Sunday, March 15, 2015
AKU bab1
Suara kanak-kanak menjerit mencantaskan lamunanku.Aku kalihkan pandangan ke kiri.
Sekumpulan kanak-kanak sedang riang gembira bermain di taman permainan yang tersedia di tepi pantai ini.Ada beberapa orang dewasa sedang mengawasi mereka.Seronok sekali mereka bermain.Tercuit rasa hatiku dengan gelagat mereka itu.Kalaulah aku mempunyai kegembiraan itu.
Mampukah aku untuk menggapai rasa itu lagi?Setelah lama berteleku di situ aku bangkit menuju ke gigi pantai.Berjalan menyusuri ombak yang tenang.Bayu damai yang bertiup terasa mengusik perasaan ini.Riuh kicau burung yang berterbangan menjadi santapan mata.Alangkah bebasnya burung itu mengharungi hidup yang di cipta ILAHI.Aku juga bebas seperti burung itu namun hatiku rasa terbelenggu dek kerana kelukaan yang sukar sembuh.
Mungkin kerana aku terlalu memikirkannya.Mungkin kerana aku terlalu bergantung dengan perasaan aku.Ampuni aku YA ILAHI.
Aku terlalu cetek akal fikiran.Terlalu taksub dengan perasaan.Langkah ku ayun terus tanpa menghiraukan keriuhan yang wujud.Tiba-tiba sebiji bola melantun ke kaki ku.Aku tunduk cuba mengambil bola itu.
''Boleh bagi saya bola tu?''suara seseorang menyapa diri.
Terkaku aku saat wajah itu menyapa di pandangan mata.Sudah agak lama aku tidak melihat wajah ini.
''Awak!''
serentak kami menyapa diri masing-masing.
''Macam mana awak boleh ada dekat sini?''dia bertanya padaku.Bibirku cuba mengukir senyum.
''Kampung saya.''jawab ku ringkas.
''Oo...kebetulan pulak kita jumpa,ya.Awak apa khabar?''
''Baik-baik,kaki awak dah sembuh ke?''soalku pula.
''Oh,dah lama sembuh kalau tak saya tak main bola ni.''jawab dia sambil menunjukkan bola di tangan.
''Tak apalah saya pergi dululah diorang dah tunggu tu.''sambungnya lagi sambil ingin berlalu namun baru saja kakinya ingin melangkah dia berpaling semula.
''Er...awak!''
Aku memandangnya bersama kerutan di dahi.
''Er...kalau saya mintak nombor telefon boleh,ke?''dia mengukir senyum manis.Terpaku aku seketika bila soalan itu meniti di bibirnya.
''Hari tu saya tak bagi lagi ke?''tanyaku keliru.Dia menggelengkan kepala.O...sangkaku dia telah mempunyai nomborku.
''Bagilah telefon awak.''pintaku.
Dia menyeluk poket seluar jeansnya dan mengeluarkan telefon lalu di hulurkan padaku.
Aku segera menekan nombor yang dia mahukan.Selepas itu aku hulurkan kembali telefonnya.Dia segera membuat missed call pada nomborku tadi.
''Terima kasih,ya.''ujarnya,Aku anggukkan saja kepala.
''Er...kalau saya tanya sesuatu boleh tak?''soal dia lagi teragak-agak.
''Apa dia?''
''Er...tadi saya tengok awak termenung panjang,kenapa ya? awak ada masalah ke?''
Serba-salah untuk menjawab soalannya itu.Aku tunduk memandang kakiku sendiri.Menguis-nguis pasir di situ.Tak sangka ku ada mata yang turut memandang tingkah ku tadi.Mungkin dia turut keliru memikirkan apa yang aku buat di pantai ini.
''Kalau awak berat nak jawab tak apalah saya tak kisah,mungkin saya ni penyibuk agaknya.''
Aku panggungkan kepala bila mendengar dia berkata begitu.
''Saya bukan anggap awak penyibuk,cuma masalah saya ni terlalu peribadi untuk di canang kepada orang,buat masa ni biarlah saya pendam sendiri,mungkin itu lebih baik.''Dia anggukkan kepala perlahan.
''Baiklah saya pergi dululah.''
Dia terus berlari ke arah sekumpulan kanak-kanak.Itulah kanak-kanak yang aku lihat tadi tapi kenapa aku tak perasan dia ada dalam kelompok itu?Dua orang wanita yang lain itu mungkin cikgu seperti dia juga.Keluhan aku lepaskan perlahan.Kenapa tiba-tiba dia hadir?Mungkinkah aku sedang di duga?Mataku ralit memandang dirinya.Hm...Siti Aisyah!seruku di dalam hati.
Ceria sekali wajah itu.Sesekali dia turut memandang diriku.Melihat pada raut wajahnya aku teringat lagi pada Dian.Keayuan wajahnya persis Dian.Cuma bezanya dia sedikit periang orangnya.Patutkah aku cuba menjadi kawannya?Tapi hatiku terasa serik untuk memulakan hubungan yang baru.Ah,biarlah masa saja yang menentukan.Kalau ada jodoh kami bertemulah lagi.
Aku mengatur langkah untuk pulang saja.Sudah penat duduk di sini.Sesampai di rumah nenek aku lihat mama sudah bercekak pinggang.Menanti aku agaknya.Jelas riak wajahnya yang tegang.Menahan marah pastinya.Dah kenapa mama ni suka sangat buat muka macam tu?Aku lepaskan nafas panjang.Mendekati dirinya sambil cuba mengukir senyum.
''Kamu ke mana Rul?kamu ke sana lagi ke?''soal mama dengan muka tidak puas hati.Aku anggukkan saja kepala perlahan.
''Sudah-sudahlah tu,cukuplah kamu seksa diri,tak guna kamu terkenang-kenang lagi.Penyudahnya apa yang kamu dapat?kecewa,kan?''
Aku panggung wajah.Rasa berdesing telinga dengan tuduhan mama tu.
''Rul yakin Yan tak macam tu.Tentu dia ada sebab untuk dia buat begitu.''tegasku padanya.
Mama sudah mendengus geram.Kakinya sudah mula melangkah hendak masuk semula ke dalam.
''Suka hati kamulah cakap mama ni langsung tak nak dengar.Huh!''
Aku turut sama melangkah masuk ke dalam rumah nenek.Rumah kampung yang masih teguh dengan ciri-ciri tradisionalnya.Walau pun papa telah menambahbaiki rumah ini namun nenek tetap mahu rumah ibu di kekalkan.Aku terus masuk ke dapur untuk mencari seteguk air.
Peti sejuk aku buka.Tanganku mencapai sebotol air sejuk lalu sebiji gelas aku capai dari atas singki dan menuangkan air itu ke dalamnya.Rasa lega setelah tekakku di basahi air sejuk.Kelibat nenek datang dari luar dan di tangannya ada secekak pucuk paku.
''Baru balik Rul?''sapa nenek.
''Ya nek.''
''Kamu ke pantai lagi?''
Aku diam tak tahu nak jawab apa.Nenek mendekati lalu wajahku di usap perlahan.
''Cucu nenek ni kan kuat jadi kamu kena sabar ya,segala kejadian ada hikmahnya.''
Aku menganggukkan kepala.Terpujuk rasa hati dengan bicara lembut nenek.
