Thursday, August 7, 2014

SESUCI CINTA DIAN 27

           


Geli geleman rasa telinganya macam ada sesuatu yang masuk.Dian menepis dengan tangan.Berhenti sekejap rasa itu.Tapi tak lama rasa geli itu datang kembali.
"Eii...apa benda ni pergilah kacau orang tidur aje."
Tangannya menepis kuat benda yang mengganggu tidurnya.Matanya pula tetap tertutup rapat.Kedengaran ketawa yang cuba di tahan oleh sang pengacau.
Dian mula dapat menangkap bunyi itu dan cuba membuka matanya yang kelat.
''Apa pulak bunyi tu,takkan hantu kot,aku dah la duduk sorang dalam rumah ni.''Dian bersuara perlahan.
Risau memikirkan kemungkinan yang satu itu.Maklumlah rumah ni belum ada sesiapa yang duduk.Dengan kedudukan mengiring Dian mengalih posisi tidurnya.
''Waa...!!Wajah Faizal menyergah tiba-tiba.
''Aaa...!!Dian bingkas bangun dengan serta-merta namun dia terjatuh ke bawah katil.
''Aduh!!Sakitnya...''
Dian menggosok-gosok punggungnya yang kesakitan.Dah macam nangka busuk dia jatuh,semuanya gara-gara terkejut.
''Ayang...ayang...ok ke?''Suara Faizal yang cemas menyapa Dian yang sedang mengerang.
''Kenapa abang buat yan macam ni sakitlah.''
Dian tidak dapat menahan airmatanya kerana sakit yang teramat.
''Abang minta maaf bukan sengaja nak buat ayang jatuh,jangan marah,ya.''
Faizal membantu Dian bangun dan memapah Dian naik ke katil semula.
Tubuh Dian yang baring mengiring di dekati namun Dian menepis tangan suaminya.Merajuk.
''Kalau sakit sangat kita pergi klinik nak?''Pujuk Faizal perlahan.
Dian buat muka cemberut.Wajah suaminya pun tidak mahu di pandang.
''Ayang,janganlah macam ni abang minta maaf,abang janji lain kali abang tak buat lagi.''Faizal mengangkat tangan tanda berikrar.
Dian memejamkan mata,malas melayan suaminya yang beria-ia memujuk.Mati akal Faizal dengan perangai Dian yang berdiam diri.Marah sangatlah tu.Faizal menggaru-garu kepala.Bingung kerana gagal memujuk isterinya.Faizal turun dari katil dan keluar dari bilik itu.
Dian membuka mata perlahan.Hmm...baru tahu macam mana aku kalau marah.Adush...sakitnya punggung ni.Dian kembali menggosok-gosok punggungnya yang masih terasa sakit.
Faizal tercari-cari di dalam laci itu namun masih belum berjumpa.Mana pulak benda ni,bila aku nak tak ada pulak tapi kalau aku tak mahu ada saja.Naik bengis hati Faizal bila benda yang di cari masih tidak ketemu.Matanya terpandang laci yang paling atas.mungkin kat situ kot?
Faizal membuka laci tersebut.Ha,kat sini kau patut aku cari tak jumpa.Macam mana pulak boleh ada kat sini?Bila masa aku letak kat sini?Ah,biarlah baik aku bagi dia cepat karang melarat pulak sakit dia.   
Faizal mengambil air suam dari dalam cerek eletrik.Kemudian ubat dan air itu di bawa masuk ke dalam bilik.Tanpa mengetuk pintu dahulu,Faizal terus masuk.
Hampir terjojol biji mata Faizal bila melihat pemandangan indah di depan matanya.Seksinya isteri aku ni.
Gelas yang di pegangnya hampir terlepas namun kemudian dia tersenyum nakal.Jiwa lelakinya sedikit bergelora namun dia cuba mengawalnya.  
