Tuesday, March 10, 2015

SESUCI CINTA DIAN 39


Selesai makan Dian bangkit menuju ke bilik air.Faizal mengemaskan bungkusan itu lalu di buangkan ke dalam tong sampah.Nampaknya hati isterinya itu tidaklah sekeras mana.Masih ada ciri-ciri kelembutan di dalam dirinya.Ah,mungkin kerana pembawakan budak.Selama ni mana pernah dia meninggikan suara padaku.Cuma sekarang dia salah faham.Inilah masanya aku harus jelaskan kedudukan yang sebenar.Dian kembali duduk di tepi katil.Wajahnya hanya di tundukkan saja.Faizal memandang ke arah almari lalu bangun dan membukanya.Ada beberapa helai baju yang agak baru tergantung disitu.Laci di bahagian bawah di buka.Pakaian dalam turut ada di situ.Faizal mencapai semua pakaian itu lalu memasukkan ke dalam beg galas yang berada di tepi almari.
''Abang nak buat apa tu?''Dian terkejut dengan tindakan suaminya.
''Nak bawak balik.''selamba Faizal menjawab.
''Tapi...''tersekat suara Dian tidak tahu hendak berkata apa lagi.Kalau di bantah lagi tentu jerkahan yang dia bakal dapat nanti.Faizal walau pun bukan seorang pemarah namun sekali dia bersuara pasti sakit telinga mendengarnya.
''Tak ada tapi-tapi lagi ikut abang balik sekarang.''tegas Faizal sambil mencapai tudung Dian di tepi katil lantas di sarung ke kepala isterinya itu.
''Jom!''
''Yan tak nak balik!''bentak Dian cuba juga melawan.
''Jangan macam ni,abang nak tunjukkan sesuatu pada ayang,lepas ni kalau ayang nak percaya pada abang atau tidak terpulanglah,ikut abang sekarang,ya!''pujuk Faizal dengan muka simpati.Dian tidak sempat berfikir lagi bila tangannya di tarik keluar dari bilik itu.Faizal segera mengunci pintu dan berjalan ke tempat pendaftaran untuk urusan keluar.Selesai semuanya mereka berjalan ke kereta Faizal.
''Abang,kereta yan macam mana?''
''Biar aje situ abang nak uruskan hal kita dulu.''
Faizal terus memandu menuju ke jalan besar.Tiada sesiapa yang bersuara sepanjang perjalanan itu.Sesekali Dian cuba menjeling wajah di sebelahnya.Serabut sungguh muka suamiku ini.Dah berjambang pulak tu.Kenapa tadi aku tak perasan dan memang betul ke dia tak bersalah?
''Dah puas tenung muka abang ni?''sergah Faizal tiba-tiba.
Dian serta-merta menundukkan kepala.Malu bila di tangkap merenung muka suami sendiri.Hati Faizal 
rasa bagai di geletek melihat tingkah isterinya itu.Beberapa minit berlalu kereta Faizal tiba di depan sebuah villa.
Eh,ni bukan rumah yang aku nampak hari tu ke?bisik hati kecil Dian.Kenapa dia berhenti di sini?
Faizal menekan remote control,tak lama kemudian pintu pagar itu terbuka perlahan.Faizal memandu keretanya masuk ke garaj.
''Jom.''ajak Faizal sambil membuka pintu keretanya.
Dalam keadaan terpinga-pinga itu Dian mengikut jua kata suaminya.Dengan muka serius Faizal mendekati Dian dan tangan isterinya di genggam erat.Entah mengapa Dian terasa selamat di dalam genggaman itu.Mereka melangkah seiring menuju ke pintu utama villa itu.Kunci di dalam poket di seluk kemudian pintu itu di buka perlahan.
''Masuk!''jerkah Faizal.
Menonong Dian masuk,takut dengan jerkahan itu.
Faizal tersenyum nipis,tau takut.Sengaja dia bernada begitu untuk menyakat isterinya.Melangkah saja ke dalam rumah itu Dian terkesima.Cantik sekali rumah ni,macam...ah...tidak tahu bagaimana hendak di gambarkan apa yang terpampang di depan matanya.
''Apa maksud abang ni?''    
''Inilah yang abang buat dengan Linda selama tiga bulan ni.''
Faizal berkata perlahan,tiada nada marah di situ.
Bahu Dian di palingkan mengadapnya.Di kucup tangan isterinya itu perlahan.Dian kaku memandang wajah suaminya.
''Villa ni hadiah abang untuk ayang.''
Bertaut kening Dian mendengarnya.Saat itu juga kunci villa itu di letakkan ke dalam genggaman.Dian terpinga-pinga memandang kunci itu.
''Kenapa abang buat semua ni?''
''Sebab ni.''jawab Faizal sambil memegang perut Dian.
''Anugerah terindah dalam hidup abang saat ayang sudah menjadi seorang ibu.Villa ni akan menjadi tempat untuk beristirehat bila kita bercuti.Nama villa ni pun abang dah letak nama ayang.
''Tapii...''
''Tak ada tapi-tapi lagi,ayang kena terima semua ni dan abang nak bagi tahu kawan abang Linda tu adalah arkitek untuk villa ni.''
''Jadi tu sebab abang selalu jumpa dia?''soal Dian segera.Faizal menganggukkan kepala.
''Tapi mana ayang tahu abang jumpa dia?rasanya hanya sekali dia datang pejabat dulu.''
''Sebenarnya Yan pernah nampak abang makan dengan dia dua bulan lepas.''
''Jeleslah tu?''duga Faizal.Dian menganggukkan kepala sambil menunduk.
''Kenapa ayang tak tanya atau serang abang?''
''Yan tak nak keruhkan keadaan.''
''Jadi selama ni ayang memendam rasalah ya,patutlah satu hari tu masa dia datang ofis,abang tengok muka orang tu masam aje.Rupanya tengah menahan marah.Hm...nasib baik ayang tak buat serangan kalau tidak memang lebam lagi muka abang masa tu.''
''Ish...apa abang ni,takkan yan nak buat macam tu kat abang.''Faizal tersenyum lega,bangga dengan isteri yang sanggup berkorban perasaan sendiri namun kesalan pun ada di hatinya gara-gara salah faham ini.
''Ayang tak payah jeles dengan Linda tu,dia dah kahwin,dah ada anak dua pun.''
''Betul ke?''Dian mendongak memandang wajah suaminya.Faizal mengangguk laju.
''Ayangg...''
''Hm...''
''Ayang tak marah kat abang lagi,kan?''Dian ukir senyum malu,malu kerana salah faham dengan suami sendiri.Wajah di tundukkan,kepala di gelengkan.
''Jadi ayang dah maafkan abanglah ni?''
''Abang tak salah,yan yang salah,maafkan yan.''tangan Faizal di capai lantas di kucup perlahan.Dagu isterinya di dongakkan memandang ke wajahnya.
''Abang sentiasa maafkan ayang,harap lepas ni jangan lari lagi ya,penat abang nak kejar.''Dian tergelak kecil.Di usap wajah suaminya dengan mesra.
''Yan janji takkan lari lagi tapi...kalau lari setempat boleh,kan?''
Faizal tergelak besar dengan gurauan si isteri.Saat itu juga tubuh Dian di tarik ke dalam pelukan.

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...