aku kan ada nanti aku akan pastikan kau selamat di rumah ni.''Dian pandang Lina lama.
''Kau memang kawan yang baik,terima kasih.''Tangan Dian mendarat ke tangan Lina lantas di genggamnya.
''Kalau bukan aku siapa lagi?''Lina tersenyum sambil cuba menyakinkan sahabatnya itu.Mereka terus berborak sambil meneruskan tontonan.Lina sedaya upaya menghiburkan hati sahabat yang di landa gundah gulana itu.

Sejak pertemuan di pantai itu jiwanya di landa badai yang semakin hebat.Perasaan marah ternyata gagal untuk di bendung lagi bahkan telah menjadi api yang membakar seluruh benaknya.Siapa lelaki di samping Dian itu?Kenapa mereka nampak mesra?Cepat betul Dian berubah.Apakah cintanya kepadaku hanya satu permainan?Sampai hati Dian menduakan aku.Argghh...
Kau kejam,yan!Kau kejam!Bergema suaranya di dalam bilik itu Nafasnya turun naik menahan amarah.Bilik itu telah menjadi tunggang langgang akibat menerima amukan darinya sebentar tadi.Mujur juga orangtuanya tiada di rumah saat itu,kalau tidak pasti mereka terkejut bila melihat apa yang berlaku sekarang.
Aku takkan lepaskan kau yan,kau hutang penjelasan denganku.
Fakrul tetap tidak berpuashati dengan apa yang telah berlaku.Dia nekad untuk mencari punca mengapa Dian memutuskan hubungan.
Tubuhnya terkulai layu di tepi dinding.Mutiara jernih terbit dari tubir matanya.Fakrul kesal apa yang menjadi impiannya selama ini kini hanya tinggal impian semata.Rambutnya di tarik kasar.Fakrul benci dengan apa yang terjadi pada dirinya kini.

Pagi itu sewaktu hendak menghantar laporan,Dian telah di beritahu yang Faizal tiada di pejabat.
Maria,setiausaha Faizal telah memberitahu yang majikan mereka telah di tugaskan ke utara untuk menyelesaikan satu projek yang bermasalah.Semalam dia tak beritahu apa-apa pun.Desis hati kecil Dian.
''Woi!Berangan ke apa?''Tiba-tiba mejanya di tepuk Lina.
''Ish,kau ni terkejut aku.Nak apa?''
''Ha,tau pun terkejut tadi aku panggil kau buat tak dengar je.Kau nak pergi makan tak ni?''Dian pandang jam di tangan.Dia capai tas tangan dan bingkas bangun.
''Jom.''Menonong dia berjalan meninggalkan Lina terkulat-kulat memandang.Lina pelik dengan sikap Dian.Kenapa perempuan ni?
''Apa pasal hari ni aku tengok kau lain macam aje.''Tanya Lina sewaktu mereka sedang mereka sedang menjamah hidangan tengahari.
''Maksud kau?''
''Tak ada la aku tengok kau macam tak ada mood aje nak kerja,kau teringatkan seseorang ke?''Usik Lina serkap jarang.
''Mana ada aku biasa je.''
''Ala,kalau rindu mengaku aje la.''Lina tersengih memandang Dian.
''Kau tak merepek boleh tak?''
''Aku bukan nak cakap apa cuma aku tengok korang berdua ni macam sesuai je.Kau ada apa-apa ke dengan Encik Faizal tu?''
''Entahlah aku malas nak fikir pasal ni.''Dian teringat semula bicara lelaki itu semalam yang meluahkan perasaan kepadanya.
''Yan,kau suka dia ke?''
Dian terpana dengan soalan bersahaja sahabatnya itu.Apa yang harus aku jelaskan?Perasaan ini bukan mudah bertukar arah.Serik rasanya untuk berkasih lagi bila perasaan yang bertahun di semai punah begitu saja.Rasanya baik aku begini sampai bila-bila.Lina terpinga-pinga dengan sikap Dian namun dia tidak mahu terus mendesak Dian untuk memberikan jawapan.
Selesai makan mereka terus berjalan menuju ke pejabat semula.Mereka meneruskan tugasan bila sudah memasuki ruang pejabat.Setiba Dian di meja telefon bimbitnya berbunyi.
''Assalammualaikum..''Suara lelaki itu kedengaran,
''Waalaikummussalam..''Jawab Dia perlahan.
''Ya, Encik Faizal apa khabar?''Dian terus bertanya membuatkan lelaki itu ketawa perlahan.
''Baik,awak pulak macam mana?''
''Saya baik-baik saja.Ada hal apa Encik telefon ni?''
''Hai,saya nak telefon pun tak boleh ke?Awak tak terkejut ke saya tak ada kat pejabat hari ni?''
Dian tersenyum sendiri.Dalam sibuk-sibuk pun masih sempat nak telefon aku.Bisik hati kecil Dian.
''Terkejut jugak tapi Maria dah maklum kan pada saya pagi tadi.''
''Jadi awak dah tahulah saya kat mana.Ingat tadi nak bagi tahu awak tapi awak dah tahu sendiri tak apalah.Mereka terdiam seketika tidak tahu hendak berkata apa lagi.
''Dian!Saya...''kelu lidah Faizal hendak meneruskan kata-kata.
''Kerja awak tu dah selesai ke?''Dian mencelah.
''Belum lagi,sekarang waktu rehat jadi saya saja telefon awak.Mana tahu awak tercari-cari saya pulak.Dian,saya...rindu awak.''Terluah juga apa yang membuku di jiwa Faizal.
''Awak tak rindu saya ke?Saja Faizal hendak menduga Dian.Gadis itu membisu.Tidak tahu hendak berkata apa.
''Kalau berat sangat mulut awak nak cakap tak apalah,saya cuma meluahkan apa yang memberat di hati saya ni.''
''Err..Encik saya minta diri dulu nak sambung kerja.''
''Baiklah.''Itu saja yang mampu Faizal balas.Hatinya sedikit kecewa dengan perlakuan Dian.Gadis itu cuba mengendahkan perasaan yang cuba di semainya.Setelah memberi salam talian mereka terus terputus.
Kalaulah hidup ini seindah yang di impikan.Dari balkoni bilik hotelnya Faizal merenung ke langit malam.Walau pun di hiasi bintang berkerlipan namun hiasan itu tidak dapat menghiburkan hatinya yang di landa keresahan.Kenapa terlalu sukar hendak menjinakkan gadis itu.Tidak cukup baikkah aku ni?Wajahku rasanya tidaklah buruk sangat walau pun tidak sekacak mana.Faizal berjalan ke arah katil dan baring memandang siling.Terkebil-kebil dia cuba melelapkan mata namun mata itu terlalu degil untuk di lelapkan.
Faizal bangun dan menuju ke bilik air untuk berwuduk.Solat sunat di kerjakan demi menghilangkan keresahan di hati.Bermohon kepada YANG MAHA ESA agar urusannya berjalan lancar termasuk perasaannya yang satu itu.Perasaan yang sukar untuk di bendung lagi.Faizal berdoa moga segalanya mendapat keredhaanNYA.

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...