Monday, January 20, 2014
SESUCI CINTA DIAN 17
Sudah banyak kali dia cuba mendail nombor itu namun talian di sebelah sana masih tidak bersambut.Mana pergi budak bertuah ni.Naik lenguh tangan aku mendail.Hati tuanya sudah mula nak baran.Jenuh dia menunggu di situ namun kelibat yang di tunggu masih tidak kelihatan.Sahabat karibnya masih menanti di dalam kafe sementara Puan Laila keluar sebentar untuk menghubungi anak bujangnya itu.Dia akan pastikan rancangannya kali ini berhasil.Sudah banyak kali anak bujangnya itu mencari alasan tapi sekarang dia yakin usahanya kali ini akan berjaya.
Selang beberapa minit kemudian kelibat yang di tunggu muncul jua.Tersengih Puan Laila melihat Fakrul sedang berjalan ke arahnya.Muka itu walau pun muram namun tetap tidak mematahkan semangatnya.Fakrul segera menyalami tangan mamanya.
''Kenapa mama ajak Rul datang sini?''
''Tak ada apa,dah lama tak makan sini,rindu pulak,jom la masuk.''Lengan Fakrul di tarik masuk ke kafe.Ada-ada saja mama ni.Desis hati kecil Fakrul.
Sampai di satu meja,Puan Laila memperkenalkan Fakrul dengan sahabat lamanya Datin Aida dan anak gadisnya Suhana yang sedang dalam percutian.Endah tak endah saja Fakrul melayan kedua wanita itu.
Dia sudah dapat mengagak dengan rancangan mamanya itu yang ingin memperkenalkan dia dengan Suhana.Fakrul terasa bengang berada di kalangan mereka kerana dia sendiri tidak berapa suka dengan gadis itu.Dari dulu dia hanya menganggap Suhana sebagai kawan biasa saja.
''Kamu berdua ni kenapa senyap dari tadi,dah tak ada apa yang nak di borakkan.''Sergah Puan Laila.Datin Aida pula hanya tersenyum saja.
''Dah lama tak jumpa tak tahu nak borak apa mama.''Selamba Fakrul membalas kata.Niat di hati ingin saja lari dari situ.Fakrul menimbang-nimbang hasrat hatinya itu.
''Ma,Rul ada hal ni,Rul pergi dulu,ya.''
''Kamu nak ke mana pulak,ni?''
''Rul dah janji dengan kawan,penting ni.''Cuba meraih simpati mamanya.Mengeluh Puan Laila dengan gelagat anak bujangnya itu.
''Boleh Fakrul tumpangkan Suhana,tak?''Tiba-tiba Datin Aida mencelah.
''Nak ke mana?''Soal Fakrul.
''Auntie cadang nak ke butik kejap dengan mama kau ni tapi Suhana ni nak balik pulak.Tadi kami naik satu kereta saja jadi tak ada siapa nak hantar dia balik,nak lepaskan dia naik teksi auntie risau pulak karang entah ke mana pulak perginya.''
Cakap macam tak percaya anak sendiri saja.Monolog hati Fakrul.
''Baiklah saya hantarkan Suhana balik.''
Nak ambil hati orangtua,kalau tak nanti orang kata dia anak yang tak berbudi bahasa pulak.Yang malu tentu mamanya nanti.
Setelah meminta diri dari orangtua masing-masing mereka berjalan keluar dari kafe itu.Sewaktu Fakrul sedang membuka pintu ketika itulah kelibat seseorang terlanggar pintu tersebut.Seorang gadis terjatuh di depan pintu itu dan buku yang di pegangnya juga habis bertaburan jatuh ke lantai jubin.
''Opss...maaf,saya tak perasan awak tadi.''
Fakrul cuba menolong gadis itu bangun namun gadis itu tidak mengendahkan huluran tangannya,sebaliknya dia bersusah payah bangun sendiri.
''Tak apa bukan salah awak,saya yang tergesa-gesa sangat tadi.''
Gadis itu memungut kembali buku-bukunya yang jatuh.Fakrul turut membantu.Tangannya terpegang buku yang bergambar binatang.Dah tua pun baca buku macam ni lagi?Desis hati kecil Fakrul.