''Nenek nak masak apa?''aku cuba mencantas suasana yang boleh membuatkan hati ku gundah semula.
''Dah nampak tanya lagi?gulai kesukaan kamu tu lah.''jelas nenek seraya menjeling diriku.Aku senyum meleret.Tubuh nenek aku peluk dari sisi.
''Terima kasih nek,sayang nenek.''ujarku sambil mencium pipi nenek.
''Oo...kalau tak masak gulai ni tak sayanglah?''
''Eh,taklah nek,Rul tetap sayang nenek selamanya,nak Rul tolong ke?''
''Ha...elok jugak tu,kamu ambik ni patah-patahkan batang yang lembut dan daun dia aje,batang yang keras tak payah ambik.''
''Nek,Rul tahulah apa yang kena buat dengan pucuk ni,nenek tak ingat ke Rul selalu tolong nenek masak gulai ni.''
''A'ah,lupa pulak nenek,tu lah kamu tu dah lama sangat tak balik sini.''
''Rul kan masih belajar,tu sebab Rul sibuk.''
''Yalah,sekarang dah habis belajar kan,syarikat papa dah tunggu kamu.''
''Memang nek lepas ni tanggungjawab Rul lebih berat,nanti tak dapat Rul nak balik selalu jenguk nenek.''
''Tak apalah kamu tu masih muda kejarlah cita-cita kamu dulu,bila dah berjaya nanti jangan lupa nenek.''
''Takkan Rul nak lupa nenek pulak,nenek kan nenek kesayangan Rul.''
Pucuk paku yang di basuh nenek tadi aku bawa ke meja untuk di siang.Nenek pula mengeluarkan udang dari peti sejuk.Setelah selesai menyiang sayur itu aku bawa kepada nenek di singki.
''Mama kamu ke mana?''
''Entah kat bilik agaknya.''jawabku malas.
Malas nak ambil kisah apa yang mama buat.Biarlah dia dengan sikapnya.Kalau di tegur lebih-lebih nanti di katakan anak derhaka pulak aku.Nenek ketawa perlahan.Tahu sangat dengan perangai mama yang tak suka turun ke dapur.Aku pun hairan macam mana papa boleh bersabar dengan sikap mama.Hm...bila agaknya mama akan berubah?
''Ada lauk lain ke nenek nak masak?''
''Tak adalah lauk tengahari tadi ada lagi.Nenek masak ni cuma nak tambah lauk je.Kamu tu pun balik bukan nak cakap,ni nasib baik ada udang kat dalam peti sejuk tu kalau tidak kamu makan saja apa yang ada.''Tercuit hatiku dengan kata-kata nenek itu.
''Papa dan Rul tak kisahlah nek,apa yang nenek masak kami makan aje.''
''Itu kamu,mama kamu macam mana pulak?''pintas nenek.Aku cuma mampu tersengih.
''Tak apalah nenek,kat sini dia tak banyak pilihan.Pandailah dia bawak diri nanti.
''Papa ke mana nek?''
''Ke mana lagi papa kamu tu kalau tidak ke sebelah,
maklumlah dah lama tak jumpa kawan lama dia tu.''
Setelah menolong nenek di dapur aku melangkah ke bilik untuk mandi dan bersolat Asar.Usai solat aku duduk berteleku di sejadah membaca kitab suci Al-quran.Hatiku terasa tenang sedikit setelah selesai membaca.Mata terpandang telefon bimbit ku di tepi katil.Aku capai dan menekan nombor Siti Aisyah.
Terpapar nama itu di skrin tapi aku teragak-agak hendak memulakan.Teringat senyuman manisnya saat dia berlalu pergi tadi.Persis si Dia.Patut ke tidak aku menghubunginya?Telefon aku letakkan kembali di tempat tadi.Keluhan aku lepaskan berat.Belum waktu untuk aku memulakan hubungan yang baru.Sengaja membina tembok agar aku tidak terlalu teruja.Biarlah dia anggap apa saja,biarlah dia fikir yang aku tak mahu berkawan dengannya.Aku serahkan saja kepada takdir untuk menentukan segala.Andai sekali lagi kami bertemu mungkin aku akan pertimbangkan.Aku perlukan masa untuk selami hatiku sendiri.
Friday, March 13, 2015
KAU CINTA HATIKU
Sudah pukul sepuluh pagi namun bayangnya masih tidak kelihatan.Mana pulak dia pergi ni?Hati kecilku sudah mula cuak dan berfikir yang bukan-bukan.Bukankah dia sudah berjanji untuk berjumpa di sini tapi kenapa dia tidak muncul lagi?Aku dah panas punggung menanti kehadirannya.Sabar Liya sabar,mungkin ada sesuatu yang berlaku di tengah jalan.
Telefon aku tekan lagi cuba mendail nombornya tapi tiada sahutan dari sebelah sana.Hatiku sudah mula berdebar-debar.Janganlah ada sesuatu yang mengganggu perjalanannya.Aku memicit-micit kepala yang sudah mula terasa sakit.YA ALLAH!lindungilah dirinya moga dia selamat di dalam perjalanan.
''Assalammualaikum...Liya...''suaranya menyapa gegendang telingaku.Termengah-mengah saja nampaknya dia.Baru lepas berlari ke?Dia duduk di sebelahku sambil memegang dadanya.
''Waalaikummussalam...awak...kenapa lambat?''
''Maaf,jalan sesak tadi ada kemalangan.''
''Telefon awak mana,kenapa tak angkat saya call tadi?''
Dia tersengih.Masih cuba mengawal nafasnya.
''Nanti kejap sebelum saya jawab biar saya ambik nafas dulu,ya.''Dia mengurut-ngurut dadanya sendiri.
Kasihan pulak aku tengok,nak aje aku tolong urutkan dadanya tu tapi kami bukan mahram lagi jadi yang mampu aku buat adalah melihat saja.
''Awak ok tak?nak ubat?ke nak pergi klinik?macam nak semput je saya tengok awak ni.''soalku agak gusar.
Memang merisaukan kalau sesiapa yang tengok keadaan dia sekarang,mengapalah dia berlari dalam shopping mall ni,tentu orang ramai hairan melihat dia tadi.
''Tak payah,kejap lagi ok lah ni.''mulutnya aku lihat terkumat-kamit membaca sesuatu.
Aku biarkan dia bertenang dulu tak sampai hati pula nak marah-marah.''
''Maaf ya,telefon saya tadi dah habis bateri,lupa nak cas.Awak marah,ke?''dia mula bersuara semula setelah pernafasannya terkawal.
Maunya tak marah cik abang oi,dah dekat satu jam saya tunggu kat sini,dah macam jaga pun ada rasanya duk mundar-mandir dari tadi.Kata-kata itu cuma bergema di dalam mindaku saja.Tak sampai hati aku nak luahkan.Baru kali ni dia buat hal jadi aku malas nak panjangkan cerita.
''Taklah saya suka...''balasku sambil tersengih.Aku tunjukkan muka seposen.Dia menggelengkankan kepala.Dia tahu aku marah tapi aku kawal perasaan.
''Saya minta maaf banyak-banyak ya,lain kali saya cuba tak buat awak marah.Ha...Hidayah kirim salam sayang kat awak.Katanya dia rindu sangat kat awak.''