''Apa abang buat kat sini?''Soal Dian cuba mencapai selimut dan menutup kembali dadanya yang terdedah.
Dia terundur sedikit ke belakang dengan kaki yang sedikit terdengkit menahan punggung yang masih terasa sengal. 
''Ayang baru lepas mandi,ke?''Soal Faizal walau dia sudah tahu jawapannya.
''Err...a'ah.''Jawab Dian bersahaja,masih cuba mengawal rasa terkejut tadi.Faizal senyum lagi.
''Abang nak apa?''
''Tak ada apa.''
Dengan selamba Faizal berjalan ke arah Dian dengan sengihan nakal.Dian menjadi takut dengan tingkah Faizal itu.Apa dia nak buat ni,takkan siang-siang ni dia nak mintak hak dia?
''Nah!''Gelas di hulur bersama ubat.
''Erk...tak payahlah sakit sikit aje.''Dian cuba menolak.Faizal mengeluh,
''Jangan macam ni,abang penat cari ubat ni tadi,karang kalau melarat sakit tu macam mana?''Ujar Faizal dengan nada sedikit kecewa.
Dian memandang gelas yang di hulur,teragak-agak hendak menyambutnya.
''Err...yan ada wuduk,letak kat situlah nanti lepas solat yan makan ubat tu.''
Tunjuk Dian ke arah almari solek.Faizal pandang jam di dinding dah masuk waktu zohor.
''Tunggu abanglah kita solat sama.''Ujar Faizal sambil meletakkan gelas dan ubat di atas almari itu.
''Tapi ayang boleh solat macam biasa ke,punggung tu sakit lagi,kan?''
''Tak apa yan solat perlahan-lahan.''
''Oo..ok...kalau macam tu tunggu abanglah,nak ambik wuduk kejap.''Ujar Faizal segera berlalu ke bilik air.
Dian angguk perlahan.Dia segera memakai baju saat suaminya berada di dalam bilik air.Telekung di dalam beg di keluarkan dan segera di pakai.Faizal keluar setelah siap berwuduk.
''Ala,kain abang kat bilik sebelah,kejaplah abang pergi ambik.''
Dian tersenyum saat melihat suaminya yang kalut sekejap.Belum tua dah pelupa tu la gelojoh sangat.
Setelah Faizal masuk semula berkain pelekat,mereka segera melaksanakan solat berjemaah.Usai solat Faizal merenung isterinya yang sedang melipat telekung.
''Ayang,kalau abang tanya sikit boleh tak?''
Dian mengangkat muka memandang suaminya.Rajuk yang sekejap tadi sudah di lupakan begitu saja.
''Tanya pasal apa?''Tanya Dian dengan dahi berkerut.
''Emm...''Teragak-agak Faizal hendak membuka mulut.
''Abang nak tanya pasal apa?''Sergah Dian bila suaminya hanya mendiamkan diri.
''Ayang nak duduk bilik ni,ke?''Terlepas juga soalan yang bermain di minda Faizal.
Dian kaget.Apa nak jawab ni?Dian kelu tidak tahu hendak berkata apa.
Faizal merenung isterinya.susah sangat nak jawab,mesti dia dah pilih nak duduk sini.
Hati!Redha aje la,kalau kuat jodoh kau dan dia pasti suatu hari nanti kami akan bersatu jua.Faizal cuba ukir senyum.Tubuh Dian di dekati,pipi itu di usap lembut lantas di hadiahkan kucupan di ubun-ubun isterinya itu.
''Kalau ayang dah buat keputusan nak duduk bilik ni,abang izinkan,ambiklah berapa lama masa yang ayang perlukan untuk berfikir,abang akan tunggu tak kira berapa lama pun.''
Ujar Faizal perlahan bersama sendu yang cuba di tahan.
Selepas itu dia mengundurkan diri dari bilik itu.Cuba di tahan kesayuan hatinya.
