Tuesday, February 17, 2015
SESUCI CINTA DIAN 36
Aku tak ingin kau menangis bersedih sudahi airmata darimu
yang aku ingin erti hadir diriku kan menghapus duka mu sayang
kerna bagiku kau kehormatanku dengarkan dengarkan aku
hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu baik baik sayang
ada aku untukmu
hanya satu pinta ku di siang dan malam mu baik baik sayang
kerna aku untukmu
semua keinginan akan aku lakukan sekuat semampu ku sayang
kerna bagiku kau kehormatanku dengarkan dengarkan aku
Nyanyian dari corong radio menemani dirinya yang kesepian itu.
Tanpa Dian sedari sudah dua hari suaminya tidak makan dan tidur dengan tenang.Ayang...kenapa buat abang macam ni?Kenapa ayang pergi macam tu saja?Ayang dah salah faham tau tak.Faizal merenung ke siling bilik.Hanya wajah isterinya yang dia lihat saat itu.Tangannya sudah lenguh mendail namun tiada sahutan dari sana.Mesej yang di hantar juga tiada balasan.Sampai hati ayang buat abang macam ni.Apa salah abang pada ayang?Abang setia pada ayang sorang aje.Abang sama sekali takkan menduakan ayang tau tak?Teringat kata-kata Haslinda kelmarin.
''You sepatutnya berterus-terang tentang semua ni dari awal lagi,tengok sekarang siapa yang susah,dia tentu ingat kita ni ada apa-apa.Nasib baik kerja I dah siap.Nilah padahnya sebab nak buat kejutan konon.Sekarang dia betul-betul sudah salah faham.''
Faizal akui kesilapannya.Kalaulah dari mula dia mengikut nasihat kawannya itu.Maafkan abang ayang,abang tak sedar yang ayang punya hati yang begitu sensitif saat-saat begini.
Gara-gara ingin memberi kejutan buat isterinya,kini dia telah kehilangan Dian.Di mana akan dia cari permata hatinya itu.Sudahlah Dian sedang mengandung,kalau terjadi sesuatu kepadanya tentu dia akan merasa kesal yang teramat.Apa pula harus di jawabnya kalau ibunya menanyakan menantunya itu.Mujur saja ibunya tidak menelefonnya untuk beberapa hari ini.
Ayangg!!hati kecil Faizal menjerit memanggil nama isterinya.Rambutnya di ramas kasar.Seribu kali kesal pun tiada gunanya.Airmata tetap mengalir tanpa henti.Dia sudah hilang punca untuk mencari pengarang jantungnya itu.Tak sangka dalam kelembutan ayang ada ketegasan yang tersimpan.Kenapa abang ni degil sangat.Sekarang abang sudah terima padahnya.
Dian tersedak ketika meneguk minuman.Habis basah tudungnya.Dadanya berdebar-debar.Ingatannya kembali kepada suaminya.Apa yang sedang di buatnya sekarang?Mengulit dengan perempuan itukah?Dian memejam mata tak sanggup untuk membayangkan jika perkara itu terjadi.Dian beristighfar panjang.Kenapa abang buat Yan macam ni?Yan dah tak ada sesiapa kat dunia ni lagi.Cuma abang sorang tempat yan bergantung hidup.Sampai hati abang...
Sebak hati Dian memikirkan semua itu.Telefon di sebelah di pandang sekali imbas.Senyap aje dah penat la tu atau dah boring sebab aku tak layan panggilan dia.Dian keluar dan berjalan menyusuri pantai.Sampai di sebatang pokok Dian berhenti.Di sinilah pertama kali suaminya mengajak dia berkelah.Siap memasak sekali untuknya.Nak tarik perhatianlah katakan.Tapi masakan suaminya memang sedap.Itu di akuinya kerana sejak mengandung dia tidak berapa gemar untuk ke dapur jadi Faizal lah yang selalu memasak untuknya.Dia begitu baik tapi mengapa dia curang padaku?Dian bingung,apakah yang sebenarnya terjadi?Setelah lama berada di bawah pokok itu,Dian kembali menyusuri pantai.Sampai di depan villa itu langkahnya terhenti.Semalam tak adapun kereta tapi hari ni ada pulak.Melihat pada kereta itu,dia teringatkan kereta milik suaminya.Macam kereta dia,warna pun sama.Cuma platnya saja yang agak terlindung.Ish,apa aku ni kalau dah rindukan orang sampai ke kereta pun terbayang sekali.
