Monday, February 16, 2015

SESUCI CINTA DIAN 35




Kandungan Dian kini berusia hampir tiga bulan.Selama tiga bulan ini wajah Dian kian berseri-seri.Seri ibu mengandunglah kata kan.Faizal pula semakin hilang alahannya.Bahkan selera makannya pula yang semakin bertambah.Dian merasakan ke bahagiaan yang di cari makin terasa sinarnya dengan kehadiran bakal cahaya mata mereka.Mungkin inilah berkat kesabaran dan doa yang di pohon setiap hari.Soal perempuan yang di kenali sebagai kawan Faizal itu juga makin luput dari ingatannya.Seboleh-bolehnya Dian tidak mahu sebarang perbalahan terjadi antara mereka seandainya dia mengungkitkan soal itu di depan Faizal.Biarlah segalanya lupus dari kotak fikirannya begitu saja.
Hari ini Dian mengambil cuti untuk menghadiri temujanji dengan doktor bagi pemeriksaan bulanan kandungannya.Suaminya tidak dapat menghantar kerana ada mesyuarat penting yang memerlukan kehadirannya.Mujur saja Dian telah mempunyai lesen memandu dan Faizal telah membelikannya sebuah kereta.
Setelah selesai temujanjinya Dian menghabiskan masa berjalan-jalan di pusat membeli-belah.Terasa ingin membelikan sesuatu untuk suami yang bakal menyambut hari jadi tidak berapa lama lagi.Dian masuk ke dalam sebuah kedai pakaian lelaki.Beli kemeja ok gak ni.Dia pun dah lama tak beli baju.Asyik baju yang sama aje aku tengok.Dian memilih beberapa helai baju kemeja.Setelah selesai membuat pembayaran Dian segera keluar dari situ.
Jam di pergelangan tangan di lihat.Sudah pukul dua belas lebih.Dia dah keluar makan ke belum?Dian mengambil telefon di dalam tas tangan lalu menghantar mesej kepada suaminya.Beberapa saat menunggu Faizal membalas dengan mengatakan yang dia tidak dapat keluar makan.Haish...banyak sangat ke kerja sampai tak boleh nak keluar kejap?
Dian berfikir sejenak kemudian senyuman terukir di bibirnya.Apa kata aku buat kejutan untuk dia?belikan dia makanan,nanti boleh kami makan bersama.Dian menuju ke sebuah restoran untuk membeli makanan buat dia dan suaminya.
Usai membeli Dian segera keluar dari situ dan memandu keretanya menuju ke pejabat Faizal.Di dalam hati sudah begitu teruja kerana bakal mengejutkan suaminya.Sesampai di depan bangunan pejabat Dian segera memarkir keretanya di tempat yang tersedia.Bungkusan makanan di ambil lalu dia menuju ke pejabat suaminya.Mujur saja lif sudah terbuka saat dia tiba,cepat-cepat dia masuk dan menekan nombor lima.
Saat lif sudah tiba di tingkat lima,Dian segera keluar menuju ke pejabat Faizal.Pintu di ketuk dan tanpa menunggu lebih lama,Dian segera membukanya.Saat itu pandangannya menjadi terpana.Apa yang di depannya itu benar-benar satu kejutan buat dirinya.
Faizal sedang berpelukan dengan perempuan itu?Dada Dian menjadi berdebar,jantungnya pula bagai sudah lari dari paksinya.Serta-merta badannya menggigil.Bungkusan di tangan terlepas begitu saja.
''Ab...ab...''tiada perkataan yang mampu keluar dari bibirnya.Saat itu juga Dian terasa kelopak matanya mulai kabur.
''Ayangg!''Faizal terkedu saat itu.Pelukannya terlepas.Hampir saja wanita itu terjatuh namun dia dapat berpaut di sisi meja.
''Ayang...ayang jangan salah faham.''Faizal cuba mendekati isterinya namun Dian segera berpaling dan keluar dari situ.Dia berlari anak menuju ke lif.Faizal terkedu dengan tindakan isterinya.
''Pergi kejar dia cepat,nanti you jugak menyesal tak sudah.''Faizal mengikut kata Linda dan mengejar Dian.
''Ayang!!jeritnya.''
Dian segera meloloskan diri ke dalam lif.Tidak di hiraukan panggilan suaminya.
Faizal tidak dapat menangkap kelibat isterinya.Aduh,macam mana ni.Dia berlari ke arah tangga.Hampir semput dia cuba menuruni tangga itu.Sesampai di bawah,Faizal tidak dapat juga menjejak isterinya.Kereta Dian sudah keluar ke arah jalan raya.
Faizal meraup muka dengan kasar.Ayang... kenapa tak tunggu abang bagi penjelasan,ayang dah salah faham pada abang...Argghh...Faizal terduduk di situ juga.Faizal memegang dada yang masih semput.Apa aku nak buat ni?Tolonglah jangan jadi sesuatu dekat dia.Faizal cuba meraba poket seluar mencari telefon bimbitnya.Ala tertinggal kat atas pulak.
Dian memandu tanpa arah tujuan.Airmata yang gugur di biarkan tanpa di seka.Di fikirannya berselirat dengan peristiwa tadi.Sampai hati abang curang pada,yan!Dia memang ada hubungan dengan perempuan tu.Selama ni aku sangka mereka cuma kawan biasa saja.Sampai hati dia khianati cinta aku.Aku sudah serahkan segalanya buat dia.Dia kata dia sayang aku.Apa makna semuanya ini?Kenapa dia berpeluk dengan perempuan tu?Apakah dia sedang merancang untuk menduakan aku?Apa salah aku?Apa kurangnya aku?Bukankah dia jugak yang merayu-rayu aku untuk terima dirinya?Mungkinkah kerana aku ni orang kampung,tak pandai nak melawa dan menjaga penampilan?Kenapa abang buat yan macam ni!!Argghhh...bergema kata hatinya saat itu.
Perempuan itu memang lebih cantik dari aku.Memang lebih pandai melawa.Aku!Apa yang aku ada?Dian pasrah kini.apa yang bakal berlaku dia menyerahkan pada YANG MAHA ESA.Kalau betul dia nak kahwin lagi satu,aku akan untur diri.Tak sanggup rasanya untuk aku menjadi halangan.Biarlah aku bersendiri asalkan aku tidak di sakiti.
Dian terus memandu keluar dari bandar itu.Telefon yang menjerit-jerit dari tadi di biarkan tidak berjawab.

