Monday, April 14, 2014

SESUCI CINTA DIAN 21



Petang itu mereka pulang bersama.Faizal sudah ada rancangan yang tidak di beritahu kepada Dian terlebih dahulu.
''Awak kita nak ke mana ni?''
Soal Dian saat menyedari yang jalan mereka lalui bukan jalan menuju rumah sewanya.Faizal tersengih saja tanpa menjawab pertanyaan gadis itu.Dian terkaku bila kereta Faizal berhenti di depan sebuah rumah banglo tiga tingkat
''Awak,kita buat apa dekat sini?''Dian bertanya lagi tidak puas hati.
Faizal menekan remote control,seketika kemudian pintu pagar itu terbuka,keretanya di pandu masuk ke dalam garaj.
''Jom keluar saya nak kenalkan awak dengan keluarga saya.''
Kali ini Faizal nekad untuk bertindak.Dia sudah jemu untuk menunggu.Satu keputusan harus di buat dan gadis itu tetap akan jadi miliknya.Tambahan pula keluarganya sudah memberi restu.Dian mematikan diri di tempat duduk.Wajahnya sudah kemerahan menahan marah.
''Awak,jangan macam ni,apa-apa pun kita masuk dulu.''Pujuk Faizal.Dia tahu Dian tidak suka dengan tindakannya yang melulu itu.
''Awak suka buat saya macam ni,kan?''
''Macam mana apa pulak,saya cuma nak kenalkan awak dengan keluarga saya saja,salah ke?Dian,boleh tak awak buang perasaan ragu awak tu dan pandang sesuatu itu dengan positif?Saya yakin keluarga saya bukan macam yang awak fikirkan.''
''Saya nak balik.''Tegas Dian sambil berpeluk tubuh.
Faizal sudah mula bengang dengan perangai Dian.
''Tolong bagi saya peluang,saya pasti awak takkan menyesal.''
Dian kalih wajah memandang Faizal.Terpamer wajah yang meminta pengertian.Mata di halakan semula ke rumah besar itu.Dian masih tidak mahu bergerak keluar dari kereta itu.
Faizal mengeluh dengan tingkah gadis itu.Ah!Tak boleh jadi dia ni,takkan nak bertapa kat dalam kereta ni pulak.Faizal melangkah keluar dari kereta dan membuka pintu di sebelah kiri.
''Dian,jangan buat perangai ya,saya janji kali ni saja awak ikut cakap saya,lepas ni kalau awak tak suka juga saya takkan paksa awak lagi.''
Apa pun terjadi Faizal tetap mahu cuba memujuk Dian.Dian tenung wajah lelaki itu.Ish..dia ni saja aje la.suka buat muka macam tu.Nak mintak simpati la tu.Dian melangkah juga keluar sambil melepaskan sebuah jelingan.Tersengih suka Faizal saat itu.
''Jom!''Ajak Faizal.
Mereka beriringan masuk ke dalam rumah itu.Sebaik saja kakinya melangkah masuk,Dian terpaku di situ.Cantiknya,besar betul rumah ni.Berbisik hati kecil Dian.Berbeza betul dengan rumah aku.
''Erk..awak..saya nak baliklah.''
''Ala,jangan macam ni kita jumpa dulu dengan keluarga saya,ya.''Faizal berkata lantas meninggalkan Dian berseorangan.
Faizal segera mendapatkan ibunya di dapur.Memang kebiasaan di situlah tempat ibunya pada petang hari,menyediakan juadah petang.Walau pun mereka ada pembantu rumah namun ibunya rela memasak sendiri demi kasih sayangnya kepada keluarga.Bak kata orang tua,air tangan seorang isteri dan ibu itu kan membawa berkat dalam rumahtangga.Itulah rahsia kalau ingin rumahtangga kita kekal bahagia.Itu sebabnya walau sesibuk macam mana pun Puan Khalida tetap akan mengutamakan keluarganya.
''Assalammualaikum,ibu..''Ucap Faizal bila sampai di dapur.
''Waalaikummussalam,ha angah balik awal hari ni?''
''Saja balik awal sikit,kerja pun tak banyak kat pejabat hari ni,ayah dengan along tak balik lagi ke,bu?''Tangan Puan Khalida di cium seperti selalu.
''Belum diaorang ada mesyuarat hari ni.''Jawab Puan Khalida.
''Ibu angah bawak seseorang nak kenalkan dengan ibu.''
''Ha,siapa pulak tu,mak we kamu ke?''Faizal sudah tersengih,tangannya menggaru kepala.
