Saturday, November 15, 2014

SESUCI CINTA DIAN 30




Dian memandang hadiah pemberian suaminya.Seutas rantai tangan mutiara yang cantik.Terusik hatinya melihat.
''Hari tu bagi bunga sekarang rantai tangan,esok apa pulak?Cukuplah bang jangan membazir untuk yan lagi.''
''Apa pulak yang membazirnya,abang beli untuk keperluan ayanglah,lagi pun abang tengok ayang ni tak banyak pun barang kemas.''Ujar Faizal yang sedang mengadap cermin sambil membetulkan tali lehernya.
''Memang yan tak ada semua tu sebab hidup yan tak memerlukan semua tu.Yan bukan orang senang nak beli barang kemas aje,banyak benda lain lagi yang yan nak fikirkan.''
Faizal yang mendengar bicara isterinya itu terasa terusik hati.Langkah kakinya mendekati Dian.
''Ayang di sebabkan semua tu lah abang nak manjakan ayang dengan benda ni,lagi pun ayang perlu jugak pakai benda ni bila nak temankan abang ke majlis makan malam,barulah isteri abang ni nampak berkeyakinan nanti.''
''Pakai barang kemas pun untuk keyakinan diri ke?''Jari telunjuk Faizal mengetuk dahi isterinya perlahan.
''Adush!''Dian menggosok dahinya perlahan.
''Tu lah lain kali belajar sikit tentang benda ni semua,jangan asyik mengelat aje.Abang rasa nak hantar ayang belajar dengan ibulah,biar ibu yang ajar ayang.''
''Ha!Kenapa pulak,yan bukan nak kena pakai selalu barang kemas ni.''
''Bukan sebab tu tapi keyakinan diri ayang ni agak rendah,ayang tak boleh majukan diri kalau terlalu ambik mudah tentang semua ni.''
''Tapii...''
''Tak ada tapi-tapi lagi,nanti abang cakap dengan ibu pasal hal ni,kalau ibu sanggup tolong ayang kena pergi belajar dengan dia,faham!''
Dian sudah tidak terkata apa lagi,ia kan sajalah kata si suami kalau di bantah nanti jadi hal pulak.
''Meh sini,abang pakaikan rantai ni.''
Faizal segera memakaikan rantai itu ke tangan isterinya.Dian memandang saja wajah suaminya yang cuma beberapa inci dari wajahnya.Kenapa hari ni dia nampak kacak sekali?Bisik hati kecil Dian.Hidungnya mancung,kumis yang tipis dan janggut yang sejemput itu tambah mematangkan lagi wajah itu.Tanpa sedar ada senyuman yang terukir di bibirnya.
''Dah puas tenung abang,hensemkan suami ayang ni?''
Usik Faizal sambil mencuit hidung isterinya.Tersentak Dian tika itu.Padan muka,jauh sangat mengelamun.
''Ish,perasan!''Gumam Dian perlahan seraya bangun dari bangku almari solek yang di dudukinya sejak tadi.
''Apa ayang cakap,abang perasan?''Secepat kilat pinggangnya di raih Faizal ke dalam dakapan.
''Apa abang ni lepaskan yanlah karang lambat kita masuk ofis.''
''Ah!Abang tak kira baik ayang ulang balik apa yang ayang cakap tadi.''Tegas Faizal tidak mahu mengalah.Dian menahan senyum.
''Mana ada yan cakap apa-apa?''
''Ada abang dengar tadi.''
''Kalau dah dengar buat apa nak ulang lagi.''
''Oo...sajalah tu nak buat abang bengang,dah malaslah abang nak layan ayang.''
Faizal merampas beg di tangan Dian,muncung di tarik panjang,sengaja buat-buat merajuk.Langkah di atur keluar dari bilik.Dian hanya mampu menggelengkan kepala.Saja buat perangai pagi-pagi macam ni.Hati Dian bersungut namun langkah kakinya masih mengikut si suami dari belakang.
Sampai di tepi singki Faizal cuba mencapai mug untuk membancuh kopi.Dian terlebih dahulu mengambil mug itu lantas membancuhkan kopi lalu di hulur kepada suaminya.Mujur saja Dian telah menjerang air panas awal-awal tadi.Dian cuba mengukir senyum.Faizal mengambil mug itu dan menghirupnya perlahan.Senyuman isterinya tidak di hiraukan.Kemudian dia duduk di meja makan dan mencapai roti yang sudah tersedia di situ.
Dian pantas mengambil roti di tangan Faizal itu dan menyapukan jem ke atasnya lalu di hulur semula kepada suaminya.Dengan muka selamba Faizal mengambil huluran isterinya lantas di kunyah perlahan.
''Abang marah ke?''Soal Dian perlahan.
Faizal tetap beku tanpa senyuman.Alahai betul-betul merajuk ke,fikir Dian.
''Abangg...''Suaranya sengaja di manjakan lagi cuba hendak memujuk.Lengan Faizal di usap perlahan.Dah macam tergedik-gedik pulak rasanya.
''Abangg...janganlah macam ni yan minta maaf kalau cakap-cakap yan tadi buat abang tersinggung.Yan bergurau aje.''
Faizal masih bersahaja menghadap sarapannya.Tiada reaksi langsung.Dian naik bosan di perlaku begitu.Saja nak dera hati aku la tu.Getus hati kecilnya.Dian cuba bangun hendak ke singki.Saat itu juga pergelangannya di sabit lantas dia terpaling semula.Tanpa amaran bibirnya di paut lembut.Terkedu Dian seketika.
''Baru puas hati abang,nak lagi?''
Dian yang masih terpinga-pinga menarik muka cemberut.Suka hati dia aje nak cium aku.Eii...geramnya.
''Apa lagi ni makan cepat karang lambat pulak masuk ofis.''
Faizal menyimpan senyum,sengaja ingin mendera perasaan si isteri.Dian yang masih bermasam muka akur dengan arahan si suami.Cepat-cepat dia menyudahkan sarapannya dan mengemaskan dapur.
''Ayang lupa sesuatu ke?''
Faizal melaung dari muka pintu bila di lihatnya Dian menonong berjalan menuju ke arah kereta tanpa menantinya.Lupa apa?Fikir Dian.Oh!Alamak,macam mana boleh lupa ni?Tu la nak marah aje tak tentu pasal.Dian mendekati si suami,tangan Faizal di capai lantas di kucup perlahan.
''Maaf,yan tak sengaja.''
''Abang maafkan,lain kali jangan buat lagi,baru gurau sikit nak marah,nak kata senggugut tak pulak.''Ujar Faizal sambil menjeling Dian.
''Sudahlah tak payah tarik muka macam tu,buruk rupanya,pagi-pagi macam ni patutnya senyum.''Tambah Faizal lagi sambil memeluk sisi tubuh Dian.Perlahan Dian cuba mengukir senyum.
''Macam ni kan elok.''Faizal turut tersengih sambil mencubit pipi gebu isterinya.Akhirnya ketawa mereka bergabung.Langkah di iring menuju ke kereta.        

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...