Thursday, March 27, 2014
SESUCI CINTA DIAN 20
Langkah kaki di atur tergesa-gesa,dia sudah terlewat lima belas minit dari waktu yang di janjikan.Tentu sahabatnya itu sedang menunggu sambil berkeluh kesah.Geram pada diri sendiri yang terlelap selepas pulang dari kuliah tadi.Kalau dia kena marah memang patutlah.Terima sajalah hati.Pada anak tangga yang terakhir yang di daki kakinya tergelicik.Berdebuk dia jatuh.Aduh!Tanpa sedar dia terhempap seseorang.Perempuan.
''Maaf...maaf...saya minta maaf saudari,saya tak sengaja.''Saat matanya bertembung dengan empunya tubuh,pandangannya kaku seketika.Dia!
''Encik,tolong bangun sakit badan saya ni,awak tu berat sangat.''Badannya di tolak-tolak oleh gadis itu.
''Encik!!''Jerit gadis itu.
''Erkk...maaf..maaf..saya minta maaf.''
Kelam kabut Fakrul bangun.Tangannya menarik tangan gadis itu sama.Apabila kedudukan mereka sudah stabil barulah Fakrul bersuara semula.
''Awak tak apa-apa ke,ada yang luka?''Fakrul meliarkan pandangan ke tubuh gadis itu.
''Tak ada apa,saya rasa tak ada yang luka cuma lain kali hati-hati berjalan tu jangan nak berlari tak tentu arah pulak.''Amaran dari bibir mungil itu membuatkan Fakrul terkedu.
Amboi garangnya.Dah macam budak kecil aku kena marah.Hmm...satu keluhan Fakrul lepaskan.Gadis itu cepat-cepat ingin beredar dari situ.
''Aduh!!''Langkahnya terhenti,dia terduduk di anak tangga.Tangannya memegang lutut yang sakit.
''Awak..sakit sangat ke,mari saya hantar pergi klinik.''
Gadis itu memandang Fakrul dengan kerutan yang panjang.Fakrul terkulat-kulat menanti jawapan gadis itu.
''Awak..saya dah buat awak cedera jadi biarlah saya bertanggungjawab untuk kesakitan awak tu.Mari ikut saya pergi klinik,saya takut kecederaan awak bertambah teruk kalau lambat di rawat.''
Fakrul masih cuba memujuk gadis itu.Si gadis pula masih berfikir-fikir untuk menerima pelawaan Fakrul itu.
''Saya tak kenal awak macam mana saya nak ikut awak.''Cemberut wajah gadis itu sambil menahan kesakitan.
''Oh,itu yang awak risaukan.Saya bukan orang jahat,saya cuma nak tolong awak
saja.Janganlah awak takut setakat ni saya tak bunuh orang lagi.Niat saya ikhlas tolonglah terima pertolongan saya ni kalau tak hati saya tak senang.''
Gadis itu kelihatan berfikir lagi.''Tapi kaki saya tak larat nak jalan.''
Fakrul tersenyum kelegaan.Nampaknya gadis itu sudah mahu menerima pertolongannya.
''Kalau awak tak kisah,biar saya papah awak.Kereta saya tak jauh dari sini.''
Gadis itu seakan berat hati pula.
''Tapi awak bukan mahram saya,tak elok orang tengok.''
''Awak dalam keadaan darurat macam ni janganlah banyak fikir lagi pun saya pegang awak berlapik,saya janji saya takkan sentuh kulit awak.''
Geram pulak hati Fakrul bila gadis itu banyak sangat alasan.Kalau di ikutkan hati kejamnya mahu saja di tinggalkan gadis itu kesakitan namun naluri insannya tidak memungkinkan dia berbuat begitu.Fakrul menjeling jam di pergelangan tangan.Nampaknya temujanji yang di buat terpaksa di batalkan.Ada tanggungjawab yang harus di laksanakannya.
''Baiklah saya ikut awak.'' suara gadis itu menyapa lamunannya yang sebentar.Fakrul tersenyum gembira,berbunga-bunga pulak rasa hati.Hai..apa sudah jadi ni?Keluh batinnya.Fakrul segera membantu gadis itu bangun
''Awak..kalau saya tanya sikit boleh?''Soal Fakrul sambil memimpin gadis itu menuju ke keretanya.
''Apa dia?''Berdecit-decit gadis itu menahan sakit.