''Err..nak kata mak we tu tak pasti la pulak tapi apa kata ibu jumpa dia dulu,lepas tu bagilah pendapat ya.Ibu ingat tak hari tu angah ada cerita pada ibu tentang Dian.''Puan Khalida sudah melirik senyuman.
''Oo..budak perempuan yang angah cakap hari tu?''Faizal mengangguk sahaja.
''Angah bawak dia hari ni nak kenalkan dengan ibu.''
Faizal menarik tangan ibunya menuju ke ruang tamu.Puan Khalida tergesa-gesa mengikut langkah anak bujangny itu.Sempat dia berpesan kepada pembantu rumah untuk membawa hidangan ke ruang tamu.
Sesampai di ruang tamu Puan Khalida segera menyapa Dian.
''Oo..ini rupanya Dian.Cantik orangnya,patutlah anak ibu ni tak sabar-sabar lagi.''Usik Puan Khalida sambil menjeling anak bujangnya di sebelah.Faizal tersipu-sipu bila di sergah begitu.
Dian kaget seketika namun dia cuba mengawal perasaan dan segera bersalam dengan ibu Faizal.
''Puan apa khabar?''Tanya Dian dengan suara sedikit bergetar.Gelabah pun ada.
''Tak payahlah nak berpuan-puan panggil aje mak cik.Duduklah kejap lagi kita minum petang,ya.''
Dian melabuhkan punggung di sofa mewah yang di buat dari kulit.Terasa kekok dengan keadaan itu.Betapa perbezaan antara dirinya dan lelaki itu yang amat ketara.Dian kian resah,terasa ingin saja melarikan diri dari situ.Tapi apa pulak kata lelaki itu,pasti Faizal akan kecewa.
''Kamu berdua ni dah lama kenal ke?''Soal Puan Khalida.
''Baru beberapa bulan Pu..ma..mak cik.''Tergagap-gagap pula Dian cuba menjawab soalan Puan Khalida itu.
Faizal hanya tersenyum memandang Dian.Dia sedar gadis itu sedang menahan perasaan marah dan geram dengan tindakannya.Seketika kemudian pembantu rumah datang membawa minuman petang.Mereka menikmati minuman petang sambil berbual.
Sedang leka berborak pintu utama rumah itu terbuka dan suara memberi salam kedengaran di situ.Seraut wajah manis terjengul sambil berjalan menuju ke arah mereka.
''Hai,ibu..hai angah..eh siapa ni?''Tanya gadis itu sambil bersalaman dengan ibu dan abangnya.
''Kawan angahlah.Kenalkan ni Dian.''
Faizal menjawab sambil memperkenalkan Dian kepada adiknya yang bongsu.Gadis itu menghulur salam kepada Dian.
''Hai..nama saya Julia.''
''Saya Dian.''Balas Dian sambil menyambut salam itu.
''Ha ,angah dalam diam-diam dah ada mak we,ya.''Usik Julia sambil melabuhkan punggung di sisi ibunya.
''Ish,adik ni sibuklah kami kawan aje.''Faizal cuba menafikan.
''Ya,ke tapi adik tengok lain macam aje.''Julia masih cuba mengusik abangnya.
''Adik ni nak kena ke?''
''Sudahlah tu,malu Dian kamu asyik mengusik dia.''
Suara Puan Khalida menyampuk cuba menghentikan usikan Julia.Tangannya menampar lembut paha anak dara yang seorang itu.
''Ala,ibu ni Ju gurau ajelah,Dian awak jangan kecik hati,ya.''
Julia membela diri bila di tegur Puan Khalida.Dian pula hanya mampu tersenyum saja.
Ternyata andaian Dian terhadap keluarga Faizal meleset sama sekali.Kini Dian akui bukan semua keluarga berada adalah sombong dan bongkak.Puan Khalida amat mesra melayan Dian seperti anak sendiri.Begitu juga adik Faizal yang bermulut ramah itu.Perlahan-lahan Dian merasa dirinya di terima di dalam keluarga itu.Hampir sejam dia di situ akhirnya Dian meminta diri untuk pulang.
''Macam mana perasaan awak sekarang,masih ragu-ragu lagi?''Faizal menyoal saat mereka sedang di dalam perjalanan pulang.
''Maaf,saya tak sepatutnya berperasaan macam tu.'' 
''Jadi awak dah boleh terima saya lah?''Soal Faizal inginkan kepastian.
''Saya tak pasti.''Setelah Dian berkata begitu Faizal senyap tidak bersuara sehingga sampai di depan rumah sewa Dian.
