Wednesday, December 17, 2014

SESUCI CINTA DIAN 31




Petang itu Dian menumpang Lina untuk pulang kerana suaminya ada mesyuarat di luar.Sebelum sampai di rumah,Lina telah mengajaknya makan bersama.
''Laki kau tak kisah ke kau tak masak kat rumah?''Soal Lina sewaktu mereka sedang menjamah makanan.
''Tak,dia dah kata nak makan kat luar.''Jawab Dian selamba.
''Untung ya dapat laki macam laki kau tu.''
''Tak ada la biasa aje,kadang-kadang meragam jugak,tambahan semenjak dua menjak ni.''
''Kenapa?''Soal Lina dengan muka berkerut.
''Entahlah sekarang bila cuti je nak suruh aku masak macam-macam.''
''Tak apalah masa cuti je dia mintak,masa kerja dia tak paksa kau masak,kan?''
''A'ah,selalu kalau balik kerja awal aku masak jugak tapi masak yang simple aje nasib baik dia tak kisah.''
''Bila dengar cerita kau ni teringin jugak aku nak kahwin.''
''Hai,hari tu aku nak kenenkan kau kata tak payah.''Sindir Dian dengan halus.
''Ish,kalau kawan laki kau tu memang aku tak mahu,mana aku nak letak bos aku tu,erkk...''Lina menutup mulutnya segera,tanpa sedar dia telah terlepas cakap di depan Dian.
''Ha!Apa kau cakap tadi?Aku tak salah dengar ke?''
''Err...er...aku...aku...tak kau salah dengar tu.''
Dalih Lina cuba menutup kesilapan sendiri.Perkara yang selama ini di lindunginya hampir terbongkar akibat mulutnya yang becok sangat tadi.
''Tak...tak,aku rasa aku tak salah dengar,tadi kau kata pasal bos kau,maknanya kau dengan Encik Malik tu ada apa-apa maknalah.''
Lina meraup muka dengan kesalan.Aduh!Parah aku macam ni,tangannya menggaru kepala yang tidak gatal.
''Lina lebih baik kau terus-terang dengan aku.Desak Dian.Lina kelihatan serba-salah.
''Baiklah kalau aku cakap kau jangan nak hebohkan satu pejabat pulak,janji dengan aku.''
''Aku janji.''Akui Dian dengan mengangkat tangannya seolah berikrar.
Lina akhirnya menceritakan kisah antara dia dengan Encik Malik yang telah menjalin hubungan selama setahun.Kerja Lina sebagai pembantu peribadi kepada Encik Malik menjadikan mereka agak rapat tambahan Encik Malik itu seorang duda yang telah lima tahun kematian isteri.
''Aku bangga dengan kau,sekurang-kurangnya kau dah ada seseorang untuk di harap dalam hidup.Jadi bila korang nak bersatu?''
''Erk,entahlah aku tak sedia lagi.'' 
''Lina kau sedar tak umur kau sekarang dah berapa?Takkan nak tunggu dah tua ganyut baru nak fikir pasal kahwin,lagi pun Encik Malik tu tak pernah ke cuba melamar kau?''
''Ish,mulut kau tu tak ada insuran ke,lagi pun bukan dia tak lamar aku cuma...''Kata-kata Lina terhenti seketika.
''Dia pernah lamar kau?''Terbuntang mata Dian bersama rasa tidak percaya.
''He...he...''Tersengih Lina tanpa dapat mengelak lagi.Dian cuma menggelengkan kepala dengan rasa tidak percaya.
Lina menghantar Dian pulang setelah selesai mereka menjamu selera.Hari hampir senja waktu Dian tiba di rumah.Selesai mandi Dian segera melaksanakan solat maghrib.Lama dia berteleku di sejadah berdoa dan seterusnya menghadiahkan surah yasin untuk kedua orangtuanya yang telah pergi menemui ILAHI.Setelah masuk waktu solat fardhu Isyak,Dian segera mengerjakannya.
Usai solat Dian bangkit dan membuka telekung lantas menyidaikannya di ampaian kecil.Badannya terasa sakit-sakit,dia merebahkan tubuh di tilam cuba mencari keselesaan.Tiba-tiba tekaknya terasa loya,Dian cuba menahan namun rasa yang datang itu tidak dapat di bendung lantas dia bangkit menuju ke bilik air.
Segala yang terisi petang tadi habis terhambur keluar dari celah kerongkongnya.Dian terasa pening,hampir saja dia tersungkur di tepi singki namun di kuatkan kudratnya untuk bangun.Setelah berkumur Dian keluar dari bilik air dan berjalan perlahan ke arah tilam.Mata cuba di pejamkan untuk menghilangkan rasa yang tidak selesa namun sia-sia terlalu degil pula matanya itu.
Kenapa dengan aku ni?takkan salah makan kot?Dian melangkah mendekati kalendar yang tergantung di dinding,cuba mengira kitaran haidnya.Dah seminggu lewat takkan...aku dah berisi kot?Tapi tanda-tanda tadi...macam mana kalau tekaanku betul?Dian mengusap perutnya sendiri.
Mungkinkah sudah ada satu nyawa di situ?Apa aku nak buat ni?Nak periksa dulu ke atau beritahu dia dulu?Dian menggigit jari sendiri.Langkahnya mundar mandir di dalam bilik itu.Perasaan cemas mula menguasai diri.
Setelah penat dia merebahkan tubuh ke atas tilam.Dian memandang ke siling bilik.Terasa kosong fikirannya di situ.Mata cuba di lelapkan semula.Mujur saja tekak yang loya itu sudah beransur lega.Tanpa sedar perlahan-lahan matanya tertutup sendiri.
