Wednesday, October 26, 2016
AKU bab 19
Kereta aku hentikan di depan sebuah restoran.Dah tengahari maka perut pun sudah menjerit meminta untuk di isi.Dua jam bermesyuarat dengan Mr.Lee amat meletihkan.Terpaksa jugak pergi kerana aku menggantikan papa yang kurang sihat.Projek usahasama antara syarikat kami dan Mr.Lee akan bermula tidak lama lagi jadi segalanya harus di pastikan berjalan dengan lancar.
Reza yang bersama aku tadi sudah pulang ke rumah untuk makan tengahari.Almaklumlah orang dah berumahtangga nak juga makan bersama selalu.Tambahan pulak pengantin baru.Cet!Aku juga yang gigit jari sendiri.Memang padan dengan muka aku.
Beberapa minit berlalu pesanan ku sampai juga.
Setelah membaca doa makan,aku terus menyuap nasi.Pandangan ku tebarkan ke peti televisyen yang sedang menayangkan drama melayu.Agak lucu juga ceritanya sehingga hati ku turut tercuit sama.
Baru setengah pinggan nasi ku habis mata ku tertangkap pada seraut wajah yang sudah lama tidak ku temui.Jantung ku berdebar bagai sedang berlari.
Yan!segala tingkah ku terhenti saat memandang seraut wajah ayu itu.Dia makin berseri-seri.Ah!mana tidaknya kan dia sedang berbadan dua.Bertuah sungguh Faizal kerana telah berjaya memiliki gadis sebaik Dian.Hati ku di datangi sebak.Terkilan kerana hajat ku tidak kesampaian.Kasih ku putus di tengah jalan.Segala gelagatnya ku perhati tanpa lepas.Nampaknya dia sedang membungkus makanan kerana seorang pelayan sedang sibuk memasukkan makanan ke dalam polesterine sambil di arahkan olehnya.Mungkin hendak makan bersama suaminya.
Seusai membayar harga makanan itu dia terus keluar.Entah apa yang merasuk aku tanpa sedar aku mengikut langkahnya.Sempat ku titipkan not biru ke arah seorang pelayan sebelum meninggalkan restoran itu.
Langkahku pegun di kaki lima restoran itu bila aku lihat dia sedang masuk ke dalam kereta my vi berwarna putih.Kereta dia ke?Sejak bila pulak dia pandai memandu?Ah!mungkin juga Faizal yang menghantar dia ke kelas memandu.Setahu aku Dian amat sukar untuk belajar memandu.Pernah juga dulu bila aku suruh dia mengambil lesen berbagai alasan di berinya.Sekarang ternyata Faizal sudah merubah dirinya menjadi seorang yang lebih berkeyakinan.Entah mengapa hati ku terasa bangga dengan perubahannya itu.Aku segera masuk ke dalam kereta bila lihat dia sudah mula keluar dari parkir.Aku ikut dia dengan jarak yang selamat,tak mahu dia sedar kehadiran ku.Sehingga akhirnya kereta Dian berhenti di depan sebuah bangunan.
Baru aku sedar di situ terdapat pejabat Faizal.Aduh...Rul!kenapa kau bodoh sangat Rul...!itukan pejabat Faizal kenapa kau ikut dia jugak?Kau sengaja nak sakitkan hati sendiri ke Rul?Bodoh!Nafas berat aku lepaskan sambil memerhatikan lenggok wanita itu ke dalam bangunan.
SUDAH CUKUP SUDAH
CUKUP SAMPAI DI SINI SAJA
DARIPADA BATIN TERSEKSA
BIAR KU PERGI SAJA...
Bait bait lagu yang berkumandang itu bagai sengaja menyindirku.Aku beristighfar panjang sambil meraup muka.Aku khilaf lagi.YA ALLAH!Bagaimana lagi aku harus melupuskan ingatan ini?Arrghh...cukuplah Rul,jangan berharap lagi.Kau kena kena kuat menghadapi semuanya ini.Akhirnya aku meneruskan pemanduan ke pejabat semula.Tak guna kalau aku terus melayan perasaan ini kerana semuanya hanya sia-sia.Bertabahlah duhai hati,segalanya akan pulih kembali.
Pagi minggu itu aku berjogging di tempat biasa.Setelah sejam berpusing di taman itu aku berhenti sebentar sambil membuat regangan badan.Bunyi telefon bimbit yang bergetar di dalam poket trek-suit aku membuatkan aku terhenti sebentar.Aku keluarkan telefon lalu melihat ke skrin.Nama Damia tertera di situ.Aku tekan butang hijau lalu ku tekap ke telinga.Salam yang di beri Damia ku jawab perlahan.