Malam itu Dian berfikir lagi.Boleh ke mereka hidup bersama tanpa cinta?Dian tidak pasti yang dia mampu untuk menyayangi lelaki itu.Dia betul-betul menyayangi diri kau takkan kau tak perasan?Mindanya berkecamuk.Ada suara yang cuba menyedarkan dirinya.Solat istikharah sudah dia lakukan namun belum ada jawapan yang jelas.Dian buanglah perasaan ragu-ragu itu kerana perasaan itu hanyalah mainan syaitan.
Malam itu Dian membuat lagi solat istikharah.Panjang sekali dia berdoa.Meminta di perjelaskan jodoh yang ada di depan matanya.Hanya kepada ALLLAH S.W.T dia berdoa,mencurahkan segala perasaan yang ada.Segala keraguan yang bertamu di minda dan hati,di adu kepadaNYA agar ketenangan dapat di capai.Dian tidak mahu lagi berfikir keterlaluan.Usai solat Dian segera masuk tidur.
Bunyi telefon bimbit membangunkan Dian.Segera telefon di sebelah di capai.Dian perhatikan skrin,satu mesej terpapar di situ.AKU TETAP SAYANGKN KAU,DIAN!!  
Dian terkedu.Berdebar jantungnya saat itu.Memang degil betul dia ni.Dah banyak kali aku cakap tapi tetap tak faham bahasa.Apa yang patut aku buat lagi?Perlukah aku berterus-terang saja?Nanti dia bergaduh pulak dengan mama dia.
Hm..biarlah dia anggap aku yang curang.Suatu hari nanti dia akan jumpa gadis yang lebih baik dari aku.
Mungkin aku patut terima lamaran Faizal agar dia akan berputus asa.Dian berkira-kira untuk berbincang dengan Faizal tentang perkara itu.Tika itu juga Dian menghantar mesej kepada Faizal.
Faizal yang ketika itu sedang menyiapkan kerjanya terkejut saat menerima mesej dari Dian.Dah tengah malam hantar mesej kenapa pulak ni?Segera jemarinya menekan nombor Dian.Setelah memberi salam terus Faizal menyoal gadis itu.
''Kenapa dengan awak dah malam tak tidur lagi?''
''Saya dah tidur tadi tapi dia hantar mesej.''Suara Dian kedengaran sayu.
''Dia?Maksud awak Fakrul?''
''Ya..''Balas Dian pendek.Keluhan panjang Faizal lepaskan.
''Sekarang apa yang awak nak buat?''
''Entahlah saya buntu ni.''Jawab Dian lemah.
''Awak masih sayangkan dia?''Soal Faizal cuba mencungkil perasaan gadis itu.
''Jangan tanya saya soalan macam tu,saya tengah cuba nak melupakan dia.''Faizal tersenyum lega.
''Jadi awak telefon saya ni untuk apa?''Tanya Faizal.
Dia bangun dan berjalan menuju ke katil lantas merebahkan badan ke tilam.Faizal dapat merasakan sesuatu saat ini.
''Awak..err..tawaran awak tu masih terbuka lagi?''
Aduh dah macam perigi mencari timba pulak rasanya.Dian merasakan mukanya sudah tebal berinci-inci.Faizal sudah mengukir senyum Apakah doanya akan termakbul malam ini?
''Tawaran apa yang awak maksudkan?''Sengaja Faizal cuba mendera perasan Dian.
Bertambah gementar hati Dian saat soalan itu bergema di telinganya.Lelaki ni saja nak dera aku.Ish..macam mana nak jawab ni?
''Erk..tak ada apa-apalah saya salah cakap tadi,baiklah saya minta diri dulu.''
Talian terus Dian matikan.Berdebar jantungnya saat itu.Faizal terkedu saat Dian mematikan talian.La baru nak gertak sikit dah gelabah,adush..susah betul perempuan ni.Faizal cuba mendail semula.Sesaat dua saat menanti namun Dian tidak menjawab.Faizal pula yang gelabah.Tangannya menggaru kepala yang tak gatal.Alahai,janganlah macam ni,Dian..saya sayang awak tau tak?
Faizal masih cuba mendail nombor Dian namun Dian tidak masih tidak mahu menjawab.Faizal menghantar mesej pula,
lbh baik awk jwb panggilan sy klau tdk sy dtg umh awk mlm ni jgk.. 
Dian terkejut saat membaca mesej Faizal itu.Dah main ugut-ugut pulak.Alahai,macam mana ni?Sesaat kemudian telefonnya berbunyi lagi.Dian kuatkan hati untuk menjawab panggilan itu.
''Hello!''
''Ha,tahu pun takut,baru saya ugut macam tu dah gelabah.''Sergah Faizal.
''Ish..awak ni kenapa tiba-tiba nak marah pulak?''
