Sunday, June 14, 2015
AKU bab 2
Setelah seminggu berada di kampung,aku pulang semula ke rumah.Papa dan mama telah pulang lebih awal kerana jadual kerja yang padat.
Pagi itu aku memulakan kerja di syarikat papa.Rasa berdebar untuk memulakannya.Boleh ke aku menjadi sekuat papa?Mampukah aku menggantikan papa nanti?Ah,segalanya ada kali pertama kalau tidak kita takkan tahu tahap kemampuan diri kita.Aku harus belajar untuk menjadi seperti papa.Ketabahan papa akan aku jadikan panduan.Apabila waktu kerja hampir tamat,aku menjengah ke bilik papa.Tekun betul dia membuat kerja.
''Papa tak nak balik lagi ke?''soalku sambil melabuhkan punggung di depannya.
''Tak,papa banyak kerja ni.Kalau kamu nak balik,baliklah dulu.''
''Kalau papa nak Rul tunggu,Rul tunggu lagi kat sini.''
''Ish,tak payah.Papa tak pasti nak balik pukul berapa,kalau siap cepat cepatlah papa balik,nanti bagi tahu mama yang papa lambat sikit hari ni.''
''Betul ke ni?''soalku inginkan kepastian.
''Ya pergilah balik dulu,hari pertama ni tak payah kamu nak paksa diri sangat.''
''Terima kasih papa.''
''Sama-sama.''sahut papa.Aku mencapai tangan papa lalu mengucupnya.
Nasib baik papa sporting.Ah,dah terbayang-bayang tilam empuk ku dekat rumah.Malam ni rasanya aku akan tidur yang paling lena,maklumlah seharian menatap dokumen dan cuba memahami perjalanan syarikat papa.Pinggangku pun rasa nak patah ni.
Aku berjalan agak laju menuju ke arah kereta yang terparkir di depan bangunan ini.Setelah memasukkan anak kunci segera tangan ku menghidupkan enjin kereta.Kereta ku undur untuk keluar namun tiba-tiba aku bunyi dentuman mengejutkan dari belakang.
Aduh,bonet keretaku kena langgar.Apa sudah jadi ni?Aku meraup muka perlahan.Cuba menenangkan diri.Habislah aku papa mesti marah ni.Aku segera turun dan terpandang oleh mataku sebuah kereta viva sedang elok mencium bonet keretaku.
Aku mendekati kereta itu.Nampak pemandunya macam seorang perempuan.Saat itu juga pintu kereta viva itu terbuka perlahan.Terpempan aku bila melihat wajah itu.Dia!Haish,macam mana pulak dia boleh muncul di sini?Suratan atau kebetulan ni?
Dia tersengih dengan muka takut-takut.
''Maaf,saya tak sengaja tadi,tak perasan awak nak keluar.''Aku menghela nafas cuba menenangkan diri seketika.Geram pula rasa di hati.
''Nasib baik awak ni saya kenal kalau tidak...''
tersekat pula ayat yang keluar dari bibirku.Aku tenung dia yang masih dengan muka takut-takutnya itu.Kasihan pula aku melihatnya.Haish,perempuan ni pandai sangat buat muka kasihan.
''Awak nak buat macam mana ni?''soalnya sambil menggigit jari.
Aku cuba menyorok senyum.Tercuit hatiku melihat gelagatnya itu.Tahu pula dia takut dengan aku,muka aku ni nampak garang ke?
''Tak apalah sikit aje ni nanti saya betulkan mentol yang pecah ni.''ujarku.
''Err...saya minta maaf sekali lagi ya,saya betul-betul tak perasan awak nak undur kereta tadi.Apa kata saya bayar untuk kerosakan ni.''ujar Siti sambil cuba mengambil sesuatu di dalam keretanya.
''Err...awak...tak payahlah,saya tak kisah pun pasal ni,awak jangan bimbanglah.Lagi pun kan kita kawan,nak buat apa besarkan pasal benda ni.''ujarku cuba bertolak ansur.
''Ha,kita kawan ke?''
Aku angguk saja kepala.
''Kalau kita kawan kenapa awak tak call saya hari tu?''
kata-katanya itu tiba-tiba membuat aku terkedu.Cuma sengihan aku lemparkan untuknya sambil menggosok belakang tengkuk ku.
''Erk...awak tunggu call saya ya?''
''Mestilah...er...''dia menggigit jari tersedar kata-katanya yang terlanjur.
Aku cuma tersenyum nipis.Berani betul dia ni.Tak macam Dian.Erk...dah kenapa aku nak samakan mereka berdua pula.Serba salah hati ku.Mataku menjeling ke arahnya sekilas.Akhirnya kami berbincang seketika dan sepakat untuk tidak memanjangkan perkara itu.
