Sunday, December 16, 2018

AKHIRNYA KAU MILIKKU 3



Pagi itu Dian di jemput Fakhrul di rumah.Walau sudah berkali di jelaskan Dian tidak perlu namun Fakrul tetap bertegas untuk mengambilnya.Terpaksa jua Dian akur dengan kehendak lelaki itu.
Fakrul menyanyi mengikut rentak lagu yang berkumandang di corong radio keretanya itu.
Dian masih mendiamkan diri sejak tadi.Sesekali dia menjeling lelaki di sebelahnya itu yang kelihatan begitu gembira sejak tadi.Maklumlah dapat bersama dengan pujaan hati siapa yang tak gembira.Mahunya jiwa Fakhrul tidak berbunga-bunga.

"Engkaulah yang satu pujaan hatiku...kasih dan rinduku padamu...alahai dah habis pulak.
Yan...kau ingat tak lagu ni,satu hari dulu aku pernah tujukan untuk kau."
"Betul ke?"
"Ish...tak romantiklah kau ni,aku baru nak feeling kau dah cantas."gurau Fakhrul manja.
Dian hanya mampu tersenyum nipis.
Bukan dia tak ingat lagu tu.Malah tak pernah lupa akan liriknya.Dari semenjak mereka bersekolah menengah dulu lagu itu sudah menjadi kegemaran Fakhrul.Tapi kini mereka sudah meningkat dewasa,perlukah di ingat lagi semua itu.
"Kau memang betul-betul tak ingat atau tak mahu ingat?"tanya Fakhrul inginkan kepastian.Dian mengangkat bahu.
"Ish...geramnya hati aku,kalau kau dah jadi mahram aku,tahulah aku apa nak buat pada kau."dengus Fakhrul geram.Dian menjeling tajam.
"Ingat aku ni patung ke?"
"Sebab tahu kau bukan patunglah aku tak buat,kang aku buat kau hempuk pulak kepala aku ni."
"Ha...tahu pun."giliran Fakhrul pula menghadiahkan jelingan.
"Kau ni nampak je lembut tapi ganas tak ingat."

Pasti saja Fakhrul arif dengan perangai Dian yang tegas.Maka sebab itu Fakhrul amat menyayangi Dian.Dengan Dian dia belajar erti kesusahan.Dengan Dian juga dia belajar untuk menjadi anak yang mendengar kata sehingga perilakunya yang pernah bergelar mat rempit sewaktu usia meningkat remaja telah berubah seratus peratus.Bersyukur dia kerana papa telah menghantar dia pulang ke kampung lalu tinggal dengan neneknya.

Sehingga suatu hari Dian tiba-tiba meninggalkan dirinya tanpa sebarang sebab.Hampir sasau dirinya akibat perpisahan itu namun apa yang telah di tetapkan takdir tak mungkin dia mampu untuk merubahnya.Perpisahan mereka juga telah mengajar Fakhrul untuk lebih matang dan kuat semangat.
Walau suatu hari dulu mamanya pernah cuba menyatukan dia dengan anak teman baiknya namun hati Fakhrul tetap tidak mampu untuk menyayangi wanita itu seperti kasihnya kepada Dian.

Fakhrul mengeluh perlahan.Apa khabar Damia agaknya?Teruk sangat merajuknya dengan aku sampai tak mahu tengok aku lagi.Fakhrul menjeling sekilas wanita di sebelahnya.
"Yan...kau tak mahu terima aku semula ke?Kau tak sayang aku lagi ke?"selamba saja ayat itu meluncur laju dari bibirnya.
Dian terkedu,senyap tanpa reaksi.Hanya ramasan tangannya yang di lihat Fakhrul bereaksi bersama wajah yang mengelirukan. 
Fakhrul terasa ingin menggenggam tangan wanita itu namun akal yang masih waras menghalang tindakannya.Pasti saja Dian bertambah bengang andai dia melakukan begitu.Sekali lagi kekecewaan membelit tangkai hatinya.Bersabar saja wahai hati,andai dia ternyata jodoh yang telah di tetapkan untuk aku pasti suatu hari nanti dia akan menjadi milik aku juga.
Kereta yang di pandu Fakhrul terus laju meluncur membelah jalanraya yang semakin sibuk pagi itu.