''Terima kasih.''Ucap gadis itu sambil mengambil buku dari tangan Fakrul.
''Oh,sama-sama.''Terpegun sebentar Fakrul dengan kelunakkan suara gadis itu.Ayu wajah itu membuatkan dia ternanar seketika.Suhana yang melihat gelagat dua orang itu hanya mampu menjeling saja.Dia sedar hati Fakrul bukan untuknya.Tapi desakan dari ibu masing-masing membuatkan mereka terpaksa menurut kata.
''Maaf,saya minta diri dulu.''Tiba-tiba suara gadis itu memecahkan lamunan Fakrul.
''Oo..ok..''Itu saja yang mampu Fakrul ucapkan.
Dia..macam...
Ah!apa guna lagi di kenang,dia bukan milik aku hm..Dian!Fakrul teringatkan kekasih hatinya yang telah memutuskan percintaan mereka.Perawakan gadis itu persis Dian.Keayuan wajah dan kelembutan suara membuatkan hati Fakrul di cuit lagi.Ah!Hati aku cuma ada Dian.Selain dia tak mungkin akan ada gadis lain yang mampu aku cintai lagi.Tiba-tiba lengan bajunya di tarik.
''Sampai bila awak nak berdiri kat sini?''
Suara Suhana menyapa angannya.
''Maaf,jom saya hantar awak balik.''Mereka berjalan ke arah Fakrul meletakkan keretanya.
''Awak,kalau saya tanya awak jangan marah,ya.''Suara Suhana memecahkan kesepian di dalam kereta itu.
''Tanya pasal apa?''
''Tentang kita.''
''Kenapa pulak?''Soal Fakrul lagi.
''Awak setuju ke orangtua kita nak satukan kita?''
''Awak tahu rancangan diaorang?''Fakrul menyoal Suhana semula tanpa menjawab soalan gadis itu.Suhana menganggukkan kepala.Fakrul melepaskan nafas panjang.
''Saya dah ada pilihan lain lebih baik awak lupakan saja hasrat orangtua kita tu.''Tegas Fakrul tanpa selindung lagi.
''Jadi awak sanggup kecewakan mereka?''
''Kalau hati tak suka macam mana nak kahwin?''Tingkah Fakrul.Dalam hati Suhana turut mengiakan kata-kata Fakrul itu.
''Kalau macam tu apa yang patut kita buat?''
''Awak cakap saja dengan ibu awak yang kita sama-sama tak suka.Lagi pun memang awak pun tak suka saya,kan?''Uajr Fakrul.Suhana tersenyum.
''Jangan risau saya takkan jatuh hati pada awak,sebenarnya saya pun dah ada pilihan sendiri kat sana,saya bercadang nak perkenalkan dia pada keluarga saya bila kami sudah habis belajar nanti.''
Lega hati Fakrul mendengar bicara Suhana.Senyuman terukir di bibirnya.Selepas ini dia perlu mengadap mamanya pula.Tentu orangtua itu akan marah dengan keputusan yang telah mereka buat.
Ingatan Fakrul melayang kepada gadis yang di langgarnya tadi.Manisnya wajah itu membuatkan dia di sapa angin rindu.Bila lagi akan berjumpa dengan gadis itu?Mungkinkah akan ada pertemuan kali ke dua nanti?Hmm...dah kenapa dengan aku ni,tiba-tiba teringat kat dia pulak.Ke mana perginya bayangan Dian?Takkan sekelip mata hatiku berubah?Tak mungkin..tak mungkin..hati aku cuma untuk Dian.takkan ada gadis lain yang mampu menggantikan dia.
YA ALLAH,apa yang patut aku buat lagi,patutkah aku putus asa saja?
Hari itu Dian agak sibuk menyiapkan laporan bulanan.Sedang dia leka menaip di papan kekunci ada suara menyapa dari arah belakang.
''Hai,kalau ya pun kerja takkan sampai tak makan,perut tu tak lapar ke?''Sinis suara itu menyapa.Dia hanya menjeling manja.
''Yang awak tu kacau orang tengahari ni dah tak ada kerja lain,ke?''
''Pasal dah tak ada kerja la nak buat kerja ni.''Senyuman manis meniti di bibir Faizal.