Aku terus memandu pulang setelah Siti Aisyah menghilang bersama keretanya.Tentang kerosakan kereta aku tu biarlah dulu,hari cuti nanti aku betulkan.Bila aku perhatikan semula cuma cover pada mentol yang pecah jadi aku tak perlu risau sangat.
Malam ini terasa sepi sekali.Langit gelap tiada berbintang.
Aku lepaskan lelah dengan menggeliat perlahan.Seperti selalu bila sepi begini fikiran mulalah melayan perasaan.Sampai bila aku harus begini?Mengapa terlalu sukar hendak melupakan?Mengapa terlalu payah hendak di buang satu nama itu?Mengapa ingatan sering mendera perasaan.Tidak ada ruang di dalam fikiran yang tidak menyebut namanya.
Tiba-tiba teringatkan kejadian petang tadi.Siti Aisyah!Agak berani juga orangnya.Tercuit hatiku melihat telatahnya.
Bolehkah agaknya kami berkawan?Cukupkah kalau kami sekadar berkawan?Bimbang juga kalau di dalam hati nanti timbul pula perasaan yang lain.Kalau bukan aku mungkin dia.Tidak bimbangkah dia kalau aku bakal mengecewakan dia nanti?Dari raut wajahnya aku yakin ada sesuatu yang tersembunyi jauh di sudut hatinya.Tambahan hati aku ini belum mampu untuk melupakan kisah itu.
Tapi rasanya kalau sekadar berkawan takkan menjadi salahnya untuk kami,kan?Monolog hati ku lagi.Hai la hati,kau serba salah lagi.Jangan banyak berfikir lagi wahai Fakhrul.
Pagi itu selepas bersarapan bersama papa dan mama aku bergerak ke pejabat.Kesibukan meneliti dokumen syarikat membuat aku lupa hendak mengisi perut.Mujur juga papa yang mengingatkan.Aku mengikut papa makan di tempat kegemarannya.Restoran mamak!Ha ambik kau,kalau mama tahu kami makan di sini mahunya dia berleter tiga hari tiga malam dengan kami.
Aku tahu kegemaran papa yang satu ini,kari kepala ikan.Memang takkan tinggal lauk kegemarannya ini.Kalau di rumah pun pembantu rumah kami Mak Lijah selalu memasak kari kepala ikan bila papa meminta.
Kalau ada mama pasti tempat ini takkan di jejaki papa kerana mama tidak suka ke mari.Malu katanya.Alahai mama ku,begini agaknya kalau lahir dari keluarga berada.Tapi aku yakin bukan semua perempuan macam mamaku.Ramai lagi perempuan yang tak malu untuk makan di tempat begini.Kadang kala aku pun hairan bagaimana papa boleh bersabar dengan perangai mama dan bilakah mama akan berubah sikap agaknya?Moga suatu hari mama akan menjadi mama yang terbaik.Itulah doa ku setiap hari.
Perbualan kami begitu rancak berkisar tentang perjalanan syarikat.Tiba-tiba papa bertanyakan aku tentang keadaan keretaku yang kemek di bahagian belakang.Aku berterus- terang saja tentang kejadian petang semalam.Mujur papa tidak marah.Aku berjanji dengan papa untuk membawa kereta itu ke bengkel waktu cuti nanti.
Bila memikirkan tentang kejadian itu,membuatkan ingatanku kembali kepadanya dia.Gadis manis yang mula mendapat perhatianku.Bagaimanakah tanggapannya pada diriku?mampukah aku untuk menjadi kawannya?Ah,biarlah masa saja yang menentukan segala.Aku dan papa menyudahkan makan tengahari kami dengan segera kerana papa ada temujanji selepas Zohor nanti.Papa mengajak aku mengikutnya.Aku setuju saja demi untuk menimba pengalaman baru.Bila lagi aku akan belajar segalanya tentang syarikat kalau bukan sekarang?Suatu masa nanti aku juga yang akan menggantikan papa.
Petang itu kami selesai bermesyuarat agak lewat.Papa mengajak aku bersolat maghrib di masjid berdekatan.Usai solat kami bergerak pulang.Waktu sampai di rumah aku lihat mama sedang menonton televisyen.Aku segera menyalam mama dan mengucup tangannya seperti selalu.Papa pula sudah masuk ke bilik.
''Kamu ikut papa,ke?''
''A'ah ma.''
''Patut mama call tak dapat.''
''Bila?Rul tak dengar pun bunyi telefon.''
''Naik lenguh mama mendail kamu boleh kata tak dengar.''
Aku seluk poket seluar kemudian aku tepuk dahi sendiri.