Cupp!!Tanpa mengejutkan isterinya,Faizal telah menghadiahkan sebuah tanda kasih yang di pipi gebu isterinya itu.Lena betul tidur sampai tak sedar suaminya sudah pulang.Awal pulak tidur,dah kenapa dengan dia ni?Faizal mengusap wajah kesayangannya itu bersama senyuman panjang.Rindu betul dengan wajah itu,hampir setengah hari tidak berjumpa sebab sibuk dengan urusan
di luar sehingga isterinya itu terpaksa pulang bersama kawan sepejabat.Mujur saja Lina seorang yang tidak banyak cerewet.
Nampaknya abang kena paksa ayang ambil lesen kereta nanti,senang kalau ayang nak pergi ke mana-mana kalau abang sibuk.Hati Faizal berkata sendiri sambil langkahnya di atur menuju ke ampaian kecil,lalu tangannya mencapai tuala yang tergantung di situ.Faizal segera masuk ke bilik air namun baru saja kakinya memijak lantai bilik air itu,hidungnya telah terbau sesuatu.Kenapa bau hanyir ni?macam bau muntah.
Faizal pandang ke singki tiada apa-apa di situ.Di buka pula tandas duduk.La memang muntah.Cepat-cepat tangannya menekan pam tandas.Tangan kirinya pula menekap hidung.      
Faizal merasa musykil,dia keluar semula mendapatkan Dian.Tangannya di lekap ke dahi Dian.Tak panas pulak.Bisik hati kecil Faizal.Lampu bilik di buka bagi memudahkan dia melihat wajah isterinya dengan jelas.Faizal mendekati Dian semula.Pucat sedikit wajah itu.Tubuh Dian di goncang perlahan.
''Ayang...ayang...bangun yang.''Panggil Faizal sambil memegang tangan Dian.
Kejadian pertama dulu terngiang-ngiang di mindanya.Takut kejadian seperti itu berlaku lagi.Bahaya mengejutkan Dian waktu sedang tidur.Dian berpaling perlahan.Matanya terbuka,sedikit kelat.
''Abang!''Saat terpandang wajah Faizal terus dia bangun dan memeluk tubuh suaminya itu.Faizal terkedu dengan tindakan isterinya itu.Perlahan dia membalas pelukan itu.
''Ayang kenapa,abang tengok muka ni pucat aje?Tu dalam bilik air pun ada muntah,ayang tak sihat ke?''
Dian tergamam.Baru dia teringat yang dia terlupa menekan pam tandas setelah muntah tadi.
''Err...yan muntah tadi,perut ni masuk angin agaknya.Maaf yan lupa nak pam.''Jelas Dian sambil melepaskan pelukan.
''Nak pergi klinik ke?''Tanya Faizal sambil mengelus rambut Dian yang jatuh menutup muka.
''Tak payahlah dah ok sikit perut ni.''
''Kalau macam tu ayang tidurlah ya,abang nak mandi ni.''
Setelah mengucup ubun-ubun Dian,Faizal kembali semula ke bilik air untuk melunaskan hajat yang tertangguh tadi.Pandangan Dian tersorot ke tubuh suaminya.Macam mana aku nak cakap kat dia ni?
Faizal keluar setelah selesai mandi.Wajah isteri di kerling dengan senyuman.
''Panjang betul menung,ingat apa tu?''Tegur Faizal sambil mendekati Dian.Tersentak dia seketika.
''Eh,abang dah siap mandi?''Dian bangkit mengambil baju dan seluar pendek suaminya dari dalam almari.
''Ayang ok ke ni,abang tengok lain macam aje.''
''Tak ada apalah bang.''Ujar Dian cuba menyakinkan suaminya yang sudah mula curiga.
''Yalah tu boleh percaya ke?''
''Betul yan ok,jangan risaulah.'' 
Dian merebahkan badan ke tilam.Comforter di tarik perlahan sehingga ke paras dada.Faizal turut masuk ke dalam comforter dan memeluk tubuh isterinya.
''Ayangg...''Panggil Faizal dengan berbisik.
''Emm...''Sahut Dian dengan mata terpejam.
''Ayang suka tak kalau kita ada anak?''Serta-merta mata Dian terbuka luas.Dah kenapa ni tiba-tiba cakap pasal anak pulak?
''Abang pulak macam mana?''Soal Dian kembali tanpa menjawab pertanyaan Faizal tadi.
''Dah tentu abang nak,ayang sudi tak mengandungkan anak abang?''Soal Faizal sambil mengusap perut isterinya.Dian terasa geli bila di perlaku begitu.Dalam samar lampu tidur Dian berkalih memandang suaminya.
''Kalau yan tak kandungkan anak abang,yan nak kandungkan anak siapa lagi?''Faizal tersenyum mendengar bicara si isteri.Pelukan di eratkan lagi.
''Terima kasih,abang bertuah dapat ayang sebagai isteri abang.'' 
''Kenapa abang tanya pasal ni?''
''Entahlah perasaan ni rasa sesuatu,teringin sangat nak ada anak sendiri,kita buat anak nak?''
''Apa melalut ni,tak penat ke?''Faizal sudah tersengih nakal.
''Kalau pasal yang ni abang tak pernah penat.''
Dian tidak dapat mengelak lagi.Persoalan yang bermain di fikirannya hilang begitu saja bersama layanan mesra si suami.Kehendak suami takkan dia mahu menidakkan pulak,nanti di katakan isteri derhaka.
Malam itu merangkak pergi meninggalkan seribu kemanisan untuk sepasang insan yang baru mengenali cinta. 

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...