Sunday, February 23, 2014

SESUCI CINTA DIAN 18

Petang yang redup itu Dian ke taman berdekatan.Hanya berseorangan tanpa Lina menemani.Temannya itu kepenatan setelah pulang dari berkursus.Dian memandang ke awan petang yang redup sambil memuji kebesaran ILAHI.Betapa indah ciptaan YANG MAHA ESA ini.Terasa tenang hatinya melihat.
Tanpa di sedari ada mata yang memandang dirinya dari jauh.Dia masih ralit dengan khayalannya.Kelibat kanak-kanak yang sedang bermain di taman itu menjadi sasaran matanya kini.Senyuman terukir di bibir melihat perangai mereka yang sedang leka bermain sambil terjerit-jerit.
Alangkah indahnya saat melalui zaman kanak-kanak,riang gembira tanpa sebarang masalah hidup.Bagusnya kalau dapat melalui zaman itu lagi.
''Assalammualaikum...''Garau suara itu menampan telinganya.Segera Dian berpaling dan alangkah terkejutnya bila melihat wajah itu.
''Kau..!!''  
''Aapa.. kau.. buat kat sini.''Terketar-ketar suaranya menahan kegugupan diri.
Senyuman sinis terukir di wajah itu.Fakrul duduk di hujung bangku.
''Tak ada apa saja nak jumpa kau,akhirnya dapat juga aku jejak tempat tinggal kau,dah lama kita tak jumpa kan.'' Ujar Fakrul sambil memandang hiba wajah yang begitu di rinduinya.
Dia telah cuba untuk tidak mencari gadis itu namun gelodak rasa yang terpendam tidak dapat di tahan lagi.Sekurang-kurangnya dia perlukan juga penjelasan.Dengan bantuan kawannya kini dia telah dapat menemui gadis itu lagi. 
''Untuk apa kau cari aku lagi?''Soal Dian.
Mendengus geram Fakrul dengan kata-kata Dian.
''Kau memang sengaja nak sakitkan hati aku,kan.''
Fakrul cuba menahan diri dari mengeluarkan perkataan yang bukan-bukan.Dia masih tidak dapat menerima kenyataan yang Dian sudah ada orang lain.Mana mungkin kasih yang telah di semai bertahun itu akan berubah sekelip mata.Sudah berkali dia cuba untuk menerima kenyataan itu namun hatinya masih tetap membangkang. 
''Kau boleh kata apa saja Fakrul tapi kita tetap tak boleh bersama.''Ujar Dian cuba berlalu dari situ namun Fakrul segera menyambar lengannya.Nasib baik berlapik.
Dian naik geram dengan perangai Fakrul yang suka memegangnya sesuka hati.
''Tolong lepaskan tangan kau,aku tak suka.Jangan buat aku tambah benci dengan kau.'' 
''Kau benci dengan aku?Aku teruk sangat ke?''Soal Fakrul tidak puas hati.
Dia menggelengkan kepala sambil cuba melepaskan pegangan Fakrul itu.
''Hentikanlah semua ni.Usaha kau ini akan buat kau tambah derita.''
''Kalau kau tahu aku derita kenapa kau tak mahu kembalikan kebahagiaan yang kau ragut dulu.Dian!Aku tak boleh hidup tanpa kau.Kembalilah pada aku,kita bina semula kasih kita.''
Fakrul tetap cuba merayu kasih Dian kembali.
Terusik juga hati Dian dengan bicara Fakrul itu namun Dian tetap cuba mengeraskan hatinya dari menerima pujuk rayu lelaki itu.
''Maafkan aku,tiada gunanya kau terus bersikap begini,hati aku sudah aku serahkan kepada...''
''Kepada lelaki tu...lelaki yang dah merubah kau menjadi manusia paling kejam dalam dunia ni,kan!''Pintas Fakrul.
''Katalah apa saja,kau memang berhak kata begitu namun untuk kita kembali bersama takkan sesekali berlaku.Aku tetap dengan keputusan aku.''Tegas Dian mempertahankan diri walau pun hatinya terasa sakit dengan kata-katanya sendiri.