''Awak tak makan ke?''
''Malaslah nak makan,hari-hari makan nanti gemuk pulak.''
''Hai,baru hari ni saya dengar orang tak mahu makan sebab malas,ada juga alasan macam tu,ya.''
''Kenapa tak boleh,ke?''Tanya Dian.
''Bukan tak boleh tapi tak lojik.''Sengih Faizal sambil duduk di depan Dian.
''Awak tak makan ke,yang duduk dekat sini kenapa?Nanti orang fikir yang bukan-bukan pulak pasal kita.''
''Biarlah diaorang fikir pasal kita,saya tak kisah pun,kenapa awak takut,ke?''Tanya Faizal sambil merenung wajah kesayangannya itu.
Dian bungkam.Lelaki ni main tak kisah aje,aku pulak yang risau.
''Dian,kalau awak kisah lebih baik awak cepat-cepat terima lamaran saya nanti tak payahlah awk risau kalau orang kat pejabat ni pandang semacam je kat kita.''
''Boleh pulak awak cakap macam tu,ingat hati saya ni boleh di tukar ganti macam ganti baju ke?''
Tergeleng-geleng Faizal saat mendengar bicara dari bibir mungil itu.Pandangan Faizal masih di wajah itu.Dia tertunduk malu bila di perlaku begitu.
''Boleh tak kita jangan cakap pasal ni,saya nak siapkan kerja ni nanti lambat pulak siapnya.Awak jugak yang bising nanti.''
''Pembetulan,sekarang waktu makan jadi saya nak ajak awak makan,sekarang mari ikut saya.''Dian serba salah.
''Jangan paksa saya boleh tak,saya tak lapar.''
''Awak jangan tipu saya,sejak pagi tadi awak tak makan apa-apa,sekarang awak cakap awak tak lapar?Saya tak percaya.''Faizal masih cuba mendesak Dian.
''Betul,saya tak nak makan,tak ada selera.''Dian masih berdalih tanpa memandang ke arah lelaki itu.
''Dian,awak tak boleh buat macam ni,tolong dengar cakap saya,kalau awak sakit nanti siapa yang susah.Jangan degil boleh tak.Mari!!''
Faizal mula mengeraskan suaranya.Mujur tiada sesiapa di situ kerana kebanyakan kawan-kawan sepejabat telah keluar makan.Dian terdiam seketika.Keluhan berat di lepaskan.Akhirnya Dian mengikut juga Faizal keluar.
Mereka berjalan ke restoran yang berdekatan.Dian perasan ada mata-mata yang memandang saat melabuhkan punggung di restoran itu.
''Awak,kenapa tak pergi makan tempat lain,saya tak selesalah.''
''Eh,kenapa tak cakap,kalau cakap awal-awal tadi saya bawak awak tempat yang istimewa sikit.''
''Saya bukan maksudkan macam tu.Err..cuma saya tak selesa kawan-kawan pandang kita semacam je.''Jelas Dian jujur sambil menjeling sekilas ke arah meja di depan mereka.
''Emm...saya ingatkan apa tadi,jangan risau boleh tak,biarlah kalau mereka nak bercakap di belakang kita,dah penat nanti tahulah diaorang berhenti.Itulah saya suruh terima saya awak masih ragu-ragu,ada aje alasan awak bagi.''
Mulut tu sedap-sedap aje kata aku,ingat hati aku ni hati ayam ke.Desis hati Dian.Sekilas lelaki itu di jelingnya.Faizal yang terpandang jelingan separuh maut itu hanya tersenyum sinis.
''Lain kali saya tak mahu ikut awak makan lagi,kalau awak nak makan pergi sendiri.''Faizal terkedu.
''Kenapa cakap macam tu,awak saja nak cari pasal dengan saya,ya.''
''Saya tak mahu di pandang serong oleh orang lain,awak dengan saya bukan ada apa-apa pun nanti kalau orangtua awak tahu tentu diorang tak suka.''
''Dah berapa kali saya cakap kat awak,orangtua saya bukan seperti yang awak fikir.''Tegas Faizal.
Suasana sepi seketika.Dian tunduk sambil menguis-nguis nasi di pinggan.Bungkam hatinya.