''Er...kenapa ayat kat belakang tu macam bukan Hidayah yang cakap?''
''Memanglah bukan dia yang cakap,kan saya yang cakap ni,saya cuma tolong sampaikan aje.''dia tersenyum nakal.Tangannya sudah menggaru muka.Malulah tu.
Aku faham sebenarnya dia nak cakap yang dia rindukan aku tapi pandai dia belok guna nama Hidayah.
Ish,saja aje dia ni lah.Suka buat aku perasan.Ala Liya,bukan yang rindu tu suami kau juga kan?eh...bukan...bakal suami tu baru betul.He...he...nasib baik dia balik kampung cuma dua hari kalau dua tahun bagaimana agaknya ya?mahunya aku mati kerinduan.Alolo...memang teruk kau ni Liya oi...
''Awak...''panggilannya mematikan lamunanku.Dia menekan-nekan perutnya.
''Kenapa awak sakit perut ke?''tanya ku.Dia mengangguk laju.
''Kalau macam tu jom kita pergi klinik.''ajakku segera.
''Nak buat apa?''soalnya kembali.
''La...kata tadi sakit perut.''
''He...he...saya lapar.''
''Ish,awak ni sengaja nak buat saya gelabahlah.''
''Jom,teman saya makan.''alahai,pandai pulak dia buat muka kasihan.Buat hilang marah aku aje.
''Ya lah...jom!''kami bangkit menuju ke restoran berdekatan.
Selepas makan kami berjalan menyusuri kedai-kedai untuk mencari barang hantaran.Jenuh aku mengikut rentak dia,agak cerewet juga bakal suamiku ini.Pilihannya agak berjenama pulak tu.Kalau ikutkan aku main hentam saja,tak kisah ada jenama atau tidak yang penting hati dah berkenan.Banyak juga duit dia habis.Bila aku nak hulurkan duit aku dia tolak mentah-mentah alasannya itu tanggungjawab dia.Nak aku apakan lagi kalau dia sudah kata begitu.
Bila tiba saat untuk memilih cincin kami bertelagah sedikit.Mana taknya dia pilih cincin yang agak mahal untuk aku.Takut aku bila dengar jurujual kedai itu cakapkan harga cincin tu.Dia cuba memaksa aku untuk menerima cincin tu juga tapi aku berkeras tidak mahu.Aku ni dah memang jenis tak suka pakai barang kemas.Bengang dia bila aku keluar menonong dari kedai itu.Sebenarnya aku serba-salah bila dia berhabis duit untuk aku.Aku ni bukan jenis yang suka shopping ke atau dalam kata lain perempuan mata duitan.Tak mungkin aku begitu kerana aku telah di didik oleh ibu sejak dari kecil lagi supaya pandai menghargai hidup.Ibu tak pernah memanjakan aku dengan membeli benda yang bukan-bukan.Katanya dalam hidup ini kita harus bersederhana,jangan sesekali lakukan pembaziran.
Aku duduk di bangku sementara menunggu dia.Entah jadi ke tidak dia beli cincin tu.Biarlah dia nak buat apa,malas aku nak ambil kisah.Bahu aku tiba-tiba di cuit orang.Aku palingkan muka ke kiri,dia menayangkan muka tersengih.
''Kenapa awak duduk sini?''tanya dia.
''Tak ada apa penat dah kaki ni,tak larat.''jawabku selamba.
''Awak nak balik sekarang,ke?''tanya dia lagi.Aku anggukkan kepala saja.
''Jom...''
Sewaktu di dalam kereta kami tidak berborak.Hanya lagu yang berkumandang memenuhi ruang yang sempit itu.
Sengaja aku menanti dia menyapa dulu.
''Senyap aje dah tak nak cakap dengan saya,ke?''akhirnya dia menyapa juga.
''Nak cakap apa?''
''Cakap ajelah apa-apa,saya tak suka diam macam ni.''
Aku kerut kening.Dah kenapa dengan dia?sejak bila dia tegas macam ni?
''Awak kenapa?awak marah pasal cincin tadi ke?''
''Salah ke kalau saya nak belikan awak sesuatu?''
''Tak salah tapi tak perlu membazir.''
''Kalau untuk orang yang kita sayang,takkan membazir pulak?''
Erk...aku tak salah dengarkan tadi?betul kan dia cakap dia sayangkan aku?adush...macam kena panah rasanya dadaku ini.
''Liya...''
''Em...''
''Awak memang tak suka cincin tu ke?''
''Bukan tak suka cuma harganya mahal sangat.''
''Saya ikhlas demi keselesaan diri awak.''
Aku tersentak dengan apa yang baru keluar dari bibirnya itu.Rasa bersalah pula dengan dirinya.Rasa bersalah pula dengan dirinya.Dia begitu mencuba menunjukkan kasih sayangnya tapi aku pula yang seolah tak begitu menghargai.
''Maafkan saya.''ucap bibirku.
Sebuah senyuman cuba aku berikan agar dia berasa tenang sedikit.Dia kalihkan wajah bila setelah menjelingku sekilas.
''Awak,saya cakap saya minta maaf,awak maafkan tak?''
''Ya...saya maafkan awak.''jawab Asyraf selamba.
''Macam tak ikhlas je.''
''Apa pulak tak ikhlas kan saya dah maafkan awak.''
''Tapi muka tu tak senyum pun.''
Asyraf akhirnya melepaskan ketawa.
''Awak ni pandai nak pujuk saya,ya.''
''Awak merajuk ke tadi?''usikku.Asyraf menjeling sekilas.
''Tak merajuk,terasa je.''
''Liya...panggil Asyraf bersama jelingan manjanya.
Aduh,terpanah aku lagi.
''Kenapa?''
''Awak dah sedia,ke?''
''Maksud awak?''soalku keliru.
''Maksud saya,awak dah sedia ke nak jadi isteri saya?''
''Kenapa baru sekarang awak tanya saya soalan tu,masa nak pinang saya hari tu tak ada pun awak tanya.''
''Memang sengaja saya tak tanya.''
''Kenapa?''soalku tambah keliru.
''Tak ada apa.''selamba saja dia menjawab.
Haish...apasallah aku dapat tunang yang macam ni,sengaja nak dera perasaan aku agaknya.Aku peluk tubuh malas nak layan dia borak lagi.Lama selepas itu suaranya kedengaran lagi.
''Liya...kenapa senyap,awak tak nak cakap dengan saya lagi ke?soalan saya tadi awak tak jawab.''
Ish,malunya macam mana aku nak cakap?nak susun ayat pun tak reti.Takkan aku nak cakap aku dah sedia,nanti dia kata aku dah gatal sangat nak menikah.
''Liyaa...''meleret pulak suara dia memanggilku.
''Tak baik tau kalau suami panggil tak jawab.''
''Eh,bila masa awak jadi suami saya?''
''Ha...keluar pun suara ingat tadi nak mogok dengan saya.Soalan saya tadi awak tak jawab lagi.''
''Ala...kalau tak jawab tak boleh ke?''
''Tak boleh,saya nak jawapan ikhlas dari hati awak,baru hati saya boleh senang.''
''La...selama kita bertunang ni awak tak senang hati,ke?''
''Memang saya tak senang hati,saya takut awak rasa terpaksa saja.''