Mata Dian cuba berlawan pandang dengan pandangan sayu lelaki itu.Tersentak hati Fakrul saat mendengar pengucapan dari bibir mungil itu.Kesabaran yang cuba di pertahan seakan tercabar.
''Apa lebihnya lelaki itu dari aku?'' 
''Sudahlah terimalah kenyataan ni,kita memang tak di takdirkan untuk hidup bersama.''
Kesayuan makin menghimpit hati Fakrul.Buntu fikirannya.
Perlahan dia mengundurkan diri dari situ.Untuk sekian kali hatinya cuba mengalah.Mungkin kali ini dia masih tidak dapat mengetahui sebab mengapa Dian berubah hati.
Namun dia masih tidak berputus asa,pasti suatu hari nanti segalanya akan terbongkar juga akhirnya.Dian menarik nafas lega.Dia dah tahu aku tinggal di mana,macam mana nak lari lagi?Langkah di atur meninggalkan taman itu.
Sampai di rumah Dian terus masuk ke bilik dan merebahkan badan ke tilam.Terhambur jua airmata yang cuba di tahan sejak dari tadi.Sepanjang malam itu Dian hanya berkurung diri di dalam bilik.Waktu makan malam pun dia tidak keluar walau di panggil oleh Lina berkali-kali.Terasa dia ingin melenyapkan diri dari dunia ini agar segala masalah dapat di hapus sama sekali.
Pagi itu Lina mengejutkan Dian yang masih tidak bangun walau pun jam sudah menunjukkan ke pukul tujuh pagi.Sudah puas pintu bilik Dian di ketuk namun tiada jawapan dari dalam bilik.
Kunci pintu bilik di ambil Lina dari dalam kabinet tv lantas di buka pintu itu.Sekujur tubuh Dian kelihatan berbungkus dengan selimut tebal.Lina segera mendekati.
''Yan,kau ni kenapa teruk sangat berbungkus,kau tak sihat ke?''
Tangannya di lekapkan ke dahi Dian.
''Panasnya,kau demam ni,macam mana boleh demam pulak ni,semalam aku tengok kau ok je.Yan...bangunlah kita pergi klinik,ya.''
Dian membuka matanya perlahan.Seluruh badannya sakit-sakit.Dia bersandar di kepala katil.
''Tak apa lah,aku ok lagi.Kau pergilah kerja nanti tolong cakap kat Encik Faizal aku mc hari ni.''
''Takkan aku nak biarkan kau sorang kat rumah ni,kalau jadi apa-apa macam mana nanti.''
''Jangan risaukan aku,bukan ke kau ada menyuarat pagi ni,tak elok kau lambat nanti marah pulak Encik Malik.''
Lina termenung sejenak.Berfikir.
''Kejap aku ambikkan ubat.''
Macam lipas kudung Lina berlari ke dapur.Beberapa minit kemudian dia kembali dengan talam yang berisi roti,susu dan ubat.
''Kau makan sarapan ni,lepas tu makan ubat,jangan degil tak makan pulak.Lepas tu kau tidur balik.Lepas menyuarat nanti aku balik ambik kau,kita pergi klinik.''
Dian mengangguk saja sambil mengukir senyuman nipis.Lina teragak-agak hendak meninggalkan kawannya itu namun panggilan tugas sudah menunggunya.
Setelah Lina pergi,Dian bangkit untuk mencuci muka dan memberus gigi.Setelah minum susu dan makan ubat dia kembali menyambung tidurnya.Roti tersebut tidak di usiknya kerana tekaknya tidak berselera.
Bunyi telefon bimbit yang nyaring mengejutkan Dian.
''Siapa pulak yang telefon ni,badan aku dah la tak larat ni,sibuk je.''Telefon di tepi katil di capai perlahan.
''Assalammualaikum...Dian,awak ok,ke?''Suara Faizal di hujung talian mengejutkan Dian.
''Waalaikummussalam...saya tak sihat demam,Lina dah bagi tahu awak,ya.''
''Ya,Lina dah cakap kat saya,awak siap cepat saya kat luar ni,biar saya bawak awak pergi klinik.''
''Ha!Kenapa awak nak susahkan diri,saya dah janji dengan Lina tadi dia kata nak hantar saya pergi klinik.''
