Sunday, March 15, 2015

AKU bab1



Suara kanak-kanak menjerit mencantaskan lamunanku.Aku kalihkan pandangan ke kiri.
Sekumpulan kanak-kanak sedang riang gembira bermain di taman permainan yang tersedia di tepi pantai ini.Ada beberapa orang dewasa sedang mengawasi mereka.Seronok sekali mereka bermain.Tercuit rasa hatiku dengan gelagat mereka itu.Kalaulah aku mempunyai kegembiraan itu.
Mampukah aku untuk menggapai rasa itu lagi?Setelah lama berteleku di situ aku bangkit menuju ke gigi pantai.Berjalan menyusuri ombak yang tenang.Bayu damai yang bertiup terasa mengusik perasaan ini.Riuh kicau burung yang berterbangan menjadi santapan mata.Alangkah bebasnya burung itu mengharungi hidup yang di cipta ILAHI.Aku juga bebas seperti burung itu namun hatiku rasa terbelenggu dek kerana kelukaan yang sukar sembuh.
Mungkin kerana aku terlalu memikirkannya.Mungkin kerana aku terlalu bergantung dengan perasaan aku.Ampuni aku YA ILAHI.
Aku terlalu cetek akal fikiran.Terlalu taksub dengan perasaan.Langkah ku ayun terus tanpa menghiraukan keriuhan yang wujud.Tiba-tiba sebiji bola melantun ke kaki ku.Aku tunduk cuba mengambil bola itu.
''Boleh bagi saya bola tu?''suara seseorang menyapa diri.
Terkaku aku saat wajah itu menyapa di pandangan mata.Sudah agak lama aku tidak melihat wajah ini.
''Awak!''
serentak kami menyapa diri masing-masing.
''Macam mana awak boleh ada dekat sini?''dia bertanya padaku.Bibirku cuba mengukir senyum.
''Kampung saya.''jawab ku ringkas.
''Oo...kebetulan pulak kita jumpa,ya.Awak apa khabar?''
''Baik-baik,kaki awak dah sembuh ke?''soalku pula.
''Oh,dah lama sembuh kalau tak saya tak main bola ni.''jawab dia sambil menunjukkan bola di tangan.
''Tak apalah saya pergi dululah diorang dah tunggu tu.''sambungnya lagi sambil ingin berlalu namun baru saja kakinya ingin melangkah dia berpaling semula.
''Er...awak!''
Aku memandangnya bersama kerutan di dahi.
''Er...kalau saya mintak nombor telefon boleh,ke?''dia mengukir senyum manis.Terpaku aku seketika bila soalan itu meniti di bibirnya.
''Hari tu saya tak bagi lagi ke?''tanyaku keliru.Dia menggelengkan kepala.O...sangkaku dia telah mempunyai nomborku.
''Bagilah telefon awak.''pintaku.
Dia menyeluk poket seluar jeansnya dan mengeluarkan telefon lalu di hulurkan padaku.
Aku segera menekan nombor yang dia mahukan.Selepas itu aku hulurkan kembali telefonnya.Dia segera membuat missed call pada nomborku tadi.
''Terima kasih,ya.''ujarnya,Aku anggukkan saja kepala.
''Er...kalau saya tanya sesuatu boleh tak?''soal dia lagi teragak-agak.
''Apa dia?''
''Er...tadi saya tengok awak termenung panjang,kenapa ya? awak ada masalah ke?''
Serba-salah untuk menjawab soalannya itu.Aku tunduk memandang kakiku sendiri.Menguis-nguis pasir di situ.Tak sangka ku ada mata yang turut memandang tingkah ku tadi.Mungkin dia turut keliru memikirkan apa yang aku buat di pantai ini.
''Kalau awak berat nak jawab tak apalah saya tak kisah,mungkin saya ni penyibuk agaknya.''
Aku panggungkan kepala bila mendengar dia berkata begitu.
''Saya bukan anggap awak penyibuk,cuma masalah saya ni terlalu peribadi untuk di canang kepada orang,buat masa ni biarlah saya pendam sendiri,mungkin itu lebih baik.''Dia anggukkan kepala perlahan.
''Baiklah saya pergi dululah.''
Dia terus berlari ke arah sekumpulan kanak-kanak.Itulah kanak-kanak yang aku lihat tadi tapi kenapa aku tak perasan dia ada dalam kelompok itu?Dua orang wanita yang lain itu mungkin cikgu seperti dia juga.Keluhan aku lepaskan perlahan.Kenapa tiba-tiba dia hadir?Mungkinkah aku sedang di duga?Mataku ralit memandang dirinya.Hm...Siti Aisyah!seruku di dalam hati.
Ceria sekali wajah itu.Sesekali dia turut memandang diriku.Melihat pada raut wajahnya aku teringat lagi pada Dian.Keayuan wajahnya persis Dian.Cuma bezanya dia sedikit periang orangnya.Patutkah aku cuba menjadi kawannya?Tapi hatiku terasa serik untuk memulakan hubungan yang baru.Ah,biarlah masa saja yang menentukan.Kalau ada jodoh kami bertemulah lagi.
Aku mengatur langkah untuk pulang saja.Sudah penat duduk di sini.Sesampai di rumah nenek aku lihat mama sudah bercekak pinggang.Menanti aku agaknya.Jelas riak wajahnya yang tegang.Menahan marah pastinya.Dah kenapa mama ni suka sangat buat muka macam tu?Aku lepaskan nafas panjang.Mendekati dirinya sambil cuba mengukir senyum.
''Kamu ke mana Rul?kamu ke sana lagi ke?''soal mama dengan muka tidak puas hati.Aku anggukkan saja kepala perlahan.
''Sudah-sudahlah tu,cukuplah kamu seksa diri,tak guna kamu terkenang-kenang lagi.Penyudahnya apa yang kamu dapat?kecewa,kan?''