Dian hanya menundukkan muka,tidak tahu hendak berbuat apa-apa.Perasaannya berbelah bahagi.Selama mana dia akan bersikap begini,dia sendiri pun tidak pasti.Mengapa hatinya masih terlalu sukar untuk menyayangi lelaki itu?Betul ke aku tak ada perasaan langsung untuknya?Maafkan yan abang.berilah yan masa untuk yan kenali hati yan sendiri.
Setelah bercuti seminggu mereka kembali bekerja semula.Kawan-kawan
sepejabat ramai yang mengucapkan tahniah kepada mereka walau mereka sudah bertemu sewaktu di majlis perkahwinan tempohari.
Dian masih membuat tugasan yang sama seperti sebelum dia berkahwin walau Faizal pernah menawarkan dia jawatan lain.Baginya cukuplah tugasan yang sedia ada,Dian sudah bersyukur. 
Petang itu Faizal bermesyuarat di luar jadi Dian terpaksa pulang bersama Lina.
Mujur saja jalan pulang mereka sehala.Setiba di rumah Dian terus ke dapur memasak makan malam untuk mereka berdua.
Selesai memasak Dian terus membersihkan diri dan berteleku di sejadah sehingga ke waktu Isyak.Usai solat Dian turun ke bawah untuk menyediakan makan malam.Matanya meliar melihat jam di dinding.Dah dekat pukul sembilan malam mana dia ni.Dian duduk menanti di meja makan.Nak makan dulu ke nak tunggu dia?Perut dah lapar ni.Beberapa saat Dian terdengar bunyi kereta memasuki perkarangan rumah.
Selepas itu pintu besar terbuka dan terpacul wajah Faizal di situ.Faizal memberi salam dan di jawab perlahan oleh Dian.Dian bangun dan berjalan mendekati suaminya.Beg di tangan Faizal di capai dan segera tangan suaminya itu di kucup.
''Lambat balik abang dah makan ke?''
''Dah,makan dengan klien tadi.''Selamba Faizal berkata sambil menonong masuk ke bilik.
Sampai hati dia makan kat luar,aku penat-penat masak.Dian melepas nafas panjang.Tak apalah salah aku jugak tak tanya dulu dia nak makan kat rumah ke tidak.Dian membawa beg kerja Faizal masuk ke bilik dan meletakkannya di sofa.
Faizal sudah meloloskan diri di dalam bilik air.Dian segera ke dapur semula untuk makan malam.Walau pun hati rasa terguris namun di keraskan juga takkan bersedih cuma kerana tidak dapat makan bersama suaminya.
Makan malam seorang diri,terasa kekurangan di situ.Aku dah pilih jalan ni jadi aku tak boleh salahkan dia kalau dia melayan aku dengan dingin.Aku sendiri sudah keraskan hati tak mahu terima dia dengan mudah.Entah kenapa jauh di sudut hatinya terasa sebak.
Dian cuba menahan rasa itu.Ah,jangan melayan sangat perasaan nanti perut aku juga yang kebulur.Bersyukurlah kerana ada tempat untuk menumpang teduh.Hati...janganlah kau mintak apa-apa lagi.
Faizal keluar dari bilik setelah membersihkan diri dan bersolat isyak.Hati rasa bersalah kerana tidak memaklumkan dahulu kepada isterinya yang dia makan di luar.Dia bersandar di tepi dinding yang memisahkan ruang tamu dan dapur.Kelibat isterinya di lihat sedang menyuap nasi dengan wajah yang murung.Sedih sangatlah tu.Hmm...sampai bila kita akan jadi macam ni?
Kau kan nak bagi dia ruang jadi janganlah mengeluh pulak.Jangan mendesak dia.Suara hati Faizal bergema mengingatkan diri.Faizal mendekati meja makan dan duduk di sebelah Dian.Dian masih tidak menyedari suaminya yang berada di situ.