''Nama awak siapa?''
''Perlu ke awak tahu?''Soal gadis itu semula.
''Memanglah takkan saya nak panggil awak tu,awak saja.''Terhenti sebentar langkah kaki gadis itu.
''Kalau saya tak bagi tahu tak apa,kan?''
Kecewa rasa di hati Fakrul.Banyak pulak helah budak ni.
''Yalah,suka hati awaklah.''
Malas pula Fakrul hendak bertanya lebih-lebih.Dah tuan punya badan tak mahu beritahu nak buat macam mana lagi.Sewaktu Fakrul membuka pintu kereta di sebelah kiri gadis itu bersuara.
''Nama saya Siti Aisyah.''Terkedu sebentar Fakrul sambil mengukir senyuman manis.
Siti Aisyah..macam nama isteri Nabi.Fikir Fakrul.Cantik nama tu.Melayang sebentar fikirannya.
''Awak sampai bila awak nak berdiri kat situ,kereta ni tak boleh jalan sendiri kalau tak ada pemandunya.''Sergah Siti Aisyah.
''He..he..maaf.''
Cepat-cepat Fakrul masuk ke tempat pemandu dan keretanya di pandu menuju ke klinik berdekatan.Sesampai di klinik Fakrul segera memapah gadis itu masuk ke dalam klinik,dan mendaftarkan nama Siti di kaunter.
Setelah mendapatkan rawatan Fakrul menawarkan diri untuk menghantar Siti Aisyah pulang.Mulanya gadis itu keberatan namun setelah di pujuk berkali-kali oleh Fakrul gadis itu bersetuju juga akhirnya.
''Awak kerja kat mana?''Suara Fakrul memecahkan kesepian di dalam kereta itu.
''Saya mengajar di tadika.''
Cikgu tadika rupanya patut lah dulu aku nampak dia bawak buku kanak-kanak.Desis hati kecil Fakrul.
''Umur awak berapa?''
Siti memandang Fakrul dengan wajah berkerut,sibuk nak tahu umur orang kenapa?
''Kalau saya tak jawab boleh tak?''Tanya Siti Aisyah balik.
''Kalau jawab pun apa salahnya?''Tingkah Fakrul selamba.Siti menjeling sekilas wajah lelaki di sebelahnya.
''Sembilan belas tahun.''
Patutlah,muda lagi comel pulak tu.
''Tak sambung belajar lagi ke?''Soal Fakrul.Gadis itu hanya menggelengkan kepala.
''Saya orang susah tak cukup duit nak sambung belajar.''
Siti tertunduk sayu terkenangkan kehidupan keluarganya yang agak susah.Hanya ibu yang masih dia ada,ayahnya pula telah lama di jemput ILAHI gara-gara mengidap penyakit tekanan darah tinggi.Fakrul berasa simpati,teringat kekasih hatinya yang telah pergi meninggalkan dirinya.
Nasib Dian lebih kurang macam dia ni.Mungkinkah ada hikmahnya Tuhan mempertemukan kita?Bertamu pertanyaan di hati.Kereta yang di pandu Fakrul sampai juga di satu kawasan perumahan,setelah Siti menunjukkan arah jalan ke rumahnya.
''YA ALLAH!Tingginya flat ni macam mana awak nak naik dengan kaki yang sakit ni?''Perlahan Fakrul bersuara sambil menunjukkan simpatinya.
''Tak apalah saya jalan perlahan,kat dalam tu ada lif.''
''Eh,takkan awak nak jalan seorang kalau awak jatuh macam mana?''
''Tak apalah,kalau awak pimpin saya lagi tak elok orang tengok,nampak tu?''
Siti menunjukkan sesuatu di depan mereka.Ada sekelompok jiran tetangga yang sedang beriadah di taman permainan itu.Fakrul serba salah.Tiba-tiba mereka di kejutkan dengan suara seseorang.
''Siti,apa yang kamu buat kat dalam kereta ni?Siapa ni?''
Wajah ibu Siti menyapa dari luar kereta.Siti membuka pintu kereta dengan segera dan keluar dengan perlahan.
''Ibu jangan salah faham,ya Encik ni cuma tolong Siti,tadi Siti jatuh tangga.''
Siti cuba memutarkan cerita yang sebenar tidak mahu ibunya salah pengertian.
''La,macam mana boleh jadi macam tu,kamu tak hati-hati ke?''