''Dian,jangan macam ni,saya dah tak tahu nak yakinkan awak macam mana lagi,tapi percayalah cakap saya,keluarga saya tentu akan terima diri awak seadanya.''Dian mengangkat mukanya memandang Faizal.
''Sudahlah saya nak masuk kerja semula boleh kita pergi?''Pinta Dian.Faizal diam,hanya menurut kehendak Dian.
Setelah menyelesaikan pembayaran,mereka segera masuk semula ke pejabat.
Petang itu Faizal melihat Dian pulang dengan wajah yang sugul.Mungkinkah dia masih marah dengan kata-kata aku tadi?Malam itu Faizal menelefon Dian di rumah.Tidak senang hatinya selagi tidak mendengar khabar gadis itu.Setelah memberi salam Faizal terus bertanya.
''Awak ok tak?''
''Ok..kenapa awak tanya?''Soal Dian keliru
''Tak ada apa saya risau pasal hal siang tadi takut awak masih marah dengan saya.''
Dian ketawa perlahan.
''Kenapa awak kata saya marah?''
''Kalau tak kenapa awak muram je,tolong jangan marah pada saya,tak senang hati saya di buatnya.''Jujur Faizal menuturkan kata-kata.Terharu Dian mendengarnya.
''Saya tak marah pun pada awak,saya cuma takut nak berdepan dengan benda yang sama pernah terjadi.Saya pernah kecewa Faizal,semuanya kerana kedudukan diri saya,antara kita berbeza,takkan awak tak nampak atau awak saja buat-buat tak nampak.''Dian cuba membuka mata lelaki itu.Faizal mengeluh di hujung talian.
''Bagaimana saya nak yakinkan awak lagi,bukan semua yang terjadi itu akan berulang kembali.Saya tak mahu awak mengingati semua itu lagi.''
''Tapi saya takut awak,saya takut kalau ia berulang lagi,awak faham tak,saya terlalu takut.''Faizal terdiam seketika.Tidak tahu apakah ayat yang boleh dia katakan untuk menyakinkan gadis itu.
''Awak buat saya kalah.''Ujar Faizal.
''Apa maksud awak?''
''Ya lah,awak dah mengaku kalah sebelum berjuang jadi apa yang mampu saya katakan lagi.''
''Ramai lagi perempuan di luar sana yang lebih baik dari saya pilih saja sorang tentu ada yang awak berkenan.''
''Tapi yang sorang ni saja yang saya berkenan tapi dia pulak tak mahu dengan kita nak buat macam mana.''
''Jangan nak buat saya serba salah,ya.''Tingkah Dian.
''Memang saya nak buat macam tu,biar awak rasa macam mana perasaan saya.''
''Faizal!!''Sedikit tinggi suara Dian.Tersedar diri seketika dia cuba mengendurkan suaranya.Faizal diam membisu.
''Boleh tak jangan buat saya marah dengan awak?''Rasa sebak menjengah hulu hati.
''Tiada wanita lain yang bertakhta di hati saya melainkan awak.''Sedikit berbisik suara Faizal di pendengaran Dian.
Mutiara jernih mengalir perlahan tanpa dapat di seka lagi.Ada esakan di bibir mulusnya.Faizal turut merasa sayu.Suasana bertukar hiba.Kalaulah gadis itu berada di depannya dan kalaulah mereka sudah bergelar muhrim pasti saja dia akan memeluk dan memujuk Dian.Namun semua itu takkan terjadi selagi gadis itu tidak mampu melupakan kelukaannya.Akhirnya Faizal hanya membiarkan tangisan Dian terhenti sendiri.
''Boleh kita berhenti di sini,saya nak masuk tidur.''Ujar Dian dalam yang nada yang sayu.
''Baiklah tapi saya nak minta maaf,awak jangan marah lagi,ya.Kita tetap kawan,kan.''Pujuk Faizal perlahan.
Nafas kelegaan Dian lepaskan.Hatinya sedikit terpujuk.Setelah talian terputus,Dian segera merebahkan diri ke tilam.Mindanya masih memikirkan lelaki itu,kalaulah ada caranya dia mampu menerima lelaki itu dengan mudah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...
No comments:
Post a Comment