''Assalammualaikum...''Ucap Faizal cuba menegur lamunan si isteri.
''Ha!!Waalaikummussalam...abang ni buat terkejut yan aje.''Jawab Dian sambil memegang dadanya.Terkejut dengan sapaan si suami.
''Jauh sangat menung fikirkan apa?''
''Mana ada fikir apa,yan kan tengah makan ni.''
Dalih Dian cuba mengelakkan tingkahnya dari dapat di kesan walau pun Faizal memang sudah menyedarinya sejak tadi.
''Ambikkan abang pinggan tiba-tiba lapar pulak perut tengok lauk ni.''Pinta Faizal sambil menggosok-gosokkan perutnya.
Seleranya datang kembali bila melihat lauk yang terpampang di depan mata.
''Ha...bukan abang dah makan,ke tadi?''
''Memanglah tapi dah lapar baliklah tengok lauk ni.Cepatlah ambikkan pinggan abang dah lapar ni''Rengek Faizal sengaja memanjakan suaranya.
Dah macam anak kecil pulak perangainya.Dian tercuit hati melihatnya namun dia akur dan bangun mengambil pinggan di tepi singki.
Setelah nasi terisi di pinggan,Faizal segera menyeduk lauk.Doa makan di baca dan segera dia mula menyuap makan.Dah macam orang sepuluh hari tak makan aje,tadi kata dah makan kat luar tapi boleh pulak masuk lagi perut tu.Kuat makan betul laki aku ni.Getus hati kecil Dian.
''Yang ayang ni pandang-pandang abang kenapa?''
''Betul ke abang dah makan kat luar?''Terkeluar juga pertanyaan yang sarat di mindanya tadi.
''He...he...sebenarnya abang makan pasta aje,tu pun makan sikit,tak selera maklumlah perut ni dah biasa makan nasi.''
Hmm...patutlah macam orang kebulur aje,perut melayu nak di ajar makan orang putih manalah sama.Dian tersenyum sambil meneruskan makan.
''Kenapa ayang senyum,perli abanglah tu?''
''Bila pulak yan perli abang?''
''Dah tu senyum-senyum tu kenapa?''
''Tak ada apalah,habiskanlah cepat nasi abang tu,yan nak basuh pinggan,ni.''
''La,bila masa pulak ayang habis ni.''
''Tu la sapa suruh abang berangan?''
''Mana ada abang berangan,ayang tu yang makan sikit sangat,tambahlah lagi.''
''Eh,tak naklah,yan dah kenyang.''
Faizal mengeluh perlahan.Walau pun Dian itu pendiam orangnya namun isterinya itu ada kedegilannya.Selesai menikmati makan malam,Faizal segera naik ke bilik untuk menyelesaikan kerja pejabatnya.Dian pula mencuci pinggan dan mengemaskan dapur.Selesai kerjanya di dapur Dian segera naik ke bilik.

Tengahari itu Dian makan bersama Lina di kedai berdekatan kerana Faizal bermesyuarat di luar.
''Makin sibuk laki kau sekarang lepas balik dari bercuti ni,ya?''Tegur Lina waktu mereka sedang menjamu selera.
''Entahlah,aku tak tahu apa yang dia sibukkan sangat,projek dengan syarikat MEGA tu dah nak siap dah,tak tahulah kalau dia ada projek baru.''
''Mungkin ada projek yang baru masuk kot cuma kau aje yang tak tahu lagi.''Ujar Lina.
''Mungkinlah agaknya.''Dian mengiakan saja kata-kata Lina itu.
''Cepatlah makan lepas ni kita naik aku punya laporan tak siap lagi ni.''Gesa Lina.
''Ok.''
Mereka segera membuat pembayaran dan naik semula ke pejabat.Dian segera ke surau manakala Lina yang bercuti terus saja masuk ke biliknya.Hari demi hari Dian merasakan keanehan dengan sikap suaminya yang kian sibuk bermesyuarat di luar.Pelik juga Dian entah apa projek yang di lakukan oleh suaminya di luar sana.