"Awak sibuk tak sekarang?"
"Emm...tak rasanya kenapa?"
"Saya nak jumpa awak."
"Nak buat apa?"
"Ada hal penting ni kita mesti jumpa."
Pelik betul perempuan ni baru hari tu dia kata nak putus sekarang kata nak jumpa,dah kenapa agaknya?
"Tak boleh tunda hari lain ke?"
"Tak boleh kita mesti jumpa sekarang."
"Oklah kita jumpa satu jam dari sekarang kat tempat biasa."aku putuskan di situ.Malas pula nak bersoal jawab dengan perempuan ni.Talian aku putuskan sebaik salam ku berikan.
Taman itu segera ku tinggalkan dengan pertanyaan.Entah apa yang penting Damia nak jumpa aku sangat ni?
Sampai di rumah aku lihat mama sedang leka menelek pokok bunga orkidnya.Itulah satu-satu hobi di masa lapang kalau dia tidak sibuk.Di halaman kami ni memang penuh dengan pokok itu saja sebab mama tak minat pokok bunga yang lain.Waktu aku sedang menanggalkan kasut mama menyapa ku.
"Cepat balik Rul."tegur mama tanpa memandang ke arah ku.
"A'ah,ma kejap lagi nak jumpa kawan."
"Baguslah tu bincang baik-baik."
Aku yang baru hendak melangkah masuk,terhenti seketika saat ayat itu menyapa cuping telinga ku.Berkerut kening ku.Kenapa mama cakap begitu ya?Ada agenda tersembunyi lagi ke mama ni?Ah!Malaslah nak fikir.Buat serabut kepala saja.Baik aku mandi dan bersiap untuk berjumpa Damia.
Sampai di kafe aku lihat Damia sudah sedia menanti.Wajahnya nampak agak muram.Dah kenapalah tu ya?Aku memberi salam sebaik sampai di depannya.Damia menjawab salam ku perlahan sambal mendongak sedikit wajahku.Aku menarik kerusi lalu duduk di depannya.Seorang pelayan menghampiri meja kami lantas bertanya pesanan ku.Aku segera meminta segelas jus epal bagi melepaskan dahaga.
"Ada apa sebenarnya ni yang awak ajak saya jumpa,macam tak sabar-sabar aje."
"Memang tak boleh nak sabar,awak tahu tak apa yang di rancang oleh ibu saya dan mama awak?"
Dahi ku berkerut dengan ayat yang terlontar dari bibir mungil itu.Anak mata Damia bagai hendak tersembur mencerlung ke arah ku.
"Apa maksud awak?"
"Mama awak tak kata apa-apa ke?"
"Ibu saya kata diorang nak kita bertunang."
"Ha!kenapa saya tak tahu pun?"
"Itulah saya pun baru tahu malam tadi.Diaorang nak kita bertunang hujung bulan ni."
"Ha!"bertambah melopong mulut ku saat itu.Tak tahu nak kata apa.
"Ha...ha...cakaplah sesuatu,saya dah bingung ni."jerkah Damia bernada geram.
Aduh,mama ni kenapalah buat aku begini pula?Sengaja nak perangkap aku dengan rancangannya.
"Awak...tolonglah cakap sesuatu,jangan termenung saja."sekali lagi Damia menyergah ku.
Walau pun nadanya terkawal namun jengilan matanya agak menyeramkan aku.Haish,perempuan ni dah lah mata tu bulat,bila buntang tambah menakutkan pulak.
"Nanti saya bincang dengan mama sayalah."
"Awak nak kata apa nanti?"
"Pandailah saya pujuk mama saya nanti."
"Mahu ke dia?"
"Saya akan buat dia sampai mahu."
Ceh,macam mampu.Aku sendiri pun tak tahu bagaimana nak berhadapan dengan mama nanti.
"Tapi awak pun kenalah pujuk ibu awak juga nanti."
"Memanglah tapi kami ni pihak perempuan,kalau pihak lelaki tak datang takkan jadinya majlis tu nanti."
"Ya tak ya juga kan?"
Kami terdiam seketika.Aku mula terfikir sesuatu.Tak sedih ke dia ni.Wajah ayu di depan ku ini aku pandang sekilas.
Pandai sungguh dia menyembunyikan perasaannya.Tapi aku yakin jauh di sudut hatinya tetap merasa sayu bila kasih yang cuba di gapai tidak kesampaian.