''Boleh tak awak jangan banyak cerita,kalau saya kata siap tu,siaplah cepat.''Tika itu juga talian Faizal putuskan.
Merengus Dian dengan perintah yang baru keluar dari mulut lelaki itu.Sesuka hati dia je nak perintah kita.Grrrr....
Dian bersiap ala kadar dan segera keluar walau pun badannya masih terasa sakit-sakit.
Faizal merenung wajah gadis itu dengan penuh kasihan.Sembab di mata Dian tidak dapat di sembunyikan lagi.Faizal terasa pelik,macam menangis teruk je,fikirnya.
''Dah tahu sakit kenapa tak telefon saya awal-awal,awak ni suka buat hal sendiri kan.''Membebel pulak lelaki ni,dengus Dian.
''Awak jangan bising boleh tak,jalan aje la cepat tadi sibuk sangat nak hantar saya pergi klinik.''Tersengih Faizal bila di sergah oleh gadis itu.
''Dah sakit pun masih nak marah lagi,ya.Awak kalau marah makin manis saya tengok.''Sakat Faizal.
Dian hanya mendiamkan diri,malas hendak berbalas kata.Matanya di lelapkan,cuba menahan rasa pening di kepala.Faizal senyap tak sanggup hendak terus menyakat si idaman hatinya itu.
''Awak kita dah sampai ni,jom turun.''
Faizal segera turun dan membukakan pintu untuk Dian.Gadis itu turun perlahan.Tiba-tiba Dian tidak dapat mengimbangi badannya dan hampir jatuh namun Faizal sempat menyambar tubuhnya.Masa bagai terhenti seketika.Pandangan mereka bertaut.Ada getar rasa yang bergendang di jiwa mereka.Ada nada yang berdendang di saat itu.Nada cintakah itu?
''Err..terima kasih.''Ucap Dian bila dirinya kembali stabil.
''Sama-sama.''Faizal cuba mengawal debaran yang mengetuk jiwa lelakinya.
Mereka berjalan perlahan menuju ke klinik.Faizal tak lepas memerhatikan tubuh Dian,bimbang gadis itu akan jatuh lagi.Kalaulah mereka sudah menjadi mahram pasti gadis itu sudah di papahnya.Dian menunggu untuk di periksa setelah mendaftarkan diri dia kaunter.
''Awak dah sarapan ke belum?''Soal Faizal.Dian menggelengkan kepala.
Faizal segera bangkit dan keluar dari situ.Beberapa mint kemudian dia kembali dengan bungkusan di tangan.
''Ni ada roti dan air soya,awak makan,ya.''
Huluran itu di pandang Dian dengan pandangan keliru.Kenapa awak baik sangat pada saya?Kata-kata itu hanya terlempar di sudut hatinya.
''Awak...ambiklah tak elok biarkan perut tu kosong.''
Krakkruuk..saat itu juga perut Dian berbunyi.Segera dia memegang perutnya itu.Faizal tersenyum saja.Dian termalu sendiri.Ish..perut ni kenapa nak malukan tuannya.alahaii....
Hendak tak hendak Dian terpaksa mengambil juga bungkusan itu dan menjamahnya.
''Terima kasih,ya.''Ucap Dian.
Faizal menganggukkan kepala saja.Tak lama kemudian nama Dian di panggil untuk bertemu doktor.
Setelah beberapa minit di dalam Dian keluar semula setelah selesai pemeriksaan oleh doktor.Faizal membayarkan harga ubat yang di ambil di kaunter dan mereka terus keluar dari situ.
''Awak..kenapa awak bayarkan harga ubat tu?''Faizal hanya tersengih.
''Salah ke?''
''Taklah tapi saya tak sedap hati pulak,nanti saya bayar duit awak tu?''Ujar Dian.
''Tak payah bayar saya halalkan saja.''
''Janganlah macam tu serba salah saya nanti.''Faizal ketawa kecil,
''Kalau nak bayar jugak boleh,tapi dengan cara lain saya tak mahu duit awak.''
''Cara apa?''
''Kahwin dengan saya.''Selamba Faizal berkata. 
''Awak ni gila.''Ujar Dian spontan.Faizal terkekeh-kekeh ketawa.