''Dah nak jatuh nak buat macam mana?''
Fakrul terkejut dengan penjelasan yang di beri oleh Siti kepada ibunya.Kenapa dia tak berterus-terang.Hati Fakrul dihambat perasaan bersalah.
''Awak,saya ucapkan terima kasih ya sebab temankan saya pergi klinik,duit rawatan nanti saya bayar balik.''
''Eh,tak payah susah-susah nak bayar itu memang jadi tanggungjawab saya.''
Siti memberi isyarat mata kepada Fakrul kerana bimbang ibunya akan salah faham dengan ayat yang baru Fakrul lontarkan.
''Err...mak cik saya rasa baik saya balik dulu,ya.''Fakrul meminta diri.
''Baiklah terima kasih ya sebab tolong anak mak cik,err..siapa ya nama kamu?''
''Nama saya Fakrul,mak cik.''
''Oh,Fakrul,baiklah kami masuk dulu,ya.''
''Baiklah,Assalammualaikum..''Ucap Fakrul lantas meninggalkan tempat itu.Salam Fakrul di jawab oleh mereka dua beranak sambil berjalan menuju ke kawasan lif.
Fakrul kembali memandu keretanya ke jalan besar.Tersengih seorang diri bila mengenangkan apa yang terjadi hari ini.Lupa seketika akan masalah yang melanda diri.
Hai..dah kenapa aku ni macam orang angau aje.Dian apa yang dah kau lakukan padaku?Mungkinkah ini hikmah yang aku dapat setelah kau tinggalkan aku?YA ALLAH,janganlah kau duga aku dengan dugaan yang tak mampu aku hadapi.Fakrul beristighfar panjang.Moga selepas ini dia mampu melupakan Dian.
Pagi itu Dian kelihatan sibuk menyiapkan tugasannya.Faizal turut sama sibuk dengan kerjanya,sehingga waktu menginjak ke tengahari baru Faizal terasa perutnya sudah menyanyi kelaparan.
Dia segera keluar dari bilik untuk mengisi perut.Matanya terpandangkan wajah kesayangannya yang leka menatap skrin komputer.
''Hai Dian,khusyuk betul buat kerja dah tak reti nak makan ke?''
''Erk..Encik Faizal,terkejut saya,kerja tengah banyak ni.''
''Takkan boleh kenyang dok mengadap kerja ni dari tadi,mari teman saya makan.Saya dah lapar sangat ni.''
''Boleh tak jangan paksa saya?''
''Saya bukan nak paksa tapi kalau awak tak makan nanti kalau awak sakit lagi macam mana,awak tu kan baru baik dari demam.''
Eeii..lelaki ni saja nak buat aku benganglah.Mulut tu dah la macam mak nenek.Ah,saja nak buat aku serba salah.Akhirnya terpaksa juga Dian bersetuju dengan kehendak Faizal.
Kali ini mereka tidak makan di restoran berdekatan pejabat lagi sebaliknya Faizal telah membawa Dian ke sebuah kafe kegemarannya.
''Kenapa kita kat sini?''Soal Dian keliru.
''Nak makanlah apa lagi.''Jawab Faizal selamba.
''Saya tahu kita nak makan tapi kenapa sampai ke sini awak bawak saya?''
Faizal menggelengkan kepala sambil tersenyum.
''Awak ni,masa kita makan kat pejabat hari tu awak bising takut kawan sepejabat tahu pasal kita,sekarang saya bawak awak ke sini pun awak nak komplen lagi.''
Dian tunduk bila di sergah begitu.Terasa dirinya telah menyusahkan lelaki itu sehingga terpaksa makan di tempat yang jauh dari pejabat.
''Maaf!''Ujar Dian.
Faizal merenung gadis itu.''Kenapa awak minta maaf,awak bukan buat salah pun.''
''Tapi saya dah menyusahkan awak.''
''Tak ada yang susahnya kalau untuk keselesaan awak lagi pun tempat ni adalah tempat kegemaran saya.Saya memang nak bawak awak datang sini.''
Dian sudah tidak mampu berbalas kata dengan lelaki itu.Berdiam diri lebih baik.
Beberapa ketika kemudian pesanan mereka sampai.Faizal segera membaca doa makan dan mereka makan tanpa banyak bicara lagi.
''Awak dah fikirkan lamaran saya tu?''