Ya...Dian akui dia merindui suaminya.Rindu dengan perangai suami yang suka menyakat dan paling dia rindu adalah senyuman itu.Ah,hati janganlah melayan lagi dia kat sana belum tentu ingatkan aku.Dian terus melangkah meninggalkan pantai itu.Sampai di dalam bilik,badan di rebahkan di atas tilam cuba melelapkan mata seketika.
Monday, February 16, 2015
SESUCI CINTA DIAN 35
Kandungan Dian kini berusia hampir tiga bulan.Selama tiga bulan ini wajah Dian kian berseri-seri.Seri ibu mengandunglah kata kan.Faizal pula semakin hilang alahannya.Bahkan selera makannya pula yang semakin bertambah.Dian merasakan ke bahagiaan yang di cari makin terasa sinarnya dengan kehadiran bakal cahaya mata mereka.Mungkin inilah berkat kesabaran dan doa yang di pohon setiap hari.Soal perempuan yang di kenali sebagai kawan Faizal itu juga makin luput dari ingatannya.Seboleh-bolehnya Dian tidak mahu sebarang perbalahan terjadi antara mereka seandainya dia mengungkitkan soal itu di depan Faizal.Biarlah segalanya lupus dari kotak fikirannya begitu saja.
Hari ini Dian mengambil cuti untuk menghadiri temujanji dengan doktor bagi pemeriksaan bulanan kandungannya.Suaminya tidak dapat menghantar kerana ada mesyuarat penting yang memerlukan kehadirannya.Mujur saja Dian telah mempunyai lesen memandu dan Faizal telah membelikannya sebuah kereta.
Setelah selesai temujanjinya Dian menghabiskan masa berjalan-jalan di pusat membeli-belah.Terasa ingin membelikan sesuatu untuk suami yang bakal menyambut hari jadi tidak berapa lama lagi.Dian masuk ke dalam sebuah kedai pakaian lelaki.Beli kemeja ok gak ni.Dia pun dah lama tak beli baju.Asyik baju yang sama aje aku tengok.Dian memilih beberapa helai baju kemeja.Setelah selesai membuat pembayaran Dian segera keluar dari situ.
Jam di pergelangan tangan di lihat.Sudah pukul dua belas lebih.Dia dah keluar makan ke belum?Dian mengambil telefon di dalam tas tangan lalu menghantar mesej kepada suaminya.Beberapa saat menunggu Faizal membalas dengan mengatakan yang dia tidak dapat keluar makan.Haish...banyak sangat ke kerja sampai tak boleh nak keluar kejap?
Dian berfikir sejenak kemudian senyuman terukir di bibirnya.Apa kata aku buat kejutan untuk dia?belikan dia makanan,nanti boleh kami makan bersama.Dian menuju ke sebuah restoran untuk membeli makanan buat dia dan suaminya.
Usai membeli Dian segera keluar dari situ dan memandu keretanya menuju ke pejabat Faizal.Di dalam hati sudah begitu teruja kerana bakal mengejutkan suaminya.Sesampai di depan bangunan pejabat Dian segera memarkir keretanya di tempat yang tersedia.Bungkusan makanan di ambil lalu dia menuju ke pejabat suaminya.Mujur saja lif sudah terbuka saat dia tiba,cepat-cepat dia masuk dan menekan nombor lima.
Saat lif sudah tiba di tingkat lima,Dian segera keluar menuju ke pejabat Faizal.Pintu di ketuk dan tanpa menunggu lebih lama,Dian segera membukanya.Saat itu pandangannya menjadi terpana.Apa yang di depannya itu benar-benar satu kejutan buat dirinya.