Entah mengapa hatiku tiba-tiba jadi sayu.Betapa dia begitu mudah menyatakan perasaannya.Betapa dia begitu menginginkan aku untuk menjadi miliknya dengan penuh kerelaan.Bukankah aku sudah merelakan hatiku saat dia mula menjadi imamku di rumah Hidayah dulu?Betapa aku terpikat pada perawakan dirinya yang begitu menjaga akhlaknya.Tiba-tiba aku mendapat idea yang nakal,sengaja ingin mengusiknya.
''Kalau saya cakap saya belum bersedia,macam mana?''
Berkerut kening Asyraf.Mukanya sudah semacam aje.Dah keluar dah muncung itik tu.Eh,sejak bila pula dia pandai buat muncung macam tu?dah berjangkit dengan aku agaknya.
''Jadi majlis kita ni tak jadilah?''tiba-tiba dia bertanya.
''Eh,siapa kata tak jadi,barang hantaran semua dah beli takkan nak batalkan pulak.''
Dia dah buat muka geram.Mungkin dia dah dapat agak yang aku main-mainkan dia tadi.Liya...berdosa kau buat macam tu.Dia kan bakal suami kau.Aku jeling dia sekilas.Dia masih dengan muka tegangnya itu.
''Awak...saya minta maaf ya,saya main-main tadi.''
''Buatlah selalu macam tu.''alamak dia sindir aku tu.
Tiba-tiba hatiku rasa bagai di geletek.Tak pernah lagi aku tengok dia marah.Sesekali seronok pulak buat dia macam tu.Ish,jahat betul kau ni Liya ooii...
''Yang tersengih macam kerang busuk ni kenapa?''tegur Asyraf mengejutkan khayalanku yang tak seberapa.
''Err...saya cuma terfikirkan sesuatu je.''
''Pasal apa?''
''Pasal kita.''takkan aku nak bagi tahu yang aku suka tengok muka tegang dia tu.Mahunya kawan tu bertukar jadi singa lapar nanti.Eii...aku tak boleh nak bayangkan kalau dia betul-betul naik angin.
Asyraf menggelengkan kepala.Tumpuannya masih pada pemanduan.Untuk seketika kami diam tidak bersuara.
Keretanya membelok masuk ke taman perumahan kami.
Kami turun bila keretanya sudah sampai di depan rumahku.Barang yang di beli tadi di keluarkan dari bonet.Bila Asyraf menghulurkan aku beg plastik yang terakhir,dia merenungku seketika.
''Liya...saya...''tersekat bicaranya membuatkan aku kaku seketika.Mataku turut merenung dirinya namun seketika cuma.Malu pula nak tenung muka tampannya itu.
''Awak nak cakap apa?''
''Saya cuma nak awak tahu yang saya benar-benar ikhlas pada awak.''
Kata-kata itu membuatkan aku terharu.Betapa dia cuba menyakinkan aku tentang perasaannya.Terasa betapa lelaki yang di depanku ini sebenarnya adalah jodoh yang telah di takdirkan untukku.Sikap ambil beratnya begitu jelas terhadapku.Tak tersusun pula ayat untuk aku karang demi membalas kata-katanya itu.Wajah masih ku tundukkan.
''Hei...''Asyraf menggawangkan tangan di depan mataku.
''Awak kenapa dah tak ada suara ke?''Aku menggelengkan kepala.
''Saya betul-betul tak tahu nak cakap apa pada awak.''
''Tak mengapalah kalau awak masih tak dapat jawab persoalan saya tu,saya tak kisah pun.Yang penting awak tetap sudi menjadi suri hidup saya.''Asyraf tersenyum manis.Ah!terpanah lagi aku.
''Awak...boleh tak jangan senyum macam tu?''
''Kenapa?''
''Nanti saya tergoda...''sebaik berkata begitu aku terus berlari anak masuk ke dalam rumah.Biarlah dia terpinga-pinga kat luar tu.
Wednesday, March 11, 2015
SESUCI CINTA DIAN 40
Pantai itu di jelajah lagi,kali ini mereka berdua pula.
Faizal sengaja menyambung cuti untuk menghabiskan masa dengan isterinya.Mujur saja pak sunya memahami lalu meluluskan percutian mereka.
''Seronok kan kalau selalu macam ni?''
ujar Dian sedikit kuat cuba melawan suara ombak yang menerjah ke gigi pantai.Tautan tangan mereka erat bagai tidak mahu di lepaskan lagi.
''Seronok memanglah seronok tapi abang ni kan banyak kerja tak bolehlah selalu sangat datang sini.''
''Habis kenapa abang buat rumah kat sini?''
''Saja,daripada tanah tu terbiar tak buat apa-apa baik abang buat rumah,sekurang-kurangnya kita boleh gunakan untuk bercuti,tak payah nak sewa hotel atau chalet.Lagi pun ayangkan suka laut.''
''Macam tau-tau aje abang ni.''
''Isteri abang tentulah abang kenal luar dan dalam.''ujar Faizal mencuit dagu isterinya dengan lembut.
''Ayang...kalau abang tanya sikit boleh tak?''
''Tanya apa?''
''Anak kita nanti ayang nak jaga sendiri ke atau hantar ke nursery?''Dian termangu.
''Entahlah,yan tak tahu nak buat keputusan,ikut suka abanglah.''balas Dian.
Faizal serba-salah untuk menyatakan hasrat hatinya,takut kalau Dian tidak mahu menerima.
''Err...kalau abang minta ayang berhenti kerja dan jaga anak kita sendiri,boleh tak?''
Dian terkedu sekejap.Terhenti langkahnya saat itu juga.Muka di tarik mencuka.
''Kenapa?ayang tak nak berhenti kerja ke?''Tanya Faizal dengan wajah yang gusar.Dian ukir senyum nakal.
''Tak adalah,sebenarnya yan ada juga terfikir nak jaga sendiri anak kita.''
''Fuh...lega hati abang ni,ingat tadi apalah.Nakal juga ayang ni,ya.''pipi gebu Dian di cubit perlahan.
''Aduh,sakitlah!''
''Ha...buatlah macam tu lagi.''
''He...he...sori...saja nak duga hati abang.''
''Oo...nak kenakan abang ya...meh sini...''
Kerana geram dengan perangai nakal Dian,Faizal mengacah-ngacah tubuh isterinya untuk di tarik ke arah lautan.Terjerit Dian saat itu lalu ketawa mereka bergema di tepi pantai itu.Mujur pantai itu agak lengang petang itu.Perasaan mereka kini terasa damai setelah apa yang terbuku di rungkai dengan jelas.
Hmm...nampaknya niat aku nak sambung belajar lebur begitu sajalah.Jauh fikirannya melayang mengingati cita-cita yang tidak kesampaian.Dian mengeluh lagi.Pandangannya masih terbias di tengah lautan terbentang itu.Suaminya tadi entah ke mana perginya.Petang-petang begini kalau dapat pisang goreng pun sedap juga.Tekak Dian sudah mula meragam semula.Alahai,mana pulak pergilah suami aku ni,kata tadi nak pergi isi minyak kereta,sampai sekarang tak pulang lagi.Dian bangkit dari bangku batu yang di dudukinya lalu masuk ke dalam rumah untuk menjerang air.
