Monday, February 20, 2017
BAB 22
Kaki melangkah lesu menuju ke halaman.Aku labuhkan punggung ke gazebo lalu bersandar di tiang.Pandangan ku tebarkan ke kolam ikan.Ikan kap yang menjadi belaan papa ku renung kosong.Tak ada pun yang mampu memberi ketenangan kepada hati ku sekarang.Sampai bila harus aku melayan mimpi ini?Masih terngiang-ngiang kata-kata mama pada ku pagi tadi sebelum dia keluar rumah setelah berminggu dia bermasam muka dengan ku.
"Kamu betul-betul dah lukakan hati mama,Rul.Kamu nak jadi anak derhaka kan?"
YA ALLAH,derhakakah aku sekarang?Mengapa mama menghukum aku sampai begitu sekali?Mengapa mama tak mahu memahami perasaan aku?Maafkan Rul,ma.Bukan niat Rul nak sakiti hati mama.
Tolonglah faham kehendak hati Rul ni.Aku meraup muka perlahan.Keresahan ini sukar sekali untuk ku buang jauh-jauh.
Bunyi deringan telefon mengejutkan lamunan ku.
Segera aku seluk poket seluar.Nombor papa tertera di skrin.Kenapa pulak papa ni?
Hampir terlepas telefon di tangan bila papa kata mama kemalangan.Aku kaku seketika.
YA ALLAH...apa yang berlaku sebenarnya?Macam mana mama boleh kemalangan?YA ALLAH...aku belum sempat meminta maaf pada mama.Aku telah sakiti hatinya.Kelopak mata ku berkaca.Badan ku terasa menggigil.YA ALLAH!KAU selamatkanlah mama ku!!
Aku masuk ke dalam rumah untuk mengambil kunci kereta.Setelah memaklumkan pada Mak Lijah aku segera memandu menuju ke hospital.Tak sempat aku nak berkata panjang dengan Mak Lijah pasal mama sebab aku tak tahu keadaan sebenar.
Sesampai aku di wad kecemasan kelibat papa kelihatan sedang duduk di bangku.Aku mendekatinya.
"Pa...macam mana dengan mama?"
"Rul...papa pun tak tahulah,doktor masih tak bagitahu lagi."raut wajah papa menampakkan kerisauan.Ada kesan airmata di pipinya.Aku sendiri pun bimbang.Takut sangat dengan keadaan mama.
"Macam mana boleh kemalangan pa?"
Papa memandang ku sekilas lalu mengalihkan wajah semula ke wad di depan kami.
"Dengar kata polis mama nak potong kereta tapi tak lepas sebab ada kereta lain di depan.Mungkin mama tak perasan agaknya.ALLAH..."serta-merta papa memegang dadanya.Berat sungguh beban yang papa tanggung sekarang ini.Kebimbangan ku bertambah.Aku cuba kawal perasaan sendiri.
"Papa ok ke?"aku usap dada papa perlahan cuba menenangkan dirinya.
"Tak apa papa ok."
Walau hati ku sendiri risau namun aku harus kuat demi papa.Inilah saat kami diuji.Moga segalanya di permudahkan.Hampir satu jam lebih berlalu kami di hampiri seorang doktor dari wad itu.
"Ini ahli keluarga Puan Laila ke?"
"Saya suaminya dan ini anak saya."ujar papa perlahan.Aku masih setia di sisi papa.
"Ok...saya nak beritahu Encik yang Puan Laila dah melepas tahap kritikal tapi kami tetap kena pantau keadaan dia sebab dia ada masalah tekanan darah tinggi.Kalau Encik berdua nak tengok dia kenalah bersabar sikit,ya.Bila keadaan dia dah stabil baru kami benarkan Encik berdua masuk."
"Ok,doktor.terima kasih."ucapku pada doktor separuh umur itu.Papa diam tanpa suara.Mesti papa masih dalam kerisauan.
Setelah beberapa hari mama sudah di pindahkan ke wad biasa.Aku labuhkan punggung di kerusi yang tersedia di tepi jendela bilik itu.Wajah mama ku tatap seketika.Pucat.Tiada seri lagi seperti selalu.Mama selalu berhias diri tidak kira sewaktu di rumah atau di luar.Aku akui mama masih kelihatan muda walau sudah di makan usia.Dia memang pandai menjaga penampilan diri.Tapi kini tiada lagi semua itu.Mama sudah tidak mampu untuk menguruskan dirinya sendiri.Tambahan kakinya sudah tidak berfungsi seperti biasa lagi.Doktor menyatakan yang mama mungkin akan lumpuh sementara atau pun mungkin untuk selamanya.Terkejut juga aku dan papa saat berita itu di sampaikan doktor tapi kemudian kami reda.Ini semua ujian yang di beri oleh YANG MAHA KUASA.Kami harus menerimanya dengan hati yang terbuka.