Faizal sedang berpelukan dengan perempuan itu?Dada Dian menjadi berdebar,jantungnya pula bagai sudah lari dari paksinya.Serta-merta badannya menggigil.Bungkusan di tangan terlepas begitu saja.
''Ab...ab...''tiada perkataan yang mampu keluar dari bibirnya.Saat itu juga Dian terasa kelopak matanya mulai kabur.
''Ayangg!''Faizal terkedu saat itu.Pelukannya terlepas.Hampir saja wanita itu terjatuh namun dia dapat berpaut di sisi meja.
''Ayang...ayang jangan salah faham.''Faizal cuba mendekati isterinya namun Dian segera berpaling dan keluar dari situ.Dia berlari anak menuju ke lif.Faizal terkedu dengan tindakan isterinya.
''Pergi kejar dia cepat,nanti you jugak menyesal tak sudah.''Faizal mengikut kata Linda dan mengejar Dian.
''Ayang!!jeritnya.''
Dian segera meloloskan diri ke dalam lif.Tidak di hiraukan panggilan suaminya.
Faizal tidak dapat menangkap kelibat isterinya.Aduh,macam mana ni.Dia berlari ke arah tangga.Hampir semput dia cuba menuruni tangga itu.Sesampai di bawah,Faizal tidak dapat juga menjejak isterinya.Kereta Dian sudah keluar ke arah jalan raya.
Faizal meraup muka dengan kasar.Ayang... kenapa tak tunggu abang bagi penjelasan,ayang dah salah faham pada abang...Argghh...Faizal terduduk di situ juga.Faizal memegang dada yang masih semput.Apa aku nak buat ni?Tolonglah jangan jadi sesuatu dekat dia.Faizal cuba meraba poket seluar mencari telefon bimbitnya.Ala tertinggal kat atas pulak.
Dian memandu tanpa arah tujuan.Airmata yang gugur di biarkan tanpa di seka.Di fikirannya berselirat dengan peristiwa tadi.Sampai hati abang curang pada,yan!Dia memang ada hubungan dengan perempuan tu.Selama ni aku sangka mereka cuma kawan biasa saja.Sampai hati dia khianati cinta aku.Aku sudah serahkan segalanya buat dia.Dia kata dia sayang aku.Apa makna semuanya ini?Kenapa dia berpeluk dengan perempuan tu?Apakah dia sedang merancang untuk menduakan aku?Apa salah aku?Apa kurangnya aku?Bukankah dia jugak yang merayu-rayu aku untuk terima dirinya?Mungkinkah kerana aku ni orang kampung,tak pandai nak melawa dan menjaga penampilan?Kenapa abang buat yan macam ni!!Argghhh...bergema kata hatinya saat itu.
Perempuan itu memang lebih cantik dari aku.Memang lebih pandai melawa.Aku!Apa yang aku ada?Dian pasrah kini.apa yang bakal berlaku dia menyerahkan pada YANG MAHA ESA.Kalau betul dia nak kahwin lagi satu,aku akan untur diri.Tak sanggup rasanya untuk aku menjadi halangan.Biarlah aku bersendiri asalkan aku tidak di sakiti.
Dian terus memandu keluar dari bandar itu.Telefon yang menjerit-jerit dari tadi di biarkan tidak berjawab.
Kini Dian berdiri di sini,di tempat yang sama.Tempat yang pernah menjadi sejarah di mana Faizal mencurahkan perasaan padanya.Tempat yang pernah menyaksikan dia bertemu semula dengan Fakrul setelah dia melarikan diri dari kampung.Kenapa dia ke mari?Dian sendiri tidak tahu.Hanya mengikut langkah kaki.Mungkinkah kerana dia sendiri sukakan pantai dan laut?
Sudah lama dia tidak ke sini.Sejak berumahtangga hanya sekali Faizal pernah membawa dia ke sini,selepas itu mereka tidak lagi ke sini.Mungkin kerana kekangan kerja yang membuat dia begitu.