Malam itu Dian keseorangan lagi kerana Faizal masih belum pulang lagi.Ada beberapa kali Dian ingin menyatakan kegusaran hatinya namun desakan hati kecilnya membuatkan dia menangguhkan saja hasratnya itu.
Usai makan malam Dian menonton televisyen di ruangtamu.Hajat hati ingin menunggu kepulangan si suami.Hampir lewat malam baru Faizal sampai di rumah.Waktu itu Dian tertidur di sofa.
''Kenapa tidur kat sini?''Tanya Faizal saat mengejutkan Dian.
''Emm...tunggu abang baliklah.''Ujar Dian sambil menggeliat perlahan.
''La,kan abang dah cakap siang tadi abang balik lambat,ayang tak ingat ke?''
Dian ukir senyum segaris.
''Yan ingat saja yan nak tunggu jugak.''
Faizal melepaskan nafas berat.Ayang memang isteri yang baik cuma...
Wajah Dian di renung penuh kerinduan.Ada sesuatu yang kekurangan dengan kita.Wajah itu di usap lembut.Dian pelik dengan sikap suaminya itu.
''Abang ni kenapa?''Soal Dian keliru.
Mati lamunan Faizal yang tidak seberapa itu.
''Err...tak...ada apa-apa,mari kita naik.''
Dalih Faizal cuba tidak membuatkan Dian menyedari rasa gundah yang sedang berperang di jiwanya.Tangan Dian di pimpin untuk naik ke bilik.Setelah menghantar Dian di pintu bilik,Faizal segera masuk ke biliknya sendiri.
Hari ini Faizal pulang awal dari biasa.Dia sedar sudah beberapa ketika dia asyik pulang lewat sehingga mengabaikan isterinya.Mujur saja mesyuarat dengan sahabatnya tadi di batalkan di saat-saat akhir.Dian terkejut melihat suaminya sudah berada di depan pintu utama menjelang waktu maghrib itu.
''Bukan abang ada mesyuarat ke hari ni?''Soal Dian dengan wajah keliru.
''Di batalkan.''Selamba Faizal menjawab sambil tersengih.Hati Dian rasa gembira dengan kepulangan suaminya itu.
''Senyum nampak,sukalah tu.''Sakat Faizal.
''Mana ada.''Dalih Dian walau di dalam hatinya memang berperasaan begitu.
''Maafkan abang sebab semenjak dua menjak ni abang asyik sibuk aje sampai tak ada masa untuk ayang.''Ujar Faizal sambil menarik tangan Dian menuju ke sofa.
''Tak apalah bang,yan tahu abang sibuk.''
Faizal merapatkan kepala ke bahu isterinya,sengaja ingin mencipta kemesraan.Dian membiarkan saja gelagat suaminya itu.
''Abang dah makan ke?''Tanya Dian namun di jawab dengan gelengan oleh Faizal.
''Pergilah mandi dulu lepas tu solat dah masuk waktu ni.''Ujar Dian sambil menolak kepala suaminya yang memberat di bahunya.
''Baiklah cik puan!Jom,teman abang mandi sekali.''Balas Faizal sambil menarik tangan Dian.
''Eh,yan dah mandilah.''
''Kalau macam tu kita jemaah sekalilah,dah lama kita tak solat sama,kan.''Dian angguk saja.
Kaki melangkah mengikut langkah suaminya.Usai solat mereka menikmati makan malam bersama.Sempat Faizal memuji masakan Dian sewaktu mereka menjamu selera.Selepas makan Faizal naik ke bilik untuk menyiapkan kerjanya.Dian masih di bawah mengemaskan dapur.Selesai kerjanya Dian menonton di ruangtamu.  