"Kita nak putus macam ni aje,ke?Awak yakin ke dengan keputusan yang awak buat hari tu?"tiba-tiba bibirku gatal bertanya.Damia melepaskan nafas berat.Dia memandang ku sekilas kemudian pandangannya di tundukkan.
"Saya tahu saya takkan ada tempat di hati awak."
"Apa maksud awak?"
"Awak pernah kecewakan sebelum ni?"
Tersentak aku dengan ayatnya itu.Mana dia tahu ni?Takkan mama dah bagitahu dia tentang kisah silam aku dengan Dian?
"Sebenarnya saya tahu kisah cinta awak yang terkandas tu.Tak patut dia tinggalkan awak untuk kahwin dengan lelaki lain."
Sah!memang tepat dugaan ku,memang mama telah membuat versinya sendiri tentang kisah cinta ku.Aduhai,mama kenapa begini yang terjadi?Sabar Rul,jangan mengikut perasaan.
"Tak apalah memang kami tiada jodoh pun nak buat macam mana lagi.Saya redha aje dengan apa yang berlaku."
"Ya redha,kita memang perlu redha dan awak pun masih tak mampu untuk melupakan dia,kan?"
Pandai sungguh gadis di depan ku ini menelah perasaan ku.
"Ya,saya mengaku saya tak mampu melupakan dia."
"Jadi tak salah saya nak tarik diri sekarang,kan?"
"Memang awak tak nak bagi kita peluang ke?"
"Kalau saya sorang yang berusaha tak guna pun.Awak janganlah pujuk saya lagi.Keputusan saya hari tu takkan berganjak lagi."
"Jadi kita nak cakap apa dengan orangtua kita?"
"Cakap saja kita dah putus tak serasi untuk bersama."
Mudah saja dia memberi alasan.Bagai tiada berperasaan pula aku tengok dia ni.Namun di sebalik kata-kata itu aku yakin dia sedang berperang dengan perasaan sedih dan kecewa.Entah mengapa timbul kesal di hati ini kerana telah mengecewakan gadis sebaik Damia Huda.
"Maafkan saya..."Meluncur perlahan ayat itu dari bibir ku.Damia memandang ku sekilas.
"Tak payahlah awak nak rasa bersalah pulak,semuanya ni dah takdir.Saya dah terima semuanya dengan hati yang terbuka.Memang dari awal lagi saya dah jangka antara kita takkan
mungkin boleh bersama.Tentang perasaan saya ni biarlah begitu saja.Saya yakin suatu hari nanti saya pasti akan jumpa seseorang yang sesuai dengan saya."
"Tapi awak tetap kecewa dengan saya,kan?"
"Bohonglah kalau saya kata tak tapi saya boleh terima semuanya."
Makin bertimpa-timpa rasa bersalah di hati ku.
"Entah apa yang tak kena dengan hati saya ni kenapa susah sangat saya nak terima awak."
"Sebab awak dah kunci hati awak untuk dia."
Nah!Itulah kenyataannya.Aku tanpa sedar sebenarnya telah meletakkan Dian di dalam hati terlalu dalam sehingga tiada ruang untuk sesiapa lagi yang mampu mengisi kekosongan di hati ini walau pun setelah kepergiannya.
YA ALLAH!Betapa aku khilaf lagi.Ampunilah aku!Perbualan antara aku dan Damia berakhir dengan kata sepakat yang kami tidak akan meneruskan agenda yang sedang di rancang oleh orangtua kami.
Dua hari selepas itu mama menyerang ku.Berdas-das kata-katanya menusuk ke lubuk hati.Papa pula tiada di rumah tika itu untuk menjadi pelindung aku.
Terpaksalah aku menadah telinga sehingga habis mama berceramah.Nasib kaulah Rul!Siapa suruh cari pasal.
"Kamu nak gadis yang macam mana lagi?Damia tu dah cukup semuanya sopan santun,baik budi pekerti,peramah pulak.Takkan kamu tak sedar semuanya tu?"
Aku teramat sedar semua tu.Memang tiada cacat celanya Damia tu tapi kalau hati ku tak mampu untuk jatuh cinta padanya jadi apa yang perlu aku lakukan lagi?
Maafkan Rul,ma hati Rul ni dah tak boleh nak terima orang lain lagi.Kata-kata itu hanya mampu aku lontarkan di dalam hati,bimbang andai kalau ku hamburkan bertambah menyebabkan perang besar antara kami.Mama pula tidak berkata apa lagi terus membawa diri masuk ke dalam rumah.
Tinggallah aku di taman itu sendiri.Berfikir tentang diri yang terlalu tegar dengan perasaan sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...