Dian berjalan ke gigi pantai.Desir ombak lembut menyapa ke kaki seluarnya.Mujur saja laut hari ini tenang tidak bergelora.Hanya hatinya yang agak bergelora tika ini.Hanya perasaannya yang agak kegelisahan tika ini.Langkah di atur perlahan tanpa arah tujuan.
Sampai di satu kawasan,Dian terpana.Sejak bila pulak ada villa dekat sini?Bukan ke tempat ni dulu hanya belukar?Dian pandang sekeliling.Tiada sesiapa di situ.Terasa seram pulak berada di situ seorang diri.Dian berpusing dan mengatur langkah untuk kembali ke chalet.Sudah dua hari dia di sini dan sudah dua hari juga telefonnya asyik berdering.Dian keraskan hati tidak mahu menyambut panggilan suaminya.Biar dia rasa apa yang aku rasa saat ini.Biar dia rasa betapa sakitnya hatiku bila di khianati.
Sunday, February 8, 2015
AKU
Sudah berbulan wajah itu tidak lagi ku temui.Aku tahu tidak wajar untuk aku terus mengingatinya lagi namun perasaan yang ada ini masih tidak mampu untuk aku lawan.Sudah puas aku berdoa untuk melupakan dia namun segalanya sia-sia.Malah ingatan ini makin mendera hati.Kerinduan ini makin membelenggu jiwa.Keresahan ini makin sukar di lenyapkan.
YA ALLAH!Bantulah hambaMU ini.Aku begitu menyayanginya tapi mengapa dia masih mampu terlepas dari tanganku?Mengapa bukan aku yang menjadi pendampingnya?
YA ALLAH!Impian ini bukan milikku.Aku tahu itu.Sudah tersurat di dalam hidup yang dia akan pergi jua.Namun kepergian itu bagai membawa sekeping hati.Terkadang aku sendiri tertanya mengapa terlalu sukar untuk mencapai sebuah keinginan?Mengapa terlalu mudah untuk mencarik kelukaan.Apakah di dalam hidup ini aku tidak berhak untuk sebuah kebahagiaan?Aku tahu aku tidak patut mempersoalkan takdir ILAHI.
Ampunilah aku YA ALLAH!!Aku tahu aku terlalu daif untuk cuba memahami takdirMU.Berapa beratpun cubaan yang KAU berikan padaku akan aku cuba menghadapinya dengan ketabahan hatiku.
Pantai ini masih aku lewati.Masih aku jejaki.Punggung ku labuhkan ke batu ini.Masih di tempat yang sama,yang pernah menjadi tanda pertemuan kami.Pandanganku tertebar ke laut lepas.Hari ini laut begitu tenang sekali.Tiada ombak ganas yang sering memukul pantai ini.Segalanya seolah memahami kegundahan hati ku.Nafas ku lepaskan panjang.
Untuk kesekian kalinya hatiku tertanya sendiri.Kadang kala aku rasa lelah untuk mempunyai perasaan ini lagi namun untuk melepaskannya pergi terlalu sukar sekali.Masih terpandang-pandang lagi aku pada senyuman yang satu itu.Yang terlalu manis padaku.Yang selalu membuai perasaanku.Yang terkadang membuat ku alpa pada satu ketentuan.Sesungguhnya senyuman itu bukan milik mutlakku.
Yan!Mengapa semua ini terjadi kepada kita?Mengapa aku bukan pilihan hati kau?Bertahun kita menyemai kasih namun ke manakah makna kasih kita itu?Mengapa kasih yang kita bina harus berakhir begini?Tentu kini kau bahagia dengan pilihan hati mu.Sakit hatiku melihat kau di pelamin itu.Keriangan di wajahmu membuatkan aku pasrah dengan takdir ini.
Dialah yang TUHAN telah pilihkan untuk berada di samping mu.Dialah pembimbingmu.Dialah khalifah untukmu.Walau perit hati dan jiwaku namun aku tidak mampu lagi berbuat apa-apa.