Sudah seminggu mereka mendiami villa itu belum ada tanda-tanda suaminya mahu pulang bekerja semula.Tidak lama kemudian bunyi enjin kereta menyusur ke laman villa itu.Hati Dian terasa lega.Balik juga akhirnya.Dian segera membuka pintu.Faizal keluar dari kereta dengan menjinjing sebungkus plastik kuning.Apa benda kat tangan dia tu?Fikir Dian sambil terjengah-jengah.Faizal segera menghulurkan plastik itu.Dian tersenyum bila membukanya.
''Abang macam tau-tau saja Yan nak makan ni.''ujar Dian sambil menggenggam tangan suaminya.Faizal ketawa perlahan.
''Iye ke kenapa tak cakap tadi?''
''Baru ni terasa nak makan.''
''Agaknya masa ayang terasa nak makan tu,deria rasa kita bertembung kot sebab abang pun tiba-tiba rasa nak makan goreng pisang ni.Nampaknya kita memang sehati sejiwa kan sebab abang boleh rasa apa yang ayang rasa.''
Ketawa mereka bergabung di petang yang mendamaikan itu.
Malam itu Dian menyuarakan hasrat hatinya yang terbantut.Faizal serba-salah untuk mengizinkan isterinya meneruskan niatnya.
''Ayang dah fikirkan tentang baby kita,ke?Nanti macam mana ayang nak jaga dia lepas tu nak belajar lagi.''Dian termenung seketika.
''Entahlah bang,yan pun serba-salah,dalam hati nak sambung belajar tapi kalau baby lahir nanti siapa pulak nak jaga lagi pun yan dah janji nak jaga sendiri baby kita.''Faizal merasa simpati terhadap isterinya yang bercita-cita besar itu.
''Macam nilah,kita tunggu baby besar sikit lepas tu ayang sambunglah belajar,lagi pun ayang boleh buat luar kampus sambil tu boleh jaga baby.''Faizal memberikan keputusan akhirnya.
''Betul ke bang?''tanya Dian untuk kepastian.
''Ya,abang izinkan janji anak kita tak terabai dan ayang jangan mengaduh penat.''
''Ish,abang ni cakap macam tak ikhlas aje.''
''Bukan macam tu,abang takut ayang penat aje nanti.''
''Baiklah,yan janji akan jadi ibu yang bertanggungjawab,anak abang tu gerenti takkan terabai.''
Dian bersungguh-sungguh menyakinkan suaminya agar cita-citanya tercapai.Dalam masa yang sama dia berjanji untuk menjaga rumahtangga yang terbina itu agar terurus dengan baik.Faizal memeluk isterinya erat.Dian rasa bertuah di kurniakan suami yang penyayang.Di dalam hatinya sentiasa berdoa.
YA ALLAH!terima kasih dengan anugerah yang KAU berikan.Moga rumahtangga kami ini akan bahagia di dunia sehingga sampai ke syurga nanti.Kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah!Amin!!
Tuesday, March 10, 2015
SESUCI CINTA DIAN 39
Selesai makan Dian bangkit menuju ke bilik air.Faizal mengemaskan bungkusan itu lalu di buangkan ke dalam tong sampah.Nampaknya hati isterinya itu tidaklah sekeras mana.Masih ada ciri-ciri kelembutan di dalam dirinya.Ah,mungkin kerana pembawakan budak.Selama ni mana pernah dia meninggikan suara padaku.Cuma sekarang dia salah faham.Inilah masanya aku harus jelaskan kedudukan yang sebenar.Dian kembali duduk di tepi katil.Wajahnya hanya di tundukkan saja.Faizal memandang ke arah almari lalu bangun dan membukanya.Ada beberapa helai baju yang agak baru tergantung disitu.Laci di bahagian bawah di buka.Pakaian dalam turut ada di situ.Faizal mencapai semua pakaian itu lalu memasukkan ke dalam beg galas yang berada di tepi almari.
''Abang nak buat apa tu?''Dian terkejut dengan tindakan suaminya.
''Nak bawak balik.''selamba Faizal menjawab.
''Tapi...''tersekat suara Dian tidak tahu hendak berkata apa lagi.Kalau di bantah lagi tentu jerkahan yang dia bakal dapat nanti.Faizal walau pun bukan seorang pemarah namun sekali dia bersuara pasti sakit telinga mendengarnya.
''Tak ada tapi-tapi lagi ikut abang balik sekarang.''tegas Faizal sambil mencapai tudung Dian di tepi katil lantas di sarung ke kepala isterinya itu.
''Jom!''
''Yan tak nak balik!''bentak Dian cuba juga melawan.
''Jangan macam ni,abang nak tunjukkan sesuatu pada ayang,lepas ni kalau ayang nak percaya pada abang atau tidak terpulanglah,ikut abang sekarang,ya!''pujuk Faizal dengan muka simpati.Dian tidak sempat berfikir lagi bila tangannya di tarik keluar dari bilik itu.Faizal segera mengunci pintu dan berjalan ke tempat pendaftaran untuk urusan keluar.Selesai semuanya mereka berjalan ke kereta Faizal.
''Abang,kereta yan macam mana?''
''Biar aje situ abang nak uruskan hal kita dulu.''
Faizal terus memandu menuju ke jalan besar.Tiada sesiapa yang bersuara sepanjang perjalanan itu.Sesekali Dian cuba menjeling wajah di sebelahnya.Serabut sungguh muka suamiku ini.Dah berjambang pulak tu.Kenapa tadi aku tak perasan dan memang betul ke dia tak bersalah?
''Dah puas tenung muka abang ni?''sergah Faizal tiba-tiba.
Dian serta-merta menundukkan kepala.Malu bila di tangkap merenung muka suami sendiri.Hati Faizal
rasa bagai di geletek melihat tingkah isterinya itu.Beberapa minit berlalu kereta Faizal tiba di depan sebuah villa.
Eh,ni bukan rumah yang aku nampak hari tu ke?bisik hati kecil Dian.Kenapa dia berhenti di sini?
Faizal menekan remote control,tak lama kemudian pintu pagar itu terbuka perlahan.Faizal memandu keretanya masuk ke garaj.
''Jom.''ajak Faizal sambil membuka pintu keretanya.
Dalam keadaan terpinga-pinga itu Dian mengikut jua kata suaminya.Dengan muka serius Faizal mendekati Dian dan tangan isterinya di genggam erat.Entah mengapa Dian terasa selamat di dalam genggaman itu.Mereka melangkah seiring menuju ke pintu utama villa itu.Kunci di dalam poket di seluk kemudian pintu itu di buka perlahan.
''Masuk!''jerkah Faizal.
Menonong Dian masuk,takut dengan jerkahan itu.
Faizal tersenyum nipis,tau takut.Sengaja dia bernada begitu untuk menyakat isterinya.Melangkah saja ke dalam rumah itu Dian terkesima.Cantik sekali rumah ni,macam...ah...tidak tahu bagaimana hendak di gambarkan apa yang terpampang di depan matanya.
''Apa maksud abang ni?''
''Inilah yang abang buat dengan Linda selama tiga bulan ni.''
Faizal berkata perlahan,tiada nada marah di situ.
Bahu Dian di palingkan mengadapnya.Di kucup tangan isterinya itu perlahan.Dian kaku memandang wajah suaminya.
