Sunday, December 29, 2013
SESUCI CINTA DIAN 16
Pagi itu Dian bangun untuk mandi dan bersolat subuh.Selesai bersolat Dian mengambil surah yassin lantas membacanya.Selesai membaca,Dian termenung seketika.Dah lama aku tak balik kampung.Hati sudah mula terkenangkan arwah ibu yang telah pergi menemui ILAHI.
Ibu!Dian rindu dengan ibu.Aku nak balik kampunglah.Dah lama sangat rumah tu di tinggalkan.Dian bangun dan menyidai telekung serta sejadah yang di pakainya.Dia berjalan menuju ke dapur.Lina berada di situ sedang menyediakan sarapan pagi.
''Lina,aku rasa nak balik kampung la.''
''Kenapa?Kau rindu kampung ke?''Dian angguk.
''Kalau macam tu kita balik hujung minggu ni la.''
''Betul ke?''
''Ya,aku pun dah lama tak balik mak aku pun dah bising.''
''Terima kasih,ya''
''Ish..tak payah cakap macam tu,kita bukan orang asing pun.''
''Ehem..ehem..malam tadi ada orang tu bergayut dengan buah hati nampak.''Sindir Lina sambil tersengih.Dian membuntangkan mata.
''Eh!Kau ni sejak bila jadi spy?''Tanya Dian tidak puas hati.Lina tertawa sendiri.Tangannya menceduk nasi goreng dari dalam kuali di pindahkan ke mangkuk.
''Sejak kawan aku ni dah jatuh cinta.''
''Lina!!Terjerit Dian dengan ayat yang baru keluar dari mulut Lina itu.
''Hm..kiranya masalah korang dah selesai la ni.''
''Masalah apa pulak?''
''Maksud aku kau dah mula nak terima dia,kan?''Lina cuba menjerat.
''Pandai aje kau serkap jarang.''
''Aku kenal kau,la''
Dian melabuhkan punggung di kerusi dan meraup wajah sambil tersenyum kepada temannya itu.
''Mungkin kau betul aku patut bagi peluang untuk kami menyelami hati masing-masing dahulu.''Akui Dian.
''Ha,kalau macam ni kan senang tak payah kau orang susah susah nak fikirkan masalah lagi.''Mereka meneruskan sarapan pagi dengan berbual-bual kosong.
Hujung minggu itu Dian bersama Lina pulang ke kampung seperti yang di rancangkan.Mereka singgah keperkuburan di mana jenazah ibu Dian di semadikan.Surah yasin di baca untuk di hadiahkan buat ibu tercinta.Dian berdoa panjang mengharap kesejahteraan ibunya di sana.Selepas itu mereka singgah pula di rumah pusaka Dian.
Rumah yang lama tidak berpenghuni itu penuh berhabuk.Kalau di ikutkan rasa hatinya mahu saja dia tinggal di situ.Terlalu banyak kenangan indah yang tercipta antara mereka sekeluarga di rumah itu walau pun kehidupan mereka tidaklah semewah orang lain.
''Aku nak bersihkan rumah ni kalau kau nak balik dulu pergilah nanti kalau dah selesai aku pergi sana.''Ujar Dian kepada Lina.
''Eh!Takkan aku nak tinggalkan kau sorang-sorang kat sini kalau jadi apa-apa kang macam mana pulak.''Bangkang Lina.Dian tersenyum.
''Nak jadi apa pulak,aku bukan nak tidur sini,aku cuma nak bersihkan rumah ni aje.''
Lina masih memikirkan kata-kata Dian itu.Dia pulak yang terlebih risau.
''Baiklah kalau kau dah cakap macam tu aku ikutkan saja,kau jangan lama sangat kat sini,dah siap karang datang rumah aku cepat.''Dian angguk saja.
Setelah Lina pulang Dian segera membersihkan rumah itu.Hampir satu jam lebih dia mengerjakannya.Dian kepenatan namun dia puas kerana rumah itu sudah berseri semula.Tanpa sedar Dian terlelap di kusyen.Bunyi pintu depan di ketuk mengejutkan dirinya.Dian terpisat-pisat dan segera membukanya.