Dalam rela aku terpaksa melepaskan kau pergi Yan...
KAU KU RINDUKAN
Telah lama ku pendam rindu dalam diamku
Menantikan ucapan mesra dari mu
Hingga kini kau membisu seribu kata
Mata bertentang mata oh ku gelisah
Kini kau berjauhan seribu perjalanan
Hati merintih sedih tiada berairmata
Kian ingin kau ku lupakan kian kau ku rindui
Kesal bertahun lama kerna kau tiada
Hidup ku kian hampa semenjak perpisahan
Hilang tanpa berita rindu padamu jua
Di mana ku cari ganti serupa dengan mu
Kesal bertahun lama kerna kau tiada...
Hilang bertahun lama kau ku rindukan...
PERMULAAN SEBUAH CERITA BARU???
Saturday, February 7, 2015
Friday, February 6, 2015
SESUCI CINTA DIAN 34
Pagi itu Dian sibuk menyiapkan laporan bulanan syarikat.Sedang dia leka dengan tugasnya itu,seorang perempuan datang menyapa.
''Assalammualaikum...selamat pagi!''ucap wanita itu.
Dian mengangkat kepala sambil menjawab salam itu.
''Waalaikummussalam...ya ada apa?''Balas Dian perlahan.Berdiri di depannya itu seorang perempuan yang agak anggun penampilannya.Perempuan itu tersenyum mesra kepada Dian.
''Emm...boleh saya berjumpa Faizal?''Tanya perempuan itu.
Berkerut kening Dian tika itu.Untuk apa pulak perempuan ni nak jumpa laki aku?Dian memandang ke meja Maria,setiausaha Faizal.Tak ada?mana pulak perginya Maria ni?
''Err...ada hal apa ya Cik nak jumpa Encik Faizal?''
''Saya kawan lama dia,ada hal sikit nak bincang dengan dia.''ujar perempuan itu.Dian memandang ke arah bilik suaminya.Faizal kelihatan sedang khusyuk melakukan kerjanya.
''Emm...Cik masuklah tapi jangan lupa ketuk pintu dulu.''
''Oo...ok...terima kasih ya.''
Perempuan itu berpusing dan menuju ke bilik yang di tunjukkan Dian.Saat matanya melihat Faizal menerima kunjungan perempuan itu dengan wajah gembira,terdetik sesuatu di hati Dian.Betul ke kawan lama saja?bukan mak we lama ke?
Amboi bukan main gelak lagi kat dalam tu.Terasa bengang Dian mendengarnya.Apa agaknya yang di gelakkan sampai ketawa macam tu sekali?Hai cik hati...bersabarlah jangan mudah berprasangka.Mereka kan kawan lama,tentu ada yang menggelikan hati tu kalau tak takkan diorang gelak macam tu sekali.Ah,sudahlah jangan nak fikir lagi.Dian meneruskan tugas yang tergendala tadi.Fikirannya cuba melenyapkan perasaan yang bukan-bukan.
Hampir satu jam berada di dalam pejabat Faizal,perempuan itu keluar juga akhirnya.Dian hanya memandang kelibat perempuan itu sehingga hilang di balik pintu pejabat.Matanya tersorot kembali ke bilik Faizal.Suaminya itu sedang tekun dengan tugasnya.Kenapa dia tak kenalkan aku dengan kawan dia tu?Malu ke atau nak sembunyi sesuatu?Jari-jemari Dian mengetuk meja.Fikirannya berbolak-balik tika itu.
Aduh!perut ni laparlah pulak.Dian bangkit setelah mengambil dompet di dalam tas tangannya.Nasib baik sudah masuk waktu rehat.Dian keluar menonong tanpa memberitahu suaminya.Hatinya yang bengang membuatkan dia lupa rutin harian mereka.Selalunya mereka akan keluar makan bersama kalau Faizal tiada tugas di luar.