Beberapa minit kemudian kereta itu sampai di depan pejabat Dian.Setelah Dian turun dan mengucapkan terima kasih Fakhrul segera meneruskan semula pemanduan.Nafas berat Dian lepaskan sambil melihat kereta itu berlalu.
Maafkan aku...kalaulah aku mampu menunjukkan perasaan ku.
Tanpa di sedari Dian,Fakhrul sempat menjenguk cermin pandang belakang keretanya.
Aku tahu Yan...hati kau masih padaku cuma...
Ah!Kalaulah aku mampu memiliki hatimu semula.

YA ALLAH,berilah aku petunjuk MU.Berilah aku peluang untuk melempiaskan rasa kasih sayang ini.Aku tak mampu melupainya YA ALLAH!Amin ya rabbal alamin.Fakhrul meraup muka perlahan.Termenung sejenak di sejadah itu.
Bagaimana aku ingin memulakan?Mahukah dia kalau aku merisik dirinya?Fakhrul memandang jam di dinding bilik.Sudah hampir dua belas malam.Lebih baik aku masuk tidur,esok lambat pulak aku sampai.

Tuntutan kerja membuatkan Fakhrul harus melaksanakannya dengan segera.Projek di Johor yang pada mulanya di bawah seliaan papa kini di serahkan kepadanya.Kesihatan papa yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini membuatkan Fakhrul semakin banyak tanggungjawab.Tak terkejar rasanya dengan tugasan itu namun demi mengenangkan syarikat yang semakin berkembang maju,Fakhrul kuatkan hati dan semangat untuk memikul segala tanggungjawab.Nampaknya aku akan jadi perindu untuk dua minggu ini.
Hmm...Yan mengapa terlalu sukar untuk memiliki sekeping hati milik kau?

Dian masuk ke dalam bilik kerjanya dengan langkah longlai.Sudah tiga hari dia bercuti sakit.Hari ini dia kuatkan hati masuk juga ke dalam pejabat mengenangkan banyak tugas yang tertangguh.Bunyi ketukan di pintu bilik mengejutkan Dian yang sedang leka membaca dokumen.
"Masuk!"Wajah Maria selaku setiausahanya muncul di muka pintu.
"Puan Dian,Encik Khairul dah sampai,dia tunggu di bilik mesyuarat."
Khairul?Kenapa dia pulak yang sampai bukan Fakhrul?getus hati kecil Dian.

"Baiklah kejap lagi saya ke sana."

Dian bangkit sambil mencapai fail yang mengandungi maklumat kerjasama mereka lantas keluar menuju ke bilik mesyuarat.
Waktu Dian masuk kelihatan Khairul iaitu pembantu kepada Fakhrul sedang berborak bersama pembantunya Hisham.Dian memberi salam lalu duduk dan memulakan perbincangan mereka.
Hampir dua jam selesai juga apa yang di bincangkan.
Saat terpandangkan Khairul yang sedang berjalan keluar dari bilik itu,Dian segera menyapa.
"Khairul...em...Encik Fakhrul kenapa tak datang hari ni?"
"Oh...Puan...sebenarnya Encik Fakhrul sedang berada di Johor atas urusan projek terbaru kami.Em...Puan ada apa-apa yang nak di bincangkan dengan Encik Fakhrul ke?"
Dian terkedu seketika,cuba mencari helah atas pertanyaannya tadi.
"Eh...tak ada apalah saya saja tanya."
Tersipu-sipu Dian cuba mengawal perasaan sendiri.Lega rasanya bila sudah tahu keadaan si jejaka yang selalu mengocak perasaannya sejak akhir-akhir ini.Khairul tersenyum nipis.Faham apa yang sedang bergolak di dalam jiwa wanita genit di depannya itu.
"Puan...kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu."
"Oo...ok..."balas Dian sambil berpura-pura membetulkan fail yang memang sudah sedia tersusun di depannya itu.
Dian tersandar di kerusi setelah memerhatikan seorang demi seorang keluar dari bilik itu.Kini dia berseorangan di situ.Keliling bilik itu di pandang kosong.Fikirannya mula menerawang.
Nafas berat di lepaskan.Kenapa aku tercari-cari dirinya lagi?Sedangkan aku sendiri sedang cuba 
menjauhi.
Yan...yan...kau sedar ke yang kau sudah mula merinduinya?Hmm...ALLAH...
Tangan di raup ke muka.Apa nak jadi dengan aku ni?Aku tewas dengan perasaan sendiri ke?Astaghfirullahhalazzim... 


  

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...