Monday, October 20, 2014
SESUCI CINTA DIAN 28
''Terima kasih sayang kerana memberikan abang kebahagiaan ini.Petang ni lepas balik kerja kita kemas barang ayang masuk bilik abang,ya?''
Ujar Faizal setelah mengucup-ubun-ubun si isteri seusai mereka mengerjakan solat subuh berjemaah tadi.Dian hanya menganggukkan kepala.Hatinya rasa terharu dengan gelagat si suami.
''Abang boleh janji sesuatu dengan yan?''
''Janji apa sayang?''Soal Faizal dengan wajah sedikit keliru.Tangan mereka masih lagi bertaut erat.
''Walau apa pun terjadi abang takkan sia-siakan diri yan.''
Faizal tersenyum saat mendengar bicara Dian itu.
''Yanlah isteri abang dunia dan akhirat.'' Balas Faizal bersama senyuman bahagia.Tangannya mengusap pipi isterinya dengan penuh kelembutan.
Setelah siap berpakaian kerja,Dian segera menyiapkan sarapan pagi.Tiada yang istimewa cuma roti bersalut kaya.Itulah rutin suaminya kalau pagi-pagi,tak mahu sarapan yang berat-berat takut mengantuk di tempat kerja kalau terlebih kenyang.
Dian ikutkan saja rentak hidup si suami.Faizal berjalan perlahan mendekati Dian yang leka dengan tugasnya.Cupp!
''Abang!!''Teriak Dian terkejut dengan tingkah Faizal.
Merah padam mukanya saat itu.Suka sangat Faizal memperlakukan isterinya seperti itu.
''He...he...kenapa marah,ke?"Acah Faizal sambil keningnya di naikkan tinggi.
''Abang suka buat yan macam ni,kan?''
''Ala...abang tak boleh tahan tengok pipi ayang yang gebu ni,rasa nak cium selalu.''Ujar Faizal sambil menarik pipi isterinya.
''Aduh sakitlah!''Dian mengosok pipinya sambil membuat muka cemberut.
''Sakit sangat,ke?''
''Taklah sedapp!''Ujar Dian geram.
''Alolo...janganlah marah,abang gurau je,pagi-pagi macam ni tak baik masam muka tau,pendek rezeki nanti.''Faizal cuba memujuk Dian.
''Sudahlah,duduk cepat karang lambat pergi kerja.''
''Baik cik puan hamba menurut perintah.''Faizal mengangkat tangannya tanda tabik hormat,sengaja ingin bergurau.
Dian membiarkan saja perangai suami yang terlebih riang pagi-pagi begini.Gembira sangat agaknya.Doa makan segera di baca Faizal dan di aminkan Dian.Mereka menjamah sarapan pagi tanpa banyak bicara lagi.
Petang itu seperti yang di janjikan Dian telah memindahkan barangnya ke bilik utama yang di huni Faizal.Waktu hendak memasukkan bajunya ke dalam almari Dian terpandangkan sejambak bunga yang sudah layu.Tangannya mencapai bunga itu.Mana datangnya bunga ni?Rasanya masa aku masuk bilik ni hari tu tak ada pun bunga ni?Pintu bilik air terbuka perlahan.Terpacul wajah Faizal yang sedang bertuala dan mengelap rambutnya.
''Apa ni bang?''Soal Dian bersama kerutan di dahi.
''Oh,bunga ni.Hari tu abang fikir nak bagi dekat ayang tapi...''Kata-kata Faizal terhenti bersama pandangan yang penuh bererti.
''Bila masa pulak abang beli?''
''Hari pertama kita masuk rumah ni,masa tu patutnya abang ambil beg kat dalam kereta tapi hati abang ni terfikir nak hadiahkan sesuatu pada ayang jadi abang keluar kejap cari bunga ni tapi ayang pulak tak mahu duduk sebilik dengan abang tu sebab abang tak jadi nak bagi bunga ni.''