Restoran berdekatan di singgah lantas segera membuat pesanan kepada pelayan di situ.Dian segera menjamu selera setelah pesanannya tadi sampai.Setelah selesai makan dan membuat pembayaran di kaunter,Dian segera berjalan menuju ke pejabat.Surau di tuju untuk bersolat fardhu zohor.Dian berdoa panjang.Meminta di berikan kekuatan dan ketenangan jiwa.Mungkin ini satu dugaan dari ALLAH S.W.T untuk sebuah kasih sayang yang baru terbina.Usai bersolat Dian keluar dari surau.Sewaktu sedang menyarung kasut,suara suaminya menyapa dari belakang.
''La...kat sini ayang rupanya,puas abang cari.''
''Kenapa?''soal Dian kepada Faizal.
''Ayang dah makan ke?''Tanya Faizal.Dian mengangguk perlahan.
''Kenapa tak panggil abang?''Dian tertunduk dengan rasa bersalah.
''Maaf,yan lapar sangat tadi,yan tengok abang sibuk sangat tu sebab yan tak panggil abang.''
Faizal tersenyum nipis.Ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik wajah Dian.Faizal sedar itu.Mungkinkah kehadiran kawan lamanya tadi yang membuat wajah isterinya itu keruh semacam?Ah,aku takkan berterus-terang sekarang nanti apa yang aku rancang takkan menjadi pulak.
''Ayang ada nak cakap apa-apa dengan abang ke?''Tanya Faizal menduga.Dian menggeleng kepala.
''Tak apalah abang nak solat,ayang pergilah buat kerja dulu.''
''Abang dah makan ke?''Tanya Dian.
''Ingat tadi tak nak tanya,ayang tak ada macam mana nak makan tak selera.''Faizal sengaja berkata begitu untuk melihat reaksi si isteri.
Dian di himpit perasaan bersalah.Bersalah kerana mengabaikan suaminya.Dian turun semula ke restoran berdekatan untuk membeli makanan buat Faizal.Selesai membeli Dian membawa bungkusan itu ke bilik suaminya.Faizal sedang menelek dokumen ketika Dian masuk.
''Nah,abang makanlah,yan belikan khas untuk abang.''
Dian sengaja menekan perkataan khas itu untuk memujuk.Faizal tersenyum senang hati.
''Sayang jugak ayang kat abang ya?''Dian terasa senang hati bila suaminya berkata begitu.
''Kalau tak sayang abang yan nak sayang siapa lagi?''gurau Dian.
''Jom teman abang makan.''Faizal menarik tangan Dian lalu melangkah ke sofa yang berada di biliknya itu.
''Kejap yan ambil air,abang nak air kosong ke air manis?''
''Air kosong aje la yang.''balas Faizal perlahan.Dian meninggalkan suaminya lalu ke luar ke pantri.
Setelah menemankan suaminya makan Dian kembali ke mejanya semula.Mujur suaminya tidak bertanya lanjut tentang perangainya.Kalau tidak entah apalah alasan yang akan di berinya.
Malam itu terlalu sukar untuk Dian melelapkan mata.Suami di sebelah di kerling sekilas.Nyenyak betul tidur sampai kita kat sebelah ni yang tak boleh lelap pun dia tak sedar.Di fikiran Dian masih terngiang-ngiang suara ketawa antara suaminya dengan wanita itu.Kenapa dia tak cakap apa-apa pun tentang perempuan tu?Nak kata diorang bercakap pasal kerja tentu aku tahu pasal tu.
Dian bangun perlahan menuju ke balkoni bilik.Pandangan di hala ke langit yang gelap.Tiada sebutir bintang pun yang berkerlipan malam ini.Sepi sekali.Resah yang hadir sejak siang tadi masih tidak mampu di hindar lagi.Perut yang masih kempis diusap perlahan.
Sayang...kita doa banyak-banyak moga tiada apa-apa yang berlaku ya?Moga kasih ibu dan ayah berpanjangan sampai syurga ya?Hanya kepada ayah sajalah tempat ibu bergantung hidup,ibu dah tak ada sesiapa lagi kat dunia ni.Sayang...kita kena cekal,tau.Hati Dian berbicara sendiri.Cuba untuk memujuk perasaan sendiri agar keresahan ini sudi juga berlalu pergi.