Aku urut pelipis perlahan.Terasa lenguh pula.Sudah beberapa hari aku silih berganti dengan papa menjaga mama.Urusan di pejabat aku serahkan kepada pembantu ku.Mujur dua orang tu cekap menjalankan tugas.Jadi aku tak susah hati sangat nak lepaskan segala urusan pada diorang.Pandangan ku beralih ke bunyi pintu yang terkuak.Terjengul wajah Mak Lijah di situ bersama salam.Aku jawab salamnya perlahan.Ada sebuah bungkusan di tangannya.Aku tahu itu bekalan untukku yang di bawanya dari rumah.
"Rul,ni bekal untuk kamu pergilah makan."Aku ambil bungkusan dari tangan Mak Lijah itu lalu melangkah ke arah pintu.
"Mak Lijah dah makan ke belum?"
"Dah,Mak Lijah dah makan kat rumah tadi."
"Oklah saya makan dulu Mak Lijah tengokkan mama sekejap ya?"
"Ya,pergilah."
Pintu wad aku segera tutup lalu kaki melangkah ke luar ke arah taman yang tersedia di kawasan hospital itu.Setelah melabuhkan punggung di bangku batu aku membuka bekal yang di beri Mak Lijah tadi.Semerbak bau gulai udang bersama rebung menyapa deria bau ku.Inilah lauk kegemaran aku.
Aku mengangkat tangan berdoa lalu memulakan suapan.Baru separuh nasi ku makan aku terhenti mengunyah.Entah mengapa selera ku mati bila teringatkan keadaan mama.Bila agaknya mama akan sedar?ALLAH...moga KAU ampuni mama dan segera pulihkan mama untuk kami.Aku tak sanggup melihat mama di duga lagi YA ALLAH!
Hari berganti minggu,minggu berganti bulan namun keadaan mama masih tidak banyak berubah.Cuma mama kini sudah pulang ke rumah.Hari ini aku seorang menemani mama ke hospital.Papa tidak dapat ikut kerana terikat dengan mesyuarat.Setelah pulang dari hospital aku lihat mama termenung di tepi jendela biliknya.Aku rapati mama sambil berteleku.Bahunya ku sentuh.
"Mama ok ke?"
Mama berpaling dan mengangukkan kepala.
"Mama ok je..."ujarnya perlahan.
Sejak sakit mama lebih banyak mendiamkan diri.Hanya pada permulaan dulu sewaktu dia mula dapat tahu yang kakinya sudah tidak boleh berfungsi lagi mama mengamuk tapi setelah di tenangkan oleh kami mama sudah boleh menerima hakikat.Tapi sekarang dia lebih suka termenung.Mungkin risau dengan keadaan dirinya yang sudah tidak mampu bergerak sendiri.Bagaimana lagi agaknya aku mampu menolong mama?
"Kenapa mama pandang Rul macam tu?"
Tiba-tiba dia mengusap wajahku.Entah mengapa aku terasa bagai di manja semula.Aku bagai mendapat semula mama ku yang sudah lama menghilang.
Waktu kecil sehingga remaja dulu aku sering di manja mama tapi sejak papa menghantar aku ke kampung semua itu bagai hilang begitu saja.Tiada lagi kemanjaan yang pernah aku dapat dari mama.Tambahan mama waktu itu sudah mula sibuk dengan butik dan kegiatan persatuannya.
"Mama minta maaf."
"Kenapa pulak mama minta maaf?"
"Sebab mama dah lukakan hati Rul,mama dah pisahkan Rul dengan Yan dulu."airmuka mama terus jadi sebak sebaik berkata begitu.Tak semena-mena airmatanya tumpah ke pipi.Tangan ku di genggamnya erat.Aku usap wajah mama perlahan.Cuba menyalurkan rasa sayang ku padanya.
"Rul tak salahkan mama pun,semua tu dah takdir Tuhan,Rul dah reda semuanya."
"Tapi mama salah...memang mama yang rancang semua tu.Mama memang berniat nak pisahkan Rul dengan Yan."
"Tak apalah ma,kalau bukan mama yang buat macam tu pun namun takdir Tuhan tak siapa boleh menolaknya."
Mama diam tidak membalas.Aku bangun lantas menolak kerusi roda mama ke arah katil.Mahu dia merehatkan badan.Bimbang andai emosinya terus terganggu.Tubuh mama aku angkat lalu dengan berhati-hati aku letakkan mama di atas tilam.
"Mama rehatlah ya,jangan banyak fikir.Rul nak ke bawah kejap."ujar ku sambil menarik selimut menutupi badan mama.
"Rul..."suara mama memangkah langkah ku di muka pintu.Aku berpaling memandang mama.
"Suatu hari nanti mama nak jumpa Yan,boleh?"aku terkedu.Kaku.Alahai mama kenapa itu yang mama minta?
Subscribe to:
Posts (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...