Tuesday, March 10, 2015
SESUCI CINTA DIAN 37
Faizal terjaga saat matahari sudah meninggi.
Termenung sejenak memandang ke arah jendela yang tertutup dek langsir yang agak tebal.Desiran ombak yang memukul pantai sayup-sayup menyapa pendengarannya.Matanya melilau melihat sekitar bilik.Faizal tersenyum lega.Akhirnya impian ini menjadi kenyataan.Satu hadiah yang paling berharga untuk seseorang.
Tiba-tiba wajahnya bertukar mendung.Berhargakah lagi andai empunya diri sudah pergi?Pergi menyembunyikan diri.Tanpa pesan,tanpa jejak yang di tinggalkan.Pakaiannya pun tidak di bawa bersama.Mungkin saja dia telah membeli pakaian yang baru.Faizal teringat kata-kata dari sahabat baik Dian,Lina tempohari.Dian tu nampak saja lembut tapi sekali hati dia sudah terluka,memang payahlah nak di pujuk.Memang benar kat Lina itu.Faizal akui kebenaran tentang isterinya.
Ah,ayang...kat mana ayang sekarang?abang dah tak tahu nak cari ayang kat mana lagi.Hatinya merintih lagi.Wajah di raup perlahan.Faizal benar-benar buntu.Keras betul hati isterinya itu.Tidak di sangka dalam kelembutan Dian terselit sifat ego yang tinggi.
Ayangg...tolonglah pulang...abang betul-betul rindu!!
Setelah puas merintih sendiri,Faizal bangkit melangkah perlahan ke arah beg pakaiannya.Tuala mandi di keluarkan.Badan yang melekit harus di bersihkan apatah lagi perutnya sudah pun berkeroncong.Sejak semalam perutnya tidak berisi.Bukan semalam saja bahkan sejak isterinya menghilangkan diri makannya pun tidak di hiraukan,asyik meronda sekitar bandar mencari kalau-kalau kelibat isterinya ada di mana-mana.
Seusai membersihkan diri,Faizal keluar untuk mengisi perut.Kereta di pandu perlahan menyusuri deretan kedai berdekatan.
Kereta di hentikan di hadapan sebuah restoran.Faizal keluar dari kereta dan masuk ke dalam restoran itu.Mujur tidak ramai orang ketika itu,mungkin kerana waktu makan sudah lama berlalu.Seorang pelayan datang mengambil pesanan.Faizal memesan nasi goreng kampung dan segelas jus epal.Setelah pelayan itu pergi,Faizal termenung sejenak.Manalah aku nak cari dia lagi?YA ALLAH,bantulah aku.Berilah aku petunjuk,bagaimana lagi aku harus mencari isteriku.Telefon di dalam poket di seluk.Membuka folder yang mengandungi gambar dia dan isterinya.Bermacam gaya gambar ada,yang muka senget,yang muka tersenyum,yang paling dia suka gambar isterinya sedang tidur.Begitu tenang wajah itu.Dian tidak tahu yang Faizal ada menyimpan gambarnya kerana Faizal telah mencuri-curi mengambilnya.
Tiba-tiba bahunya di tepuk perlahan.Faizal tersentak.Pelayan yang mengambil pesanan tadi membawa hidangan untuknya.
''Isteri abang ke?''tanya budak lelaki itu sambil meletakkan nasi goreng dan jus epal di depan Faizal.Faizal menganggukkan kepala.Tanpa sedar budak lelaki itu telah melihat gambar Dian itu.
''Semalam saya nampak akak ni datang makan kat sini.''ujar budak lelaki itu.Faizal terpempan.
''Apa maksud adik perempuan dalam gambar ni ada datang sini?''tanya Faizal dengan tidak sabar.
''A'ah,dia ada makan kat sini semalam tapi hari ni nampaknya tak ada pulak.''
''Abang cari akak tu ke?''Budak lelaki itu seolah tahu apa yang bersarang di kepalanya saat itu.Senyum simpati di hulurkan.
Faizal mengeluh keras.Kepalanya di anggukkan tanpa menjawab pertanyaan budak itu.
''Mungkin dia tinggal dekat chalet yang dekat hujung kampung tu kot?''
''Ada chalet ke dekat sini?''tanya Faizal tidak sabar.Budak lelaki itu mengangguk.Faizal bingkas bangun dari situ namun tangan budak itu menahannya.
''Abang,walau apa pun masalah abang dengan isteri abang tu,kesihatan diri tetap abang kena jaga juga,lagi pun tak elok nasi di depan mata di tinggalkan begitu saja.''Faizal berfikir sejenak.
Ada betulnya kata dia.Kalau aku pengsan nanti tak pasal-pasal semuanya jadi kelam kabut.
''Terima kasih dik sebab ingatkan abang.Oh,ya nama adik siapa?''Faizal kembali duduk.