Ingatan Dian kembali mengingati arwah ibunya.Dulu bila ada ibu,kalau aku bersedih ibu akan datang memujuk dan menggembirakanku tapi kini semua itu takkan dapat di kecapi lagi.Aku harus memujuk hati sendiri kalau aku berduka.
Ibu...kalaulah ibu ada sekarang.Tanpa sedar ada air jernih yang mula bertakung di juring matanya.Di seka perlahan air itu.Rasa rindu kepada arwah ibu kian menyentap fikiran.Sudah lama aku tak ziarah kubur ibu.Mahukah dia kalau aku ajak pulang ke kampung?Dia asyik sibuk dengan kerja saja.Tak mungkin dia akan ada masa untuk di luangkan bersamaku.
Dian masuk semula ke dalam bilik.Pintu gelongsor di tutup perlahan.Kakinya mendekati si suami yang sedang nyenyak tidur.Wajah itu di usap perlahan.Abang,siapa perempuan tu sebenarnya?tolong jangan kata yang abang dan dia ada sesuatu,yan tak sanggup mendengarnya.Sebak mulai mengusai hati.Dian kembali berbaring.Pandangannya terarah ke siling.Inikah balasan atas perbuatan aku kepada dia?Apakah ALLAH sedang membalas kerana aku pernah mengecewakan sekeping hati?YA ALLAL!sesungguhnya tiada niat di hatiku untuk meluka perasaan dia.Tanpa dapat di tahan airmata membasahi ke pipi.Dian cuba menahan esakan namun tiada gunanya kerana suaminya telah tersedar dengan perbuatannya.
''Ayang...kenapa ni?''terpisat-pisat Faizal menggosok matanya yang masih kelat tika itu.Dia bangun menyandar ke kepala katil.
''Err...tak ada apa-apa.''Dian cuba mengelak soalan Faizal.Dia ikut duduk di sisi suaminya itu.
''Maaf,buat abang terkejut saja.''
''Pasal apa menangis ni?ayang tak sihat ke?''soal Faizal sambil mengusap wajah kesayangannya itu.
''Yan tak boleh tidur,yan teringatkan arwah ibu.Dah lama yan tak ziarah kubur ibu.''ujar Dian cuba mengelak dari suaminya dapat menghidu kegusaran hatinya.
''Ayang nak balik kampung ke?''Tanya Faizal perlahan.
''Entahlah...''keluh Dian serba salah.
''Kalau dalam masa terdekat ni abang tak dapatlah nak bawak ayang balik sebab abang ada projek baru yang nak kena uruskan tapi kalau ayang boleh sabar sikit lepas habis projek nanti kita balik,ya?''
''Terima kasih,yan tak kisah bila-bila pun boleh,tak perlulah abang nak tergesa-gesa sangat.''Faizal tersenyum lantas menarik Dian ke dalam pelukannya.
''Kasihan isteri abang ni,dah la mengandung hati tu pulak sedih sangat,boleh tak kalau jangan melayan sangat perasaan tu,kalau rindu sedekahkan Yasin atau Al-fatihah,kan itu lebih afdhal.''
''Yan dah buat semua tu,hari-hari yan sedekahkan Al-fatihah untuk diorang.''
''Yalah...yalah...isteri abang ni memang anak yang baik,lepas ni pulak nak jadi ibu yang terbaik,ayang dah sedia ke?''
''Tengah bersedialah ni.''jawab Dian perlahan.
''Bagus,kita sama-samalah bersedia mulai sekarang ya,abang harap anak kita nanti akan jadi anak yang soleh atau pun solehah.''
Dian merebahkan kepala ke dada suaminya dan cuba melelapkan mata.Faizal mengusap perlahan kepala isterinya bagi mententeramkan perasaan bakal ibu itu.Dian cuba melupuskan kejadian siang tadi.Tidak mahu terlalu memikirkannya.Moga apa yang di sangkanya tidak akan menjadi kenyataan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...