''Saya bukan marah tapi geram dengan perangai awak.''Balas Faizal selamba.
''Kenapa pulak?''Tanya Dian keliru.
''Yalah tadi beria-ia nak cakap dengan saya,tiba-tiba awak matikan talian pulak,mana saya tak geram,awak nak cakap apa sebenarnya?''
''Entah saya pun tak tahu apa yang saya cakap.''
''Pulak,tadi cakap pasal tawaran sekarang cakap tak tahu pulak,yang mana satu ni,awak sedar tak apa yang awak cakap?''
Dian terdiam seketika.''Maaf,saya tahu apa yang saya nak cakap tapi saya...''
''Saya faham,awak malukan?''  
''Kalau dah tahu kenapa nak tanya lagi?''
''Saja nak dera awak sikit.''Faizal ketawa seusai berkata begitu.Geram pulak hati Dian dengan perangai lelaki itu.
''Dian,bila saya boleh hantar rombongan.''Selamba Faizal bertanya setelah ketawanya berhenti.
''Err..rombongan apa?''Soal Dian pura-pura tidak tahu.
''Dah tahu tanya lagi?'' 
''Erk..saya tak tahu.''
''Tak tahu,apa yang tak tahu,Saya nak hantar rombongan meminanglah,sayang.''
Dian terkedu.Nak buat macam mana ni,aku dah tak ada sesiapa lagi,siapa pulak yang aku nak wakilkan bagi pihak aku?
''Awak tahu kan saya ni anak yatim,macam mana awak nak pinang saya?''
''Oo..awak tak ada saudara lain ke?''
''Tak ada.''
''Nak buat macam mana ni?''Ujar Faizal seolah bertanya kepada diri sendiri.
''Nanti saya fikir dulu.''
''Ha,awak nak fikir lagi,jangan cakap awak nak tukar fikiran pulak.''
''Taklah saya cuma nak tanya Lina kalau keluarga dia dapat wakil kan saya.''
''Oh,kalau macam tu,cepat-cepat bincang dengan Lina,ya saya tunggu jawapan awak.''
Talian di putuskan setelah mereka selesai berbincang.Dian termenung seketika.Betul ke apa yang aku buat ni?Kau nak macam mana lagi?Bukankah kau jugak yang nak jauhkan diri dari Fakrul.Ini saja jalan yang terbaik.Hati kecilnya berbolak-balik dengan keputusan yang di ambil tadi.
Pagi itu sewaktu bersarapan,Dian segera berbincang dengan Lina.
''Lina,aku nak mintak tolong satu perkara boleh tak?''
''Pasal apa pulak,pagi-pagi dah mintak tolong.''Soal Lina kembali tanpa menjawab pertanyaan Dian tadi.Dian meramas-ramas jemarinya perlahan.
''Em...sebenarnya aku dah buat keputusan nak terima lamaran Faizal.''Hampir tersembul air yang di minum Lina.
''Apa kau kata,kau nak terima dia?Aku tak salah dengar ke ni?''Dian anggukkan saja kepalanya.
''Akhirnya dapat jugak kau buat keputusan,ya.''
''Aku dah tak boleh nak fikir lagi,Fakrul asyik mengganggu aku.Mungkin ini saja jalan yang terbaik untuk aku lepaskan diri.''Ujar Dian dengan wajah sugul.
''Jadi kau buat keputusan ni sebab nak lepaskan diri,la.''Dian angguk saja.
''Jadi macam mana dengan perasaan Faizal,Kau tak fikirkan perasaan dia nanti?Kau jangan pentingkan diri sendiri saja.Bila kau dah kahwin dengan dia maknanya kau kena belajar menyintai dia juga.Kau wajib taat pada dia.''
''Aku tahu semua tu,aku janji aku akan belajar menyayangi dia walau pun mungkin akan mengambil masa.''
Lina tersenyum lega.''Jadi apa yang kau nak mintak tolong aku tadi?''
''Boleh tak kalau aku mintak orangtua kau jadi wakil aku nanti?Aku ni bukan ada sesiapa lagi.''
''Oo..kalau pasal tu mungkin boleh kot,nanti aku tanya diaorang dulu.''Dian terasa lega.
''Terima kasih,ya aku dah banyak terhutang budi dengan kau.''Tangan Lina di genggam erat.
''Kita ni kawan,tak payah nak berterima kasih pulak,aku pun dah anggap kau macam adik aku sendiri.Bila nak datang rombongan tu?''
''Aku kena berbincang dulu dengan Faizal tentang ni.''
''Yalah aku doakan perkara ni berjalan lancar dan korang berdua berbahagia nanti.''

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...