''La,kau buat apa lama sangat kat sini,aku risau tau tak.''Dah macam bunyi petir berdentum suara Lina menyapa ke telinga Dian.
''Maaf,aku terlelap tadi,penat sangat.''Lina tarik muka garang.Mak aaii...dah macam muka mak tiri.Dian tersengih saja.
''Dah la mari balik rumah aku,mak aku dah siap masak.''
Dian cepat-cepat mengikut langkah Lina setelah mengunci pintu rumah.Sementelah perutnya pun sudah mula berkeroncong.
Setelah pulang dari kampung Dian berkurung diri di dalam bilik.Kepenatan.Malam itu Faizal menelefon dirinya.Salam di beri dan dijawab perlahan oleh Dian dengan suara yang serak.
''Awak buat tadi?''
''Terlelap sekejap penat sangat.''
''Ha,kenapa pulak penat awak buat apa?''
''Saya baru balik dari kampung dengan Lina tadi.''
''La,kenapa tak beritahu saya awak nak balik?''
''Eh,kenapa pulak saya kena beritahu awak?''
''Ya la sekurang-kurangnya bagitahu la saya tak adalah saya tercari-cari awak.Dari siang tadi saya telefon tapi tak berjawab pun,rupanya orang tu balik kampung.''
''Eh,bila masa awak telefon saya,tak ada pun miss call dalam telefon ni.''Faizal gelak sendiri.Dian keliru.
''Awak main-mainkan saya ya.''Bertambah galak Faizal tergelak.
''Saya gurau aje la.''
''Awak kalau nak bergurau pun tengoklah waktu,ni saya tengah mamai awak nak buat macam tu.''
''Saya bukan nak buat awak cemas,maaf ya.Dian esok kita keluar nak?''
Dian mengeluh perlahan.
''Awak tak boring ke ajak saya keluar,macam tak ada kawan lain lagi awak ni?''
''Saya memang ada kawan lain tapi buat masa ni saya cuma suka keluar dengan awak saja.''
''Awak ajak saja kawan awak keluar nanti diorang marah pulak awak tak layan diorang lagi.''
''Kan saya kata saya cuma suka keluar dengan awak sorang aje buat masa ni jadi lantak diorang la kalau nak marah apa saya peduli.''Ish..lelaki ni saja nak buat aku bengang.Getus hati Dian.
''Kalau awak tak sudi tak apalah saya letak telefon sekarang.''
Merajuk la pulak.Macam budak-budak.Keluhan keras Dian lepaskan.
''Baiklah saya ikut,nak ke mana pulak kali ni?''
''Adalah,saya tak mahu beritahu sekarang.''
''Kalau tak nak bagi tahu saya tak mau ikut.''Tegas Dian.
''Janganlah macam tu,saya bukan nak bawak awak ke tempat yang tak elok.''
Dian berfikir sejenak.Lelaki ni pandai sangat memujuk.
''Ya lah,saya ikut.''
Seperti yang di janjikan mereka keluar juga keesokkan hari.Faizal membawa Dian ke tempat dia sering menghabiskan masa bersama teman-teman.
''Awak bawa saya ke sini?''
''Kenapa tak suka ke?''
''Bukan itu maksud saya.''Dian pandang keliling.Faizal turun dan menuju ke bonet kereta.Dia mengeluarkan sebuah beg.Dian ikut turun sama.
''Jom.''Langkah Faizal pantas,terkial-kial Dian mengikutnya masuk ke dalam dewan itu.
Rupanya Faizal membawa Dian ke gelanggang futsal.Terpinga-pinga gadis itu seketika.Agak ramai juga orang di dalam dewan itu.Faizal mengarahkan Dian duduk di sebuah bangku kemudian dia menghilang ke bilik persalinan.Untuk seketika Dian kaku di situ.Mana taknya dia tak kenal langsung sesiapa di situ.
Beberapa minit kemudian Faizal muncul di tepi gelanggang.Terkejut Dian dengan penampilan lelaki itu.Tidak di sangka bosnya yang hensem itu sudah bertukar watak menjadi pemain futsal pula.Nampak sempoi aje.Dian terasa senang dengan penampilan lelaki itu.Tanpa sedar ada senyuman tersungging di bibir mungil itu.
