Tuesday, February 17, 2015

SESUCI CINTA DIAN 36




  Aku tak ingin kau menangis bersedih sudahi airmata darimu
 yang aku ingin erti hadir diriku kan menghapus duka mu sayang
 kerna bagiku kau kehormatanku dengarkan dengarkan aku 
 hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu baik baik sayang
 ada aku untukmu
 hanya satu pinta ku di siang dan malam mu baik baik sayang 
 kerna aku untukmu
 semua keinginan akan aku lakukan sekuat semampu ku sayang
 kerna bagiku kau kehormatanku dengarkan dengarkan aku
          
 Nyanyian dari corong radio menemani dirinya yang kesepian itu.
Tanpa Dian sedari sudah dua hari suaminya tidak makan dan tidur dengan tenang.Ayang...kenapa buat abang macam ni?Kenapa ayang pergi macam tu saja?Ayang dah salah faham tau tak.Faizal merenung ke siling bilik.Hanya wajah isterinya yang dia lihat saat itu.Tangannya sudah lenguh mendail namun tiada sahutan dari sana.Mesej yang di hantar juga tiada balasan.Sampai hati ayang buat abang macam ni.Apa salah abang pada ayang?Abang setia pada ayang sorang aje.Abang sama sekali takkan menduakan ayang tau tak?Teringat kata-kata Haslinda kelmarin.
''You sepatutnya berterus-terang tentang semua ni dari awal lagi,tengok sekarang siapa yang susah,dia tentu ingat kita ni ada apa-apa.Nasib baik kerja I dah siap.Nilah padahnya sebab nak buat kejutan konon.Sekarang dia betul-betul sudah salah faham.''
Faizal akui kesilapannya.Kalaulah dari mula dia mengikut nasihat kawannya itu.Maafkan abang ayang,abang tak sedar yang ayang punya hati yang begitu sensitif saat-saat begini.
Gara-gara ingin memberi kejutan buat isterinya,kini dia telah kehilangan Dian.Di mana akan dia cari permata hatinya itu.Sudahlah Dian sedang mengandung,kalau terjadi sesuatu kepadanya tentu dia akan merasa kesal yang teramat.Apa pula harus di jawabnya kalau ibunya menanyakan menantunya itu.Mujur saja ibunya tidak menelefonnya untuk beberapa hari ini.
Ayangg!!hati kecil Faizal menjerit memanggil nama isterinya.Rambutnya di ramas kasar.Seribu kali kesal pun tiada gunanya.Airmata tetap mengalir tanpa henti.Dia sudah hilang punca untuk mencari pengarang jantungnya itu.Tak sangka dalam kelembutan ayang ada ketegasan yang tersimpan.Kenapa abang ni degil sangat.Sekarang abang sudah terima padahnya.
Dian tersedak ketika meneguk minuman.Habis basah tudungnya.Dadanya berdebar-debar.Ingatannya kembali kepada suaminya.Apa yang sedang di buatnya sekarang?Mengulit dengan perempuan itukah?Dian memejam mata tak sanggup untuk membayangkan jika perkara itu terjadi.Dian beristighfar panjang.Kenapa abang buat Yan macam ni?Yan dah tak ada sesiapa kat dunia ni lagi.Cuma abang sorang tempat yan bergantung hidup.Sampai hati abang...
Sebak hati Dian memikirkan semua itu.Telefon di sebelah di pandang sekali imbas.Senyap aje dah penat la tu atau dah boring sebab aku tak layan panggilan dia.Dian keluar dan berjalan menyusuri pantai.Sampai di sebatang pokok Dian berhenti.Di sinilah pertama kali suaminya mengajak dia berkelah.Siap memasak sekali untuknya.Nak tarik perhatianlah katakan.Tapi masakan suaminya memang sedap.Itu di akuinya kerana sejak mengandung dia tidak berapa gemar untuk ke dapur jadi Faizal lah yang selalu memasak untuknya.Dia begitu baik tapi mengapa dia curang padaku?Dian bingung,apakah yang sebenarnya terjadi?Setelah lama berada di bawah pokok itu,Dian kembali menyusuri pantai.Sampai di depan villa itu langkahnya terhenti.Semalam tak adapun kereta tapi hari ni ada pulak.Melihat pada kereta itu,dia teringatkan kereta milik suaminya.Macam kereta dia,warna pun sama.Cuma platnya saja yang agak terlindung.Ish,apa aku ni kalau dah rindukan orang sampai ke kereta pun terbayang sekali.
Ya...Dian akui dia merindui suaminya.Rindu dengan perangai suami yang suka menyakat dan paling dia rindu adalah senyuman itu.Ah,hati janganlah melayan lagi dia kat sana belum tentu ingatkan aku.Dian terus melangkah meninggalkan pantai itu.Sampai di dalam bilik,badan di rebahkan di atas tilam cuba melelapkan mata seketika.


No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...