Friday, February 6, 2015

SESUCI CINTA DIAN 34




Pagi itu Dian sibuk menyiapkan laporan bulanan syarikat.Sedang dia leka dengan tugasnya itu,seorang perempuan datang menyapa.
''Assalammualaikum...selamat pagi!''ucap wanita itu.
Dian mengangkat kepala sambil menjawab salam itu.
''Waalaikummussalam...ya ada apa?''Balas Dian perlahan.Berdiri di depannya itu seorang perempuan yang agak anggun penampilannya.Perempuan itu tersenyum mesra kepada Dian.
''Emm...boleh saya berjumpa Faizal?''Tanya perempuan itu.
Berkerut kening Dian tika itu.Untuk apa pulak perempuan ni nak jumpa laki aku?Dian memandang ke meja Maria,setiausaha Faizal.Tak ada?mana pulak perginya Maria ni?
''Err...ada hal apa ya Cik nak jumpa Encik Faizal?''
''Saya kawan lama dia,ada hal sikit nak bincang dengan dia.''ujar perempuan itu.Dian memandang ke arah bilik suaminya.Faizal kelihatan sedang khusyuk melakukan kerjanya. 
''Emm...Cik masuklah tapi jangan lupa ketuk pintu dulu.''
''Oo...ok...terima kasih ya.''
Perempuan itu berpusing dan menuju ke bilik yang di tunjukkan Dian.Saat matanya melihat Faizal menerima kunjungan perempuan itu dengan wajah gembira,terdetik sesuatu di hati Dian.Betul ke kawan lama saja?bukan mak we lama ke?
Amboi bukan main gelak lagi kat dalam tu.Terasa bengang Dian mendengarnya.Apa agaknya yang di gelakkan sampai ketawa macam tu sekali?Hai cik hati...bersabarlah jangan mudah berprasangka.Mereka kan kawan lama,tentu ada yang menggelikan hati tu kalau tak takkan diorang gelak macam tu sekali.Ah,sudahlah jangan nak fikir lagi.Dian meneruskan tugas yang tergendala tadi.Fikirannya cuba melenyapkan perasaan yang bukan-bukan.
Hampir satu jam berada di dalam pejabat Faizal,perempuan itu keluar juga akhirnya.Dian hanya memandang kelibat perempuan itu sehingga hilang di balik pintu pejabat.Matanya tersorot kembali ke bilik Faizal.Suaminya itu sedang tekun dengan tugasnya.Kenapa dia tak kenalkan aku dengan kawan dia tu?Malu ke atau nak sembunyi sesuatu?Jari-jemari Dian mengetuk meja.Fikirannya berbolak-balik tika itu.
Aduh!perut ni laparlah pulak.Dian bangkit setelah mengambil dompet di dalam tas tangannya.Nasib baik sudah masuk waktu rehat.Dian keluar menonong tanpa memberitahu suaminya.Hatinya yang bengang membuatkan dia lupa rutin harian mereka.Selalunya mereka akan keluar makan bersama kalau Faizal tiada tugas di luar.
Restoran berdekatan di singgah lantas segera membuat pesanan kepada pelayan di situ.Dian segera menjamu selera setelah pesanannya tadi sampai.Setelah selesai makan dan membuat pembayaran di kaunter,Dian segera berjalan menuju ke pejabat.Surau di tuju untuk bersolat fardhu zohor.Dian berdoa panjang.Meminta di berikan kekuatan dan ketenangan jiwa.Mungkin ini satu dugaan dari ALLAH S.W.T untuk sebuah kasih sayang yang baru terbina.Usai bersolat Dian keluar dari surau.Sewaktu sedang menyarung kasut,suara suaminya menyapa dari belakang.
''La...kat sini ayang rupanya,puas abang cari.''
''Kenapa?''soal Dian kepada Faizal.
''Ayang dah makan ke?''Tanya Faizal.Dian mengangguk perlahan.
''Kenapa tak panggil abang?''Dian tertunduk dengan rasa bersalah.
''Maaf,yan lapar sangat tadi,yan tengok abang sibuk sangat tu sebab yan tak panggil abang.''
Faizal tersenyum nipis.Ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik wajah Dian.Faizal sedar itu.Mungkinkah kehadiran kawan lamanya tadi yang membuat wajah isterinya itu keruh semacam?Ah,aku takkan berterus-terang sekarang nanti apa yang aku rancang takkan menjadi pulak.
''Ayang ada nak cakap apa-apa dengan abang ke?''Tanya Faizal menduga.Dian menggeleng kepala.
''Tak apalah abang nak solat,ayang pergilah buat kerja dulu.''
''Abang dah makan ke?''Tanya Dian.
''Ingat tadi tak nak tanya,ayang tak ada macam mana nak makan tak selera.''Faizal sengaja berkata begitu untuk melihat reaksi si isteri.
Dian di himpit perasaan bersalah.Bersalah kerana mengabaikan suaminya.Dian turun semula ke restoran berdekatan untuk membeli makanan buat Faizal.Selesai membeli Dian membawa bungkusan itu ke bilik suaminya.Faizal sedang menelek dokumen ketika Dian masuk.
''Nah,abang makanlah,yan belikan khas untuk abang.''
Dian sengaja menekan perkataan khas itu untuk memujuk.Faizal tersenyum senang hati.
''Sayang jugak ayang kat abang ya?''Dian terasa senang hati bila suaminya berkata begitu.
''Kalau tak sayang abang yan nak sayang siapa lagi?''gurau Dian.
''Jom teman abang makan.''Faizal menarik tangan Dian lalu melangkah ke sofa yang berada di biliknya itu.
