Friday, March 13, 2015

KAU CINTA HATIKU



Sudah pukul sepuluh pagi namun bayangnya masih tidak kelihatan.Mana pulak dia pergi ni?Hati kecilku sudah mula cuak dan berfikir yang bukan-bukan.Bukankah dia sudah berjanji untuk berjumpa di sini tapi kenapa dia tidak muncul lagi?Aku dah panas punggung menanti kehadirannya.Sabar Liya sabar,mungkin ada sesuatu yang berlaku di tengah jalan.
Telefon aku tekan lagi cuba mendail nombornya tapi tiada sahutan dari sebelah sana.Hatiku sudah mula berdebar-debar.Janganlah  ada sesuatu yang mengganggu perjalanannya.Aku memicit-micit kepala yang sudah mula terasa sakit.YA ALLAH!lindungilah dirinya moga dia selamat di dalam perjalanan.
''Assalammualaikum...Liya...''suaranya menyapa gegendang telingaku.Termengah-mengah saja nampaknya dia.Baru lepas berlari ke?Dia duduk di sebelahku sambil memegang dadanya.
''Waalaikummussalam...awak...kenapa lambat?''
''Maaf,jalan sesak tadi ada kemalangan.'' 
''Telefon awak mana,kenapa tak angkat saya call tadi?''
Dia tersengih.Masih cuba mengawal nafasnya.
''Nanti kejap sebelum saya jawab biar saya ambik nafas dulu,ya.''Dia mengurut-ngurut dadanya sendiri.
Kasihan pulak aku tengok,nak aje aku tolong urutkan dadanya tu tapi kami bukan mahram lagi jadi yang mampu aku buat adalah melihat saja.
''Awak ok tak?nak ubat?ke nak pergi klinik?macam nak semput je saya tengok awak ni.''soalku agak gusar.
Memang merisaukan kalau sesiapa yang tengok keadaan dia sekarang,mengapalah dia berlari dalam shopping mall ni,tentu orang ramai hairan melihat dia tadi.
''Tak payah,kejap lagi ok lah ni.''mulutnya aku lihat terkumat-kamit membaca sesuatu.
Aku biarkan dia bertenang dulu tak sampai hati pula nak marah-marah.''
''Maaf ya,telefon saya tadi dah habis bateri,lupa nak cas.Awak marah,ke?''dia mula bersuara semula setelah pernafasannya terkawal.
Maunya tak marah cik abang oi,dah dekat satu jam saya tunggu kat sini,dah macam jaga pun ada rasanya duk mundar-mandir dari tadi.Kata-kata itu cuma bergema di dalam mindaku saja.Tak sampai hati aku nak luahkan.Baru kali ni dia buat hal jadi aku malas nak panjangkan cerita.
''Taklah saya suka...''balasku sambil tersengih.Aku tunjukkan muka seposen.Dia menggelengkankan kepala.Dia tahu aku marah tapi aku kawal perasaan.
''Saya minta maaf banyak-banyak ya,lain kali saya cuba tak buat awak marah.Ha...Hidayah kirim salam sayang kat awak.Katanya dia rindu sangat kat awak.''
''Er...kenapa ayat kat belakang tu macam bukan Hidayah yang cakap?''
''Memanglah bukan dia yang cakap,kan saya yang cakap ni,saya cuma tolong sampaikan aje.''dia tersenyum nakal.Tangannya sudah menggaru muka.Malulah tu.
Aku faham sebenarnya dia nak cakap yang dia rindukan aku tapi pandai dia belok guna nama Hidayah.
Ish,saja aje dia ni lah.Suka buat aku perasan.Ala Liya,bukan yang rindu tu suami kau juga kan?eh...bukan...bakal suami tu baru betul.He...he...nasib baik dia balik kampung cuma dua hari kalau dua tahun bagaimana agaknya ya?mahunya aku mati kerinduan.Alolo...memang teruk kau ni Liya oi...
''Awak...''panggilannya mematikan lamunanku.Dia menekan-nekan perutnya.
''Kenapa awak sakit perut ke?''tanya ku.Dia mengangguk laju.
''Kalau macam tu jom kita pergi klinik.''ajakku segera.
''Nak buat apa?''soalnya kembali.
''La...kata tadi sakit perut.''
''He...he...saya lapar.''
''Ish,awak ni sengaja nak buat saya gelabahlah.''
''Jom,teman saya makan.''alahai,pandai pulak dia buat muka kasihan.Buat hilang marah aku aje.
''Ya lah...jom!''kami bangkit menuju ke restoran berdekatan.