''Bagi saya masa.''Balas Dian perlahan.
Sudah dapat di agak alasan yang keluar dari bibir Dian itu.Setelah menjamu selera mereka pulang semula ke pejabat.
''Petang ni saya hantar awak balik,boleh?''
''Saya balik dengan Lina.''
''Awak jangan berdalih dengan saya boleh tak,Lina kan ada mesyuarat petang ni.''
''Oh,ya ke,kenapa saya tak tahu?''
''Mungkin dia lupa nak bagi tau awak agaknya,awak tak tengok papan memo ke?''
Dian menggelengkan kepala.
''Patutlah,awak ni kuat berangan agaknya sampai apa yang terjadi dalam syarikat awak tak ambil kisah.''
''Sesuka hati dia aje cakap aku macam tu.Dian mula tidak puas hati bila lelaki itu dok mengata dia depan-depan.Wajahnya sudah mula masam.
''Amboi panjangnya muncung,cantik sangat bila awak buat muka macam tu.''Faizal terasa seronok bila dapat menyakat Dian.
Bertambah bengang Dian dengan kata-kata Faizal itu.Tiada lagi bicara dari mulut mereka selepas itu,hanya pandangan yang mempunyai makna yang hanya mereka saja yang tahu.
''Jangan lupa ya petang ni saya ambik awak.''Ujar Faizal bila mereka sudah sampai ke pejabat semula.
''Tengoklah kalau ada masa.''
Sengaja Dian berkata begitu untuk menyakiti hati lelaki itu.Faizal menggigit bibir tanda geram dengan keselambaan gadis itu.
''Pasti kan awak jangan balik dulu,tunggu saya kalau saya lambat.''
Dian menonong masuk tanpa memperdulikan Faizal lagi.
Sunday, March 2, 2014
SESUCI CINTA DIAN 19
'Saya janji saya akan jaga awak' kata-kata itu masih lagi bergema di dalam benak fikirannya.Masih terbayang senyuman manis yang di lemparkan oleh lelaki itu sewaktu menghantar dia pulang siang tadi.Bertambah buntu fikiran Dian dengan desakan dari lelaki itu.
Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk.Lina terjengul dari balik pintu.
''Yan,kau dah sihat ke?''Tanya Lina mendekati Dian.
''Aku dah sihat sikit,esok dah boleh kerja rasanya.''Balas Dian sambil bangun menyandar ke kepala katil.
''Bertuahnya badan ya,ada pak we tolong hantarkan pergi klinik.''Usik Lina.
''Banyaklah kau punya bertuah,terkejut aku tengok dia ada depan rumah tadi.''Lina tersenyum.
''Hmm...itu tandanya dia betul-betul ambil berat pasal kau.Kau tahu tak masa aku cakap kat dia tadi kau demam dia punya gelabah sampai lupa nak bagi fail mesyuarat kat aku tadi,terpaksa aku mintak dengan Maria.''
Dian terpana saat mendengar ujaran sahabatnya itu.Betul ke lelaki itu begitu mengambil berat pasal aku?Kalau tak takkan dia sanggup tinggalkan menyuarat pagi tadi.Sampuk suara lain.Tentunya suara hatinya.
''Tapi apasal aku tengok muka kau semacam je?''Tanya Lina pelik.
''Dia ajak aku kahwin.''
''Ha!Biar betul kau ni.''Terkejut Lina dengan kata-kata itu.
''Ya,dia nak elakkan aku dari gangguan Fakrul.Fakrul dah tahu aku tinggal sini.''
''Bila pulak Fakrul datang sini kenapa aku tak tahu?''Tanya Lina keliru.
''Kelmarin aku jumpa dia kat taman,dia desak aku untuk bagi tahu hal yang sebenar kenapa aku tinggalkan dia.''
''Jadi kau dah buat keputusan nak terima Faizal?''
''Tu pun satu hal lagi,saja nak buat aku pening kepala.Aku fikir nak berhenti kerja saja.''
''Amboi senangnya cakap.Kalau kau berhenti,mana kau nak cari kerja lagi?Sekarang bukan senang nak cari kerja.''
Dian mengeluh perlahan.Dia bangkit dan menuju ke tingkap.Termenung seketika di situ.
''Takkan aku nak terima Faizal pulak.''