''Kejap yan ambil air,abang nak air kosong ke air manis?''
''Air kosong aje la yang.''balas Faizal perlahan.Dian meninggalkan suaminya lalu ke luar ke pantri.
Setelah menemankan suaminya makan Dian kembali ke mejanya semula.Mujur suaminya tidak bertanya lanjut tentang perangainya.Kalau tidak entah apalah alasan yang akan di berinya.
Malam itu terlalu sukar untuk Dian melelapkan mata.Suami di sebelah di kerling sekilas.Nyenyak betul tidur sampai kita kat sebelah ni yang tak boleh lelap pun dia tak sedar.Di fikiran Dian masih terngiang-ngiang suara ketawa antara suaminya dengan wanita itu.Kenapa dia tak cakap apa-apa pun tentang perempuan tu?Nak kata diorang bercakap pasal kerja tentu aku tahu pasal tu.
Dian bangun perlahan menuju ke balkoni bilik.Pandangan di hala ke langit yang gelap.Tiada sebutir bintang pun yang berkerlipan malam ini.Sepi sekali.Resah yang hadir sejak siang tadi masih tidak mampu di hindar lagi.Perut yang masih kempis diusap perlahan.
Sayang...kita doa banyak-banyak moga tiada apa-apa yang berlaku ya?Moga kasih ibu dan ayah berpanjangan sampai syurga ya?Hanya kepada ayah sajalah tempat ibu bergantung hidup,ibu dah tak ada sesiapa lagi kat dunia ni.Sayang...kita kena cekal,tau.Hati Dian berbicara sendiri.Cuba untuk memujuk perasaan sendiri agar keresahan ini sudi juga berlalu pergi.
Ingatan Dian kembali mengingati arwah ibunya.Dulu bila ada ibu,kalau aku bersedih ibu akan datang memujuk dan menggembirakanku tapi kini semua itu takkan dapat di kecapi lagi.Aku harus memujuk hati sendiri kalau aku berduka.
Ibu...kalaulah ibu ada sekarang.Tanpa sedar ada air jernih yang mula bertakung di juring matanya.Di seka perlahan air itu.Rasa rindu kepada arwah ibu kian menyentap fikiran.Sudah lama aku tak ziarah kubur ibu.Mahukah dia kalau aku ajak pulang ke kampung?Dia asyik sibuk dengan kerja saja.Tak mungkin dia akan ada masa untuk di luangkan bersamaku.
Dian masuk semula ke dalam bilik.Pintu gelongsor di tutup perlahan.Kakinya mendekati si suami yang sedang nyenyak tidur.Wajah itu di usap perlahan.Abang,siapa perempuan tu sebenarnya?tolong jangan kata yang abang dan dia ada sesuatu,yan tak sanggup mendengarnya.Sebak mulai mengusai hati.Dian kembali berbaring.Pandangannya terarah ke siling.Inikah balasan atas perbuatan aku kepada dia?Apakah ALLAH sedang membalas kerana aku pernah mengecewakan sekeping hati?YA ALLAL!sesungguhnya tiada niat di hatiku untuk meluka perasaan dia.Tanpa dapat di tahan airmata membasahi ke pipi.Dian cuba menahan esakan namun tiada gunanya kerana suaminya telah tersedar dengan perbuatannya.
''Ayang...kenapa ni?''terpisat-pisat Faizal menggosok matanya yang masih kelat tika itu.Dia bangun menyandar ke kepala katil.
''Err...tak ada apa-apa.''Dian cuba mengelak soalan Faizal.Dia ikut duduk di sisi suaminya itu.
''Maaf,buat abang terkejut saja.''
''Pasal apa menangis ni?ayang tak sihat ke?''soal Faizal sambil mengusap wajah kesayangannya itu.
''Yan tak boleh tidur,yan teringatkan arwah ibu.Dah lama yan tak ziarah kubur ibu.''ujar Dian cuba mengelak dari suaminya dapat menghidu kegusaran hatinya.
''Ayang nak balik kampung ke?''Tanya Faizal perlahan.
''Entahlah...''keluh Dian serba salah.
''Kalau dalam masa terdekat ni abang tak dapatlah nak bawak ayang balik sebab abang ada projek baru yang nak kena uruskan tapi kalau ayang boleh sabar sikit lepas habis projek nanti kita balik,ya?''
''Terima kasih,yan tak kisah bila-bila pun boleh,tak perlulah abang nak tergesa-gesa sangat.''Faizal tersenyum lantas menarik Dian ke dalam pelukannya.
''Kasihan isteri abang ni,dah la mengandung hati tu pulak sedih sangat,boleh tak kalau jangan melayan sangat perasaan tu,kalau rindu sedekahkan Yasin atau Al-fatihah,kan itu lebih afdhal.''
''Yan dah buat semua tu,hari-hari yan sedekahkan Al-fatihah untuk diorang.''
''Yalah...yalah...isteri abang ni memang anak yang baik,lepas ni pulak nak jadi ibu yang terbaik,ayang dah sedia ke?''
''Tengah bersedialah ni.''jawab Dian perlahan.
''Bagus,kita sama-samalah bersedia mulai sekarang ya,abang harap anak kita nanti akan jadi anak yang soleh atau pun solehah.''
Dian merebahkan kepala ke dada suaminya dan cuba melelapkan mata.Faizal mengusap perlahan kepala isterinya bagi mententeramkan perasaan bakal ibu itu.Dian cuba melupuskan kejadian siang tadi.Tidak mahu terlalu memikirkannya.Moga apa yang di sangkanya tidak akan menjadi kenyataan.  

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...