Aku panggung wajah.Rasa berdesing telinga dengan tuduhan mama tu.
''Rul yakin Yan tak macam tu.Tentu dia ada sebab untuk dia buat begitu.''tegasku padanya.
Mama sudah mendengus geram.Kakinya sudah mula melangkah hendak masuk semula ke dalam.
''Suka hati kamulah cakap mama ni langsung tak nak dengar.Huh!''
Aku turut sama melangkah masuk ke dalam rumah nenek.Rumah kampung yang masih teguh dengan ciri-ciri tradisionalnya.Walau pun papa telah menambahbaiki rumah ini namun nenek tetap mahu rumah ibu di kekalkan.Aku terus masuk ke dapur untuk mencari seteguk air.
Peti sejuk aku buka.Tanganku mencapai sebotol air sejuk lalu sebiji gelas aku capai dari atas singki dan menuangkan air itu ke dalamnya.Rasa lega setelah tekakku di basahi air sejuk.Kelibat nenek datang dari luar dan di tangannya ada secekak pucuk paku.
''Baru balik Rul?''sapa nenek. 
''Ya nek.''
''Kamu ke pantai lagi?''
Aku diam tak tahu nak jawab apa.Nenek mendekati lalu wajahku di usap perlahan.
''Cucu nenek ni kan kuat jadi kamu kena sabar ya,segala kejadian ada hikmahnya.''
Aku menganggukkan kepala.Terpujuk rasa hati dengan bicara lembut nenek.
''Nenek nak masak apa?''aku cuba mencantas suasana yang boleh membuatkan hati ku gundah semula.
''Dah nampak tanya lagi?gulai kesukaan kamu tu lah.''jelas nenek seraya menjeling diriku.Aku senyum meleret.Tubuh nenek aku peluk dari sisi.
''Terima kasih nek,sayang nenek.''ujarku sambil mencium pipi nenek.
''Oo...kalau tak masak gulai ni tak sayanglah?''
''Eh,taklah nek,Rul tetap sayang nenek selamanya,nak Rul tolong ke?''
''Ha...elok jugak tu,kamu ambik ni patah-patahkan batang yang lembut dan daun dia aje,batang yang keras tak payah ambik.''
''Nek,Rul tahulah apa yang kena buat dengan pucuk ni,nenek tak ingat ke Rul selalu tolong nenek masak gulai ni.''
''A'ah,lupa pulak nenek,tu lah kamu tu dah lama sangat tak balik sini.''
''Rul kan masih belajar,tu sebab Rul sibuk.''
''Yalah,sekarang dah habis belajar kan,syarikat papa dah tunggu kamu.''
''Memang nek lepas ni tanggungjawab Rul lebih berat,nanti tak dapat Rul nak balik selalu jenguk nenek.''
''Tak apalah kamu tu masih muda kejarlah cita-cita kamu dulu,bila dah berjaya nanti jangan lupa nenek.''
''Takkan Rul nak lupa nenek pulak,nenek kan nenek kesayangan Rul.'' 
Pucuk paku yang di basuh nenek tadi aku bawa ke meja untuk di siang.Nenek pula mengeluarkan udang dari peti sejuk.Setelah selesai menyiang sayur itu aku bawa kepada nenek di singki.
''Mama kamu ke mana?''
''Entah kat bilik agaknya.''jawabku malas.
Malas nak ambil kisah apa yang mama buat.Biarlah dia dengan sikapnya.Kalau di tegur lebih-lebih nanti di katakan anak derhaka pulak aku.Nenek ketawa perlahan.Tahu sangat dengan perangai mama yang tak suka turun ke dapur.Aku pun hairan macam mana papa boleh bersabar dengan sikap mama.Hm...bila agaknya mama akan berubah?
''Ada lauk lain ke nenek nak masak?''
''Tak adalah lauk tengahari tadi ada lagi.Nenek masak ni cuma nak tambah lauk je.Kamu tu pun balik bukan nak cakap,ni nasib baik ada udang kat dalam peti sejuk tu kalau tidak kamu makan saja apa yang ada.''Tercuit hatiku dengan kata-kata nenek itu.
''Papa dan Rul tak kisahlah nek,apa yang nenek masak kami makan aje.''
''Itu kamu,mama kamu macam mana pulak?''pintas nenek.Aku cuma mampu tersengih.
''Tak apalah nenek,kat sini dia tak banyak pilihan.Pandailah dia bawak diri nanti.
''Papa ke mana nek?''
''Ke mana lagi papa kamu tu kalau tidak ke sebelah,
maklumlah dah lama tak jumpa kawan lama dia tu.''
Setelah menolong nenek di dapur aku melangkah ke bilik untuk mandi dan bersolat Asar.Usai solat aku duduk berteleku di sejadah membaca kitab suci Al-quran.Hatiku terasa tenang sedikit setelah selesai membaca.Mata terpandang telefon bimbit ku di tepi katil.Aku capai dan menekan nombor Siti Aisyah.
Terpapar nama itu di skrin tapi aku teragak-agak hendak memulakan.Teringat senyuman manisnya saat dia berlalu pergi tadi.Persis si Dia.Patut ke tidak aku menghubunginya?Telefon aku letakkan kembali di tempat tadi.Keluhan aku lepaskan berat.Belum waktu untuk aku memulakan hubungan yang baru.Sengaja membina tembok agar aku tidak terlalu teruja.Biarlah dia anggap apa saja,biarlah dia fikir yang aku tak mahu berkawan dengannya.Aku serahkan saja kepada takdir untuk menentukan segala.Andai sekali lagi kami bertemu mungkin aku akan pertimbangkan.Aku perlukan masa untuk selami hatiku sendiri.

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...