''Villa ni hadiah abang untuk ayang.''
Bertaut kening Dian mendengarnya.Saat itu juga kunci villa itu di letakkan ke dalam genggaman.Dian terpinga-pinga memandang kunci itu.
''Kenapa abang buat semua ni?''
''Sebab ni.''jawab Faizal sambil memegang perut Dian.
''Anugerah terindah dalam hidup abang saat ayang sudah menjadi seorang ibu.Villa ni akan menjadi tempat untuk beristirehat bila kita bercuti.Nama villa ni pun abang dah letak nama ayang.
''Tapii...''
''Tak ada tapi-tapi lagi,ayang kena terima semua ni dan abang nak bagi tahu kawan abang Linda tu adalah arkitek untuk villa ni.''
''Jadi tu sebab abang selalu jumpa dia?''soal Dian segera.Faizal menganggukkan kepala.
''Tapi mana ayang tahu abang jumpa dia?rasanya hanya sekali dia datang pejabat dulu.''
''Sebenarnya Yan pernah nampak abang makan dengan dia dua bulan lepas.''
''Jeleslah tu?''duga Faizal.Dian menganggukkan kepala sambil menunduk.
''Kenapa ayang tak tanya atau serang abang?''
''Yan tak nak keruhkan keadaan.''
''Jadi selama ni ayang memendam rasalah ya,patutlah satu hari tu masa dia datang ofis,abang tengok muka orang tu masam aje.Rupanya tengah menahan marah.Hm...nasib baik ayang tak buat serangan kalau tidak memang lebam lagi muka abang masa tu.''
''Ish...apa abang ni,takkan yan nak buat macam tu kat abang.''Faizal tersenyum lega,bangga dengan isteri yang sanggup berkorban perasaan sendiri namun kesalan pun ada di hatinya gara-gara salah faham ini.
''Ayang tak payah jeles dengan Linda tu,dia dah kahwin,dah ada anak dua pun.''
''Betul ke?''Dian mendongak memandang wajah suaminya.Faizal mengangguk laju.
''Ayangg...''
''Hm...''
''Ayang tak marah kat abang lagi,kan?''Dian ukir senyum malu,malu kerana salah faham dengan suami sendiri.Wajah di tundukkan,kepala di gelengkan.
''Jadi ayang dah maafkan abanglah ni?''
''Abang tak salah,yan yang salah,maafkan yan.''tangan Faizal di capai lantas di kucup perlahan.Dagu isterinya di dongakkan memandang ke wajahnya.
''Abang sentiasa maafkan ayang,harap lepas ni jangan lari lagi ya,penat abang nak kejar.''Dian tergelak kecil.Di usap wajah suaminya dengan mesra.
''Yan janji takkan lari lagi tapi...kalau lari setempat boleh,kan?''
Faizal tergelak besar dengan gurauan si isteri.Saat itu juga tubuh Dian di tarik ke dalam pelukan.
SESUCI CINTA DIAN 38
Beberapa minit setelah suaminya pergi,Dian tersedar dari lena.Memandang sekeliling bilik.Mana dia pergi?Betul ke dia datang tadi?Aku tak mimpi,kan?Tak...tak aku tak mimpi,memang dia ada datang tadi.Dian cuba bangkit namun kepala terasa berpinar,dia rebah kembali.Dian mengusap perutnya.
Sayang...maafkan ibu ya sebab ibu abaikan sayang.Ibu janji mulai hari ni ibu akan jaga diri dan sayang sebaik mungkin,ya.Dian kembali lena.Beberapa minit kemudian Faizal kembali dengan bungkusan di tangan.
''Ayang...bangun yang,abang bawak makanan ni.''
Faizal mengejutkan isterinya yang masih lena.Terpisat-pisat Dian cuba untuk membuka matanya.Faizal tersengih melihat tingkah isterinya.
Nasib baik dia tak mengeliat kalau tidak,habis la muka aku jadi mangsa dia lagi.
Faizal teringat insiden yang pernah berlaku sewaktu dia mengejutkan isterinya bangun dari tidur.Lebam pipinya mendapat penumbuk sulung Dian.Sejak itu dia berjaga-jaga kalau mahu mengejutkan Dian.
''Abang!buat apa abang kat sini?macam mana abang masuk.''Faizal mengelengkan kepala.Lupalah tu.
''Abang pecahkan pintu tu.''selamba Faizal berkata.
''Ish...jangan main-mainlah.''
''Ya,abang tak main-main,ni.''Faizal menayangkan kunci bilik kepada Dian.Dian menarik muka cemberut.Dia cuba berbaring semula.
''Eh...nak buat apa tu?''
''Tidur!''
''Ayang mana boleh tidur,dah pukul berapa ni tak makan lagi.''
''Yang abang sibuk kat sini kenapa,suka hati yan lah nak buat apa.Pergi je kat makwe abang tu!''
''Amboi,mulut nak kena cium ke?terjerit-jerit dekat suami,tak takut derhaka?abang dah kata abang tak ada apa dengan dia kenapa tak nak percaya?''
''Abang bohong!''bantah Dian.
Faizal terasa sakit hati bila kepercayaannya di persoalkan.Macam mana lagi aku nak cakap ni?Faizal menjauhkan diri seketika cuba mengawal amarah yang mula menjenguk diri.Dia beristighfar panjang.
Membawa diri ke jendela kamar.Muka di raup perlahan.Pandangan di arah ke laut lepas,memerhati ombak yang menghempas ke gigi pantai.
Dian di atas katil bungkam.Cuba mengawal sendu yang hadir.Faizal kalih pandang ke wajah isteri kesayangannya.Mendekati tubuh itu perlahan.
''Kalau pun marah dengan abang tolonglah pergi isi perut tu.Janganlah seksa diri macam ni,kalau jadi apa-apa kat korang berdua abang jugak yang susah hati,ayang tak sayang abang lagi,ke?''
Faizal mengendurkan suaranya cuba memujuk isterinya yang berkeras hati itu.Dian memandang wajah suaminya yang cuma beberapa inci dari wajahnya.Ada kesayuan pada wajah itu.
Pandangannya di bawa ke perut.Sayang...ibu lupa lagi.Dian mengusap perutnya perlahan.Sekilas wajah suami di renung lagi.Dian bangkit juga menuju ke bilik air.Usai mencuci muka dia keluar semula menghadap bungkusan makanan yang di beli suaminya.Sebak hati masih terasa namun Dian cuba menguatkan semangatnya.
Sayang...ibu makan untuk sayang,ya.Faizal menuangkan air di dalam gelas lantas di letakkan di sisi isterinya.
''Makanlah...''
perlahan suara Faizal memujuk lagi bila Dian hanya memandang saja bungkusan itu.Faizal membukakan bungkusan itu.Dian menjeling sekilas suaminya.
Tangannya di angkat membaca doa.Segera nasi campur di depannya itu di suap ke mulut.Terasa perit tekaknya saat nasi itu melalui kerongkongnya namun dia cuba gagahkan jua menelannya.Tidak di pedulikan suaminya yang sedang leka memandang dirinya.