Selepas makan kami berjalan menyusuri kedai-kedai untuk mencari barang hantaran.Jenuh aku mengikut rentak dia,agak cerewet juga bakal suamiku ini.Pilihannya agak berjenama pulak tu.Kalau ikutkan aku main hentam saja,tak kisah ada jenama atau tidak yang penting hati dah berkenan.Banyak juga duit dia habis.Bila aku nak hulurkan duit aku dia tolak mentah-mentah alasannya itu tanggungjawab dia.Nak aku apakan lagi kalau dia sudah kata begitu.
Bila tiba saat untuk memilih cincin kami bertelagah sedikit.Mana taknya dia pilih cincin yang agak mahal untuk aku.Takut aku bila dengar jurujual kedai itu cakapkan harga cincin tu.Dia cuba memaksa aku untuk menerima cincin tu juga tapi aku berkeras tidak mahu.Aku ni dah memang jenis tak suka pakai barang kemas.Bengang dia bila aku keluar menonong dari kedai itu.Sebenarnya aku serba-salah bila dia berhabis duit untuk aku.Aku ni bukan jenis yang suka shopping ke atau dalam kata lain perempuan mata duitan.Tak mungkin aku begitu kerana aku telah di didik oleh ibu sejak dari kecil lagi supaya pandai menghargai hidup.Ibu tak pernah memanjakan aku dengan membeli benda yang bukan-bukan.Katanya dalam hidup ini kita harus bersederhana,jangan sesekali lakukan pembaziran.
Aku duduk di bangku sementara menunggu dia.Entah jadi ke tidak dia beli cincin tu.Biarlah dia nak buat apa,malas aku nak ambil kisah.Bahu aku tiba-tiba di cuit orang.Aku palingkan muka ke kiri,dia menayangkan muka tersengih.
''Kenapa awak duduk sini?''tanya dia.
''Tak ada apa penat dah kaki ni,tak larat.''jawabku selamba.
''Awak nak balik sekarang,ke?''tanya dia lagi.Aku anggukkan kepala saja.
''Jom...''
Sewaktu di dalam kereta kami tidak berborak.Hanya lagu yang berkumandang memenuhi ruang yang sempit itu.
Sengaja aku menanti dia menyapa dulu.
''Senyap aje dah tak nak cakap dengan saya,ke?''akhirnya dia menyapa juga.
''Nak cakap apa?''
''Cakap ajelah apa-apa,saya tak suka diam macam ni.''
Aku kerut kening.Dah kenapa dengan dia?sejak bila dia tegas macam ni?
''Awak kenapa?awak marah pasal cincin tadi ke?''
''Salah ke kalau saya nak belikan awak sesuatu?''
''Tak salah tapi tak perlu membazir.''
''Kalau untuk orang yang kita sayang,takkan membazir pulak?''
Erk...aku tak salah dengarkan tadi?betul kan dia cakap dia sayangkan aku?adush...macam kena panah rasanya dadaku ini.
''Liya...''
''Em...''
''Awak memang tak suka cincin tu ke?''
''Bukan tak suka cuma harganya mahal sangat.''
''Saya ikhlas demi keselesaan diri awak.''
Aku tersentak dengan apa yang baru keluar dari bibirnya itu.Rasa bersalah pula dengan dirinya.Rasa bersalah pula dengan dirinya.Dia begitu mencuba menunjukkan kasih sayangnya tapi aku pula yang seolah tak begitu menghargai.
''Maafkan saya.''ucap bibirku.
Sebuah senyuman cuba aku berikan agar dia berasa tenang sedikit.Dia kalihkan wajah bila setelah menjelingku sekilas.
''Awak,saya cakap saya minta maaf,awak maafkan tak?''
''Ya...saya maafkan awak.''jawab Asyraf selamba.
''Macam tak ikhlas je.''
''Apa pulak tak ikhlas kan saya dah maafkan awak.''
''Tapi muka tu tak senyum pun.''
Asyraf akhirnya melepaskan ketawa.
''Awak ni pandai nak pujuk saya,ya.''
''Awak merajuk ke tadi?''usikku.Asyraf menjeling sekilas.
''Tak merajuk,terasa je.''
''Liya...panggil Asyraf bersama jelingan manjanya.
Aduh,terpanah aku lagi.
''Kenapa?''
''Awak dah sedia,ke?''
''Maksud awak?''soalku keliru.
''Maksud saya,awak dah sedia ke nak jadi isteri saya?'' 
''Kenapa baru sekarang awak tanya saya soalan tu,masa nak pinang saya hari tu tak ada pun awak tanya.''
''Memang sengaja saya tak tanya.''
''Kenapa?''soalku tambah keliru.
''Tak ada apa.''selamba saja dia menjawab.
Haish...apasallah aku dapat tunang yang macam ni,sengaja nak dera perasaan aku agaknya.Aku peluk tubuh malas nak layan dia borak lagi.Lama selepas itu suaranya kedengaran lagi.
''Liya...kenapa senyap,awak tak nak cakap dengan saya lagi ke?soalan saya tadi awak tak jawab.''