''Maafkan yan.''Dian tertunduk sayu hatinya terasa bersalah.
''Sudahlah tu tak payah nak sedih lagi,abang dah maafkan ayang pun.Kita buka lembaran baru,ya.Mulai hari ni kita mesti berjanji untuk setia antara satu sama lain,ok.''Ujar Faizal cuba memujuk isteri yang kesayuan.
Dian hanya mampu menganggukkan kepala tanda bersetuju.
Pagi minggu itu Faizal bersiap-siap hendak ke gelanggang futsal.Awal-awal lagi Dian sudah di beritahu tentang itu bahkan Faizal mengajak Dian untuk menemaninya namun Dian menolak dengan alasan ingin mengemas rumah.
''Betul ke ayang tak nak ikut abang hari ni?''
Wajah Dian di pandang untuk mendapatkan kepastian sambil tangan Faizal mencapai baju dari dalam almari.
''Betul!''
''Ala,kan elok kalau ayang ada,abang ada penyokong,baru semangat nak main.''
''Hai,bukan selama ni abang main jugak walau yan tak ada.''
''Memanglah tapi itu dulu sekarang lain,abang dah ada penyokong kuat jadi abang nak tunjuk kat kawan-kawan abang jugak.''
''Hmm...ada-ada saja abang ni.''
Mendatar suara Dian sambil menjeling suaminya manja.Tangannya sedang ligat mengemaskan katil.
''Kalau macam tu abang pergi dululah.Masak sedap-sedap ya tengahari ni.''
Sebuah kucupan hinggap di ubun-ubun Dian sebagai tanda sayang si suami.
Sempat pula pipinya di tarik Faizal sebelum dia berlari meninggalkan Dian di situ.
Dian cuma mampu membuntangkan mata dengan kerenah suaminya.
Hari-hari kena tarik pipi memang kembang jugak pipi aku ni nanti hmm...
Selesai dia mengemaskan rumah,Dian segera turun ke dapur untuk mula memasak hidangan tengahari.Berhempas pulas Dian menyediakan masakan demi memenuhi permintaan suaminya yang teringin makan rendang daging.Macam orang mengidam pulak laki aku ni.
Sudah hampir tengahari kedengaran bunyi kereta Faizal memasuki halaman rumah.
Setelah memarkir keretanya Faizal terus mengambil sesuatu di tempat duduk belakang.Dia segera menyorokkan benda itu di belakang badannya.Pintu besar rumah itu di buka dengan kuncinya sendiri sambil melaungkan salam.
Salamnya di jawab Dian dari dapur.Isterinya itu sedang leka mencuci pinggan.Cupp!Dian yang terkejut cuma mampu menarik nafas panjang.
''Ish...suka betul buat orang terkejutlah.''Sungut Dian tanpa memandang si suami.Tangannya masih ligat mencuci.Tiba-tiba pandangannya di tutup oleh sejambak bunga mawar merah.Serta-merta Dian berhenti mencuci.
''Apa ni?''Dian menyoal sambil memandang suaminya.
''Hai,bunga pun tak kenal.Ambiklah untuk ayang ni.''Hulur Faizal bersama hati yang berharap.Dian mengambil bunga itu bersama senyuman.
''Terima kasih tapi kenapa abang bagi yan?''
''Saja je,nak gantikan yang tak jadi tu.Suka tak?''
''Suka tapii...''
''Tak payah tapi-tapi lagi abang tak suka ayang cakap macam tu.''
''Hm...yalah,yalah...cuma lainkali jangan nak membazir lagi kalau selalu sangat abang beli bunga rumah ni boleh buat kedai bunga pulak nanti.''
''Ayang,abang beli bunga ni sebagai tanda sayang abang pada ayang takkan tu pun nak kira membazir.''Tegas Faizal.Ada saja jawabnya kalau kita bercakap.Getus hati kecil Dian.