Permainan di mulakan dengan Faizal mengetuai pasukan lawan.Kebanyakan pemain adalah kawan baik Faizal sendiri semenjak di universiti lagi.Tidak sampai sejam permainan pun tamat.Pasukan yang menang adalah pasukan yang di ketuai oleh Faizal sendiri.Setelah berborak seketika dengan kawan-kawannya Faizal mendekati Dian.Kawan-kawannya ada yang mula mengusiknya.
''Macam mana permainan saya ok tak?''
''Ok...''Dian senyum.
''Ok aje,tak ada komen ke?
''Saya nak komen apa,saya pun bukan pandai kalau bab bola ni.''
''Tentu awak boring,kan.''
''Tak ada lah,sapa kata?''
''Saya yang kata.''Faizal tersengih.Mengusik.
''Saya cuma tak sangka awak pandai main futsal,sejak bila awak main?''
''Dah lama jugak sejak dalam U lagi.Awak nak tahu dari mana asal permainan futsal ni?''
Kening Dian bertaut.Err..nak cerita pasal sejarah ke ni?
''Tak payah nak berkerut sangat muka tu.''Tersengih Dian bila ditegur Faizal.
''Oo...ok..awak ceritalah dari mana asalnya.''
''Sebenarnya futsal ni asalnya di perkenalkan oleh seorang pemain bola sepak bernama Juan Carlos Ceriani dalam tahun 1930an,di kota Montevideo,Uruguay.Faktor hujan yang kerap turun membuatkan dia mencadangkan mereka bermain di sebuah tempat tertutup.Cadangannya itu di sambut baik oleh rakan sepasukannya.Bermula dari situlah sukan ni terbentuk sehingga merebak ke seluruh Amerika selatan terutama negara Brazil.''Terang Faizal dengan bersemangat.
''Oh,begitu..bagus juga saya ikut awak hari ni ya,dapat juga saya ilmu tentang sukan ni.''
Dian menjeling ke arah kawan-kawan Faizal di hujung gelanggang.
''Kawan awak tu kenapa asyik pandang kita aje?''
''Ah!Jangan di layan diorang tu,jom kita balik.''
Faizal cuba mengelak dari menjawab soalan Dian.Mana taknya seorang yang begitu dingin dengan perempuan sejak dari kampus,kini telah ada buah hati.Itulah sebab mereka mengusiknya.Hanya Faizal yang tahu mengapa mereka begitu.Dia tidak sanggup hendak memberitahu Dian tentang perkara itu.Malu!
Setelah masuk ke dalam kereta Faizal segera menghidupkan pendingin hawa.Segar rasa badan kerana mendapat kedinginan itu.Segera Faizal membawa keretanya keluar dari situ.
''Awak ada nak pergi ke mana-mana lagi.''
Dian hanya menggelengkan kepala dengan pertanyaan dari Faizal itu.
Hari masih awal,Faizal belum puas bersama Dian.Dia berfikir sejenak.Tiba-tiba idea datang lantas dia melencongkan kereta dari laluan pulang.Dian terkejut.Nak ke mana pulak lelaki ni?
''Awak kita nak ke mana?Soal Dian keliru.
''Adalah,awak duduk diam-diam.''
Eh!Lelaki ni suka hati aje nak bawak aku ke mana.Hanya dalam hati saja bersuara.Tak berani menyoal lagi,takut kena tengking macam hari tu.Kereta Faizal sampai juga ke destinasi yang dulu.
''Kenapa tiba-tiba awak bawak saya ke sini?''Faizal tersengih.
''Saja,saya rasa masih awal lagi kalau kita nak balik.Saya tak puas lagi nak berborak dengan awak''
''Kita kan dah jumpa hari-hari,apa lagi yang nak di borakkan.''
''Kat pejabat tak sama,kita tak bebas nak berborak macam sekarang ni?''
Ada yang tersirat di balik ayat itu.Faizal merenung tajam wajah Dian.Gadis itu jadi tersipu malu.
''Jangan pandang saya macam tu boleh?''Faizal tersedar dari renungannya itu.
''Kenapa awak malu ke?''
Sengaja soalan yang menjerat itu di lemparkan Faizal sambil ketawa kecil.Mereka keluar dan berjalan menyelusuri pantai.