''Maaf ma,tadi Rul silent kan telefon ni.''
Mama menjeling diriku dengan ekor matanya.Aku segera meminta diri untuk naik ke bilik.Usai mengerjakan solat Isyak,terdengar ketukan di pintu bilikku.Aku segera membuka pintu.Terjengul wajah mama di situ.
''Mama!buat apa kat sini?''tanyaku keliru.
''Saja nak tengok bilik anak mama ni bersepah ke tidak.''selamba mama berkata sambil matanya meliar ke sekeliling bilik aku.
Aku gelengkan kepala.Satu lagi perangai mama.Cerewet!Kalau cerita pasal kebersihan bagilah kat mama.Dia cukup tidak suka kalau rumah bersepah apatah lagi bilik aku.Dari kecil aku telah di didik untuk menjaga kebersihan bilik sendiri.Tapi aku tak rasa kedatangan mama ini ada kena mengena dengan keadaan bilik aku.Mesti ada agenda yang lain.Aku bersandar di tepi pintu sambil memeluk tubuh.
''Mama ni saja nak tengok bilik Rul atau ada hal lain?''
Mama tersengih bila aku kata begitu.Punggungnya di labuhkan ke katil ku.
''Kamu sibuk tak esok?''
''Kan esok Rul kerja.''
''Ala minta cuti satu hari dengan papa takkan tak boleh?''
''Ada hal apa sebenarnya ni?''
''Sebenarnya mama nak minta Rul jemput seseorang kat KLIA esok.''
''Siapa?''tanya ku pendek.
''Anak aunty Khaty baru balik dari US.''ujar mama bersama senyuman.
Ha kan dah kata mama ada agenda tersembunyi.Mesti dia nak rapatkan aku dengan anak aunty Khaty tu.Aduhai mama...sekali lagi dia buat aku begini.Hal yang hari tu pun aku tak ikut,sekarang dia buat hal lagi.Sengaja nak cari jodoh untuk aku.
''Tak ada orang ke yang boleh ambik dia?''
''Pasal tak adalah mama nak minta tolong kamu.''
''Bila nak ambik?''
''Dalam pukul sebelas esok dia sampai.''
Aku melepaskan nafas berat sambil meraup muka perlahan.
''Mama tanyalah papa dulu kalau Rul boleh dapat pelepasan.''penyudahnya itu yang mampu aku kata kan.
Malas nak panjangkan cerita.
''Yalah nanti mama tanya papa.''ujar mama seraya bangkit ingin keluar.
Setelah mama keluar aku rebahkan badan ke tilam.
Mama...mama...hai sampai bila dia akan perlakukan aku macam anak kecil?Semua nak kena ikut cakap dia.Sampai jodoh aku pun dia nak aturkan.Bagaimana harus aku hentikan segala perbuatan mama ini?Aku tidak mahu di katakan anak derhaka kalau terlalu membangkang cakapnya tapi dalam masa yang sama aku tidak mahu mengikut saja kata-katanya.Aku pun ada kehidupan aku sendiri.Sudahlah jodoh ku yang lepas tu pergi begitu saja.Kadang kala ada juga aku terfikir yang semua kejadian antara aku dan Dian adalah angkara mama namun sebelah hatiku cuba menidakkannya.
Teringat aku suatu waktu dulu,Dian pernah menasihatiku agar jangan sesekali membangkang kata-kata orangtua kita.Biarlah kita beralah tapi jangan sesekali kita sakiti hati mereka.Dulu dialah yang sering menasihati diriku.Waktu itu aku baru berpindah ke kampung dan tinggal dengan nenek.Masih lagi menjadi budak nakal.Lama juga nasihat itu hendak masuk ke dalam mindaku.
Ah,lagi-lagi Dian.Memang nama itu tidak mampu aku hapuskan sampai bila-bila pun.
Seorang gadis yang lemah lembut dan ayu.Yang sentiasa menjaga tingkah laku.Cuma aku saja yang sering menjadi budak yang suka mengganggu dia.Bukan apa,semua itu aku lakukan kerana hati telah terpikat dengannya.Betapa rindunya aku dengan suaranya...
Ah!aku khilaf lagi.Wajah ku raup perlahan.Bibirku beristighfar panjang.Aku lalai lagi,YA ALLAH!!
Pagi itu aku buat perangai tidak mahu mengikut kehendak mama.Biarlah anak kawan dia tu balik naik teksi saja.Bukan tak ada teksi kat KLIA tu.Petang itu sebaik balik dari kerja aku di jerkah mama.Bukan main berang dia denganku.Nasib aku baik kerana papa menyokong ku.Papa mengatakan yang aku harus hadiri mesyuarat penting di pejabat klien syarikat.Mama tidak terkata apa bila papa sudah masuk campur.Bengang betul muka dia.Kasihan pula aku melihatnya.Kalaulah aku mampu membuatkan mama memahami kehendak anak bujangnya ini.Aku mendekati mama yang sedang berehat di luar rumah setelah kami menikmati makan malam tadi.
