Sunday, July 12, 2015

AKU bab 3




Pagi ini aku akan menghadiri satu mesyuarat penting.Kata papa ada satu syarikat yang akan bekerjasama dengan syarikat kami untuk satu projek kami yang baru.
Sewaktu kaki ku melangkah ke bilik mesyuarat,aku tergamam.Wajah lelaki yang sedang bersalam dengan papa menyapa ingatanku kepada dia lagi.Mengapa pula dia ada di sini?Mungkinkah?Rasanya apa yang sedang ku fikirkan di dalam benak ini memang benar kerana aku lihat di dalam bilik ini cuma ada kami dan dua orang pembantunya.Papa segera memperkenalkan kami.Riak wajahnya selamba saja bagai tiada apa-apa.Macam orang tiada perasaan pula dia ni.Hatiku jadi kurang senang dengan kehadirannya tapi aku cuba mengawal diri dari di sedari oleh papa.Takkan pula kami hendak bergaduh di sini.Tentu di kata tidak professional nanti.
Mengapa aku rasakan ada aura jahat yang sedang mengganggu perasaan aku saat ini?Melihat senyuman yang terpamer pada wajah yang agak kacak itu bagai mengganggu ketenanganku.
Mungkinkah kerana kekacakannya itu membuatkan Dian beralih arah dari ku?Mungkinkah dengan keramahan yang terlahir dari bibir lelaki ini yang membuatkan Dian melupakan perasaannya padaku?Aku betul-betul terasa bengang saat ini.Terasa bagai hendak ku hadiahkan penumbuk saja pada muka yang kacak itu.
''Rul!kamu ni kenapa?lain macam aje papa tengok.''sergahan papa mengejutkan aku.
Hampir saja aku hilang pertimbangan tadi.
YA ALLAH!Apa yang aku buat ni?mengapa aku melayan sangat perasaan ni?Fakhrul,kau kena bangun,jangan lupa diri,jangan hanyut dengan perasaan sendiri.Aku mengelengkan kepala tanda menjawab pertanyaannya tadi.Lelaki itu sedang memandang aku dengan satu pandangan yang aku sendiri tidak pasti.Tiada segaris senyuman pada wajah itu.
Mesyuarat itu di teruskan tanpa berlengah lagi.Segala pelan perancangan yang telah kami rancangkan menjadi paparan di skrin putih di depan kami.Sesekali aku menjeling Faizal yang duduk di depan ku.Dia begitu menumpukan perhatian kepada penerangan papa.
Akhirnya kami sepakat untuk meneruskan kerjasama dengan syarikat Suria.Faizal sebagai pengurus operasi kanan syarikat itu nampak begitu gembira saat ini.
Aku mendekati lalu bersalam dengannya.Hanya satu senyuman mampu ku hulurkan.Selesai menandatangani kontrak kerjasama,papa mengajak mereka menjamu selera.Hanya satu jamuan ringkas syarikat kami sediakan.
Sewaktu aku sedang menjamah puding karamel,satu suara menyapa ku.
''Ehem...boleh duduk kat sini tak?''aku mendongak memandang wajah itu.
Faizal!Kepala ku anggukkan saja tanda mengiakan permintaannya.Sempat mataku meliar mencari kelibat papa.Mujur kedudukan papa agak jauh dari kami.Ada rasa yang kurang menyenangkan yang terbit dari hatiku ini.Kenapa dia menyapa ku?
''Kau ok ke?''sapanya pendek.
Kenapa mulut dia ni ramah sangat?Tak tahu ke aku memang tak suka dengan dia.Mustahil kan kalau aku suka dia,orang yang telah merampas kekasih hati ku?Aku menjeling dia sekilas kemudian meneruskan suapan.
''Maafkan aku!''
saat itu juga suapan ku terhenti.Aku pandang saja puding yang hampir tinggal separuh di dalam piring itu dengan pandangan yang kosong.Dia meminta maaf?Ha...baru sekarang dia nak minta maaf?Aku fikir dia tak tahu nak ucap perkataan itu.
''Kau tak ada apa-apa nak cakap?kalau kau nak marah aku pun aku terima.''
Aku lepaskan nafas berat.Wajahnya ku pandang tajam.
''Kau nak aku cakap apa lagi,kau dah dapat dia,kan?dia dah jadi milik kau,apa lagi yang kau tak puas hati?kau memang sengaja nak sakitkan hati aku, kan?Perampas!''
Akhirnya aku lepaskan jua apa yang dia mahu dengar.Mujur saja aku masih mampu mengawal nada suaraku.Faizal kelihatan menunduk.Tangannya menguis-nguis bihun di dalam piring.
''Kalau kau fikir aku ni perampas,aku betul-betul minta maaf,bukan niat aku untuk merampas dia dari kau tapi aku cuma ingin membela nasib dia yang tiada siapa ambil kisah.Selain tu aku mengaku aku memang sayangkan dia saat kali pertama aku jumpa dia.Itulah kali pertama aku jatuh cinta.''pengakuan berani dia menghancur leburkan lagi hati aku yang memang sudah pedih terluka.
''Siapa kata tiada orang yang ambil berat pasal dia?aku ni siapa?senang-senang kau cakap macam tu?''marah ku padanya.