''Nama saya Firdaus.Panggil saya Daus saja.''
''Terima kasih sekali lagi Daus.''
''Tak ada hallah bang perkara kecik aje.Saya tengok muka abang ni macam ada masalah tu sebab saya tolong,lagi pun dah tertengok muka isteri abang tu, maaflah saya tak sengaja.''
''Tak apa,abang pun leka sangat dengan gambar tu tadi.''ujar Faizal sambil tangannya mula menjamah nasi goreng tersebut.
''Adik memang yakin ke perempuan yang adik tengok semalam sama macam isteri abang ni?''tanya Faizal sambil menunjukkan kembali gambar isterinya.
''Memang dialah.Saya yakin akak ni yang datang semalam.Muka dia nampak pucat sikit dan muram saja.''
Faizal bertambah tidak sabar bila mendengar kata-kata itu.Tak sanggup dia menghabiskan nasinya.Cepat-cepat air di teguk.Dia menyeluk seluar dan mengeluarkan duit dari poket.Di hulur segera kepada Firdaus.
''Terima kasih sebab tolong abang,ni duit untuk nasi dan air kalau ada lebih adik ambiklah.Abang pergi dulu.''
Setelah masuk dan menghidupkan enjin kereta dia terus memecut ke arah yang di katakan oleh Firdaus tadi.Sesampai di depan chalet itu dia segera keluar dari kereta dan ke kaunter pendaftaran.Setelah memberi salam dia segera menanyakan gadis di situ dengan menunjukkan gambar Dian.Memang benar Dian telah menginap di situ dan gadis itu telah memberikan nombor bilik yang di huni isterinya.
Faizal mencari dari satu bilik ke satu bilik sehingga sampai ke bilik yang di hujung sekali barulah dia berjumpa.Mungkin inilah biliknya.Faizal menelan air liur.Hatinya rasa teruja.Berdebar-debar pun ada.Dengan lafaz bismillah dia mengetuk pintu bilik itu.
Beberapa kali di ketuk masih tiada balasan dari dalam.Betul ke bilik dia ni?Tapi nombor yang gadis tadi beri memang nombor bilik ni.Faizal mula rasa tidak sedap hati.Di ketuk lagi pintu itu,kali ini kuat sedikit.
Tidak lama selepas itu pintu itu terkuak.Saat itu juga terjengul wajah yang di carinya.Dian kaget.Tergesa-gesa dia menutup kembali pintu itu namun tangan Faizal berjaya menahan.
''Ayang!!jangan buat abang macam ni,bukaklah pintu ni abang datang nak bagi penjelasan.''
''Nak buat apa,nak sakit kan hati yan lagi?macam mana pulak abang boleh jumpa yan kat sini?''ujar Dian sambil menahan pintu itu.Dia tetap tidak mahu mengalah.
''Ayang salah faham kami kawan saja,apa yang ayang nampak tu bukan seperti yang ayang fikirkan.Abang tak ada apa-apa dengan Linda,kami kawan lama saja.''
''Abang bohong!!''
''Tak...tak...abang tak bohong.Dalam hati abang ni cuma ada ayang saja,tolonglah percaya pada abang.''Faizal masih menahan pintu itu.
Kalau dia menolak dengan kuat bimbang pula terjadi sesuatu ke atas isterinya yang sedang mengandung itu.Dian tidak menjawab apa-apa.
''Ayang bagilah abang peluang menjelaskan semuanya.Sekali aje yang,tolonglah...''
''Tak payah nak terangkan apa-apa,abang pergilah dekat dia,dia kan lebih cantik dari yan,lebih seksi lagi.''
''Ayang...abang dah ada ayang nak buat apa abang nak dia pulak,kami cuma kawan saja tak lebih dari tu,ayang bagilah abang masuk,abang akan terangkan semuanya.''Faizal masih tetap merayu agar hati isterinya menjadi lembut.
Beberapa minit berlalu barulah Dian melepaskan pintu itu.Tambahan kudratnya yang semakin lemah akibat tidak mengisi perut dari pagi tadi,hanya biskut kering menjadi santapannya.Tekaknya yang tidak berselera membuatkan dia melupakan saja untuk keluar mencari makanan.Faizal segera masuk dan mengunci pintu.Airmata Dian merembas keluar saat itu.Segera dia berpaling tidak mahu suaminya melihat airmatanya.
''Yan bagi abang peluang sekali saja,kalau yan tak puas hati dengan alasan abang,tolong tingggalkan yan.''
Faizal merenung sayu wajah yang begitu di rinduinya itu.Rindu terlalu rindu.Hanya Tuhan yang tahu betapa dia ternanar saat kehilangan wanita itu.Tubuh Dian yang membelakanginya di dekati lantas di peluk dengan kejap.Cuba melepaskan rasa rindu yang menggebu.