''Sampai hati awak kata saya gila.''
''Awak jangan tambahkan sakit saya lagi boleh tak?''
Dian menjeling sekilas.Faizal sambung gelak.
''Awak jangan risaulah,saya gurau je.Sudahlah tarik balik muncung awak tu panjang sangat saya tengok,tak cantiklah.''Terpujuk sedikit hati Dian.
Perlahan dia mengukir senyuman walau pun tak seceria mana sementelah badannya yang masih demam.
''Balik nanti jangan lupa makan ubat tau.''Arah Faizal.
''Ya,saya tahu,awak ni macam mak neneklah,saya bukan budak kecil lagi.''
''Memang awak bukan budak kecil lagi tapi saya cuma ambil berat pasal awak salah,ke?''
Dian mendiamkan diri,malas hendak bertelagah.Faizal ikut sama senyap bila di lihat gadis itu cuma memejamkan mata.
''Kenapa awak tiba-tiba demam ni?''
Dian mengeluh perlahan.''Entahlah demam terkejut,kot.''
''Demam terkejut,ada ke istilah macam tu?''Faizal menjeling ke sebelah,keningnya terangkat.Pelik dengan kelakuan Dian.
''Ada yang tak kena ke?''Soal Faizal saat melihat kesayuan di wajah itu.
''Dia dah tahu dekat mana saya tinggal,lepas ni saya dah tak boleh nak lari lagi.''
''Maksud awak,Fakrul?''Dian mengangguk.
''Awak takut ke kalau dia tahu tempat tinggal awak?''
''Awak tak tahu dia macam mana.Dia tu baran.Kalau ada benda yang dia tak puas hati,dia pasti akan selidik sampai ke akar umbi.Saya jadi takut dengan ugutan dia.''
''Dia ugut awak?Apa yang dia kata?''
''Dia akan cari punca sebenar kenapa saya tinggalkan dia.''
''Jadi dia tak percaya yang kita ni ada hubungan?''Ujar Faizal.
Dian angguk perlahan.Tangannya memegang kepala yang masih terasa sengal.
''Kalau awak nak elakkan diri terus dari dia,saya ada caranya.''
Dian memandang Faizal.
''Kita kahwin saja senang cerita.''Ujar Faizal selamba.
Dian tercengang.''Dah tak ada cara lain ke?'' 
''Itu saja jalan terbaik saya rasa kalau awak tak mahu dia mengganggu awak.''Ujar Faizal sambil tersengih.Dian mengeluh perlahan.
''Saya rasa baik saya berhenti kerja saja.''
''Apa!Awak nak berhenti?Bergema suara Faizal di dalam kereta itu.Dian angguk.
''Dah tak ada benda lain awak boleh fikirkan ke,tolong jangan sesekali berfikir macam tu saya tak benarkan.''Tegas suara Faizal memuntahkan perasaannya.
Dian naik hairan.Marah sangat kenapa?Aku baru fikir saja.Dengus hati kecil Dian.
''Kenapa pulak awak nak marah?''Faizal tergamam seketika tanpa menjawab soalan Dian itu.
''Erk...saya bukan marah awak cuma saya tak setuju cara awak fikir tu.''Tegas Faizal masih menegakkan kata-katanya.Dian tunduk memandang jari jemarinya.Badannya terasa lesu.Tak kuasa rasanya hendak berbalah kata dengan lelaki itu.Lantas Dian mendiamkan diri saja.Tidak lama kemudian kereta yang di pandu Faizal sampai di depan rumah sewa Dian.
''Awak..saya minta maaf ya,bukan saya sengaja nak naik suara pada awak cuma keputusan yang awak buat tadi bukan satu keputusan yang bijak.Sekarang ni bukan senang nak cari kerja,awak akan menyusahkan diri awak sendiri nanti.Apakata kalau awak terima saja lamaran saya tadi,saya janji saya akan jaga awak dan awak boleh menyambung pelajaran awak semula nanti.''
Faizal mengendurkan suara sambil cuba memujuk hati Dian.Dian merenung wajah kacak itu namun hanya sebentar,tak mampu jantungnya menahan rasa debaran yang bertandang.  

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...