''Dah tu kau ada pilihan lain ke.Yan,dia dah suka kan kau dan nak buat kau jadi isteri dia,tentu niat dia baik.Aku rasa elok kau pertimbangkan lamaran dia.''Nasihat Lina perlahan sambil berdiri di sisi Dian.
''Aku takut nak masuk keluarga dia.Kalau diaorang tak suka dengan aku macam mana,lagi pun aku tak tahu apakah aku mampu untuk menyayangi dia.''
''Cinta tu boleh di semai lepas korang nikah nanti,lagi pun cinta lepas kahwin ni kan lebih afdal.Nak buat apa pun tak salah lagi.Jangan fikir lama sangat,kalau aku jadi kau,aku terus terima saja lamaran dia tu.Hmm..bertuah betul dapat kahwin dengan jejaka paling hensem kat pejabat tu,aku jugak yang melepas.''
''Kau cakap ni macam kau ada hati kat dia saja.''Lina tertawa geli hati.
''Woi,gila ke apa takkan aku nak rampas kekasih kawan aku sendiri.''
''Bila masa pulak aku jadi kekasih dia.''Bantah Dian.
''Lina,kau memang ada hati kat dia,ke?'' Tersenyum panjang Lina melihat kawannya yang gelabah semacam itu.
''Yang kau ni kenapa gelabah semacam pulak,ke kau memang dah ada hati kat dia?Kau dah mula sayang kat dia,kan.''Sakat Lina.
''Eh!Mana ada,soalan aku kau tak jawab lagi ni kau dah sibuk nak soal aku pulak.''
''Ala,kan kita kawan,tak ada maknanya aku nak rampas kekasih kawan aku sendiri,cuma dulu masa aku mula-mula masuk kerja,aku ada la tersuka kat dia tapi bila tengok dia tak ada apa-apa reaksi,aku pun lupakan saja perasaan aku tu.Kau jangan salah faham pulak,aku pun tak kisah kalau kau bersama dia bahkan aku doa kan korang berbahagia nanti.''Dian menung sekejap.Memicit-micit kepalanya.
Dia kembali merebahkan diri ke tilam nak menyambung tidur.
''Aku nak rehat kejap,kepala ni sengal pulak.''
''Baiklah,aku keluar dulu nak masak,nanti dah sudah masak aku kejutkan kau,ya.''
Dian hanya mengangguk dan mula melelapkan mata.
Malam itu setelah makan malam mereka menonton televisyen di ruang tamu.Dian cuba untuk tidak memikirkan apa yang di katakan oleh Faizal siang tadi namun fikirannya tidak mampu lari dari memikirkan lelaki itu.Patutkah aku terima saja lamaran dia?Ada baiknya aku solat sunat.Mudah-mudahan ALLAH.S.W.T akan berikan petunjuk.Dian bangun meninggalkan Lina yang leka menonton.
''Woi...nak ke mana pulak tu?''Sapa Lina.
''Nak solat.''Sahut Dian.
Solat?bukan dia dah solat ke tadi?Fikir Lina.
Lina hanya menggelengkan kepala melihat kawannya yang macam orang kebingungan itu.Setelah bersolat sunat istikharah,Dian berdoa panjang meminta petunjuk untuk membuat keputusan.
Mengapa terlalu sukar dia mahu menerima aku?Nak kata aku ni tak kacak,rasanya boleh tahan rupa aku ni.Ceh,masuk bakul angkat sendiri.Nak kata tak ada kerja,kerja aku ok je,setakat nak bagi anak dara orang makan lebih dari cukup gaji aku ni.Nak kata aku tak baik rasanya setakat ni aku tak pernah bunuh orang lagi.
Lelaki macam mana lagi yang dia cari?Macam Fakrul ke?Aku tak nampak apa yang lebihnya lelaki tu.Kenapa susah sangat nak faham hati dia?Ish...pening betul kepala ni.Faizal sudah tidak keruan jadinya dengan sikap Dian yang terlalu sukar untuk di pujuk.Makan malam tadi pun dia tidak berselera.Semuanya gara-gara memikirkan Dian.Ibunya yang perasan dengan perangai peliknya itu turut menegur sikapnya namun Faizal hanya menggelengkan kepala saja.
Lamunan Faizal tercantas bila pintu biliknya di ketuk tiba-tiba
''Angah,boleh ibu masuk?''Suara ibu Faizal kedengaran dari luar.
''Masuklah pintu tak kunci pun.''Sahut Faizal.