Suara masih ku kawal agar mereka yang di dalam bilik ini tidak mendengar perbualan kami yang agak tegang ini.
''Ok,aku tahu kau kisah cuma dalam hal ni kau tak cukup prihatin dengan masalah dia.''
Aku naik berang bila dia berkata begitu.
''Apa hak kau cakap aku macam tu?kau kenal ke aku?''bengang aku bila di tuduh begitu tambahan oleh lelaki yang telah merampas Dian dari ku.
''Memang aku tak kenal kau tapi kau tak cukup ambil kisah kenapa dia lakukan begitu pada kau.''
''Dia yang curang!''tegasku bersungguh.
''Dia tak curang tapi dia terpaksa.''ujar Faizal menegaskan kata-katanya.Ada suatu maksud tersirat pada kata-katanya itu.
''Apa maksud kau?''
''Aku tahu sebenarnya aku tak payah nak ambil kisah tentang korang berdua lagi sebab Dian sudah menjadi isteri aku.Tambahan kita akan menjalankan kerjasama tidak lama lagi,aku rasa baik aku terus-terang pada kau.Hati aku tak senang tengok kau macam ni,muram aje.Lagi pun aku kasihan dengan kau.''berkerut kening ku mendengar bicara yang keluar dari mulut dia.
''Apa sebenarnya maksud kau ni?''aku bertanya lagi dengan rasa tidak sabar.
''Aku harap kau tenang dan jangan marah dengan mama kau.Aku bukan nak memburukkan mama kau tapi niat aku cuma nak membetulkan keadaan.''
''Mama aku?apa kena mengena dengan dia pulak?''soal aku tidak sabar.
''Sebenarnya dialah penyebab Dian meninggalkan kau.Dia yang meminta Dian menjauhi kau sebab dia tak mahu bermenantukan seorang anak yatim seperti Dian.''
Memang benarlah dugaan aku selama ni,mamalah penyebabnya aku dan Dian terpisah.
YA ALLAH!dugaan apakah ini?mengapa harus mama yang membuatkan hidup ku kucar-kacir?Selama ni aku cuba menjadi anak yang terbaik buat mama tapi mengapa mama juga yang membuatkan hati ku punah?
''Fakhrul,aku harap kau jangan marah pada mama kau.Dia buat semua ni sebab dia sayangkan kau dan dia nak yang terbaik buat kau.Tak ada seorang ibu yang sanggup melihat hidup anaknya musnah.Kau kena bersabar dan jangan menyalahkan dia seratus-peratus.''tambah Faizal lagi dengan panjang lebar.
Aku tersenyum sinis.
''Kau cakap macam kau kenal mama aku?''
''Memang aku tak kenal dia tapi aku faham tujuan dia memisahkan korang berdua.Kau anggap sajalah antara korang berdua bukan di takdirkan untuk hidup bersama.Aku harap kau lepaskanlah perasaan kau yang masih ada untuk dia.Mungkin di luar sana tu kau akan ketemu jodoh yang lebih baik lagi.Untuk pengetahuan kau isteri aku sudah berbadan dua sekarang jadi aku tak mahu kalau apa-apa yang terjadi pada dirinya.Aku sayangkan dia dan aku tak sanggup kehilangannya.''
Begitu panjang lebar dia berbicara sehingga mengguris kembali luka di dalam hati ini.
Betapa hancur luluhnya perasaan aku saat ini.Tidak sanggup aku berlama di situ.Aku angkat kaki lalu beredar dari situ.Aku sudah tidak mampu berfikir apa-apa lagi.Kaki melangkah menuju ke pejabatku lalu aku mencapai kunci kereta lantas aku terus keluar dari situ.Aku menghidupkan enjin kereta dan memandu ke jalan besar.Ke mana arah aku ingin tuju sekarang pun aku tidak tahu.Kosong fikiran ku sekarang.Sakit hati dengan kenyataan yang baru ku dengar tadi.Mengapa mama yang mesti menjadi halangan aku?Mengapa mama yang harus menyakiti hatiku ini?Tidakkah dia sedar yang anaknya ini begitu menderita sejak kehilangan Dian?Tidakkah dia tahu yang aku hanya perlukan Dian di dalam hidup ku?Aku tidak mahu yang lain hanya Dian saja!Kereta ku hentikan di sebuah taman.Aku melangkah keluar lantas duduk di sebuah bangku batu.Cuba melepaskan rasa yang menghimpit pemikiran ku saat ini.
Kau buta selama ni Rul!kau buta menilai perasaan kau sendiri.Selama ni kau tidak prihatin dengan perasaan Dian.Yang cuma kau tahu ialah menyayanginya tapi sengsara dia,kau tak pernah kisah.Kau tak tahu sakit yang di tanggungnya akibat cemuhan dari mama kau sendiri.Dia gadis yang berhati lembut,jadi dia mudah di gertak.Dia sebatang kara di dunia ni Rul,sepatutnya kau bela nasib dia tapi kau menyalahkan dia.Hati ku berbolak-balik,terus terusan menyalahkan diri sendiri.Tapi semua itu sudah tidak berguna lagi.
Yan!maafkan aku,kalaulah aku mampu membetulkan segalanya.   

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...