Saluran demi saluran Dian buka namun tiada yang menarik minatnya.Terus dia menutup televisyen itu.Dian pandang sekeliling.Rumah itu terasa sepi sekali.Matanya terarah ke tingkat atas,ke bilik suaminya.Sibuk memanjang aje.Aku kat sini dah macam tunggul aje.Dian bangun ingin mengambil angin luar.Pintu utama di buka dan punggung di labuhkan di bangku yang terletak di tepi rumah.
Dingin malam ini membuatkan hati Dian terasa sesuatu.Alangkah bagusnya andai malam ini dapat di nikmati dengan seseorang yang di sayangi,namun dirinya bukan seperti itu.Siapakah yang dia sayang?Siapa yang mampu memberikan dia kasih sayang.Suaminyakah?
Bukankah dia sudah menunjukkan kasih sayangnya kepada kau cuma kau saja yang tidak mahu menerima dia.Kata hatinya berkata sendiri.
Aku takut,terlalu takut!Macam mana kalau dia tiba-tiba beralih arah?Kau terlalu mencurigai dia Dian.Buang perasaan itu kalau mahu rumahtangga yang kau bina ini bertahan lama.
Bolehkah aku lakukan begitu?Sudah tentu boleh.Dia suami kau,wajib kau taati dirinya kalau inginkan syurga.Kata hati masih berlegar-legar memukul-mukul benak fikiran.Dia terlalu baik untukku.Mampukah aku menyintainya sepenuh hati?Dian meraup wajah bersama keluhan panjang.
Tiba-tiba sebuah mug di sua di depan matanya.Dian mengurut dada kerana terkejut.
''Abang ni kenapa suka buat yan terkejut?''Mug di tangan Faizal di sambut sambil bersungut.
Faizal tersenyum sambil melabuhkan punggung di sisi Dian.Dekat sekali bagai hendak di peluk tubuh kecil itu.
''Kenapa ayang termenung kat sini?Tak sejuk,ke?''Dalam samar malam itu wajah Dian di renung.
''Mata tak ngantuk lagi.''Jawab Dian selamba.
''Esokkan nak kerja tak elok tidur lambat.''Tegur Faizal pula.Dian menghirup air di dalam mug itu.
''Pandai abang buat air.''
''Jangan nak lencong cerita ya,abang tanya lain ayang jawab lain.''Dian tersengih sengaja buat muka.
''Yang abang tu kenapa tak tidur lagi?''
''Abang siapkan kerja abang la sayang.''
Dian hanya mendiamkan diri bila suaminya berkata begitu.
''Jom,kita tidur.''Ajak Faizal tiba-tiba.Dian terkedu seketika.
''Erk,abang tidurlah dulu nanti yan naik.'' 
Faizal tersenyum sumbing tahu sangat alasan yang akan di beri oleh isterinya itu.
''Dah jangan nak ngelat lagi,kalau abang kata tidur tu jom aje la.''
Adush,dia ni nak ajak aku masuk bilik dia ke?Macam mana ni?Faizal menarik tangan Dian masuk ke dalam rumah.Dian pula hanya terpinga-pinga.
''Ambil mug ni pergi letak dalam singki,abang tunggu.''
Dian akur saja dengan arahan suaminya.Setelah membuat apa yang di suruh Dian kembali mendapatkan suaminya.Tangan Dian di genggam erat.Tangga di daki menuju ke bilik tidur.Pintu bilik Dian di buka dan debaran jantung Dian semakin hebat.
''A...abang nak buat apa ni?''
Faizal tidak menjawab tetapi menarik tangan Dian menuju ke katil.Tubuh Dian di baringkan.Selimut di tarik sehingga ke paras dada.
''Lain kali jangan suka berjaga malam,kalau ayang sakit nanti siapa yang susah abang jugak,kan?Tolong dengar cakap suami ayang ni,boleh?''Ubun-ubun Dian di kucup perlahan.