Kini Dian berdiri di sini,di tempat yang sama.Tempat yang pernah menjadi sejarah di mana Faizal mencurahkan perasaan padanya.Tempat yang pernah menyaksikan dia bertemu semula dengan Fakrul setelah dia melarikan diri dari kampung.Kenapa dia ke mari?Dian sendiri tidak tahu.Hanya mengikut langkah kaki.Mungkinkah kerana dia sendiri sukakan pantai dan laut?
Sudah lama dia tidak ke sini.Sejak berumahtangga hanya sekali Faizal pernah membawa dia ke sini,selepas itu mereka tidak lagi ke sini.Mungkin kerana kekangan kerja yang membuat dia begitu.  
Dian berjalan ke gigi pantai.Desir ombak lembut menyapa ke kaki seluarnya.Mujur saja laut hari ini tenang tidak bergelora.Hanya hatinya yang agak bergelora tika ini.Hanya perasaannya yang agak kegelisahan tika ini.Langkah di atur perlahan tanpa arah tujuan.
Sampai di satu kawasan,Dian terpana.Sejak bila pulak ada villa dekat sini?Bukan ke tempat ni dulu hanya belukar?Dian pandang sekeliling.Tiada sesiapa di situ.Terasa seram pulak berada di situ seorang diri.Dian berpusing dan mengatur langkah untuk kembali ke chalet.Sudah dua hari dia di sini dan sudah dua hari juga telefonnya asyik berdering.Dian keraskan hati tidak mahu menyambut panggilan suaminya.Biar dia rasa apa yang aku rasa saat ini.Biar dia rasa betapa sakitnya hatiku bila di khianati. 

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...