''Ma,maafkan Rul ya pasal siang tadi,bukan Rul tak mahu mengikut kehendak mama tapi Rul faham tujuan mama tu.Rul tak nak soal jodoh Rul pun mama yang tentu kan,biarlah Rul yang cari jodoh sendiri.''
Mama memandang aku sekilas kemudian pandangannya tertebar ke arah jalanraya semula.
''Rul tu kan anak mama sorang saja,kenapa Rul tak nak faham tujuan mama ni?Mama buat semuanya untuk Rul juga.Takkan Rul masih nak ingat dekat perempuan yang sudah curang tu?''
''Yan tak curang,ma!''pantas aku menepis kata-kata mama.Sedikit meninggi suaraku.
''Kalau tak curang macam mana dia boleh kahwin dengan anak kawan mama tu?selama ni dia cuma gunakan Rul untuk kepentingan dia sendiri.''
''Kalau mama tahu dia akan kahwin dengan anak kawan mama tu kenapa dari awal lagi mama tak beritahu Rul?''
''Erk...''terkedu mama seketika.
''Mama tahu pun dah terlewat,kawan mama tu terlupa nak hantar kad awal-awal,lagi pun kami bukan rapat sangat dalam persatuan.''ujarnya cuba memberi alasan.Kenapa aku rasa alasan tu macam tak lojik saja?
''Kalau mama dah tahu,kenapa mama masih nak ajak Rul ke sana?mama memang nak sakitkan hati Rul,kan?''
terasa ada sebak dalam nada suaraku itu.Hatiku terasa sakit kembali.Keluhan berat aku lepaskan.
''Mama cuma nak Rul sedar tentang kecurangannya.''ujar mama dengan suara seolah ingin memujuk hati ku.
''Dian tak curang,ma!''sekali lagi kau tegaskan.
Mama masih tetap dengan pendiriannya namun aku masih tidak mahu menerima hakikat itu.Tak sanggup rasanya untuk aku menerima kenyataan itu.Selama aku mengenali Dian,dia bukan seseorang yang suka menerima bantuan,walau pun hidupnya tidak sesenang orang lain.
Dian lebih rela menanggung kesusahan sendiri sehingga membuatkan aku membantunya secara diam-diam kerana pastinya dia akan menolak setiap bantuan yang cuba aku hulurkan.Hanya melalui arwah ibunya aku salurkan bantuan bila mereka perlukan.Mujur saja waktu itu ibunya mahu juga menerima bantuanku.Kalau tidak aku pun tidak sanggup menyaksikan kesusahan yang di alami mereka.
''Suka hati kamulah,bela sangatlah budak tak guna tu,huh!''ujar mama dengan keluhan keras.
''Ma!maafkan Rul,Rul bukan sangaja nak tinggi suara pada mama.''
Tangan mama aku capai lantas menyalaminya.Mama hanya diam lantas berlalu dari situ.Wajah aku raup perlahan untuk meredakan perasaan sendiri.Kalaulah aku tidak mengenali Dian tentu perasaan ini tidak jadi begini.Tapi takdir penentu segala.Kerana Dian aku telah berubah menjadi anak yang mendengar kata dan kerana Dian juga aku telah berjaya di dalam pelajaran.Dialah pendorong untuk aku berjaya sekarang.
Aku naik ke bilik setelah beberapa ketika di situ.Tiada gunanya aku mengenang perkara yang telah lalu.Aku telah berjanji untuk melupakan segala jadi biarlah ia begitu.Aku cuba melelapkan mata namun terlalu sukar untuk aku melupakan kejadian sebentar tadi.Aku bangun lantas mengambil sesuatu di dalam laci meja tulis.Sebuah album gambar aku keluarkan.Tersenyum aku sendiri bila melihat gambar-gambar lama sewaktu di bangku sekolah menengah dulu.Tiba pada sekeping gambar,hati ku terasa di sayat sembilu.Rindunya aku pada wajah itu.Wajah yang telah bersemadi di lubuk jiwaku sejak sekian lama.Bagaimana lagi aku dapat melupakannya andai hati ku sendiri tidak mahu lakukan begitu.Mana mungkin aku melupainya.YA ALLAH!KAU ambillah perasaan ini,KAU hapuskanlah ingatan ini.Aku terlalu sukar melupainya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...
No comments:
Post a Comment