''Apa ni,jangan buat tak senonoh dekat sinilah.''
''Tolong jangan macam ni,abang terlalu rindukan ayang,bagilah abang lepaskan rindu abang ni.''rayu Faizal tanpa melepaskan pelukannya.
Dian tidak lagi meronta-ronta.Matanya di pejam,nafas di hela berat.Sebenarnya dia juga merindukan pelukan suaminya itu.Saja di keraskan hati tidak mahu mengaku.Hatinya masih sakit bila terbayangkan perempuan yang di dalam pelukan suaminya itu.Saat teringatkan perkara itu Dian menolak tubuh suaminya dengan sekuat kudratnya.
''Oh!dah puas peluk perempuan tu abang datang sini peluk yan pulak,ya.Abang ingat yan ni pemuas nafsu abang saja,ke!''
''Ayang!!''terjerit Faizal saat mendengar Dian berkata begitu.Dian ikut terkejut dengan jerkahan itu.
''Apa yang ayang cakap ni?abang tak peluk dialah.Masa tu kaki dia tersadung dekat kerusi waktu nak bangun tu sebab abang tahan badan dia.Itu pun nasib baik abang ada dekat kalau tak badan dia dah tersungkur kat lantai tu.''
''Abang bohong!''
''Tak abang tak bohong!demi ALLAH!abang cakap yang betul kalau tak percaya jugak,abang telefon dia ayang cakap sendiri dengan dia.''
''Tak payah!''
''Kenapa pulak tak payah,tadi tak percaya sangat.''
''Yan tak nak cakap dengan dia.''nada suara Dian sudah mula mengendur cuba menahan rasa tidak enak yang bertandang di kerongkongnya.
''Kalau macam ni macam mana ayang nak percaya apa yang abang cakap.''
''Tak perlu abang cakap apa-apa lagi pergilah balik,tinggalkan yan sendiri.''
''Tak...abang takkan balik tanpa yan!''tegas Faizal mengutarakan pendiriannya.
Memang dia takkan berganjak dari situ tanpa isterinya.Kusut fikiran Dian bila suaminya masih tidak mahu mengalah.Kepalanya mulai pusing.
Pandangannya berpinar-pinar.Pangkal tengkuk di urut perlahan.Cuba menahan rasa loya yang hadir.Faizal yang melihat kelakuan Dian terasa pelik.
''Ayang kenapa?''
Tubuh isterinya di dekati.Tangannya cuba membantu mengurut pangkal tengkuk isterinya itu.Dian tidak menolak tangan itu.
''Ayang...ok ke?''Dian masih menahan gelodak rasa yang datang namun rasa loya itu makin menunjal-nunjal kerongkongnya.Saat itu juga Dian berlari ke bilik air.
''Ayang!!''jerit Faizal lantas mengikut langkah isterinya.
Dian memuntahkan segala yang ada.Faizal membantu mengurut belakang badan isterinya.Dian terasa lemah,hampir saja dia terjelepuk ke lantai kalau tidak di sambut suaminya.
''Ayang...kenapa ni?jangan takutkan abang,ayang sakit ke?''
Dian yang lemah hanya mampu memandang wajah suaminya yang cuma beberapa inci dari mukanya.Faizal mencempung tubuh itu lalu di bawa ke katil.
''Cakap dengan abang,hari ni ayang makan tak?''Dian tidak menjawab.Wajah pucat itu di usap lembut.
Kening Dian di kucup mesra.
''Tolonglah jangan buat abang susah hati.''rayu Faizal lagi meminta penjelasan si isteri.Dian menggelengkan kepala.
''La...kenapa macam ni,ayang sedar tak ayang tu mengandung,baby dalam perut ni perlukan khasiat untuk membesar,kalau ayang tak makan macam mana baby kita nak sihat.Kalau ya pun marah dengan abang,janganlah seksa diri macam ni.''
Faizal terpandang di tepi katil itu,ada sebungkus biskut dan sekotak air soya.Hatinya di hambat sayu,hampir menitis airmatanya namun cepat-cepat di seka tidak mahu isterinya perasan.Wajah di kalih memandang ke arah Dian yang sedang memejamkan mata.
''Ayang...abang keluar kejap cari makanan,ya.Ayang jangan pergi mana-mana.''
Dian tidak berkutik sedikit pun.Mungkin penat setelah isi perutnya terhambur keluar tadi.
Faizal bangkit perlahan.Sempat tangannya mencapai kunci bilik,bimbang sekiranya isterinya melarikan diri lagi.Cepat-cepat Faizal keluar dari bilik itu dan menguncinya sekali.YA ALLAH,KAU jagalah isteriku sehingga aku kembali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...
No comments:
Post a Comment