''Err..Dian..saya sayang awak.''
Tiba-tiba ayat keramat itu terkeluar dari bibir Faizal.Perlahan tetapi masih dapat di dengar oleh gadis itu.Dian berpaling.Tidak tahu hendak di larikan kaki ke mana lagi.Di tambah rasa malu yang menebal membuatkan Dian membisukan diri sambil merenung ke laut lepas.
Faizal berdiri di sisinya.''Awak tak mahu cakap apa-apa?''
''Awak nak saya cakap apa lagi,awak dah tahu jawapan saya,kan.''
Gagal lagi.Keras sangat hati awak Dian.Berbisik kesal di hati Faizal.
''Awak jangan menyesal kalau suatu hari nanti tiba-tiba awak tak jumpa saya lagi.''
Dian keliru terasa berdebar jantungnya mendengar pengucapan lelaki itu.
''Apa maksud awak?''
''Err...tak ada apa-apa.''Faizal mengelat.
Dingin bayu yang bertiup menerbangkan dedaun kering di hujung kaki mereka.Dian terus berjalan meniti ke gigi pantai,meninggalkan Faizal termangu sendiri.Kata-kata Faizal tadi membuatkan hatinya sedikit tersentuh.Patutkah aku memberikan dia peluang itu?Tapi bukankah aku juga yang mahu cuba membuka hatiku?Dian terus merenung ke laut lepas sambil cuba menyelami hatinya sendiri.
Faizal sedar bukan mudah untuk dia terus membuka pintu hati gadis itu namun sikap degil Dian kian menjadikan dirinya kian ligat ingin mendekati.Tiada erti putus asa di dalam hatinya demi cintanya yang satu ini.Langkah kaki di atur ke arah bertentangan meninggalkan gadis itu.
Tatkala Dian berpaling baru dia menyedari Faizal tiada lagi di situ.Ke mana pulak perginya dia ni sekejap tak ada macam biskut pulak.Mata Dian meliar ke sekeliling cuba mencari Faizal.Hendak menjerit terasa malu pulak nanti apa kata orang di situ.
Walau pun pantai itu tidak ramai orang namun masih ada yang leka bermain pasir dan berendam di tepi pantai itu.Merajuklah tu agaknya.Hatinya di sayat pilu memikirkan kemungkinan dirinya di tinggalkan di situ.Macam mana aku nak balik ni,aku bukan biasa dengan tempat ni.Di buatnya ada orang jahat cuba kacau,macam mana nak buat nanti.Ala..mana pulak perginya dia ni?Bersungut hati Dian ketika ini.
Tiba-tiba bahunya di cuit seseorang.Berderau darahnya sambil berpaling.Faizal terkekeh-kekeh ketawa.
''Awak!Mana awak pergi?''
Terjerit Dian sambil membuntangkan mata.Faizal menghulurkan aiskrim sambil cuba meredakan ketawanya.Dian tidak menyambutnya.
''Ambiklah,saya beli khas untuk awak.''
Dian menerima juga huluran Faizal.Mereka berjalan menuju ke sebuah bangku kayu.Faizal menjilat aiskrim yang berada di tangannya.
''Awak takut saya tinggalkan awak ke?''
''Ya lah,dah awak tak ada kat sini,saya ingat awak dah pergi.''
''Dian..Dian..saya tak mungkin tinggalkan awak,janganlah risau sangat.''Pujuk Faizal.
''Saya fikir tadi awak dah merajuk lagi.''
Ketawa Faizal kedengaran lagi.Wajah Dian di renung manja.
''Sayang juga awak pada saya,ya.'' Dian menjeling sekilas.Aiskrim di tangan di nikmati perlahan.
''Awak tahu tak kenapa saya suka awak?''
''Kenapa?''Soal Dian lurus.Faizal senyum.
''Saya suka dengan kelembutan wajah awak,sopan santun awak dan ketegasan awak.''
''Itu saja?''
''Ada lagi tapi untuk masa sekarang biarlah awak tahu setakat itu dulu.''Dian termangu sendiri.
Main aci aci pulak lelaki ni.Hmm...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...
No comments:
Post a Comment