Pintu terkuak perlahan.Faizal yang sedang berbaring di katil bangkit sambil menyandar di kepala katil.
''Hmm...kenapa dengan anak ibu ni,semenjak dua menjak perangai kamu ni lain macam saja,kamu ada masalah ke?''Puan Khalida menyoal anak bujangnya itu sambil duduk di sebelah Faizal.
''Mana ada apa-apa,bu angah ok je.''Puan Khalida tersenyum.
''Masih tak mahu mengaku tu,kamu ada masalah cinta,ke?''
Alahai..dah kantoi.Macam mana ibu tahu ni?
''Eh,ibu ni ke situ pulak,mana ada angah bercinta.''
Faizal bangun mendekati tingkap biliknya.Hatinya sudah tidak keruan.Tangannya menggaru kepala.Tabiat biasa saat dia sedang gelabah.
''Tak payah di garu kepala tu,Ingat ibu ni budak kecil ke,kamu tu anak ibu.Ibu dah masak sangat dengan perangai kamu.Kamu ada masalah dengan perempuan,kan?Siapa budak tu?Bila nak kenalkan dengan ibu?Mana kamu kenal dia?'''
Eh,ibu ni banyaknya soalan.Mana satu nak jawab ni?Desis hati Faizal sambil tersengih.
''Macam mana ibu tahu ni?Ibu ni macam detektif pulak semua yang angah buat ibu tahu,ya.''
''Hari tu ibu pergi rumah nenek kamu,dia cakap kamu datang sana bawak sorang budak perempuan?Tu sebab ibu tahu.Ha,ni sejak bila nak belakangkan ibu ni,dengan nenek kamu kenalkan tapi dengan ibu dan ayah ni bila pulak kamu nak bawak jumpa?''Bebel Puan Khalida sambil memerli anak bujangnya itu.
''Err...Angah bukan tak nak bawak jumpa ibu cuma angah tak pasti yang ibu boleh terima dia atau tidak,lagi pun angah sendiri sedang cuba memujuk dia untuk terima angah.''
''Ha..maksudnya kamu ni bertepuk sebelah tanganlah?''Faizal menganggukkan kepala saja.Puan Khalida mendekati anaknya lantas memeluknya.
''Kasihan anak ibu ni,kenapa jadi macam tu,cantik sangat ke perempuan tu sampai anak ibu yang hensem ni dia tak pandang.''
''Bagi angah dia bukan saja cantik tapi lemah lembut,sopan santun dan yang penting dia begitu menjaga hati orang lain dan tak pentingkan diri sendiri.''
Puan Khalida tersenyum bila melihat wajah anak bujang yang begitu bersemangat saat bercerita tentang peribadi gadis idaman hatinya.
''Kamu nak ibu tolong kamu,ke?''
''Boleh ke ibu tolong angah tapi angah nak beritahu ibu yang Dian hanya anak yatim piatu, dia tiada sesiapa lagi kat dunia ni.''
''Oo...nama dia Dian,ya.Cantik nama tu tentu orangnya pun cantik jugak,kan.Patutlah anak ibu ni tak tentu arah sekarang rupanya dah jatuh cinta.''
Puan Khalida ketawa sambil menepuk-nepuk bahu anak bujangnya itu.Faizal hanya mampu menggaru pipinya sambil tersengih panjang.
''Ibu boleh terima dia,ke kalau angah kenalkan dengan ibu?''
''Biar ibu fikir dulu,ya nanti ibu bagi jawapan.''
''Ala...tadi cakap nak tolong angah sekarang nak fikir dulu pulak.''
Mencuka wajah Faizal bila Puan Khalida menjawab begitu.
''Ya lah,kok ya pun tunggulah ibu berbincang dengan ayah dulu,kalau ayah kata ok,kita teruskan dengan agenda seterusnya.''
Faizal tersengih suka.
''Mintak-mintak ayah kata ok ya,bu.''Puan Khalida menggelengkan kepala melihat telatah Faizal.
''Kamu doalah banyak-banyak.Dah lah ibu nak masuk tidur ni,kamu tu jangan berjaga pulak,esok nak kerja,kan.''Faizal angguk perlahan.
Faizal bersalam dan mencium pipi ibunya.Setelah Ibunya keluar dari bilik,dia kembali merebahkan diri ke tilam dan cuba melelapkan mata.
Subscribe to:
Posts (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...