Tuesday, March 10, 2015

SESUCI CINTA DIAN 38



Beberapa minit setelah suaminya pergi,Dian tersedar dari lena.Memandang sekeliling bilik.Mana dia pergi?Betul ke dia datang tadi?Aku tak mimpi,kan?Tak...tak aku tak mimpi,memang dia ada datang tadi.Dian cuba bangkit namun kepala terasa berpinar,dia rebah kembali.Dian mengusap perutnya.
Sayang...maafkan ibu ya sebab ibu abaikan sayang.Ibu janji mulai hari ni ibu akan jaga diri dan sayang sebaik mungkin,ya.Dian kembali lena.Beberapa minit kemudian Faizal kembali dengan bungkusan di tangan.
''Ayang...bangun yang,abang bawak makanan ni.''
Faizal mengejutkan isterinya yang masih lena.Terpisat-pisat Dian cuba untuk membuka matanya.Faizal tersengih melihat tingkah isterinya.
Nasib baik dia tak mengeliat kalau tidak,habis la muka aku jadi mangsa dia lagi.
Faizal teringat insiden yang pernah berlaku sewaktu dia mengejutkan isterinya bangun dari tidur.Lebam pipinya mendapat penumbuk sulung Dian.Sejak itu dia berjaga-jaga kalau mahu mengejutkan Dian.
''Abang!buat apa abang kat sini?macam mana abang masuk.''Faizal mengelengkan kepala.Lupalah tu.
''Abang pecahkan pintu tu.''selamba Faizal berkata.
''Ish...jangan main-mainlah.'' 
''Ya,abang tak main-main,ni.''Faizal menayangkan kunci bilik kepada Dian.Dian menarik muka cemberut.Dia cuba berbaring semula.
''Eh...nak buat apa tu?''
''Tidur!''
''Ayang mana boleh tidur,dah pukul berapa ni tak makan lagi.''
''Yang abang sibuk kat sini kenapa,suka hati yan lah nak buat apa.Pergi je kat makwe abang tu!''
''Amboi,mulut nak kena cium ke?terjerit-jerit dekat suami,tak takut derhaka?abang dah kata abang tak ada apa dengan dia kenapa tak nak percaya?''
''Abang bohong!''bantah Dian.
Faizal terasa sakit hati bila kepercayaannya di persoalkan.Macam mana lagi aku nak cakap ni?Faizal menjauhkan diri seketika cuba mengawal amarah yang mula menjenguk diri.Dia beristighfar panjang.
Membawa diri ke jendela kamar.Muka di raup perlahan.Pandangan di arah ke laut lepas,memerhati ombak yang menghempas ke gigi pantai.
Dian di atas katil bungkam.Cuba mengawal sendu yang hadir.Faizal kalih pandang ke wajah isteri kesayangannya.Mendekati tubuh itu perlahan.
''Kalau pun marah dengan abang tolonglah pergi isi perut tu.Janganlah seksa diri macam ni,kalau jadi apa-apa kat korang berdua abang jugak yang susah hati,ayang tak sayang abang lagi,ke?''
Faizal mengendurkan suaranya cuba memujuk isterinya yang berkeras hati itu.Dian memandang wajah suaminya yang cuma beberapa inci dari wajahnya.Ada kesayuan pada wajah itu.
Pandangannya di bawa ke perut.Sayang...ibu lupa lagi.Dian mengusap perutnya perlahan.Sekilas wajah suami di renung lagi.Dian bangkit juga menuju ke bilik air.Usai mencuci muka dia keluar semula menghadap bungkusan makanan yang di beli suaminya.Sebak hati masih terasa namun Dian cuba menguatkan semangatnya.
Sayang...ibu makan untuk sayang,ya.Faizal menuangkan air di dalam gelas lantas di letakkan di sisi isterinya.
''Makanlah...''
perlahan suara Faizal memujuk lagi bila Dian hanya memandang saja bungkusan itu.Faizal membukakan bungkusan itu.Dian menjeling sekilas suaminya.
Tangannya di angkat membaca doa.Segera nasi campur di depannya itu di suap ke mulut.Terasa perit tekaknya saat nasi itu melalui kerongkongnya namun dia cuba gagahkan jua menelannya.Tidak di pedulikan suaminya yang sedang leka memandang dirinya.
Faizal merenung wajah itu,pucat tanpa seri.Kenapa kita jadi begini?Macam mana abang nak jelaskan lagi pada ayang?Cuma ayang saja yang ada dalam hati abang ni,tiada dua atau tiga.Takkan ayang tak nampak betapa sayangnya abang pada ayang?Kesal hatinya dengan apa yang terjadi di antara mereka.Kalaulah boleh di putarkan masa tentu abang takkan mengikut kata hati sendiri.Tentu abang dah berterus-terang dari awal lagi. 

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...