''Abang sayang ayang selamanya,ingat tu.''Tegas Faizal sambil mencuit hidung Dian lembut.
Kemudian Faizal bangun meninggalkan Dian keseorangan.Fuh,leganya dia tak buat yang bukan-bukan.Tapi kenapa hatiku rasa semacam?Berbolak balik hati Dian dengan apa yang di rasa.
Kau inginkan syurga,kan jadi taatilah suami mu.Bukankah redha suami maknanya redhalah ALLAH S.W.T kepada kau.Kata-kata itu bergema di dalam mindanya.Dian bangun menyandar di kepala katil.
''Abang sayang ayang selamanya,ingat tu.''Kata-kata Faizal itu bergema lagi.
Dian terasa sesak nafasnya.Sesak dengan rasa bersalah kerana menidakkan hak kepada yang berhak.
YA ALLAH,aku berdosa kepada suamiku.Ampunilah aku YA ALLAH!Abang,yan berdosa pada abang.Jiwanya terasa sebak.Dian terasa gelisah.Andai saja perasaan ini mampu untuk di luah.Dian bangun menuju ke balkoni.Tanpa sedar kelibat suaminya turut berada di balkoni sebelah.Mutiara jernih yang bertakung di pelupuk mata kini jatuh membasahi ke pipi.Dian cuba menahan sebak namun hatinya kian di himpit sayu.
Mengapa ada perasaan seperti ini?Mengapa malam ini perasaannya lain benar?Sepi benar rasa jiwanya.Bagaimana hendak di luah perasaan yang kian berkecamuk ini?Makin lebat airmatanya luruh sehingga terhinjut-hinjut tubuh kecilnya.Dian tidak mampu lagi menahan beban perasaannya itu sehingga dia terduduk di tepi balkoni sambil memegang lutut.Ampunkan aku YA ALLAH!Aku berdosa YA ALLAH!Faizal yang melihat gelagat isterinya itu bergegas keluar dari bilik menuju ke bilik yang di huni Dian.
''Ayang!Kenapa ni?Menangis teruk sangat ni pasal apa?''
Soal Faizal dalam gelabah.Dian panggung wajah memandang suaminya.
''Maafkan,yan...yan salah pada abang,yan cuba menidakkan hak abang.Ampunkan yan.''
Tangan Faizal di kucup bertalu-talu.Tiada lagi perasaan malu,segalanya menjadi jelas di bibirnya.Dian terus memeluk suaminya.Faizal terkedu seketika namun kemudian dia turut membalas pelukan isterinya itu.Untuk seketika mereka hanyut dengan perasaan masing-masing.Setelah itu Faizal menarik isterinya menuju ke katil.Dian tidak menolak bahkan bagai pak turut mengikut saja langkah suaminya.
''Kenapa ayang macam ni?Ayang dah fikir masak-masak,ke?Sekelip mata boleh berubah?''
''Yan tahu yan salah,yan cuma nak baiki kesilapan yan,yan tak nak jadi isteri derhaka.maafkan,yan.''
Tangan suaminya di kucup lagi.Airmata isterinya di kesat dengan hujung jari.
Faizal terharu dengan apa yang di luah oleh Dian.Wajah ayu itu di renung mesra.
''Abang maafkan yan,yan tahu tak inilah saat yang abang tunggu-tunggu,mungkin ALLAH sudah makbulkan doa abang.Terima kasih sayang sebab sudi terima abang.''Sebaik berkata begitu Faizal mengucup wajah kesayangannya itu.
Pelukan mereka semakin erat.Dian merelakan segalanya.Tiada lagi syak wasangka yang membelenggu perasaannya.Malam itu akhirnya menyaksikan dua hati menjadi satu.Malam itu akhirnya melengkapkan sebuah kasih dan sayang.Untuk pertama kalinya Dian berserah kepada ILAHI,moga kasih yang baru terjalin ini akan di rahmati sehingga ke hujung nyawa.

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...