Faizal merenung wajah itu,pucat tanpa seri.Kenapa kita jadi begini?Macam mana abang nak jelaskan lagi pada ayang?Cuma ayang saja yang ada dalam hati abang ni,tiada dua atau tiga.Takkan ayang tak nampak betapa sayangnya abang pada ayang?Kesal hatinya dengan apa yang terjadi di antara mereka.Kalaulah boleh di putarkan masa tentu abang takkan mengikut kata hati sendiri.Tentu abang dah berterus-terang dari awal lagi.
SESUCI CINTA DIAN 37
Faizal terjaga saat matahari sudah meninggi.
Termenung sejenak memandang ke arah jendela yang tertutup dek langsir yang agak tebal.Desiran ombak yang memukul pantai sayup-sayup menyapa pendengarannya.Matanya melilau melihat sekitar bilik.Faizal tersenyum lega.Akhirnya impian ini menjadi kenyataan.Satu hadiah yang paling berharga untuk seseorang.
Tiba-tiba wajahnya bertukar mendung.Berhargakah lagi andai empunya diri sudah pergi?Pergi menyembunyikan diri.Tanpa pesan,tanpa jejak yang di tinggalkan.Pakaiannya pun tidak di bawa bersama.Mungkin saja dia telah membeli pakaian yang baru.Faizal teringat kata-kata dari sahabat baik Dian,Lina tempohari.Dian tu nampak saja lembut tapi sekali hati dia sudah terluka,memang payahlah nak di pujuk.Memang benar kat Lina itu.Faizal akui kebenaran tentang isterinya.
Ah,ayang...kat mana ayang sekarang?abang dah tak tahu nak cari ayang kat mana lagi.Hatinya merintih lagi.Wajah di raup perlahan.Faizal benar-benar buntu.Keras betul hati isterinya itu.Tidak di sangka dalam kelembutan Dian terselit sifat ego yang tinggi.
Ayangg...tolonglah pulang...abang betul-betul rindu!!
Setelah puas merintih sendiri,Faizal bangkit melangkah perlahan ke arah beg pakaiannya.Tuala mandi di keluarkan.Badan yang melekit harus di bersihkan apatah lagi perutnya sudah pun berkeroncong.Sejak semalam perutnya tidak berisi.Bukan semalam saja bahkan sejak isterinya menghilangkan diri makannya pun tidak di hiraukan,asyik meronda sekitar bandar mencari kalau-kalau kelibat isterinya ada di mana-mana.
Seusai membersihkan diri,Faizal keluar untuk mengisi perut.Kereta di pandu perlahan menyusuri deretan kedai berdekatan.
Kereta di hentikan di hadapan sebuah restoran.Faizal keluar dari kereta dan masuk ke dalam restoran itu.Mujur tidak ramai orang ketika itu,mungkin kerana waktu makan sudah lama berlalu.Seorang pelayan datang mengambil pesanan.Faizal memesan nasi goreng kampung dan segelas jus epal.Setelah pelayan itu pergi,Faizal termenung sejenak.Manalah aku nak cari dia lagi?YA ALLAH,bantulah aku.Berilah aku petunjuk,bagaimana lagi aku harus mencari isteriku.Telefon di dalam poket di seluk.Membuka folder yang mengandungi gambar dia dan isterinya.Bermacam gaya gambar ada,yang muka senget,yang muka tersenyum,yang paling dia suka gambar isterinya sedang tidur.Begitu tenang wajah itu.Dian tidak tahu yang Faizal ada menyimpan gambarnya kerana Faizal telah mencuri-curi mengambilnya.
Tiba-tiba bahunya di tepuk perlahan.Faizal tersentak.Pelayan yang mengambil pesanan tadi membawa hidangan untuknya.
''Isteri abang ke?''tanya budak lelaki itu sambil meletakkan nasi goreng dan jus epal di depan Faizal.Faizal menganggukkan kepala.Tanpa sedar budak lelaki itu telah melihat gambar Dian itu.
''Semalam saya nampak akak ni datang makan kat sini.''ujar budak lelaki itu.Faizal terpempan.
''Apa maksud adik perempuan dalam gambar ni ada datang sini?''tanya Faizal dengan tidak sabar.
''A'ah,dia ada makan kat sini semalam tapi hari ni nampaknya tak ada pulak.''
''Abang cari akak tu ke?''Budak lelaki itu seolah tahu apa yang bersarang di kepalanya saat itu.Senyum simpati di hulurkan.
Faizal mengeluh keras.Kepalanya di anggukkan tanpa menjawab pertanyaan budak itu.
''Mungkin dia tinggal dekat chalet yang dekat hujung kampung tu kot?''
''Ada chalet ke dekat sini?''tanya Faizal tidak sabar.Budak lelaki itu mengangguk.Faizal bingkas bangun dari situ namun tangan budak itu menahannya.
''Abang,walau apa pun masalah abang dengan isteri abang tu,kesihatan diri tetap abang kena jaga juga,lagi pun tak elok nasi di depan mata di tinggalkan begitu saja.''Faizal berfikir sejenak.
Ada betulnya kata dia.Kalau aku pengsan nanti tak pasal-pasal semuanya jadi kelam kabut.
''Terima kasih dik sebab ingatkan abang.Oh,ya nama adik siapa?''Faizal kembali duduk.
''Nama saya Firdaus.Panggil saya Daus saja.''
''Terima kasih sekali lagi Daus.''
''Tak ada hallah bang perkara kecik aje.Saya tengok muka abang ni macam ada masalah tu sebab saya tolong,lagi pun dah tertengok muka isteri abang tu, maaflah saya tak sengaja.''
''Tak apa,abang pun leka sangat dengan gambar tu tadi.''ujar Faizal sambil tangannya mula menjamah nasi goreng tersebut.
''Adik memang yakin ke perempuan yang adik tengok semalam sama macam isteri abang ni?''tanya Faizal sambil menunjukkan kembali gambar isterinya.
''Memang dialah.Saya yakin akak ni yang datang semalam.Muka dia nampak pucat sikit dan muram saja.''
Faizal bertambah tidak sabar bila mendengar kata-kata itu.Tak sanggup dia menghabiskan nasinya.Cepat-cepat air di teguk.Dia menyeluk seluar dan mengeluarkan duit dari poket.Di hulur segera kepada Firdaus.
''Terima kasih sebab tolong abang,ni duit untuk nasi dan air kalau ada lebih adik ambiklah.Abang pergi dulu.''
Setelah masuk dan menghidupkan enjin kereta dia terus memecut ke arah yang di katakan oleh Firdaus tadi.Sesampai di depan chalet itu dia segera keluar dari kereta dan ke kaunter pendaftaran.Setelah memberi salam dia segera menanyakan gadis di situ dengan menunjukkan gambar Dian.Memang benar Dian telah menginap di situ dan gadis itu telah memberikan nombor bilik yang di huni isterinya.
Faizal mencari dari satu bilik ke satu bilik sehingga sampai ke bilik yang di hujung sekali barulah dia berjumpa.Mungkin inilah biliknya.Faizal menelan air liur.Hatinya rasa teruja.Berdebar-debar pun ada.Dengan lafaz bismillah dia mengetuk pintu bilik itu.
Beberapa kali di ketuk masih tiada balasan dari dalam.Betul ke bilik dia ni?Tapi nombor yang gadis tadi beri memang nombor bilik ni.Faizal mula rasa tidak sedap hati.Di ketuk lagi pintu itu,kali ini kuat sedikit.