Bunga di letakkan di atas meja dan dia meneruskan tugas yang tergendala tadi.Faizal menjenguk ke dalam kuali yang berisi rendang.Seleranya bangkit serta-merta.Cepat tangannya mencapai seketul rendang itu.
''Emm...sedapnya.''
''Abang kalau ya pun lapar tunggulah yan hidang dulu.''
''Perut abang tak tahan bila tengok rendang ni.''
Dian segera menyedukkan lauk itu ke dalam mangkuk,kemudian dia mengambil nasi pula.
''Dah duduk sini cepat.Perangai macam budak kecik.''Sungut Dian perlahan.
''Ayang tak baik leterkan suami tau.''Dian tidak menjawab kata-kata suaminya.
Nasi di isi ke dalam pinggan.Faizal segera membaca doa makan dan memulakan suapan.Suapan demi suapan memenuhi rongga kerongkongnya sehingga Faizal tersandar kekenyangan.Mana tidaknya dua pinggan nasi telah di telannya.Dian hanya memandang gelagat Faizal yang khusyuk sangat makan sehingga dirinya di sebelah tidak di pandang lagi.
''Abang ni kenapa kuat sangat makan sejak dua tiga hari ni?''
''Entahlah ayang masak sedap sangat agaknya bertuah betul abang dapat isteri yang pandai memasak ni,nampaknya perut abang ni tak lama lagi ke depanlah jawabnya.
''Nasib baik yan tak masak setiap hari kalau tak badan abang tu macam badutlah jawabnya.''
''Ha!Apa ayang cakap,sampai hati ayang cakap suami ayang ni badut.''
''Yan kata kalau...''
''Yalah badut pun badutlah suami ayang jugak kan.''
Faizal bangun sambil mencubit pipi isterinya,lantas dia ke ruangtamu untuk menonton televisyen.Dian menyudahkan mengemas meja makan.Pinggan kotor di bawa ke sinki.
Selesai mengemaskan dapur Dian segera mengambil buah epal yang telah di potong dari dalam peti sejuk dan membawanya ke depan.Mangkuk berisi buah itu di letakkan di atas meja kopi lantas Dian duduk di sisi suaminya.Sepotong buah epal di hulur kepada Faizal.
''Suapkan abang.''Pinta Faizal sambil matanya masih terarah ke peti televisyen.
''Ish,dah tua bangka pun nak manja lagi.''
''Dengan sapa lagi abang nak manja kalau bukan ayang.''Dian menyuapkan juga buah itu ke mulut suaminya.Malas nak panjangkan cerita.
''Ayang petang ni kita pergi rumah ibu ya,tadi ibu telefon suruh kita balik.''
''Ok,tapi kenapa ibu suruh balik pulak ada hal penting,ke?''
''Entahlah abang pun tak tahu.''Ujar Faizal sambil terbaring di atas riba isterinya.Sengaja ingin bermanja.
''Abang,kepala abang ni berat tau tak.''
''Ala,bukan berat mana pun,ayang sengaja cakap macam tu kan?''
''Memang,dah bangunlah dah masuk waktu ni yan nak solat.''Ujar Dian sambil menolak kepala suaminya perlahan.
''Ok,kita solat sama jom.''Ajak Faizal sambil menarik tangan Dian.
Dian tersenyum sewaktu tangannya di tarik masuk ke bilik solat.Bertuah rasa diri kerana di kurniakan suami yang tidak melupakan ajaran ILAHI.Selalu juga suaminya mengajak dia bertadarus bersama seandainya ada masa lapang.
Petang itu juga mereka telah pulang ke rumah orangtua Faizal.Rupanya abang sulung Faizal telah mempunyai agenda untuk memperkenalkan bakal isterinya kepada keluarga jadi itu sebabnya mereka di suruh berkumpul di situ.Perbincangan telah di adakan untuk menghantar rombongan meminang.Dalam tempuh tiga bulan sebuah majlis perkahwinan bakal berlangsung di rumah itu lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...
No comments:
Post a Comment