Ish,malunya macam mana aku nak cakap?nak susun ayat pun tak reti.Takkan aku nak cakap aku dah sedia,nanti dia kata aku dah gatal sangat nak menikah.
''Liyaa...''meleret pulak suara dia memanggilku.
''Tak baik tau kalau suami panggil tak jawab.''
''Eh,bila masa awak jadi suami saya?''
''Ha...keluar pun suara ingat tadi nak mogok dengan saya.Soalan saya tadi awak tak jawab lagi.''
''Ala...kalau tak jawab tak boleh ke?''
''Tak boleh,saya nak jawapan ikhlas dari hati awak,baru hati saya boleh senang.''
''La...selama kita bertunang ni awak tak senang hati,ke?''
''Memang saya tak senang hati,saya takut awak rasa terpaksa saja.''
Entah mengapa hatiku tiba-tiba jadi sayu.Betapa dia begitu mudah menyatakan perasaannya.Betapa dia begitu menginginkan aku untuk menjadi miliknya dengan penuh kerelaan.Bukankah aku sudah merelakan hatiku saat dia mula menjadi imamku di rumah Hidayah dulu?Betapa aku terpikat pada perawakan dirinya yang begitu menjaga akhlaknya.Tiba-tiba aku mendapat idea yang nakal,sengaja ingin mengusiknya.
''Kalau saya cakap saya belum bersedia,macam mana?''
Berkerut kening Asyraf.Mukanya sudah semacam aje.Dah keluar dah muncung itik tu.Eh,sejak bila pula dia pandai buat muncung macam tu?dah berjangkit dengan aku agaknya.
''Jadi majlis kita ni tak jadilah?''tiba-tiba dia bertanya.
''Eh,siapa kata tak jadi,barang hantaran semua dah beli takkan nak batalkan pulak.''
Dia dah buat muka geram.Mungkin dia dah dapat agak yang aku main-mainkan dia tadi.Liya...berdosa kau buat macam tu.Dia kan bakal suami kau.Aku jeling dia sekilas.Dia masih dengan muka tegangnya itu.
''Awak...saya minta maaf ya,saya main-main tadi.''
''Buatlah selalu macam tu.''alamak dia sindir aku tu.
Tiba-tiba hatiku rasa bagai di geletek.Tak pernah lagi aku tengok dia marah.Sesekali seronok pulak buat dia macam tu.Ish,jahat betul kau ni Liya ooii...
''Yang tersengih macam kerang busuk ni kenapa?''tegur Asyraf mengejutkan khayalanku yang tak seberapa.
''Err...saya cuma terfikirkan sesuatu je.''
''Pasal apa?''
''Pasal kita.''takkan aku nak bagi tahu yang aku suka tengok muka tegang dia tu.Mahunya kawan tu bertukar jadi singa lapar nanti.Eii...aku tak boleh nak bayangkan kalau dia betul-betul naik angin.
Asyraf menggelengkan kepala.Tumpuannya masih pada pemanduan.Untuk seketika kami diam tidak bersuara.
Keretanya membelok masuk ke taman perumahan kami.
Kami turun bila keretanya sudah sampai di depan rumahku.Barang yang di beli tadi di keluarkan dari bonet.Bila Asyraf menghulurkan aku beg plastik yang terakhir,dia merenungku seketika.
''Liya...saya...''tersekat bicaranya membuatkan aku kaku seketika.Mataku turut merenung dirinya namun seketika cuma.Malu pula nak tenung muka tampannya itu.
''Awak nak cakap apa?''
''Saya cuma nak awak tahu yang saya benar-benar ikhlas pada awak.''
Kata-kata itu membuatkan aku terharu.Betapa dia cuba menyakinkan aku tentang perasaannya.Terasa betapa lelaki yang di depanku ini sebenarnya adalah jodoh yang telah di takdirkan untukku.Sikap ambil beratnya begitu jelas terhadapku.Tak tersusun pula ayat untuk aku karang demi membalas kata-katanya itu.Wajah masih ku tundukkan.
''Hei...''Asyraf menggawangkan tangan di depan mataku.
''Awak kenapa dah tak ada suara ke?''Aku menggelengkan kepala.
''Saya betul-betul tak tahu nak cakap apa pada awak.''
''Tak mengapalah kalau awak masih tak dapat jawab persoalan saya tu,saya tak kisah pun.Yang penting awak tetap sudi menjadi suri hidup saya.''Asyraf tersenyum manis.Ah!terpanah lagi aku.
''Awak...boleh tak jangan senyum macam tu?''
''Kenapa?''
''Nanti saya tergoda...''sebaik berkata begitu aku terus berlari anak masuk ke dalam rumah.Biarlah dia terpinga-pinga kat luar tu.

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...