Tidak lama selepas itu pintu itu terkuak.Saat itu juga terjengul wajah yang di carinya.Dian kaget.Tergesa-gesa dia menutup kembali pintu itu namun tangan Faizal berjaya menahan.
''Ayang!!jangan buat abang macam ni,bukaklah pintu ni abang datang nak bagi penjelasan.''
''Nak buat apa,nak sakit kan hati yan lagi?macam mana pulak abang boleh jumpa yan kat sini?''ujar Dian sambil menahan pintu itu.Dia tetap tidak mahu mengalah.
''Ayang salah faham kami kawan saja,apa yang ayang nampak tu bukan seperti yang ayang fikirkan.Abang tak ada apa-apa dengan Linda,kami kawan lama saja.''
''Abang bohong!!''
''Tak...tak...abang tak bohong.Dalam hati abang ni cuma ada ayang saja,tolonglah percaya pada abang.''Faizal masih menahan pintu itu.
Kalau dia menolak dengan kuat bimbang pula terjadi sesuatu ke atas isterinya yang sedang mengandung itu.Dian tidak menjawab apa-apa.
''Ayang bagilah abang peluang menjelaskan semuanya.Sekali aje yang,tolonglah...''
''Tak payah nak terangkan apa-apa,abang pergilah dekat dia,dia kan lebih cantik dari yan,lebih seksi lagi.''
''Ayang...abang dah ada ayang nak buat apa abang nak dia pulak,kami cuma kawan saja tak lebih dari tu,ayang bagilah abang masuk,abang akan terangkan semuanya.''Faizal masih tetap merayu agar hati isterinya menjadi lembut.
Beberapa minit berlalu barulah Dian melepaskan pintu itu.Tambahan kudratnya yang semakin lemah akibat tidak mengisi perut dari pagi tadi,hanya biskut kering menjadi santapannya.Tekaknya yang tidak berselera membuatkan dia melupakan saja untuk keluar mencari makanan.Faizal segera masuk dan mengunci pintu.Airmata Dian merembas keluar saat itu.Segera dia berpaling tidak mahu suaminya melihat airmatanya.
''Yan bagi abang peluang sekali saja,kalau yan tak puas hati dengan alasan abang,tolong tingggalkan yan.''
Faizal merenung sayu wajah yang begitu di rinduinya itu.Rindu terlalu rindu.Hanya Tuhan yang tahu betapa dia ternanar saat kehilangan wanita itu.Tubuh Dian yang membelakanginya di dekati lantas di peluk dengan kejap.Cuba melepaskan rasa rindu yang menggebu.
''Apa ni,jangan buat tak senonoh dekat sinilah.''
''Tolong jangan macam ni,abang terlalu rindukan ayang,bagilah abang lepaskan rindu abang ni.''rayu Faizal tanpa melepaskan pelukannya.
Dian tidak lagi meronta-ronta.Matanya di pejam,nafas di hela berat.Sebenarnya dia juga merindukan pelukan suaminya itu.Saja di keraskan hati tidak mahu mengaku.Hatinya masih sakit bila terbayangkan perempuan yang di dalam pelukan suaminya itu.Saat teringatkan perkara itu Dian menolak tubuh suaminya dengan sekuat kudratnya.
''Oh!dah puas peluk perempuan tu abang datang sini peluk yan pulak,ya.Abang ingat yan ni pemuas nafsu abang saja,ke!''
''Ayang!!''terjerit Faizal saat mendengar Dian berkata begitu.Dian ikut terkejut dengan jerkahan itu.
''Apa yang ayang cakap ni?abang tak peluk dialah.Masa tu kaki dia tersadung dekat kerusi waktu nak bangun tu sebab abang tahan badan dia.Itu pun nasib baik abang ada dekat kalau tak badan dia dah tersungkur kat lantai tu.''
''Abang bohong!''
''Tak abang tak bohong!demi ALLAH!abang cakap yang betul kalau tak percaya jugak,abang telefon dia ayang cakap sendiri dengan dia.''
''Tak payah!''
''Kenapa pulak tak payah,tadi tak percaya sangat.''
''Yan tak nak cakap dengan dia.''nada suara Dian sudah mula mengendur cuba menahan rasa tidak enak yang bertandang di kerongkongnya.
''Kalau macam ni macam mana ayang nak percaya apa yang abang cakap.''
''Tak perlu abang cakap apa-apa lagi pergilah balik,tinggalkan yan sendiri.''
''Tak...abang takkan balik tanpa yan!''tegas Faizal mengutarakan pendiriannya.
Memang dia takkan berganjak dari situ tanpa isterinya.Kusut fikiran Dian bila suaminya masih tidak mahu mengalah.Kepalanya mulai pusing.
Pandangannya berpinar-pinar.Pangkal tengkuk di urut perlahan.Cuba menahan rasa loya yang hadir.Faizal yang melihat kelakuan Dian terasa pelik.
''Ayang kenapa?''
Tubuh isterinya di dekati.Tangannya cuba membantu mengurut pangkal tengkuk isterinya itu.Dian tidak menolak tangan itu.
''Ayang...ok ke?''Dian masih menahan gelodak rasa yang datang namun rasa loya itu makin menunjal-nunjal kerongkongnya.Saat itu juga Dian berlari ke bilik air.
''Ayang!!''jerit Faizal lantas mengikut langkah isterinya.
Dian memuntahkan segala yang ada.Faizal membantu mengurut belakang badan isterinya.Dian terasa lemah,hampir saja dia terjelepuk ke lantai kalau tidak di sambut suaminya.
''Ayang...kenapa ni?jangan takutkan abang,ayang sakit ke?''
Dian yang lemah hanya mampu memandang wajah suaminya yang cuma beberapa inci dari mukanya.Faizal mencempung tubuh itu lalu di bawa ke katil.
''Cakap dengan abang,hari ni ayang makan tak?''Dian tidak menjawab.Wajah pucat itu di usap lembut.
Kening Dian di kucup mesra.
''Tolonglah jangan buat abang susah hati.''rayu Faizal lagi meminta penjelasan si isteri.Dian menggelengkan kepala.
''La...kenapa macam ni,ayang sedar tak ayang tu mengandung,baby dalam perut ni perlukan khasiat untuk membesar,kalau ayang tak makan macam mana baby kita nak sihat.Kalau ya pun marah dengan abang,janganlah seksa diri macam ni.''
Faizal terpandang di tepi katil itu,ada sebungkus biskut dan sekotak air soya.Hatinya di hambat sayu,hampir menitis airmatanya namun cepat-cepat di seka tidak mahu isterinya perasan.Wajah di kalih memandang ke arah Dian yang sedang memejamkan mata.
''Ayang...abang keluar kejap cari makanan,ya.Ayang jangan pergi mana-mana.''
Dian tidak berkutik sedikit pun.Mungkin penat setelah isi perutnya terhambur keluar tadi.
Faizal bangkit perlahan.Sempat tangannya mencapai kunci bilik,bimbang sekiranya isterinya melarikan diri lagi.Cepat-cepat Faizal keluar dari bilik itu dan menguncinya sekali.YA ALLAH,KAU jagalah isteriku sehingga aku kembali.
Subscribe to:
Posts (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...